Sunday 22 September 2013

Tak minat hero import.



Tengah frust. nak sambung tulis cite si nepal dan mek siam, tapi idea tak datang. Rasa suram dan kelam. Sudahnya duduklah mengadap tv sambil makan koci. Tekan sana, tekan sini..terjumpa rancangan 'Awal lagi ' ...artis jemputan pulak, WAH !..hero ori dari Malaysia. Siapa lagi, Rosyam Nor dan Remy Ishak.Maka mood jadi ok kembali, mulalah senyum sampai telinga. Saya suka 2x.

Rosyam Nor tak payah cakap. Dia sememangnya dah pegang tittle hero Malaya. Remy Ishak pula 2nd.hero Malaya in making. Teringin nak tengok dua hero ini disatukan dalam cite romantik yg gila2. Cite sedih2 tak suka...sbb nak tengok sambil relak2, tenang dan santai.

Setiap kali nama Remy Ishak disebut, aku slalu geli hati sbb adik aku tak minat remy, malah di beri gelaran pula.. si nepal. Sbbnya di tempat kami ramai pekerja nepal yg sememangnya rupa seakan2 org melayu. Dan gelaran itu lekat jadi tajuk karya si nepal dan mek siam. Setiap kali merapu dlm cite si nepal, aku slalu terberangan satu hari nnti cite si nepal dan mek siam ni akan diadaptasikan jadi drama...dan tentunya teringin nak tengok remy jadi hero cite ni. Angan2 mat jenin sajalah!

Tall, dark and handsome. itulah hero impian dlm setiap novel. Bagi aku tak handsome sgt pun tak apa, asal slim. Sakit matalah bila tengok bapak org yg berisi jadi hero. Sebut nama kang, ada yg bising pulak nnti. Ialah cite pasal orang  bujang, hero kenalah yg slim macam anak muda... kalau cite hero duda, tak kisahlah...

Sekarang bila tengok drama tak ada muka hero lain. Org luar saja. Asyik2 muka tu saja. Hati slalu terdetik macam dah tak ada pelakon tempatan. Aku rasa heran kenapa ramai yg suka sgt dg hero pendatang. Macam hero Malaysia tak cukub bagus. Pd ku made in Malaysia always terbaik. kalau kita tak angkat sapa nak angkat...kankankan...

Rupanya perasaan aku ini tak sendirian. Alkisahnya, adik aku pun tersuka dg Remy Ishak juga akhirnya sbb dah muak tengok org luar jadi hero drama di tv Malaysia. Selain Rosyam Nor dan Remy Ishak kita ada Fahrin Ahmad, Nazhim,Fizz Fairuz, Muiz Muin, Syamsul, Saheizy sam, Johan Ashaari, dan beberapa nama lagi yg aku tak ingat. Tak ingat pun sbb malas nak tengok asyik2 muka hero luar yg muncul.

Eh..semangat pulak tiba2. Gara2 si Nepal..si Remy Ishaklah ni. Oklah nak sambung mencari ilham..nak sudahkan cite si Nepal dan mek Siam. harap2 dpt di selesaikan secepat mungkin. Harap2 impian mat jenin menjadi kenyataan. Salam dan TK utk semua yg sudi menjenguk di muka ini ..babai....


Friday 23 August 2013

Maaf atas kesilapan cite SN dan MS bab 25


Baru mula sambung berkarya... tak puas hati, kerja setengah jalan. Biar pun cite ni tak dapat sambutan. Aku hendak juga cite siNepal dan Mek Siam diselesaikan. Dari duduk sampailah menirap aku cari idea. Sikit2, satu2 ayat berjaya dihasilkan. Rasa2 tak sedap, diedit tapi sayang nak buang. Savelah konon. Akhirnya bila bab 25 selesai dihantar, segala yg disimpan2 terikut sekali....Alahai malunya. Cemerkap!
Sorry banyak2. Buat2ler tak nampak.

Setiap kali teringat cite SN dan MS, aku selalu tringat cite di sebalik tabir. Mula2 baca novel pun sbb adik aku. Dia ni  boleh dikatakan hantu novel.... tersangat rajin baca novel. Namun slalu membebel dan mengomen tangkap maut punya komen. Ada kala berapi2 dan berasap2  adik aku mengutuk sbb terbeli novel yg rasa2nya nak dibalingnya ke dinding. Aku pun cuba utk memahami dilema adik aku sorang nii.

Novel2 adik aku  ada satu almari dan berkotak2. Bila diminta satu novel yg best, aku disuruh baca novel adam dan hawa, terus sangkut.. Selepas membaca hampir semua novel yg terpandang dek mata, baru aku sedar kenapa adik aku selalu berasap. Mulalah era sama2 tukar menukar komen.... bila adik ku mengomen, aku tumpang sesudu, semangkuk hingga sekaki. Cikgu ni cakap, semuanya betul3.

Aku ni jenis bila mula kan sesuatu, mesti lakukan sampai selesai. Bayangkanlah bila adik aku baling novel ke dinding, aku dg susah payah, antara senyum dlm tangisan terpaksa gagahkan jugak untuk baca sampai muka surat terakhir.Bayangkanlah betapa terseksanya jiwaku. Rasa tobat tak nak baca novel dah.

Namun bila adik aku jerit....'Kak! dapat novel best!....'aku sangkut balik membaca novel.

Namun lepas tu, sejarah berulang kembali. Sakit telinga dan geli hati pun ada mendengar komen2 dari adik aku ni. Mulalah cikgu ni memberi sbb dan musabab kenapa dia komen2 ni.

Dari ayat pemeri, ayat dialog dan macam2 lagi ilmu mengarang diterangkan pdku..beria2 aku diberi penjelasan. Almaklumlah adik aku nii seorang cikgu. Cikgu BM lagi. Akhirnya aku mencadangkan eloklah dia yg mengarang. Pd ku cikgu BM sudah tentu akan lebih mahir berkarya.

