Sunday 22 September 2013

Tak minat hero import.



Tengah frust. nak sambung tulis cite si nepal dan mek siam, tapi idea tak datang. Rasa suram dan kelam. Sudahnya duduklah mengadap tv sambil makan koci. Tekan sana, tekan sini..terjumpa rancangan 'Awal lagi ' ...artis jemputan pulak, WAH !..hero ori dari Malaysia. Siapa lagi, Rosyam Nor dan Remy Ishak.Maka mood jadi ok kembali, mulalah senyum sampai telinga. Saya suka 2x.

Rosyam Nor tak payah cakap. Dia sememangnya dah pegang tittle hero Malaya. Remy Ishak pula 2nd.hero Malaya in making. Teringin nak tengok dua hero ini disatukan dalam cite romantik yg gila2. Cite sedih2 tak suka...sbb nak tengok sambil relak2, tenang dan santai.

Setiap kali nama Remy Ishak disebut, aku slalu geli hati sbb adik aku tak minat remy, malah di beri gelaran pula.. si nepal. Sbbnya di tempat kami ramai pekerja nepal yg sememangnya rupa seakan2 org melayu. Dan gelaran itu lekat jadi tajuk karya si nepal dan mek siam. Setiap kali merapu dlm cite si nepal, aku slalu terberangan satu hari nnti cite si nepal dan mek siam ni akan diadaptasikan jadi drama...dan tentunya teringin nak tengok remy jadi hero cite ni. Angan2 mat jenin sajalah!

Tall, dark and handsome. itulah hero impian dlm setiap novel. Bagi aku tak handsome sgt pun tak apa, asal slim. Sakit matalah bila tengok bapak org yg berisi jadi hero. Sebut nama kang, ada yg bising pulak nnti. Ialah cite pasal orang  bujang, hero kenalah yg slim macam anak muda... kalau cite hero duda, tak kisahlah...

Sekarang bila tengok drama tak ada muka hero lain. Org luar saja. Asyik2 muka tu saja. Hati slalu terdetik macam dah tak ada pelakon tempatan. Aku rasa heran kenapa ramai yg suka sgt dg hero pendatang. Macam hero Malaysia tak cukub bagus. Pd ku made in Malaysia always terbaik. kalau kita tak angkat sapa nak angkat...kankankan...

Rupanya perasaan aku ini tak sendirian. Alkisahnya, adik aku pun tersuka dg Remy Ishak juga akhirnya sbb dah muak tengok org luar jadi hero drama di tv Malaysia. Selain Rosyam Nor dan Remy Ishak kita ada Fahrin Ahmad, Nazhim,Fizz Fairuz, Muiz Muin, Syamsul, Saheizy sam, Johan Ashaari, dan beberapa nama lagi yg aku tak ingat. Tak ingat pun sbb malas nak tengok asyik2 muka hero luar yg muncul.

Eh..semangat pulak tiba2. Gara2 si Nepal..si Remy Ishaklah ni. Oklah nak sambung mencari ilham..nak sudahkan cite si Nepal dan mek Siam. harap2 dpt di selesaikan secepat mungkin. Harap2 impian mat jenin menjadi kenyataan. Salam dan TK utk semua yg sudi menjenguk di muka ini ..babai....


Friday 23 August 2013

Maaf atas kesilapan cite SN dan MS bab 25


Baru mula sambung berkarya... tak puas hati, kerja setengah jalan. Biar pun cite ni tak dapat sambutan. Aku hendak juga cite siNepal dan Mek Siam diselesaikan. Dari duduk sampailah menirap aku cari idea. Sikit2, satu2 ayat berjaya dihasilkan. Rasa2 tak sedap, diedit tapi sayang nak buang. Savelah konon. Akhirnya bila bab 25 selesai dihantar, segala yg disimpan2 terikut sekali....Alahai malunya. Cemerkap!
Sorry banyak2. Buat2ler tak nampak.

Setiap kali teringat cite SN dan MS, aku selalu tringat cite di sebalik tabir. Mula2 baca novel pun sbb adik aku. Dia ni  boleh dikatakan hantu novel.... tersangat rajin baca novel. Namun slalu membebel dan mengomen tangkap maut punya komen. Ada kala berapi2 dan berasap2  adik aku mengutuk sbb terbeli novel yg rasa2nya nak dibalingnya ke dinding. Aku pun cuba utk memahami dilema adik aku sorang nii.

Novel2 adik aku  ada satu almari dan berkotak2. Bila diminta satu novel yg best, aku disuruh baca novel adam dan hawa, terus sangkut.. Selepas membaca hampir semua novel yg terpandang dek mata, baru aku sedar kenapa adik aku selalu berasap. Mulalah era sama2 tukar menukar komen.... bila adik ku mengomen, aku tumpang sesudu, semangkuk hingga sekaki. Cikgu ni cakap, semuanya betul3.

Aku ni jenis bila mula kan sesuatu, mesti lakukan sampai selesai. Bayangkanlah bila adik aku baling novel ke dinding, aku dg susah payah, antara senyum dlm tangisan terpaksa gagahkan jugak untuk baca sampai muka surat terakhir.Bayangkanlah betapa terseksanya jiwaku. Rasa tobat tak nak baca novel dah.

Namun bila adik aku jerit....'Kak! dapat novel best!....'aku sangkut balik membaca novel.

Namun lepas tu, sejarah berulang kembali. Sakit telinga dan geli hati pun ada mendengar komen2 dari adik aku ni. Mulalah cikgu ni memberi sbb dan musabab kenapa dia komen2 ni.

Dari ayat pemeri, ayat dialog dan macam2 lagi ilmu mengarang diterangkan pdku..beria2 aku diberi penjelasan. Almaklumlah adik aku nii seorang cikgu. Cikgu BM lagi. Akhirnya aku mencadangkan eloklah dia yg mengarang. Pd ku cikgu BM sudah tentu akan lebih mahir berkarya.

Aku mencabar adik supaya dia lebih berusaha dan buktikan kemampuan. Tapi aku pulak dicabarnya sbb tumpang sama jadi tukang komen. Beberapa bulan berlalu, bila berjumpa saja, masing2 akan bertanya....":Dah mula?..." Hahaha....sama2 geleng kepala. Lawak betul.

Lawak sbb pandai kutuk. Buat tak pandai.

Sejak itu baru tahu....betapa susahnya untuk mula berkarya. Mudahnya nak jadi tukang komen. Kecualilah org2 yg sememangnya Allah kurniakan bakat semula jadi. Berkarya  bagi mereka ini, senang macam makan kacang.

Ditakdirkan aku yg sdg bosan berjaya menyiapkan satu bab cite tak bertajuk. Namun sbb mcm teruja dpt siapkan satu bab, maka cuba2 dihantar  juga ke P2u. Bila tersiar diP2u...ada pembaca pulak tu..suka tak terkira, walau pun cuma ada seorang saja pembaca. Itulah org pertama yg membaca karyaku..tima kasih banyak2 pd mu.

Adik aku jadi tukang sorak. Bila tanya hasil dirinya dia ketawa besar. Belum cite dah ketawa. Adik aku ni memang kuat ketawa. Aku enjoi bila dpt ketawa sama2 dg adik sorang nii. Terasa sama2 tiga suku

Mengarang sambil meniarap atas tilam dg bantal gebu, tau2 ghaib. Cuba2 lagi, terlena lagi. Sebenornya adik aku tu penat mengajar. Kalau ada anak murid nak dimarahnya, teranglah mata. Akhirnya adik aku ni taubat tak nak buat novel. Baca novel pun dah kurang sbb susah dpt yg dia suka. Sekarang dia sdg dg hobi barunya. Buat blog.

Dari sini aku dpt pengajaran... bukan senang utk berkarya. Jika dapa tdiselesaikan, itu sudah dikira satu pencapaian. Bagus atau tidak, diterima atau tidak, best seller atau tidak...pdku itu  bukan nombor satu lagi. Janji kerja selesai. Namun begitu, aku gerun memikirkan bila tiba waktu adik aku  akan membaca karyaku nanti. Kalau dia gelak terguling2, aku belasah saja dia nanti. Ini  aku warning kat adik aku siap2..hihihi......

Satu penghormatan buat penulis2 semua. Yg sudah terkenal, sememangnya aku kagumi. Yg sdg berusaha....chayook3....Alang2 penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Thursday 22 August 2013

Perlu melihat dg mata dan mata hati


Pernah dengar tak kata2...Jika tak dpt membantu seratus orang, cubalah bantu walau pun seorang.

Satu hari di bulan Ramadan. Sedang sedap2 mengadap more selepas Magrib sambil mendengar berita...hati tersentap. Teringat semasa berkarya 'Pinggan tak retak, nasi tak dingin'....sengaja mereka2 karekter Yusri dan adik2nya Sara dan Suri. Rekaanku semata2...tiada kena mengena dg sesiapa yg hidup atau pun yg mati.

Tup,tup tersiar di depan mata kisah seorang remaja, Muhammad Zulhairie Zainuddin yg terpaksa berhenti sekolah kerana terpaksa menjaga adik2nya. Remaja ini terpaksa berkerja di gerai burger utk mencari rezeki mereka tiga beradik. Emak dan ayah berturutan dijemput Ilahi. Kesiannya....makanan terasa kesat nak ditelan walau pun perut minta diisikan.

Masa berkarya hari tuu, berasa sukar sekali nak kembangkan cerita. Tak logik juga rasanya. Logikke jika tiada saudara mara, jiran tetangga..lebih2 lagi tok penghulu dan wakil rakyat  tak ambil tahu. Namun malas nak peningkan kepala, just merapulah apa yg patut...Asalkan novel boleh selesai dg segera sbb dah pening kepala. Alih2 ada kisah benar rupanya yg serupa. Yg lain sikit, cuma Yusri dlm cite PTRNTD kerja kat kedai dobi.

Sepatutnya pihak yg berkenaan, yg diamanahkan dg tugas jaga  anak buah dan rakyat segera ambil tahu dan membantu anak2 ini. Apa2 pun dari berkokok tak mendatangkan hasil, marilah kita semua sama2 segera menghulurkan bantuan ikut kemampuan.... sebab perut manusia lazimnya tiap2 hari akan merasa lapar, minta diisi. Jgnlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Hulurkan bantuan melalui.....MUHAMMAD ZULHAIRIE ZAINUDDIN
                                           NOMBOR AKAUN BSN
                                            03001-41-0000-9343-1
Nasib baik ada TV3...so, sepatutnya kita berterima kasih pd TV3. TV3 banyak menyampaikan berita2 yg perlu diambil berat. Jika ada rasa was2 dan utk elakkan dari penipuan, hubungilah TV3 utk pengesahan. Semoga adik Muhammad Zulhairie akan mendapat pembelaan dlm kadar segera. Dpt rezeki sambung belajar dan semoga berjaya mengubah nasib diri dan adik2.

Begitulah luahan hati...tapi nak berkarya tak ada idea. Idea tak jalan, baik ikut suami gi jalan2. Jalan2 suami pun sbb ada urusan. Mmmmmm..bil rumah, bil kereta dan semua macam bil2 kena jelaskan. Tapi...itulah, kepala ini susah nak duduk diam2. Ada je yg nak difikirkan.

Toleh kiri, toleh kanan jalan....mata tak reti2 nak pejam, mulalah fikirkan macam diri org dari kementerian. Sepanjang jalan, dari pekan kecik, pekan sederahana sampai ke bandar besar...terasa sdg berada di negara China, ikut ajen pelancungan...mmm, berangan. Kedai kita, [elok tiru kata2 seniman agung P.Ramle]...satu, KADANG-KADANG. Dua, JARANG-JARANG....Banyak?...tak mandang[maksudnya tak nampak lansung].

Sepanjang jln dihias iklan dan kain rentang. Jemputan membeli belah sakan..konon kilang nak dikosongkan. Haak!...bukan baru ni, sejak sebelum Ramadan, juga sebelum2 Ramadan lagi. Siapa yg menjemput kita datang? Siapa yg ramai pergi membeli?..EEEeeeeeehhhh...getik teman nengok.

Ada promosi jualan pra Ramadan. Jualan bulan Ramadan. Jualan sambut hari raya... almaklumlah, lagiii sakan. Faham bebenor puak2 tu keperluan kite erk? Kaum kerabat kita  saja yg tak sedar diri dan tak faham2.Orh lain berebut himpun kekayaan..pas tu nak merasa tampuk pemerintahan. Kini bangga sbb ekonomi mereka yg punya!

Yg geli hati ada pulak promosi jualan tilam sempena hari raya. Jika perabut tu dah biasalah. Mak Aaaai..ingat kueh dan baju raya aje ada promosi. Rupa2nya tilam raya pun ada! Yg heran tu ade je pun org kita gi beli. Kemaruk bebenor nak shopping sakan.

Kita ada pilihan!...Mengapa tak buat pilihan?. Haa, nak gi beli kain baju..kan ada kedai kain 1M, Riamoda, Maidin dan peniaga2 org Kemboja pun ada. Keperluan harian  gi cari di kedai runcit 1M ada. Maidin dan pasar hari dan pasar malam pun ada. Makan kek dan kueh mueh hanya yg dibuat org Islam saja yg sah2 bersih lagi halal. So, apa lagi?..aaaaa, jg lupa...pakai minyak Petronas setiap masa.

