Monday 31 December 2012

PTRNTD Bab 10

Mizan merenung bungkusan nasi dan lauk yang tidak berusik. Matanya menoleh ke arah pintu bilik di tepi dapur. Boleh tahan budak ni tak keluar-keluar bilik, bisik hati Mizan. Dari tadi Mizan belikan semasa dia keluar makan tengahari, sampai ke petang makanan masih terletak di atas meja. Orang tak sudi, Mizan nak buat macam mana. Suka hati kaulah.

 Penat buat baik je....tak bersambut. Hari tu pun macam tu jugak. Masuk ini dah dua kali. Lain kali jangan harap Mizan nak fikir-fikir pasal budak tu lagi. Geram yang datang tak payah dijemput.

Yuhanis keluarkah?.. atau masih bertapa? Perlukah Mizan memanggil gadis itu untuk jemput  makan?.....eeeeeii, apasal dia tetiba nak ambil pot pasal budak tu? Lantak dialah. Bukankah selama ini, pandai je budak tu nak hidup? Siap beragar-agar bagai. Siap berpuding lagi. Sampai ane dan aci, jiran depan rumah pun dah terhutang budi. Nasib baik Thanalingam a/l Muthusamy tak masuk meminang. HAH !

Mizan beredar ke ruang tamu. Dah siap pasang badan tapi tetiba je rasa malas pulak nak keluar. Hati sedang geram, tak sedar jiwa kacau meragam. Remote TV dicapai. Tekan ajelah...tengok saja apa yang keluar.

 Drama Melayu muncul di kaca TV . Layan saja. Rasa bosan bertamu bila menonton babak suami isteri bergaduh....agak-agak kalau tak ada adegan gaduh, tak jadi drama kot...bebel Mizan. Mizan jegilkan mata melihat jugak. Itu dah kira habis bosan tahap gaban. Tengok je sapa yang kena makan penampar. Si suami dera isteri ke atau si isteri dera suami?

 Terjerit-jerit sang isteri menjawab amarah dan maki hamun si suami.Macam dah biasa je. Hari-hari ada saje drama macam ni. Jemu.Begini ke rumah tangga orang Melayu?....Ya Allah, Mizan terlupa, rumahtangganya pun berakhir seperti dalam drama. Rasa serik nak kahwin tapi terkahwin juga. Budak tulah punya pasal.

Tiba-tiba Mizan ternampak ada seseorang berdiri di luar pagar di hadapan rumahnya. Siapa ye ?...Budak tulah! Yuhanis?  Aaik!...keluar rupanya minah ni. Bila masa pulak minah tu keluar? Ingat baik sangat berkurung dua puluh empat jam dalam bilik.

 Tiba-tiba teringin pula Mizan melihat reaksi Yuhanis bertembung empat mata dengannya. Hari tu melarikan diri. Takut betul budak ni nak jumpa aku. Macamlah aku ni jahat sangat, bebel Mizan.....Tak apa, tak apa. Kalau aku usik, macam mana ye?Eemm,... menarik. Tentu menarik. ..kalau buat drama, part ni pasti menarik.

Macam orang yang tak ada kerja Mizan menunggu dengan sabar. Menunggu apa reaksi Yuhanis jika Mizan tetap di tempatnya, duduk di ruang tamu. Mizan tak akan berganjak dari sofa itu. Mata Mizan memerhati Yuhanis yang masih teragak-agak nak masuk ke rumah. Masih terkial-kial di luar pagar.

‘Kalau Yuhanis tak masuk juga...bagaimana?...Tak kan budak tu nak duduk di luar sampai malam....Lambat laun tentu dia kena masuk jugak.’

‘Kalau Yuhanis masuk, aku nak buat apa ye?...Nak jerkah?...nak marah?..eeh, gila apa nak marah-marah....bukan urusan aku pun.’

‘Kalau Yuhanis tegur dia, apa aku patut buat?...buat tak tau?....atau jawab dan cakap baik-baik....eeeh, aku tak nak buat baik, nanti orang naik kepala. Dia dah serik...Mizan tak mahu pisang berbuah dua kali.’

RING,RING,RIIINNGGG....

Mizan mencapai telefon bimbitnya dari poket seluar. Matanya masih memerhati Yuhanis di luar pagar. 

‘Bilalah budak ni nak masuk’ gerutu hati Mizan sambil menekan butang hijau dengan malas tanpa melihat siapa pemanggilnya.

“Hello..”kata Mizan acuh tak acuh dengan mata mamandang tajam ke arah Yuhanis yang sedang mendekati pintu pagar.

“Hello to you too ....assalamualaikum abang.” Kedengaran suara seseorang di talian.

Mizan terpacak tegak tiba-tiba dari sofa. Mizan nampak Yuhanis sudah melangkah ke halaman rumah! 

Telinga di sana, mata di sini.

Mizan terkedu....Mizan tak terkata...salam pun Mizan tak terjawab.’ Masih pandai bagi salam...emm, baguslah.’...itu yang terdetik di hati Mizan. Mizan sempat melihat Yuhanis menutup pintu pagar. Siap kunci mangga lagi.

“Abang Mizan...ini Suraya lah.” Kedengaran lembut dan manja suara bekas isterinya. Perhatian Mizan tertumpu pada Yuhanis yang sudah berada di hadapan pintu rumah. Tengah buka kasut.

“Yes ?....so what ?”tanya Mizan, hambar... tiada minat. Mata Mizan masih terarah kepada Yuhanis yang sedang menjinjit kasutnya pula sekarang...sambil ...

 RING,RING,RIINNNGGG....telefon Yuhanis pula berbunyi kali ini.

 Yuhanis menggagau telefon bimbitnya dari beg galas. Sambil menjawab telefon Yuhanis melangkah masuk ke rumah. ‘The Rock’ juga kelihatan sedang bercakap di telefonnya. Yuhanis mengambil peluang ini untuk melarikan diri masuk ke biliknya...tapi tak delah nak lari betul-betul. Yuhanis cuba berlagak biasa.

“Waalaikummussalam...emm, Hani sihat...terima kasih.” Yuhanis terpaksa menjawab salam yang diberi sambil melangkah ke ruang tamu. Terpaksa pula melintas di hadapan ‘The Rock’. Di sana terpaksa, di sini pun terpaksa....aeei, entah hapa-hapa..bebel Yuhanis, dalam hati.

 Kalau tak jawab,nanti Abang Nizam akan berasa hati. Selalu Abang Nizam akan kata..”Abang Mizan tak bagi  kita cakap ye?....So...Yuhanis cuba mendengar apa cerita Abang Nizam hari ni..... Yuhanis ambil peluang buat-buat sibuk. Sibuk cakap di telefon. Buat-buat tak nampak ‘The Rock’ sebab sibuk.

‘Alhamdulillah...Syukur’...bisik hati Yuhanis pada rencana Allah. Tak sempat jadi halimunan pun tak apa. 

‘The Rock’ juga sedang sibuk. Atau pura-pura sibuk kerana nak mengelak dari bertegur sapa dengannya. 

Baguslah...Tak payahlah Yuhanis nak ber’hai-hai’ dengan ‘The Rock’. Penat pikir je tadi....berdebar tak menentu.

“Abang..Su nak jumpa abang...dah lama betul kita tak jumpa...abang tak rindu ke pada Su..Su rindu pada ab.....”kedengaran suara Suraya seperti waktu mereka mula-mula berkenalan dahulu. Lembut dan menggoda....tapi Mizan dah tak dengar. Mata Mizan merenung Yuhanis yang sudah berada di hadapannya. 

Hati Mizan berbulu.

Sikit pun Yuhanis tak pandang Mizan .

Sikit pun Yuhanis tak tegur Mizan.

Macamlah sibuk sangat...Sedang ralit mendengar perbualan di talian aje pun. Tiba-tiba Mizan teringat..... NIZAM !!!!

“Sorry..aku BUSY sekarang!...DON’T YOU EVER CALL me AGAIN!!!” Jerit Mizan tiba-tiba. Tetiba je naik hantu. Hantu apa yang sampuk, entahlah.

“OPOCOT,  MONYET KAU !”...terpancut latah dari mulut Yuhanis. Yuhanis terkejut sangat-sangat... sampai terlatah macam mak nenek. Sampai terangkat kepala Yuhanis memandang Mizan di hadapannya. 
Punyalah dari tadi menunduk.

Nak mengelak sangat dari memandang ....kini bulat mata Yuhanis memandang Mizan. ‘Bukan salah dia...siapa suruh jerit...kan dah kena panggil monyet’..Yuhanis menggigit bibir...

Mizan turut terkejut mendengar ‘MONYET KAU’...dan dan tertoleh menatap muka Yuhanis.
Mata Mizan dan Yuhanis perpandangan. Kelu lidah kedua-duanya.

‘Melatah minah ni rupanya.’...mata Mizan tajam menatap riak wajah Yuhanis....’atau sengaja ambil peluang nak kenakan aku’.

‘Garang betullah ‘The Rock’ ni’...bulat mata Yuhanis menatap wajah Mizan, mencari kesan latahnya...’aaiik, nak kena jerit lagi ke?’

Hanya hati masing-masing yang berbicara....mengutuk sebenarnya.

“HANI...Hani...kenapa ni? apa yang terjadi kat sana tu...HANI?” suara di talian kerisauan.

“Ops, sorry...tak ada apa-apa...apa?...monyet?....er..monyet ni..eh, bukan, bukan...maksud Hani.....” Hani melangkah laju ke biliknya.  Muka rasa panas. Jantung berdebak debuk. Jangan dia tersampuk dengan hantu di luar tu, sudah...keluh Hani. Nak jawab apa kat Abang Nizam ni ye?....ADA MONYET....ha,ha,ha.

* * * * * * * * * *

Mizan melempar telefonnya ke atas katil. Hati Mizan tengah bengang. Bengang ganda dua. Perempuan !!! Mizan menghenyakan punggungnya di birai katil. Rambutnya yang sudah disikat kemas disugun-sugun...dah jadi macam rambut rakyat kat Tanjung Rambutan.

