Friday 23 August 2013

Maaf atas kesilapan cite SN dan MS bab 25


Baru mula sambung berkarya... tak puas hati, kerja setengah jalan. Biar pun cite ni tak dapat sambutan. Aku hendak juga cite siNepal dan Mek Siam diselesaikan. Dari duduk sampailah menirap aku cari idea. Sikit2, satu2 ayat berjaya dihasilkan. Rasa2 tak sedap, diedit tapi sayang nak buang. Savelah konon. Akhirnya bila bab 25 selesai dihantar, segala yg disimpan2 terikut sekali....Alahai malunya. Cemerkap!
Sorry banyak2. Buat2ler tak nampak.

Setiap kali teringat cite SN dan MS, aku selalu tringat cite di sebalik tabir. Mula2 baca novel pun sbb adik aku. Dia ni  boleh dikatakan hantu novel.... tersangat rajin baca novel. Namun slalu membebel dan mengomen tangkap maut punya komen. Ada kala berapi2 dan berasap2  adik aku mengutuk sbb terbeli novel yg rasa2nya nak dibalingnya ke dinding. Aku pun cuba utk memahami dilema adik aku sorang nii.

Novel2 adik aku  ada satu almari dan berkotak2. Bila diminta satu novel yg best, aku disuruh baca novel adam dan hawa, terus sangkut.. Selepas membaca hampir semua novel yg terpandang dek mata, baru aku sedar kenapa adik aku selalu berasap. Mulalah era sama2 tukar menukar komen.... bila adik ku mengomen, aku tumpang sesudu, semangkuk hingga sekaki. Cikgu ni cakap, semuanya betul3.

Aku ni jenis bila mula kan sesuatu, mesti lakukan sampai selesai. Bayangkanlah bila adik aku baling novel ke dinding, aku dg susah payah, antara senyum dlm tangisan terpaksa gagahkan jugak untuk baca sampai muka surat terakhir.Bayangkanlah betapa terseksanya jiwaku. Rasa tobat tak nak baca novel dah.

Namun bila adik aku jerit....'Kak! dapat novel best!....'aku sangkut balik membaca novel.

Namun lepas tu, sejarah berulang kembali. Sakit telinga dan geli hati pun ada mendengar komen2 dari adik aku ni. Mulalah cikgu ni memberi sbb dan musabab kenapa dia komen2 ni.

Dari ayat pemeri, ayat dialog dan macam2 lagi ilmu mengarang diterangkan pdku..beria2 aku diberi penjelasan. Almaklumlah adik aku nii seorang cikgu. Cikgu BM lagi. Akhirnya aku mencadangkan eloklah dia yg mengarang. Pd ku cikgu BM sudah tentu akan lebih mahir berkarya.

Aku mencabar adik supaya dia lebih berusaha dan buktikan kemampuan. Tapi aku pulak dicabarnya sbb tumpang sama jadi tukang komen. Beberapa bulan berlalu, bila berjumpa saja, masing2 akan bertanya....":Dah mula?..." Hahaha....sama2 geleng kepala. Lawak betul.

Lawak sbb pandai kutuk. Buat tak pandai.

Sejak itu baru tahu....betapa susahnya untuk mula berkarya. Mudahnya nak jadi tukang komen. Kecualilah org2 yg sememangnya Allah kurniakan bakat semula jadi. Berkarya  bagi mereka ini, senang macam makan kacang.

Ditakdirkan aku yg sdg bosan berjaya menyiapkan satu bab cite tak bertajuk. Namun sbb mcm teruja dpt siapkan satu bab, maka cuba2 dihantar  juga ke P2u. Bila tersiar diP2u...ada pembaca pulak tu..suka tak terkira, walau pun cuma ada seorang saja pembaca. Itulah org pertama yg membaca karyaku..tima kasih banyak2 pd mu.

Adik aku jadi tukang sorak. Bila tanya hasil dirinya dia ketawa besar. Belum cite dah ketawa. Adik aku ni memang kuat ketawa. Aku enjoi bila dpt ketawa sama2 dg adik sorang nii. Terasa sama2 tiga suku

Mengarang sambil meniarap atas tilam dg bantal gebu, tau2 ghaib. Cuba2 lagi, terlena lagi. Sebenornya adik aku tu penat mengajar. Kalau ada anak murid nak dimarahnya, teranglah mata. Akhirnya adik aku ni taubat tak nak buat novel. Baca novel pun dah kurang sbb susah dpt yg dia suka. Sekarang dia sdg dg hobi barunya. Buat blog.