Aku mencabar adik supaya dia lebih berusaha dan buktikan kemampuan. Tapi aku pulak dicabarnya sbb tumpang sama jadi tukang komen. Beberapa bulan berlalu, bila berjumpa saja, masing2 akan bertanya....":Dah mula?..." Hahaha....sama2 geleng kepala. Lawak betul.

Lawak sbb pandai kutuk. Buat tak pandai.

Sejak itu baru tahu....betapa susahnya untuk mula berkarya. Mudahnya nak jadi tukang komen. Kecualilah org2 yg sememangnya Allah kurniakan bakat semula jadi. Berkarya  bagi mereka ini, senang macam makan kacang.

Ditakdirkan aku yg sdg bosan berjaya menyiapkan satu bab cite tak bertajuk. Namun sbb mcm teruja dpt siapkan satu bab, maka cuba2 dihantar  juga ke P2u. Bila tersiar diP2u...ada pembaca pulak tu..suka tak terkira, walau pun cuma ada seorang saja pembaca. Itulah org pertama yg membaca karyaku..tima kasih banyak2 pd mu.

Adik aku jadi tukang sorak. Bila tanya hasil dirinya dia ketawa besar. Belum cite dah ketawa. Adik aku ni memang kuat ketawa. Aku enjoi bila dpt ketawa sama2 dg adik sorang nii. Terasa sama2 tiga suku

Mengarang sambil meniarap atas tilam dg bantal gebu, tau2 ghaib. Cuba2 lagi, terlena lagi. Sebenornya adik aku tu penat mengajar. Kalau ada anak murid nak dimarahnya, teranglah mata. Akhirnya adik aku ni taubat tak nak buat novel. Baca novel pun dah kurang sbb susah dpt yg dia suka. Sekarang dia sdg dg hobi barunya. Buat blog.

Dari sini aku dpt pengajaran... bukan senang utk berkarya. Jika dapa tdiselesaikan, itu sudah dikira satu pencapaian. Bagus atau tidak, diterima atau tidak, best seller atau tidak...pdku itu  bukan nombor satu lagi. Janji kerja selesai. Namun begitu, aku gerun memikirkan bila tiba waktu adik aku  akan membaca karyaku nanti. Kalau dia gelak terguling2, aku belasah saja dia nanti. Ini  aku warning kat adik aku siap2..hihihi......

Satu penghormatan buat penulis2 semua. Yg sudah terkenal, sememangnya aku kagumi. Yg sdg berusaha....chayook3....Alang2 penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Thursday 22 August 2013

Perlu melihat dg mata dan mata hati


Pernah dengar tak kata2...Jika tak dpt membantu seratus orang, cubalah bantu walau pun seorang.

Satu hari di bulan Ramadan. Sedang sedap2 mengadap more selepas Magrib sambil mendengar berita...hati tersentap. Teringat semasa berkarya 'Pinggan tak retak, nasi tak dingin'....sengaja mereka2 karekter Yusri dan adik2nya Sara dan Suri. Rekaanku semata2...tiada kena mengena dg sesiapa yg hidup atau pun yg mati.

Tup,tup tersiar di depan mata kisah seorang remaja, Muhammad Zulhairie Zainuddin yg terpaksa berhenti sekolah kerana terpaksa menjaga adik2nya. Remaja ini terpaksa berkerja di gerai burger utk mencari rezeki mereka tiga beradik. Emak dan ayah berturutan dijemput Ilahi. Kesiannya....makanan terasa kesat nak ditelan walau pun perut minta diisikan.

Masa berkarya hari tuu, berasa sukar sekali nak kembangkan cerita. Tak logik juga rasanya. Logikke jika tiada saudara mara, jiran tetangga..lebih2 lagi tok penghulu dan wakil rakyat  tak ambil tahu. Namun malas nak peningkan kepala, just merapulah apa yg patut...Asalkan novel boleh selesai dg segera sbb dah pening kepala. Alih2 ada kisah benar rupanya yg serupa. Yg lain sikit, cuma Yusri dlm cite PTRNTD kerja kat kedai dobi.

Sepatutnya pihak yg berkenaan, yg diamanahkan dg tugas jaga  anak buah dan rakyat segera ambil tahu dan membantu anak2 ini. Apa2 pun dari berkokok tak mendatangkan hasil, marilah kita semua sama2 segera menghulurkan bantuan ikut kemampuan.... sebab perut manusia lazimnya tiap2 hari akan merasa lapar, minta diisi. Jgnlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Hulurkan bantuan melalui.....MUHAMMAD ZULHAIRIE ZAINUDDIN
                                           NOMBOR AKAUN BSN
                                            03001-41-0000-9343-1
Nasib baik ada TV3...so, sepatutnya kita berterima kasih pd TV3. TV3 banyak menyampaikan berita2 yg perlu diambil berat. Jika ada rasa was2 dan utk elakkan dari penipuan, hubungilah TV3 utk pengesahan. Semoga adik Muhammad Zulhairie akan mendapat pembelaan dlm kadar segera. Dpt rezeki sambung belajar dan semoga berjaya mengubah nasib diri dan adik2.

Begitulah luahan hati...tapi nak berkarya tak ada idea. Idea tak jalan, baik ikut suami gi jalan2. Jalan2 suami pun sbb ada urusan. Mmmmmm..bil rumah, bil kereta dan semua macam bil2 kena jelaskan. Tapi...itulah, kepala ini susah nak duduk diam2. Ada je yg nak difikirkan.

Toleh kiri, toleh kanan jalan....mata tak reti2 nak pejam, mulalah fikirkan macam diri org dari kementerian. Sepanjang jalan, dari pekan kecik, pekan sederahana sampai ke bandar besar...terasa sdg berada di negara China, ikut ajen pelancungan...mmm, berangan. Kedai kita, [elok tiru kata2 seniman agung P.Ramle]...satu, KADANG-KADANG. Dua, JARANG-JARANG....Banyak?...tak mandang[maksudnya tak nampak lansung].

