Sarapan pagi abah diletakkan di meja kecil di tepi katil.
Tiga keping roti dan secawan milo. Roslinda telah meminta cuti untuk dua hari
lagi memandangkan abah masih lemah dan pening-pening. Adakah abah akan pulih
dalam dua hari? Jika lama lagi Roslinda kena faham keadaan majikannya, Kak
Suria yang baik hati itu. Roslinda risau jika Kak Suria terpaksa mengambil
pekerja lain.Takkanlah dia hendak mengharapkan
Kak Tipah, Kak Tun aka kakak Roslan, Roslan dan Man Belon
selama-lamanya. Roslinda telah penat memikirkannya dari semalam lagi. Seketika
kemudian Roslinda melangkah ke rumah
Roslan. Jika Lan tiada Roslinda akan mencari Lon pula.
“Tak nak, tak nak...tak nak!...muktamad” tegas
Roslan.
Roslinda hanya
merenung muka Roslan penuh harap. Rasa hendak ketawa pun ada. Muka Roslan masam
berkerut. Kedua-dua tangan dikepal menahan geram seolah-olah menahan diri
sendiri dari menyerah kalah. Kepala
digeleng-geleng beberapa kali. Macam budak kecillah Roslan ni.
“Alah Lan.....kau kan kawan aku...kau kesian kat aku
kan? Kalau Kak Suria tu ambil orang lain...kat mana lagi aku nak cari kerja
yang macam tu..”
“Macamlah tak ada kerja kat tempat lain...nanti kita
cari sama-sama” ujar Roslan.
“Kerja tu sesuai untuk orang perempuan, jemur kain,angkat
kain, lipat, gosok baa.....oops..er..” Roslinda tersalah cakap. Baru tersedar
bila melihat muka Lan yang masam mencuka.
“Hah..sebab tulah aku tak mahu kerja ganti tempat
kau.” Tegas Roslan lagi.
“Boss aku tu baik tau...Lan cubalah dulu.” Roslinda
memujuk.
“Malulah aku... kerja kat kedai dobi ....nanti ada saja yang peril-perli
aku.”
“Ala dua tiga hari je,...sampai abah sihat sikit.”
Rayu Roslinda lagi.
“Kalau lambat lagi nak sihat camna aku ni.....” Roslan
bertanya didalam hatinya. Tak sampai hati nak keluarkan soalan ini pada
Roslinda.
“Sehari kerja dapat dua puluh lima ringgit tau,..”
Roslinda menyangka diam Roslan kerana sudah setuju. Roslan tetap tidak setuju..cuma
macam mana nak bagi Lin ni faham.
“Kalau kau kesian sangat-sangat kat aku, kau bagilah
dua puluh lima ringgit tu kat aku” gurau Roslinda.
Roslan menjegilkan matanya...”Aku belum setuju nak
kerja lagi..kau dah nakkan gaji aku tu...nantilah aku fikir dulu.”
“Eh tak payahlah nak fikir-fikir lagi Lan. Nanti orang
lain masuk ...kesian kat aku...atau kau ...mmm tak palah kalau kau tak nak.”
Roslinda mula nak merajuk.
Sudah penat memujuk tak jalan-jalan juga baik dia saja yang
merajuk. Tukar strategi. Bukan dia tak kenal Lan. Sudah lebih dua puluh tahun
lebih, membesar bersama.
Roslan duduk semula di sofa. Suasana redup dan
berangin di bawah pokok ketapang tidak dapat menenangkannya. Dia menarik nafas
kemudian melepaskannya semula perlahan-lahan. Satu cara mengawal kesabaran, amalan sejak berkawan dengan
Roslinda...selalu Lin saja yang hendak menang...budak perempuan!....sudahnya
kena mengalah juga. Bukannya susah untuk menang
tetapi lebih senang kalau mengalah. Roslan mengeluh
lemah. Roslinda pula mula tersenyum-senyum.
Roslan terbayangkan Kak Tun, kakaknyalah orang pertama
yang akan mentertawakannya...sebab
Roslan selalu mengelak bila Kak Tun memintanya
menyidai atau mengambil pakaian diampaian.