Cite pasal hari raya teringat makanan kegemaran ramai, itulaah ayam. Ini ada cite best. Sapa yg terasa, mesti telan air liur dan urut tengkuk punya. Semalam sapa tengok rancangan 999? Ada pembekal ayam ke pasar raya mana2 entah... halal kononnya, diperiksa dg mengejut oleh pihak yg berkuasa. Bisnes tauke tersangat bagus...dua kali ganda di bulan Ramadan dan time hari raya nak tiba... sbb itu tauke tersebut  terpaksa ambil ramai pekerja pendatang asing...dari tukang sembelih sampai yang angkut ayam naik lori.

Sama ada sbb terlalu banyak ayam yg nak disembelih atau pun kerna ilmu ugama paras2 hidung..pekerja2 yg sembahyangnya tak sempat nak disoalsiasat....ayam2 banyak yg tak disembelih dg sempurna. Kita dpt lihat di kaca tv nasib si ayam2 yg masih tergedik2 dibenam ke dlm air panas.

Maka dinyatakan ayam mati sbb lemas. hikhikhik...kalau tak lemas pun, kalau dah berendam dlm air panas tu, agak2laaahhh. Maka ramailah org kita yg makan ayam lemas tu baru2 niii.......

Aiyaaaa, manyak2 solli aah, sgt manyak orter, mana mau ata time mau kasi peliksa maaa.....sutah makan, apa kisah...next time mali bili lagi....gelenti halal maaa....



Waspada dan beringat..peringatan buat diri.


Assalamualaikum...pd semua kawan2 yg sudi menjengah di ruangan mike ini.

Dah sebulan Ramadan berlalu dan kini di bulan Syawal kita di beri rezeki utk hidup lagi olehNYA. Entah ada kesempatan lagikah utk kita bertemu Ramadan tahun hadapan?..Wallahualam. Sudah berjayakah kita merebut sebanyak2 ganjaran yg dijanjikanNYA pd sebulan Ramadan ini?..Jika berjaya..Alhamdulillah.

Jika ingin lagi ganjaranNYA..puasa 6dlm bln Syawal masih ada masa utk merebutnya....Berusahalah merebut dividen2 akhirat ini. Itulah kebesaran Allah yg Maha Pengasih utk hamba2NYA...buat bekalan utk dibawa ke alam akhirat sana....Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Siapa rajin dia yg dapat. Siapa yg rugi, umpama balik kampung sehelai sepinggang...bawa beg yg kosong. Lebih malang jika baju di badan berlubang2, pas tu bukan boleh nak minta pulang. Pulang apa lagi, jika pakaian di badan kita adalah kain kapan!

Aaaa...Rindunye nak meluahkan perasaan di ruangan ini. Meluah perasaan saja..bukan tunjuk perasaan!...Peristiwa2 sedih di negara2 Islam patut dijadikan tauladan. Dua pihak bertempuran, ada pihak ketiga kaut keuntungan!...Jika musibah ini terjadi di negara kita Malaysia yg berdaulat, tanah airku yg tercinta, sahih kita sekarang ini tidak mungkin dapat tidur lena, pasti hidup dlm ketakutan dan kesusahan.

Sedih dan khuatir memenuhi diri. Hidup kita semua tak macam suasana dulu lagi. Dulu perpaduan kaum membuat hidup selesa sekali. Sekarang ada kaum yg nak jatuhkan pribumi. Bagi peha nak betis,dapat betis naik kepala, akhirnya kepala kita dipijak2 sesuka hati. Hak kita nak dihakis...risau juga utk generasi anak2 kita yg masih kecil.

Nak suruh berwaspada sukar sekali sbb ada gunting dlm lipatan...itulah jenis manusia perangai seperti si kitol yg menjual diri. Biar negara tergadai, ugama dan bangsa dijual....ada sikitol kisah?...Asal perut buncit sendiri, biar Melayu lain mati semua sekali...sikitol tak ambil peduli. Adakah sikitol saudara si munafik di zaman Rasulullah S.A.W nabi kita?...

Aaaah, emosionalnya diri. Bukan apa, teringat kaum yg sgt pandai dan licik sekali ambil kesempatan. Jom kita kongsi cerita kecil tapi maknanya besar sekali...................

Seorang pak cik separuh umur mencari rezeki mengambil surat khabar dari pekan utk diedar dan dijual di kawasa sendiri. Semakin hari  permintaan semakin tinggi. Diangkut penuh satu motor depan dan belakang sbb tiada kereta , apa lagi lori. Memang bukan senang nak mula perniagaan. Nak jaga pelanggan satu kes lagi. Sebelum Subuh, hujanke ributke, sihatke, demamke...pagi2 pelanggan nak membeli suratkhabar awal2 dah menanti.

Tiba2 timbullah pembantu yg tak dijemput, tak diundang. Sifat pak cik seperti semua kaumku, faham2 sjalah....lemah lembut, mudah percaya dan bertolak ansur. Pembantu tak diundang tak minta apa-apa bayaran, konon sbb kesian, sekadar hulurkan bantuan. Bila hujan sanggup tolong bawakan dg kereta sebagai pemandu, asal tunjukkan jalan.

Bila demam... pak cik disaran rehar2 saja di rumah. Segala kerja dan urusan jualan, pembantu tak diundang akan bereskan...sbb dah tahu jalan. Nanti keuntungan akan dihantar pulang. Diam2  saja duduk di rumah, tiidur dan makan sbb dah tua. Siapa yg tak sayang kawan yg baik begitu, tak minta balasan.

Semakin lama kawasan semakin meluas. Perniagaan semakin berkembang, untung beruncang2. Malangnya manusia tak semakin muda. Pak cik tak ada keturunan. Hanya pembantu yg tak diundang yg ambil peluang. Kini segala yg dimulakan, org lain yg dapat keuntungan..Kini si apek goyang kaki sbb dpt apa yg dihajati. Kawan2 pak cik tak diberi peluang lagi...apek nak kerja sendiri. Anak cucu diangkut pindah ke sini sekali.

Kini nak beli paper[surat khabar] hati merungut tak renti...sbb setiap sen memjadi longgokkan kekayaan keluarganya sendiri. Bila ada isu, paper yg dihajati tak akan dijual sama sekali. Boikot maaa. Kekayaan diguna utk bantu kempen menangkan parti bangsa sendiri. Kerajaan yg disanjung pak cik dikutuk sesuka hati. Biar parti kaumnya yg naik tinggi....Bila kaum ini dpt kerajaan, apa agaknya akan terjadi?.

Luu fikir2lah sendiri....pasti semua dah pernah dengar tagline ini.






Wednesday 19 June 2013


     Assalamualaikum pd semua kawan2...ingin kongsi berita gembira dg you all semua. PTRNTD akan diterbitkan dlm bentuk novel oleh karya seni...so, saya serahkan semua pd pihak karya seni. Di P2u sudah keluar bab 20..TK atas sokongan kawan2 semua...

Sunday 16 June 2013

CERITA NENEK

Mimi Azlin termenung. Termenung sambil merenung emaknya Puan Fatimah. Mimi Lin tiada masalah. Emak yang kelihatan bermasaalah. Puan Fatimah sedang bertongkat dagu diserambi rumah. Sedari tadi tidak berubah. Mimi Lin tahu.. dia juga seperti tadi, diserambi tidak berubah.

 Secawan teh O yang dihidangkan di atas meja di hadapan emak tidak berusik. Sudah beberapa hari emak begitu. Setahu Mimi Lin tiada apa-apa masaalah dalam keluarga mereka.
Semua  anak-anak  sudah  bekerja.  Pekerjaan  yang  bagus-bagus  belaka.  Semua  anak-anak  lepasan  universiti,  dalam  dan  luar  negara. Bukan  sukar  untuk  berjaya  di negara  kita...janji  mahu  berusaha.  Jika  rajin  kejayaan  berganda.  Dari  tadika  ke menara  gading,  emak  ayah  tak  susah.  Semua  anak-anak  dapat  biasiswa.  PTPTN ada,  JPA  ada,  termasuk  MARA.

Emak  masih  seperti  tadi.  Bukan  sebab  ada  masaalah  kerja.  Mimi Lin  pasti,  sebab  emak   sudah  di usia  senja.  Dulu  emak  berkerja  sebagai   guru.  Sekarang  sudah  bersara.   Masaalah  keewangan,  jauh  sekali.  Pencen  yang  diterima  hanya  diusik  sedikit  saja.

 Begitulah  setiap  bulan.  Mimi Lin  yang  tanggung  semua.  Banyak  manalah  sangat  yang  diperlukan  orang-orang  tua. Ada  duit  saku  dari anak-anak  yang  duduk  berasingan  menyua.  Bukan  semua,  tapi  yang  dapat  pun  tidak diguna.

“Kenapa  mak?..” Mimi Lin  bertanya.

“HAaaiii.....” emak  mengeluh  saja. 

“Mak  sakitke?...” Mimi Lin  bertanya  lagi.

Emak  menggelengkan  kepala.

“Mak  ada  masaalahke?..” Mimi Lin tak  puas  hati.

Emak  merenung  jauh  ke hadapan  sambil   mengangguk  perlahan. 

“Cakaplah  mak,  mungkin  anak-anak  boleh  bantu...”

“HAaaaiiii...mak  tak  pasti  siapa yang  boleh  bantu  dalam  hal  ini...” emak  mengeluh.

Terangkat  kening  Mimi Lin.

‘Bunyi  macam  masaalah  besar....emak,emak..macam  fikir  masaalah  negara  pulak..’  hati  Mimi Lin  berbicara.

“Masaalah  kaum  nenek  kamulah..haaaiii...” Jawapan  emak  disudahi  dengan  keluhan  lagi.  Jika  dikumpulkan  semua  keluhan  emak  beberapa  hari  ini,  tentu  sudah  berkati-kati.

“Dulu  nenek  kamu  datang  ke sini  naik  tongkang.......”  Emak  mula   bercerita.  Mimi Lin  sudah  faham.  Ini  bukan  kali  kedua  atau  ketiga.  Benarlah...ini  masaalah  negara.  Pada  siapa  mereka  hendak  bertanya?.

‘Aaaaiisshhh...sudah...’ Mimi Lin  mengeluh  di dalam  hati.  Sudah  penat  telinganya  mendengar  cerita  lama  berkali-kali.  Semenjak  kecil , masa  nenek  masih  hidup  lagi.  Emak  pula  yang  menyambungnya  kini.

“Nenek   dengan  abangnya  berjaya  menyelamatkan  diri.  Masa  tu  berlaku  perang  saudara  di negara  sendiri....” Emak  menyambung  cerita.

 Jika  dihitung  berapa  tahun  nenek  telah  disemadi,  dicampur  dengan  usia  nenek  ketika  dijemput  Ilahi...sudah  hampir  seratus  tahun  masa  berlalu  pergi.  Namun  cerita  ini  tidak  pernah  basi.  Emak  mewajibkan   anak  cucu  sedar  diri.  Emak  kata,  seharusnya  cerita  nenek   ini  diwarisi.  Elok  juga  dijadikan  cerita  wajib  untuk  diturunkan  ke  semua  generasi.

“ Mak....”

Emak  buat  tidak  peduli.  Cerita  disambung  lagi.

“Nenek   dan  abangnya  terpaksa  melangkah  mayat- mayat  yang  bergelimpangan  mati. Adakala  terpijak  tangan mayat,  adakala  kaki.  Sambil  menangis  sambil  berlari.  Dalam  kesedihan  terpaksa  juga  pergi...tinggalkan  emak  ayah  yang  dibunuh  dengan  ngeri.  Bukan  saja  mereka,  ramai  lagi.... Yang  hidup,  masing-masing  bertempiaran  dalam  ketakutan  ke sana  ke mari,  masing-masing   hendak   menyelamatkan  diri.  Siapa  tunggu  pasti  akan  mati....”

Bila  emak  bercerita,  kisah  bertambah  satu  episode  lagi.  Masakan  beradap  jika  dia  melangkah  pergi.  Mereka  adik  beradik  sudah  dididik  bersopan  santun,  berbudi  pekerti ...itulah  adat  bangsa  Melayu   yang  diterap  sejak  hingusan  lagi.

“Nenek  dua  beradik  berjaya  naik  tongkang,  lega  nasib  menyebelahi.  Mereka   dan  empunya  tongkang  saling  mengenali.  Tekong  dan  orang   tua  mereka  pernah  berjumpa  beberapa  kali.  Tekong   sudi  menolong  sebab  pernah  termakan  budi...tambah  kesian  mendengar  kedua  orang  tua  mereka  sudah  tiada  lagi....”

Emak  diam  seketika. 

“Kamu  tengok  apa  yang  berlaku  hari  ini....Kenapalah  kaum  nenek  tidak  lagi  tahu  mengenang  budi....haaaiii...”

Emak  memikirkan  kaum  yang  sama  dengan  kaum  ibunya  yang  telah  pergi.  Kaum  yang  datang  bertongkang  ke bumi  ini  bersama  ibunya,  ramai  sekali.  Masing-masing  meninggalkan  generasi .  Mereka  juga  kaumnya...separuh  dirinya  adalah  sama  darah  sebangsa   kaum  ibu  sendiri.