Mizan meraup kedua-dua tangannya ke muka. AAAAAAHHHHH !!!!

Mizan tak faham mengapa dia begini. Rasa begini. Berperasaan begini tiba-tiba.

Adakah kerana Suraya ?...Oh tidak...NO, NO and NO.... sudah lama nama itu dibuang dari kotak memorinya.Perempuan seperti Suraya bukan stock untuk dibuat isteri. Kalau masa boleh diputar kembali...Mizan tak hingin mengenali perempuan jenis Suraya.

Kalau bukan Suraya, siapa ?

Budak tu...Yuhanis ?

HUH !...Tak ada maknanya....lagi pun, apake halnya Mizan nak naik angin pasal minah tu.
Sebab Yuhanis isterinya ?

Aah...bukan Mizan yang nak kahwin pun dengan minah tu.

Habis tu kenapa Mizan begitu, naik angin macam disampuk hantu. Tak suka Yuhanis almaklum dah tentu, 
jadi tak kanlah nak kata cemburu.

CEMBURU ???

Tetiba perkataan keramat itu terlintas di kepala Mizan. Mizan mencebik.

NO...titik....fullstop.

* * * * * * * * * * *

Usai sembahyang Subuh Yuhanis membaca Quran seperti biasa. Cuma hari ni Yuhanis hanya baca tiga baris ayat sahaja. Yuhanis harus bersegera. Yuhanis perlu keluar sebelum hari menjadi cerah.

Yuhanis siap berpakaian seperti dia hendak pergi berjoging saja gayanya. T-shirt dan seluar trek. Beg sandangnya tak perlu dibawa. Biar nampak real...Cuma bawa purse kecil yang disimpan dalam kocek seluarnya.

Yuhanis pasti ‘The Rock’ masih di biliknya. Gelap gelita seluruh dapur dan ruang tamu. Terhendap-hendap, terjingkit-jingkit Yuhanis melangkah keluar. Nak kunci pintu pun jenuh Yuhanis berdoa agar tiada sebarang bunyi. Lepas satu bab.

 Bab kedua tentulah pintu pagar. Terdongak-dongak Yuhanis mengendap dan meninjau bilik di tingkat atas bertentang dengan pintu pagar. Sambil membuka kunci Yuhanis mengetap gigi menahan debar.

‘Janganlah ‘The Rock’ bangun menjengah ke bawah ni.’...doa Yuhanis....tapi, kalau terjadi jugak...nak kata apa ?’

‘Hai...I nak pergi jogging.’.....mmm, yelah tu. Jangan-jangan mencicit lari.

* * * * * * * * * *

“Wah ! Bestnya Kak Hani !” jerit Sara sambil terlompat-lompat gembira.

“ Yes,yes...bestnya...Kita nak pergi mana Kak Hani ?”Suri tersengih sambil memaut lengan Yuhanis. Tak sabar nak tahu jawapannya.

“Cakap saja, Sara dengan Suri nak pergi mana...Kak Hani ikut saja.” Ujar Yuhanis.

“WUUI ...Sara ngan Suri yang nak bawa Kak Hani pergi jalan jalan rupanya...bunyi macam Kak Hani nak ikut je tu.....Ini sapa bawa sapa, sebenarnya ?”Tanya Yusri selamba. Memang dia ni mat selamba.

Sara, Suri dan Yuhanis sudah ketawa-ketawa. Yusri buat-buat makan macam dah setahun kelaparan. Mulut Yusri penuh dengan mee goreng...maka sudah tentu Yusri tak boleh nak gelak. Sibuk mengunyah sambil 
menyembunyikan sengihan.

“Betul...abang tak mau ikut ni ?” tanya Suri.

“Abang kena kerja....abang kena ganti Kak Timah hari ni, Kak Timah nak ambil cuti belah petang....lain kali abang ikut, Ok... Sara dengan Suri pergi bersiap, Kak Hani boleh sarapan ...boleh teman abang makan sekejap....nanti jangan nakal-nakal tau, dengar cakap Kak Hani.” Pesan Yusri kepada adik-adiknya.

Yuhanis dan Yusri berbalas senyum melihat Sara dan Suri serentak bergegas ke bilik mereka tanpa bertangguh-tangguh. Riuh suara mereka berbincang berdua sampai ke bilik.

“Yusri, Kak Hani dah siap bekal mee goreng untuk bawak pergi kerja...boleh buat makan tengahari....akak buh lebih ni, nanti boleh bagi Kak Timah dengan kawannya sorang lagi tu rasa.” Kata Yuhanis sambil duduk di meja makan di hadapan Yusri. Bekal yang sudah dimasukkan ke dalam beg plastik diletakkan di tepi meja.

“Kak Hani, Yusri nak uc....

“Kalau Yusri cakap lagi sekali terima kasih kat akak....Kak Hani nak balik sekarang jugak.”

“Apalah Kak Hani ni, orang cakap terima kasih pun nak merajuk sampai nak balik pulak...kang Yusri merajuk jugak, hah...baru Yusri pun boleh ikut akak balik sekali...hi,hi,hi.”
Yuhanis tergelak mendengar kata-kata Yusri...ada-ada saje si Yusri ni. Tak kering gusi Yuhanis bila bersama Yusri.

“Eh, Kak Hani...semalamkan abang handsome yang nak ngorat akak  hari tu kan, datang tanya pasal akak lagi tau....pandai pulak tu, bisik-bisik kat Yusri...katanya tak mahu orang lain tahu...macam-macam dia tanya kat Yusri...sapa nama penuh akak, berapa umur Kak Hani...tinggal kat mana, ada alamat tak...dah ada yang punya tak, dah tunang ke, dah kahwin ke belum...entah macam-macam lagi.”

“Ala Yusri, cakap aje Kak Hani dah kahwin...senang, habis cerita.”

“Buat apa nak tipu kak ? Abang ni baik tau, sudahlah handsome, kaya pulak tu...janganlah lepaskan peluang ni.....zaman sekarang bukan senang nak cari calon suami yang ada ‘complete package’, kak.”

“ Apalah Yusri ni...Kak Hani kata Kak Hani dah kahwin, tak nak percaya pulak...tapi selalu je tanya akak dah kahwin ke belum,dah kahwin ke belum....mmm, tak percaya ...sudah...tapi untuk pengetahuan Yusri...handsome belum tentu baik...kaya pun belum tentu ihklas...yang penting...perkahwinan adalah untuk seumur hidup, perlu ada cinta dan kesefahaman, hormat menghormati...percaya mem...”....Yusri memotong kata-kata Yuhanis.

“Ok,ok ..cukup dulu sampai kat situ kak...nanti bila Yusri nak kahwin Yusri akan tanya akak balik....sekarang ni,Yusri STP pun tak lepas lagi...  nanti tercemar minda Yusri pulak...hi,hi,hi.”

“Aeei, sapa yang mula dulu tadi..Yusri kan ?”tanya Yuhanis. Sudu di tangannya diketuk-ketukkan di tepi pinggan makan Yusri.

“Yelah salah Yusri..tapi Kak Hani cakap...macam pro je bab kahwin ni.”

“Tulah orang cakap tak nak percaya....Serius ni...Kak Hani betul-betul dah ada suami, dah kahwin.....kalau tak kahwin lagi....awal-awal lagi Kak Hani dah ngorat abang handsome tu, tau.”

“Handsome?...mmm, Kak Hani mengaku le abang Omar tu handsome ye....nantile, kalau dia tanya sendiri kat akak...Kak Hani nak kata apa.....jawap, jangan tak jawab sendiri tau.”

“Omar?”

“Minat nampak ?...mm, tak pa...Yusri boleh tolong Kak Hani, Itu nama yang dia bagi kat kami di kedai dobi...dia pakai kereta BMW....Yusri ada nombor telefon dia, Kak Hani boleh tanya lain-lain kat dia sendiri nanti.”

“Yusri beriya-ria nak akak berkawan dengan abang handsome ni ada apa-apa ke ?”

“Ada apa-apanya kak ?”

“Kotlah dapat komision dari abang hansome tu sebab berjaya pujuk Kak Hani kawan dengan dia.”

“Kak Hani kawan ke...kahwin ke dengan dia, Yusri tak dapat apa-apa...Cuma er..eer....?”

“Apa?”

“Nanti ada orang yang boleh jaga Kak Hani...hingga.. akhir.. hayat...Yusri tak yakin Yusri boleh jaga Kak Hani...sekarang ni pun tengoklah...Yusri dan adik-adik hanya menyusahkan akak saje.”perlahan suara Yusri 

. Tiada kata-kata lucu kali ini. Ada nada sebak di hujung kata-katanya.

“Yusri, Kak Hani dah dewasa..akak dah biasa...

“Dewasa ?....yelah tu...umur akak berapa...er, dua puloh empat...mmm, tuanya...Yusri baru sembilan belas... betullah...Kak Hani memang dah tualah .....

“OK,ok...Kak Hani tua sikit dari Yusri..Kak Hani nak jaga Yusri, Sara dan Suri....akak nak Yusri terima Kak Hani jadi kakak angkat...

“Tak.....{mulut Yuhanis mula ternganga..Cuma seketika}...Yusri nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab Kak Hani sudi terima Yusri ,Sara dan Suri jadi keluarga akak...jadi adik-adik Kak Hani..jadi....

“Taraaa...” Sara dan Suri berdiri di depan meja dengan seragam... seluar trek dan t-shirt putih yang sudah tak berapa putih.

Yuhanis menelan air liur, hatinya sayu....Yuhanis sudah dapat adik-adik sekarang...Allah memberi pengganti buat arwah Yusri Amri, Sarimah dan Surina...untuknya.

‘ALHAMDULILLAH....Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

* * * * * * * * * *

Friday 28 December 2012

PTRNTD Bab 9

‘Nak keluar, tak keluar....eh, susahnya.’

‘Nak keluar, tak keluar....eeh, macam mana ni!’