Sepanjang jln dihias iklan dan kain rentang. Jemputan membeli belah sakan..konon kilang nak dikosongkan. Haak!...bukan baru ni, sejak sebelum Ramadan, juga sebelum2 Ramadan lagi. Siapa yg menjemput kita datang? Siapa yg ramai pergi membeli?..EEEeeeeeehhhh...getik teman nengok.

Ada promosi jualan pra Ramadan. Jualan bulan Ramadan. Jualan sambut hari raya... almaklumlah, lagiii sakan. Faham bebenor puak2 tu keperluan kite erk? Kaum kerabat kita  saja yg tak sedar diri dan tak faham2.Orh lain berebut himpun kekayaan..pas tu nak merasa tampuk pemerintahan. Kini bangga sbb ekonomi mereka yg punya!

Yg geli hati ada pulak promosi jualan tilam sempena hari raya. Jika perabut tu dah biasalah. Mak Aaaai..ingat kueh dan baju raya aje ada promosi. Rupa2nya tilam raya pun ada! Yg heran tu ade je pun org kita gi beli. Kemaruk bebenor nak shopping sakan.

Kita ada pilihan!...Mengapa tak buat pilihan?. Haa, nak gi beli kain baju..kan ada kedai kain 1M, Riamoda, Maidin dan peniaga2 org Kemboja pun ada. Keperluan harian  gi cari di kedai runcit 1M ada. Maidin dan pasar hari dan pasar malam pun ada. Makan kek dan kueh mueh hanya yg dibuat org Islam saja yg sah2 bersih lagi halal. So, apa lagi?..aaaaa, jg lupa...pakai minyak Petronas setiap masa.

Cite pasal hari raya teringat makanan kegemaran ramai, itulaah ayam. Ini ada cite best. Sapa yg terasa, mesti telan air liur dan urut tengkuk punya. Semalam sapa tengok rancangan 999? Ada pembekal ayam ke pasar raya mana2 entah... halal kononnya, diperiksa dg mengejut oleh pihak yg berkuasa. Bisnes tauke tersangat bagus...dua kali ganda di bulan Ramadan dan time hari raya nak tiba... sbb itu tauke tersebut  terpaksa ambil ramai pekerja pendatang asing...dari tukang sembelih sampai yang angkut ayam naik lori.

Sama ada sbb terlalu banyak ayam yg nak disembelih atau pun kerna ilmu ugama paras2 hidung..pekerja2 yg sembahyangnya tak sempat nak disoalsiasat....ayam2 banyak yg tak disembelih dg sempurna. Kita dpt lihat di kaca tv nasib si ayam2 yg masih tergedik2 dibenam ke dlm air panas.

Maka dinyatakan ayam mati sbb lemas. hikhikhik...kalau tak lemas pun, kalau dah berendam dlm air panas tu, agak2laaahhh. Maka ramailah org kita yg makan ayam lemas tu baru2 niii.......

Aiyaaaa, manyak2 solli aah, sgt manyak orter, mana mau ata time mau kasi peliksa maaa.....sutah makan, apa kisah...next time mali bili lagi....gelenti halal maaa....



Waspada dan beringat..peringatan buat diri.


Assalamualaikum...pd semua kawan2 yg sudi menjengah di ruangan mike ini.

Dah sebulan Ramadan berlalu dan kini di bulan Syawal kita di beri rezeki utk hidup lagi olehNYA. Entah ada kesempatan lagikah utk kita bertemu Ramadan tahun hadapan?..Wallahualam. Sudah berjayakah kita merebut sebanyak2 ganjaran yg dijanjikanNYA pd sebulan Ramadan ini?..Jika berjaya..Alhamdulillah.

Jika ingin lagi ganjaranNYA..puasa 6dlm bln Syawal masih ada masa utk merebutnya....Berusahalah merebut dividen2 akhirat ini. Itulah kebesaran Allah yg Maha Pengasih utk hamba2NYA...buat bekalan utk dibawa ke alam akhirat sana....Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Siapa rajin dia yg dapat. Siapa yg rugi, umpama balik kampung sehelai sepinggang...bawa beg yg kosong. Lebih malang jika baju di badan berlubang2, pas tu bukan boleh nak minta pulang. Pulang apa lagi, jika pakaian di badan kita adalah kain kapan!

Aaaa...Rindunye nak meluahkan perasaan di ruangan ini. Meluah perasaan saja..bukan tunjuk perasaan!...Peristiwa2 sedih di negara2 Islam patut dijadikan tauladan. Dua pihak bertempuran, ada pihak ketiga kaut keuntungan!...Jika musibah ini terjadi di negara kita Malaysia yg berdaulat, tanah airku yg tercinta, sahih kita sekarang ini tidak mungkin dapat tidur lena, pasti hidup dlm ketakutan dan kesusahan.

Sedih dan khuatir memenuhi diri. Hidup kita semua tak macam suasana dulu lagi. Dulu perpaduan kaum membuat hidup selesa sekali. Sekarang ada kaum yg nak jatuhkan pribumi. Bagi peha nak betis,dapat betis naik kepala, akhirnya kepala kita dipijak2 sesuka hati. Hak kita nak dihakis...risau juga utk generasi anak2 kita yg masih kecil.

Nak suruh berwaspada sukar sekali sbb ada gunting dlm lipatan...itulah jenis manusia perangai seperti si kitol yg menjual diri. Biar negara tergadai, ugama dan bangsa dijual....ada sikitol kisah?...Asal perut buncit sendiri, biar Melayu lain mati semua sekali...sikitol tak ambil peduli. Adakah sikitol saudara si munafik di zaman Rasulullah S.A.W nabi kita?...

