Wednesday 10 October 2012

SI NEPAL DAN MEK SIAM BAB 7


Hari ini hari pertama Roslinda sampai ke pekan  berhampiran. Walau pun Pak Su Lah kata hanya pekan kecil tapi nampaknya lebih besar dari pekan Cemor tempat dia membesar. Dalam masa yang terhad Roslinda hanya sempat melihat-lihat kemudian berbelanja di dua buah kedai.

 Pertama kali Roslinda memiliki  duit poket yang banyak untuk berbelanja ,pemberian dari Pak Su.  Pertama kali dia mengeluarkan duit tanpa perlu mengira,mencampur, menolak, membahagi  dan mendarab bagai. Juga pertama kali dia berbelanja tanpa perlu beringat adakah duitnya  akan cukup  untuk membayar sewa rumah,bil air dan bil letrik di hujung bulan kelak.

Roslinda teringin meninjau masuk di sebuah butik yang terletak disebelah kedai kasut tapi masa tidak mengizinkan. Rasa seperti sudah lama dia meninggalkan abah walau pun Mak Cik Yam  dan suaminya Pak Cik Saad ada untuk membantu abah. Roslinda bercadang untuk datang di lain waktu lalu mengayuh pulang.

Selepas menyimpan ‘mountain bike’ dan cap merah  ke tempat asal, Roslinda menjinjing dua  beg plastik mencari abah. Dia menemui abahnya Mansur sedang membaca sesuatu di anjung sisi banglo yang menghadap taman bunga.

 Terdapat kolam ikan yang di jaga bersih dua tiga langkah dari anjung. Bunyi desiran air dari air terjun buatan  di hujung kolam ikan sungguh mengasyikkan . Yang paling menarik dan unik di sini ialah sebuah wakaf yang di bina di tepi kolam dengan satu bahagian  hujungnya mengunjur di atas kolam ikan.

Wakaf ini sekarang sudah menjadi ‘pot’ kedua kesukaan Roslinda selepas katil di biliknya. Dengan meniarap di lantai wakaf, Roslinda dapat melihat ikan-ikan kap Jepun bermain dan berkejaran sesama sendiri di dalam kolam melalui ruang antara papan lantai yang di buat renggang untuk tujuan tersebut.

Setiap kali berpeluang Roslinda akan menghabiskan masanya di sini sambil memerhati kehidupan ikan-ikan yang sentiasa kelihatan ceria. Hidup senang, makan ‘free’ dan tiada masaalah.....tapi tak bermakna dia hendak menjadi si ikan. Dia redho’ dengan apa yang Allah takdirkan untuknya.Dan dia bersyukur pada setiap rezeki  yang Allah berikan.Amin.

“Assalamualaikum abah.” sapa Roslinda, lalu memeluk Mansur dari belakang kerusi roda dan tunduk mencium pipi abah.
“Abah baca apa ni.....amboi tebalnya fail....abah nak baca semua ni?”tanya Roslinda sambil membelek fail biru di hadapan Mansur.
“Malam tadi Pak Su kamu bagi abah fail ni....ni semua surat-surat gran harta pusaka arwah tok kamu...ada juga dari arwah mak abah ....semua Pak Su Lah yang urus semasa abah tak ada......lama sangat...dari abah bujang lagi.....nanti-nanti abah akan ceritakan pada Ros.”

Roslinda sekadar mengangguk, sebahagian cerita abah dan pak su sudah di ketahui...kalau di tolak rasa bersalah, rasanya bagus juga dapat mendengar cerita tanpa di tapis,...perlu ke berterima kasih  pada Si Nepal tu?....Tak sangka abah ada harta sendiri,tapi merajuk bawa diri bertahun-tahun. Sanggup hidup susah. Sanggup bekerja dan berpenat dengan tulang empat kerat. Ada beberapa bahagian cerita yang  masih tidak di ketahuinya. Roslinda tidak mampu bertanya. Cuma berharap masa akan memberi peluang kepadanya untuk mengetahui lebih jelas kenapa abah boleh merajuk begitu lama sekali. Dan begitu jauh sekali. Kalau abah tidak merajuk, masakan abah dapat bertemu dengan arwah emaknya di Phuket. Roslinda juga tidak akan ujud di dunia ini.

Inilah ketentuan Ilahi. Hidup, mati,jodoh pertemuan di tangan Allah. Dari setiap helaian daun yang gugur ke bumi hingga kepada kehidupan setiap insan di muka bumi. Allah yang mencatur segalanya.

Mansur  melihat beg plastik yang di letakkan di atas meja di hadapannya.
“Sempat kamu ber’shopping’ ye....abah risau kalau Ros tersesat.” ujar Mansur sambil meletakkan fail yang sedang dibacanya.

“ Ha’ah....ingat kan hari tu ,Lin cakap kat abah pak su bagi lin dua ribu duit poket...tu yang teringin nak beli kasut.....Lin sempat masuk dua kedai  je ...Abah ok ?...sorry abah.. Lin balik lambat sikit...ronda-ronda  lepas tu berhenti  makan ais kacang ......tak sedar dah terlambat.”

“Abah tak apa-apa....kan abah dah cakap tak payah risau....abah dah tak pening-pening macam dulu lagi..kalau nak apa-apa abah boleh je telifon Pak Saad atau Cik Yam tu....kaki  ni pun dah tak sakit macam dulu... mungkin sebulan dua lagi abah dah boleh kayuh basikal....boleh kita sama-sama pergi  meronda.”kata Mansur  sambil menepuk-nepuk pehanya.

“ Betul ke abah.....yes, yes, Malaysia boleh...abah boleh.....hoyee,hoyee.” Roslinda menjerit kegirangan. Tidak sia-sia abah berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan yang di uruskan Pak Su Lah.

“Hish...mana elok anak dara terjerit-jerit macam tu.” tegur  Mansur namun tersenyum melihat kegirangan Roslinda.

“ Mana ada sapa-sapa abah, kat garage tu mana ada kereta Pak Su, kereta Saif tu pun tak ada. Kereta wira dengan motor besar tu adalah.....mmm abah tengok ni...Lin beli dua helai kain pelikat untuk sembahyang...satu untuk abah...satu lagi untuk adik abah..he,he.....yang ini  t-shirt untuk abah pakai hari-hari....”

Roslinda mengeluarkan sepasang  kasut sneakers berwarna merah dengan jalur putih dari kotak.

“Yang ini hadiah untuk diri sendiri..he,he..cantik kan abah....mmm.....satu lagi...taraaa  ..cantik jugak kan .” kata Roslinda seraya mengibar sehelai  jeket merah. Ada gambar seekor ikan dolphin sedang melompat di belakang baju.

“Merahnya mak ngah,   ....nanti ramai yang ikut balik...susah abah nak pilih.” Mansur melawak.

“Alah abah..apa susah...kita pilih aje  yang ada BMW !..he,he,he.”jawab Roslinda sudah terbiasa  seperti selalu, setiap kali bila dia di usik bab mencari pasangan .Sudah menjadi  bahan  gurauan antara dia dan Mansur,juga Lan dan Lon. Mereka semua  tahu akan minat Roslinda pada kereta  mewah itu. Minat aje....nak lebih-lebih tak boleh.

