Wednesday 10 October 2012

SI NEPAL DAN MEK SIAM BAB 2


Sarapan pagi abah diletakkan di meja kecil di tepi katil. Tiga keping roti dan secawan milo. Roslinda telah meminta cuti untuk dua hari lagi memandangkan abah masih lemah dan pening-pening. Adakah abah akan pulih dalam dua hari? Jika lama lagi Roslinda kena faham keadaan majikannya, Kak Suria yang baik hati itu. Roslinda risau jika Kak Suria terpaksa mengambil pekerja lain.Takkanlah dia hendak mengharapkan  Kak Tipah, Kak Tun aka kakak Roslan, Roslan dan Man Belon selama-lamanya. Roslinda telah penat memikirkannya dari semalam lagi. Seketika kemudian Roslinda  melangkah ke rumah Roslan. Jika Lan tiada Roslinda akan mencari Lon pula.

“Tak nak, tak nak...tak nak!...muktamad”  tegas  Roslan.

Roslinda  hanya merenung muka Roslan penuh harap. Rasa hendak ketawa pun ada. Muka Roslan masam berkerut. Kedua-dua tangan dikepal menahan geram seolah-olah menahan diri sendiri  dari menyerah kalah. Kepala digeleng-geleng beberapa kali. Macam budak kecillah Roslan ni.

“Alah Lan.....kau kan kawan aku...kau kesian kat aku kan? Kalau Kak Suria tu ambil orang lain...kat mana lagi aku nak cari kerja yang macam tu..”

“Macamlah tak ada kerja kat tempat lain...nanti kita cari sama-sama” ujar Roslan.

“Kerja tu sesuai untuk orang perempuan, jemur kain,angkat kain, lipat, gosok baa.....oops..er..” Roslinda tersalah cakap. Baru tersedar bila melihat muka Lan yang masam mencuka.                                         

“Hah..sebab tulah aku tak mahu kerja ganti tempat kau.” Tegas Roslan lagi.

“Boss aku tu baik tau...Lan cubalah dulu.” Roslinda memujuk.

“Malulah aku... kerja kat kedai  dobi ....nanti ada saja yang peril-perli aku.”

“Ala dua tiga hari je,...sampai abah sihat sikit.” Rayu Roslinda lagi.

“Kalau lambat lagi nak sihat camna aku ni.....” Roslan bertanya didalam hatinya. Tak sampai hati nak keluarkan soalan ini pada Roslinda.

“Sehari kerja dapat dua puluh lima ringgit tau,..” Roslinda menyangka diam Roslan kerana sudah setuju. Roslan tetap tidak setuju..cuma macam mana nak bagi Lin ni faham.

“Kalau kau kesian sangat-sangat kat aku, kau bagilah dua puluh lima ringgit tu kat aku” gurau Roslinda.

Roslan menjegilkan matanya...”Aku belum setuju nak kerja lagi..kau dah nakkan gaji aku tu...nantilah aku fikir dulu.”

“Eh tak payahlah nak fikir-fikir lagi Lan. Nanti orang lain masuk ...kesian kat aku...atau kau ...mmm tak palah kalau kau tak nak.” Roslinda mula nak merajuk.

Sudah penat memujuk  tak jalan-jalan juga baik dia saja yang merajuk. Tukar strategi. Bukan dia tak kenal Lan. Sudah lebih dua puluh tahun lebih, membesar bersama.

Roslan duduk semula di sofa. Suasana redup dan berangin di bawah pokok ketapang tidak dapat menenangkannya. Dia menarik nafas kemudian melepaskannya semula perlahan-lahan. Satu cara mengawal  kesabaran, amalan sejak berkawan dengan Roslinda...selalu Lin saja yang hendak menang...budak perempuan!....sudahnya kena mengalah juga. Bukannya susah untuk menang   
tetapi lebih senang kalau mengalah. Roslan mengeluh lemah. Roslinda pula mula tersenyum-senyum.