Aaaah, emosionalnya diri. Bukan apa, teringat kaum yg sgt pandai dan licik sekali ambil kesempatan. Jom kita kongsi cerita kecil tapi maknanya besar sekali...................

Seorang pak cik separuh umur mencari rezeki mengambil surat khabar dari pekan utk diedar dan dijual di kawasa sendiri. Semakin hari  permintaan semakin tinggi. Diangkut penuh satu motor depan dan belakang sbb tiada kereta , apa lagi lori. Memang bukan senang nak mula perniagaan. Nak jaga pelanggan satu kes lagi. Sebelum Subuh, hujanke ributke, sihatke, demamke...pagi2 pelanggan nak membeli suratkhabar awal2 dah menanti.

Tiba2 timbullah pembantu yg tak dijemput, tak diundang. Sifat pak cik seperti semua kaumku, faham2 sjalah....lemah lembut, mudah percaya dan bertolak ansur. Pembantu tak diundang tak minta apa-apa bayaran, konon sbb kesian, sekadar hulurkan bantuan. Bila hujan sanggup tolong bawakan dg kereta sebagai pemandu, asal tunjukkan jalan.

Bila demam... pak cik disaran rehar2 saja di rumah. Segala kerja dan urusan jualan, pembantu tak diundang akan bereskan...sbb dah tahu jalan. Nanti keuntungan akan dihantar pulang. Diam2  saja duduk di rumah, tiidur dan makan sbb dah tua. Siapa yg tak sayang kawan yg baik begitu, tak minta balasan.

Semakin lama kawasan semakin meluas. Perniagaan semakin berkembang, untung beruncang2. Malangnya manusia tak semakin muda. Pak cik tak ada keturunan. Hanya pembantu yg tak diundang yg ambil peluang. Kini segala yg dimulakan, org lain yg dapat keuntungan..Kini si apek goyang kaki sbb dpt apa yg dihajati. Kawan2 pak cik tak diberi peluang lagi...apek nak kerja sendiri. Anak cucu diangkut pindah ke sini sekali.

Kini nak beli paper[surat khabar] hati merungut tak renti...sbb setiap sen memjadi longgokkan kekayaan keluarganya sendiri. Bila ada isu, paper yg dihajati tak akan dijual sama sekali. Boikot maaa. Kekayaan diguna utk bantu kempen menangkan parti bangsa sendiri. Kerajaan yg disanjung pak cik dikutuk sesuka hati. Biar parti kaumnya yg naik tinggi....Bila kaum ini dpt kerajaan, apa agaknya akan terjadi?.

Luu fikir2lah sendiri....pasti semua dah pernah dengar tagline ini.






Wednesday 19 June 2013


     Assalamualaikum pd semua kawan2...ingin kongsi berita gembira dg you all semua. PTRNTD akan diterbitkan dlm bentuk novel oleh karya seni...so, saya serahkan semua pd pihak karya seni. Di P2u sudah keluar bab 20..TK atas sokongan kawan2 semua...

Sunday 16 June 2013

CERITA NENEK

Mimi Azlin termenung. Termenung sambil merenung emaknya Puan Fatimah. Mimi Lin tiada masalah. Emak yang kelihatan bermasaalah. Puan Fatimah sedang bertongkat dagu diserambi rumah. Sedari tadi tidak berubah. Mimi Lin tahu.. dia juga seperti tadi, diserambi tidak berubah.

 Secawan teh O yang dihidangkan di atas meja di hadapan emak tidak berusik. Sudah beberapa hari emak begitu. Setahu Mimi Lin tiada apa-apa masaalah dalam keluarga mereka.
Semua  anak-anak  sudah  bekerja.  Pekerjaan  yang  bagus-bagus  belaka.  Semua  anak-anak  lepasan  universiti,  dalam  dan  luar  negara. Bukan  sukar  untuk  berjaya  di negara  kita...janji  mahu  berusaha.  Jika  rajin  kejayaan  berganda.  Dari  tadika  ke menara  gading,  emak  ayah  tak  susah.  Semua  anak-anak  dapat  biasiswa.  PTPTN ada,  JPA  ada,  termasuk  MARA.

Emak  masih  seperti  tadi.  Bukan  sebab  ada  masaalah  kerja.  Mimi Lin  pasti,  sebab  emak   sudah  di usia  senja.  Dulu  emak  berkerja  sebagai   guru.  Sekarang  sudah  bersara.   Masaalah  keewangan,  jauh  sekali.  Pencen  yang  diterima  hanya  diusik  sedikit  saja.

 Begitulah  setiap  bulan.  Mimi Lin  yang  tanggung  semua.  Banyak  manalah  sangat  yang  diperlukan  orang-orang  tua. Ada  duit  saku  dari anak-anak  yang  duduk  berasingan  menyua.  Bukan  semua,  tapi  yang  dapat  pun  tidak diguna.

“Kenapa  mak?..” Mimi Lin  bertanya.

“HAaaiii.....” emak  mengeluh  saja. 

“Mak  sakitke?...” Mimi Lin  bertanya  lagi.

Emak  menggelengkan  kepala.

“Mak  ada  masaalahke?..” Mimi Lin tak  puas  hati.

Emak  merenung  jauh  ke hadapan  sambil   mengangguk  perlahan. 

“Cakaplah  mak,  mungkin  anak-anak  boleh  bantu...”

“HAaaaiiii...mak  tak  pasti  siapa yang  boleh  bantu  dalam  hal  ini...” emak  mengeluh.

Terangkat  kening  Mimi Lin.

‘Bunyi  macam  masaalah  besar....emak,emak..macam  fikir  masaalah  negara  pulak..’  hati  Mimi Lin  berbicara.