Dari sini aku dpt pengajaran... bukan senang utk berkarya. Jika dapa tdiselesaikan, itu sudah dikira satu pencapaian. Bagus atau tidak, diterima atau tidak, best seller atau tidak...pdku itu  bukan nombor satu lagi. Janji kerja selesai. Namun begitu, aku gerun memikirkan bila tiba waktu adik aku  akan membaca karyaku nanti. Kalau dia gelak terguling2, aku belasah saja dia nanti. Ini  aku warning kat adik aku siap2..hihihi......

Satu penghormatan buat penulis2 semua. Yg sudah terkenal, sememangnya aku kagumi. Yg sdg berusaha....chayook3....Alang2 penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Thursday 22 August 2013

Perlu melihat dg mata dan mata hati


Pernah dengar tak kata2...Jika tak dpt membantu seratus orang, cubalah bantu walau pun seorang.

Satu hari di bulan Ramadan. Sedang sedap2 mengadap more selepas Magrib sambil mendengar berita...hati tersentap. Teringat semasa berkarya 'Pinggan tak retak, nasi tak dingin'....sengaja mereka2 karekter Yusri dan adik2nya Sara dan Suri. Rekaanku semata2...tiada kena mengena dg sesiapa yg hidup atau pun yg mati.

Tup,tup tersiar di depan mata kisah seorang remaja, Muhammad Zulhairie Zainuddin yg terpaksa berhenti sekolah kerana terpaksa menjaga adik2nya. Remaja ini terpaksa berkerja di gerai burger utk mencari rezeki mereka tiga beradik. Emak dan ayah berturutan dijemput Ilahi. Kesiannya....makanan terasa kesat nak ditelan walau pun perut minta diisikan.

Masa berkarya hari tuu, berasa sukar sekali nak kembangkan cerita. Tak logik juga rasanya. Logikke jika tiada saudara mara, jiran tetangga..lebih2 lagi tok penghulu dan wakil rakyat  tak ambil tahu. Namun malas nak peningkan kepala, just merapulah apa yg patut...Asalkan novel boleh selesai dg segera sbb dah pening kepala. Alih2 ada kisah benar rupanya yg serupa. Yg lain sikit, cuma Yusri dlm cite PTRNTD kerja kat kedai dobi.

Sepatutnya pihak yg berkenaan, yg diamanahkan dg tugas jaga  anak buah dan rakyat segera ambil tahu dan membantu anak2 ini. Apa2 pun dari berkokok tak mendatangkan hasil, marilah kita semua sama2 segera menghulurkan bantuan ikut kemampuan.... sebab perut manusia lazimnya tiap2 hari akan merasa lapar, minta diisi. Jgnlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Hulurkan bantuan melalui.....MUHAMMAD ZULHAIRIE ZAINUDDIN
                                           NOMBOR AKAUN BSN
                                            03001-41-0000-9343-1
Nasib baik ada TV3...so, sepatutnya kita berterima kasih pd TV3. TV3 banyak menyampaikan berita2 yg perlu diambil berat. Jika ada rasa was2 dan utk elakkan dari penipuan, hubungilah TV3 utk pengesahan. Semoga adik Muhammad Zulhairie akan mendapat pembelaan dlm kadar segera. Dpt rezeki sambung belajar dan semoga berjaya mengubah nasib diri dan adik2.

Begitulah luahan hati...tapi nak berkarya tak ada idea. Idea tak jalan, baik ikut suami gi jalan2. Jalan2 suami pun sbb ada urusan. Mmmmmm..bil rumah, bil kereta dan semua macam bil2 kena jelaskan. Tapi...itulah, kepala ini susah nak duduk diam2. Ada je yg nak difikirkan.

Toleh kiri, toleh kanan jalan....mata tak reti2 nak pejam, mulalah fikirkan macam diri org dari kementerian. Sepanjang jalan, dari pekan kecik, pekan sederahana sampai ke bandar besar...terasa sdg berada di negara China, ikut ajen pelancungan...mmm, berangan. Kedai kita, [elok tiru kata2 seniman agung P.Ramle]...satu, KADANG-KADANG. Dua, JARANG-JARANG....Banyak?...tak mandang[maksudnya tak nampak lansung].