“Ha....nak pilih BMW yang mana satu pulak ni ?” tiba-tiba  suara garau Saif bertanya.
{“Pasal basikal pun tak habis lagi....apa kes pula sebut BMW ni,....hak aku,jangan nak sentuh.”}gerutu Saif di dalam hati.

“GULP !.”..Roslinda menelan air liur....perlahan-lahan dia  menoleh kearah pintu di belakang nya.
Patutlah orang tua-tua dari zaman dulu kala dah bagi nasihat....cakap siang pandang-pandang... hu,hu,hu ..malunya....mesti si Nepal ni perasan orang nak BMW dia....tak apalah...  penyambung nasihat  yang  di hujung tu...dia simpan untuk guna pakai malam karang dan malam-malam seterusnya.

“Haa....semua dah balik...tak lah sunyi rumah ni.” sapa Mansur.Matanya menoleh seketika melihat Roslinda yang terkulat-kulat malu membawa diri duduk di tepi pintu.

“Lah saja balik awal ...penat sangat hari ni...kita dah tua ,dah tak larat kerja kuat –kuat....Saif ni  lepas balik kerja ,kadang-kadang datang tolong  di pejabat  cawangan utama kita.....tu yang balik serentak.”

“Pergilah berehat...tak payah layan kami susah-susah...abang long dah terlebih rehat.....tu yang berbual-bual  dengan Ros ....melawak-lawak lagi budak ni.”

“Pak Long dah minum petang ke ?” tanya Saif pada Mansur. Sempat matanya merenung wajah Roslinda yang kemerahan. {“Ada hati nak pinjam BMW aku pulak ke Mek Siam ni ? ...ada lessen ke tidak?”}bisik hatinya.

“Pak Long ni tak sempat nak lapar lagi....asyik makan saja ..nak bergerak lebih tak boleh...nanti gemuk lah pulak.”

“Aaa...Lin sempat melawat sampai mana tadi....mm .. hari-hari dapat ‘cycling’ best kan. ...dah jumpa kedai  ke ni ?” kata Abdullah  memandang ke arah meja.

“Tadi baru dapat sampai pekan......tengok sikit-sikit  je...takut tinggal abah lama-lama sangat...ha, ini untuk Pak Su,kain buat sembahyang...aaa
{“ Hish...tak da apa-apa untuk si Nepal ni lah pulak....apasal dia ada hari ni.”}

“Ha tu ...tak kan malu nak bagi kot....”Mansur menjadi penyelamat keadaan.

“Eer .. ni satu untuk anak Pak Su.” Roslinda mengunjukkan kedua-dua kain pelikat kepada Abdullah.
Dia memandang ke arah Pak Su Lah , abah dan sekitar bilik kecuali pada Saif.

“Terima kasih... lain kali tak payah susah-susah nak beli apa-apa untuk pak su dan Saif....beli untuk Lin sudah lah.....nanti kalau Saif ada masa boleh bawa Roslinda jalan-jalan dan pergi ’shopping’ di tempat-tempat yang menarik.. mm...bolehkan Saif? ” ujar Abdullah.

“Terima kasih kerana ingat kat saya...lain kali bila saya free, boleh bawa jalan-jalan ke Mid Valley, Mega Mall , atau mana-mana shopping komplek pulak...lagi banyak barang.” kata Saif. Matanya sempat memandang jeket dan sneakers merah di atas meja.

Atas ajakkan Abdullah ,mereka semua ke ruang makan keluarga untuk minum petang kechuali Roslinda .Dengan alasan hendak membersihkan diri lalu segera naik ke biliknya.

 Saif yang hendak menahan pun tidak mampu kerana gadis itu mencicit laju menuju tangga. Kalau dapat di halang pun bukan dia dapat berkata lebih-lebih di hadapan orang tua mereka. Jika di ajak ke tempat lain, macamlah gadis itu akan setuju sangat. Tak kan lah dia hendak mengheret anak gadis Pak Longnya itu. Gadis itu sangat bijak melarikan diri.

Hati yang berkobar-kobar hendak memberi ceramah percuma kepada Roslinda terpaksa di tunda. Kalau susah sangat nak berdepan, bila nak bagi ceramah.....tetiba Saif teringat ......’action speaks louder than words’....

Selesai menghabiskan  minumannya Saif meminta diri lalu melangkah ke taman untuk menambil angin dan berehat seketika. Sambil bersiul-siul Saif berjalan-jalan serata taman dengan senyuman  nakal tidak lekang dari bibirnya.



_ _ _ _ _ _



TOK..TOK..TOK..

Selepas menunaikan sembahyang magrib Roslinda berbaring di katil untuk menghilangkan lelah mengayuh basikal  petang tadi. Waktu pergi, menurun bukit sangat menyeronokkan...berbanding saat hendak mendaki balik ke..Puncak Kasih Villa, nama banglo yang di beri mama si Nepal.

Roslida bangun dari katil lalu segera melangkah ke pintu biliknya. Siapalah yang mencarinya pada waktu-waktu begini. Roslinda segera membuka pintu  tetapi tiada sesiapa di situ.Dia memerhati ke kiri dan kanan.  Pelik lah pulak. Sebaik hendak menutup pintu semula Roslinda ternampak beg platiknya yang tertinggal di anjung  lewat petang tadi terletak di tepi pintu.

Mungkin Pak Su Lah atau Mak CIK Yam yang tolong hantar...tak mungkin abah ....dan tak mungkin Si Nepal. Roslinda baru sahaja  bercadang untuk turun mengambil jeket dan kasut barunya yang tertinggal di anjung. Namun hasratnya terpaksa di tangguh kerana tidak mahu bertembung dengan si Nepal.

 Selagi boleh di elak Roslindak hendak mengelak dari bersua muka dengan anak Pak Su Lah. Dia masih terasa malu dan geram dengan si Nepal. Malu dengan kejadian tidur berhimpit di dalam almari. Geram sebab menuduhnya pencuri.. lepas tu..menuduh Roslinda hanya pura-pura tertidur kerana hendak berlama dengan orang yang perasan ‘handsome’ tu....walau pun hakikatnya memang si Nepal tu kacak sekali...jika tidak masakan jantungnya seperti hendak melompat keluar dari dada pada masa pertama  kali bersua muka.

Kebiasaannya Saif pulang ke rumah mamanya  pada sebelah petang dan makan malam di sana.  Menurut Pak Su Lah mama Saif tinggal sendirian di taman perumahan tidak berapa jauh dari situ.
Mengenangkan si Nepal pulang ke sini maka bermakna dia akan makan malam di sini.

Tidak munasabah pulak hendak menghalang seseorang itu untuk makan malam dan  berada di rumah sendiri . Lambat laun pun terpaksa juga mereka bertemu muka . Roslinda bermonolog di dalam hati sambil mengeluarkan jeket dan kotak kasut dari beg plastik.

Roslinda membentangkan jeket barunya di atas katil. Gambar dolphin yang menjadi binatang kesukaannya  itu di tenung. Dolphin mempunyai wajah yang comel  dan lemah lembut. Dolphin juga di kenali sebagai  ikan yang mempunyai IQ yang tinggi dan mudah mesra denga manusia. Hinggakan  bunyi suara yang di keluarkan ikan dolphin juga Roslinda anggap comel.

Seketika kemudian kasut sneakers di keluarkan dari kotak lalu di susun elok di atas katil. Roslinda yang duduk bersila tersenyum gembira sambil membelek kasut idaman di hadapannya. Sudah lama dia teringin memilikinya. Roslinda menarik gumpalan kertas dari kedua-dua belah kasut barunya itu.