Roslan terbayangkan Kak Tun, kakaknyalah orang pertama yang akan mentertawakannya...sebab
Roslan selalu mengelak bila Kak Tun memintanya menyidai atau mengambil pakaian diampaian.
Alasannya ialah itu kerja perempuan. Sesekali Roslan terfikir juga kenapa dia selalu menang bila berdepan dengan Kak Tun..tapi selalu mengalah bila dengan Roslinda. Jika Lon ketawakan  dia
siaplah kepalanya aku luku, gerutu hati Roslan.                                     .

“Kaulah kawan aku dunia akhirat. Nanti kalau aku kaya, aku beli kedai dobi tu bagi kau. Lan jadi tauke dobi...waktu tu orang yang nak ketawakan kau tu ..aleh-aleh jadi respek kat kau pulak.”

“Ialah tu..pandai nak bodek aku. Nak tunggu kau kaya ...mm..sampai tualah aku.”

“ Ok,ok..thank you...nanti Lin talipon beritahu Kak Suria.” Senyum Roslinda semakin lebar.
                   
Roslan pula tersenyum tawar tapi melihat keriangan yang terpancar diwajah sahabatnya, hatinya sedikit terubat. Melihat Roslinda ketawa mengembirakan hatinya juga. Semasa di sekolah rendah  dahulu misi dia dan Lon ialah cuba mengembirakan hati Roslinda dan membuat Lin ketawa kerana waktu itu Roslinda selalu sangat menangis selepas kematian emaknya .

“Kalau aku kaya, Lan ajelah bagi duit kat si Lin ni...tak payah kerja kat kedai dobi tu...eh..eh sama aje aku dengan Lin....berangan-angan jadi kaya....”  Roslan tersenyum sendirian.

_ _ _ _ _ _

Jam didinding menunjukkan pukul sebelas dua puluh minit pagi. Selepas  membasuh pakaian Roslinda menjenguk abah di bilik. Abah masih lena. Roslinda mengatur langkah ke dapur. Bab ini yang memerlukan daya kesabaran tahap paling tinggi daripadanya. Untuk ke dapur  Roslinda terlebih dahulu perlu keluar melalui pintu hadapan,melintas sebuah rumah jiran, menyusur dan pusing satu rumah itu untuk masuk ke pintu dapurnya yang terletak nombor dua dari hujung. Macam cerita P.Ramlee pun ada.   

Beruntung juga tuan rumah, rumah sewa empat pintu itu tidak melarang apabila abah minta kebenaran  untuk membina satu bilik air dan tandas tambahan di bahagian hadapan rumah, di tepi bilik mereka. Jika tidak tentu Roslinda dan abah akan menghadapi masaalah besar bila terpaksa melabur dalam kadar segera.

Dinding papan juga dibina di tengah rumah. Maka rumah mereka terbahagi dua. Bahagian hadapan diduduki  abah dan Roslinda. Bahagian belakang menjadi rumah untuk Kak Tipah dan Nini. Untuk menjaga syariat kerana mereka tiada talian keluarga. Tuan rumah dan semua jiran tahu akan hal ini agar tidak berlaku fitnah. Orang lain Roslinda tidak tahu tapi bagi dirinya sendiri sangat kagum dan bangga dengan sikap abah. Sanggup bersusah payah kerana hendak menolong  jiran.

Dahulu Kak Tipah datang dari kampung mencari kerja. Bila dapat kerja di kilang berdekatan, dia menumpang di rumah kakak dan abang iparnya. Selepas abang iparnya ditangkap kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah, kakaknya pula menghilangkan diri entah ke mana. Apabila Kak Tipah diminta mengosongkan rumah sewa kerana tunggakkan sewa selama tujuh bulan tidak dapat dilangsaikan, abah mempelawa Kak Tipah menumpang dirumah mereka sementara waktu.                                                                 

Sementara waktu itu telah bertukar menjadi sehingga kini. Kini Kak Tipah menanggung keperluan dapur  selepas abah ditimpa kemalangan. Pendapatan Roslinda digunakan untuk membayar sewa rumah dan menjelaskan bil air dan eletrik.

