Wednesday 10 October 2012

SI NEPAL DAN MEK SIAM BAB 5


Roslinda bergegas melangkah ke ruang makan. Terlambat bangun. Sembahyang subuh pun sudah subuh gajah. Ini semua salah si Nepal tu,gerutu hatinya. Dia perlu menjauhkan diri dari Mat Nepal itu untuk keamanan dan kesejahteraan hidupnya buat sementara waktu. Kepalanya penuh memikirkan perbualan abah dan pak long semalam. Jadi dia tidak boleh menolak terus  si Nepal itu dari hidupnya  kerana kesejahteraan hidup abah dan pak long terpaksa memerlukan kerjasama  si Nepal itu juga.

“Assalamualaikum....selamat pagi  abah ,pak long”..ceria suara Roslinda seperti kicauan burung yang riang mendapat rezeki di pagi hari. Cerianya dilebihkan untuk ‘cover-cover’ kesalahan mengintip rahsia orang tua-tua itu semalam.

Mansur dan Abdullah yang sedang bersarapan sama-sama menyambut salam. Kedua-duanya memandang Roslinda. Lama. Kemudian kedua-duanya tersenyum-senyum.

“Manisnya anak abah hari ni...dah lama tak tengok Ros pakai macam ni...”..Mansur memuji anak gadisnya . Dahulu dia yang beriya-iya mengajar anaknya itu memakai pakaian lelaki...walaupun niatnya untuk melindungi keselamatan Roslinda. Kini dia risau pula takut-takut Roslinda susah untuk berubah dari  imej itu.

“Wah ...macam wanita melayu terakhir....selepas ini pak long nak belanja satu-satunya anak buah perempuan pak su  beli baju-baju  baru..boleh tak?..

“Boleh sangat-sangatlah pak su .....kecil tapak tangan,satu almari Lin tadahkan...”..gurau Roslinda...tiba-tiba dia terfikir....{“...eh  ..apasal  aku tersebut almari ni..hish... ni yang malas.. dah teringatkan peristiwa malam semalam.

Kalau Ustaz Kazim Elias yang cakap mesti begini....
     {    “.....kalau ingat almari mesti  ingat si Nepal tu....kalau ingat si Nepal tu mesti teringat almari...kah..kah..kah..”}......
Roslinda melawak sendirian berhad. Meniru gaya percakapan penceramah ugama yang paling di minatinya. Lan dan Lon juga peminat setia Ustaz Kazim yang terkenal  pandai menyanyi dan bernasyid itu. Roslinda terasa kehilangan Lan dan Lon. Kawan bergurau,kawan senang dan susah.

“Hari ini kita pergi hospital...pak su dah buat temu janji pukul sepuluh pagi ...Pak su pun pernah membuat rawatan dengan doctor  ni...Dr.Suhaimi namanya....dah kenal lama..senang kita nak berurusan... ”..pak su mula berbicara mengenai rawatan untuk abah.

Abah  sekadar mengangguk. Roslinda berasa lega. Mungkin pak su telah berbincang panjang dengan abah. Roslinda menarik kerusi di sebelah abah lalu duduk untuk bersarapan.

“Maaf pak su, Lin tak sempat tolong buat sarapan....”... Roslinda melihat juadah yang siap terhidang di atas meja. Ada semangkuk mee goreng,empat bungkus nasi lemak dan sepiring kueh karipap. Di sudut meja tersusun bekas roti bersama beberapa botol jem ,’peanut butter’ dan beberapa biji telur..mm...telur rebus lah tu.

“Tak mengapa...Mak cik Yam dah lama kerja jadi pembantu rumah ni merangkap tukang masak sekali...setakat tambah dua orang lagi ..tak ada masaalah..pandailah dia atur hal dapur ....nasi lemak dengan karipap tu pak su minta Pak Saman  tolong belikan  ..mm ..makan ,makan ,jangan segan-segan..”jawab pak su.

“Aaa..abah Ros pergi macam ni aje boleh kot..” tanya Roslinda sambil tangan mencapai sudu untuk mengambil mee goreng. Belum sempat abah menjawap.

“Assalamualaikum semua...” satu suara garau menyapa mereka dari pintu yang memisahkan ruang makan dari bahagian ruang rehat keluarga.

Salam dijawab serentak, mereka bertiga menoleh kepada empunya suara.