Sepanjang jln dihias iklan dan kain rentang. Jemputan membeli belah sakan..konon kilang nak dikosongkan. Haak!...bukan baru ni, sejak sebelum Ramadan, juga sebelum2 Ramadan lagi. Siapa yg menjemput kita datang? Siapa yg ramai pergi membeli?..EEEeeeeeehhhh...getik teman nengok.

Ada promosi jualan pra Ramadan. Jualan bulan Ramadan. Jualan sambut hari raya... almaklumlah, lagiii sakan. Faham bebenor puak2 tu keperluan kite erk? Kaum kerabat kita  saja yg tak sedar diri dan tak faham2.Orh lain berebut himpun kekayaan..pas tu nak merasa tampuk pemerintahan. Kini bangga sbb ekonomi mereka yg punya!

Yg geli hati ada pulak promosi jualan tilam sempena hari raya. Jika perabut tu dah biasalah. Mak Aaaai..ingat kueh dan baju raya aje ada promosi. Rupa2nya tilam raya pun ada! Yg heran tu ade je pun org kita gi beli. Kemaruk bebenor nak shopping sakan.

Kita ada pilihan!...Mengapa tak buat pilihan?. Haa, nak gi beli kain baju..kan ada kedai kain 1M, Riamoda, Maidin dan peniaga2 org Kemboja pun ada. Keperluan harian  gi cari di kedai runcit 1M ada. Maidin dan pasar hari dan pasar malam pun ada. Makan kek dan kueh mueh hanya yg dibuat org Islam saja yg sah2 bersih lagi halal. So, apa lagi?..aaaaa, jg lupa...pakai minyak Petronas setiap masa.

Cite pasal hari raya teringat makanan kegemaran ramai, itulaah ayam. Ini ada cite best. Sapa yg terasa, mesti telan air liur dan urut tengkuk punya. Semalam sapa tengok rancangan 999? Ada pembekal ayam ke pasar raya mana2 entah... halal kononnya, diperiksa dg mengejut oleh pihak yg berkuasa. Bisnes tauke tersangat bagus...dua kali ganda di bulan Ramadan dan time hari raya nak tiba... sbb itu tauke tersebut  terpaksa ambil ramai pekerja pendatang asing...dari tukang sembelih sampai yang angkut ayam naik lori.

Sama ada sbb terlalu banyak ayam yg nak disembelih atau pun kerna ilmu ugama paras2 hidung..pekerja2 yg sembahyangnya tak sempat nak disoalsiasat....ayam2 banyak yg tak disembelih dg sempurna. Kita dpt lihat di kaca tv nasib si ayam2 yg masih tergedik2 dibenam ke dlm air panas.

Maka dinyatakan ayam mati sbb lemas. hikhikhik...kalau tak lemas pun, kalau dah berendam dlm air panas tu, agak2laaahhh. Maka ramailah org kita yg makan ayam lemas tu baru2 niii.......

Aiyaaaa, manyak2 solli aah, sgt manyak orter, mana mau ata time mau kasi peliksa maaa.....sutah makan, apa kisah...next time mali bili lagi....gelenti halal maaa....



Waspada dan beringat..peringatan buat diri.


Assalamualaikum...pd semua kawan2 yg sudi menjengah di ruangan mike ini.

Dah sebulan Ramadan berlalu dan kini di bulan Syawal kita di beri rezeki utk hidup lagi olehNYA. Entah ada kesempatan lagikah utk kita bertemu Ramadan tahun hadapan?..Wallahualam. Sudah berjayakah kita merebut sebanyak2 ganjaran yg dijanjikanNYA pd sebulan Ramadan ini?..Jika berjaya..Alhamdulillah.

Jika ingin lagi ganjaranNYA..puasa 6dlm bln Syawal masih ada masa utk merebutnya....Berusahalah merebut dividen2 akhirat ini. Itulah kebesaran Allah yg Maha Pengasih utk hamba2NYA...buat bekalan utk dibawa ke alam akhirat sana....Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Siapa rajin dia yg dapat. Siapa yg rugi, umpama balik kampung sehelai sepinggang...bawa beg yg kosong. Lebih malang jika baju di badan berlubang2, pas tu bukan boleh nak minta pulang. Pulang apa lagi, jika pakaian di badan kita adalah kain kapan!