‘Emak   rasis ?....Rasiskah  jika  mengatakan  kebenaran  tentang  kaum  sendiri?...’  soalan   berlegar  di kepala  Mimi Lin.

“Emak  bimbang...generasi  kaum  nenek  sudah  lupa  asal  usul  mereka...mereka  tak  rasai  kesusahan  akibat  peperangan...   sekarang   senang-senang   buat  kekacauan...”

 Emak  memerlukan  kawan  untuk  luahkan  perasaan.. 

Mimi Lin  duduk  kembali.  Dia  tidak  mahu  dikatakan  anak  yang  tak  kenang  budi,  tak  beradap  lagi. Benarlah  kata  emak. ...  kalau  ditegur  kaum  nenek  sebagai  tak  kenang  budi,  mesti  ada  yang   sakit  hati.  Mungkin  saja  ada  orang  yang  akan  berdendam  sampai  mati.

“Nenek  kamu  cerita,  tidak  terkira  banyaknya  tongkang  membawa  kaumnya  mengharung  lautan.  Penuh  sesak   tongkang  dengan  manusia  dan  bekalan.  Mujurlah  tongkang  mereka  naiki  tidak  tenggelam.  Tiada siapa  yang  tahu  berapa  lama  dan  jauhnya  perjalanan.  Yang  penting,  mereka  melarikan  diri,  meninggalkan  negara  kerana  peperangan....”emak  menyambung  cerita.

Di bumi  ini  semua  kaum  hidup  aman.  Semua  kaum  hanya  mendengar  kaum-kaum   tempat   lain  hidup  dalam  penderitaan  akibat  peperangan.  Adakah  kaum-kaum  di tanah  air  ini  teringin  merasa  hidup  dalam  peperangan?...Mimi Lin  berjeda  sendirian.

“....Beberapa  bulan  sesat  barat  barulah  jumpa  daratan.  Ada  tongkang  yang  mendarat.  Banyak  lagi  yang  teruskan  perjalanan.  Semua  dalam  tongkang  berserah  nasib,  ikut  saja  tekong  yang  membuat  keputusan. ..”

“Takdir  Allah..tongkang  yang  dinaiki  dipukul  ribut.  Tongkang  terbalik  berhampiran  daratan  dalam  suasana  kelam kabut.  Semua  turun  berebut-rebut.  Nenek  cerita  semua  bertolak-tolak.. orang-orang  tua  dan  kanak-kanak  siapa  pun  tak  sudi  nak bantu  dan  tolong  sambut. .....agaknya   kaum  nenek  tak  ramai  yang  berhati  lembut...Haaaiii....”

“Maak...” Mimi Lin  cuba  untuk  berkata-kata...namun  tak  berjaya.

“ Satu  tongkang  tidak  tahu  mereka  terdampar  di mana.  Namun  pertolongan  sampai  tak semena-mena.  Satu  kaum  yang  berkulit  sawo  matang ,  tidak  putih  melepak  seperti  mereka.  Semua   mangsa  dibantu  sekadar  apa  yang  ada.  Sehingga  kini  sama-sama  menetap  di bumi  yang  sama....kemudian  barulah  kaum  nenek  tahu,  inilah  Tanah  Melayu  namanya...”  Emak  semakin  beriya   bercerita. 

“Nenek  dua  beradik  merempat  di satu  desa.  Kaum  nenek  dilayan  dengan  mesra.  Orang  Melayu  di sini  membantu  tanpa  dipinta.  Kaum  Melayu  ini  bukan  orang  kaya-kaya  tapi  sudi  berkongsi  rezeki   yang  ada...”

 Mimi Lin  teringat  di desa  inilah  terjalin  kisah  cinta.

“Mak...di sinikan  nenek  bertemu  lelaki  Melayu  yang  budiman...nenek  dari  Negara  China,  atuk  dari  Kuantan...saling   jatuh  cinta ..”   Mimi Lin pula  berkisah  sakan.

Emak  mengangguk  perlahan.  Mata  mak  kelihatan  bergenang...itulah  takdir  tuhan.  Hidup  mati,  jodoh  pertemuan  semuanya  Dia yang  menentukan. 

“Waktu  tu  semua  kaum   hidup  bersama  dalam  aman.  Kaum  nenek  rajin  bekerja,  senang  cari  makan.  Orang  tempatan  bertolak  ansur.  Tiada  rasa  cemburu  dan  tertekan.  Bangsa  Melayu  yakin,  rezeki  masing-masing  disediakan Tuhan.  Malah  kaum  yang  datang  diterima  sebagai  kawan  dan  hidup  berjiran..Bukan  nenek  saja  yang  dapat  teman...ramai  lagi  yang  berkahwin  dengan  orang  tempatan...sehingga  kini  sudah  beberapa  keturunan...”

Kini  sudah  ada  generasi  ketiga,  keempat  dan  kelima.  Ada  yang  berkulit  putih... sawo  matang  pun  ada.  Berkulit  teh  susu  pun  ada  belaka.  Mujur  tiada  yang  berbelang. 
Mimi Lin  merenung   warna  lengannya..  teh  susu  punya.   Alahai,  mana  boleh  nak  salahkan  sesiapa.  Warna  kulit  buat  apa  ditanya...hati  yang  perlu  diambil  kira.

 Emak  menepuk-nepuk  meja.  Ada  surat  khabar  terbentang  rupanya.  Ada  berita  panas  yang  dibaca.  Itulah  puncanya  emak  membuka  cerita. 

“Sekarang  generasi  sudah  bertukar  orang.  Semua  sudah  tidak  dikenang.  Rasa  terhutang  budi  sudah  hilang..anak-anak  muda  kaum  nenek  kini  semakin  garang..Tiada  siapa  yang  menghalang.  Kaum  nenek   hilang  pertimbangan  selepas  hidup  senang.   Kini   hendak  berjuang,  menuntut  kesaksamaan.  Malah  lebih  teruk  lagi ...  hendak  ambil  alih  pemerintahan....Haaaaaaiiiii...mana  kaum  atuk  tak  berang...”  Keluhan  emak  semakin  panjang. 

 Telah  dijangka  versi  emak  lagiii  panjang.  Sudah  tentu  kurang  ajar  jika  dihalang.  Biarlah  emak meluahkan  perasaan,  asalkan  hatinya  tenang. 

“....Kaum  atuk   kini  semakin  tak  tahan.  Berapa  lamalah  mereka  sanggup  nak telan...mak  takut,  sampai  waktu  kaum  datuk  akan  tertekan.  Bila  tidak  tertahan, lambat  laun.. mereka  pasti  akan  bangkit   melawan..Pantang  anak  Melayu  dicabar  lawan.....”

Mimi Lin  menungkat  dagu.  Biarlah  emak  habiskan  cerita,  mencurah  perasaan,  dia  akan  tunggu.  Siapa  lagi  yang  ada,  Mimi  Lin  anak  bongsu. 

“.....Haaaiii...mengapalah  kaum  nenek  sengaja  cari  musuh  setelah  kaum  datuk  terima  kaum  yang  mendatang  sebagai  kawan....Haaaaiii...” emak  tidak  habis-habis  mengeluh,  menggambarkan  hatinya  yang  rawan...

Manakan  tidak.  Kaum  atuk,  kaumnya.  Kaum  nenek  juga  kaumnya.  

 Emak sudah  mengeluh  berkali-kali.  Mimi Lin turut  mengeluh  di dalam  hati.  Kalau  macam  ni, mahu  saja  mereka  di serambi  sampai  pagi.

“.... sekarang  kaum  nenek  dan  kaum  datuk  sukar  bersatu...tambahan  ada  ketua  berkepala  batu.  Busuk  hati  macam  hantu.  Pengikut  pula  sama  saja  termasuk  kutu-kutu......tak  akan  berjaya  jika  satu  kaum  saja  berlembut,  akhirnya  segala  usaha  untuk  hidup  aman  bersama  gagal , tidak   disambut....”

 Mimi Lin  mengangguk.  Bukan  dia tak  tengok.  Sedih  hatinya   mengingatkan  kaum  nenek  kini  ramai  yang  bongok.  Sedikit   saja  yang  berhati  jujur,  lagi  ramai  yang  bengkok.

“...Orang  Melayu  kata  Malaysia  negaraku.  Dulu  pun  Malaysia  dipanggil  Tanah  Melayu.  Hendak  dikatakan  bohong,  sejarah  telah  termaktub  di dalam  buku...  kaum nenek  tak  setuju...”

Betul  kata  emak.  Bukan  Mimi Lin saja  ikut-ikut  meniru.  Mimi Lin sudah  tengok,  sendiri  pun tahu.  Satu  negara  baru  selesai  PRU.  Mengapalah  semua  rakyat  tidak  mahu  bersatu?...  Bukankah   semua  rakyat  telah  hidup  aman  damai  dahulu?..

Dulu  kaum  nenek  hidup  susah,  hidup  macam  ulat  dalam  batu.  Merempat....   namun  kaum  atuk  sudi  membantu.  Bantu  dari  segi  wang  ringgit, kaum  datuk  tak  mampu...tapi  sanggup  berkongsi  kampung,  pekan  dan  negara.  Sekarang  apa  lagi  yang  kaum  nenek  mahu ?

 Kini  kaum  yang  telah  banyak  menolong  hendak  dijadikan  seteru.  Jikalau  nenek  masih  hidup,  pasti  nenek  akan  rasa  tak  menentu,  terharu,  sebu....mengapalah  kaumnya  kini  sudah  tidak  tahu  malu. Apa  lagi yang  kaum  nenek  mahu?...

 Sudah  lupakah  mereka  semua  akan  asal  usul  nenek  moyang,  juga  sejarah  lalu.  Kisah  penderitaan  kaum   melarikan  diri  dari  negara  asal  yang  terletak  jauh  beribu-ribu  batu.  Sudah  hilangkah  perasaan  sedih  dan  pilu.....  setelah  diberi  simpati  dan  dibantu..

Kini  perangai  kaum  nenek  sudah   berubah.  Sifat  tamak,  pentingkan  diri  dan  rakus  semakin  menyerlah.  Selepas  PRU,  parti  kaum  nenek  kalah...tapi  tidak  mahu  teima  keputusan  dan  menyerah.  Malah   memberontak,  merata  mereka  menyalak.  Salahkah  jika  kaum  atuk  yang  telah  banyak  berlembut  naik  darah?

“ Berhari-hari   kaum  nenek  menjerit  terlolong  mahu  ubah.  Mengapa  pula  senang-senang  hendak  ubah.  Ini  adalah  kedaulatan  Negara  Tanah  Melayu,  bukannya  sarang  lebah.  Hati-hatilah !   Kaum  atuk   berlembut  bukannya   lemah.   Jika  melampau   sangat,  kelak  semangat  pahlawan  pasti  bercambah.  Jangan  dah  terlewat,  baru  hendak  mengelabah...”  Emak  berceramah.

“Sekian  lama  diberi   menumpang,  sampai  jadi  rakyat  tempatan,  bersama  hidup  aman  dan senang.  Kaum  nenek  ingat  mereka  saja  yang  tahu  nak  menang.  Jika  beginilah  caranya,  sampai  bila  pun  hidup  tak  akan  tenang...” emak  merungut  panjang.

 Kaum  nenek rajin  bekerja. Ramai  yang  jadi  kaya  raya.  Kaum  atuk  terima  seadanya.  Sudah  berjaya,  hendak   merampas   kuasa  pula...Mimi Lin mengiyakan  saja  rungutan  di hatinya.

“ Mak..  kita  tak  upaya  nak  membantu...sekadar  boleh  mengundi,  pangkah  satu...terpaksa  lihat  saja  kaum  nenek  dan  kaum  atuk  bertelagah  macam  seteru.  Walhal  orang  Melayu  sudah  lama  membantu,  tolak  ansur..  ajak  bersatu...Kaum  nenek  tak  mahu.  Mereka  hendak  lebih  dari  itu...” 

Emak  merenung  Mimi Lin,  terharu.  Lega  anaknya  faham   dan  tahu.  Sayaaang...kaum  nenek merusuh,  tak  puas  hati  ini  dan  itu.  Kalau  boleh  semua  mereka  mahu.  Jika  seluruh  kaum  atuk  mati  sekali  pun,  adakah  kaum  nenek  nak  ambil  tahu.

Emak  terkenangkan  anak  cucu.  Seperti  kuih  yang  mengikut  bentuk  acu.  Peribadi  dua  bangsa  bercantum   satu.  Bersopan-santun,  bertolak-ansur  dari  darah  atuk,  orang  Melayu.  Rajin  berusaha,  kuat  bekerja   dari  darah  nenek  Cina,  bersatu.  Kaum  kacukan  dua  bangsa  diterima  sebagai  Melayu.  Tiada  apa  lagi  yang  kami  mahu...Cuma  berdoa  agar  semua  kaum  hidup  bersatu.

Malang  bagi  orang  Melayu,  ada  gunting  dalam  lipatan...Ada   orang  bertuhankan  nafsu,  berajakan  syaitan.   Semua  ini  sudah  suratan.  Kita  berdoa  pada  tuhan.  Setiap  yang  berlaku,  ada  yang  tersirat  di  sebalik  kejadian.