“Masaalah  kaum  nenek  kamulah..haaaiii...” Jawapan  emak  disudahi  dengan  keluhan  lagi.  Jika  dikumpulkan  semua  keluhan  emak  beberapa  hari  ini,  tentu  sudah  berkati-kati.

“Dulu  nenek  kamu  datang  ke sini  naik  tongkang.......”  Emak  mula   bercerita.  Mimi Lin  sudah  faham.  Ini  bukan  kali  kedua  atau  ketiga.  Benarlah...ini  masaalah  negara.  Pada  siapa  mereka  hendak  bertanya?.

‘Aaaaiisshhh...sudah...’ Mimi Lin  mengeluh  di dalam  hati.  Sudah  penat  telinganya  mendengar  cerita  lama  berkali-kali.  Semenjak  kecil , masa  nenek  masih  hidup  lagi.  Emak  pula  yang  menyambungnya  kini.

“Nenek   dengan  abangnya  berjaya  menyelamatkan  diri.  Masa  tu  berlaku  perang  saudara  di negara  sendiri....” Emak  menyambung  cerita.

 Jika  dihitung  berapa  tahun  nenek  telah  disemadi,  dicampur  dengan  usia  nenek  ketika  dijemput  Ilahi...sudah  hampir  seratus  tahun  masa  berlalu  pergi.  Namun  cerita  ini  tidak  pernah  basi.  Emak  mewajibkan   anak  cucu  sedar  diri.  Emak  kata,  seharusnya  cerita  nenek   ini  diwarisi.  Elok  juga  dijadikan  cerita  wajib  untuk  diturunkan  ke  semua  generasi.

“ Mak....”

Emak  buat  tidak  peduli.  Cerita  disambung  lagi.

“Nenek   dan  abangnya  terpaksa  melangkah  mayat- mayat  yang  bergelimpangan  mati. Adakala  terpijak  tangan mayat,  adakala  kaki.  Sambil  menangis  sambil  berlari.  Dalam  kesedihan  terpaksa  juga  pergi...tinggalkan  emak  ayah  yang  dibunuh  dengan  ngeri.  Bukan  saja  mereka,  ramai  lagi.... Yang  hidup,  masing-masing  bertempiaran  dalam  ketakutan  ke sana  ke mari,  masing-masing   hendak   menyelamatkan  diri.  Siapa  tunggu  pasti  akan  mati....”

Bila  emak  bercerita,  kisah  bertambah  satu  episode  lagi.  Masakan  beradap  jika  dia  melangkah  pergi.  Mereka  adik  beradik  sudah  dididik  bersopan  santun,  berbudi  pekerti ...itulah  adat  bangsa  Melayu   yang  diterap  sejak  hingusan  lagi.

“Nenek  dua  beradik  berjaya  naik  tongkang,  lega  nasib  menyebelahi.  Mereka   dan  empunya  tongkang  saling  mengenali.  Tekong  dan  orang   tua  mereka  pernah  berjumpa  beberapa  kali.  Tekong   sudi  menolong  sebab  pernah  termakan  budi...tambah  kesian  mendengar  kedua  orang  tua  mereka  sudah  tiada  lagi....”

Emak  diam  seketika. 

“Kamu  tengok  apa  yang  berlaku  hari  ini....Kenapalah  kaum  nenek  tidak  lagi  tahu  mengenang  budi....haaaiii...”

Emak  memikirkan  kaum  yang  sama  dengan  kaum  ibunya  yang  telah  pergi.  Kaum  yang  datang  bertongkang  ke bumi  ini  bersama  ibunya,  ramai  sekali.  Masing-masing  meninggalkan  generasi .  Mereka  juga  kaumnya...separuh  dirinya  adalah  sama  darah  sebangsa   kaum  ibu  sendiri.

‘Emak   rasis ?....Rasiskah  jika  mengatakan  kebenaran  tentang  kaum  sendiri?...’  soalan   berlegar  di kepala  Mimi Lin.

“Emak  bimbang...generasi  kaum  nenek  sudah  lupa  asal  usul  mereka...mereka  tak  rasai  kesusahan  akibat  peperangan...   sekarang   senang-senang   buat  kekacauan...”

 Emak  memerlukan  kawan  untuk  luahkan  perasaan.. 

Mimi Lin  duduk  kembali.  Dia  tidak  mahu  dikatakan  anak  yang  tak  kenang  budi,  tak  beradap  lagi. Benarlah  kata  emak. ...  kalau  ditegur  kaum  nenek  sebagai  tak  kenang  budi,  mesti  ada  yang   sakit  hati.  Mungkin  saja  ada  orang  yang  akan  berdendam  sampai  mati.

“Nenek  kamu  cerita,  tidak  terkira  banyaknya  tongkang  membawa  kaumnya  mengharung  lautan.  Penuh  sesak   tongkang  dengan  manusia  dan  bekalan.  Mujurlah  tongkang  mereka  naiki  tidak  tenggelam.  Tiada siapa  yang  tahu  berapa  lama  dan  jauhnya  perjalanan.  Yang  penting,  mereka  melarikan  diri,  meninggalkan  negara  kerana  peperangan....”emak  menyambung  cerita.

Di bumi  ini  semua  kaum  hidup  aman.  Semua  kaum  hanya  mendengar  kaum-kaum   tempat   lain  hidup  dalam  penderitaan  akibat  peperangan.  Adakah  kaum-kaum  di tanah  air  ini  teringin  merasa  hidup  dalam  peperangan?...Mimi Lin  berjeda  sendirian.

“....Beberapa  bulan  sesat  barat  barulah  jumpa  daratan.  Ada  tongkang  yang  mendarat.  Banyak  lagi  yang  teruskan  perjalanan.  Semua  dalam  tongkang  berserah  nasib,  ikut  saja  tekong  yang  membuat  keputusan. ..”

