Thursday 11 October 2012

SI NEPAL DAN MEK SIAM BAB 8

“ Jangan pergi tempat tak senonoh, sama-sama jaga diri...ingat mengingat satu sama lain.”

“Jangan pergi tempat sunyi berdua-duaan..nanti syaitan jadi yang ketiga..lepas tu yang datang ramai  nanti nak tangkap khalwat lah pulak....,tercemar nama keluarga..mana kami nak sorok muka.”

“Jangan suka bertepuk tampar, kamu berdua bukan muhrim....kalau dah bernikah ,lainlah....tak payah nak susah-susah fikir...lebih baik diri sendiri ingat apa yang boleh ,apa yang tak boleh.”

“Jangan balik lambat sangat nanti susah nak bangun sembahyang subuh...orang Islam dengan orang kafir beza yang utamanya ialah sembahyang kita....kalau tak jaga sembahyang,kita dengan orang kafir tak ada bezanya.”

“Jangan bawa Roslinda ke kelab, berkawan orang yang tak senonoh..jaga dia elok-elok...ini amanat...perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..ingat tu.”

“Jangan terpisah dengan Saif, Roslinda tak biasa dengan tempat di sini lagi..kalau terjadi apa-
apa Saif perlu bertanggung jawab...lelaki kena jadi pelindung..itu sikap yang gentleman.”

“Jangan makan di kedai orang bukan Islam...halal atau tidak sendiri yang kena jaga...bukan orang lain.. sebab mulut sendiri ,perut sendiri...tak kan orang lain pula nak jaga, apa yang kita bubuh dalam mulut sendiri.”

"Jangan mudah percaya dengan logo halal tu..orang bukan Islam,...orang nak kaya cepat,
macam-macam boleh buat...orang yang tak takut Allah...akan buat macam-macam...kalau kita makan benda kotor...tak jaga apa yang kita makan....hati turut jadi kotor dan gelap...susah nak sembah Allah...akhirnya kita yang tak pandai jaga diri, masuk neraka.”

“Jangan senang-senang masuk kedai bukan Islam.....kena tanam dalam diri, sayang pada bangsa sendiri,... kena sokong orang sebangsa dan seugama dalam perniagaan.......walau pun mahal sedikit...tak apa...anggap itu sedekah......kerana setiap sen akan di gunakan untuk menyara keluarga yang akan menyembah Allah...orang lain tak masuk kedai orang kita....kalau dah tak ada kedai orang kita ...itu di kira lainlah.”

Setelah puas menadah telinga, mendengar beberapa senarai jangan dari kedua orang tua mereka, akhirnya Saif dan Roslinda keluar menaiki kereta Saif. Itu pun selepas makan malam dan selesai mengerjakan sembahyang isyak.

Senyap,sunyi semasa kedua-duanya dalam perjalanan. Masa yang baik untuk mencerna segala nasihat dari ayah dan abah mereka. Dalam senyap mereka berdua akui kebenaran semua kata-kata orang tua mereka berdua....benarlah bak kata pepatah...yang tua lebih dulu makan  garam.....mmm...tapi pepatah tu perlu di ubah suai sedikit untuk kesihatan orang tua-tua zaman sekarang.....kerana ramai yang dapat penyakit darah tinggi.

 Saif menumpukan perhatian kepada pemanduannya sambil berfikir ke mana hendak di tuju...kena ikut akta keselamatan yang telah digubal oleh ayah dan pak long. Kalau tak diikut,takut tak larat dengar kuliah lain pulak....mulut anak pak long di sebelahnya tu pun belum tentu boleh dipercayai lagi. Kalau jenis repoter, alamat kena kuliah lagilah Saif.

Roslinda begitu teruja melihat bahagian hadapan dalam kereta BMW Saif. Ini lah kali pertama dia berpeluang menaiki kereta BMW.... sehingga terlupa akan rasa tidak selesanya semasa mula-mula duduk di kerusi penumpang di sebelah Saif. Keinginannya untuk menoleh memandang di bahagian belakang di tahan agar tidak nampak seperti rusa masuk kampung pula. Lagi pun tak kuasa dia hendak menatang telinga jika di perli dek Mat Nepal.

 Sesekali matanya melihat ke kiri kanan jalan yang dilalui. Mereka berada di pekan berhampiran saja. Lebih kurang sepuluh minit sudah sampai.Kalau ikutkan Roslinda, berbincang di rumah sudah memadai....tapi Saif tak setuju. Punya lah banyak tempat di rumah ,satu pun Saif tak berkenan.

