Wednesday 10 October 2012

SI NEPAL DAN MEK SIAM BAB 3

Sudah hampir sejam Roslinda duduk di sofa di ruang tamu itu. Dia sudah tidak larat mengikuti perbualan abah dengan pak sunya. Sejak  bertemu siang tadi hingga kini terlalu banyak yang hendak mereka dua beradik bualkan. Cerita sejak berpisah lebih tiga puluh tahun lalu.

Selepas makan malam mereka sambung lagi berbual. Pada mulanya Roslinda sungguh berminat mengikuti sejarah keluarga. Lama kelamaan minatnya meluntur. Bosan pula datang bertamu. Dia  bukan jenis yang boleh duduk diam lama-lama tanpa berbuat apa-apa. Jari-jarinya mula bergendang-gendang dibahu sofa mewah yang didudukinya. Matanya melihat sekeliling ruang tamu yang luas itu. Segala-galanya mewah .Bukan setakat ruang tamu ,seluruh rumah itu dilimpahi kemewahan.

{“Hai ..bukan rumahlah, ini banglolah.”} bisik hatinya.
Malah rumah untuk  pembantu rumah dan pemandu yang terletak di belakang  banglo itu pun lebih besar dan cantik daripada rumah lamanya. Kalau disini rumahnya akan dijadikan reban ayam saja   ....”jangan-jangan ayam orang kaya pun tak nak duduk.”..Roslianda melayan fikirannya.

Seketika Roslinda menyandar dan melangut pula melihat lampu chandelie. Roslinda menongkat dagu melihat kecantikan lampu sambil memikir berapa harga lampu sebesar dan secantik itu, dan yang lebih penting bagi orang yang susah sepertinya, ialah  berapa bil yang perlu dibayar jika lampu
yang menggunakan entah berapa biji mentol itu dinyalakan setiap hari!

Roslinda mengerling melihat abah dan pak su semula. Mereka masih rancak berbual seperti tadi. Roslinda merasakan jika lama lagi mahu dia melorot lena disofa empuk itu. Matanya pun rasa layu dek kebosanan. Tiba-tiba Roslinda tertegak dari sandarannya bila pak su menyapanya.

“Aaa...Lin..Lin tentu jemu dengar pak su dengan abah kamu bersembang tak habis-habis ni...kalau Lin minat membaca pergilah tengok-tengok dibilik bacaan pak su tu ada buku...pilihlah mana yang berkenan..nak bawa masuk bilik tidur pun boleh...” saranan dari pak su seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

“Mmm pergilah Ros, pergilah naik tidur bilik Ros diatas pun tak apa.....nanti pak su tolong tolakkan abah ke bilik abah nanti” kata abah pula yang duduk di kerusi roda yang baru dibelikan  oleh pak su.
“Pergilah...bilik abah Lin tu sebelah bilik pak su , nanti pak su tengok-tengokkan....besok kita bincang pula nak bawa abah buat peperiksaan di hospital mana.” Tambah pak su lagi.

Roslinda mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju. Kedua-duanya. Masuk bilik layan mata dan badan yang mula terasa penat. Satu lagi biar pak su yang uruskan hal abah ke hospital. Abah tidak boleh berdalih lagi. Sekurang-kurangnya Roslinda akan dapat tahu kenapa abahnya selalu tidak sihat kebelakangan ini.

“Er...kalau macam tu ok lah abah,Ros naik dulu...pak su ,Lin nak pinjam bukulah  ... good night  abah, pak su.” Tersengih-sengih Roslinda meminta diri.

Roslinda melangkah ke bilik bacaan pak su yang terletak dihujung ruang rehat keluarga ,agak terlindung dari ruang tamu utama. Daun pintu bilik bacaan dikuak perlahan-lahan. Roslinda menjengukkan kepalanya ke dalam bilik untuk meninjau kalau-kalau ada sesiapa di dalam, sebelum melangkah masuk.