“Takdir  Allah..tongkang  yang  dinaiki  dipukul  ribut.  Tongkang  terbalik  berhampiran  daratan  dalam  suasana  kelam kabut.  Semua  turun  berebut-rebut.  Nenek  cerita  semua  bertolak-tolak.. orang-orang  tua  dan  kanak-kanak  siapa  pun  tak  sudi  nak bantu  dan  tolong  sambut. .....agaknya   kaum  nenek  tak  ramai  yang  berhati  lembut...Haaaiii....”

“Maak...” Mimi Lin  cuba  untuk  berkata-kata...namun  tak  berjaya.

“ Satu  tongkang  tidak  tahu  mereka  terdampar  di mana.  Namun  pertolongan  sampai  tak semena-mena.  Satu  kaum  yang  berkulit  sawo  matang ,  tidak  putih  melepak  seperti  mereka.  Semua   mangsa  dibantu  sekadar  apa  yang  ada.  Sehingga  kini  sama-sama  menetap  di bumi  yang  sama....kemudian  barulah  kaum  nenek  tahu,  inilah  Tanah  Melayu  namanya...”  Emak  semakin  beriya   bercerita. 

“Nenek  dua  beradik  merempat  di satu  desa.  Kaum  nenek  dilayan  dengan  mesra.  Orang  Melayu  di sini  membantu  tanpa  dipinta.  Kaum  Melayu  ini  bukan  orang  kaya-kaya  tapi  sudi  berkongsi  rezeki   yang  ada...”

 Mimi Lin  teringat  di desa  inilah  terjalin  kisah  cinta.

“Mak...di sinikan  nenek  bertemu  lelaki  Melayu  yang  budiman...nenek  dari  Negara  China,  atuk  dari  Kuantan...saling   jatuh  cinta ..”   Mimi Lin pula  berkisah  sakan.

Emak  mengangguk  perlahan.  Mata  mak  kelihatan  bergenang...itulah  takdir  tuhan.  Hidup  mati,  jodoh  pertemuan  semuanya  Dia yang  menentukan. 

“Waktu  tu  semua  kaum   hidup  bersama  dalam  aman.  Kaum  nenek  rajin  bekerja,  senang  cari  makan.  Orang  tempatan  bertolak  ansur.  Tiada  rasa  cemburu  dan  tertekan.  Bangsa  Melayu  yakin,  rezeki  masing-masing  disediakan Tuhan.  Malah  kaum  yang  datang  diterima  sebagai  kawan  dan  hidup  berjiran..Bukan  nenek  saja  yang  dapat  teman...ramai  lagi  yang  berkahwin  dengan  orang  tempatan...sehingga  kini  sudah  beberapa  keturunan...”

Kini  sudah  ada  generasi  ketiga,  keempat  dan  kelima.  Ada  yang  berkulit  putih... sawo  matang  pun  ada.  Berkulit  teh  susu  pun  ada  belaka.  Mujur  tiada  yang  berbelang. 
Mimi Lin  merenung   warna  lengannya..  teh  susu  punya.   Alahai,  mana  boleh  nak  salahkan  sesiapa.  Warna  kulit  buat  apa  ditanya...hati  yang  perlu  diambil  kira.

 Emak  menepuk-nepuk  meja.  Ada  surat  khabar  terbentang  rupanya.  Ada  berita  panas  yang  dibaca.  Itulah  puncanya  emak  membuka  cerita. 

“Sekarang  generasi  sudah  bertukar  orang.  Semua  sudah  tidak  dikenang.  Rasa  terhutang  budi  sudah  hilang..anak-anak  muda  kaum  nenek  kini  semakin  garang..Tiada  siapa  yang  menghalang.  Kaum  nenek   hilang  pertimbangan  selepas  hidup  senang.   Kini   hendak  berjuang,  menuntut  kesaksamaan.  Malah  lebih  teruk  lagi ...  hendak  ambil  alih  pemerintahan....Haaaaaaiiiii...mana  kaum  atuk  tak  berang...”  Keluhan  emak  semakin  panjang. 

 Telah  dijangka  versi  emak  lagiii  panjang.  Sudah  tentu  kurang  ajar  jika  dihalang.  Biarlah  emak meluahkan  perasaan,  asalkan  hatinya  tenang. 

“....Kaum  atuk   kini  semakin  tak  tahan.  Berapa  lamalah  mereka  sanggup  nak telan...mak  takut,  sampai  waktu  kaum  datuk  akan  tertekan.  Bila  tidak  tertahan, lambat  laun.. mereka  pasti  akan  bangkit   melawan..Pantang  anak  Melayu  dicabar  lawan.....”

Mimi Lin  menungkat  dagu.  Biarlah  emak  habiskan  cerita,  mencurah  perasaan,  dia  akan  tunggu.  Siapa  lagi  yang  ada,  Mimi  Lin  anak  bongsu. 

“.....Haaaiii...mengapalah  kaum  nenek  sengaja  cari  musuh  setelah  kaum  datuk  terima  kaum  yang  mendatang  sebagai  kawan....Haaaaiii...” emak  tidak  habis-habis  mengeluh,  menggambarkan  hatinya  yang  rawan...

Manakan  tidak.  Kaum  atuk,  kaumnya.  Kaum  nenek  juga  kaumnya.  

 Emak sudah  mengeluh  berkali-kali.  Mimi Lin turut  mengeluh  di dalam  hati.  Kalau  macam  ni, mahu  saja  mereka  di serambi  sampai  pagi.

“.... sekarang  kaum  nenek  dan  kaum  datuk  sukar  bersatu...tambahan  ada  ketua  berkepala  batu.  Busuk  hati  macam  hantu.  Pengikut  pula  sama  saja  termasuk  kutu-kutu......tak  akan  berjaya  jika  satu  kaum  saja  berlembut,  akhirnya  segala  usaha  untuk  hidup  aman  bersama  gagal , tidak   disambut....”