Alasannya ialah itu kerja perempuan. Sesekali Roslan terfikir
juga kenapa dia selalu menang bila berdepan dengan Kak Tun..tapi selalu
mengalah bila dengan Roslinda. Jika Lon ketawakan dia
siaplah kepalanya aku luku, gerutu hati Roslan. .
“Kaulah kawan aku dunia akhirat. Nanti kalau aku kaya,
aku beli kedai dobi tu bagi kau. Lan jadi tauke dobi...waktu tu orang yang nak
ketawakan kau tu ..aleh-aleh jadi respek kat kau pulak.”
“Ialah tu..pandai nak bodek aku. Nak tunggu kau kaya
...mm..sampai tualah aku.”
“ Ok,ok..thank you...nanti
Lin talipon beritahu Kak Suria.” Senyum Roslinda semakin lebar.
Roslan pula tersenyum tawar tapi melihat keriangan
yang terpancar diwajah sahabatnya, hatinya sedikit terubat. Melihat Roslinda
ketawa mengembirakan hatinya juga. Semasa di sekolah rendah dahulu misi dia dan Lon ialah cuba
mengembirakan hati Roslinda dan membuat Lin ketawa kerana waktu itu Roslinda
selalu sangat menangis selepas kematian emaknya .
“Kalau aku kaya, Lan ajelah bagi duit kat si Lin ni...tak
payah kerja kat kedai dobi tu...eh..eh sama aje aku dengan
Lin....berangan-angan jadi kaya....” Roslan tersenyum sendirian.
_ _ _ _ _ _
Jam didinding menunjukkan pukul sebelas dua puluh
minit pagi. Selepas membasuh pakaian
Roslinda menjenguk abah di bilik. Abah masih lena. Roslinda mengatur langkah ke
dapur. Bab ini yang memerlukan daya kesabaran tahap paling tinggi daripadanya.
Untuk ke dapur Roslinda terlebih dahulu
perlu keluar melalui pintu hadapan,melintas sebuah rumah jiran, menyusur dan pusing
satu rumah itu untuk masuk ke pintu dapurnya yang terletak nombor dua dari
hujung. Macam cerita P.Ramlee pun ada.
Beruntung juga tuan rumah, rumah sewa empat pintu itu
tidak melarang apabila abah minta kebenaran
untuk membina satu bilik air dan tandas tambahan di bahagian hadapan
rumah, di tepi bilik mereka. Jika tidak tentu Roslinda dan abah akan menghadapi
masaalah besar bila terpaksa melabur dalam kadar segera.
Dinding papan juga dibina di tengah rumah. Maka rumah
mereka terbahagi dua. Bahagian hadapan diduduki
abah dan Roslinda. Bahagian belakang menjadi rumah untuk Kak Tipah dan
Nini. Untuk menjaga syariat kerana mereka tiada talian keluarga. Tuan rumah dan
semua jiran tahu akan hal ini agar tidak berlaku fitnah. Orang lain Roslinda
tidak tahu tapi bagi dirinya sendiri sangat kagum dan bangga dengan sikap abah.
Sanggup bersusah payah kerana hendak menolong
jiran.
Dahulu Kak Tipah datang dari kampung mencari kerja.
Bila dapat kerja di kilang berdekatan, dia menumpang di rumah kakak dan abang
iparnya. Selepas abang iparnya ditangkap kerana terlibat dengan kes pengedaran
dadah, kakaknya pula menghilangkan diri entah ke mana. Apabila Kak Tipah
diminta mengosongkan rumah sewa kerana tunggakkan sewa selama tujuh bulan tidak
dapat dilangsaikan, abah mempelawa Kak Tipah menumpang dirumah mereka sementara
waktu.
Sementara waktu itu telah bertukar menjadi sehingga
kini. Kini Kak Tipah menanggung keperluan dapur
selepas abah ditimpa kemalangan. Pendapatan Roslinda digunakan untuk
membayar sewa rumah dan menjelaskan bil air dan eletrik.
Tiba di dapur Roslinda terus duduk menghadap Kak Tipah
yang sedang mengupas ubi keledek.