“OPOCOT !.. Ya ALLah !  Roslinda sedikit terjerit kerana terkejut.

Dua ekor katak melompat keluar dari kedua-dua belah kasut sneakers. Serentak dah macam sarkis pun ada. Kini katak-katak tersebut berada di atas riba Roslinda !  Apa lagi ...Roslinda turut melompat sama turun dari katil. Kedua-dua ekor katak turut terjelepuk  jatuh ke lantai...nasib baik tidak terpijak...jika tidak naya saja katak-katak ini mati katak !

“Nasib baik aku tak ada sakit jantung,.....kalau tidak tak pasal-pasal aku pun mati katak.”rungut Roslinda.

 Kesian katak-katak ni , mungkin telah di sumbat ke dalam kasut sejak petang tadi. Kalau ada biro pengaduan hak asasi  katak ,gerenti  penganiayaan terhadap haiwan yang tak handsome ini akan di adukan... sepatutnya  si Nepal di kenakan tindakkan yang sewajarnya.

“Mat Nepal sewel !....tak lain tak bukan ini mesti kerja dia”marah Roslinda sendirian sambil mengurut dadanya yang masih berdegup kencang. Bukannya dia takut atau geli pada katak ,cuma terperanjat saja. Bagus juga  ilmu hidup yang diperolehi dari berkawan dengan Lan dan Lon...hero hatinya.

{“ Kalau setakat nak takutkan aku dengan katak.....mmm..alamat penat saja lah kau cari katak Mat Nepal oi....setakat cari dua ekor katak, apa benda...lainlah kalau naga ke...barulah orang boleh terkejut ternganga...”}bebel Roslinda dalam hati.

Roslinda segera  menangkap katak-katak tersebut lalu di masukkan ke dalam kotak kasutnya yang telah kosong.

{“mm..tak pa,tak pa....ada ubi ada batas ,malam ni jugak aku nak balas.” Azam Roslinda seraya berfikir apa yang bagus untukmengenakan Si Nepal kembali.


_ _ _ _ _ _



Berkali kali Saif memandang Roslinda.Wajah gadis itu kelihatan biasa saja. Tiada tanda marah mau
pun jelingan maut kepadanya. Sepanjang waktu makan malam elok saja Mek Siam tu melayan semua orang termasuk dirinya. Siap mencedokkan  nasi untuk semua orang. Siap menuangkan  air minuman untuk semua orang.

 Saif yang telah siap sedia menghadapi tindak balas gadis itu merasa sedikit hampa. Aik...pelik pulak rasanya....suka pulak diri  dikenakan ... kutuk Saif pada diri sendiiri. Atau pun Mek Siam belum bertemu dengan putera-putera kataknya lagi.....ha,ha,ha.
Selesai  makan malam ayah dan Pak Long Man meminta diri untuk ke bilik bacaan.

“Ada beberapa perkara yang belum selesai kami bincangkan.....nanti bila semua dah siap ayah dan pak long akan panggil kamu berdua....perkara ini juga ada kaitan dengan Saif dan Roslinda....nanti tiba waktunya mama Saif pun perlu dijemput.” kata Abdullah memandang Saif dan Roslinda yang turut bangun dari meja makan.

“Apa yang kami buat ni adalah untuk kebaikan kita bersama termasuk anak-anak masing-masing. Harap-harap kamu berdua... Saif, Roslinda dapat menerimanya dengan redho dan faham ianya untuk kebaikan kita semua....abah dan pak su akan gembira jika apa yang kami rancangkan menjadi kenyataan.”sambung Mansur pula.

Saif dan Roslinda berpandangan seketika,kemudian sama-sama mengangguk kea rah orang tua mereka. Seperti  terngiang-ngiang  perbualan tentang diri mereka yang di bicarakan beberapa hari lalu....yang dicuri dengar dari dalam almari.

Sebaik Abdullah dan Mansur meninggalkan ruang makan, Roslinda turut  mengatur langkah ke dapur. Sempat dia  mengangkat beberapa pinggan kotor untuk di bawa ke dapur sekali. Segan pula  hendak berdua-duaan di situ. Hendak bertanyakan bab mereka lagilah dia malu.

“Sekejap Roslinda” arahan Saif memberhentikan langkah Roslinda.

Roslinda sekadar menoleh memandang Saif.

“Awak ingat tak apa yang kita dengar dulu.....mengenai rancangan orang tua kita tentang kita berdua.” soal Saif membalas renungan Roslinda. Mata yang sememangnya bulat itu bertambah membulat menandakan gadis itu masih ingat.

“Kita perlu bincang sama-sama.......kita kena fikir apa yang patut kita buat untuk orang tua kita... ...susah lah macam ni...malas betullah  hal macam ni pulak jadi.....saya nak keluar dulu lah.......nanti  jangan nak  lari dari saya lagi.” Kata Saif pula.

“Bila saya lari dari awak.” Jawab Roslinda. Malas hendak mengaku...nanti di cop pengecut pula,...dia cuma tak kuasa nak bergaduh.

“Ooh,...habis tu kenapa susah sangat saya nak jumpa awak ?” soal Saif lagi.

“Ooh,...apasal awak nak jumpa saya.”soal Roslinda kembali.

{“..eh apasal rasa macam kena main je ayat Mek Siam ni ?”} bisik hati Saif.
“Ah,...pasal macam-macam hal lah....nanti saya senaraikan satu persatu.......nanti  aku bagi tau bila nak jumpa.”

“Mmm.. saya pun tak sabar nak jumpa awak...” Jawab Roslinda dengan sinis. Mungkin sudah tiba masa untuk rancangan damai.

“Ok,..petang besok.....malam ke? “ kata Saif sambil melangkah ke pintu.

“Any time...no problem.” Jawab Roslinda meneruskan langkahnya ke dapur.



_ _ _ _ _ _




“Kau bagi katak kat dia.?....tentu terjerit-jerit  mek kau tu.”  Kata Shafik setelah mendengar cerita Saif. Hari-hari ada saja cerita Mek Siam yang di sampaikan Saif. Jika Saif tidak bercerita ,Shafik pula yang sebuk mengorek cerita. Semua cerita dia tahu,orangnya saja yang belum bertemu muka.

“Itu lah yang aku tunggu-tunggu.......tak dengar pun dia terjerit-jerit lari keluar dari bilik ke......minta tolong buangkan katak-katak tu ke.......sampai aku keluar ni pun, sikit pun tak ada apa-apa dia buat......aku agak dia tak buka kotak kasut tu lagi.....eh,  kalau lama dia tak buka...matilah pulak katak-katak tu nanti....mati kering....lantaklah....mmm...baru padan kasut baru bau bangkai.” kata Saif.

“Kau ni  Saif, macam budak-budak....hari-hari kau merungut pasal Mek Siam tu....kau yang buat salah patut minta maaflah....ini kes katak pulak....pas tu kau panggillah nama dia elok-elok... mak ayah dia bagi nama sedap kau sedap-sedap panggil  Mek Siam..... cuba panggil baby ke,honey ke,sayang ke.....tentu dia cair......senang aje nak ambil hati perempuan, kalau kena caranya.” nasihat Shafik.