Kaum  atuk  kena  beringat.  Kaum  nenek  pandai  mengambil  kesempatan.  Mereka    bersekongkol   dengan  musuh  dalam  lipatan,  hatta  dengan  syaitan... agar  tercapai  segala  impian.  Kaum  nenek  nak  jadi  menteri  besar  dan  sultan.  Menjadi  Agung  juga  adalah  impian.  Semua   cita-cita  diam-diam  disimpan. Mereka  sabar  menunggu  impian  menjadi  kenyataan.

 Mimi Lin  dilanda  bimbang  lalu  menupang  dagu,  termenung.

Mimi Lin  terkenang  nenek.  Wajah  putih  melepak  dengan  mata sepet. 
Mimi  Lin  dan  emak  berpandangan.  Yang  indah-indah  kini  tinggal  kenangan. 

JANGANLAH  NEGARAKU  TERPERANGKAP  KE KANCAH  PEPERANGAN.
SATU  TEKAD,  SATU  TUJUAN,  SATU  IMPIAN.
MARILAH  KITA  SEMUA  KAUM  HIDUP  DALAM  AMAN.

KEAMANAN,  PERPADUAN  DIHARAP  JADI  KENYATAAN.

Assalamualaikum pd sume kawan2 yg.sudi membaca curahan hati ini...laa ni.baru dapat tarik nafas lega sbb dah hantar sume karya PTRNSD ke meja P2u.Watammat.Gitulah akhirnya.Utk komen2  dr kawan2 yg bertanya....mungkin karya saya sdg dlm penilaian oleh pihak penerbit p2u. Kalau berjaya dibukukan,Alhamdulillah. Sama2lah kita tunggu.

 Satu novel,lagi.. sinepal dan mek siam, masih tersangkut. Hati masih tak puas sbb kerja belum selesai. Harap2 menjadi percubaan kali ini. Baru tahu betapa susahnya nak menyudahkan satu novel. Mula2 tu memang dah tobat tak nak berkarya lagi...tapi semenjak dua menjak ni jenuh pulak menungkat dagu bila menunggu mata yg tak nak lena...boring gak tak buat ape-ape. Nak belek anak..anak-anak pulak dah besar, lainle kalau ade baby baru....hihihi... Dalam kepala pandai2 je mereka-reka plot yg lain. Memadan nama hero dan heroin...gandingan yg baru...mmm macam gaya nak cari susah aje nampaknya.

Kaki tengah lengoh... baru je balik pasar malam..pergi borong ikan yg susah hati tulaah...ikan termenung. Ikan untuk kucing dan tuan kucing sekali. Senang membeli belah di pasar malam sbb semua org kita. Kalau gi market memang sakit hati. Bukan boleh membeli di sebarang gerai...alamat buah hati akan tarik tangan.Boleh membeli di kedai org Islam saja.Tak kira bangsa apa janji membeli belah sesama Islam.Kata suami fardu kifayah utk sume org Islam. Setiap sen yg bertukar tangan akan digunakan utk menjalani kehidupan buat setiap keluarga Islam... insan yg wajib menyembah Allah. Kalau ke poket org lain ...mungkin diguna utk membeli colok....mmm, betul gak...so wajib dengar cakap suami....

Pernah hari tu balik kampung...kg. mana lagi, Kg.Sg. Rokam le...Pergile market Gg.Rapat namanya. Udahle pergi agak lewat...ikan dah tak berapa banyak di gerai org kita yg sememangnye tak berapa banyak di sini..ada dua tiga meja aje org kita. Meja org lain ada banyakle tapi haram suami tak izinkan melangkah ke sana...Tapikan bila direnung2 ade je org kita yg pakai kopiah dan yg pakai tudung sesedap rasa membeli di gerai org lain.Yg tak pakai tudung lagile berlambak2. So, bila ekonomi org lain maju dan mantap..sampai kaya raya mengalahkan kaum seugama...geram jugak. Ate salah sape?

Terpaksale mike membelek ikan yg dah tak berapa banyak itu, di meja org kita yg sememangnye tak berapa banyak itu. Mata ikan pun dah ala-ala org pakai kontek lens warna merah. Bila  pegang je ikan nak memilih, ikan-ikan itu pun semua dah macam Pandalela sedang membuat penerjunan ketika pertandingan...kepala ke bawah mengikut tarikan grafiti. Sambil memilih mata merenung meja org lain..kenapa eh,ikan depa banyak dan masih segar2 je?...Konfirasi? Double standart? sabotaj?....adeke? Hahaha, macam org politik je. Dlm hati sendiri tertanya2...entah bila nak ada jawapan.
.
Itu cerita sebelum PRU. Lepas PRU 13, isu ini bangkit. Hati terasa seronok. Bangsaku telah tersedar. ramai yg dah celik mata. Buy from Malay or Muslim first...Tapi agak terlambat, namun selagi masih belum kiamat mungkin bangsaku boleh bangun sama bersaing dalam dunia perniagaan. Semoga ekonomi kita setara dg org lain. Bila direnung-renung kuasa membeli rupenye ade di tangan org Melayu.Maknanya hidup mati setiap perniagaan itu bergantung besar dg org Melayu. So, tunggu ape lagi...jom sama2 kita saling bantu membantu menaikkan nama bangsa seugama.

Cuba fikir..eh, sebenarnye kepala sendiri yg tengah berfikir ni.Ini senario biasa. Ada satu kampung atau kawasan perumahan. Ada satu kedai  runcit org kita dan ada satu kedai org bukan kita. Apasal kedai kita pelan kurang barang2 dan pelan malap..tak ade ramai pelanggan. Kedai org lain pula semakin penuh barang dan semakin ramai pelanggan..kedai pun di tambah2 sampai tak cukup tanah. Yg heran tu...kawasan tu tempat org kita. Org lain ade dua tiga kerat. Yg lagi heran tu yg dua tiga kerat tu...setengah kerat pun tak hingin nak pijak kedai kita walau pun sebelah kaki. Tu yg buat kepala berasap, tak habis pikior sampai laaaa niii....

Mmm, susah nak pikior hal negara, maka lap top menjadi peneman mencurah rasa.Aaaa, nak kena berkarya juge nampaknye. Okle nak mula menyambung kisah si nepal dan mek siam jugele...

Tuesday 23 April 2013

assalamualaikum pd semua kekawan. aisayman sampai ada yg tensen dan 'hangin' dg akak rupenye ye...maafle sbb mlm ni baru sempat bukak blog. mike tengah sibuk bebenor sekarang ni...macamle wakil rakyat lak. sampai ada yg perli akak gi kempen..hahaha...cakap depan org pun terkemut2, kempen apenye.

 baru balik dari UIA tengok anak dara akak...tu tak masuk lagi, pi jenguk anak dara sorang lagi di Mesir....naik luruh rambut weh...anak tujuh!...korang ada anak tujuh?..ade?..ade?...sapa yg ada akan faham.

 Alhamdulillah anak2 ngaji dapat tajaan JPA...sbb tu akak sayaaang sgt.2 dg kerajaan BN kita...kalau harap sendiri yg taja, mau reput tulang...so, hidup BN!!!....akak nak jadi rakyat yg tahu menghargai jasa kerajaan dan tahu berterima kasih sbb kita tak ada duit berkepuk2 mcm kaum lain yg memang dah kaya raya duduk kat bumi Malaysia....sampai boleh hantar anak cucu naik roket belajar sampai ke bulan. kita boleh?..akak tak boleh..tak mampu.

 Bila pikior2..apeke heinye....masaalah orang melayu yg mudah lupa semua ni....adeke patut kita ikut org asing yg nak porak perandakan rumah sendiri...lagi parah kalau  sampai sanggup ikut membakar rumah sendiri....masih tak sedor2 diri telah jadi alat pd musuh bangsa dan negara.

SEDARLAH WAHAI BANGSAKU.....berilah peluang anak cucu kita hidup aman dan berjaya di tanah air sendiri.....

Haaaaa, lega...dpt lepas perasaan sekejap....tadi tu hangin satu badan sbb tengok bangsaku pasang bendera roket. Hati akak sakit maa... Baru balik berniaga ..hup-hap2..pas tu nak tulis novel lagi....so, mcm menyesal pulak menyusahkan diri ...sape suruh?, org sebelah tanya...huhuhu..tulee..konon2 nak uji bakat terpendam...

sekarang dah hampir selesai, semua dah hantar ke P2u..tiga empat bab lagi kot..harap2 lepas tu boleh tarik nafas lega jika berjaya dibukukan....
.
satu bab lagi utk tatapan kekawan semua....lepas ni sya kena bersungguh2 tamatkan karya ini...harap kita boleh baca dlm bentuk novel selepas ini....doakan saya...assalamualaikum pd kekawan semua. jgn marah,nanti cepat tua.................

PTRNTD BAB 19


Mizan memberhentikan keretanya di lampu isyarat merah yang sedang menyala. Ini simpang terakhir ke rumahnya. Dah dekat masuk waktu Mangrib. Sembahyang Asar telah dijamak dengan sembahyang Zohor di kampung.  Sepanjang perjalanan dari kampung Mizan memandu dengan hati mendongkol.

Ingat kampung , teringat Yuhanis. Sakit hati Mizan. Stering kereta di hadapannya dihentak...haak, Mizan melepas geram...tapi, tak lepas jugak. Geram masih ada di hati. Kemudian jari jemarinya melurut rambutnya yang dah agak panjang ke belakang. Mizan tak puas hati. Dah bersiap nak balik, last minit Yuhanis buat perangai. Sayang sangat dengan keluarga buah hatinya.

 Sepatutnya Yuhanis jadilah saperti perempuan-perempuan yang lain...ada rasa cemburu pada anak isteri buah hatinya....bencike,tak kuasa nak dekat, menyampahke....Ini tidak,  sanggup pula dia menjaga anak dan isteri, bekas tunang...suami tak jadinya.  Sanggup batalkan rancangan untuk balik bersamanya semata-mata nak jaga baby yang demam. Mak bapak budak tu ada, biarkanlah. Lainlah kalau baby sendiri...ERK?

“Mak,ayah, Abang Mizan...baby demam panas...macam mana ni...kalau Hani balik, mak tentu kena berjaga malam...kalau panas baby bertambah...mak ngan ayah kena bawa ke klinik...kesian ayah ngan mak tinggal berdua.”Yuhanis menyatakan apa yang semua orang dah sedia maklum.

“Kalau tak nak balik, cakap ajelah terus terang tak nak ikut ikut balik.” Marah Mizan....tapi tiada sesiapa yang mendengar. Mizan hanya sendirian dalam kereta...dah nak sampai rumah pun.

“Nanti baby dah baik demam, Hani akan balik naik bas.” Kata Hani sebelum bersalaman dan mencium tangan Mizan.

Mizan sekadar mengangguk...tak kan nak kata tak boleh di hadapan emak dan ayah. Nampak sangat dia tak kesiankan orang tuanya. Nampak sangat Yuhanis tu baik..nampak sangat dia yang tak bertimbang rasa. Emak dan ayah nampak gembira bila Yuhanis tak jadi mengikut Mizan balik. Mizan sorang yang tak gembira....tapi , kenapa.. ERK ?

.....................................

“Shila tak payah risau dah...demam baby dah berkurangan...ce rasa...dah tak panas macam semalam...alaa, cian,cian baby...demam nak besor rupenye ye...alaa, bucuk,bucuk, bucuk.” Kata Yuhanis sebelum mencium-cium pipi baby yang sedang berbaring di tepi Shila.

“Terima kasin Hani, susah payah tolong jaga baby, jaga Shila.... Shila rasa bersalah sangat-sangat kerana selama ini bersangka buruk pada Hani...sepatutnya Shila yang patut rasa bersalah, merampas Nizam dari Shila...tapi masa tu, Shila tak tahu Nizam dah ada tunang....Shila betul-betul rasa bersalah, Shila dah insaf...sebab Shila, porak peranda keluarga Nizam...Shila malu...Shila minta maaf banyak-banyah pada Hani.” Kata Shila tiba-tiba. Perlahan-lahan Shila meletakkan tangannya ke atas tangan Hani yang terletak di birai katil, di tepi bantal kepala baby.

YUhanis  terdiam. Matanya yang sedang memandang baby menyorot ke seraut wajah pucat yang sedang menyandar di kepala katil.

“Er..er..Hani sebenarnya..er..sebenarnya tak tahu nak cakap ape...marah tu memangle marah...geram, sakit hati dan macam-macam lagi...tapi sekarang rasanya mmm...entahle..Hani tak tahulah  ..ok dah kot. ...Hani pun dah ada suami....Cuma...Hani kesian kat Abang Nizam, Hani nak dia gembira...walau pun tak jadi kahwin dengan Hani...Hani nak dia rasa seronok ada isteri, anak dan keluarga...Kat manale Abang Nizam sekarang...kita semua nak dia balik...Hani cuba nak pujuk hari tu...tapi tak sempat nak cakap ape-ape, dah ..er..putus...mmm....ce Shila cuba call lagi..pujuk, merayu... SMSle...kot,kot sejuk hati Abang Nizam tu sikit.” Kata Hani dengan penuh hati-hati.