“Aa.. Saif..baru nampak batang hidung kamu..semalam ingat balik awal... tak nampak pula....ni ayah nak kenalkan abang ayah yang telah lama terpisah..Pak Long Mansur......aaa...Abang Long ini anak Lah yang Lah ceritakan tu...”ayah memperkenalkan Saif kepada tetamu mereka.

“Minta maaflah pak long tak boleh  nak bangun ni....mmm...segak betul kamu ye.....macam ayah kamu  cakap...”kata Mansur  memandang Saifmelangkah menghampirinya.

“  Aaa.....tak  pa ..tak pa,  apa khabar Pak Long...saya minta maaf...semalam ada hal yang tak dapat dielakkan....”..Saif  bersalaman dengan Mansur sambil matanya mengerling  kearah Roslinda seketika.

“Tak payah nak mintak-mintak maaf...pak long datang pun mengejut aje..pak long sendiri pun tak sangka nak sampai sini.”

“Ini siapa pula? Saif tersenyum memandang Roslinda. Pura-pura baru pertama kali bertemu.

Roslinda terasa bahang panas menjalar ke mukanya. Dia pasti mukanya kemerahan ketika itu. Sedikit pun dia tidak memandang ke wajah Saif. Rasa malu mencengkam dirinya.

“Ini anak pak long kamu...Roslinda...”...Roslinda segera  bangun dan menunduk-nundukkan kepalanya beberapa kali.....ala-ala drama Korea yang pernah ditonton.....sebelum anak Pak Su Lah mengulurkan tangannya. Sedaya upaya dia mengelak dari membalas pandangan mata Saif. Senyuman mengejek pasti sedang menghiasi wajah pemua itu.

“Hai.. saya Saif Nashrullah..kawan-kawan panggil Saif ...   selamat datang ....kalau ada apa-apa yang perlu di bantu saya sedia menolong. ” kata Saif. Terlebih ramahlah pulak...kemudian mengambil tempat duduk di sebelah ayahnya berhadapan dengan Roslinda.

“Sila..sila makan.”kata Pak Su sambil menjamah makanannya semula. Sambil makan pak su dan abah menyambung perbualan mereka yang tergendala.

Saiful mencapai sebiji karipap di dalam piring yang terletak di hadapannya. Sambil makan sesekali matanya merenung  wajah Roslinda. Wajah gadis yang putih bersih itu kelihatan kemerah-merahan.

Sebiji lagi karipap di capai. Sambil mengunyah karipap Saif mendengar perbualan ayahnya dan Pak Long Mansur . Gadis itu pula dilihatnya sedang  sibuk mengupas telur rebus. Nampaknya telor yang kedua. Yang pertama sudah tergolek elok di dalam pinggan gadis itu. Kalau ditenung lebih lama mahu habis telor-telor di meja itu dikupas.



Roslinda mencedok mee goreng ke pinggannya tanpa memandang Saif di hadapannya..namun terpaksa menjeling kearah Saif yang tiba-tiba mengunjuk-ngunjukkan pinggannya minta diisikan sekali...mengada-ngada..macam tak reti nak cedok sendiri...terpaksalah  Roslinda  melayan dengan penuh sopan.

Saif terkedu melihat mee goreng yang memenuhi pinggannya. Dia lantas memandang mangkuk bulat yang berwarna putih, bekas mee goreng di hadapan Roslinda. Hampir satu pertiga isinya telah berada di dalam pinggannya!

Saif merenung wajah selamba Roslinda. Gadis itu mahu mengenanya. Malu-malu pun gadis itu sangat berani . Saif hendak melihat sejauh mana kenakalan gadis anak pak long nya itu.

Sewaktu Roslinda mencapai teko untuk menuang air ke cawannya, Saif dengan selamba menolak cawannya minta di isi.  Roslinda menuang air teh susu yang masih panas itu ke cawan saif tanpa menunjuk sebarang reaksi. Sudah dijangka . Cawan Saif diisi hingga tepu.

Sedang Saif menunjukkan kemahiran menarik cawannya perlahan-lahan tanpa menumpahkan isinya, Roslinda memanjangkan tangannya meletakkan telor yang  telah siap dikupas di pinggan Saif. Siap menepuk-nepuk telor tersebut untuk menekannya tetap duduk di atas mee goreng yang membukit.

 “Terima kasih....banyak-banyak..”ujar Saif tersenyum-senyum memandang wajah Roslinda. Pantang anak jantan dicabar! Dicabar gadis cantik pula.