“Eh betul apa emak dia orang Siam....asal dari Phuket lagi... aku dengar Pak Long Man tu jumpa emak Mek Siam tu masa dia kerja di tempat peranginan tu...sama-sama kerja satu tempat ....lepas tu jumpa kembali semasa emak dia ikut mak ciknya berniaga tom yam di Kelantan.......lagi pun mana aku panggil depan dia ...mahu aku kena sepak dengan dia lagi....nak bersayang , honey pun tentu dia ingat aku dah sewel ..cakap pun tak sempat,slalu lari dari aku....tapi seronok juga ada dia kat rumah tu......tak da lah aku boring  sangat.” kata Saif sambil melihat pengujung kelab yang mula memenuhi hampir semua meja.

“Ha,ha,ha,...slalunya, perempuan yang kejar kau.....yang ni, asyik lari dari kau .....agaknya itu yang buat kau tak puas hati dangan dia kot,.....aku teringinlah  nak jumpa dan berkenalan dengan sepupu kau tu.” Kata Shafik yang tidak berhenti-henti mengunyah kacang goreng di hadapannya. Sekali-sekali menghirup fresh orange dari gelas besar di hadapannya.

“Ala,... ada banyak masa ,...aku dengar Pak Long Man tu dah setuju nak tinggal terus kat rumah tu.....lagi pun  memang tanah  dan rumah tu hak dia  .....rumah asal dulu dah ditambah beberapa kali masa mama aku masih duduk sekali......tapi kesian mama ,tak lama dapat duduk rumah banglo yang dia susah payah tambah,tambah sampai besar macam sekarang.”sambung Saif.

“Apa susah ....kau kahwin  sajalah Saif dengan anak Pak Long kau tu,...lepas tu tak salah apa kau bawa mama kau duduk sekali ...nanti kau pun tentu tak sunyi... ada kawan gaduh hari-hari...elok juga dapat isteri garang,boleh jadi ‘bodyguard’ kau sekali....ha,ha,ha.”kata Shafik teringat cerita Saif ketika dia di sepak oleh Mek Siam.
“Kau ni tak habis-habis suruh aku kahwin....masin mulut kau ,susah aku.” Kata Saif.

Macam tau-tau aje Si Shafik  ni. Hal kahwin yang di timbulkan ayahnya masih berlegar-legar di kepala Saif. Perkara  ini saja yang masih belum dia ceritakan pada Shafik..adakah dia berani melaksanakan hasrat orang tuanya....munkin juga tidak......masih belum ada kata putus......sesuai ke nak di ceritakan masaalah yang serius ini kepada  Shafik  di tempat itu.Teguran suara wanita membantukan persoalan yang bermain di mindanya.

“Hello Saif sayang....hello Shafik....boleh kitorang join duduk kat meja ni.....meja lain dah penuh lah...”suara manja Harlina menegur dari belakang Saif.

Saif dan Shafik berpandangan seketika kemudian menoleh kearah Harlina,Karina dan seorang lagi rakan mereka. Malam ini member mereka yang lain Haris,Fazli dan Norani tidak dapat datang kerana ada urusan masing-masing....tetapi jika semua ada Saif tidak akan membuka cerita Mek Siam.

Biasanya bila tidak semua yang dapat berkumpul,lebih-lebih lagi hanya berdua, mereka tidak akan berlama di situ. Dengan kedatangan wanita penggoda yang tidak di undang itu,lagi cepatlah mereka berdua cari jalan untuk melarikan diri. Takut terjerat dengan perempuan yang tidak sesuai untuk di buat kekasih apa lagi di buat isteri. Jika tidak baru haru biru masa depan.

 Sudah lama mereka mengenali  Harlina dan Karina yang juga pengujung setia  di kelab ‘Shine n Fresh’itu. Bukan mereka tidak tahu yang Harlina dan Karina masih tidak jemu-jemu memburu  mereka berdua. Malah member-member lain juga tahu..seolah-olah telah di war-warkan. Siapa lagi,kalau bukan dua pemburu itu sendiri.

 Mungkin sudah sampai masa Saif dan Shafik mencari  pot lain untuk di jadikan tempat berjumpa dan bersantai dengan member-member yang lain. Sungguh bosan dan merunsingkan kalau sentiasa di buru dan di ganggu oleh kerenah  perempuan-perempuan mata duitan ini setiap kali datang untuk menghilangkan penat bekerja di siang hari,.. juga masa melepak dengan kawan-kawan.

“Apa yang happy sangat tadi....sampai tak nampak kami? “soal Karina sambil duduk sebelah Shafik.Harlina pula sempat mengulas bahu Saif sebelum menarik kerusi  serapat yang boleh dan duduk di sebelah Saif. Denga sengaja Harlina menggeselkan dadanya yang separuh terdedah ke lengan Saif. Kalau di layan kemungkinan besar Harlina akan melompat duduk di ribaan Saif. Rakan mereka sekadar tersenyum mengambil tempat  duduk di hadapan Saif. Mungkin baru mengenali mereka ...maka belum menunjukkan belangnya lagi.

“Ooh,...we all tengah cerita pasal tunang Saif....”kata Shafik penuh semangat.

“WHAT ?”Saif,Harlina dan Karina serentak terkejut. Nasib baik suara dua wanita yang agak nyaring itu menenggelamkan suara Saif.....jika tidak rosak lah rancangan yang tetiba datang di kepala  otak geliga Shafik.

“Eeh ..betul ke ni Saif ?.....you saja nak main-mainkan kami ke Shafik ?...saja nak bagi kami cemburu ye ?”  soal Harlina dengan muka yang separa senyum dan tak senyum.

“Aala,....tak payah pakai taktik lama tu,.....ini mesti  cemburu sebab semalam kami keluar ikut Jimmy dan Nathan kan.....mm...janganlah macam tu,kitorang keluar minum-minum,makan-makan dan jalan-jalan saja dengan budak berdua tu....sedar-sedar dah  sampai kat Port Dickson..tu yang tak balik malam tadi, dah lewat sangat...we all sleee......”Karina tiba-tiba terhenti  bercakap bila Harlina menyinggungnya.

“Mm,...lain kali you all berdua bawalah kami pulak....chalet kat sana best tau,romantik  habis...tepi laut you,....boleh midnight swimming tau.” Harlina merengek menggoda. Tidak sedar dirinya juga seperti Karina.Ingat pandai cover line, hendak tunjuk betapa ramai peminat mereka..dengan kata lain Saif dan Shafik kena cepat rebut untuk memiliki mereka,sebelum di miliki oleh lelaki lain....namun tak sedar  terbuka pekung di dada.

“Betul romantik  ke?...kalau macam tu I nak plan pergi honeymoon dengan  my future wife kat sana lah...thanks for the information.”Saif berkata dengan selamba. Bagus juga idea Shafik ni.

“Kau nak honeymoon kat PD je ?..mana class....aku  nak ke Pulau Tioman...tunang aku suka scuba diving.”kata Shafik pula.

“You pun dah ada tunang ke Shafik ?”tanya Karina pula. Timbul rasa kecewa kerana umpan yang dipasang sekian lama tidak mengena...gelap masa depan. Penat saja dia dan Harlina bergaduh untuk menentukan siapa patut goda siapa. Siapa yang patut bersuamikan siapa. Tak apa ...dia perlu bertindak lebih aggresif lagi ! Harlina juga tidak akan menyerah kalah sebelum bertarung.