Tiba di dapur Roslinda terus duduk menghadap Kak Tipah yang sedang mengupas ubi keledek.

“Kak Tipah ..Lin nak pergi ambil basikal..abah tengah tidur....balik nanti Lin masak untuk tengahari ni.”

“Kenapa semalam tak ambil.....bukan Lin lalu situ semalam dengan Lan...kena curi karang ..haa susah.”

“His ...Kak Tipah ni...sapa lah hendak basikal buruk abah tu....semalam tak sempat. Lin kenalkan Lan pada Kak Suria....lapor diri,...Lin tunggu sekejap sebab nak tunjuk ajar sikit-sikit. Tiba-tiba ramai pulak pelanggan. Lin tolonglah sekejap.....Lan pulak lepas hantar Lin terus nak cepat masuk kerja semula.”

“He.he..semalam Kak Tipah terserempak dengan Tun,..dia kata pandai si Lin tu pujuk adik dia yang pemalas tu. Di rumah baju sendiri pun malas nak basuh,tup..tup..sekarang basuh baju orang.”

“Sebenarnya Lan kesian kat Lin je.....janganlah kata dia macam tu..Lin punya pasal orang lain peril-perli dia.”

“Ialah,...kita tutup cerita pasal kawan kesayangan Lin tu....haa,pergi ambil basikal tu cepat...nanti lesap.”

“Banyaknya ubi hari ni...sampai satu guni. Tunggulah kita buat sama-sama petang karang.” Saran Roslinda  sambil bangun untuk beredar .

“Ni ..ha..Cikgu Zarina tempah untuk majlis hari jadi anak dia petang ni...dua ratus biji,..Hj. Saad pulak nak tiga ratus biji untuk kenduri arwah di rumahnya lepas mangrib.....tu yang mula awal...takut tak sempat...” ujar Kak Tipah sambil tangannya ligat mengupas ubi.

“Apa tak cakap awal kat Lin...boleh tolong awal.” Kata Roslinda sambil memandang Nini yang sedang mengeluarkan ubi sebiji-biji dari guni.

“Lin kan jaga abah tu,..Kak tak naklah menyusahkan,...Insyaallah, sempat...tu yang mula awal.” Ujar Kak Tipah. Sesekali matanya menoleh melihat Nini menyusun pula ubi kedalam besen di sisinya.

Kecil-kecil  sudah ada rasa ingin menolong. Sekali pandang perbuatan Nini seperi  tidak memberi apa-apa kesan. Setelah memerhatikan beberapa ketika Roslinda dapati usaha yang kecil setakat mengeluarkan ubi dan menyusun  kedalam besen ditepi lutut Kak Tipah telah melancarkan proses membuat inti  karipap itu. Melihat situasi itu timbul satu pengajaran buat Roslinda. Hulurkan bantuan sesama  manusia mengikut kemampuan masing –masing. Walau pun kecil dipandang orang tapi bagi orang yang memerlukan besar nilainya.

“Rajinnya adik Kak Lin ni.......”puji Roslinda , sambil tangannya mengusap-ngusap kepala Nini. Nini menoleh memandang Roslinda sambil  tersenyum menyeringai menampakkan gigi susunya yang jarang-jarang.

“Nini emang ajinlah Kak Yin.” Jawab Nini dengan pelatnya.

“Ala ..ala pandailah Nini ni...pandai jawab macam ni...nanti pergi sekolah tentu cikgu sayang.” Puji Roslinda lagi.

“Eh Lin nak pergilah....cuma...Kak Tipah  jangan usik-usik Lan tau .”

“Kalau si Lan tu pagi dah pergi kerja, petang baru balik bila masa Kak Tipah ada chance nak usik dia.” Kak Tipah menjawab selamba.

“Eh..Kak Tipah ni main-main pulak....Lan tu dah setuju nak kerja seminggu.....Lin pulak sekarang penganggur...emm Kak Tipah kena tanggung Lin sekarang ni.”

“Ok je,.jadi pekerja Kak Tipah...hari-hari kena buat seribu biji karipap....amacam...boleh?” Kak Tipah sengaja mengusik. Selama ini pun Roslinda yang banyak membantunya bila dia ada di rumah.