“Kak Tipah ..Lin nak pergi ambil basikal..abah tengah
tidur....balik nanti Lin masak untuk tengahari ni.”
“Kenapa semalam tak ambil.....bukan Lin lalu situ
semalam dengan Lan...kena curi karang ..haa susah.”
“His ...Kak Tipah ni...sapa lah hendak basikal buruk
abah tu....semalam tak sempat. Lin kenalkan Lan pada Kak Suria....lapor diri,...Lin
tunggu sekejap sebab nak tunjuk ajar sikit-sikit. Tiba-tiba ramai pulak
pelanggan. Lin tolonglah sekejap.....Lan pulak lepas hantar Lin terus nak cepat
masuk kerja semula.”
“He.he..semalam Kak Tipah terserempak dengan Tun,..dia
kata pandai si Lin tu pujuk adik dia yang pemalas tu. Di rumah baju sendiri pun
malas nak basuh,tup..tup..sekarang basuh baju orang.”
“Sebenarnya Lan kesian kat Lin je.....janganlah kata
dia macam tu..Lin punya pasal orang lain peril-perli dia.”
“Ialah,...kita tutup cerita pasal kawan kesayangan Lin
tu....haa,pergi ambil basikal tu cepat...nanti lesap.”
“Banyaknya ubi hari ni...sampai satu guni. Tunggulah
kita buat sama-sama petang karang.” Saran Roslinda sambil bangun untuk beredar .
“Ni ..ha..Cikgu Zarina tempah untuk majlis hari jadi
anak dia petang ni...dua ratus biji,..Hj. Saad pulak nak tiga ratus biji untuk
kenduri arwah di rumahnya lepas mangrib.....tu yang mula awal...takut tak
sempat...” ujar Kak Tipah sambil tangannya ligat mengupas ubi.
“Apa tak cakap awal kat Lin...boleh tolong awal.” Kata
Roslinda sambil memandang Nini yang sedang mengeluarkan ubi sebiji-biji dari
guni.
“Lin kan jaga abah tu,..Kak tak naklah menyusahkan,...Insyaallah,
sempat...tu yang mula awal.” Ujar Kak Tipah. Sesekali matanya menoleh melihat
Nini menyusun pula ubi kedalam besen di sisinya.
Kecil-kecil
sudah ada rasa ingin menolong. Sekali pandang perbuatan Nini seperi tidak memberi apa-apa kesan. Setelah
memerhatikan beberapa ketika Roslinda dapati usaha yang kecil setakat
mengeluarkan ubi dan menyusun kedalam
besen ditepi lutut Kak Tipah telah melancarkan proses membuat inti karipap itu. Melihat situasi itu timbul satu
pengajaran buat Roslinda. Hulurkan bantuan sesama manusia mengikut kemampuan masing –masing.
Walau pun kecil dipandang orang tapi bagi orang yang memerlukan besar nilainya.
“Rajinnya adik Kak Lin ni.......”puji Roslinda , sambil
tangannya mengusap-ngusap kepala Nini. Nini menoleh memandang Roslinda
sambil tersenyum menyeringai menampakkan
gigi susunya yang jarang-jarang.
“Nini emang ajinlah Kak Yin.” Jawab Nini dengan
pelatnya.
“Ala ..ala pandailah Nini ni...pandai jawab macam ni...nanti
pergi sekolah tentu cikgu sayang.” Puji Roslinda lagi.
“Eh Lin nak pergilah....cuma...Kak Tipah jangan usik-usik Lan tau .”
“Kalau si Lan tu pagi dah pergi kerja, petang baru
balik bila masa Kak Tipah ada chance
nak usik dia.” Kak Tipah menjawab selamba.
“Eh..Kak Tipah ni main-main pulak....Lan tu dah setuju
nak kerja seminggu.....Lin pulak sekarang penganggur...emm Kak Tipah kena
tanggung Lin sekarang ni.”
“Ok je,.jadi pekerja Kak Tipah...hari-hari kena buat
seribu biji karipap....amacam...boleh?” Kak Tipah sengaja mengusik. Selama ini
pun Roslinda yang banyak membantunya bila dia ada di rumah.