 Pagi ini   anak gadis pak longnya nampak berlainan sekali. Nampak comel dan ayu bila mengenakan baju kurung. Rambut diikat satu senget sebelah kanan seperti semalam pertama kali bersua muka. Fesyen terkini  budak sekolah agak Saif.

 Wajah ayu yang putih melepak tidak jemu dipandang itu direnung berkali-kali...dan berkali-kali juga dia dijeling Roslinda. Bukan tidak pernah melihat perempuan cantik tapi wajah comel di hadapannya itu kelihatan polos dan menenangkan.

 Saif terasa seronok pula pagi ini. Permulaan hari yang baik   member i mood ceria untuk pergi kerja. Tidak sabar pula hendak berkongsi cerita dengan Shafik.


Roslinda mengerling ke arah abah dan pak su. Abah dan pak su sedang memerhatikan dia dan Saif. Dia segera memaniskan mukanya lalu tunduk memulakan sarapan paginya....mmm berlakon sajalah bisik hatinya.

“Lambat kamu pergi kerja hari ni Saif.?  ...pukul sembilan suku dah sekarang ...selalu pukul lapan pagi dah kelam kabut....sarapan pun selalu tak sempat  ”..pertanyaan ayahnya sudah dijangka..sudah tentu jawapan juga sudah disediakan.

 Dengan ayahnya jangan main-main. Silap gaya hari-hari  ada motivasi, ceramah ugama dan  kaunseling percuma untuk Saif.

“Aa ..Saif ambil shif masuk lewat...nanti  petang habis lewat...ayah jangan risau.” Jawab Saif sambil menyuap mee gorengnya.

“Ambil shif lewat ke...lewat balik semalam....ayah tunggu-tunggu juga tapi tak nampak kamu.. Cik Yam kata dalam bilik pun tak ada......tapi kereta kamu ada pulak...”..pertanyaan ayahnya tak ubah seperti pegawai polis sedang membuat penyiasatan.

 Saif sudah biasa. Dia membesar dengan sifat ayahnya yang sangat mengambil berat tentang ahklak dan disiplinnya.

“Saif jalan kaki ..jumpa kawan dekat-dekat sini je....lepak-lepak dengar orang bersembang...”jawab Saif selamba . Mee goreng dikunyah perlahan-lahan seketika...risau takut tersedak...al maklumlah sedang bohong sunat pada ayahnya.

Roslinda terus mengangkat muka merenung  Saif.......bunyi macam menipu tapi dia tidak menipu. Akhirnya Roslinda merenungnya.  ...Saif menghadiahkan senyuman paling manis kepada Roslinda sambil menjongketkan keningnya beberapa kali.

Roslinda segera menutup mulutnya yang sedikit ternganga...terkebil-kebil matanya memandang ke pipi kanan Saif...{“...ada lesung pipit ..wei!”}

{“ Pasti si Nepal ni ada penyakit perasan..perasan apa lagi ..perasan diri handsomelah tu..”} gerutu hati Roslinda. Dia suka melihat orang yang ada lesung pipit......tapi  tak kuasa pula hendak menatap wajah siNepal yang tidak habis-habis tersengih sedari tadi.

Roslinda melerek seketika ke arah abah dan pak su. Mereka sedang berbincangkan sesuatu. Roslinda segera mengambil peluang ini. Dia merenung Saif tak berkedip...menunggu masa  yang tepat.

 Saif  menghirup teh panasnya perlahan-lahan . Matanya membalas pandangan Roslinda. Tiba-tiba saja Roslinda menjelirkan lidah sambil menjulingkan kedua-dua biji matanya....

Saif tergelak kemudian  tersedak melihat gelagat Roslinda. Sudahlah tehnya panas ,tersedak pulak. Kelang kabut dia mencapai tisu mengesat minuman yang meleleh di dagunya. Nasib baik tidak tersembur .

Roslinda tunduk pura-pura sedang tekun menghabiskan mee di pinggannya. Dia dapat merasakan abah dan pak su sedang memandang Saif ..haa.padan muka.

“ Ha.. kenapa kamu ni Saif...makan tu janganlah kelam kabut...kan dah tersedak..” Abdullah menggosok-gosok belakang Saif. Saif tersengih-sengih ...malu pun ada...bila dimanjakan begitu di depan Roslinda dan pak longnya.

Roslinda menjeling Saif.
Saif mengerling kearah Roslinda....{“   tak apa...ada ubi ada batas...ada peluang aku balas”}

Roslinda terasa seronok ....kali ini dia menang!