See the leh lah.....tutup mata pun...er..ni lagi bagus ...sambil lena pun Lin boleh buat karipap....he,he.” Roslinda berlagak bagus. Sama naik melawak dengan Kak Tipah yang sudah dianggap sebagai  kakak sendiri.

“Sambil lena buat karipap ke.... buat karipap sampai terlena.?” Usik Kak Tipah lagi.

“Malaslah nak layan  Kak Tipah, ........Lin  ‘chow’ dulu..Assalamualaikum.”  Roslinda akhirnya meninggalkan dapurnya, Kak Tipah, Nini dan projek karipap.

 _ _ _ _ _ _

“Mana kau letak BMW kau tu Lin?.......kata belakang club aku ni.” Soal Lon, Sambil bercekak pinggang, matanya melilau melihat sekitar belakang pondok di tepi jalan besar .

“Lin tinggalkan kat sinilah...betul-betul baringkan kat belakang  ni.!”

“Kena kebaslah ni...” Lon mengagak.

“Takkanlah basikal buruk pun orang nak ambil...” rungut Roslinda sambil menggaru  dahinya menyebabkan cap diatas kepalanya tersenget.

“Sebab buruklah basikal tu hilang.......eemm, jangan-jangan si Velo yang kutip besi buruk tu ambil tak?...manalah tahu....dia ingat kau tak nak dah BMW tu.”

“Kau ni kan Lon tak habis-habis BMW,BMW...aku tengah sedih ni.....susahlah Lin nak pergi kerja nanti...isk..isk” suara Roslinda kedengaran sedikit sebak.

“Ah,ah..jangan nak mula leleh depan aku...aa..nanti  aku leleh sekali tahun depan pun belum       tentu boleh berhenti.” Lon cuba berjenaka.

Tiada sambutan dari Roslinda. Man Belon menoleh ke arah Roslinda dibelakangnya. Dilihatnya Roslinda sedang menenyeh –nenyeh hidung.

“Hish,hish,hish...pakaian kalahkan si Salman sotong tu, cap, jaket, ray-ban bagai......kalau kau nangis jugak....lepas ni pakai je baju kurung...aku nak pujuk pun tak lah segan.” Lon cuba lagi melawak, dia tidak mahu Roslinda menangis. Masih tiada maklum balas dari Roslinda. Ligat kepala Lon mencari idea untuk menceriakan Lin. Kalau Lan ada tidaklah dia pening sendirian. Apatah lagi memang dia tengah pening kepala. Biasalah berniaga dipasar malam, lambat tidur. Paling awal boleh tidur pun lebih kurang pukul satu. Bangun pun biasanya paling sedap pukul tiga petang.Jadi bila Lin memerlukannya terpaksalah korbankan masa tidurnya. Kurang tidur menyebabkan kepalanya pening-pening lalat.

“Eer..Lin bayangkanlah kalau aku terpaksa pujuk kau...gosok-gosok...belai-belai..., gaya memujuklah...tup,tup..orang nampak...mesti orang ingat  kita ni gay...mahu mak kita balun sam.......” Lon tersedar dari merapunya. Dia menjeling sekilas kewajah Roslinda. Moyok.

“Lin tengah sedih, sebut mm.....” Lon yang terasa bersalah menerpa  memegang kedua-dua bahu   Roslinda. Tanpa sedar mengusap-ngusap dan menepuk-nepuk  bahu Roslinda. Tanda minta maaf.Tanda memujuk. Nasib baik Lon cuma pening lalat ,kalau pening kambing mungkin Lin dipeluknya.

Roslinda terkejut  seketika  dengan reaksi spontan sahabatnya. Buang tabiat ke apa Lon ini. Rasa-rasa macam hendak disepakkan sahaja.  Oleh kerana ini kesalahan pertama, Lon dimaafkan. Jadi Roslinda sekadar memijak kaki Lon.

“Sorry,sorry.” Lon tersedar lalu tersipu-sipu. Nasibnya baik juga kerana Roslinda adalah pemegang tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri  taek won do.