Hani tak nak kocakkan air yang baru saje tenang. Kebahagiaan perlu dipupuk bersama..begitu juga keamanan. Begitu juga dalam perkahwinannya dengan Mizan. Yuhanis akan ikut saja rentak kemahuan Mizan...mudah-mudahan Mizan dapat menerimanya....ya, dengan izin Allah.

“Nizam ada cakap apa-apa tak dengan Hani ?” Tanya Shila denga mata memandang wajah polos Yuhanis yang masih melutut di tepi katil bermain-main dengan jari-jari kecil baby.

“Hal ape ?”

“Baby?”tanya Shila kembali.

Yuhanis mengangguk perlahan-lahan. Mata Yuhanis merenung pula baby comel yang tak bersalah...dan tak minta dilahirkan ke dunia. Baby yang tak tahu apa-apa....Abang Nizam yang susah nak faham.....tapi mungkin Abang Nizam bukan merajuk pasal baby...tapi...Shila?

“Shila telah melakukan kesalahan besar sebab terlalu percaya pada cinta...bila terdesak, Shila lakukan kesalahan lagi..Shila.. Shila...perangkap Nizam  supaya dapat bernikah....Nizam budak betul bendul...Shila nak lepas sesak...tapi lepas tu, Shila betul-betul jatuh cinta pada Nizam...dia lelaki baik....tapi sekarang Shila dah kehilangan dia...Shila menyesal, Shila berdosa...sekarang Shila malu pada semua...pada Hani, Nizam....er,..mmm, emak dan ayah tahu jugakah ?”

Yuhanis serba salah...tapi Shila harus berani menghadapi kenyataan. Shila juga telah melakukan kesalahan pada emak dan ayah. Yuhanis berharap Shila dapat menebus kesalahannya kepada kedua orang tua mereka.  Yuhanis mengangguk sekali lagi. Mudah-mudahan emak dan ayah boleh memaafkan Shila....tapi kalau kena marah...biasale, mula-mula aje..lepas tu  pelan-pelan semua akan ok. Kebanyakkan orang-orang tua macam tu.

‘Ahak...kalau Shila kena bamboo dan kena halau...jenuhlah kau Yuhanis...bagus punya nasihat!’

“Er.. Shila jangan risau...baik Shila terus terang cakap pada emak dan ayah...minta maaf dari mereka...Hani pasti emak ngan ayah akan faham ...mereka berdua sangat baik..Hani harap Abang Nizam cepat balik...mak ngan ayah sedih bila Abang Nizam bertindak macam ni....kalau boleh, biarlah mereka hidup tenteram pada usia begini.”

“Alaa malunye...Shila ingat Hani sorang yang tahu, Nizam mesti cerita pada Hani....sampai emak dengan ayah pun dah tahu...eeii, malunya....macam mana Shila nak tengok muka mak ayah lepas ni...kalau boleh lari, Shila rasa ..nak lari saja.”

“Lari bukan jalan penyelesaian yang baik...tengok saja Abang Nizam tu...buat hati emak ayah risau lagi, ada...nasib baik dia orang lelaki...kita orang perempuan...susah nak hidup sendiri-sendiri...tambah Shila dah ada anak.”

“Hani pun tolonglah call lagi....cubalah,...kalau-kalau Nizam nak dengar cakap Hani.”

“Hani boleh cuba, tapi kalau Abang Nizam pun merajuk dengan Hani...susahle sikit...er..ape kata Shila mintak tolong orang tua Shila campur tangan...mungkin Abang Nizam  akan dengar.”

“Er..erm..aaa...ayah dengan mama Shila tak tahu lagi Shila dah kahwin.” Kata Shila. Shila tertunduk sebak.

“Haaa?” Yuhanis terjerit kecil. Serta merta tangan Yuhanis menepuk baby yang turut tersentak...nasib baik tak melalak.

“..er..er..pasal..er.. baby pun.. Shila tak berani nak...er.. bagi tahu...kalau ayah tahu pasal baby, tentu ayah bu...bu.nuh Shila...ayah tu garang orangnya...tu yang Shila tak berani nak balik lagi.”

“Habis tu?”

“...sekarang mama dengan ayah  tengah holiday...Shila  bohong, kata Shila pergi holiday juga....Shila plan bila dah habis pantang, baru Shila nak balik...Shila akan kata, saja nak bagi surprise pada mereka...Shila rasa bila mama dan ayah tengok baby...hati mereka akan lembut, mereka akan maafkan Shila.”

“Hurmm...elok bincang dengan mak dengan ayah...tengok pandangan mereka dulu...macam mana?”

“Shila..Shila malu lah...kalau Hani tolong cakapkan macam mana ?”

“Mulakan cakap tu tak ape...tapi Shila kena jugak cakap sendiri lepas tu.”

“Ish...eh,malulah.....er, tengoklah nanti...macam mana...kalau Nizan balik, Shila nak minta Nizam tolong cakapkan.”

Yuhanis terdiam. Kawan tu dah lari...lagi mau kasi kerja ka?...mm,entahle Shila.... Ngaji sampai kat oversea, tak akan ade belajor bab ni....tapi kena pandai-pandaile fikir sendiri...Mungkin kepala Shila dah tepu kot. Alaa...macamle dia tu pandai bebenor, Yuhanis memarahi dirinya.

“EH Shila ..bila nak beri nama baby ni ....kesian baby...nanti nak jumpa tok, nenek kat KL tu baru nak cari namake?”

“Shila ingat nak tunggu Nizam...tapi ..kalau tak balik-balik juga...Shila ingat nak bagi nama er...Yuhanis.”

“Ngaa !” Yuhanis ternganga.

.............................................

“Weh bro..”..Suara Zulkifli menegur Mizan. Mizan sekadar mengangukkan kepala, kaki tetap terus melangkah menuju ke tempat parking, khas untuk pegawai-pegawai atasan.

“Kata balik kampung nak jumpa bini...ni masam dari pagi tadi apa hal...aku nikan, naik pening tengok kau dengan Sharif...dua-dua, macam orang mati bini.”kata Zulkifli melangkah laju untuk jalan bersaing Mizan.

Langkah Mizan termati tiba-tiba. Zulkifle yang telah selangkah ke hadapan turut berhenti...lalu menoleh merenung Mizan dengan dahi berkerut.

“EEAAI, kau nikan Zul, cakap baik-baik skit...”marah Mizan. Hati rasa tak sedap mendengar kata-kata  Zulkifli.

“Ok,ok..sorry, sorry...urm...ni..er..kiranya betullah kau ada bi..ops..maksud aku isteri ni...kalau tak, tak kan kau nak kisah aku cakap macam ni....dulu aku cakap apa pun kat ex kau tu..kau tak kisah pun....eh, isteri kau ada sinike Mizan ?”

Mizan menggeleng. Kemudian Mizan meraup mukanya. Wajah Yuhanis terbayang di ruangan mata. Mizan menjadi risau.  Mizan tak suka pada perasaan yang tetiba menjelma mengganggu ketenteraman hidupnya...Ah!...apasallah aku asyik teringat-ingat kat minah ni ?
“Aku  nak cakap dengan kaulah Mizan....Eh Mizan, isteri kau masih kat kampungkan...jomlah teman aku minum sekejap..aku ada hal sikit nak cakap dengan kau.”

“Besoklah kat pejabat...aku malaslah nak ke mana-mana...aku nak balik  rumah terus.”

“Ala kejap saja..dekat kedai depan tu... amacam?...ten minutes only.”rayu Zulkifli tak jemu-jemu.

“Kejap saja...ten minutes kau tu tak boleh pakai..mm,ok..jomlah..” Mizan menukar arah, melangkah bersama Zulkifli, menuju ke restaurant nasi kandar di seberang jalan.

Ten minutes Zulkifli, boleh jadi sejam...kawan punya pasal, Mizan mengalah.

........................................

Mizan memesan  secawan nescafe panas. Mizan teringat Yuhanis pernah menyediakan satu mug nescafe untuknya. Agaknya lepas ni setiap kali minum nescafe, Mizan akan teingatkan Yuhanis. Bukan setakad nescafe...semua jenis minuman.

 Semasa di kampung, apa saja yang Mizan nak minum, semua Yuhanis sediakan...teh O, teh susu, kopi, kopi susu, milo, koko..barli panas, barli sejuk....sebut saje,semua Yuhanis buatkan...sampaikan nak minum fresh orange pun, Yuhanis tak hampakan. Kalahkan restoran. Sebenarnya  Mizan sengaja nak menduga, sejauh mana kesabaran anak emas emak ayahnya.

 Yuhanis terus naik motor, pergi ke kedai runcit Pak Sudin yang terletak di simpang jalan besar untuk mencari buah orange. Nasib baik ada...kalau tak ada, mungkin Yuhanis akan terus merempit dengan motosikal ayah, ke pasar awam Gunung Rapat. Boleh tahan jugak minah tu bawak motor. Jika tak merempit, takkan cepat betul masa untuk pergi dan balik dari kedai... dalam tujuh lapan minit saja, dah sampai balik.

Emak kata Mizan mengada, saja memerap sebab rindu..lama tak dapat layanan dari Yuhanis. Nak kata emak marah, tak jugak. Membebel sambil tersenyum-senyum...marah apenye. Mizan rasa emak ada menyembunyikan sesuatu darinya. AAh, biarlah. Mizan rasa dia dah berjaya mengenakanYuhanis. Mizan rasa seronok ....hati Mizan puas...hati rasa bahagia...bahagia?...ErK!..
Pada mulanya,  Mizan mengerahYuhanis buat itu ini, dengan niat nak menyakitkan hati Yuhanis....tapi last-last, hati Mizan yang tersenang  pulak, bila dilayan dengan baik oleh Yuhanis. Mizan malas nak siasat hatinya dalam-dalam...

Siapa yang tak suka ada orang suruhan...ada kadam. Sebut saja nak makan apa....cakap aje nak minum apa.... semua akan siap sedia, dihidang sampai depan mata. Sebab itu Mizan terasa sakit hati bila Yuhanis tak jadi ikut balik. Siapa Mizan naksuruh-suruh.  Nak dera minah tu macam mana?

Zulkifli duduk berhadapan Mizan. Zul pesan minuman apa pun Mizan tak perasan.

“Emmm...aku nak tanya kau, Mizan..pasal Sharif ni...dia kata kau janji nak teman dia jumpa awek baru dia...tapi sebabkan kau balik, akulah yang kena seret. Dua hari tunggu sana sini, tunggu merata...tak jumpa sapa pun...Sharif risau awek tu dah kahwin...sebab lama tak nampak batang hidung. Aku kesaianlah tengok dia...frust menonggeng.”

“Hish..apalah kauorang nak susah-susah..sikit punya banyak perempuan kat muka bumi ni....pergi cari yang tak nak, buat apa...hal aku pun banyak yang tak selesai...aku mana ada masa nak pergi ikut dia skodeng anak dara orang...sampai dua hari?... ingat, nak pergi jumpa sekejap...rupanya, baru nak kejar....hish, tak da kerja betullah kauorang. ”

“Come onlah Mizan, Sharif tukan bestfriend kita...aku kesiankan dia, tuu yang aku ikut...macam orang gila bayang pulak aku tengok.”

“Alaaa..pujuk saja dia cari yang lain...bunga bukan sekuntum.”kata Mizan acuh, tak acuh.

“Sharif risau tulah...kumbang bukan seekor...Sharif tak mau bunga tu terlepas kat kumbang lain.”

“Aah, kalau dah terlepas...tu maknanya, dah tak ada jodoh...nak buat macam mana lagi...orang gila bayang ni...susah.”

“Tau tak pa....aku ni yang susah tau tak....tu yang nak mintak tolong dengan kau ni.”

“Oklah...malam karang aku datang jumpa kauorang...tempat biasa?..alright, set....aku nak balik sekarang.”kata Mizan sambil menghabiskan nescafenya.

Di rumah mana ada orang yang nak disuruh buatkan minuman.

...........................................

Selepas gosok gigi semula, Yuhanis berbaring di atas katil. Malam ni dua kali gosok gigi. Gara-gara  meneman Shila menyusukan baby, sudahnya mereka berdua bercicah biskut soda dengan kopi panas pulak. Ibu menyusukan anak, rupanya selalu lapar....Shila nak kopi panas...jadi Yuhanis bancuhkan kopi untuk Shila. Biskut sememang emak letakkan satu tin di tepi katil Shila. Yuhanis tumpang sekaki...habis lima enam keping biskut soda dan secawan kopi, selamat dalam perutnya.

‘Jika tiap-tiap malam makan macam ni ...hilanglah shape dia yang macam Ziana Zain ni...hi,hi,hi,...perasan...’Yuhanis tersengih sendirian.

 Satu rumah dah sunyi sepi. Semua dah tidur agaknya...iyalah jam di dinding pun dah menunujukkan hampir pukul sebelas setengah malam. Hidup kat kampung macam tulah. Gara-gara kopi, Yuhanis tak boleh lena. Nak salahkan kopi pun tak boleh jugak...Shila elok saja boleh lena. Itu yang Yuhanis balik ke biliknya. Sementara menanti mata yang tak nak lena lagi, Yuhanis membelek SMS yang diterimanya dari Yusri kelmarin.