Yuhanis menguak langsir tingkap biliknya. Pemandangan perkarangan di belakang rumah direnung. Cuaca sangat baik pagi ini. Kalau dia dapat keluar tentu Yuhanis dapat bersama Sara dan Suri sehari ini. Hujung minggu, hari Sabtu mereka tidak ke sekolah. Juga hari Ahad esok. Yusri pula tentu tak lepaskan peluang pergi kerja...kerana hujung minggu ‘double pay’.

Cuma,masaalahnya... ‘The Rock’ juga tidak pergi bekerja di hujung minggu. Bagaimana Yuhanis nak loloskan diri tanpa dilihat. Jika sekarang ‘The Rock’ sudah melepak di ‘pot’ kesukaannya....mampukah Yuhanis nak melenggang di depan matanya keluar rumah...aish, leceh betul!

 Sebelum ini Yuhanis tidak kisah terperap saja di dalam bilik selama dua hari, Sabtu dan Ahad. Macam macam dia boleh buat untuk memenuhi masa itu....paling tak kuasa nak buat apa-apa, Yuhanis akan buat taik mata.

Setelah rapat dengan Suri dan Sara, Yuhanis rasa rugi pulak jika dia hanya duduk menghabiskan masa di rumah. Yuhanis mahu  tolong mengemas rumah ‘adik-adiknya’. Terutama dapur. Lepas tu bilik tidur mereka dan juga ruang tamu. Terlalu banyak yang hendak Yuhanis lakukan. Yuhanis siap merangka untuk membawa adik-adiknya itu pergi membeli baju baru.

‘Mmm...ada pintu pagar belakang. Pintu kecil saja tapi mesti berkunci punya. Bukan dia tak kenal sifat ‘The Rock’ yang sangat ‘perfect’ tu. Semua yang boleh dikunci, wajib dikunci. Hati Yuhanis aje orang tu tak nak kunci. Kalau orang tu sudi...kecil tapak tangan, nyiru Yuhanis tadahkan..kalau zaman ni susah nak cari nyiru, boleh guna besen kot.....ewah,ewah. Mengigau apa kamu ni Yuhanis?....Mengigau di siang hari,jawabnya.

 Yuhanis menggaru-garu kepalanya. Ada tudung....garuk atas tudung jadinya. Yuhanis sedang berkira-kira. Mungkin ada kunci pintu pagar itu tersimpan di mana-mana kabinet dapur. Kalau dicari, mesti boleh jumpa. 

Jangan-jangan ada sekali dalam sebabun kunci di kabinet depan.

 Nak cari tulah yang jadi masaalah. Macamlah ‘The Rock’ akan diam dan tengok saja Yuhanis menyelongkar rumahnya. Nak sakit telinga, boleh je cuba....tapi malaslah. Hidup sepatutnya dilalui dengan ketenangan,kegembiraan dan keamanan. Yuhanis tak suka kecoh-kecoh...lagi-lagi kalau telinganya yang nak menanggung.

Yuhanis duduk semula di katilnya. Novel di bawah bantal ditarik keluar. Yuhanis menyelak tempat yang ditanda lalu menyambung membaca novel yang telah dua hari ditinggalkan. Satu, dua, tiga muka surat...Yuhanis berhenti.

Yuhanis tidak dapat menumpukan perhatian pada pembacaannya. Hero entah ke mana. Heroin entah ke mana....bila nak jumpa part ‘happy ending’....jawabnya lambat lagilah. Novel ditutup lalu diletakkan semula di bawah bantal. Ligat kepala Yuhanis berfikir.

Seketika Yuhanis bangun meninggalkan katil lalu melangkah menghampiri pintu bilik. Perlahan-lahan Yuhanis membuka pintu...setengah inci saje. Tak nampak apa-apa pun. Yuhanis memberanikan dirinya membuka daun pintu sedikit luas... seinci lagi....dan seinci lagi. Masih tak nampak apa-apa.....maknanya tak ada sapa-sapa di dapur. Aaah...bagus,bagus....tapi di ruang tamu bagaimana?

Yuhanis memasang telinga. Sunyi sepi. Mungkin ‘The Rock’ masih di alam mimpi. Hujung minggu...faham-faham sajalah. Good,good...peluang masih ada, bisik hati Yuhanis. Belum cuba, belum tahu.

 Semangat Yuhanis mencanak. Yuhanis segera bersiap. Beg galasnya disandang. Kasut siap dijinjit. Perlahan-lahan pintu dibuka. Yuhanis kena berani. Apa benda pun kena berusaha. Yeah...memang tiada orang.

Pintu dibuka lebih luas. Selangkah keluar bilik...selangkah ke ruang tamu...terjojol mata Yuhanis. ‘Mak aiii,body dia’.....Yuhanis segera berundur... melangkah kebelakang semula. Pintu bilik ditutup perlahan-lahan. Nasib baik, orang tu menghadap ke arah lain.

 Yuhanis mengusap dadanya perlahan-lahan. Kenapalah kau cik jantung nak berdebar tak tentu pasal...kalau terkejut,masih boleh dimaafkan. Jangan tergoda sudah. Silap hari bulan....’pinggan tak retak,nasi tak dingin....orang tu tak hendak, dia pulak yang teringin. Ya ampun...takutnya, minta simpang banyak-banyak...minta lorong banyak-banyak, aaah apa-apalah.

“Hisss.... kenapalah  tetiba buat exercise tengah rumah pagi ni....kenapa tak dalam bilik aje, atau pergi le kat taman mana-mana. “ rungut Yuhanis lalu menghempaskan badannya ke tilam.

“Aduh!...sakitnya.” Yuhanis menyeringai seketika. Yuhanis terlupa tilamnya yang nipis itu. Tak pasal-pasal badannya menyukat papan katil. Sudahlah tadi matanya tercemar...nasib baik, tak tergoda. ‘The Rock’ ni pun satu...adake exercise pakai seluar dalam saje...eeh, tak senonoh!

* * * * * * * * * *

Mizan melihat jam di dinding ruang tamu sambil berlari setempat. Lagi lapan minit. Belum cukup setengah jam, Mizan akan bertahan. Peluh yang mengalir di tubuh sasanya dilap saja dengan baju singletnya yang sudah lama ditanggalkan. Baju singlet disangkutkan semula ke belakang sofa. Sambil exercise mata Mizan melihat keluar rumah. Sengaja dia membuka pintu utama luas-luas agar angin pagi dapat menyegarkan 
suasana ruang tamunya itu.

Cukup setengah jam Mizan berhenti. Namun dia tidak terus duduk diam.Mizan menggerakkan tangannya ke atas ke bawah...depan, belakang beberapa kali. Begitu juga kakinya....kaki kanan diangkat, digoyang-goyangkan...kemudian dihayun ke depan dan ke belakang empat lima kali. Setelah itu kaki kiri pula.

Tak sempat ke gym, kat rumah pun Mizan tetap akan buat exercise... ‘to keep fit’. Dia seorang yang kuat mengikut peraturan. Seminggu, tiga kali mesti Mizan akan ke gym. Jika tak kesempatan Mizan akan tetap lakukan juga dengan berjoging di sekitar kawasan perumahannya. Cuma hari ni saje buat kat ruang tamunya 
yang luas itu.

Setelah selesai Mizan berdiri di tepi tingkap melihat keluar. Kelihatan Uncle Muthu juga sedang bersenam di perkarangan rumahnya. Bagus juga bersenam di luar tapi Mizan malas nak tukar pakaian. Tidur dengan boxer, bangun pagi terus buat exersice.

 Bukan ada sesiapa yang nak dimalukan. Yuhanis ?...budak tu macam tak wujud aje kat rumahnya...lagi pun Yuhanis tak akan berani nak tengok dia dengan boxer saja. Mau mencicit macam tikus lari masuk ke sarang.

Mizan teringat peristiwa tempoh hari. Pada petang Mizan bertembung dengan Yuhanis di hadapan rumah. 

Tiba-tiba Mizan tersenyum kecil teringatkan gelagat Yuhanis. Tak pernah Mizan berjumpa perempuan seperti Yuhanis. Apa yang lainnya, susah Mizan nak jelaskan...tapi Mizan dapat rasai sendiri.

Tiba-tiba mata Mizan merenung cermin tingkap di depan mata. Sudah lama dia tidak membersihkan rumahnya...tapi...Mizan meneliti semula kaca tingkap. Bersih saja. Mizan mencalit satu jarinya ke kaca tingkap. Wah!..Sedikit pun tiada debu.

 Seingat Mizan kali terakhir dia mengemas rumah dan membersihkan tingkap ialah....aa, hujung minggu sebelum Mizan balik ke kampung untuk....kenduri perkahwinan Nizam dan... Mizan yang terkahwin.

Lama tu, dah sebulan. Ini bermakna ada orang yang tolong bersihkan. Siapa lagi selain Mizan yang ada di rumah itu. MMmm.... rajin juga budak tu, bisik hati Mizan. Seingat Mizan... Suraya, bekas isterinya pun tak pernah nak ambil tahu akan hal bersihkan rumah. Jauh sekali untuk memegang penyapu, lebih-lebih lagi batang mop.

 Yang Suraya tahu hanya... hari-hari merengek minta carikan orang gaji. Sudahnya Mizan yang terpaksa membersihkan rumah tiap-tiap hujung minggu, kerana sayangkan isteri. Alasan Suraya ialah dia perlu menjaga kukunya agar jangan rosak dan kulit tangannya agar jangan kasar.... sebab kerjaya Suraya sebagai model sambilan ketika itu memerlukan Suraya sentiasa dalam keadaan cantik, bersih, gebu dan sexy.

Memang Mizan akui isterinya seorang yang cantik. Ditambah lagi dengan alat make up yang up to date. Disalut pula dengan pakaian-pakaian cantik pereka fesyen terkenal. Isterinya sudah bertukar jadi cantik 
menawan bak bidadari.

 Belum lagi bab pakaian yang seksi yang terdedah sana sini. Tubuh seksi Suraya yang sebelum ini hanya untuk santapan matanya seorang....sudah menjadi idaman dan igauan setiap lelaki yang memandang.