_ _ _ _ _ _


Roslinda leka menaip SMS kepada Lan dan Lon. Dia tahu waktu ini waktu tidur Lon..dan pastinya Lan sedang sebuk  dengan kerjanya di kedai dobi ,...namun masa yang terbuang lebih baik di menafaatkan.

Berjela panjang SMS yang di hantar. Sesekali matanya menyorot ke pintu bilik doktor yang bertentangan dengan ruang tempat menunggu. Sudah lebih setengah jam abah didalam membuat pemeriksaan ditemani  Pak Su Lah.

Bersama Roslinda ada lima orang lagi yang sedang duduk di ruang menunggu itu. Masing-masing senyap dengan hal sendiri. Ada yang sedang membaca surat khabar ,ada yang sedang menyelak-nyelak majalah dan ada juga yang sedang menonton televisyen besar yang terdapat di ruang menunggu itu.

Udara nyaman dan segar dari penyaman udara,suasana yang tenang dan selesa sangat berbeza dari keadaan hospital awam yang biasa dalam kehidupan Roslinda.

 Mendapat rawatan dari doktor pakar di hospital swasta yang bertaraf lima bintang  juga tidak pernah dan tidak akan terlintas di kepalanya . Dia tidak mampu. Harga sebiji pil di sini sama seperti gajinya bekerja sehari.

 Setelah bertemu pak su Roslinda yakin hidupnya akan berubah. Semoga abah boleh sembuh  dan sihat seperti dahulu dengan bantuan pak su.

Dahulu abah seorang yang sangat rajin berkerja mencari rezeki. Ada peluang saja,abah akan berkerja. Tidak kira siang atau malam. Sampai buat dua kerja dalam sehari. Awal pagi berniaga di pasar borong,sebelah petang mengambil upah memotong rumput kemana saja bila diminta.

Abah seolah-olah sedang berebut mengumpul duit . Sudah puas Roslinda meminta abah menjaga kesihata  diri . .mengurangkan waktu kerjanya,abah tetap berdegil. Bila difikir-fikirkan..Roslinda seperti dapat merasakan apa yang sedang dilakukan abah.

Padanya abah seperti sedang bergelut mengumpul duit sebanyak mungkin untuk Roslinda sebelum apa-apa terjadi kepada dirinya. Bila berfikir hal ini Roslinda menjadi sebak...lebih baik dia menempuh hidup sehari demi hari tanpa berfikir banyak. Abah bukan hendak dengar nasihatnya pun.

 Setiap hari Roslinda berazam menjadi anak yang mendengar kata dan dapat memberi kegembiraan kepada abah.

Roslinda merasa gembira apabila SMS kepada Lan akhirnya dibalas...walau pun sekadar..

[...”aku pun rindu pada kau..sedang sibuk..petang nanti aku call ,ok...”]

Roslinda bangun mengubah tempat duduknya agar perbualannya tidak mengganggu orang lain. Laju saja jarinya menekan nombor Kak Tipah.

Beberapa saat saja Kak Tipah sudah di talian. Mereka berbalas salam.

“Minta maaf le Kak Tipah dah dua hari baru nak call akak..tentu Kak Tipah ingat Lin lupakan akak pulak.”

“Haa betul lah tu,akak memang ingat macam tu pun,Lin dah ada BMW ,ada pak cik orang kaya,pas tu jadi orang KL sekarang.”

“Hish akak ni cakap macam tu pulak,malaslah nak layan...ni Lin nak cerita banyak kat akak tapi nantilah bila Lin balik nanti...akak dengan Nini ok tak kat sana?”

“Semua ok je ,macam biasa,..Lin buat akak suspen saja tau... ala ceritalah kat akak apa bendanya.”

“Lin sekarang kat hospital,tadi baru dapat beli topup..Lin tengah tunggu abah sedang buat pemeriksaan....nak sembang lebih-lebih pun ada orang lain sekeliling ni.”

“Kenapa tak temankan abah Lin tu?”

“Pak su cakap biar dia yang teman ,lagi pun tak manis anak dara dengar yang sulit-sulit...kalau Lin ada susah pula nak check lebih-lebih..nanti abah pun  segan pulak.”

“mmm ..    Macam mana pak cik Lin layan Lin dan abah di sana...dia mesti baikkan,susah payah datang cari jauh-jauh dari KL tu...keluarga dia yang lain macam mana?”