Terdapat sebaris almari tinggi di sepanjang dinding sebelah kanan. Sebelah kiri pula kabinet kaca separas dada dipenuhi piala-piala ,replika model-model berbagai jenis kereta ,motorsikal, kapal terbang, helikopter dan berbagai jenis hiasan lain.

Roslinda melangkah melintasi beberapa biji sofa besar menuju ke meja kerja pak su. Ternganga dia melihat rak buku yang mencecah ke siling bilik di hadapannya. Buku-buku tersusun kemas dari  rak yang paling atas hingga ke rak yang terakhir dilantai. Terdapat tangga tersandar dihujung  penjuru kiri untuk mengambil buku-buku yang tidak boleh dicapai tangan.

Dari saiz yang kecil,saiz yang nipis,ke saiz yang besar dan saiz yang tebal yang dia tidak pernah lihat. Roslinda terbayangkan apakah yang akan terjadi jika buku yang paling besar dan paling tebal jatuh menimpa kepalanya.{“Boleh koma..lepas sedar terus jadi bodoh.”} Roslinda berjenaka sendirian. Kalau ada Lan dan Lon ketika ini tentu ada saja kata-kata yang lucu diperkatakan.

Mata dilarikan ke kiri ke kanan, membaca sekilas tajuk-tajuk buku di hadapannya. Kebanyakkannya buku-buku ekonomi dan perniagaan. Ada juga buku politik ,ugama dan lain-lain buku yang tidak menarik minatnya.Roslinda pasti dia yang kebosanan ini boleh tergolek lena jika membaca buku yang berat sebegini.

Roslinda menunduk,lepas itu melutut pula .Akhinya kedua-dua tangannya sama ke lantai. Merangkak di antara meja pak su dan rak buku. Macam kucing pun ada tapi apa yang perlu dirisaukan ,bukannya ada orang bisik hati Roslinda. Dibahagian rak paling bawah terdapat beberapa buku novel dan komik. Tiada novel romantik..... tapi tak kanlah pak su hendak baca buku begitu getus hatinya. Sebaik tangannya hendak mencapai sebuah novel satu suara garau menyergahnya .

“Hah!....apa awak buat ni? Nak mencuri ye?”
“Opocot!,,,YAALLAH ...  Eh apa ni.!...latah Roslinda yang terkejut. Nasib baik dia tidak tergolek.

Saif menutup pintu biliknya siap berpakaian santai. Sambil melangkah Saif melihat jam di tangan. Sudah pukul sepuluh sepuluh minit. Sedikit terlambat dari janji dengan Shafik,kawan baiknya.
{“mmm..tak apalah sekadar lepak-lepak dengan kawan-kawan lain.”} bisik hatinya.
Baru beberapa langkah menuruni anak tangga mata Saif terpandang kelibat seseorang menjengok-jengok bilik bacaan ayahnya ,kemudian menyelinap masuk. Hanya satu yang terlintas di kepalanya..pencuri!

Saif bergegas turun .Risau pun ada. Bukan ada sesiapa di rumah kecuali ayahnya.Rumah besar itu selalu sunyi sebab itu dia lebih suka keluar berjumpa dengan kawan-kawannya. Tidak kira malam minggu atau malam-malam biasa. Perlahan-lahan Saif masuk ke bilik bacaan ayahnya.Dia sudah bersedia untuk menangkap si “pencuri”.

Hampir tersungkur Roslinda kerana terkejut disergah tiba-tiba. Bukan hantu bisik hatinya. Matanya terus terpandang sepasang kaki besar di hadapannya. Dari situ matanya meleret naik keatas,kaki yang panjang dibaluti seluar jean berwarna biru gelap. Ke atas lagi baju T biru muda membaluti dada yang bidang. Dua jalur merah di dada menjadikan dada itu tampak lebih bidang.