Sudahnya...semua kerja rumah Mizan terpaksa lakukan. Sampaikan pakaian dalam Suraya juga Mizan yang cucikan dengan senang hati. Sehinggalah mereka mendapat pembantu rumah.

 Akhirnya memang Suraya berjaya mencapai cita-cita nya. Suraya bukan lagi model sambilan. Nama Suraya sudah terkenal. Model yang paling terkenal dengan seksi dan ‘daring’...berani tangkap maut punya. Tidak hairanlah Suraya jadi model paling terlaris di Malaysia.

 Mizan tumpang bangga. Bertambah bangga apabila Suraya berjaya melangkah lebih jauh. Sudah melangkah jauh keluar negara...jadi model profesional yang bertaraf antara bangsa. Entah berapa kali dapat gelaran yang gah-gah.

 Malangnya bangga Mizan tak lama. Bangga hanya sebelum Mizan tersedar. Bila tersedar, semuanya sudah terlambat. Bangga Mizan bertukar jadi mimpi ngeri.

 Mizan mengetap gigi menahan geram mengingat dirinya yang telah diperbodohkan ‘isteri tersayang’. Sungguh dia serik dengan perempuan. Bukan senang Mizan nak jatuh cinta. Bila dah jatuh cinta, cintanya tidak dihargai dan dipermainkan. Mizan fobia dengan perempuan.

‘Aaah, pergi jahanam dengan cinta..’dengus hati Mizan. Mizan segera meninggalkan ruang tamu. Sambil melangkah ke dapur, mata Mizan memerhati sekelilingnya. Sekali-sekali jari Mizan mencalit perabut berdekatan. Memang bersih, tak berdebu.

 Bagus juga budak tu ada di rumah...bicara hati Mizan. Pandai jaga diri...tak rugi Mizan menghulurkan duit poket kepada gadis itu. Sudah empat kali Mizan tinggalkan duit poket untuk Yuhanis. Semuanya diambil gadis itu. Mungkin Mizan patut tambah lagi duit poket itu. Mungkin budak tu nak duit...sebab tu buat-buat rajin.

Mizan membuka peti sejuk. Apa lagi yang ada di rumahnya. Minum sajalah air mineral sampai diri terasa rajin nak keluar mencari makan. Mizan terdiam seketika. Mata Mizan tak berkedip melihat ke dalam peti sejuk.

Ada satu bekas agar-agar laici. Satu bekas lagi.. ..mmm, macam agar-agar..tapi lain sikit,...puding kot, bisik hati Mizan. Semalam dia tak masuk ke dapur...mungkin semalam budak tu buat,agak Mizan.

 Mizan teringat akan agar-agar yang ditinggalkan untuknya.Teringat akan keenakkan agar-agar yang pernah dirasainya tempoh hari, tanpa disedari tangan Mizan mencapai sepotong agar-agar lalu disuap ke mulutnya. 
Lapar punya pasal, benda lain Mizan dah tak ingat...lagi pun Mizan betul-betul dah tergoda dengan agar-agar laici tu!

Habis sepotong. Mizan ambil lagi sepotong. Kemudian Mizan mencuba sepotong puding pula. Sedap! Mizan rasa lagi sepotong. Sambil mengunyah Mizan melihat sekitar dapur. Baru Mizan terperasan. Sudah lama Mizan tidak membersihkan dapur juga. Namun dapurnya kelihatan bersih dan tersusun.

 Kini ada sedikit perubahan. Ada satu pasu pokok kaktus di tepi tingkap. Kecil saja...tapi nampak comel pulak menghiasi dapurnya. Mata Mizan mula meneliti sekitar dapur.

Tiba-tiba mata Mizan ternampak kelap-kelip lampu ‘water heater’ yang menyala. Yes!..ada air panas. Di tepi ‘water heater’ pula kini ada satu talam kecil berisi beberapa bekas kecil. Mizan mendekati dan memeriksa isinya. Wah, bagus,bagus...kata hati Mizan.

Beberapa minit kemudian Mizan sudah duduk di meja dapur menghirup koko panas. Dua bekas... puding dan agar-agar laici di hadapannya. Untuk pertama kali untuk sekian lamanya Mizan menikmati sarapan di dapur rumahnya sambil mata memandang keluar tingkap melihat matahari yang mula menyinar.

‘Gendang gendut tali kecapi...kenyang perut, senang hati.’

Selepas kenyang Mizan bangun untuk memcuci mug yang telah kosong. Tiba-tiba Mizan tersenyum senget. 

Mug diletakkan semula di atas meja. Lebihan makanan disimpan ke dalam peti sejuk. Tak disimpan nanti bersemutlah pula...siapa yang rugi...dialah.Hendak menguji pun, kenalah berhati-hati. Salah langkah mau kempunan nanti.

Sepanjang langkah ke biliknya Mizan memerhati keliling. YES! Mizan yakin dan pasti... gadis itu tidak pernah jejakkan kakinya ke tingkat atas. Sekarang Mizan sudah tahu Yuhanis duduk di bilik mana.

 MMM.. ..Mizan mula tersenyum jahat. Dia ada rancangan. Dah nak sangat jadi isterinya....kenapa Mizan tidak gunakan saja gadis itu. Mizan ada hak sebagai suami...kenapa dia tidak pergunakan gadis itu sepuas hatinya.... senyuman terleret di bibir Mizan.

Perempuan bukan boleh diberi muka. Sudah diberi betis nak peha. Bagi peha naik kepala. Pengalaman mengajar Mizan jadi kental. Hatinya jadi keras.

Yuhanis suka atau tidak....Mizan ada kuasa untuk memaksa.

Yuhanis rela atau tidak....Mizan boleh menunjuk kuasanya.

‘Either she stay or she go’....Mizan tak rugi apa-apa.

Sampai lena senyuman jahat melekat di bibir Mizan.

* * * * * * * * * *
Yuhanis terjaga. Serta merta Yuhanis teringat. ‘Hish...macam mana boleh terlena pulak.’rungut Yuhanis. 

Dengan tudung-tudung sekali pulak tu.. Yuhanis bangun mengadap cermin yang retak menanti belah... lalu membetulkan tudungnya yang sudah senget benget...dah macam mak nya giler pun ada, tapi mana ada nyonya yang pakai tudung ye tak? Yang siuman pun tak pakai,lagilah yang gila.Yang Islam pun tak semua sanggup pakai, tak pasai orang lain pulak nak pakai.

 Yuhanis teringat misi yang tergendala. Jam tangannya dipandang sekilas...takkanlah ada orang yang rajin sangat nak exercise sampai dua tiga jam dalam rumah sendiri. Di luar rumah lainlah. Moodnya lain. Suasana pun lain.

 Yuhanis mengutip kasutnya yang dah bertabur tepi katil. Beg galas...hi,hi...masih setia digalas dalam tidur. 

Yuhanis segera menerpa ke pintu. Telah banyak masa terbuang. Kesian adik-adiknya. Tentu sikembar sedang menantinya.

Selangkah-selangkah Yuhanis memberanikan diri keluar bilik. Yes! Tiada sesiapa di ruang tamu. Seketika Yuhanis sudah berjaya membuka pintu utama. ‘Berusaha tangga kejayaan’. Iyalah tu...mengharap orang tu tidur, alih-alih diri sendiri yang tertidur. Apa-apa pun.....

Cayok, cayok !

Yuhanis sudah selamat keluar pagar.  Terus Yuhanis berlari ke hujung simpang. Kelihatan beberapa orang yang sedang berjoging di pagi itu. Pelik tak pelik pun, tak taulah... Yuhanis sorang yang kelihatan berjoging sambil menyandang beg galas. Melambai-lambai begnya mengikut rentak kaki Yuhanis berlari.

“Fuh,fuh,fuh” tercungap-cungap Yuhanis sambil tangan menahan sebuah teksi yang lalu. Tiada masa untuk berehat...lagi pun apa kerja nak berehat di tepi jalan, dalam teksi juga boleh menghilangkan penat.

 Yuhanis risau jika ‘The Rock’ tetiba muncul sambung exercise di luar rumah pulak. Dibuatnya bertembung, baru haru biru, langit jadi kelabu, perasaan jadi celaru, hati jadi tak menentu...tulah, risau sampai merapu.

* * * * * * * * * * *

“Banyaknya Kak Hani beli sarapan.....kita tiga orang aje.” Kata Sara sambil mata melihat beberapa biji karipap, cucur badak dan kuih lopes terhidang di dalam pinggan di atas meja di hadapannya. Roti canai pun ada. Tinggi tersusun elok di dalam pinggan leper bersama semangkuk kuah dalca.

“Jom, kita sarapan sama-sama...Kak Hani lapar ni.” kata Yuhanis sambil tangan sudah mencapai sebiji karipap. Laju saja disuap ke mulutnya. Gara-gara acara jogging yang tak pernah dia buat.Lari tercungap-cungap sampai lapar.

“Kalau abang ada....mungkin boleh habis....abang tu kurus tapi kalau ada makanan lebih,selalu abang yang habiskan....ingat-ingat abang tu macam unta pulak...hi,hi,hi.” Malu-malu Suri pun boleh buat lawak.

“Dengar dek abang Sara ngan Suri nanti....jangan kata kakak yang ajar tau.” Yuhanis turut menyakat. Sebiji karipap lagi dicapai. Tangan kiri pula menyambut secawan air teh yang disua Suri.

“Ala kak, kat sekolah semua orang dah belajar pasal tabiat unta....unta boleh makan dan minum sebanyak-banyaknya bila ada makanan. Sebab itu unta boleh bertahan lama berjalan di gurun walau pun tanpa makanan.”sambung Sara. Pinggannya sudah diisi dengan sekeping roti canai.