Saif memberhentikan keretanya tidak jauh dari butik yang Roslinda lihat tempoh hari. Pada waktu malam pekan kecil itu bertukar wajah menjadi lebih meriah. Suasana begitu terang benderang dengan cahaya lampu berbagai warna. Di semua kedai kelihatan masih ada ramai pelanggan keluar masuk. Nampaknya pekan ini lebih  hidup di waktu malam berbanding siang hari.

Sungguh berbeza dengan pekan Cemor, yang seolah-olah sudah tidur sebelum pukul sepuluh malam lagi. Sebab itulah ujud banyak pot-pot lepak anak-anak muda di kawasan masing-masing. Lan dan Lon juga ada pot mereka dengan member-member kaum sejenis ......maka pot ini menjadi kawasan larangan buat Roslinda.....arahan abah. Juga dua orang bodyguardnya, Lan dan Lon.

Selepas mengunci keretanya Saif mendekati Roslinda yang masih berdiri di sisi kereta memandang sekeliling.
“Jom...kita minum-minum sambil berbinang..ok?” perlahan saja suara Saif di sebelah Roslinda.
“Ok.” jawab Roslinda sepatah seraya melangkah beriringan Saif. Mengikut langkah ke mana yang hendak di bawa Saif. Berdiri bersebelahan Saif membuat Roslinda terasa dirinya rendah, kepalanya,betul-betul di bawah dagu Saif. Bersama Lan dan Lon, mereka nampak segagan...dia cuma kurang tiga inci.

Saif memilih tempat yang paling terang,paling terbuka,paling ramai orang ia itu di medan selera di tengah-tengah pekan.Meriah sekali dengan pelbagai ragam manusia sedang menjamu selera. Bunyi suara orang berbual seperti sedang berada di rumah kenduri saja. Sesekali suara laungan pelayan yang menjerit  memesan makanan direct dari meja pelanggan terus ke gerai masing-masing yang terletak di keliling medan itu.

Hampir saja Saif dan Roslinda tidak dapat tempat. Kesemua meja di penuhi pelanggan. Namun memang di takdirkan rezeki mereka berada di situ.  Seorang budak pelayan melambai mereka ke sebuah meja yang baru di kosongkan. Akhirnya mereka berdua mendapat tempat betul-betul di tengah medan.

 Tanpa di sedari mereka menjadi perhatian. Hampir semua mata disekeliling  memandang pasangan 
yang sedang berjalan menuju ke meja yang di jaga pelayan yang melambai tadi. Saif yang bertubuh sasa dengan ketinggian seperti peragawan menarik perhatian ramai wanita. Walau pun hanya mengenakan pakaian santai, jean dan t-shirt. Kekacakannya yang seperti pelakon bollywood itu menbuatkan banyak hati  wanita yang memandang bergetar. Ada yang merasa cemburu dan beranggapan Roslinda sangat bertuah dapat mendampingi lelaki sekacak Saif.

“Ehem,ehem...Abang nak order apa ye ?.”...budak muda yang menjadi pelayan bertanya Saif tetapi matanya memandang ke wajah Roslinda tak berkelip-kelip. Sedikit pun dia tidak perasan akan Saif yang melihat kelakuannya.

“Awak nak order ke.?..adik ni tanya ni.” Roslinda bersuara memandang Saif yang masih berdiam diri tanpa menyedari mata pelayan yang sedang memandangnya.

“Oh...ah ,ya..bagi saya sotong ketuk dan air laici.....awak nak apa...sebut saja,semua ada di sini.” Saif memesan makanan sambil matanya masih memandang pelayan untuk mengetahui bila budak lelaki itu hendak memandangnya.

“Oh...bestnya,tapi baru makan nasi tadi,...bagi saya sotong ketuk dan air laici jugalah.”ujar Roslinda, membuat pesanan yang sama sambil menoleh memandang pelayan dengan senyuman di bibir.

Budak pelayan membalas senyuman Roslinda sebelum berlalu dengan senyuman masih berbunga. Saif terasa macam hendak sepak saja budak pelayan tersebut. Sedikit pun tidak memandangnya. Saif merenung Roslinda yang sedang memerhati gerai-gerai disekeliling dataran itu. Berkumat kamit mulut Mek Siam itu membaca tulisan besar menu di depan setiap gerai.