‘YUSRI TERIMA DUIT RM500 DARI EN,MIZAN..DIA NI KE SUAMI AKAK? EN,MIZAN NI MEMANG HANDSOME, TAPI SERIUS SEMACAM...SUSAH NAK TENGOK DIA SENYUM. YUSRI TERINGIN NAK BODY MCAM DIA..GANTENG SEKALI!..DIA KATA DUIT TU YUHANIS YANG KIRIM. BANYAK BETUL KAK. KAN YUSRI CAKAP TAK PAYAH. DUIT YG. AKAK KASI HARI TU PUN ADA LAGI..ANYWAY  TQ, KAK..SEMOGA SEMUANYA OK KAT KAMPUNG. JUMPA LAGI...SAYANG KAK HANI, MUAH,MUAH..DARI SARA&SURI.’

Kali kedua baca..kali kedua senyum. Ade-ade saja si Yusri ni. Yuhanis rindu pada adik-adiknya. Kalau dekat, boleh jugak pergi menjengok.

 Mmm, boleh harap jugak En.Mizan tu. Permintaan Yuhanis sudah ditunaikan. Yuhanis saja yang terlupa nak ucapkan terima kasih. Tangguh-tangguh, tunggu masa yang sesuai...sudahnya terlupa. Apale agaknya tanggapan Mizan padanya, fikir Yuhanis...mintak tolong nak cepat, terima kasih kena tunggu sampai basi.

Sedang elok orang tu balik kampung, bertemu muka...sebilik,sekatil, sebantal..sebantal?...tak cakap pulak terima kasih. Sekarang dah jauh dari mata, baru teringat...kalau kena jerkah, bukan salah ‘The Rock’...tapi salah diri sendiri.

Yuhanis segera menaip. Seketika mesej dihantar. Yuhanis lega....Cuma tinggal bayar hutang balik. Duit tak jadi masaalah pada Yuhanis. Haa, yang tu kena tunggu bila balik nanti...jumpa empat mata.  Mata bertentang mata, hati di dalam bagai nak gila....haa, itu Datuk M.Daud Kilau yang cakap...bukan Yuhanis...hik,hik,hik.

Tiba-tiba telefon Yuhanis berlagu, tanda mesej masuk. Mizan ? Cepatnya ? Tak tidur lagike?

‘NAK UCAP TERIMA KASIH PUN, PAKAI SMS...TAK RETI NAK CALL KE?’

Aaaiikkk,..Tak bolehke? Salahke?....er..nak jawab ape ye?...Yuhanis segera membalas mesej Mizan. Takut orang di sana bertambah ‘ hangin and hangit’. Budi pun belum berbalas. Takut lain kali orang tak ‘hingin’ nak tolong.

‘CREDIT TINGGAL SINGGIT JE...BESOK SAYA CALL,KENA PERGI BELI TOP UP DULU..SORRY AND THANK YOU AGAIN.’

Selesai  hutang terima kasih Yuhanis pada Mizan. ..walau pun orang tu tak puas hati. Dah dua kali hantar terima kasih melalui SMS...hu,hu,hu...tak diterima kasihku.  Cerewet betul..kalau orang nak berterima kasih, kot mana pun ..sama saje. Hurmm,... bukan boleh puji sikit...ah, lantakle. Besok dah top up..boleh call, cakap terima kasih seberapa banyak orang tu nak dengor, bior sampai kebas telinga.

 Sekarang Yuhanis ada satu tugas lagi denga singgit tu....nak pujuk Abang Nizam pulak. Seringgit cukup untuk mencuba nasib...Harap-harap Abang Nizam tak bazirkan credit seringgit yang masih tinggal. Nak mengarang SMS ni yang malas...tapi terpaksale.

Yuhanis mula memikirkan ayat-ayat yang boleh memujuk hati Nizam. Yang touching-touching sikit...eh, touching-touching banyak pun lagi bagus. Setelah mendapat ilham, jari Yuhanis ligat menaip. Setelah selesai, mesej dihantar. SMS cara yang terbaik ketika ini memandangkan Yuhanis tengah semekin credit. Lagi pun SMS boleh dibaca berulang kali ....semoga lembut hati Abang Nizam nanti.

Tiada apa-apa balasan dari Abang Nizam setelah menanti beberapa ketika. Mungkin Nizam dah tidur, fikir Yuhanis. Tidak mengapa, besok masih ada. Lantas Yuhanis meletakkan telefonnya di meja sisi katil. Yuhanis berkira-kira untuk melayan mata, supaya boleh cepat lenanya...Hari semakin larut malam...Yuhanis harap-harap sangat, janganle dia terlepas tahajjud.

RING,RING,RING,RING........................

Abang Nizam!

“Hello Abang...er..”...kata-kata Yuhanis terhenti. Tiba-tiba tergerak hati  Yuhanis untuk melihat siapakah yang menaliponnya. Ada nombor asing yang tertera...bukan nombor telefon Abang Nizam.

“Hello..assalamualaikum.”....

Mizan!...’The Rock’ telefon?

‘Alhamdulillah, Yuhanis mengurut dada...nasib baik!....kalau tak, mau saje tercetus perang dunia....husk,husk,husk...dunia sana dan dunia sini.

Mata yang dah nak mula rasa layu, terus terang....hilang  mengantuk Yuhanis. Nasib baik Yuhanis tergerak untuk melihat nombor yang tertera terlebih dahulu....kalau tak, habisle kau. Kalau tersebut nama Abang Nizam tadi...masakle kau.

“Emak ada sekali kat situke?”

“Emak ?...kenapa?...nak cakap dengan emak ke?” Yuhanis hairan...kalau nak cakap dengan emak, kenapa call telefon dia pulak.

“Awak ingat saya tak tauke nak call emak sendiri.?.......”

Aisayman, salah cakap....Yuhanis terdiam....tapi tak ada masaalah pada “The Rock’.

“.....Sebab depan emak, baru awak nak panggil abang pada sayakan?”

‘OOOii..bukankah itu arahan sendirike?...Mau tanya lagi!

Yuhanis tak berani nak tanya...tapi nak jawab ape?...takkan nak kata,.. tadi ingat Abang Nizam....nak mati?

“Dua hari awak ada kat kampung....dah terbiasa...tersasul pulak.” Yuhanis cuba yang terbaik...kalau berjaya .... lepas satu halangan.

“Jadi awak tak suka berabang dengan sayalah.....dah tersasul baru nak panggil, abang.” Kata Mizan.

HUH !...Yuhanis melihat telefonnya, pelik...macamle ada muka “The Rock’ di situ...Orang ni mengigau ape?

“Kalau tak tersasul....apa yang awak panggil saya?....orang lain, boleh pulak awak berabang.”

Gulp!...Yuhanis  menelan air liur, ada terasa perasa ubat gigi halagel lagi. Yuhanis kena pandai menjawab...untuk keamanan!

“Awak pesan ....er...suruh panggil awak... abang.. bila masa depan mak ayah....maafle, kalau saya tersasul.....atau salah faham.”

“Saya tak marah awak tersasul...Cuma..saya  ingat awak tak suka panggil saya ...abang.”

Yuhanis menggaru kepala....sekali dengar suara orang tu, macam marah...dua kali dengar macam tak marah.

“Awak tak marahle ...saya panggil awak ...er..abang?”

“Awak ingat saya gilerke?....benda yang baik macam tu, saya nak marah.”

“Mmm...jadi awak nak saya panggil awak ...er..abang  yer...walau pun belakang emak.” Yuhanis ingin kepastian.

“Ini perlike apa?”

Memang betul le Mizan ni... sedang mengigauke, tengah mimpike,  mamunke...Yuhanis menggigit bibirnya.

“MMM..er..ok...saya akan panggil awak...abang.”

“Saya ?”

Apa lagi yang tak kena ni?...Kena sampuk hantu apele pulak ‘Thr Rock’ ni,...itule....merayau malam-malam buta.

“Ye,ye..Mulai saat ini, masa ini, waktu ini, hari ini...saya akan panggil A.B.A.N.G...ok?”...Yuhanis  memberi  aku janji. Beriya-iya pulak orang di sana.

“Ok..Hani.”  kedengaran Mizan menjawab perlahan.

“HANIke....HONEYke ?...”

Sampai lena Yuhanis tak pasti ape yang didengarinya...apa-apalah,bunyi sama je.

Tuesday 26 March 2013

PTRNTD BAB 18

Yuhanis membuka matanya perlahan-lahan.  Rasa lama betul dia tidur...puas, lansung tak terganggu....tapi rasa malas nak bangun tetap menjalar ke seluruh tubuhnya. Tiba-tiba Yuhanis terhidu satu haruman lain menerjah ke hidungnya. Bau bantal peluk diakah?

Macam nak tersembul bijik mata Yuhanis melihat apa yang dipeluknya. “THE ROCK !’... Yuhanis segera hendak merentap tangan, kaki dan semua tubuh badannya dari orang yang di peluknya...tapi Yuhanis tiba-tiba teringat. Yuhanis kena pura-pura tak sedar....mana boleh nak tarik serta merta. Tentu ketara sangat ...malu dia nanti.

Perlahan-lahan Yuhanis mengangkat kepalanya sedikit untuk menjenguk muka Mizan...Good,good...orang tu tengah lena...kena kalih perlahan-lahan agar Mizan tak terjaga....kalau tak, kemana Yuhanis nak sorokkan muka.

Sekarang tangan pula. Perlahan-lahan Yuhanis mengangkat tangannya dari dada sasa Mizan....rasa sayang pula nak kalih..tapi terpaksa kalau tak nak dicop perempuan gatal. Tangan kembali ke sisi sendiri  dan ..fuuuh..selamat!

Kini giliran kaki pulak. Entah berapa lamalah kakinya sedap-sedap landing kat situ, fikir Yuhanis. Dah macam selesa aje..agak-agak, kalau terus dibiarkan  kakinya di situ sambil buat-buat lena, boleh tak?...tapi Yuhanis masih waras. Buat apelah nak cari penyakit ?

Setelah selamat berada di kawasannya...Yuhanis menolak selimut yang berpintal di tubuhnya. Perlahan-lahan Yuhanis turun dari katil. Yuhanis merenung jam di dinding ....dah pukul tiga setengah pagi...padanlah terjaga..waktu tahajudnya.

 Matanya dah pandai, tak payah diajar lagi....dan ‘The Rock’ adalah perantaraan yang Allah hantar kepadanya untuk bangun tahajjud...mm, jadi bantal peluk.

Apasal terang benderang ni ?...Yuhanis segera menukar lampu tidur. Satu di tepi katil, satu di tepi bilik mandi. Yuhanis mengambil tuala lalu terus masuk ke bilik air. Yuhanis tak mandi. Sejuk. Cukup sekadar membersihkan apa yang patut dan gosok gigi.

Dengan bertuala dan baju saja Yuhanis keluar menjinjit seluar tidurnya. Yuhanis membentang sejadahnya di tempat biasa..di hujung kaki katil. Kemudian Yuhanis memakai telekung. Dengan lafaz ‘Bismillahhir Rahmanir Rahiim’ Yuhanis memasang niat......”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala...Allahhuakbar.”

Selesai sembahyang tahajjud, Yuhanis beristigfar dan berselawat tiga kali. Ikut kemampuannya saja...daripada tak buat lansung. Kemudian Yuhanis  berdoa, tak lupa memanjatkan syukur kerana Allah menggerakkannya bangun dari tidur untuk bertahajjud. ..juga memberi  kesihatan kepadanya, sakit kepalanya dah hilang.

Yuhanis masih ingat kata-kata Ustazah Kalsum suatu masa dulu....antara sebab  kita susah hendak bangun tahajjud adalah kerana kita tak berniat lansung untuk melakukannya sebelum tidur dan  kerana ada membuat dosa....jika tidak,.. akan ada sesuatu yang akan jadi penyebab, menggerakkan kita bangun.

Lepas tu terpulanglah kepada siapa yang hendak rebut ganjaran lumayan yang Allah sediakan.  Percuma !..Tak payah teka ape-ape, tak payah susah-susah nak cari jawapan dan tak payah perah otak cari ayat untuk lengkapkan ape-ape slogan....Cuma sembahyang malam dua rakaat saja.

Kata Ustazah Kalsum lagi, kalaulah kita selalu ingat betapa besarnya fadilat sembahyang tahajjud itu pasti kita akan rebut peluang ini....akan terasa rugi jika lepaskan. Tiga hadiah besar dari Allah yang pasti kita semua perlukan di dalam kehidupan. ....

          Sayyidina ‘Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Pada yang bersembahyang pada sepertiga malam yang akhir Allah berfirman....

                   Siapa diantara penghuni bumi yang ada permintaan, akan Aku beri.
                   Siapa yang ingin bertaubat, Aku ampuni.
                   Siapa yang mempunyai hajad, akan Aku perkenankan.

Ooh, bestnya... Yuhanis perlu semua itu untuk kebahagiaan dalam hidupnya....terutama untuk menghadapi ‘The Rock’. Sebelum menutup doanya seperti biasa Yuhanis berdoa untuk semua kaum keluarga dan orang-orang yang dikasihinya.