 Sudah lama dia dan adiknya tak makan roti canai. Sekeping roti canai harganya seringgit setengah, makannya sekali...kalau beli telur, boleh makan banyak kali. Tapi cakap dalam hati saje. Kalau Kak Hani tahu...mau hari-hari dihantarnya roti canai bertingkat-tingkat. Kak Hani memang pemurah dan baik hati. 
Sambil menyuap secubit-secubit roti canai, tak jemu-jemu mata Sara merenung Yuhanis.

“Abang sarapan apa pagi tadi?” tanya Yuhanis pada sikembar. Seperti seorang ibu yang risaukan anak saja lagaknya. Yuhanis terlupa akan tiga beradik yatim piatu itu yang mampu hidup sampai kini tanpa dia. Yuhanis yang terlebih risau.

“Abang makan biskut yang Kak Hani bagi hari tu...Sara buat teh,abang cicah dengan air tehlah.” Ujar Sara.

“Kalau tak habis, ada lebih nanti simpan saja dalam peti sejuk. Macam roti canai ni.. boleh tahan lama. 

Bungkus elok-elok. Nanti hari sekolah, boleh buat sarapan pagi... kalau rajin,pukul telur, pas tu rendam dalam telur dan goreng....best, jadi roti telur....Cuma jangan lupa cuci telur bersih-bersih....kalau tak sempat, panaskan kejap atas kuali pun dah boleh makan.” Panjang lebar Yuhanis memesan kepada Sara dan Suri.

 Hati sedikit risau mengenangkan tiga beradik itu ke sekolah dengan perut kosong. Sudah berkira-kira nak buat stok makanan untuk mereka bertiga. Satu lagi yang perlu dimasukkan dalam senarai untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Selepas sarapan Yuhanis, Sara dan Suri mengemas dapur. Yuhanis sudah berpakat dengan Sara dan Suri untuk membuat gotong royong membersihkan rumah. Terlalu banyak yang hendak di kemas sampai Yuhanis tidak tahu hendak mulakan dari mana. Akhirnya Yuhanis mulai dengan pinggan mangkuk. Yang selalu digunakan dan akan diperlukan, Yuhanis susun di rak pinggan. Yang sudah lama terbiar dan berdebu Yuhanis bersihkan kemudian dibungkus lalu diasingkan.

“Abang kata ini semua peninggalan ibu kami...selalu abang pesan, jaga elok-elok jangan sampai dipecahkan.” Ujar Sara. Perlahan saja suaranya. Mungkin cuba menggamit memori ibu mereka.

“Arwah mak akak pun ada tinggalkan barang-barang macam ni...tapi akak tak pernah dapat gunakan sebab akak duduk dan dibesarkan oleh keluarga angkat.”

“Abis tu...barang-barang mak akak ada kat mana sekarang?” soal Suri. Bulat matanya menunggu jawapan dari Yuhanis.

“Akak simpan elok-elok dalam satu bilik stor kat rumah lama keluarga akak.”

“Akak tak takut pencuri pecah masuk ke?”tanya Sara pula.

“Rumah tu akak bagi sewa kat satu pasangan suami isteri yang tolong tengok-tengokkan rumah tu...akak bagi sewa murah sebagai balasan...jadi akak taklah risau.”

Hampir sejam lebih mengemas. Tidaklah penat mana. Kerja santai-santai. Yuhanis seronok ada sikembar buat kawan bersembang. Dah sebulan tak berkawan...dah naik bisu rasanya.

“ Hari dah panas ni...Kak Hani makan tengahari dengan kami ye?...Sara nak masak nasi ni,abang kata dia balik makan ...abang tau ke Kak Hani nak datang hari ni?” tanya Sara. Tangan sudah memegang periuk nasi untuk menyukat beras.

“Kak Hani dah cakap ...dia ingat lagi atau tidak,akak tak tau pulak...Yusri terlupa pun bagus jugak...kita buat surprise kat dia....jomlah, kita masak dulu....nanti-nanti kita sambung kemas lain kali,...kita masak something special, ok.”

Yuhanis,Sara dan Suri sama-sama mengeluarkan semula barang-barang yang dibawa Yuhanis pagi tagi untuk mencari bahan-bahan yang hendak dimasak untuk makan tengahari mereka. Sambil memasak mereka berbual dan berseloroh. Sekali sekala kedengaran gelak tawa mereka bertiga memenuhi ruang dapur yang selama ini sunyi dan suram.

Yuhanis tumpang seronok bila melihat dua beradik kembar itu ketawa riang. Alangkah bagusnya jika Mak 
Azmah dan ayah ada bersama. Mesti orang tuanya itu akan turut ingin membantu Yusri dan adik kembarnya. 

Yuhanis berharap dia  akan dapat peluang untuk pertemukan ‘ adik-adik angkatnya’ itu kepada emak dan ayah angkatnya satu hari nanti.

* * * * * * * * *

“Betul ke akak boleh bawa motor ni?...Kak Hani jangan main-main, dibuatnya masuk longkang karang...nanye aje.” Kata Yusri dengan kening berkerut-kerut.

Hi,hi,hi....Sara dan Suri di hadapan pintu pagar ketawa kecil mendengar Yuhanis dan Yusri berjawab-jawab. Macam budak-budak kecil pun ada.

“Yusri...Kak Hani membesar di kampung....hari-hari akak naik motor ayah akak tu...akak jadi tukang pergi kedai beli barang, pergi pasar malam pun akak yang bawa mak akak, tau tak...Kak Hani ada lesenlah.”

“Ok, bak sini Yusri nak tengok?”

“Tengok apa?”

“Lesen Kak Hanilah”.....Yusri menadah tapak tangannya kepada Yuhanis.....”Jangan-jangan lesen kedai 
kopi tak?” usik Yusri.

“Eh, tak adalah”.....Yuhanis menggagau beg galasnya, kemudian meraba di poket seluarnya... “...akak tak bawalah lesen akak tu.”

“Mmm..jangan-jangan memang akak tak ada lesen....biar Yusri bawak ajelah, kalau akak segan nak peluk Yusri kuat-kuat...akak peluk Yusri sikit-sikit sudahlah...Yusri tak kisah.” Kata Yusri dengan muka selambanya.

Sara dan Suri sudah ketawa besar. Yuhanis turut ketawa melihat Yusri cuba menahan tawanya. Terkemut-kemut mulut Yusri menahan diri. Yuhanis mencucuk pinggang Yusri. Akhirnya terburai juga tawa Yusri.

 Bersama Yusri dan sikembar membuat hidup Yuhanis lebih ceria. Lupa seketika pada masaalah rumah tangganya bersama Mizan. Lupa seketika kesedihan di hatinya mengenang nasib Abang Nizam. Bersama Yusri,Sara dan Suri membuat Yuhanis rasa dia sudah mendapat adik-adiknya semula.

“Ok,Kak Hani balik dulu...kalau ada peluang akak akan cuba datang lagi besok...Sara ngan Suri masuk rumah, kunci elok-elok....Abang Yusri hantar akak kat jalan besar tu saja..sekejap saje...Assalamualaikum.”

“Bye Kak Hani.” Laung Sara dan Suri selepas menjawab salam.

* * * * * * * * *

“Yusri hantar Kak Hani sampai rumah akak pun tak apa...Yusri pun dah habis kerja....lagi pun tak ada apa yang dapat Yusri buat untuk balas budi akak pada Yusri dan adik-adik tu...tak pernah Yusri tengok Sara 
dan Suri tu seronok macam hari ni....sejak kenal akak Yusri rasa bertuah sangat-sangat.....” Yusri terdiam.

 Yuhanis tahu Yusri sedang sebak. Yuhanis turut merasa sebak. Cepat-cepat Yuhanis mengubah tajuk.

“Yusri...untuk hari ini, cukup kat sini sajalah....nanti ada masa yang sesuai Kak Hani akan cerita sikit hal diri akak....Cuma bukan sekarang. Teman Kak Hani tunggu sini... sampai dapat teksi...lepas tu Yusri balik rehat....akak tak mahu Yusri jatuh sakit. Bagi masa sikit untuk jaga kesihatan diri....kalau jadi apa-apa kat Yusri, tentu Sara dan Suri susah hati...Kak Hani pun akan susah hati...lagi pun hujung tahun ni kan Yusri nak 
STP....dengar cakap akak,ok.”

Suasana sepi seketika....kemudian perlahan-lahan Yusri menganggukkan kepalanya. Yuhanis mengusap lembut bahu Yusri, berlapikkan lengan baju Yusri. Rasa belas sudah mencambahkan rasa kasih. Kasih 
seorang kakak kepada seorang adik.

 Namun sedalam mana pun kasih itu Yuhanis sedar mereka bukan muhrim. Yuhanis kena ingat batas-batasnya. Yuhanis tidak mahu kesalahan dan kealpaannya di muka bumi ini akan menjadi azab seksaan buat 
ibu dan bapanya di alam kubur sana. Begitu juga pada ibu bapa Yusri,Sara dan Suri.

* * * * * * * * *

Yuhanis berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah ‘The Rock’. Sukar buat Yuhanis hendak menganggap itu rumahnya. Anggap sajalah dia sekadar menumpang selagi diizinkan oleh tuan rumah.

 Sudah larut petang. Sengaja Yuhanis merancang balik  di waktu ini. Yuhanis berharap sangat ‘The Rock’ sudah keluar atau pun sedang lena di biliknya. Jika harapan nya tidak menjadi kenyataan Yuhanis hanya berserah pada Allah agar tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

 Yuhanis tidak mahu ‘The Rock’ marah-marah. Kalau boleh Yuhanis tidak mahu hari yang gembira di akhiri dengan kemurungan. Langkah Yuhanis terhenti beberapa kaki dari rumah. Kereta ‘The Rock’ masih di bawah anjung.

‘Aaik...pintu pagar sudah siap terbuka...perli apa?’...atau pun ‘The Rock’ sedang menunggu tetamu?’

Tapi takkan Yuhanis nak terpacak tengok pintu pagar saja. Yuhanis terus melangkah ke hadapan rumah. 