“See the leh lah.....tutup
mata pun...er..ni lagi bagus ...sambil lena pun Lin boleh buat karipap....he,he.”
Roslinda berlagak bagus. Sama naik melawak dengan Kak Tipah yang sudah dianggap
sebagai kakak sendiri.
“Sambil lena buat karipap ke.... buat karipap sampai
terlena.?” Usik Kak Tipah lagi.
“Malaslah nak layan
Kak Tipah, ........Lin ‘chow’
dulu..Assalamualaikum.” Roslinda
akhirnya meninggalkan dapurnya, Kak Tipah, Nini dan projek karipap.
“Mana kau letak BMW kau tu Lin?.......kata belakang club aku ni.” Soal Lon, Sambil bercekak
pinggang, matanya melilau melihat sekitar belakang pondok di tepi jalan besar .
“Lin tinggalkan kat sinilah...betul-betul baringkan
kat belakang ni.!”
“Kena kebaslah ni...” Lon mengagak.
“Takkanlah basikal buruk pun orang nak ambil...”
rungut Roslinda sambil menggaru dahinya
menyebabkan cap diatas kepalanya
tersenget.
“Sebab buruklah basikal tu hilang.......eemm, jangan-jangan
si Velo yang kutip besi buruk tu ambil tak?...manalah tahu....dia ingat kau tak
nak dah BMW tu.”
“Kau ni kan Lon tak habis-habis BMW,BMW...aku tengah
sedih ni.....susahlah Lin nak pergi kerja nanti...isk..isk” suara Roslinda
kedengaran sedikit sebak.
“Ah,ah..jangan nak mula leleh depan
aku...aa..nanti aku leleh sekali tahun
depan pun belum tentu boleh
berhenti.” Lon cuba berjenaka.
Tiada sambutan dari Roslinda. Man Belon menoleh ke arah
Roslinda dibelakangnya. Dilihatnya Roslinda sedang menenyeh –nenyeh hidung.
“Hish,hish,hish...pakaian kalahkan si Salman sotong
tu, cap, jaket, ray-ban bagai......kalau kau
nangis jugak....lepas ni pakai je baju kurung...aku nak pujuk pun tak lah
segan.” Lon cuba lagi melawak, dia tidak mahu Roslinda menangis. Masih tiada
maklum balas dari Roslinda. Ligat kepala Lon mencari idea untuk menceriakan
Lin. Kalau Lan ada tidaklah dia pening sendirian. Apatah lagi memang dia tengah
pening kepala. Biasalah berniaga dipasar malam, lambat tidur. Paling awal boleh
tidur pun lebih kurang pukul satu. Bangun pun biasanya paling sedap pukul tiga
petang.Jadi bila Lin memerlukannya terpaksalah korbankan masa tidurnya. Kurang
tidur menyebabkan kepalanya pening-pening lalat.
“Eer..Lin bayangkanlah kalau aku terpaksa pujuk kau...gosok-gosok...belai-belai...,
gaya memujuklah...tup,tup..orang nampak...mesti orang ingat kita ni gay...mahu mak kita balun sam.......”
Lon tersedar dari merapunya. Dia menjeling sekilas kewajah Roslinda. Moyok.
“Lin tengah sedih, sebut mm.....” Lon yang terasa
bersalah menerpa memegang kedua-dua
bahu Roslinda. Tanpa sedar
mengusap-ngusap dan menepuk-nepuk bahu
Roslinda. Tanda minta maaf.Tanda memujuk. Nasib baik Lon cuma pening lalat
,kalau pening kambing mungkin Lin dipeluknya.
Roslinda terkejut
seketika dengan reaksi spontan
sahabatnya. Buang tabiat ke apa Lon ini. Rasa-rasa macam hendak disepakkan
sahaja. Oleh kerana ini kesalahan
pertama, Lon dimaafkan. Jadi Roslinda sekadar memijak kaki Lon.
“Sorry,sorry.” Lon tersedar lalu tersipu-sipu.
Nasibnya baik juga kerana Roslinda adalah pemegang tali pinggang hitam dalam
seni mempertahankan diri taek won do.
