Wednesday 10 October 2012

SI NEPAL DAN MEK SIAM BAB 6


Saif menegakkan kepala,tangan kanannya memicit-micit tengkuk yang terasa lenguh. Kemudian kepalanya ditelengkan ke kiri,selepas itu ke kanan pula. Entah berapa lama tunduk menghadap kerja di hadapannya tidak dihiraukan. Dia begitu bersemangat dan tekun sekali untuk menyelesaikan kertas-kertas  kerja yang akan diserahkan besok pagi untuk dibentangkan pada mesyuarat lembaga pengarah-pengarah  syarikat.

Saif melihat jam meja yang terletak disisi kiri mejanya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul dua belas lima puluh lima minit. Waktu rehat makan tengah hari biasalah di semua pejabat, bermula dua belas setengah. Terlebih rajin hari ini....lagipun dia sedikit pun tidak terasa lapar.

Bagaimana hendak terasa lapar jika waktu sarapan pagi tadi dia telah menghabiskan satu pinggan mee goreng penuh memumbung. Pembetulan...... sebenarnya dia terpaksa .  Saif teringatkan Roslinda . Gadis itu sedang mencabarnya.

 Gadis itu sengaja mengisi pinggan Saif sepenuh-penuhnya. Bukan Saif tidak tahu Roslinda hendak mengenakannya.....Setakat cabaran menghabiskan sepinggan mee  goreng...    mmm ... kacang saja. Jangan perut meragam sudahlah.. bisik hatinya. 

Saif tersenyum sendirian mengingatkan kenakalan Roslinda. Dia sekarang sedang berhadapan  dengan misi membalas dendam Roslinda. Seronok juga melayan kerenah gadis muda itu. Saif tahu Roslinda masih marah pasal kejadian semalam.

 Senyumannya semakin melebar hingga tebit tawa kecil dari bibirnya tanpa disedari. Membayangkan semula  aksi Roslinda menjelirkan lidah  kepadanya sambil menjulingkan mata  membuatkan Saif tertawa lagi.

“Hoi !.....Apa ni ketawa sorang-sorang.... ada cerita bagus ke?..kau kongsilah dengan aku  .”suara Shafik mengejutkan Saif.

“Hish...terkejut aku...salam tak da,..hello pun tak da...ketuk pintu pun tidak...”rungut Saif.

“Hello bro.....semua tu aku dah buat....mula-mula aku ketuk pintu bilik kau, lepas tu..”hello, assalamualaikum,selamat pagi,apa kahabar.....” [Shafik mengajuk dengan suara yang sengaja di haluskan seperti suara perempuan].......satu pun kau tak dengar ke? “ tanya Shafik sambil menarik kerusi di hadapan meja  dan melabuhkan punggungnya mengadap Saif.

“Oh.....ada ke?..aku tak dengar pun.” soal Saif pula.

“Kau tengah berangan apa ni?.....ingat bidadari mana pulak?.....atau kau tengah teringatkan  Harlina...siap senyum-senyum lagi.”

“Harlina...yang sexy gila tu...buat pening kepala aku je” jawab Saif.

“Karina kut.” soal Shafik lagi.

“Yang tu kau ambillah....gedik sangat...meraba tak kena masa.”bebel Saif.



“Mmm.... ada ke lelaki tak suka kena raba dengan perempuan sexy?” Shafik bertanya lagi.

“ Kalau ramai yang suka pun ...ada kau nak jenis tu buat isteri ? tanya Saif kembali.

“Kau pilih Marina saja lah Saif.” Shafik memberi  cadangan.

“Marina?....mm..tak kuasa aku.” jawab Saif sambil menchebikkan muka.

“Hei  Saif...dia tu kan minat sangat dengan kau,kau saja jual mahal, ....tolak tuah betullah kau ni...kau tak ingat ke ,kalau kau terima dia,satu hari nanti kau boleh jadi pemilik utama syarikat ini ,   
......tak da lah setakat jadi jurutera saja.” kata Shafik lagi dengan beria-ria.