PON,PON,....PON,PON.....

Lin dan Lon terkejut,lantas menoleh serentak. Sebuah BMW  hitam berkilat berhenti di jalan besar tidak jauh daripada mereka. Wow,besarnya . Kedua-duanya teruja.

“Apalah nak jadi dengan budak-budak sekarang,....tengok tu , sama-sama jantan pun jadi,...kita nak
tanya budak-budak tu ke? “ Pak Saman meluahkan rasa kurang senangnya sambil menoleh kearah majikannya yang duduk disebelah.

“Sama jenis ke, berlainan jenis ke...sama saja dosanya. Masa muda akal fikiran kita singkat..kalau iman tak diterap awal....kita mudah terbabas.,,,Kita tanya dulu,..lepas tu kalau ada peluang kita bagi nasihat.” Majikannya bersuara tenang.

Pak Saman menganggok-nganggok  tanda setuju. Rasa sedikit kesal kerana cepat menuduh. Ternyata majikannya seorang yang sangat cool......meminjam istilah yang selalu digunakan oleh anak majikannya bila menyatakan tentang sikap ayahnya.

Pak Saman membuka pintu kereta dan menjengokkan kepalanya keluar. Pak Saman mengangkat tangan lalu memberi  salam.

“Pak cik nak tumpang tanya....jalan ni masuk ke Kampung Bunga Cempaka ke?....atau  simpang satu lagi di atas tu?” Pak Saman bertanya .Tangannya menunjuk ke arah hadapan tapi matanya memandang ke wajah Lin dan Lon...kemudian ke wajah Lin kembali.
{“Budak perempuan rupanya”}...Pak Saman terperasan rambut Roslinda yang diikat satu seperti ekor kuda. Kulit putih melepak. Muka pula sangat comel.

Lin dan Lon berjalan menghampiri longkang besar yang memisahkan mereka dari jalan besar yang sedikit .  Kedua-duanya begitu asyik  merenung kereta besar dihadapan mereka. Dalam mimpi pun mereka tidak berani memilikinya.

“Dua-dua simpang ni boleh masuk Kampung Cempaka pak cik, cuma jalan ni kecil je tapi terus masuk kampung.  Jalan atas tu besar, masuk kawasan kedai-kedai dulu....nanti ada papan tanda untuk masuk kampung ni juga.” Panjang lebar penerangan dari Lon.

“Anak-anak ni dari kampung ini ke?, ...bolehlah kami tumpangkan sambil tunjukkan jalan.” Pelawa pak cik disebelah pemandu. Pak Saman menoleh sekilas ke arah majikannya. Cara yang halus yang patut dijadikan panduan kelak.

“Err....tak palah pak cik , kami tengah cari basikal kawan saya ni, hari tu tinggalkan disini sekejap..sekarang dah tak ada pulak.” Panjang lebar Lon memberi  penjelasan.

“Sekarang ni mana boleh tinggalkan barang-barang berharga begitu sahaja...orang kebaslah.”ujar Pak Saman pula.

“Ala basikal buruk dia saja pak cik.” jawab Lon dengan betul bendul.

“ADOH!...” jerit Lon. Kali ini Roslinda tidak melepaskan peluang menyepaknya.

Kedua-dua lelaki separuh umur didalam kereta BMW tersenyum-senyum melihat gelagat Lin dan Lon.

“Kau kan Lon saja nak bagi malu kat aku.” Bebel Roslinda sebaik kereta BMW bergerak meninggalkan mereka.

“La..  aku cakap betul pun kau marah...aku kata basikal kau BMW pun kau marah.....kau dat....”.tiba-tiba Lon terdengar...

“Grong grang..grong..grang..klung..klang..klung..klang...

Roslinda dan Lon serentak menoleh ke arah jalan besar, tiba-tiba Lon berlari naik kejalan besar. Roslinda turut berlari mengekori Lan .