Adoii...pintu utama juga sedang terbuka luas....dan...dan...’The Rock’ sedang duduk di ruang tamu. Jika Yuhanis merenung ke dalam rumah...mungkin saja mata mereka boleh bertentang mata.

‘ALAMAK...nak buat macam mana ni?’

‘Ampun ...ya ampun...’.Yuhanis rasa jantungnya berdegup kencang.

HELP !...HELP !...

Tolong...tolong ...ane!...aci...aci...tolong!!

Wednesday 26 December 2012

PTRNTD Bab 8

“Assalamualaikum.”

Nizam terkedu. Rasa tak percaya mendengar suara yang sangat dirinduinya. Bukan setakat suara, malah tuan empunya suara juga. Telefon bimbitnya dilekap kemas di telinga. Dia tidak silap dengar. Suara itulah yang menemaninya siang dan malamnya satu waktu dulu...

“HANI !...Hanii....” bergetar suara Nizam. Hati terasa sebak. Nizam tak sangka Yuhanis akan menalifonnya. 

Rupa-rupanya Yuhanis masih sudi bercakap dengannya.

Sepi seketika. Yuhanis terkelu mendengar sebak yang mengiringi namanya yang diseru penuh syahdu. Yuhanis menggigit bibirnya menahan perasaan.Aah...sukarnya.

“Hani..abang tahu Hani masih di sana. Terima kasih kerana sudi call abang. Abang tahu Hani  marah pada abang...Hani benci abang sangat-sangat...abang faham...abang yang salah dalam hal ini...abang lelaki bodoh...patutlah Allah uji abang sebegini...itu saja yang abang dapat mengandaikan kenapa abang ke..hi..langan Ha..ni...abang...a..ab..ang....” Nizam kehilangan kata-kata. Nizam turut kehilangan kemachoannya...

Sebutir-sebutir bak  rantai manik terputus talinya..... Yuhanis turut menitiskan air mata apabila mendengar esakan Nizam di hujung talian. Seumur hidupnya tak pernah dia lihat Abang Nizam menangis. Sekarang esakan di telinganya seperti saja Abang Nizam berada rapat di sisinya.

 Kesian Abang Nizam. Yuhanis perlu buat sesuatu. Kemarahannya telah hilang setelah mendengar cerita dari Mak Azmah. Kini simpati dan kesedihan pula mengambil tempat di hatinya. Apa lagi yang dia boleh buat ?

 Apa pun yang telah terjadi, Yuhanis masih ingat kebaikan yang pernah dihulurkan lelaki itu kepadanya semasa zaman kecilnya, semasa zaman sekolah dahulu. Mungkin peluang ini boleh digunakan untuk membalas budi baik Abang Nizam kepadanya selama ini.

Abang Nizamlah yang selalu memujuknya bila Yuhanis menangis kesedihan. Dari mula dahulu...selepas kejadian sedih menimpanya...Abang Nizamlah yang  selalu tolong menyapu si air mata, sentiasa berusaha menghiburkannya. Abang Nizamlah yang selalu berada disisi Yuhanis sehinggalah dia melanjutkan pelajaran keluar negara. Yuhanis pula belajar di dalam negara.

“Abang, tolonglah bang...kalau abang menangis begini..Hani tak boleh nak cakap ...nanti Hani yang nangis lebih-lebih...abang..sabarlah...jangan menangis lagi, cuba kuatkan semangat.”pujuk Yuhanis mendengar esakan Nizam  yang masih tidak berhenti. Bukan berhenti, malah bertambah deras sedu Nizam.

Kesudahannya....hu,hu,hu...Yuhanis menangis di sini.

Beriringan...isk,isk,isk....Nizam teresak-esak di sana.

{Yang dapat untung, tentunya syarikat telekomunakasi.}

Yuhanis berselawat beberapa kali.Yuhanis mencari kekuatan untuk memberi kekuatan kepada bekas tunangnya....orang yang pernah dicintainya. Orang yang pernah menyayanginya...dan masih?

“Abang Nizam ni degillah...kan Hani bilang jangan sedih-sedih...tengok dengan Hani sekali...tak pasal-pasal ikut sedih.” Bebel Hani. Buat-buat garang.

“HA,HA,HA....”tiba-tiba Nizam ketawa besar...juga dengan sisa-sisa sedu.

“Isk,isk...ok,ok...Hani tunggu sana..nanti abang nak...

“Abang jangan nak buat kerja gila datang sini....Abang Nizam duduk diam-diam kat Sungai Rokam tu...kita cakap kat telepon saja...”

“Abang bukan nak ke sana...abang pun tak berani nak berdepan dengan Hani...kalau waktu ni Hani depan abang, tentu abang akan peluk Hani kuat-kuat...

“A..b.a..n.g...tolong jangan cakap merapu....Hani tak suka...Hani kan dah..

“Ok..sorry-sorry...abang terlalu ikut perasaan....abang nak naik kereta ni...nak keluar cakap dengan Hani kat luar sambil makan angin....nak cakap dengan tenang. Abang call kejap lagi....janji dengan abang, Hani tak buat abang.. macam hari tu lagi.”

“Hani buat apa kat abang?”Hani pura-pura tak tahu.

“Hari tu...Hani tak mahu cakap dengan abang kan? Hani baling telefon ke dinding ke?” duga Nizam.

“Memandai aje Abang Nizam ni...bateri Hani habislah.”Yuhanis mereka alasan.

“Mmm, yelah tu...apa pun abang lega Hani sudi cakap dengan abang hari ni, abang rasa seronok sangat....er,er.. Abang Mizan tak bagi Hani cakap dengan abang ke?”

”Kalau dia tak kasi....sekarang sapa yang tengah cakap ni?...hantu?”

“Ok,ok....abang kena letak dulu...tiga minit lagi abang call Hani.

* * * * * * * * *

Uhuk,uhuk,huk...

Mizan tersedak. Bukan sekali. Sudah tiga empat kali Mizan tersedak.

Tertunduk-tunduk Mizan menggosok lehernya kemudian melurut turun ke dada. Perit tekaknya. Mizan meneguk air dari gelasnya sampai tinggal setengah.

“Kau ni kenapa, Mizan?.... tersedak-sedak, dah berapa kali...Nah, minum air masak ni perlahan-lahan, sikit-sikit dulu.” Sharif menolak gelas air masaknya ke hadapan Mizan. Dia ada segelas air sarsi lagi.

“Ada orang sebut-sebut nama kaulah tu Mizan...entah sapalah agaknya ye?” kata Zulkifli pula sambil mengunyah. Sesuap nasi masuk ke mulutnya lagi. Tambah secubit sayur kangkung goreng pula. Kemudian paha ayam goreng dibawa ke mulut lalu di sagut.

“Kau ni Zul, makan sambil bercakap, sudahlah makan pun gelojoh.....karang kau pula tersedak,tercekik, baru tau.” Tegur Sharif kepada rakannya.

“Sapalah nak sebut nama aku...mak we tak ada, tunang pun tak ada, bini lagilah jauh panggang dari api.”jawab Zulkifli sambil menyambung menghabiskan makan tengaharinya. Masih ada setengah pinggan lagi. 
Perut tengah lapar...waktu rehat pun bukannya panjang mana.

“Kau dah ok ke ni Mizan?...sambal sotong tu pedas sangat kot...kau sumbat sampai sekor sekali, apa tak tersedak.” Hilang simpati ...kini Sharif membebel pula pada Mizan.

“Taklah pedas mana...biasa je, nak tersedak jugak...nak buat macam mana.” Jawab Mizan. Gelas air masak diletakkan semula ke atas meja. Matanya merenung baki makanan di dalam pinggannya. Tak dalah dia mengambil kuah sambal tumis pun...Cuma sekor sotongnya saja...tapi kenapa tetiba wajah Yuhanis yang terbayang di matanya.

‘ Jangan-jangan betul tekaan Zulkifli ni...Entah apalah budak tu mengutuk aku...’ bisik hati Mizan.

“Eh Mizan, ...kau dengar tak mulut murai.com.my kat ofis kita sekarang dok panas cerita pasal ex kau tu dah balik Malaysia....dia balik sorang. Suami ‘mat saleh’ dia tak ikut sekali...jangan-jangan mereka dah bercerai kot....jangan-jangan dia yang terkenang-kenang dan sebut-sebut nama kau tak Mizan.” Cerita Zulkifli sambil mengunyah.

“Aah...malaslah aku nak ambil tahu pasal dia lagi...aku dengan dia sudah tiada apa-apa kaitan lansung...aku tak mahu dia cari aku...aku pun tak mahu jumpa dia.”

“Perempuan macam tu tak patut dibagi muka....perasan cantik sangat....kalau dah suka dedah sana sini,orang puji sexy, lansung lupa diri...lupa suami...kalau dia datang cari kau Mizan, kau jangan nak layan.” Sharif beriya menasihat Mizan. Dah seperti meniup bara api saja.

“Tak ada masa aku nak layan dia....malas aku nak dekat dengan mana-mana perempuan ....aku kahwin pun....er..ops...

“Kau dah kahwin !!” serentak Sharif dan Zulkifli bertanya. Kedua-duanya merenung tajam ke arah Mizan.

“Ssss....apa kauorang berdua ni?.. cakap kuat-kuat pulak....aku kata ...kalau aku nak kahwin pun, bukan sekarang.....haa, aku tunggu kau berdua kahwin dulu...amacam.”ujar Mizan cepat-cepat menutup kesilapannya....sambil memandang keliling sekilas. Harap-harap tak adalah sesiapa mendengar kata-kata yang terhambur dari mulut Sharif dan Zul sebentar tadi.

Bukan Mizan tak tahu kewujudan kelab gosip di syarikat itu. Kalau dia bercakap lama sikit dengan mana-mana pekerja perempuan di situ...esok sudah tentu ada cerita mengatakan Mizan berminat dengan perempuan tersebut.

 Kalau ada wanita yang dapat duduk berdekatan dengannya...besok siap ada cerita dia dan wanita itu sedang berpacaran. Entah apa-apa lagi cerita yang diada-adakan sampai Mizan dah tak kuasa nak ambil tahu.