Aaaa...Rindunye nak meluahkan perasaan di ruangan ini. Meluah perasaan saja..bukan tunjuk perasaan!...Peristiwa2 sedih di negara2 Islam patut dijadikan tauladan. Dua pihak bertempuran, ada pihak ketiga kaut keuntungan!...Jika musibah ini terjadi di negara kita Malaysia yg berdaulat, tanah airku yg tercinta, sahih kita sekarang ini tidak mungkin dapat tidur lena, pasti hidup dlm ketakutan dan kesusahan.

Sedih dan khuatir memenuhi diri. Hidup kita semua tak macam suasana dulu lagi. Dulu perpaduan kaum membuat hidup selesa sekali. Sekarang ada kaum yg nak jatuhkan pribumi. Bagi peha nak betis,dapat betis naik kepala, akhirnya kepala kita dipijak2 sesuka hati. Hak kita nak dihakis...risau juga utk generasi anak2 kita yg masih kecil.

Nak suruh berwaspada sukar sekali sbb ada gunting dlm lipatan...itulah jenis manusia perangai seperti si kitol yg menjual diri. Biar negara tergadai, ugama dan bangsa dijual....ada sikitol kisah?...Asal perut buncit sendiri, biar Melayu lain mati semua sekali...sikitol tak ambil peduli. Adakah sikitol saudara si munafik di zaman Rasulullah S.A.W nabi kita?...

Aaaah, emosionalnya diri. Bukan apa, teringat kaum yg sgt pandai dan licik sekali ambil kesempatan. Jom kita kongsi cerita kecil tapi maknanya besar sekali...................

Seorang pak cik separuh umur mencari rezeki mengambil surat khabar dari pekan utk diedar dan dijual di kawasa sendiri. Semakin hari  permintaan semakin tinggi. Diangkut penuh satu motor depan dan belakang sbb tiada kereta , apa lagi lori. Memang bukan senang nak mula perniagaan. Nak jaga pelanggan satu kes lagi. Sebelum Subuh, hujanke ributke, sihatke, demamke...pagi2 pelanggan nak membeli suratkhabar awal2 dah menanti.

Tiba2 timbullah pembantu yg tak dijemput, tak diundang. Sifat pak cik seperti semua kaumku, faham2 sjalah....lemah lembut, mudah percaya dan bertolak ansur. Pembantu tak diundang tak minta apa-apa bayaran, konon sbb kesian, sekadar hulurkan bantuan. Bila hujan sanggup tolong bawakan dg kereta sebagai pemandu, asal tunjukkan jalan.

Bila demam... pak cik disaran rehar2 saja di rumah. Segala kerja dan urusan jualan, pembantu tak diundang akan bereskan...sbb dah tahu jalan. Nanti keuntungan akan dihantar pulang. Diam2  saja duduk di rumah, tiidur dan makan sbb dah tua. Siapa yg tak sayang kawan yg baik begitu, tak minta balasan.

Semakin lama kawasan semakin meluas. Perniagaan semakin berkembang, untung beruncang2. Malangnya manusia tak semakin muda. Pak cik tak ada keturunan. Hanya pembantu yg tak diundang yg ambil peluang. Kini segala yg dimulakan, org lain yg dapat keuntungan..Kini si apek goyang kaki sbb dpt apa yg dihajati. Kawan2 pak cik tak diberi peluang lagi...apek nak kerja sendiri. Anak cucu diangkut pindah ke sini sekali.

Kini nak beli paper[surat khabar] hati merungut tak renti...sbb setiap sen memjadi longgokkan kekayaan keluarganya sendiri. Bila ada isu, paper yg dihajati tak akan dijual sama sekali. Boikot maaa. Kekayaan diguna utk bantu kempen menangkan parti bangsa sendiri. Kerajaan yg disanjung pak cik dikutuk sesuka hati. Biar parti kaumnya yg naik tinggi....Bila kaum ini dpt kerajaan, apa agaknya akan terjadi?.

Luu fikir2lah sendiri....pasti semua dah pernah dengar tagline ini.