“ Kami dilayan baik. Pak su tinggal dengan anak bujangnya saja...rumah banglonya tu besar sangat tapi duduk berdua saja.”

“Isteri pak cik Lin tu dah tak ada ke?”

“Ada lagi..tapi duduk rumah lain..rasanya dah bercerai..tapi Lin tak berapa tau.”

“Kesian kat anak dia kan...emak ayah bercerai selalu anak yang jadi mangsa.”

“Ala kak....tak payah nak kesian-kesian kat anak pak su tu..bukan budak kecik lagi....dah besar bapak orang... menyampah betul kat si Nepal tu.”

“ Eh,eh,eh...  Kenapa?.Lin bergaduh dengan anak nya ke...baru jumpa dah gaduh dengan sepupu..kalau berbaik-baik kan bagus..boleh ajak ronda-ronda satu KL .....yang Lin sebut tadi tu siapa pulak...pak cik Lin ada pekerja Nepal ke?...setahu akak pekerja asing  ramai  yang datang dari Bangladesh,India dan Indonesia...dari Nepal tu jarang pulak akak dengar.”

“Sebenarnya si Nepal tu gelaran Lin saja  bagi kat anak pak su ....sebenarnya dia anak tiri pak su...ayah kandungnya yang sebenar memang orang Bangladesh...itulah yang sebenar-benarnya..puas hati akak sekarang?”

“Ooh ..gitu..cakaplah awal-awal...eer...tapi kenapa tak panggil Mat Bangla aje?”

“Hish ..Kak Tipah ni..buatnya Lin tersasul sebut macam tu..mati Lin dikerjakan.”
“Tahu pulak takut ...mengelar orang berani.....Lin cubalah berlemah lembut ,bersopan santun, bertolak ansur ,beramah mesra,berkerjasama,ber...

“eh ..banyak le akak punya BEERR tu..Lin tengah fikir nak balas dendam lagi ade!”

“Kamu ni Lin ..tak baik berdendam dendam ...tapi dia buat apa kat Lin?”

“Dia kurung Lin dalam almari !”

“ Haa! ..eh,eh,eh,kenapa jadi macam tu pu.....”

Mata Roslinda terpandang abah dan pak su yang baru keluar dari bilik pemeriksaan.Pak su  menggamitnya sambil bergerak menolak kerusi roda abah menuju ke pintu.

“ Oh ye, ye, pak su...Kak Tipah nanti Lin call lain ....pak su dengan abah dah keluar ....assalamualaikom.”Roslinda  mematikan telefon,lalu segera mendapatkan abah dan pak sunya.
 Mesti Kak Tipah tengah geram...mmm ..kenalah belajar bersabar.

“Dah siap semua ke pak su?..Doktor kata apa abah?Kita kena datang lagi ke?Ubat abah ad...

“Amboi-amboi  macam peluru soalan Lin ni.”ujar pak su,mengusik Roslinda. Abah cuma tersenyum. Dia sudah faham benar dengan perangai Roslinda.

“Ha..tu Pak Saman dah tunggu..nanti kita berbual di rumah...pak su nak pergi ambil ubat  di kaunter sebelah.”
    
Roslinda segera mengambil alih tugas menolak kerusi roda abah dari pak su.
Sepanjang jalan pulang ke rumah..terpaksalah Roslinda  juga belajar-belajar bersabar.

_ _ _ _ _ _



Mereka tiba di rumah agak lewat kerana kesesakan jalan raya. Abah kelihatan letih,begitu juga pak su.Memandangkan Mak cik Yam sudah siap menghidangkan makanan untuk makan tengah hari maka pak su terus saja menjemput abah dan Roslinda menjamu selera.

Roslinda melayan abah...mencedokkan nasi dan meletakkan serba sedikit lauk pauk yang terhidang.
Abah hanya larat menghabiskan setengah pinggan nasi ,lalu meminta diri untuk berehat.

“Sikit sangat makan tu Abang Long.....lauk banyak lagi ni.” tegur Abdullah bila dilihatnya Mansur sudah berhenti makan.

“Lah teruskan makan..abang Long dah kenyang ,air saja dua gelas...nak berehat sekejap ..luruskan badan”kata Mansur sambil membasuh tanga.

“Biar Ros hantar abah ke bilik dulu.....pak su makanlah...lepas tu pergilah berehat,tak payahlah tunggu Lin....nanti Lin makan sendiri.

Beberapa minit kemudian Roslinda kembali ke meja makan. Pak su sudah selesai makan tapi masih bersantai di meja makan.