PON,PON,....PON,PON.....
Lin dan Lon terkejut,lantas menoleh serentak. Sebuah
BMW hitam berkilat berhenti di jalan
besar tidak jauh daripada mereka. Wow,besarnya . Kedua-duanya teruja.
“Apalah nak jadi dengan budak-budak
sekarang,....tengok tu , sama-sama jantan pun jadi,...kita nak
tanya budak-budak tu ke? “ Pak Saman meluahkan rasa
kurang senangnya sambil menoleh kearah majikannya yang duduk disebelah.
“Sama jenis ke, berlainan jenis ke...sama saja
dosanya. Masa muda akal fikiran kita singkat..kalau iman tak diterap
awal....kita mudah terbabas.,,,Kita tanya dulu,..lepas tu kalau ada peluang
kita bagi nasihat.” Majikannya bersuara tenang.
Pak Saman menganggok-nganggok tanda setuju. Rasa sedikit kesal kerana cepat
menuduh. Ternyata majikannya seorang yang sangat cool......meminjam istilah yang selalu digunakan oleh anak
majikannya bila menyatakan tentang sikap ayahnya.
Pak Saman membuka pintu kereta dan menjengokkan
kepalanya keluar. Pak Saman mengangkat tangan lalu memberi salam.
“Pak cik nak tumpang tanya....jalan ni masuk ke Kampung
Bunga Cempaka ke?....atau simpang satu
lagi di atas tu?” Pak Saman bertanya .Tangannya menunjuk ke arah hadapan tapi
matanya memandang ke wajah Lin dan Lon...kemudian ke wajah Lin kembali.
{“Budak perempuan rupanya”}...Pak Saman terperasan
rambut Roslinda yang diikat satu seperti ekor kuda. Kulit putih melepak. Muka
pula sangat comel.
Lin dan Lon berjalan menghampiri longkang besar yang
memisahkan mereka dari jalan besar yang sedikit . Kedua-duanya begitu asyik merenung kereta besar dihadapan mereka. Dalam
mimpi pun mereka tidak berani memilikinya.
“Dua-dua simpang ni boleh masuk Kampung Cempaka pak
cik, cuma jalan ni kecil je tapi terus masuk kampung. Jalan atas tu besar, masuk kawasan kedai-kedai
dulu....nanti ada papan tanda untuk masuk kampung ni juga.” Panjang lebar
penerangan dari Lon.
“Anak-anak ni dari kampung ini ke?, ...bolehlah kami
tumpangkan sambil tunjukkan jalan.” Pelawa pak cik disebelah pemandu. Pak Saman
menoleh sekilas ke arah majikannya. Cara yang halus yang patut dijadikan
panduan kelak.
“Err....tak palah pak cik , kami tengah cari basikal
kawan saya ni, hari tu tinggalkan disini sekejap..sekarang dah tak ada pulak.”
Panjang lebar Lon memberi penjelasan.
“Sekarang ni mana boleh tinggalkan barang-barang
berharga begitu sahaja...orang kebaslah.”ujar Pak Saman pula.
“Ala basikal buruk dia saja pak cik.” jawab Lon dengan
betul bendul.
“ADOH!...” jerit Lon. Kali ini Roslinda tidak
melepaskan peluang menyepaknya.
Kedua-dua lelaki separuh umur didalam kereta BMW
tersenyum-senyum melihat gelagat Lin dan Lon.
“Kau kan Lon saja nak bagi malu kat aku.” Bebel
Roslinda sebaik kereta BMW bergerak meninggalkan mereka.
“La.. aku cakap
betul pun kau marah...aku kata basikal kau BMW pun kau marah.....kau
dat....”.tiba-tiba Lon terdengar...
“Grong
grang..grong..grang..klung..klang..klung..klang...
Roslinda dan Lon serentak menoleh ke arah jalan besar,
tiba-tiba Lon berlari naik kejalan besar. Roslinda turut berlari mengekori Lan
.