Mata Roslinda melorot laju ke atas melintasi leher yang berkolar, dagu yang terbelah sedikit, mulut yang ....tidak tahu apa yang perlu dikatakan...hidung yang mancung ...bila mata bertemu mata......
Jantung Roslinda seperti berhenti berfungsi. Mimpikah dia ketika ini. Lelaki di hadapannya kelihatan seperti  John Abraham ...artis bollywood pujaan hatinya. Nampak macam sama tapi ada juga macam tak serupa. Iras-iras saja.
Saif terkedu . Sepasang  mata berwarna coklat bulat memandangnya. Ayat yang hendak dihamburkan tersekat di kerongkong apabila terpandang wajah yang sangat cantik dan comel di hadapannya. Gadis yang berpakaian seperti budak lelaki, yang sedang merangkak itu kelihatan sedikit lucu tapi comel sekali dengan rambut berwarna sedikit perang yang diikat satu dan senget sebelah kanan.

Saif tersedar...tidak boleh cepat tergoda. Teringat misi utamanya Saif terus bercekak pinggang dan buat muka serius.
“Awak ni siapa?...macam mana boleh masuk rumah saya?..mengendap-ngendap macam pencuri...
Awak nak mencu.....”

Berdesing telinga Roslinda.Dia lantas bangun dan terus sama bercekak pinggang menghadap lelaki di hadapannya. Kurang asam bo betul . Dia terus memotong kata-kata lelaki itu.
“Hei..awak ni pun siapa haa?..jangan nak sedap-sedap mulut jahat awak tuduh-tuduh orang!” balas Roslinda dengan berani.

“Untuk pengetahuan cik adik saya tuan rumah ini...awak mengendap-ngendap ni mesti ada niat yang tak baik.” Kata-kata Saif menaikkan lagi kemarahan Roslinda.

“Jangan nak berlagak...ini rumah ayah saya...awak ni kerja jaga kat rumah ni ke?...atau awak yang nak buat sesuatu yang tak baik ketika boss awak sedang sibuk? Balas Roslinda.
{“Eh ..betul ke apa yang aku dah cakap ni ....tapi memang pak su cakap ini rumah abah”...bisik hati Roslinda bila tetiba rasa faktanya kurang pasti....tapi dah terlepas cakap,lantaklah.

Saif tidak peduli akan kata-kata tidak logik dari gadis itu...pencuri dan penipu. Bila pula ayahnya ada anak lain selain dia. Perempuan pulak tu. Hendak berbohong tengok-tengok oranglah getus hatinya.Dia bukannya budak kecil yang boleh ditipu...dan dia telah duduk bersama ayahnya selama dua puluh  tahun di rumah ini.

Sekarang ramai gadis-gadis yang senang-senang  hendak hidup senang. Macam-macam helah digunakan untuk tempelkan diri dengan lelaki kaya. Lagi tua lelaki itu lagi senang hendak dipermainkan. Saif akan usaha menghalang agar gadis ini tidak dapat peluang bertemu dengan ayahnya. Saif tidak mahu gadis ini mengambil  kesempatan di atas kebaikan ayahnya. Akan adalah sandiwara atau babak sedih yang siap dirancang.

 Dia lantas menarik lengan kanan Roslinda dan mengheret Roslinda menuju ke pintu. Saif berhajat untuk mengeluarkan gadis itu secepat mungkin, keluar dari kawasan dan pagar rumahnya. Roslinda tidak rela diperlakukan begitu . Tangan kirinya memegang tebing meja pak su. Kedua-dua kakinya dipasak ke lantai...tapi apakan daya...tenaga lelaki sasa itu tidak terlawan olehnya. Kaki Roslinda seperti beroda pula, laju bergerak ditarik ke pintu. Tangannya memukul-mukul lengan lelaki gila di hadapannya,tetapi keadaannya tidak berubah.  Roslinda berkira-kira untuk membuka langkah taek won do nya.

Sayup-sayup kedengaran suara abah dan pak su sedang berbual menghampiri pintu! Yes! Roslinda menarik nafasnya sedia untuk menjerit tapi suaranya terbantut di sebalik tapak tangan yang besar dan sedikit kasar. Roslinda cuba untuk menggigit tangan yang menutup mulutnya tapi dia terkedu bila tiba-tiba satu lengan sasa memautnya dari belakang. Betul-betul di bawah buah dadanya. Tiada siapa pun yang pernah sebegini berani menyentuhnya di situ. Roslinda cuba melawan tapi lelaki gila itu terus memeluk tubuh dan kedua-dua tangan Roslinda rapat ke dadanya . Roslinda cuba menggunakan kakinya untuk menjatuhkan lelaki itu tetapi lelaki itu juga seperti ada ilmu di dada. Roslinda di jatuhkan sedikit lalu diheret seperti anak patung...tapi kali ini ke belakang.