“Ah.. aku tak ada plan nak kawin sekarang ni.......tak puas ‘ single’ lagi.....kalau kau sendiri yang  teringin nak jadi menantu Dato’ Rahim, ...aku boleh jadi pengapit pengantin....kau pun tak kan nak jadi  jurutera juga sampai ke tua.”.....jawab Saif pula tidak mahu kalah.

“Ok,ok ...aku kalah...kau patut jadi lawyer lah Saif.....nak menang saja. Kau tak turun makan ke?...sampai aku habis makan,kau tak timbul-timbul.....selalu kau tak pernah miss makan nasi tengah hari.”

“Ha,ha,ha.....sebut pasal makan ni aku teringat balik pasal apa aku ketawa tadi,”..Saif teringat cerita mee goreng. Terbayang wajah Roslinda sekali.

“Kau taukan aku selalu ‘breakfast’ makan roti dengan telur rebus saja.... tapi hari ini aku makan satu pinggan penuh mee goreng,dua biji telur rebus...tambah lagi dua biji karipap...dan satu cawan teh susu yang penuh melimpah-limpah hingga ke piring.....ha,ha,ha.”kata-kata dan tawa Saif mengundang renungan pelik dari Shafik.


“Mmm...aku rasa kau tak habis cerita lagi kan?  Ada apa-apa lagi yang  kau nak tambah ?”..Shafik menunjukkan muka ingin tahu. Dia sudah masak dengan perangai sahabat baiknya itu.  Bercerita tak pernah selesai selagi tak di gesa.

 Mereka telah bersama sejak  belajar di sekolah menengah. Kemudian menuntut di UKM sekali dalam jurusan yang sama. Rahsia Shafik rahsia Saif.Cerita Saif cerita Shafik. Mereka sangat rapat.Rapat seperti adik beradik tapi lain emak lain ayah.

“Panjang ceritanya.....karang tak sempat habis, kau tak suka.....masa ‘ lunch’ pun dah nak habis ni.....nanti  nantilah, malam karang ke?.”...kata Saif sambil melihat jam. Kali ini jam  ditangan kirinya pula. Tambah satu lagi jam di dinding, ada tiga buah jam di biliknya saja.
 
“Hah....’ that remind me’...malam tadi kau apa hal ?... kata ada ‘ emergency’....punyalah aku tunggu..kalau tau kau tak nak turun ,baik aku temankan mak aku di rumah.......kau berhutang dengan aku....baik kau cerita Saif.....’.make it short’ ok.”Shafik tidak mahu mengalah.

“Ok ...aku ‘ make it short’....pak long aku dengan anaknya datang rumah....aku terkurung anak dia dalam almari bilik bacaan  ayah aku de....

“WHAT?...How?...soal Shafik separuh menjerit ,sebelum sempat Saif menghabiskan ayatnya.

“Ok..itu saja buat masa ini..nanti  ‘free’ aku cite lain.” Ujar Saif.

“Wei ...apa hal...buat aku saspen saja.” Gerutu Shafik.

“Kan kau kata ‘make it short’.....ini dah kira panjang tau tak.”sengaja Saif mengusik Shafik.

“Kau saja nak kenakan aku...nanti  kalau Karina gedik tu buat hal kau jangan harap aku nak tolong.”Shafik mengugut.

“ Ok,ok....usik sikit dah main ugut-ugut.......sebenarnya ......hanya kesilapan teknik.....tapi terkurung sampai pukul tiga setengah pagi,aku....

“HAA, TIGA PAGI!.... habis...budak kecik tu tak menjerit ke?....menangis ke?... Shafik  mencelah tidak sabar-sabar.

“Bukan budak keciklah ...dah besar,..aku bell........”cerita Saif dipintas lagi .

“Budak besar pun ,kalau terkurung sorang-sorang sampai pukul tiga pagi tak seram ke?.........
Kalau akuu.......Shafik belum habis  bercakap. Saif pula yang cepat-cepat mencelah.

 Itulah sebabnya susah hendak bercerita dengan Shafik. Perlu masa yang panjang dan kesabaran yang tiada hadnya. Banyak sangat ‘interval’. Sabar sajalah.

“Bukan sorang-soraang...”jawab Saif dengan malas.