Saif memerhati Roslinda. Tidak di nafikan gadis itu memang cantik dan comel, tidak jemu mata memandang. Cuma dia sudah biasa dengan wanita-wanita cantik lagi sexy,maka padanya itu biasa-biasa saja. Seperti selalu gadis yang berwajah putih bersih dan polos tanpa secalit make-up itu mengenakan pakaian rasminya. Apa lagi kalau bukan dengan seluar jean lusuhnya dan t-shirt kelabu. Juga jeket merah yang baru di belinya dan kasut sneekers yang pernah di sumbatkan katak tempoh hari. Rambut ekor kuda diikat senget sebelah kanan seperti biasa. Cuma malam ini Mek Siam memakai sepit rambut berbentuk rama-rama. Tiga ekor rama-rama  dengan sayap yang sedang mengembang, menjadikannya kelihatan seperti rama-rama hidup sedang  bertenggek di kepala.

 Saif menebarkan pandangannya memandang keliling sambil berfikir untuk mencari kata-kata yang sesuai untuk memulakan bicara dengan Mek Siam di hadapannya. Baru Saif terperasan beberapa mata-mata lelaki yang asyik mencuri pandang kearah Roslinda. Mek Siam pula dilihatnya seperti tidak perasan, masih seperti tadi memandang ke sana sini seperti sedang merancang untuk menambah pesanan. Kaki makan juga Mek Siam ni agaknya,tapi badan kecik saja, getus hati Saif.

 Beberapa mata yang bertembung dengan mata Saif cepat-cepat  beralih pandangan. Ada yang datang perpasangan tapi mata masih hendak melilau ke meja orang lain. Macam tak pernah tengok perempuan cantik pula jantan-jantan ni getus hati Saif. Walau pun dia tiada apa-apa perasaan terhadap Mek Siam ini, tapi kenapa Saif rasa seperti hendak marah pula. ...tak pasal-pasal pula Roslinda cop dia sewel ....malam ni belum kena lagi.

Seketika kemudian seorang pelayan  datang menghantar makanan yang mereka pesan. Kali ini seorang gadis  memakai jean dan t-shirt sendat yang terbuka luas di dada. Makanan di susun di atas meja sambil mulutnya ramah menyapa Saif.

“Abang nak apa-apa lagi,saya sedia melayan abang...gerai mak saya sedia menerima tempahan untuk semua acara....kalau nak,saya bagi nombor telifon saya pada abang.” lembut  dan lemah gemalai suara gadis pelayan itu menyebabkan Roslinda rasa semacam...geli geleman pun ada. Roslinda memandang gadis itu dengan persaan ingin tahu sama ada itu sememangnya cara semula jadi..atau...ah, sah memang dari spesis jenis... G.A.T.A.L. Kalau Lan dan Lon ada bersama ketika ini pasti sudah berasap telinga minah ni bebel Roslinda di dalam hati.

 Hampir saja terburai ketawa Roslinda melihat cara gadis itu bersusah payah tunduk mencari sudut yang sesuai untuk menunjuk apa yang ada di dalam baju t-shirt sendatnya kepada Saif. Sedangkan tanpa usaha keras pun hartanya memang dah hampir terlambak keluar.

Nasib baik Saif buat-buat tak nampak...kalau tidak mahu saja Roslinda mencucuk mata Saif dengan garpu yang di sediakan untuk makan sotong ketuk yang di pesan. Satu markah untuk Si Nepal. Roslinda pura-pura mencapai tisu di atas meja untuk mengesat mulut. Walau pun pada hakikatnya dia sedang menutup mulut menahan tawa sambil memandang ke arah lain. Roslinda terperasan beberapa  pasang mata wanita yang duduk berhampiran sedang ghairah memandang Saif. Mungkin Roslinda patut mencucuk mata mereka....bukan mata Saif. Gila ke apa perempuan semua ni, getus hati Roslinda.

Roslinda kembali memandang ke arah Saif untuk mengetahui sama ada Saif sedar atau tidak dia mempunyai ramai peminat. Serentak ketika itu Saif juga sedang memandangnya.
Merekaberpandangan seketika... sebelum kedua-duanya melarikan pandangan dan dengan  segera tunduk menghadap sotong ketuk masing-masing. Sama-sama terasa malu akan perbuatan gadis pelayan itu, tapi malangnya...tuan tubuh saja yang tak tahu malu..Gadis pelayan itu masih di tepi meja, buat-buat sebuk mengelap  meja....kalau di suruh kilatkan kasut Saif waktu itu , tak mustahil gadis itu akan sanggup duduk di bawah meja....menjatuhkan martabat kaum wanita saja, omel hati Roslinda.