Baru terlena, tidur Mizan terganggu pula. Kalau dah dipeluk begitu pun tak terjaga..entahlah, boleh dimasukkan dalam katagori mayat kot....Mizan terpaksa jugaklah berpura-pura tidur sebab malas nak kecoh-kecoh.

 Lagi pun tentu minah tu akan termalu....Mizan ok je. Rasa nak gelak pun ada dengan gelagat Yuhanis. Minah tu betul-betul  ingat dia lena macam batu...beriye takut Mizan terjaga.

 Dalam pada nak lena semula, sesekali  Mizan membuka mata...  memerhati  tingkah laku Yuhanis. Ini kali kedua mereka sebilik... dan sekatil. Masa kali pertama dulu  Mizan masih ingat... waktu tu dia memang tengah marah. Sakit hati sangat-sangat sebab terpaksa menikahi Yuhanis...adake lelaki  yang suka dipaksa kahwin.

Kali ini tiada pula perasaan marah. Mungkin sebab Mizan dah boleh terima kenyataan... benda nak jadi, pasti terjadi. Cuma ada rasa geram ...rasa bengkek kat Yuhanis. Itu pun bukan sebab  diri Yuhanis...  tapi apa yang minah tu buat padanya.

 Mungkin salah Mizan jugak yang mulakan..tapi janganlah sampai mengganggu hal kerjayanya. Kalau hujung minggu tak apalah jugak. Macam budak kecik...balas dendam dengan melarikan seluar dalam orang...

Mizan boleh nampak Yuhanis duduk bangun mengerjakan sembahyang malamnya. Macam-macam bermain di benak Mizan. ...tapi sekarang bukan masanya untuk check hati sendiri. Baik dia tidur...jika tidak, mau dia jadi macam ayam sakit besok pagi.

...Tapi Mizan tak dapat lena....nak lena macam mana....suara bisikkan Yuhanis yang sedang berdoa jelas kedengaran menyusup ke telinganya.

“Ya Allah, ampunkan dosaku dan suamiku, dosa semua keluargaku..yang hidup dan yang telak pergi.... 
Berikanlah kami tempat sebaik-baiknya di syurga MU kelak. Ya Allah berikanlah kesihatan, panjang umur, dimurahkan rezeki, ketenangan dan segala yang baik-baik padaku dan suamiku...juga emak dan ayah...Abang Nizam, Shila dan baby...Yusri, Sara dan Suri...juga Nek leha...juga untuk mak dan abah, adik Yusri, adik Sarimah dan Surina...semoga kami dapat bertemu semula di syurga MU kelak..Ya Allah...isk,isk.”...Yuhanis mula sebak.

“Hani rindu pada mak dan abah..juga adik Yusri, Sari dan Suri..isk,isk,isk...Ya Allah tolonglah hapuskan kerinduan ini...berikanlah hidup yang tenteram buat diriku...Amiin, Ya Rabbal alamin..isk,isk,isk.’

Dada Mizan terasa ketat. Mata Mizan terasa panas. Bohonglah kalau kata dia tak tersentuh. Mizan rasa keihklasan dalam doa Yuhanis...tapi buat apalah dia nak emo pulak. Sekarang dah tahu Yuhanis doakan kebaikkan untuknya...Mizan juga akan lakukan yang sama.

 Sekarang  Mizan dah lihat, dah tengok dan nampak. Fine...Mizan akui kebenaran kata-kata emaknya...Yuhanis budak baik. Yuhanis juga gadis cantik. Cuma Mizan tak mahu jatuh cinta lagi. Mizan kena jaga haatinya. Setakad terpesona pada kecantikan...itu normal buat lelaki sejati. Untuk Mizan setakad itu saja. Tak kan ada lebih.  

Seketika kedengaran langkah Yuhanis mendekati katil. Walau pun mata tertutup kemas, Mizan dapat rasakan Yuhanis berada dekat di sisinya. Kemudian Mizan rasa tubuhnya diselimutkan perlahan-lahan.

‘Alahai ...ini yang buat dia lemah niii.’ Keluh hati Mizan. Kalau macam ni macam mana nak balas dendam dengan minah ni...lebih-lebih lagi perasaan marahnya dah mula menurun. Kenapa ? Entah....mungkin sebab..sejuk hatinya melihat minah tu sembahyang malam...dan sudi mendoakan dia.

Bersama langkah Yuhanis, mata Mizan menyorot melihat Yuhanis yang sudah membuka telekung mengambil tempatnya di sebelah sana katil. Kali ini ada sempadan diletakkan di tengah-tengah katil. Yuhanis telah meletakkan bantal peluk antaranya dan Mizan. Mana datangnya bantal peluk tu....haa, Mizan dah boleh agak...dari lantai.

“Awak..awak..bangun..dah Subuh...bangun, sembahyang Subuh.”....

Mizan menggeliat ...dan..ah, liatny nak bangun. Mata yang masih mamai terus terang melihat Yuhanis yang dah siap perpakaian dan bertudung.....aaik, bertudung ?...Subuh sepie nak kemana minah ni...fikir Mizan.

“Awak tak boleh sembahyang ke?”....alahaai, apa punya soalan daa...

“Saya dah sembahyang awal-awal lagi...” jawab Yuhanis dengan senyuman kecil...aah, comelnya.

“Tadi saya gerak...nampak macam nak bangun...bila naik balik, rupanya masih lena...oklah,..saya pergi dulu.”sambung Yuhanis sebelum melangkah semula ke pintu.

“Awak nak pergi mana pagi-pagi buta ni ?” tanya Mizan sambil menolak selimut.

“Hi,hi,hi...tak buta dah....Subuh dak nak balik ada...cepatlah awak...saya nak pergi beli kuih kat gerai depan tu...lambat-lambat nanti tak ada pulak bengkang tepung untuk Shila...awak nak ape-apeke...boleh saya belikan.”

“Saya tak kisah...semua saya makan....Cuma, nanti balik dari kedai...terus naik bilik...saya nak awak...er..er..maksud saya, saya nak cakap sikit dengan awak...er..pasal kita..er, mak,ayah..er..nantilah, saya sembahyang dulu.”...Mizan melangkah laju masuk ke bilik air.

‘Eeeeii, entah ape-apelah mulutnya... asyik tersasul pagi-pagi ni.”...Mizan memarahi dirinya. 

“Haa..Hani, dah panggil Abang Mizan kamu turun sarapanke ?” tanya Marzuki yang sedang duduk bersarapan di meja dapur.

“Sudah ayah...the..er..A..Abang Mizan kata kejap lagi dia turunle...Hani dah panggil tadi.”nasib baik Yuhanis cepat tersedar. .. janganle dia tergagap-gagap nak panggil abang pada Mizan. ..

Tak alah, tak bisa...tak tegal, tak biasa...tulah sebabnya.

“Mizan tu penat lagi...biarlah dia nak tidur balik...malam tadi sampai pun dari tempat kerja...seharian tak rehat.” Kata Mak Azmah  yang duduk di sebelah Marzuki.

 Mak Azmah sedang  mencedok bihun goreng ke dalam pinggan ayah. Air teh pun emak yang tuangkan. Bukan ayah tak ada tangan...tapi...aah, ikut sajalah contoh bagaimana nak melayan suami. Selama ni Yuhanis selalu je tengok emak melayan ayah begitu...tapi tak pernah nak ambil pot.

“Er..Aaabang Mizan sampai pukul berapa semalam mak...Hani tak sedar lansung....pagi tadi gerak Subuh pun dua kali...penat sangat kot...tak apelah, mak ngan ayah sarapan dulu...karang Hani sarapan dengan a..abang Mizan.”

“Hish...dibuatnye tidur balik sampai tengahari...karang perut  masuk angin...kan susah....”kata Mak Azmah.

“Perut sapa yang masuk angin ni ?...” soal Mizan yang baru melangkah ke ruang makan.

“Haa Mizan elokle kamu turun... Hani ni, nak tunggu kamu turun...baru nak sarapan...udahle dua tiga hari tak lalu makan...nunggu kamu rupenye.” Kata ayah.

“Sayang jugak Hani kat abang ye ?...ok, jom kita sarapan...abang dah lapar ni.” kata Mizan selamba sambil menarik kerusi duduk di sebelah Yuhanis.

Berlakun...erk.

Yuhanis hanya mampu mempamerkan senyuman... takkan nak nangis pulak...tapi..tak tau nak balas macam mana. Cepat-cepat Yuhanis menuangkan teh ke cawan Mizan. Bihun juga Yuhanis tolong cedokkan. Makan aje suap sendiri.

Nak berlakun kena real...tapi jangan sampai terover pulak. Kenapalah ‘The Rock’ tiba-tiba je menjelma...jenuhlah Yuhanis nak berlagak macam dah biasa. Bertembung muka boleh dikira dengan jari. Bercakap pun....jadi lebih sikit, sebab peristiwa katil reban. Kalau tak, jangan harap. Yuhanis tersenyum teringat cerita katil reban.

“Amboi..sarapan sambil senyum-senyum...tulah ayah dah kata kat emak kamu ni....Hani tak lalu makan sebab rindukan Mizan..tu yang nak suruh kamu balik saja ....baru nikah sebulan..kena duduk, jauh-jauh..mana tak rindu...nanti ayah cari orang jaga Shila.” Kata Marzuki.

Muka Yuhanis jadi merah. Apasalah ayah jadi romantik pagi-pagi ni...

“Yelah...betul kata abang...Shila pun dah selamat, hari tu nak tunggu kat hospital yang kena kita...rasanya karang  boleh pergi tanya pada Kak Wan yang duduk kat simpang tu...nanti upahnya kita rundinglah, kira sampai habis pantang.”kata Azmah.

“Abang balik besok..Hani nak ikut balik ke ?” soal Mizan tiba-tiba. Mata memandang Yuhanis di sebelah.

Berlakon..erk.

Isshy..kenapa tanya macam ni pulak...rungut hati Yuhanis. Yuhanis jadi serba salah nak jawab...Karang jawab, tak nak balik, baru semua terangkat punggung. Berapa lama lagilah Yuhanis dapat bertahan jadi  isteri halimunan ?.... Asal jangan hilang sabar, jadi ‘incredible hulk’ sudah.

“Er..Hani ikut abang saje...kalau abang nak Hani balik, Hani ikutlah...tapi kesian kat emak.” Jawapan selamat dari Yuhanis.

“Eloklah Hani balik..kesian Mizan tak ada orang nak jagakan makan minum....sorang-sorang kat rumah tu.” Emak pulak yang jawab....Yuhanis harap itu bukan kata pemutus.

Yuhanis berharap ‘The Rock’ bersuara,’ tinggal tolong emak.’..macam hari tu ...atau pun sekurang-kurangnya...’tinggallah sehari dua lagi’....Yuhanis akan melompat tinggi...tapi orang tu diam aje.

Yuhanis kena balik besok.

“Kenapa awak tak naik pagi tadi...kan dah pesan.” Tanya Mizan... sebaik Yuhanis masuk kebilik selepas membantu Mak Cik Kiah di dapur, menyediakan makan tengahari untuk mereka sekeluarga termasuk ibu dalam pantang.

Hani dan abang dah tukar balik pada awak dan saya sebaik pintu bilik ditutup.

“Nasib baik, awak reti bahasa...kalau tak siap kita.” Sambung Mizan lagi.

 Kita?....Siapa yang buat hal...undang-undang bagai?....tapi Yuhanis tak nak cari gaduh...lagi-lagi kat rumah emak ayah...lagi susah nak berlakon karang. Hati tengan marah, tapi mulut kena senyum. Senangke nak buat?

“Saya naik tadi...tapi.. awak tengah lena...saya tak mahu le ganggu.”.... Yuhanis bersiap untuk mandi, lagi pun pakaiannya dah basah semasa  mandikan baby....tak berapa nak pas lagi.

“Lain kali gerak..saya bukannya tidur mati....saya cuma nak kita pakat..apa nak buat bila depan orang tua kita...apa yang awak patut panggil saya, begitu juga saya...saya tak nak susahkan hati emak dengan ayah tu....saya takut awak panggil saya, awak-awak saje depan mereka, takut awak buat perangai depan mereka..manalah tahu, nak kenakan saya...nak balas dendam ke..”

“Jadi..lain kali, setiap kali kita berada di sini...kita buat biasa-biasa macm suami-isteri lain..jadi tak payahlah saya nak terangkan banyak kali...pandai-pandai berlakon...kalau tak siap awak...kalau jadi ape-ape pada emak dan ayah, awak akan saya salahkan..faham!”

“Tapi saya peliklah... kenapa awak nak susah payah jaga anak dan isteri buah hati awak tu...apa yang awak harapkan...atau awak nak tunggu, dia ajak awak jadi isteri nombor dua, gitu...mana maruah awak, haa ? Awak tak rasa sakit hatike tengok anak dia dengan orang lain?...kalau kamu berdua nak kahwin....saya tak akan lepaskan awak dalam waktu terdekad ni...kena tunggu, tengok macam mana keadaan mak,ayah....kalau awak tak sabar, nasib awaklah.”