“Habis tu terkurung dengan sapa?”.....dengan kau?...soal Shafik dengan nada mengusik. Tidak sesuai pulak kalau dia menyebut nama Pak Cik Abdullah.

“Ha’a ....dengan aku..”.Saif memandang wajah Shafik yang merenungnya . Riak  wajah seperti  tidak percaya mendengar jawapan  itu dari Saif. Hampir saja bercantum kedua-dua keningnya. Saif menahan tawa.

“ Macam mana boleh terkurung?...kan boleh dibuka dari dalam....tak logiklah......Macam tak berapa nak  percaya je cerita ni  ....” Shafik merenung tepat ke mata Saif.

“Bagus, aku tak payah cerita...”Saif mencapai pen di hadapannya  mahu menyambung  kerjanya semula .

“Ok,ok....sebab kau yang cakap aku percaya..tak sempit ke?,setahu aku  almari ayah kau  tu penuh   dengan barang-barang....habis apa kau orang buat sampai pukul tiga pagi? Shafik  bertanya lagi.

“ Mula-mula berdiri...terpaksalah berhimpit....tak larat diri kami duduk ....lagilah sempit.....akhirnya terlena berhimpit-himpit sampai kebas.”

“   Mmmm..   aku lupalah apa lagi aku nak tanya....eer...macam ada yang tak kenalah cerita kau ni Saif....mmm ...jangan-jangan kau saja nak kenakan aku .....tak ada apa yang menarik pun....ok lah aku nak masuk kerja,..’see you later’.” Shafik melangkah menuju ke pintu.

Di muka pintu Shafik menoleh semula memandang Saif.

“Macam mana boleh  tidur bersempit-sempit dalam almari tu? Soal Shafik. Dia masih tidak puas hati.

“Aku terpaksa  peluk dia...dia duduk rapat depan aku” Jawab Saif bersahaja.

“ Isy....tak geli ke peluk sesama  lelaki....atau kau..kau ni...”  Shafik tidak sanggup menghabiskan ayatnya. Tidak sanggup ,juga tidak berani.Nanti tak pasal-pasal kena belasah dengan Saif.

“Ada aku sebut budak tu.... laki-laki?”  Saif sudah tersenyum-senyum. Dia seronok dapat mengenakan Shafik sekali sekala.

“SAIF NASHRULLAH !! “  jerit Shafik geram.

“Yes,yes....En.Shafik !”  Shafik terkejut bila tiba-tiba satu suara lain melaungkan namanya pula .    Shafik  segera menoleh ke arah datangnya suara itu.

Saif turut sama memanjangkan tengkuknya  memandang  kearah  yang sama.

“ En.Saif ,En Shafik,...  baguslah dua-dua ada di sini...Dato’Rahim nak jumpa di pejabatnya sekarang.” Panggilan dari Puan Rozita salah seorang setiausaha di jabatan itu mematikan perbualan  mereka berdua.

Saif dan Shafik berpandangan seketika sebelum kedua-duanya mula bergerak menuju ke bilik ‘Big Boss’ mereka.

“You still owe me,you know.” Shafik berkata sebelum mereka melangkah masuk ke bilik Dato’ Rahim.





_ _ _ _








BREEP,BREEP,BREEP,BREEP

Roslinda  mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar jeannya. Dia segera menekan butang hijau apabila melihat nama yang tertera.

“Assalamualaikum,..Lin.” Roslan menyapa.

“Waalaikummussalam,...Lan ,kau ok ke...kat rumah ke tengah bawa motor?” tanya Roslinda.

“Depan rumah, baru balik kerja....tengah tenggek atas motor lagi........kau ok ke Lin...Lan call banyak kali tak dapat.  Risau aku. Kalau ada apa-apa, terus call aku tau.”Lan berpesan.

“ Sorry hari tu tak ada ‘ credit’...Lin tanya Lan ok ke tidak, tak jawab.... pas tu dia pulak tanya kita...he,he,..Lin ok je ..” Lin begitu gembira mendengar suara Lan. Sahabanya itu masih seperti selalu,sentiasa  risaukan dirinya.