Salah satu pintu almari tinggi di bilik itu dibuka. Beberapa saat kemudian Roslinda berada di dalam almari yang ditutup dari dalam.
Saif memaut gadis itu kemas ke dadanya. Mulut gadis itu juga masih di tekup rapat. Saif berlagak mafia. Dia berbisik memberi  amaran rapat ke telinga Roslinda.
“Jangan berani  bergerak atau bersuara.....kalau tidak  aku boleh buat awak pengsan dengan cepat....lepas tu aku boleh buat macam-macam......kalau kau dengar kata nanti aku lepaskan.”

Untuk mencari masa yang sesuai bagi melepasn diri dan menyelamatkan diri dari diapa-apakan Roslinda segera mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.

Abah dan pak su sudah berada di dalam bilik bacaan. Suara mereka berbual dan berbincang begitu jelas kedengaran hingga ke dalam almari tempat Saif dan Roslinda berada.

“Abang setuju ke kalau kita kahwinkan anak abang Roslinda dan anak Lah ..Saif tu?” soalan pak su kepada abahnya betul-betul membuat Roslinda terkejut. Badannya tersentak keras seketika.
Saif yang  mendengar juga turut tersentak. “Apasal tetiba je cerita kahwin ni,”getus hatinya.

“Budak-budak sekarang mana mahu diatur-atur kahwin macam tu Lah....tentu mereka ada pilihan sendiri.” Jawab abah.Roslinda lega mendengarnya. Macam ada helaan nafas lega di belakangnya,tapi tidak dipedulikan.

“Lah bukan apa bang ,Lah tak nak usaha Lah menjaga dan menguruskan harta-harta semua ini menjadi sia-sia....Lah nak pulangkan pada yang berhak...dosa Lah Allah dah balas dengan penyakit Lah ini.....Lah tak nak mati sia-sia.....”Sayu suara ayahnya menyusuk jauh ke lubuk hati Saif.
{“..eh ayah sakit ..sakit apa ni sampai sebut mati pula..mama tahu ke tidak? Tubuhnya terasa lemah.
Roslinda juga turut terkejut.Ingatkan abah yang sakit ...pak su pun sakit juga. Dia baru saja mahu mengenali pak sunya ,begini pula yang jadi. Bagaimana kalau dia kehilangan kedua-duanya...aah. Tubuh Roslinda terasa letih tak bermaya. Tiba-tiba Saif terasa gadis di hadapannya menyandarkan dirinya ke dadanya tapi tidak dipedulikannya kerana kepalanya masih pening mendengar perbualan di luar almari.

“Lah jangan putus asa,mesti ada cara lain untuk mengubati penyakit yang macam ni...abang pun dah tak kuat macam dulu-dulu...dah tua ..berumur..penyakit pun datanglah....bila Allah nak ambil nyawa kita tak tahu....kita sama-sama perlu banyak bertaubat ...tambah ibadat untuk bekalan ke sana.........
Pasal anak-anak  kita tu kita tengoklah macam mana ..boleh dipujuk ke tidak........abang kalau boleh hendak juga tengok Ros tu kahwin sebelum abang tutup mata.....senang hati kalau ada yang baik menjaganya.”..panjang kata-kata abah. Semuanya terpahat di minda Roslinda.