Yuhanis sekadar menelan air liur. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Nak kata apa lagi...orang tu gian nak bercakap gamaknye...tu yang tak ada ruang Yuhanis nak mencelah. Yuhanis bukannya bodoh.  Nak cari gaduh, boleh je...tapi takut berdosa. Api tak boleh lawan dengan api...emak dah pesan siap-siap...gamaknya emak dah tahu perangai anak dudanya. Emak dah jangka agaknye...pandai mak. Tu lah...mak dulu makan garam, awai-awai dah tahu...garam tu masin.

Tambah-tambah bila  Yuhanis masih ingat kata ustaz ...penghuni neraka, ramai orang perempuan...antara sebabnya ialah...perempuan tak pandai jaga mulut bila bercakap dengan suami..mmm, Yuhanis kena jaga mulut. Bior orang tu cakap sorang-sorang. Baik Yuhanis tutup mulut je....mudah-mudahan senang dapat masuk syurga.

Lagi pun ‘The Rock’ dah tak jerit-jerit lagi. Dia dah cakap baik pun, dah cukup...walaupun kata-katanya menyakitkan hati, menikam kalbu, menusuk hati bagai dihiris sembilu. 

Rupanya senang jadi pelakon. Lakonan Yuhanis dan Mizan menjadi. Emak dan ayah tak perasan ape-ape....so, kira berjayale. Seharian Yuhanis jadi isteri mithali melayan makan minum suami. Mizan menjadi suami yang normal...duduk baca surat khabar setengah hari dan melawat kampung ganti tok pengulu  setengah hari....haak, tak lupa ada waktu rehat untuk tidur....cukup kerja satu hari.

Yang susahnya bila dah tak payah berlakon semasa dalam bilik. Kalau boleh Yuhanis nak lena macam semalam...tak payah nak fikir apa-apa. Yuhanis tak boleh nak bantah bila emak menyuruhnya masuk bilik awal. Biasalah emak...katanya untuk layan suami. Nak layan apa lagi...tilam bantal dah siap terhidang....ops, silap....terbentang..tidor je le. Bukannye susah.

Sembahyang Isyak dah lama berlalu..Mizan masih tak nampak batang hidung. Mungkin jumpa kawan lama di masjid. Yuhanis lega. Yuhanis nak mengaji sebaris dua ...kemudian sambung menghafaz. Sekarang sudah sampai ayat dua puluh sembilan surah Waqiah.

 Yuhanis nak hafaz dua ayat lagi. Beberapa kali  Yuhanis membuka tutup Quran kecilnya. Begitu juga dengan matanya. Menghafaz sambil menutup mata. Bila tersangkut Yuhanis tengok balik dalam Quran. Sedar-sedar...Yuhanis dah tak sedar.

“Mak tengok Mizan gelisah semacam aje....nak naik bilik, pergile. Hani ada kat atas tu...ingatkan tadi mak nak ambil peluang  berbual dengan Mizan sekejap...ade benda yang mak nak pesan-pesan kamu tu....kalau dah tak boleh..lain kali pun, tak mengapale.”kata Azmah ketika melihat Mizan tak usik lansung air kopi yang terhidang. Macam orang nak lekas saje.

“ Mizan dengan Yuhanis kat sana macam mana?...Yuhanis tak ada bagi masaalah ape-ape kan?  Hani tu budak baik, pandai bawa diri...kalau ada buat perkara yang Mizan tak suka, tegur elok-elok...dia budak dengar kata.” Marzuki pula bersuara. Marzuki berharap perkahwinan Mizan dan Yuhanis boleh memberi kebahagian pada kedua-dua  mereka. Lebih-lebih lagi Mizan yang telah lama hidup sendirian.

“Semua ok, ayah...Yuhanis pun tak ada buat masaalah...semua biasa-biasa...Cuma Mizan sibuk sangat sekarang ni...tak boleh nak bawa Hani balik selalu.” Mizan menjawab bersahaja. Mizan cuba berlagak biasa. Mizan tak mahu emak dan ayah menghidu rahsia rumahtangganya.

“Mak ni, bukan nak campur urusan rumahtangga Mizan...Cuma mak nak kamu berdua cepat-cepat dapat anak...anak tu pengikat kasih suami isteri.”

‘UHUK !UHUK !UHUK !

Mizan tersedak. Mengapalah emak membuka topik ini...ketika dia sedang menghirup kopi panas pulak tu.

“Ishk, budak ni...kopi tu kan panas lagi, pelan-pelanlah minum tu.” Tegur Azmah sambil menghulur sekotak tisu kepada Mizan.

“Dah budak tu nak naik cepat, awak pulak nak ajak sembanglah, minum kopi lagilah...mana tak tersedaknye.” Kata Marzuki pula. Bunyi macam nak membela tapi macam ada maksud tersirat saje.

“Mak nak kata ape sebenarnya ni...cakaplah. Mizan ok...bukan ada kerja nak buat pun.” Jawab Mizan. Ingin jugak nak tahu.

“Er...mak ni risau le sikit pasai kamu....bukan si Hani tu.” Azmah membuka bicara.

Sudah!..Mizan sedikit cemas....ini hal minahtu dengan Nizam ke?..eh, kenapa dia nak cemas pulak?

“Ayahnye le yang cakap...” tetiba Azmah menarik diri. Ayah sekali !

“Ishk, awak cakap ajele Mah...nak malu apenye...Mizan tu, kalau ikut umur..dah boleh jadi bapak orang...cakap je, bagi dia faham.” Kata Marzuki. Mizan bertambah cemas...bukan pasal Nizam dan minah tu...lagi suspen.

“Er..er..dulu masa...er...aaa.. Mizan kahwin...mm, dengan budak Suraya tu...berapa lama, ..er...mak rasa dekat lima tahun adekan...er...kamu tak dapat anak...si Su tu tak mengandung-ngandung....

Haaa..Mizan dah dapat....dah faham.

“.....jadi mak ngan ayah kamu ni risaule kot-kot...er..aaa...Mizan yang ade masaalah ....masaalah..er..masaalah dalaman....er...

Mizan nak ketawa besar....tapi terpaksa ditahan.....emak,emak ! ayah pun sama. Macam mana nak cakap ni...Mizan mula merangka.

“Kalau Mizan ade masaalah..kamu jangan malu-malu.....dalam hal zuriat ni, jangan ambil mudah...kalau nak ikhtiar, biar dari sekarang..kalau Mizan  malu...nak cakap berdua dengan ayah..ok jugak....macam mana.”kata Marzuki..mata merenung Mizan.

“Ala nak malu dengan mak buat ape?...macam nile...ape kata Mizan pergi buat pemeriksaan kesuburan...dah sebulan lebih kahwin, tak nampak ape-ape...kalau Mizan betul ade masaalah, boleh cepat-cepat berubat.” Tambah Azmah. ...mak dah tak malu dah.

“Yang paling menakutkan orang laki-laki...iale..penyakit..er..mm,,,er,..ma..mati pucuk...ayah takut kamu..er..mm...” kata-kata Marzuki termati kat situ...tak sampai hati nak habiskan. Mata tajam memandang Mizan.

“Erm..mmm...mak ayah..Mizan sihat...Mizan tak ada apa-apa masaalah.” Mizan mencelah cepat-cepat 
sebelum ayah membariskan semua jenis penyakit laki-laki di depan emak.

“Habis tu?” tanya mak, tak sabar.

“Erm...si Suraya yang tak nak anak.” Jawab Mizan sambil memandang teko kopi di atas meja di ruang tamu mereka.

“Dulu..mak tanya..kamu tak kata ape-ape pun...melampau betul budak Suraya tu...yang kamu mengikut aje tu ape ke hei nye....kamu pun tak kisah, gamaknye....hei, entahle bebudak sekarang...dah tua karang, baru nak beranak kecik....dah beruban, anak baru masuk tadika.” Azmah meluahkan rasa tak puas hati.

“Bilele mak ngan ayah kamu ni nak merasa timang cucu....jangan-jangan..sampei masuk kubor, tak merase.” Keluh Azmah.

Azmah mengesat air mata yang tiba-tiba nak luruh di tubir mata. Bilalah mereka nak merasa bercucu...cucu sendiri.

Mizan tercengang...Mizan tak faham....habis tu,...baby dalam bilik tu cucu sapa?

Mizan melangkah masuk ke bilik yang masih terang benderang. Sekali imbas tak nampak pun kelibat si minah tu. Rasa-rasa macam dah boleh agak dah. ..kalau tak dalam bilik air...mungkin dah jatuh katil sebelah sana.  Lasak betul tidur budak tu.

Di hujung katil Mizan nampak Yuhanis tergolek lena, berbungkus telekung. Mizan berdiri di tepi sejadah. Quran sedang terbuka... mata orang yang membaca saja yang tertutup.

“Hei...awak...Hani...bangun!...Hani!...bangun. Kenapa tidur kat sini...dah tau nak tidur, naikle katil tu...apalah awak ni.”

Yuhanis tak berkutik...lena soh.

Mizan menenggong pula.Satu jarinya mencuit kaki Yuhanis.

“Hani !...hei Hani...awak, bangunle...menyusahkan diri aje...Hani !”

Akhirnya Mizan menggoyangkan bahu Yuhanis.

“Oh...erm..terlena rupanye...erm..ok,ok.” Kata Yuhanis.

Mizan bangun meninggalkan Yuhanis yang sedang berusaha untuk bangun. Mizan membuka pakaiannya. Dengan bertuala Mizan ke bilik air. Sempat matanya mengerling ke arah Yuhanis yang sedang duduk membuka telekung.

Dengan mata separuh terbuka Yuhanis membuka telekung. Seketika Yuhanis berteleku diam dengan mata kuyu. Perlahan-lahan tangan Yuhanis mula melipat telekung...lipat cara orang mengantuk. Setengah jalan tangan Yuhanis terhenti. Perlahan-lahan kepala Yuhanis menunduk...melihat hasil kerjanya.

Sekadar melihat tapi dah tak nampak. Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup sendiri. Seketika Yuhanis tersengguk-sengguk. Kemudian perlahan-lahan terkulai layu...landing semula di atas sejadah.

Mizan keluar dari bilik air selepas membersihkan debu-debu jalanan. Siap gosok gigi sekali. Langkah Mizan terhenti di tengah bilik.

“HAAIISSHHH minah niii!”

Mizan memakai t-shirt  dan seluar Hawai five-O lamanya. Kemudian menyidai tuala. Lampu bilik ditukar dengan lampu tidur. Mizan melangkah ke sisi Yuhanis.

“Hei..bangunlah...naik katil tu....tak nak sudah....jangan harap aku nak tolong!...apa, awak ingat aku nak dukung !...sorry...tidurle kat situ.”

Mizan meninggalkan Yuhanis lalu melangkah ke katil. Mizan berbaring sambil menjeling sekilas kea rah Yuhanis yang sedap tergolek lena.

“Mmmm...lantaklah kau.” Mizan memejamkan mata.

Seketika mata Mizan mengintai Yuhanis semula. Mizan menutup matanya kembali. Lepas tu tengok Yuhanis lagi....lama-lama...

“HAAAiiishhhh budak ni....menyusahkan oranglah.” Gerutu Mizan.

Mizan bangun meninggalkan katil, lalu melangkah mendapatkan Yuhanis semula. Seketika Mizan berdiri memandang Yuhanis. Seketika kemudian Mizan menenggong pula. Mizan merenung Yuhanis yang masih dengan kain telekung.

Perlahan-lahan Mizan mencampung Yuhanis lalu dikendong ke katil. Rasa macam nak campak aje kat atas katil...tapi Mizan tak sampai hati. Anak kucing pun dia tak sanggup buat macam tu, Inilan pula anak emas mak dan ayahnya.

Perlahan-lahan Mizan melutut satu kaki di atas katil...kemudian membaringkan Yuhanis di tempatnya sebelah dinding. Rambut Yuhanis yang tadinya bersanggul, terungkai di atas bantal. Haruman lembut mencecah di hidung Mizan. Mizan dah mula serasi dengan haruman Yuhanis. Sedap pulak. Shampo apa minah ni pakai, 

Mizan tak tau pula. Kalau dia sibuk nak ambil tahu, kena tengok kan bilik mandi.
Mizan merenung Yuhanis seketika. Tengok kain telekung yang terpintal...banyak di bawah dari di atas. Getah kain bukan kat pinggang tapi kat peha...mungkin terpijak masa Mizan mengangkat Yuhanis tadi. Perlahan-lahan Mizan menarik kain telekung, lalu disangkut di kepala katil.

Mizan terdiam seketika melihat Yuhanis lengkap berpakaian baju kurung. Baju kurung yang besar  gedebeh dan seleweh.. saperti yang Mizan lihat pertama kali semasa Yuhanis merayu Mizan berkahwin dengannya. Mmm, apa hal pulak budak ni....macam nak menyorokkan tubuhnya dari ...?...siapa lagi...dialah, Mizan sendiri.

‘Alaaa...semalam semua dah tengok...siap pegang lagi...nak sorok konon....macamlah dia teringin.’ Gerutu Mizan. Apa?... minah ni elok tampal aje kat dahinya perkataan....reserve !

Mizan tak tahu kenapa dia tetiba bengang. Mizan kembali ke tempatnya lalu menghempaskan badannya ke tilam.

Menyusahkan ! Betul-betul menyusahkan!

Minah tu menyusahkan.