Zulkifli sudah berhenti makan. Ada tajuk sedap...hot and spicy yang tetiba dia teringat. Sehot..’Hot top model’...ex-wife Mizan yang sexy.

Cerita panas di ofis bukan pasal model sexy itu tapi.... Berita panas tentang duda panas di ofis mereka. 

Gadis mana yang tidak berminat dengan Mizan. Semua gadis-gadis di ofis teringin menjadi teman pengganti buat duda yang paling handsome di kalangan kaum lelaki di Sharikat Puncak Gagah. Sudahlah handsome, jawatan bukan cikai punya jawatan. Kalau jawatan dah tinggi, gaji pun sudah tentulah tinggi....taklah setakat tiga empat ribu sepertinya.

 Mizan selaku CEO yang paling muda dan sangat dedikasi dan serius dengan kerjanya. Semua pengarah sayang dengan Mizan...sebab itu cepat saja naik pangkat Mizan. Mizan memang layak kerana hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja. No play-play.

Zulkifli teringat akan Zulaika, salah seorang kerani di syarikat itu... gadis yang cuba didekatinya. MMm...hampa. Usahkan gadis...malah janda-janda yang ada juga semua memasang angan-angan agar dapat menarik perhatian Mizan. Semua teringin menjadi teman hidup Mizan. Teman serumah dan teman seranjang Mizan.

“UHUK,UHUK,UHUK” Zulkifli pula tersedak. Bukan tengah mengunyah. Juga bukan tengah minum. Boleh pula tersedak. Dia sebenarnya sekarang sedang fobia dengan mak janda.

Mizan dan Sharif serentak menolak gelas air masing-masing ke arah Zulkifli. Zulkifli mencapai gelas air teh limau Mizan yang sudah tinggal separuh. Diteguknya sehingga habis. Tekaknya masih terasa kering dan kesat. Minuman di gelas Sharif pula dihabiskan. Sharif sekadar melihat saja air sarsinya habis tiada berbaki.

“Haa...ni mak we mana yang sebut-sebut nama kau ni Zul.... kalau ikut teori kau...ni mesti si Zulaika kot....mesti dia tengah teringat...sebut-sebut nama kau tu.” Sakat Mizan bila melihat Zulkifli yang terkebil-kebil. Tadi dialah yang rajin bercakap...tetiba diamlah pulak.

Zulkifli menelan air liurnya. Kering tekaknya teringatkan perbualan tiga mak janda yang berbual tentang Mizan semalam. Ketiga-tiga mak janda tidak sedar akan kehadirannya yang sedang mencari fail di sebalik almari-almari fail yang tersusun rapat di bilik fail. Zulkifli tak tau pulak bilik fail itu telah menjadi ‘pot’ mak janda mak janda di situ berdiskus pasal duda terhangat di pasaran.

Habis cerita luar dan dalam kelambu dibualkan. Masing-masing masukkan nama Mizan dalam kelambu masing-masing. Wooosh...habis tercemar telinga bujangnya yang masih suci murni petang itu. Nak cerita pada Mizan pun Zulkifli tak berani. Nak cerita pada Sharif pun dia kena fikir sembilan sepuluh kali. Sudahnya dia kena belajar lupa-lupakan.... Tak pasal-pasal dia yang tercemar.

“Eh, aku ni karang lepas lunch ada mesyuarat dengan Dato’ Syukur...jomlah cepat, sembahyang zohor pun tak lagi ni.” ujar Sharif kemudian terus mengadap pinggan nasinya dengan tekun. Kepala sudah teringat kerja yang perlu dibereskan. Big boss nak datang.

Zulkifli hilang selera....tapi dia terus tunduk menyumbat nasi sesuap lepas sesuap ke dalam mulutnya. Zulkifli seriau...takut nak angkat muka bila terpandang tiga sekawan mak janda selang tiga buah meja sedang tersenyum-senyum memandang kearah mejanya...eh, bukan...ke arah Mizan.

Mizan menyuap perlahan-lahan. Fikirannya melayang ke rumah...kemudian teringat kata-kata Zulkifli sebentar tadi. Benarkah?...kalau Suraya mencarinya...datang ke rumahnya....Yuhanis? .....kalau terjumpa Yuhanis bagaimana?

* * * * * * * * * *

“Jomlah cepat Yusri...kan kita dah janji nak ke rumah awak hari ni...Yusri ambil cuti saja hari ni, tak payah kerja.”

“Amboi kak...dah bunyi macam boss Yusri je arahan akak ni.”omel Yusri.

“Saya kan kena cepat balik... nanti baru sampai, dah nak kena balik ...buat penat je.”

“ Ok,ok...Sekejap ye kak...Yusri cakap sendiri dengan Puan Juwita....Kak Hani dah berkenalan ke dengan Puan Juwita?”tanya Yusri sambil meletakkan beg sekolahnya di kerusi kosong di sebelah Yuhanis.

“Dah dekat setengah jam saya tunggu kat sini...dah kenal, dah puas berbual tadi..Kak Timah tu siap kenalkan saya pada Puan Juwita sebagai kakak saudara awak lagi.”

“Mmm..Kak Timah malas nak cerita panjang-panjang agaknya... Kak Timah tu dah faham dengan perangai Puan Juwita tu.... kalau cakap kita tak ada apa-apa talian...siaplah Yusri kena pasang telinga dengar nasihat dia.”

“Kenapa...Yusri suka mengorat perempuan ke?”

“Eh, tak dalah kak...orang pompuan yang suka ngorat Yusri...dok kerumun kat kedai dobi ni sampai Yusri tak boleh buat kerja..hi,hi,hi.”

“Amboi bercakap bukan main lagi ye...sekolah pun tak habis lagi....kenapa lambat hari ni...kelas habis pukul berapa? ...sekarang ni dah pukul dua lebih.”

“Budak form six habis kelas pukul satu empat puluh lima...darjah satu bolehlah balik pukul dua belas kak....lagi pun motor Yusri tu bukan boleh bawak laju-laju...tak pasal-pasal nanti langsung tak sampai-sampai...tersadai kat tepi jalan je nanti.”

”Ok,ok...pergi cepat jumpa boss awak tu....saya tahan teksi...saya ikut dari belakang.”kata Yuhanis sebelum mencapai beberapa beg platik yang berisi makanan tengahari untuk dibawa ke rumah Yusri.

Sudah lama merancang, baru hari ini Yuhanis dan Yusri dapat susun jadual mengikut masa yang sesuai. Yuhanis merancang untuk makan tengahari bersama Yusri dan dua adiknya. Selepas solat Zohor di masjid, Yuhanis sempat  membeli serba sedikit buah-buahan dan beberapa jenis makanan ringan untuk ‘adik-adik 
barunya’.

Satu bekas agar-agar laici kesukaaan tiga beradik itu juga turut dibawa. Termasuk  puding jagung yang telah dibuatnya kelmarin. Hajat Yuhanis untuk menghantar puding jagung pada Yusri semalam terpaksa ditunda akibat matanya merah dan sedikit bengkak akibat  kes menangis semasa berbual dengan Abang Nizam. 

Sudahnya puding itu duduk bermalam di dalam peti sejuk ‘The Rock’.

* * * * * * * * * *

“Kembar !”Yuhanis begitu teruja.

Yusri mengangguk. Dua gadis sunti di sebelahnya juga serentak mengangguk sama.

“Oh. ...tak sangka adik-adik awak ni kembar....kembar seiras pulak tu...ni,saja nak kenakan saya ye?”usik Yuhanis sambil tersenyum memandang kembar comel yang hampir serupa wajah mereka.

“Taklah...Cuma nak bagi ....’surprise’ kat akak..”kata Yusri tersengih-sengih.

“Haa...kenalkan diri masing-masing kat Kak Hani....abang nak mandi dan sembahyang zohor sekejap....kak, duduklah....buatlah macam rumah sendiri, bukan ada sapa-sapa...kami bertiga saja.” Kata Yusri sebelum melangkah ke belakang ke salah satu dari tiga bilik rumah teres itu.

“Saya Sara Aryana.” Sara menghulurkan tangannya bersalaman dengan Yuhanis dengan malu-malu. Yuhanis meneliti wajah comel Sara di hadapannya.

“Saya Suri Aryani.” Suri juga bersalaman dengan Yuhanis sambil tersenyum simpul. Yuhanis cepat saja dapat menangkap perbezaan kembar itu. Mata pelukislah katakana.

“Saya Yuhanis...janganlah malu-malu dengan saya tau, nanti saya pun jadi malu nak datang sini lagi.” Balas Yuhanis sambil mengusap bahu Sara dan Suri serentak. Rasa kasihnya serta merta tertumpah pada kembar itu. Rasa mahu saja dipeluknya mereka berdua...tapi takut pula mereka terkejut.

Sara dan Suri sama –sama menganggukkan kepala mereka. Tak berkelip mata mereka melihat kakak cantik yang selalu mengirim makanan kepada mereka.

“Erm..kakak nak minum apa...Sara boleh buatkan.” Tanya Sara kepada Yuhanis.

“Sara ngan Suri pun baru balik sekolahkan?...tentu belum makan tengahari lagi....er....

Yuhanis terhenti kata-kata seketika bila melihat Sara dan Suri berbalas pandang dengan muka serba salah.

“Er,er...kami baru nak masak...tadi baru habis sembahyang... tapi abang cakap...er..er...

Yuhanis mengeluh di dalam hati...belas hatinya melihat gadis kecil yang terpaksa berdikari di usia muda begini.

“Hari ni tak payah masak...saya er..akak dah bawa nasi. Kita makan sama-sama hari ni, ok. Sara, 

Suri...mm..jom kita menghidang kat dapur..boleh kita berbual-bual sambil tunggu Yusri.”ujar Hani sambil menghulur beberapa beg plastik yang dibawanya kepada gadis kembar yang masih tegak merenungnya.