 Mimi Lin  mengangguk.  Bukan  dia tak  tengok.  Sedih  hatinya   mengingatkan  kaum  nenek  kini  ramai  yang  bongok.  Sedikit   saja  yang  berhati  jujur,  lagi  ramai  yang  bengkok.

“...Orang  Melayu  kata  Malaysia  negaraku.  Dulu  pun  Malaysia  dipanggil  Tanah  Melayu.  Hendak  dikatakan  bohong,  sejarah  telah  termaktub  di dalam  buku...  kaum nenek  tak  setuju...”

Betul  kata  emak.  Bukan  Mimi Lin saja  ikut-ikut  meniru.  Mimi Lin sudah  tengok,  sendiri  pun tahu.  Satu  negara  baru  selesai  PRU.  Mengapalah  semua  rakyat  tidak  mahu  bersatu?...  Bukankah   semua  rakyat  telah  hidup  aman  damai  dahulu?..

Dulu  kaum  nenek  hidup  susah,  hidup  macam  ulat  dalam  batu.  Merempat....   namun  kaum  atuk  sudi  membantu.  Bantu  dari  segi  wang  ringgit, kaum  datuk  tak  mampu...tapi  sanggup  berkongsi  kampung,  pekan  dan  negara.  Sekarang  apa  lagi  yang  kaum  nenek  mahu ?

 Kini  kaum  yang  telah  banyak  menolong  hendak  dijadikan  seteru.  Jikalau  nenek  masih  hidup,  pasti  nenek  akan  rasa  tak  menentu,  terharu,  sebu....mengapalah  kaumnya  kini  sudah  tidak  tahu  malu. Apa  lagi yang  kaum  nenek  mahu?...

 Sudah  lupakah  mereka  semua  akan  asal  usul  nenek  moyang,  juga  sejarah  lalu.  Kisah  penderitaan  kaum   melarikan  diri  dari  negara  asal  yang  terletak  jauh  beribu-ribu  batu.  Sudah  hilangkah  perasaan  sedih  dan  pilu.....  setelah  diberi  simpati  dan  dibantu..

Kini  perangai  kaum  nenek  sudah   berubah.  Sifat  tamak,  pentingkan  diri  dan  rakus  semakin  menyerlah.  Selepas  PRU,  parti  kaum  nenek  kalah...tapi  tidak  mahu  teima  keputusan  dan  menyerah.  Malah   memberontak,  merata  mereka  menyalak.  Salahkah  jika  kaum  atuk  yang  telah  banyak  berlembut  naik  darah?

“ Berhari-hari   kaum  nenek  menjerit  terlolong  mahu  ubah.  Mengapa  pula  senang-senang  hendak  ubah.  Ini  adalah  kedaulatan  Negara  Tanah  Melayu,  bukannya  sarang  lebah.  Hati-hatilah !   Kaum  atuk   berlembut  bukannya   lemah.   Jika  melampau   sangat,  kelak  semangat  pahlawan  pasti  bercambah.  Jangan  dah  terlewat,  baru  hendak  mengelabah...”  Emak  berceramah.

“Sekian  lama  diberi   menumpang,  sampai  jadi  rakyat  tempatan,  bersama  hidup  aman  dan senang.  Kaum  nenek  ingat  mereka  saja  yang  tahu  nak  menang.  Jika  beginilah  caranya,  sampai  bila  pun  hidup  tak  akan  tenang...” emak  merungut  panjang.

 Kaum  nenek rajin  bekerja. Ramai  yang  jadi  kaya  raya.  Kaum  atuk  terima  seadanya.  Sudah  berjaya,  hendak   merampas   kuasa  pula...Mimi Lin mengiyakan  saja  rungutan  di hatinya.

“ Mak..  kita  tak  upaya  nak  membantu...sekadar  boleh  mengundi,  pangkah  satu...terpaksa  lihat  saja  kaum  nenek  dan  kaum  atuk  bertelagah  macam  seteru.  Walhal  orang  Melayu  sudah  lama  membantu,  tolak  ansur..  ajak  bersatu...Kaum  nenek  tak  mahu.  Mereka  hendak  lebih  dari  itu...” 

Emak  merenung  Mimi Lin,  terharu.  Lega  anaknya  faham   dan  tahu.  Sayaaang...kaum  nenek merusuh,  tak  puas  hati  ini  dan  itu.  Kalau  boleh  semua  mereka  mahu.  Jika  seluruh  kaum  atuk  mati  sekali  pun,  adakah  kaum  nenek  nak  ambil  tahu.

Emak  terkenangkan  anak  cucu.  Seperti  kuih  yang  mengikut  bentuk  acu.  Peribadi  dua  bangsa  bercantum   satu.  Bersopan-santun,  bertolak-ansur  dari  darah  atuk,  orang  Melayu.  Rajin  berusaha,  kuat  bekerja   dari  darah  nenek  Cina,  bersatu.  Kaum  kacukan  dua  bangsa  diterima  sebagai  Melayu.  Tiada  apa  lagi  yang  kami  mahu...Cuma  berdoa  agar  semua  kaum  hidup  bersatu.

Malang  bagi  orang  Melayu,  ada  gunting  dalam  lipatan...Ada   orang  bertuhankan  nafsu,  berajakan  syaitan.   Semua  ini  sudah  suratan.  Kita  berdoa  pada  tuhan.  Setiap  yang  berlaku,  ada  yang  tersirat  di  sebalik  kejadian.

Kaum  atuk  kena  beringat.  Kaum  nenek  pandai  mengambil  kesempatan.  Mereka    bersekongkol   dengan  musuh  dalam  lipatan,  hatta  dengan  syaitan... agar  tercapai  segala  impian.  Kaum  nenek  nak  jadi  menteri  besar  dan  sultan.  Menjadi  Agung  juga  adalah  impian.  Semua   cita-cita  diam-diam  disimpan. Mereka  sabar  menunggu  impian  menjadi  kenyataan.