“Saif tu budak baik bang ,Lah didik dari kecil...sembahyang, insyaallah tak tinggal...cuma pergaulannya susah nak dikawal....orang muda ,kawan ramai, darah tengah panas....Lah takut dia tidak tahan digoda....perempuan –perempuan sekarang bukan boleh dipercayai....macam-macam helah boleh mereka buat untuk tundukkan lelaki...lebih-lebih lagi kalau yang kaya....kalau tak mahu kahwin pun tiba-tiba boleh terjerat kena kahwin.....itu yang buat saya tak tidur malam.” Keluhan ayahnya mengundang sedikit sesalan di hati Saif. Dia tidak tahu begitu dalam kerisauan yang telah dilakukan kepada ayahnya.Saif berazam untuk menggembirakan hati ayahnya selepas ini.

“Baguslah kalau macam tu...kita tahu mana kelemahannya ...kita sebagai ayah cuma boleh bagi nasihat dan nasihat saja sebab anak-anak dah besar panjang ....mana boleh berkeras......abang tak tahu macam mana nak cakap pada Ros....hendak ke dia setuju...anak Lah tu pun hendak ke dia kahwin dengan Ros yang tak berapa pandai melawa tu......eemm ...silap abang juga...suruh dia pakai pakaian lelaki sejak emaknya dah tak ada...”

“aa..lawa pun kalau menyusahkan penat bang,...si Saif tu kalau abang tengok nanti...tau lah ..handsome macam mana...habis anak dara..mak dara sekali tergila-gilakannya.....macam hero Hindustan...”pujian bercampur kebimbangan ayahnya menyesakkan dada Saif.


Kedua-dua  yang berada di dalam almari mula faham siapa yang diperkatakan oleh abah dan ayah di luar almari. Kini Saif dan Roslinda sedar dengan siapa mereka berada dan apa pertalian mereka. Roslinda berasa lega. Dia segera  menepis kedua-dua tangan Saif yang masih tidak melepaskannya. Sebaik Saif melurutkan tangannya masing-masing cuba menjarakkan diri antara satu sama lain. Disebabkan ruang yang terhad kedudukan mereka tetap sama.

Roslinda tidak berasa selesa berhimpit terlalu rapat begitu dengan lelaki yang baru ditemuinya walau pun lelaki itu anak pak su. Di hadapan Roslinda tersusun tiga buah beg kayu golf yang tinggi melebihi pinggangnya. Jika dia menundukkan badannya dan memaut satu beg golf atau pun ketiga tiganya sekali  mungkin Roslinda dapat menjauhkan sedikit tubuhnya daripada Saif....tapi berapa lama dia sanggup menonggeng begitu. Keadaan yang sungguh memalukan....
Roslinda ada satu lagi pilihan ...iaitu keluar dari almari ! ...tapi rasa macam tidak  sanggup memandang wajah abah dan pak sunya ketika ini. Maka terpaksalah dia bertahan buat sementara waktu.

Saif terasa bersalah kerana salah sangkanya menyebabkan dia dan gadis itu terpaksa duduk berkurung di dalam almari. Walaupun sudah tiada masaalah untuk keluar berhadapan dengan ayahnya,bagaimana harus dia jelaskan kenapa dia dan anak buah ayahnya itu berada di dalam almari. Lebih memalukan setelah mendengar apa yang sepatutnya perbincangan tertutup orang tua mereka. Saif tidak sanggup keluar walaupun terpaksa tidur di dalam almari malam ini!
Walau pun begitu ada juga yang melucukan. Gadis di hadapannya berusaha sungguh-sungguh menjarakkan diri daripadanya, hingga memaut beg golf ayahnya......kalau boleh masuk ke dalam beg itu mungkin gadis itu kini sudah berada di dalam beg .....ha..ha..ha..!

Selama ini Saif sering diburu wanita yang ingin memikatnya.Dia sudah lemas dan muak dengan sikap kenalan-kenalan wanitanya yang asyik menggesel, menempel dan menggodanya. Sebab itu sampai sekarang dia tiada calon yang layak untuk di jadikan isteri. Kenalan wanitanya ramai tapi seorang pun tidak ingin di miliki.

Hari ini buat pertama kali dia bertemu dengan seorang gadis yang tidak minat dengannya,hatta bersusah payah tidak mahu berdiri dan bersentuhan dengannya.

No comments:

Post a Comment