“Masih rahsia,  jangan bagi tau member lain lagi.....parents yang aturkan....saja nak bagi surprise kat kawan-kawan lain...ok.” jawab Shafik lagi dengan muka yang ceria. Sempat kakinya menguis kaki Saif di bawah meja. Tanda angkat kaki.

“Ok girls,...kami nak minta diri dulu.... kena balik awal,tunang I tidur kat rumah I malam ni.” Saif tersenyum manis sambil  bangun dari kerusinya. Terlintas pula wajah  Mek Siam yang ada di rumahnya. Layan aje lah. Kalau nak bukti boleh perguna saja lah Mek Siam tu.

“I pun....cadang nak ikut Saif ni balik ...nak berkenalan dengan tunangnya....tapi cemburu sangat takut I jatuh hati pada tunang dia....apa punya kawan......Sorry Saif I main-main aje.....tunang I lagi sexy..ha,ha,ha.” Shafik dan Saif sama-sama melangkah pergi dengan tersenyum manis di hadiahkan kepada peminat mereka berdua. Terasa seronok pula dapat mengenakan pemburu-pemburu itu. Hampir saja mereka ketawa melihat muka cemberut kedua-dua wanita tersebut.

Tiba  di tempat letak kereta kedua-duanya melepaskan tawa sampai tersandar –sandar di kereta mereka. Seketika kemudian kedua-dua sahabat baik itu memandu meninggalkan kelab menuju haluan masing-masing.



_ _ _ _ _ _




Saif sampai di rumah ketika jam menunjukkan hampir pukul sebelas  malam. Hanya tinggal lampu kecil di ruang tamu dan di tangga yang di nyalakan. Itu tandanya semua sudah masuk ke bilik masing-masing sama ada berehat atau pun sudah tidur. Saif terus ke biliknya.

Boleh juga tidur awal bisik hatinya sambil membuka pakaian untuk membersihkan diri  dan menggosok gigi.Badan yang sedikit lelah dengan aktiviti seharian terasa segar setelah berdiri di bawah shower seketika. Lampu di padamkan .Lampu tidur pula mengambil tugas. Seperti kebiasaannya Saif sekadar memakai seluar pendek paras lutut. Sambil melabuhkan badan ke tilam empuknya,Saif mencapai remote control penghawa dingin di meja kecil di sisi katilnya.

Kedua-dua  kakinya yang sedikit sejuk di luruskan masuk ke bawah selimut yang sudah sedia di hujung katil. Mak Cik Yam memang pakar mengemas katil...kemas seperti  katil di hotel lima bintang.
Seketika Saif  merasa kakinya masih terasa sejuk. Sepatutnya semakin enak ...Saif menarik selimutnya lagi hingga ke paras pinggang. Pelik. Tak kan selimut atau cadarnya basah pula.Saif merasa sesuatu yang  basah dan sejuk di peha dan di beberapa tempat di kaki....seperti ada benda basah dan sejuk melekap di situ. Saif memasukkan tangannya di bawah selimut untuk menggosok  pehanya .

“AAIIK..APA  NI ?.......MAK,..YA ALLAH !!!!” Saif menjerit sekuat hati bila tangannya tersentuh sesuatu yang sejuk dan lembik.
Saif menolak selimutnya sekuat hati juga. Selimut terpelanting jatuh di hujung kaki katil. Terbeliak mata Saif ...serta merta Saif melompat turun dari katilnya.

“ROSLINDA !!!!” terkejut ,marah,geram,sakit hati menyerbu hati Saif. Sudah pasti sangat-sangat gerangan siapa yang punya kerja. Terlupa diri sendiri yang memulakan.

Lebih sepuluh ekor katak sedang enak berada di atas katilnya.Tak sempat nak kira. Ada kecil dan ada yang besar.  Setiap katak seperti merenungnya dengan mata  berkelip-kelip seolah-olah tidak puas hati Saif mengganggu tidur mereka. Saif tidak percaya benda ini sedang berlaku pada dirinya. Mimpikah dia?....rasanya dia belum lena lagi. Saif menampar-nampar perlahan kedua-dua belah pipinya.

Saif yakin dia tidak bermimpi.....{“  apa aku nak buat ni ?”} bisik Saif sambil menggaru-garu kepalanya.

“ Aa..Roslinda!” Saif segera  melangkah ke pintu bilik. Kalau di ikutkan hati yang tengah  geram,mahu saja dia meluku kepala Mek Siam. Saif sekali lagi terkejut bila tetiba pintu biliknya di ketuk sebaik dia memegang tombol pintu .

TOK,TOK,TOK.....

“Saif,Saif...apa hal.?..” suara ayah. Saif segera membuka daun pintu...separuh  saja. Abdullah berdiri di depan pintu dengan riak muka yang risau campur hairan.

“Aaa...tak ada....tak ada  apa ayah , Saif ..Saif bermimpi...haah  mimpi kena kejar katak ....eer katak besar.” Tergagap-gagap  Saif mereka mimpi.

“Hish, kamu ni Saif....dah sembahyanh isyak  ke belum.?...kadang-kadang dosa mengejar kita dalam mimpi....mmm, terkejut ayah tadi....ayah  ke ruang makan tadi....tertinggal ‘handphone’....tu yang dengar suara kamu menjerit.”ujar Abdullah sambil menunjukkan telifon di tangannya.

“Maaf ayah.. tak ada apa..Saif ok dah..ayah pergilah tidur ...elok-elok turun tangga tu.....jom  Saif temankan turun.”ujar Saif sambil menarik daun pintu biliknya. Haru kalau ayahnya nampak katak-katak di biliknya...apa dia nak jawab. Panjang cerita lagi ada.

“Tak payah,tak payah....hish budak ni,...ada anak dara kat rumah kita sekarang....tak elok kalau ternampak kamu pakai macam ni aje” jawab Abdullah. Namun Saif menemani ayahnya turun hingga ke bawah.

“Atas pusat hingga bawah lutut...kira tutup aurat lah ayah... lagi pun Saif dah nak tidur .” jawab Saif.

“ Hish..kamu ni...kalau tak boleh lena nanti bawa-bawa baca Al-Quran tu..setan tak boleh ganggu,pahala pun dapat...tidur pun dalam air sembahyang.” pesan ayah.

Saif sekadar mengangguk. Memang dah agak dah,.... kan dah dapat kuliah sebelum subuh.

Setelah Abdullah menutup pintu biliknya Saif berlari memanjat tangga semula menuju ke bilik. Bukan biliknya tetapi  bilik Roslinda yang terletak  bertentangan  bilik Saif di bahagian kanan hadapan tinggat itu. Bilik Saif terletak di sayap kiri. Tiga bilik sebelah kiri dan tiga bilik sebelah kanan di pisahkan dengan ruang tamu yang luas yang menghadap tangga turun ke tingkat bawah.

“Roslinda..Roslinda ,..buka  pintu ni....Roslinda!” laung Saif dengan volume yang di kawal sambil matanya meninjau –ninjau arah tangga...takut di dengari ayahnya lagi.

“Awak jangan buat-buat tidur ...saya ada kunci semua bilik....Roslinda..! jerit Saif lagi sambil mengetuk pintu bilik.

Roslinda yang sedang berbalas sms dengan Lan dan Lon terkejut mendengar suara Saif terjerit-jerit memanggil.. siap dengan ketukan lagi...macam ada rumah terbakar saja lagaknya. Pada hal ini mesti cuma pasal kes hadiah darinya....dia lebih maklum.