“Lan lelaki..kau tu perempuan Lin,.....aku kat rumah,....kau di perantauan..chewah...ha,ha.....
Eh , camna abah kau Lin?....kata dah pergi jumpa doktor...duduk rumah pak su Lin tu ok ke?” tanya Lan.

“Wei,..banyaknya soalan...credit Lan banyak ke ...Lin cakap panjang nanti...jenuh tau?” soal Roslinda.

“Macamlah baru kenal aku...untuk Lin ,apa pun Lan sanggup buat ....walau pun kerja kat kedai dobi..ha..ha.”

Roslinda  segera menceritakan serba sedikit tentang abah. Rawatan yang seterusnya.Roslinda turut menceritakan kebaikan Pak Su Lah melayan mereka, juga serba sedikit tentang rumah yang di diaminya buat ketika ini.

“Kerja ok ke Lan? ...sorry  Lin selalu menyusahkan Lan ,paksa-paksa masuk kerja pulak...rawatan abah ni tak tau sampai bila....cam ni lah Lan, kalau Lan tak nak kerja lagi minta berhenti saja ..cakap elok-elok dengan Kak Suria...dulu Lin ingat hal abah boleh ‘ settle’ dua tiga hari.....tup-tup Lin ada kat KL  pulak, sorry sangat-sangat.” kata Roslinda .

“Woi,woi....panjangnya dialog sedih  kau Lin...aku  ok je..kerja pun ok ...hah... jangan nak sedih-sedih,kalau kesian kat aku...kahwin je.”

“Haa!....kahwin ?.....kahwin dengan sapa?....kahwin dengan kau? “ soal Roslinda terkejut.

“Kahwin dengan aku buat apa....abuk pun tak ada...kan Lin kata nak beli kedai dobi hadiahkan kat Lan....aku jadi tauke kedai dobi....carilah anak orang kaya kat KL tu.” Lan mula masuk ‘mode’ melawaknya. Dari situ bermula sakat menyakat antara  satu sama lain. Macamlah lama tak jumpa.

 Seketika kemudian Roslinda dan Roslan menamatkan perbualan.Hilang rindu Roslinda pada kawan baiknya itu. Roslinda memeriksa baki topup yang diberi Pak Su Lah.Ada seratus lapan puluh sembilan ringgit.
 Roslinda menekan beberapa nombor.. dia hendak membuat  ‘ transfer credit ‘ kepada telefon bimbit Roslan.
Selesai semua, baki di telefonnya kini ada seratus tiga puluh sembilan lagi. Masih banyak. Selepas ini boleh berbual lagi dengan Kak Tipah.


_ _ _ _ _





Saif memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah dengan perasaan tidak puas hati. Masuk pagi ini sudah lima hari dia bersarapan dengan ayah dan Pak Long Mansur sahaja. Sudah lima hari juga dia tidak nampak kelibat anak pak longnya itu. Entah kenapa hati rasa seperti ada yang tidak kena. Mungkin dia lelaki sejati yang sentiasa  suka dengan cabaran..Tiada Mek Siam tu,tiadalah cabaran untuknya.

Saif memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar besar yang cantik berkerawang dengan bunga bersadur  emas. Dia menoleh ke kanan kemudian ke kiri. Matanya meninjau-ninjau sejauh yang boleh sekitar kawasan perumahan mewah yang terletak di pinggir kota. Suasana tenang. Hanya sesekali bunyi kenderaan jiran mula keluar untuk ke tempat kerja masing-masing.
Tidak ada kedengaran suara dari jiran-jiran kerana setiap banglo mempunyai perkarangan yang luas maka jarak satu banglo dengan jiran agak jauh.

Seketika kemudian Saif mematikan enjin kereta BMW 5 series sedannya.. Dia  masih tidak puas hati. Dia melangkah keluar dari keretanya sambil menoleh ke belakang . Manalah tahu kalau-kalau ayah atau pak longnya  keluar  di halaman mengambil udara pagi yang segar . Saif tidak mahu mereka melihat apa yang sedang dia lakukan. Sudah pasti akan ada pertanyaan dari mereka. Saif pun masih tertanya-tanya dirinya sendiri  kenapa dia buat begitu?