 Mimi Lin  dilanda  bimbang  lalu  menupang  dagu,  termenung.

Mimi Lin  terkenang  nenek.  Wajah  putih  melepak  dengan  mata sepet. 
Mimi  Lin  dan  emak  berpandangan.  Yang  indah-indah  kini  tinggal  kenangan. 

JANGANLAH  NEGARAKU  TERPERANGKAP  KE KANCAH  PEPERANGAN.
SATU  TEKAD,  SATU  TUJUAN,  SATU  IMPIAN.
MARILAH  KITA  SEMUA  KAUM  HIDUP  DALAM  AMAN.

KEAMANAN,  PERPADUAN  DIHARAP  JADI  KENYATAAN.

Assalamualaikum pd sume kawan2 yg.sudi membaca curahan hati ini...laa ni.baru dapat tarik nafas lega sbb dah hantar sume karya PTRNSD ke meja P2u.Watammat.Gitulah akhirnya.Utk komen2  dr kawan2 yg bertanya....mungkin karya saya sdg dlm penilaian oleh pihak penerbit p2u. Kalau berjaya dibukukan,Alhamdulillah. Sama2lah kita tunggu.

 Satu novel,lagi.. sinepal dan mek siam, masih tersangkut. Hati masih tak puas sbb kerja belum selesai. Harap2 menjadi percubaan kali ini. Baru tahu betapa susahnya nak menyudahkan satu novel. Mula2 tu memang dah tobat tak nak berkarya lagi...tapi semenjak dua menjak ni jenuh pulak menungkat dagu bila menunggu mata yg tak nak lena...boring gak tak buat ape-ape. Nak belek anak..anak-anak pulak dah besar, lainle kalau ade baby baru....hihihi... Dalam kepala pandai2 je mereka-reka plot yg lain. Memadan nama hero dan heroin...gandingan yg baru...mmm macam gaya nak cari susah aje nampaknya.

Kaki tengah lengoh... baru je balik pasar malam..pergi borong ikan yg susah hati tulaah...ikan termenung. Ikan untuk kucing dan tuan kucing sekali. Senang membeli belah di pasar malam sbb semua org kita. Kalau gi market memang sakit hati. Bukan boleh membeli di sebarang gerai...alamat buah hati akan tarik tangan.Boleh membeli di kedai org Islam saja.Tak kira bangsa apa janji membeli belah sesama Islam.Kata suami fardu kifayah utk sume org Islam. Setiap sen yg bertukar tangan akan digunakan utk menjalani kehidupan buat setiap keluarga Islam... insan yg wajib menyembah Allah. Kalau ke poket org lain ...mungkin diguna utk membeli colok....mmm, betul gak...so wajib dengar cakap suami....

Pernah hari tu balik kampung...kg. mana lagi, Kg.Sg. Rokam le...Pergile market Gg.Rapat namanya. Udahle pergi agak lewat...ikan dah tak berapa banyak di gerai org kita yg sememangnye tak berapa banyak di sini..ada dua tiga meja aje org kita. Meja org lain ada banyakle tapi haram suami tak izinkan melangkah ke sana...Tapikan bila direnung2 ade je org kita yg pakai kopiah dan yg pakai tudung sesedap rasa membeli di gerai org lain.Yg tak pakai tudung lagile berlambak2. So, bila ekonomi org lain maju dan mantap..sampai kaya raya mengalahkan kaum seugama...geram jugak. Ate salah sape?

Terpaksale mike membelek ikan yg dah tak berapa banyak itu, di meja org kita yg sememangnye tak berapa banyak itu. Mata ikan pun dah ala-ala org pakai kontek lens warna merah. Bila  pegang je ikan nak memilih, ikan-ikan itu pun semua dah macam Pandalela sedang membuat penerjunan ketika pertandingan...kepala ke bawah mengikut tarikan grafiti. Sambil memilih mata merenung meja org lain..kenapa eh,ikan depa banyak dan masih segar2 je?...Konfirasi? Double standart? sabotaj?....adeke? Hahaha, macam org politik je. Dlm hati sendiri tertanya2...entah bila nak ada jawapan.
.
Itu cerita sebelum PRU. Lepas PRU 13, isu ini bangkit. Hati terasa seronok. Bangsaku telah tersedar. ramai yg dah celik mata. Buy from Malay or Muslim first...Tapi agak terlambat, namun selagi masih belum kiamat mungkin bangsaku boleh bangun sama bersaing dalam dunia perniagaan. Semoga ekonomi kita setara dg org lain. Bila direnung-renung kuasa membeli rupenye ade di tangan org Melayu.Maknanya hidup mati setiap perniagaan itu bergantung besar dg org Melayu. So, tunggu ape lagi...jom sama2 kita saling bantu membantu menaikkan nama bangsa seugama.

Cuba fikir..eh, sebenarnye kepala sendiri yg tengah berfikir ni.Ini senario biasa. Ada satu kampung atau kawasan perumahan. Ada satu kedai  runcit org kita dan ada satu kedai org bukan kita. Apasal kedai kita pelan kurang barang2 dan pelan malap..tak ade ramai pelanggan. Kedai org lain pula semakin penuh barang dan semakin ramai pelanggan..kedai pun di tambah2 sampai tak cukup tanah. Yg heran tu...kawasan tu tempat org kita. Org lain ade dua tiga kerat. Yg lagi heran tu yg dua tiga kerat tu...setengah kerat pun tak hingin nak pijak kedai kita walau pun sebelah kaki. Tu yg buat kepala berasap, tak habis pikior sampai laaaa niii....

Mmm, susah nak pikior hal negara, maka lap top menjadi peneman mencurah rasa.Aaaa, nak kena berkarya juge nampaknye. Okle nak mula menyambung kisah si nepal dan mek siam jugele...