“Hish...si Nepal ni kacau sungguh....ini mesti pasal katak-katak tu.....cepat pula dia balik.” Rungut Roslinda bila matanya terlihat jam dinding di hadapannya. Dengan malas dan terpaksa Roslinda  bangun dari katil untuk membuka pintu bilik. Tidak di buka pun, Saif tu tuan rumah , mesti tahu di mana kunci bilik-bilik semua di simpan. Kalau tak pun.. terjerit-jerit macam kena kejar anjing ni...tak pasal-pasal , habis satu isi rumah datang melawat.... .susah kalau abah dan pak su ambil bahagian dalam acara frog-frog ni.

Sebaik pintu di buka Saif menyerbu masuk. Hampir saja dia melanggar Roslinda terlentang ke belakang. Spontan Saif memaut pinggang Roslinda. Roslindak yang terperanjat tidak sempat mengelak. Seketika kedua-duanya terkedu. Kedua-duanya berpandangan antara  satu sama lain... beberapa saat dunia dan masa terasa berhenti ....hanya mereka berdua saja yang ujud. Denyutan jantung mereka yang berdenyut kencang menjadi umpama irama latar sebuah drama.

Roslinda terpana melihat wajah kacak Saif yang  begitu dekat, hanya beberapa inci darinya. Walau pun dengan rambut yang tidak bersikat kemas, sebahagian terjuntai di dahi, Saif tetap nampak tampan seperti biasa, malah sexy lah pulak.Terasa teringin sangat mengusap wajah yang sebelum ini hanya di lihat dari jauh. Raut wajahnya seperti di ukir begitu teliti,..mata,hidung, mulut, dagu terlalu sempurna untuk seorang lelaki...belum termasuk lesung pipit yang sepatutnya dimiliki orang perempuan sepertinya.

Saif turut terpaku..dia terpesona... Pertama kali dia melihat Roslinda dengan rambut perangnya yang terurai lepas...tidak seperti yang dilihatnya selalu saja berikat satu kalahkan kuda. Roslinda kelihatan comel seperti kanak –kanak kecil hanya berbaju t-shirt paras lutut. Tertera gambar beberapa ekor ikan dolphin di hadapan baju.
{“Bolehkah seseorang itu kelihatan comel dan sexy dalam waktu serentak.”} sempat Saif berdialog didalam hatinya.

Pipi gebu yang putih bersih kelihatan kemerah-merahan menarik hati Saif. Alis mata yang lentik dengan mata yang menawan membuat hatinya tertawan. Hidung mancung yang sangat cute seperti minta di sentuh.Itu belum lagi dikira muka Roslinda yang terkejut dengan mulut terlopong. Saif terasa seperti mahu mengucup saja bibir munggil di hadapannya itu. Belum sempat melayan perasaan indah itu lebih jauh, tiba-tiba dadanya di tolak kuat oleh Roslinda.

“Eh apa ni...main rempuh-rempuh masuk bilik orang.....awak ni memang sewel lah!” marah Roslinda menutup malu setelah tersedar dari di buai perasaan romantiknya. Seluruh tubuhnya seperti kena renjatan arus letrik apabila di dakap Saif sebentar tadi .Bahkan tangannya secara spontan turut memaut badan Saif yang sasa tanpa berbaju.

Roslinda segera menolak dada Saif unyuk melepaskan dirinya. Tindakan panik itu menambahkan lagi sesak di dadanya. Sentuhan kedua-dua tapak tangannya ke dada Saif tanpa berlapik itu  menambahkan lagi satu perasaan yang sangat rumit untuk di tafsirkan .....sejuk , panas, seram, geram dan berbagai  perasaan  lain yang belum pernah di rasainya sebelum ini...eh macam lah dia selalu buat kerja peluk-peluk ni bisik hati Roslinda.. Kalau tidak di tolak, Saif masih seperti kayu memeluknya,  tidak akan melepaskannya dalam waktu terdekat. Sungguh memalukan andainya dia terkulai layu lalu meleleh seperti air batu yang sedang mencair.

Roslinda  segera melangkah selangkah kebelakang. Mengharapkan ketenangan untuk kesihatan jantungnya...tapi lain yang dapat...dia terkejut dan terlompat macam beruk selangkah lagi kebelakang....agaknya.... begitulah lebih kurang asal usul perumpamaan ‘ terkejut beruk’.

 Berbahang muka Roslinda bila  melihat Saif yang hanya berseluar pendek itu. Dia segera mengalihkan pandangannya sedikit atas...ooh,silap juga.  Roslinda pantas melarikan matanya  dari memandang dada Saif yang baru di sentuhnya tadi, lalu merenung  ke muka  Saif.
 Namun, wajah itu pun tidak patut di pandang, kerana wajah itu membuatkan dadanya berdetak lebih kencang seperti kuda hendak pergi berperang....tapi logik ke kiranya, kita  memarahi seseorang itu dengan memandang ke arah dinding...atau ke lantai..mungkin juga katil ke?... Mungkin boleh dicuba di lain waktu.

“Eh...awak nak apa ni....baik keluar cepat....kalau tak...”....Roslinda menggaru kepala....{“nak tolak kena sentuh badan si Nepal ni lagi....kalau sepak takut dia buat hal pulak...cakap saja bukannya makan saman pun Si Nepal ni ”}

“Apa?..Oh,..awak nak sepak saya....kan saya dah kata sekali lagi awak sepak saya... saya akan....”  Saif seolah-olah baru tersedardari mimpi.
Kan dah agak. Roslinda segera memotong kata-kata Saif.

“Ada saya kata gitu.....awak yang cakap,ok......sila keluar dari bilik saya,... saya nak tidur.” kata Roslinda cuba menutup malu dan persaan terujanya.

“Banyak cantik muka awak.....{“Alahai memang cantik pun.. kata hati Saif”}......saya pun nak tidur juga,tapi awak kena ambil balik katak-katak awak tu dulu...baru saya boleh tidur.” jawab Saif.

“Apasal pulak,..bilik awak ,tangkaplah sendiri......katak kat bilik saya,...saya  yang tangkap sendiri.” balas Roslinda. Marah ..jangan tak marah kata hatinya lagi.

“Ala ..saya bubuh dua ekor saja ....senanglah tangkap,.......eh berapa ekor katak awak lepas kat bilik saya, hah?” kata Saif dengan nada tidak puas hati. Mulutnya cuba menutup rasa hati yang sedang merasa berbagai rasa mengalahkan ikan tiga rasa.

“Ooo....awak mengakulah awak yang bubuh katak dalam kasut saya petang tadi........mmm... no hal, saya dah lepaskan......nasib awak baik ...kalau mati katak-katak tu...free saja awak dapat dosa tau....oh ye,awak tanya tadi tu.....yang saya tangkap sendiri..mm...tiga ekor ...Pak Saman tangkap...berapa ye...lima enam ekor kot....Mak Cik Yam jumpa beberapa ekor,tapi dia geli nak pegang ..jadi Pak Cik Saad tolong tangkapkan....berapa ekor saya tak pasti.......saya tak sempat nak kira.. saya angkat saja baldi tu...saya tumpangkan semua mereka tidur di katil awak malam ni....hi,hi,hi.”Roslinda tertawa  kecil mengakhiri penerangannya.