Mereka berdua laju mengangkat dan menggoyang-goyangkan kedua-dua belah tangan ke arah Uncle Velo memintanya berhenti...tapi malangnya lori buruk itu meluncur laju meninggalkan mereka. Entah betul sangat ke ...bendul sangat ke Uncle Velo melambai-lambai kembali ke arah Lin dan Lon.
Mereka hanya terkebil-kebil  bila terpandang basikal buruk abah tersandar dibelakang lori . Betul sangkaan Lon.

Mereka memandang sesama sendiri.

“ eh nak kejar ke tidak...er..larat ke....kejar lori buruk kerana basikal buruk.”

Kesudahannya kedua-duanya pulang dengan hampa menaiki motor Lon yang buruk juga!

Tiba dilorong yang menempatkan rumah Lan, Lin dan Lon, mereka sekali lagi terkejut melihat kereta BMW hitam tadi ditepi port mereka. Pak cik yang memandu kereta BMW itu pula sedang menyandar di sofa [buruk juga] dibawah pokok ketapang.

“Dah jumpa ke Pak cik.?.” Lon menegur ketika memberhentikan motornya di hadapan pintu pagar rumahnya yang terletak bertentangan pokok ketapang. Roslinda yang membonceng turun dari motor Lon untu pulang kerumahnya yang berselang lima rumah selepas rumah Lon.

“Sudah,sudah.....terima kasih.” Jawap Pak Saman.

“Saya balik dulu pak cik.” Ujar Roslinda sekadar berbahasa.

“Lon..Lin balik dulu,...”selepas empat lima langkah Roslinda menoleh.

“Lon...TK..” laung Roslinda.

Lon menganggok sambil mengusap muka mengusir kantok yang kembali menjelma. Sudah terbayang
bayang tilam dan bantal nya.

“Tee kay...apa benda tu?..” soalan dari pak cik dibawah pokok ketapang menghilangkan bayangan tilam dan bantalnya.

“Er..pak cik ..TK tu maknanya terima kasih....macam OK ...yang ni TK.” Lon menjelaskan, gaya macam cikgu lah pulak.

“Saya nak balik tidurlah pak cik, assalamualaikum.”dengan  lurus bendul Lon meminta diri.

Pak Saman menganggok sambil matanya memerhati langkah Roslinda menuju kerumahnya.
{“Aik...rumah yang dimasuki oleh majikannya sebentar tadi.”}

Sampai di pintu rumahnya Roslinda ternampak sepasang kasut terletak elok dipenjuru. Hitam berkilat tentu berjenama macam BMW di luar. Sempat matanya menoleh ke arah kereta tersebut sebelum melangkah masuk.

Tiada sesiapa pun diruang tamu. Kedengaran suara abah sedang berbual dengan tetamunya. Roslinda melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu untuk memberi ruang kepada mereka sambil memasang telinga.


4 comments:

  1. Salam Cik Penulis,
    Sy dah baca cerita ni dalam P2U. Cerita ni sangat best,kelakar,buat sy gelak tergolek-golek.cuma banyak juga salah ejaan.yg nak kena edit(Sy ni guru BM, jd cepat je ternampak)Ha...apa kata bagi sy je tlg edit,percuma je,(hehehe.yg sebenarnya nak baca cerita ni cepat2.
    Lagi satu, sy nak bagi cadangan, boleh tak kalau Si Nepal tu lambat sikit sedar akan cintanya pada Mek Siam,sb sy rasa, klimaks cerita ini ialah apabila Si Nepal menyedari perkara tersebut. So...,sebelum tu, biar dia blur dulu, tp pd masa yg sama dia berusaha dgn mcm2 plan utk buat Mek Siam jatuh cinta dan terikat padanya.

    Mawardah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sangat2 kalu Cg dpt tlg, jika stuju nak tlg Cg bagi sy e-mail Cg..

      Delete
    2. Salam Cik Penulis,
      ini e-mel akak;
      hamidah_mawar@yahoo.com
      atau
      hamidahmawar@gmail.com

      Delete
  2. akak pun dah baca ..citer ini di P2 ..citer ni mmg yg terbaeklah..

    ReplyDelete