Tiba-tiba Yuhanis membahasakan dirinya ‘kakak’ kepada dua beradik kembar sedangkan bersama Yusri dulu Yuhanis sedikit kekok walau pun Yusri dari awal lagi sudah memanggilnya kakak....tapi iyalah siYusri tu bekerja, semua pelanggan muda dipanggilnya kakak.

Tiba di dapur Sara kelam kabut mengemas meja makan yang terletak di penjuru dapur berdekatan pintu dapur. Seketika Sara mencapai kain buruk... sibuk pula dia mengelap meja makan tersebut.

Yuhanis meletakkan beg plastik di atas meja bersama beg yang dibawa Sara dan Suri. Ligat mata Yuhanis melihat keadaan dapur tiga berdik itu. Ya...mereka berdua perlukan seorang kakak. Yuhanis akan menjadi kakak yang akan menjaga mereka bertiga mulai hari ini.

Keadaan dapur tidak terurus. Semuanya nampak tidak berkemas, kusam dan menyedihkan. Yuhanis perlu lakukan sesuatu....ah, bukan sesuatu...kalau boleh Yuhanis mahu lakukan  hal rumah semuanya untuk mereka. Berapa banyaklah yang Yusri mampu lakukan seorang diri. Lagi pun Yuhanis punya banyak masa....sementara dia masih menganggur...belum merancang untuk memohon kerja.

Tanpa disuruh Suri sudah meletakkan beberapa biji pinggan dan mangkuk di atas meja. Yuhanis melihat Sara pula sedang mengambil gelas dari kabinet pinggan mangkuk lalu menyusun empat biji gelas di dalam talam.

“Ambik sudu sekali Suri.” Kata Sara. Suri mengangguk sambil tersenyum malu-malu kepada Yuhanis yang sedang mengeluarkan bungkusan makanan dari beg plastik.

Yuhanis meletakkan setiap bungkusan makanan ke dalam bekas yang bersesuaian. Bungkusan ayam goreng diletakkan ke dalam pinggan leper. Bungkusan kari daging ke dalam mangkuk besar. Bungkusan jelatah timun dan nenas ke dalam mangkuk kecil, bungkusan sotong goreng ke dalam pinggan besar..dan yang 
akhir....bungkusan papedom goreng ke dalam pinggan lengkung.

“Sekarang kita buka dan letakkan makanan dalam bekas semua ni.” kata Yuhanis seraya mencapai bungkusan yang berisi kari daging dan membuka getah ikatan. Dengan berhati-hati Yuhanis menuang kari ke dalam mangkuk...lalu di letakkan di tengah meja.

Sara dan Suri mengikut saja. Cekap saja kerja yang mereka lakukan. Budak dah biasa berdikari. Sekejap saja semua dah siap terhidang. Bungkusan nasi diletakkan ke dalam pinggan makan dan disusun di meja makan empat segi itu.

 Yuhanis turut membeli nasi tambah. Dia hendak menjamu tiga beradik itu makan puas-puas. Kalau boleh mulai saat ini Yuhanis tidak mahu mereka hidup susah lagi. Yuhanis rasa dia mampu memberi sedikit kesenangan hidup kepada tiga beradik itu. Yuhanis mahu mereka membesar dengan gembira seperti Yuhanis dipelihara Mak Azmah dan ayah angkatnya Encik Marzuki.

Rupanya ada hikmah di sebalik ‘The Rock’ terlambat bangun tempoh hari ....rupa-rupanya Allah nak temukan dia dengan tiga adik beradik yatim piatu ini rupanya. Sedangkan sudah sebakul dia membebelkan ‘The Rock’...mm, lepas ni Yuhanis akan buat baik pada’The Rock’ untuk menebus kesalahannya. Rupanya setiap kejadian yang terjadi adalah kehendak Allah .....dan ianya berlaku ada bersebab.

“Sara dan Suri belajar darjah berapa?” tanya Yuhanis sambil tangan mengeluarkan bekas plastik berisi agar-agar laici dan puding jagung.

“Tingkatan satu kak... kami duduk satu kelas.” Jawab Suri sambil menghulur dua pinggan leper kepada Yuhanis.

“ Sara ngan Suri pergi balik sekolah naik apa?” tanya Yuhanis lagi.

“Pagi naik motor sekali dengan abang...balik naik bas.” Jawab Sara. Yuhanis cepat dapat mengecam dua beradik kembar itu sebab Sara ada tahi lalat di hujung kening kanannya.

“Tiga orang naik sekali...polis tak tahan ke?”

“Pagi-pagi mana ada polis lagi kak...lagi pun..abang kata jimat sikit duit.” Tulus dari Sara. Yuhanis menelan air liur. Budak-budak sifatnya selalu terus terang..tak pandai nak sorok-sorok seperti orang dewasa.

“Selalu sapa yang masak untuk makan tengahari...sapa yang pandai masak ni?”

“ Tak dalah masak-masak apa pun kak...Selalu Sara yang masak nasi, Suri goreng telur, lepas tu makan dengan kicap...kadang-kadang buat nasi goreng....nak tunggu abang,kelas abang habis lambat...lagi pun abang kena terus pergi kerja....jadi Sara ngan Suri pandai-pandailah....tak nak susahkan abang.”jawab Sara yang lebih ringan mulut berbanding Suri yang agak pemalu.

Kering tekak Yuhanis. Dada pun dah rasa ketat semacam. Yuhanis pun anak yatim piatu...tapi tak pernah makan nasi dengan kicap. Kepala Yuhanis mula mereka, merancang perkara yang dia boleh lakukan untuk ‘adik-adiknya’.

Yuhanis menyusun agar-agar laici ke dalam satu pinggan dan diletakkan di tepi meja.Boleh dibuat sebagai pencuci mulut selepas makan nanti. Sara turut menyusun puding jagung pula.

“Kakak nak minum air panas ke, sejuk.” Tanya Suri.

“Ikut biasa-biasa sudahlah...selalu buat air apa.”

“Air kosong saja kak.”

“Ok, air kosong saja.”

“..er, tadi abang suruh buat air untuk kakak....kena buatlah....lagi pun ini kali pertama kakak datang sini.” Ujar Sara.

“Alah akak biasa-biasa aje...tapi kalau nak buat juga, jomlah kita buat air sirap.”

Tak payah kita.. Sara dan Suri, seperti lipas kudung....sorang ambil jug, sorang bancuh air gula...lepas tu ais batu dikeluarkan dari peti sejuk kecil yang agak uzur ...sekejap saja ais sirap sudah terhidang di atas meja.

Semua sudah siap terhidang sebaik Yusri selesai sembahyang. Seketika mereka menjamu selera dengan begitu teruja. Yuhanis berasa sungguh gembira melihat  ketiga –tiga beradik itu makan begitu selera. Yuhanis juga turut rasa seronok dapat makan berkawan. Terasa lama betul dia makan sendirian.

 Sambil makan mereka berbual.....sedikit-sedikit Sara dan Suri sudah hilang rasa malu-malu mereka terhadap Yuhanis. Sudah boleh bertanya itu ini kepada Yuhanis. Semuanya dijawab agar mereka lebih selesa dengannya. Yuhanis mahu mereka menerimanya agar Yuhanis dapat membantu dengan senang.

* * * * * * * * * *

Sebaik turun dari teksi, Yuhanis segera membuka pintu pagar. Terkocoh –kocoh dia melangkah masuk dengan tangan menjinjit barang-barang keperluaan yang dibelinya di pekan sebentar tadi. Yuhanis sedar dia sudah agak lewat...tapi masih ada masa. Yuhanis segera menutup pintu pagar dan mengunci mangga kembali.

“PON,PON,PON...”

Serta merta terangkat kepala Yuhanis yang sedang ralit tunduk mengunci mangga.

Alamak !..”The Rock’!... Kereta Camry berwana silver sudah betul-betul berada di hadapan rumah. Takkan 

Yuhanis nak terus juga mengunci magga pintu pagaritu. Tak berakhlaklah kalau macam tu. Sudahlah duduk menumpang di situ...tapi kenapa cepat pulak tuan rumah ni sampai, bisik hati Yuhanis. Kalau berani...bolehlah tanya.EEEe..tak danya!

 Nak mencicit lari pun, dah terlambat. ‘The Rock’ sudah ternampak dia. Yuhanis tak nampak ‘The Rock’ sebab tak kuasa nak menjenguk ke arah kereta. Nanti tak pasal-pasal ‘The Rock’ yang mereng tu ingat Yuhanis nak mengorat dia pulak.

Terpaksalah Yuhanis membuka semula pintu pagar, luas-luas. Dengan hati yang berdebar-debar, Yuhanis melangkah sambil control ayu membuka pintu rumah dan masuk ke dalam....bila sudah di dalam...terus berdesup Yuhanis lari masuk ke biliknya. Taklah nampak sangat dia hendak menyembunyikan diri...lagi pun 
Yuhanis tidak mahu ‘The Rock’ menyangka dia sudah mungkir janji...malah sedang promosi diri pulak...ah, tak kuasa.

Yuhanis segera ke bilik air membersihkan diri dan bersiap untuk sembahyang. Sudah masuk waktu Asar. Semasa di dalam teksi tadi sudah kedengaran azan berkumandang dari surau perumahan itu.

Usai solat Asar Yuhanis terus saja duduk di sejadah. Dia mencapai Quran kecilnya lalu menyambung hafalan surah Waqiah. Hari ini Yuhanis akan mula menghafal ayat ke lapan belas. Sebelum mula menghafal ayat tersebut, Yuhanis membaca dari mula terlebih dahulu sebagai ulangan sebelum memulakan hafalan.

Tanpa disedari Yuhanis terlentok dan terlena di atas sejadahnya. Sedar-sedar biliknya dalam gelap gelita. 

Sayup-sayup kedengaran suara azan Mangrib pula berkumandang. Hari yang penuh dengan aktiviti. Walau pun badan terasa penat, Yuhanis terasa gembira. Rasa satu kepuasan yang sukar dijelaskan.Tidak sabar-sabar rasanya hendak menunggu hari esok.

* * * * * * * * * *