“Abah Lin dah lena ke?”tanya pak su.

“Dah ..penat sangat agaknya....pak su pergilah berehat.....Lin boleh makan sendiri.”Ujar Roslinda.

“Mmm tak apa ...  tadi Lin tanya macam-macam pada pak su...sekarang dah  tak nak tanya ke?”tanya pak su sambil tersenyum-senyum memandang anak buahnya .    

“Nak lah pak su tapi ...pak su pun penat jugakan..lagi pun sabar itu kan separuh daripada iman,jadi Lin sedang belajar sabar lah sekarang ni..he,he...” ujar Roslinda sambil ketawa kecil.

Abdullah turut tersenyum .Matanya ralit merenung senyuman Roslinda. Senyuman nya manis dan menawan,tidak puas dipandang.Baru dua hari mengenali Roslinda dia sangat menyenangi ahklak dan kelakuan Roslinda.

 Pandai abangnya Mansur mendidik anak. Sayang kalau terlepas pada orang lain. Abdullah berharap sangat agar Saif dapat melihat permata yang sedang berkilauan di depan mata.

“ Pak su pun ada hal sikit nak cakap dengan Lin....lepas sembahyang zohor pak su nak ke pejabat sekejap.”
“Pasal pemeriksaan abah tadi ke..doktor kata apa pak su?”

“Mmm...besok pagi  pak su ada ‘ appointment’ dengan Doktor Suhaimi...nak bincang pasal rawatan selanjutnya untuk abah Lin.”

“Abah sakit apa sebenarnya pak su?..abah selalu saja pening-pening.”

“Doktor kata tekanan darah abah Lin sangat rendah...kena banyak rehat,jangan banyak fikir, jangan ada tekanan.....beri makanan yang berkhasiat.....kalau tidak.. keadaan boleh menjadi bertambah buruk.....ubat kena makan betul-betul.......sampel darah abah Lin akan dihantar untuk pemeriksaan lebih ‘detail’.”

“Orang biasanya kena darah tinggi...abah ni rendah pula...mmm..tak apa Lin akan jaga abah makan ubat betul-betul sampai abah sihat...tapi....kaki abah yang sakit-sakit sebab  accident tu macam mana pak su..”

“Perkara itulah yang nak dibincang denga Doktor Suhaimi besok....tadi dah ambil X-ray kedua-dua belah kaki abah Lin tu...Doktor Suhaimi kata ada keretakkan....tapi dia nak telitikan dulu....besok jumpa ,dia akan beritahu lebih tepat.”

“Terima kasih banyak-banyak pak su kerana sudi tolong kami.”

“Lama dah pak su mencari abang pak su tu....macam-macam cara,tak berjaya...nasib baik pak su terima surat dari dia.”

“ Eer...pak su....pak su beritahu abah pasal dapat surat tu ke?...

“Tidak pulak kami bersembang pasal surat tu lagi....bukan abah Lin yang hantar ke?”

“Eer sebenarnya Lin yang hantar pada pak su...surat tu ..er..Lin terjumpa cara tak sengaja..abah tak tahu lagi.....Lin takut abah marah..tapi Lin lebih risau pasal kesihatan abah tu...”

“Kalau macam tu kita diamkan dulu......mmm ..Lin jangan risau..pandai-pandailah pak su nanti.”

“Terima kasih banyak-banyak pak su...tak tau macam mana  Lin nak balas.”

“Kita kan satu keluarga...air di cincang tak akan putus...mmm...   makanlah dulu.....nanti kita berbual lagi...pak su nak rehat sekejap....lepas sembahyang nanti pak su nak ke pejabat....Lin tahukan ini pun rumah abah Lin....jangan malu-malu...apa-apa hal minta tolong dari Mak Cik Yam ...”

Roslinda sekadar menganggukan kepala.

“Aa.. ini ada sedikit duit poket untuk Lin buat belanja ...yang lain-lain nanti kita uruskan kemudian.”...ujar pak su sambil meletakkan satu sampul surat berwarna biru di hadapan Roslinda.

”Terima kasih daun keladi pak su..he..he......aa...terima kasih juga sebab tolong bayar kan topup telefon Lin pagi tadi....tapi banyak sangat....beraya sakan Lin lepas ni..”

“Pandai bergurau kamu ni...”kata Abdullah turut sama tersenyum melihat Roslinda yang  masih tidak habis tersenyum.

No comments:

Post a Comment