Melopong Saif mendengar kata-kata Roslinda. Kiranya  satu negara sudah tahu hal dia sumbat katak dalam kasut Mek Siam ni.....

“Awak ni saja nak malukan saya... ini antara kita berdua....kenapa tak jemput saja satu negara tolong awak?” kata Saif dengan sinis. Malu yang menjelma menutup rasa yang berbagai rasa  yang dirasainya sebentar tadi.

“Mana ada saya jemput,....masa saya tengah tercari-cari dalam gelap kat belakang dapur, lepas sembahyang isyak tadi, Mak Cik Yam tanya saya buat apa,kenapa...jadi saya ceritalah.....alih-alih semua datang tolong secara sukarela......nak tolak nanti kecil hati pula orang tua-tua tu.....murah rezekilah pulak,dapat banyak.....nak buang sayang....jadi saya ambil semua satu baldi.”panjang lebar penjelasan Roslinda.

“Pandailah awak nak libatkan orang tua-tua tu.....saya tak peduli...saya nak awak tangkap balik semua katak-katak tu...”kata Saif lagi.

“Ah ..tak kuasa saya,...saya nak tidur....nanti bila awak keluar, tolong tutup pintu tu, ok....terima kasih ...good night.” kata Roslinda sambil melangkah ke katilnya.

Tanpa berfikir panjang Saif terus mengikut langkah Roslinda,turut sama melabuhkan punggungnya di katil Roslinda. Roslinda kehilangan kata-kata melihat Saif duduk selamba di katilnya.Dia hanya mampu menelan air liur sambil menjegilkan matanya ke arah Saif.

Melihat Roslinda kehilangan kata-kata kerana terkejut dengan tindakkannya itu, Saif menjadi  lebih berani. Saif membaringkan badannya ,kepala  di atas jari jemari yang bertaut ,menyebabkan dadanya semakin nampak sasa.Dengan senyuman nakal di bibir dia  melunjurkan kaki sambil menutup mata.

“Kalau macam tu ,saya tidur sini sajalah malam ni.....besok kalau awak dah habis tangkap katak-katak tu semua, baru saya tidur di bilik saya semula.....”kata Saif dengan selamba.Hati terasa terhibur lah pulak dengan apa yang berlaku. Marahnya entah terbang ke mana.

“Eh..awak jangan nak main-main...kalau tak nak tidur kat bilik awak pun.. saya peduli apa... kalau takut dengan katak-katak tu....pergi le kat bilik lain... kan banyak lagi bilik kosong......jangan ganggu saya boleh tak?” marah Roslinda.

“Lagi lama awak tak pergi tangkap,lagi merata katak-katak tu melompat....kalau ada yang mati kering kat dalam bilik tu,... siap awak...saya akan tidur di sini selagi bau bangkai tu tak hilang....saya tak peduli....sampai dapat anak sorang dua pun ,tak apa,... lagi ayah saya suka.. bukan saya tau....ayah tu,lama dah nak sangat cucu...ha,ha,ha.”kali ini Saif pula yang ketawa dengan lawak yang di buat sendiri. Dia sedikit tidak hairan akan Roslinda yang sedang menjegilkan mata kepadanya.Saif tahu gadis itu tidak berani menyentuhnya.

“Awak ni memang sewel tau....menyusahkan orang betul,...kalau saya boleh buang katak di bilik sendiri, awak pun buatlah sendiri ....mengada-ngada.” bentak Roslinda tidak puas hati.

“ Ala...dua ekor saja,bolehlah cakap...Kalau awak balas balik dua ekor tadi ,tak payahlah saya susah payah jemput awak tolong...Mmm..tak mau,tak apa..... lagi lama awak berleter ...lagi saya suka.. ..atau ..saya lagi suka...atau pun saya suka lagi...ha,ha,ha.” Saif membetulkan badannya sambil menarik nafas lega.

“Hish...memang sengal  betullah awak ni......JOM lah.!... kita pergi tangkap ...awak yang mulakan , saya juga yang susah.” suara Roslinda separuh menjerit ,kemudian bangun melangkah ke pintu. Tiba di pintu Roslinda menoleh melihat Saif masih berbaring sedap di katilnya.

“CEPATLAH!...

“Betul ni..awak tak nak ambil peluang tidur dengan saya?” soal Saif dengan niat mengusik sambil menaikkan keningnya beberapa kali. Roslinda tidak menjawab ,cuma mukanya menjadi merah menahan malu...walau pun dia tahu...itu cuma ‘ ajak-ajak ayam’...eh, boleh pakai peribahasa ni pada waktu macam sekarang ke,fikir Roslinda.

Saif bangun lalu berjalan ke pintu tersenyum-senyum melihat Roslinda yang sedang bercekak pinggang sambil menjegilkan mata memandangnya.

“Rugi tau.” usik Saif lagi semasa melintas Roslinda di pintu. Tersungging senyuman di bibirnya mendengar rungutan balas dari Roslinda mengutuknya...sewel,sengal ,gila,gatal,miang dan entah apa-apa lagi.
Siaplah siapa yang dapat Mek Siam sebagai isteri. Kena ada daya ketahanan tahap tinggi. Fizikal dan mental...tak kena gaya,bernanah telinga....tapi beribu kali lebih bagus dari perangai gedik Harlina dan Karina bisik hati Saif.

Di bilik Saif, mereka dapati hanya tinggal tiga ekor katak yang masih dan sedang bersenang lenang di atas katil Saif. Sedikit pun tidak hiraukan kedatangan mereka berdua. Hanya memandang ke arah Saif dan Roslinda dengan mata berkelip-kelip.

“Ha,ha,ha,ha....tiga ekor tu suka sangat kat katil awak agaknya....atau pun tengah tuntut bela sebab awak dera kawan-kawan mereka.” kata Roslinda dengan tersenyum lebar menampakkan giginya yang putih tersusun.

“Gelak..jangan tak gelak...tak habis tangkap kalu...saya lagi ada suka, adik kecik.”Saif mengajuk gaya percakapan Krisnan,pengawal keselamatan di bangunan pejabatnya. Hatinya sedikit terusik melihat  Roslinda ketawa riang mengusiknya. Kalau dia tidak tengah bengang dengan kehadiran katak yang mengotorkan katilnya, mahu dia ketawa sekali.

Roslinda segera melangkah ke bilik air Saif untuk mencari baldi buat mengisi katak-katak yang hendak di tangkap. Sempat dia menangkap dua ekor katak yang di jumpainya sedang berehat  di bawah sinki di bilik air itu. Dia berharap si Nepal juga sudah dapat menangkap sekurang-kurangnya dua ekor katak sepertinya dalam waktu yang sama,di luar sana.

 Roslinda keluar dengan menghayun baldi  perlahan agar katak tidak aktif melompat keluar. Langkahnya mati apabila terpandang Saif sedang berbual di telefon. Sedap saja dia duduk  menyandar di katil sambil menggoyangkan kakinya yang diunjur ke lantai.

“Aku tengah nak tangkap katak dengan dialah ni,......ok je aku tengok....ops,...dia tengah jeling aku sembang dengan kau ni....ape...hish....gilalah engkau ni......parahlah aku....iyelah,yelah...” Saif meletakkan telefon di atas  bantal lalu bangun berdiri di tepi katilnya.