Udara pagi di kawasan itu sentiasa bersih dan segar kerana kedudukannya di atas bukit. Lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Empat kilometer  dari kawasan rumah-rumah kedai  yang sentiasa sibuk dari pagi hingga lewat malam. Saif berdiri di hadapan kereta nya yang menghadap jalan. Dia bercekak pinggang ,memandan lagi ke kiri dan kanan.

“ Mana lah Mek Siam ni merayap pagi pagi buta ?” rungut Saif sendirian.

Saif melihat jam di tangan, sudah pukul lapan empat puluh pagi. Sebuah kereta mewah, jiran yang menduduki  banglo sebelah kanan melintas di hadapan Saif. Dia mengangkat tangan membalas lambaian dari lelaki separuh umur itu.

“Buang masa aku betul lah dia ni, nak lari dari aku lah tu.” rungut Saif lagi walau pun hakikatnya dia sedar bukan sesiapa yang menyuruhnya menyusahkan diri.

Sudah lima hari Mek Siam menyusahkan hidupnya.

Pada pagi pertama dan kedua  Saif menahan diri dari bertanya ke mana gerangan anak gadis Pak Long Man menghilang tanpa menunjukkan diri sewaktu sarapan pagi. Ayah dan Pak Long Man pula macam berpakat  tidak membuka langsung tajuk bab gadis itu semasa berbual. Kalau ada tajuk yang sipi-sipi, seperti ....mm.. wanita dan hari ini ...boleh  juga dia mencari jalan untuk mencelah.

Pagi ketiga Saif terpaksa tebalkan muka . Dia  bertanya hal ketiadaan Roslinda seolah-olah sekadar berbahasa pada tetamu .

“Anak Pak Long tak sarapan ke ?Saif bertanya  sambil mengupas telor rebusnya. Hati bagai digaru-garu menanti jawapan daripada mereka.

“Belum” jawab ayah dan Pak Long Man serentak. Ini yang memushkilkan Saif.Macam berpakat pulak.

Jawapan yang tidak membantu langsung.  Hendak bertanya lagi tapi takut ketara sangat. Risau pula jika ayah dan Pak Long Man menyangka dia menaruh hati pada Roslinda. Dia cuma hendak tahu kenapa gadis itu tiada . Apa kah gadis itu sedang susun strategi lain untuk mengenakannya lagi ? Sebenarnya dia terasa seronok pula dengan permainan cabar mencabar ini.

Semalam Saif  tekad bertanya lagi. Dia pasti Roslinda hanya akan bersarapan setelah Saif keluar ke pejabat. Mungkin gadis itu takut Saif membalas balik setelah dia berjaya mengenakan Saif empat hari lalu.. Meleset sekali jangkaannya.

“Roslinda pergi ‘exercise’.” Jawab ayah. Pak Long Man sekadar menganggukkan kepala.

“ Haa...’exercise’ ? Di mana ?” tanya Saif ingin tahu.

“Dekat-dekat sini sajalah tu.”jawab Pak Long Man. Ayah cuma mengangguk.

Di sebabkan  jawapan itulah Saif meronda keliling  perkarangan rumah  banglo mereka untuk melihat ‘exercise ‘ apa yang sedang gadis itu lakukan. Sudahlah perkarangan sangat luas ,dia terpaksa pula mereka alasan bila bertembung dengan Pak Saman di hujung perkarangan yang agak terlindung.

Saif dan Pak Saman sama -sama terkejut.

“Ya Allah!....kuss  semangat ...Pak Saman ingat apa tadi...Saif tak pergi kerja lagi?.....nak cari apa di sini pagi-pagi?.”..tanya Pak Saman kehairanan.

Bukan setakat pagi ,waktu lain pun tak pernah-pernah  Saif sampai ke kawasan itu.

“Astagfirullahhalazim”.
Saif terkedu.Nasib baik dia tidak melatah. Cepat –cepat dia menoleh kekiri dan ke kanan seperti sedang mencari sesuatu.