Mereka berdua laju mengangkat dan menggoyang-goyangkan
kedua-dua belah tangan ke arah Uncle Velo memintanya berhenti...tapi malangnya
lori buruk itu meluncur laju meninggalkan mereka. Entah betul sangat ke
...bendul sangat ke Uncle Velo melambai-lambai kembali ke arah Lin dan Lon.
Mereka hanya terkebil-kebil bila terpandang basikal buruk abah tersandar
dibelakang lori . Betul sangkaan Lon.
Mereka memandang sesama sendiri.
“ eh nak kejar ke tidak...er..larat ke....kejar lori
buruk kerana basikal buruk.”
Kesudahannya kedua-duanya pulang dengan hampa menaiki
motor Lon yang buruk juga!
Tiba dilorong yang menempatkan rumah Lan, Lin dan Lon,
mereka sekali lagi terkejut melihat kereta BMW hitam tadi ditepi port mereka. Pak cik yang memandu kereta
BMW itu pula sedang menyandar di sofa [buruk juga] dibawah pokok ketapang.
“Dah jumpa ke Pak cik.?.” Lon menegur ketika
memberhentikan motornya di hadapan pintu pagar rumahnya yang terletak bertentangan
pokok ketapang. Roslinda yang membonceng turun dari motor Lon untu pulang
kerumahnya yang berselang lima rumah selepas rumah Lon.
“Sudah,sudah.....terima kasih.” Jawap Pak Saman.
“Saya balik dulu pak cik.” Ujar Roslinda sekadar
berbahasa.
“Lon..Lin balik dulu,...”selepas empat lima langkah
Roslinda menoleh.
“Lon...TK..” laung Roslinda.
Lon menganggok sambil mengusap muka mengusir kantok
yang kembali menjelma. Sudah terbayang
bayang tilam dan bantal nya.
“Tee kay...apa benda tu?..” soalan dari pak cik
dibawah pokok ketapang menghilangkan bayangan tilam dan bantalnya.
“Er..pak cik ..TK tu maknanya terima kasih....macam OK
...yang ni TK.” Lon menjelaskan, gaya macam cikgu lah pulak.
“Saya nak balik tidurlah pak cik,
assalamualaikum.”dengan lurus bendul Lon
meminta diri.
Pak Saman menganggok sambil matanya memerhati langkah
Roslinda menuju kerumahnya.
{“Aik...rumah yang dimasuki oleh majikannya sebentar
tadi.”}
Sampai di pintu rumahnya Roslinda ternampak sepasang
kasut terletak elok dipenjuru. Hitam berkilat tentu berjenama macam BMW di luar.
Sempat matanya menoleh ke arah kereta tersebut sebelum melangkah masuk.
Tiada sesiapa pun diruang tamu. Kedengaran suara abah
sedang berbual dengan tetamunya. Roslinda melabuhkan punggungnya di sofa ruang
tamu untuk memberi ruang kepada mereka sambil memasang telinga.
Salam Cik Penulis,
ReplyDeleteSy dah baca cerita ni dalam P2U. Cerita ni sangat best,kelakar,buat sy gelak tergolek-golek.cuma banyak juga salah ejaan.yg nak kena edit(Sy ni guru BM, jd cepat je ternampak)Ha...apa kata bagi sy je tlg edit,percuma je,(hehehe.yg sebenarnya nak baca cerita ni cepat2.
Lagi satu, sy nak bagi cadangan, boleh tak kalau Si Nepal tu lambat sikit sedar akan cintanya pada Mek Siam,sb sy rasa, klimaks cerita ini ialah apabila Si Nepal menyedari perkara tersebut. So...,sebelum tu, biar dia blur dulu, tp pd masa yg sama dia berusaha dgn mcm2 plan utk buat Mek Siam jatuh cinta dan terikat padanya.
Mawardah
Bagus sangat2 kalu Cg dpt tlg, jika stuju nak tlg Cg bagi sy e-mail Cg..
DeleteSalam Cik Penulis,
Deleteini e-mel akak;
hamidah_mawar@yahoo.com
atau
hamidahmawar@gmail.com
akak pun dah baca ..citer ini di P2 ..citer ni mmg yg terbaeklah..
ReplyDelete