“Sorry,..member call tadi,.......jom ,kat mana nak mula cari ni?” tanya Saif sambil mencekak pinggang melihat sekitar biliknya. Baru hendak mula mencari...eh geramnya . Roslinda menahan geram di dalam hati .

“Saya dah dapat tangkap dua ekor,... campur ini ,dah lima ,awak sedap-sedap berborak....karang kalau saya tinggalkan,  awak cari sorang-sorang.. baru padan muka,.......oh , ya...sebelum tu saya nak tanya awak,...awak tak cukup baju ke nak pakai ?.....asyik tayang body je...tak kuasa saya nak tengok.” bebel Roslinda sambil memasukkan katak-katak yang masih berada di atas katil. Lima ekor sudah berada di dalam baldi.

“Kenapa?.....nak tengok , tengoklah..jangan segan-segan... saya tak akan charge awak....dengan awak saya tak berkira,perempuan lain tak dapat peluang macam ni....rugi awak malam ni...offer tadi pun awak tak layan..perempuan lain berebut nak tii....eh,eh awak nak buat apa tu?” Saif bertanya cemas bila dilihatnya Roslinda hendak menuang kembali katak dari baldi ke atas katilnya.

“Tau pun takut......nah pakai baju ni.”Roslinda melempar sehelai t-shirt yang di capai dari kerusi berdekatan kearah Saif. Baru berkira-kira hendak melemparkan seluar jean yang ada disitu,terbantut apabila Saif tiba-tiba mengejar se ekor katak yang sedang melompat menuju ke bilik air.

Roslinda tersenyum bila melihat Saif datang membawa  katak dengan  menjinjing kaki katak itu jauh darinya....tak lah berani sangat. Dengan t-shirt masih bergulung di keliling leher dan sebelah tangan  saja baru di masukkan ke lengan baju, Saif kelihatan macam budak tak betul.....dan lucu sekali. Memang dia sewel pun bisik hati Roslinda.

Saif yang terperasan  akan pandangan Roslinda yang tersengih –sengih itu turut tersedar akan keadaan dirinya  yang belum selesai mengenakan T-shirt, turut tersenyum.

“Ehem....fesyen ni awak tak boleh ikut....nanti ramai segala mat yang ikut balik.” Saif berseloroh sambil melepaskan katak ke dalam baldi yang di pegang Roslinda.

“PAP, PAP”

“Adoi !...sakitlah....apasal main kasar pulak ni?” tanya Saif apabila Roslinda memukul-mukul  bahunya .

“Awak cakap bukan-bukan...memang kenalah dengan saya.....kalau ada Lan dengan Lon, siap awak kena belasah lagi teruk.” jawab Roslinda.

“Siapa tu ?.....boyfriend awak ke ?” Saif bertanya... sempat lagi bertanya hal peribadi orang.

“Haa...tu,tu katak.....dekat tingkap tu satu....tu lagi bawah meja awak tu ada dua...cepat,cepat.”laju saja arahan Roslinda yang tetiba ternampak katak-katak yang mula menunjukkan diri. Soalan dari Saif tidak sempat di layan. Tak kuasa pun nak layan.

Untuk beberapa waktu Saif dan Roslinda sibuk mengejar dan menangkap katak-katak. Dua puluh lima minit  kemudian sudah ada sebelas ekor katak yang berjaya ditangkap dan diletakkan di dalam baldi.Baldi pula ditutup dengan briefcase Saif yang di bawa ke pejabat setiap hari. Itu yang sempat di capai oleh Roslinda semasa katak-katak berlumba-lumba cuba  melompat keluar dari baldi. Saif cuba melarang tapi dalam keadaan kritikal, Saif terpaksa merelakan memandangkan dia sudah tidak kuasa dengan adegan kerja mengejar katak-katak itu lagi.

“Dah habis ke?” tanya Saif penuh mengharap. Matanya sempat menatap wajah Roslinda yang sudah kemerahan kerana aksi lasak sebentar tadi.

“Awak kata lebih dari sepuluh...sebelas ni lebih dari sepuluh lah,..kalau ada sekor dua lagi tangkap sendiri...jangan kacau saya lagi.....saya dah tangkap banyak...kalau panggil saya lagi memang konfem awak takut katak.....itulah lain kali,jangan berani mulakan.” jawab Roslinda sambil melangkah ke pintu.
“Awak mencabar saya ke?...pantang lelaki kalau di.....
“Ok,..sorry,...saya tak berniat nak cabar awak...dah dekat pukul dua belas,....saya nak tidur.” Pintas Roslinda.
“Tau takut...apa saja awak nak cabar saya,saya rela.. just name it....”usik Saif, rasa keberatan pula melepaskan gadis itu pergi.
“Tak kuasa saya...banyak  lagi kerja lain saya boleh buat.” Jawab Roslinda sambil tangannya mencapai tombol pintu bilik Saif.
“Hei,..sapa nak tolong saya salin kain cadar dan selimut ni....saya tak boleh tidur macam ni ..semua dah kotor.”Saif sendiri hairan kenapa mulutnya gatal semacam malam ni.
“Apa susah...tidur saja dalam almari tu.” Jawab Roslinda sambil menjuihkan mulutnya ke arah almari  baju yang terdapat di hujung bilik Saif.
“Awak temankan macam malam tu...boleh aje. ...awak cabar saya ke ni?” Jawab Saif lagi tak mahu kalah.

“Iye lah tu....besok memang ada cabaran,.. besok kita ada date...good night.”kata Roslinda seraya menutup pintu bilik Saif.

Sebaik pintu bilik di tutup Saif duduk di birai katilnya, sambil berfikir apa yang patut di buat terlebih dahulu. Menyalin cadar ke atau menghantar tetamunya pulang ke rumah mereka. Tiba-tiba matanya terpandang telifon bimbitnya di atas bantal. Saif sempat melihat baki credit sebelum segera mematikan telifonnya.

RING,ring,ring,ring,..

Hampir terpelanting telifon di tangan Saif. {“Malaun betul lah si Shafik ni”} bebel Saif di dalam hati.
Butang hijau di tekan,lalu meletakkan telifon ke telinga.

“Wei bro,....best punya drama aku dengar...tak sabar aku nak jumpa Mek Siam kau tu lah Saif....mulut boleh tahan kau,...mesti tak sunyi hidup kau kat rumah besar tu lagi.” Serbu Shafik.

“Aku dah penat buat drama dengan dia...jadi besok saja aku kira berapa kau kena bayar balik kat aku.....kena cepat bayar tau..credit aku tinggal dua puluh sen saja ni.”rungut Saif.

“Ala, dengan aku pun nak berkira.....jangan risau , aku topup kat kau double besok.” pujuk Shafik.

“Bagus tu...kalau tak, jangan harap nak jumpa Mek Siam tu. ....nak dengar cerita pun tak payah dah....,ok lah aku ada kerja nak buat.” kata  Saif.

“Aku tau ...kau nak kena hantar tetamu-tetamu kau tu balik rumah..he,he,he...ok,aku tidur dulu....assalamualaikum dan selamat malam....dan satu lagi, selamat beramal.”Shafik mengakhiri perbualan dengan ketawa lagi.

1 comment:

  1. lama lagi ke si nepal dan mek siam ni nak direhatkan? kat p2u dah sampai bab 24 apasal tak update lagi kat blog?

    ReplyDelete