“Saya nak ambil serai ..er..daun pandan..er..dan..dan daun kunyit....ada ke Pak Saman? Kawan pejabat nak buat kenduri..
....mmmm...aa..aa...Pak Saman buat apa tadi ?” tanya Saif bila terpandang cangkul di tangan pemandu ayahnya itu.
 Cangkul itu baru saja di gunakan melihat kepada tanah yang melekat di mata cangkul. Itulah rupanya sumber dari mana datangnya  bunyi “..kelepuk,kelepuk “ yang didengarinya sebentar tadi. Bunyi yang di sangkanya Roslinda sedang  ber’exercise’. Bunyi yang menarik Saif ke situ.

Saif terbayangkan  sesuatu yang tak masuk di akal.Dia segera meggeleng-gelengkan kepala membuang gambaran yang terlintas.
[“Itulah ...suka sangat tengok cerita seram”} ..bisik hatinya.

“Saya tanam anak kucing...mati semalam agaknya..dah berbau ..Cik Yam tu dah bising-bising suruh tanam cepat.”jawapan yang melegakan Saif.

Seketika kemudian terpaksalah Saif menjinjit satu beg plastik besar berisi serai,daun pandan dan daun kunyit  ke keretanya. Terpaksalah buat satu kerja lain...mencari  Mak cik Salmiah tukang cuci di bangunan  pejabatnya.  Mungkin Mak Cik Salmiah ada cara untuk menyelamatkan barang-barang ini daripada dibuang.

{“Harap-harap janganlah Pak Saman bercerita hal ini kepada ayah.”}  doa Saif.

Hati Saif panas seperti  panas dan melekit  tubuhnya kerana terpaksa turut ‘exersice’ sekali....tapi dia sedar, bukan siapa yang suruh pun.

Maka pagi ini semasa bersarapan sebentar tadi, Saif malas hendak bertanya lagi mengenai  Roslinda.  Cuma bila dia tidak bertanya ,boleh pula ayah dan Pak Long Man berbual mengenai Roslinda. Mulanya Saif tidak kuasa hendak ambil tahu.Lantaklah  Roslinda hendak exercise macam mana. Kaki ke atas kepala ke bawah pun bukan urusan dia.

 Urusan yang bukan urusannya menjadi urusannya  bila telinganya menangkap perkataan ‘mountain bike’.
“Tak mengapa  ke si Roslinda  guna basikal tu ?” Pak Long Man bertanya.

“ Mengapa pula tak boleh,  basikal-basikal  tu dah lama tak di gunakan ...basikal biasa ada sebuah....jenis ’mountain bike’ada dua buah. Pak Saman jaga elok sampai sekarang.” Jawab ayah.

 Hampir saja Saif tercekik kerana menyumbat semua  baki roti di tangan ke dalam mulutnya. Nasib baik dia tidak mati tercekik dengan sarapan kegemarannya. Saif segera meminta diri seolah-olah perlu segera ke pejabat.

Saif segera  ke bilik stor bersebelahan tempat letak kereta. Seperti yang dijangka ’mountain bike’ bewarna merah kesayangannya tidak ada di tempat selalu. Dia tidak suka orang menyentuh barang –barang kepunyaannya. Lebih-lebih lagi tanpa meminta izin daripadanya terlebih dahulu.

Tiba-tiba Saif teringat akan ‘cap’ merah kesayangannya.’ Cap’ yang selalu di pakai apabila dia menunggang  ‘ mountain bike’ merahnya. Matanya segera beraleh merenung  kabinet kaca yang terletak di penjuru bilik stor itu. Memang sah. Ada beberapa ‘cap’dan topi tersusun elok di situ tapi ‘cap’ merahnya sudah tiada.

{“Mek Siam ni nak kena...pandai-pandai aje pakai ambil...macam tau-tau pulak itu hak aku....tak apa ....siap kau nanti !”}

Sudahnya sampai sekarang Saif masih berdiri ditepi jalan menanti  Mek Siam balik dari ‘exercise’.
Sebentar lagi mesti ayahnya akan keluar.Malas hendak berjawab Saif segera beredar.  Dia ada masa satu hari ini untuk mencari idea bagaimana hendak memberi kesedaran dan pengajaran kepada Mek Siam.

No comments:

Post a Comment