Roslinda mengunyah perlahan-lahan untuk menikmati sotong ketuknya sambil menutup mata. Lantak lah pelayan tu nak buat apa...lebih baik dia menjamu selera..Sesuap lepas sesuap,lazat sekali. Sudah lama dia tidak dapat peluang menikmatinya. Sementara ada orang belanja, dia bercadang untuk makan puas-puas. Sebelum pulang dia berhajat buat muka tak malu....minta di tapau pulang lagi.

“Jangan risau...saya tak suka tengok benda tu pun.” Saif berkata tiba-tiba.

“Uhuk,uhuk...” Roslinda tersedak bila tersedar apa ‘benda’ yang di maksudkan Saif. Hampir tersembur sotong dari mulutnya. Merah padam mukanya kerana tersedak campur malu mendengar ‘benda’ itu keluar dari mulut Saif.

“Awak ok ke?.....nah minum ni..”tetiba Saif sudah berdiri di sebelahnya. Satu tangan menyuakan segelas air laici kepada Roslinda. Satu tangan lagi sebuk menepuk dan menggosok belakang Roslinda.

“Uhuk,uhuk,..uhuk,uhuk..”Roslinda tersedak lebih kuat. Kali ini pasal dia terkejut dengan aksi terlebih‘gentleman’ Saif yang hampir meluruhkan jantungnya. Roslinda mengurut dadanya sendiri....nasib baik Saif tak teringat untuk mengurutnya di situ....kalau tidak naya saja Mat Nepal ni kena terajang dengannya.

Roslinda meneguk habis air laicinya...hanya tinggal buah laici tiga ketul dan ais batu berketul-ketul, hampir tiga suku gelas... nak hilangkan tersedak pun tak dapat...sebab air laici sikit sangat....Dengan tak malunya Roslinda mencapai gelas Saif pula....terlupa yang Saif masih menggosok belakangnya...betul-betul atas  gambar ikan dolphin yang berada di tengah-tengah belakang jeket yang dipakainya. Kalau dolphin tu hidup tentu ikan tu sekarang sedang menggeliat kesedapan.

“Ooooh,oooh,oooooooh....
“Aaaah,aaaaah,aaaaaaaah...
:Haaaaaaai,mmmmmmm........

Itu bukan bunyi suara ikan dolphin lah...tapi suara manusia.
Sayup-sayup suara merengek ,mengeluh dan teruja itu singgah di telinga Roslinda. Dan juga telinga Saif ...sebab kedua-duanya serentak menoleh melihat sekeliling. ..kemudian kedua-duanya perpandangan sesama sendiri. Serta merta Saif kembali duduk di bangkunya. Roslinda lihat muka Saif sudah merah...muka sendiri tak tahulah pula, sebab dia tak nampak muka sendiri.

“Ehem,ehem..er..Pedulikan orang-orang tu semua...sebuk hal orang saja...awak dah ok ke?” soal Saif. Kenapa...yerk..suara Saif tetiba serak semacam....takkan nak sedih sebab termalu kot.Suara Roslinda tidak pula serak...sebab.....ha,ha,ha....dia sekadar mengangguk kerana suaranya tak terkeluar lansung...mungkin tak cukup air laici, agaknya lah.

“Kita order air lagi.....” kata Saif.Tak payah cakap pun tak apa..order saja. Kedua-dua mereka memang sedang memerlukan air memandangkan kedua-dua gelas telah kosong di hadapan Roslinda.

“Abaang...abang nak order air laici lagi ke..abaaang.” suara gadis pelayan bertanya Saif,meleret sekali seperti lenggok tukang karut dalam pertunjukan wayang kulit lah pulak.

“Ok,..bagi dua gelas lagi.” kata Saif biasa-biasa saja. Sedikit pun tidak terkejut dengan pelayan yang
masih di sisinya. Mungkin sudah biasa menjadi pujaan ramai.

“Eer,mak cik...saya punya jangan taruh ais batu tau....ais batu saya banyak lagi.” pesan Roslinda sambil menuding ke dua-dua gelas di hadapannya.

Nah ..ambik kau...dua das sekali...’two shoot with one stone’....er,betul ke?.....betul kut, sebab Roslinda dapat hadiah...jelingan maut dari gadis pelayan.

“Dia tak suka awak panggil dia macam tu..” tegur Saif sambil mengerling gadis pelayan yang sudah beberapa langkah meninggalkan mereka.

“Saja saya buat macam tu....kenapa ?   awak suka dia duduk sekali di sini ke ?” jawab Roslinda.

“Ok lah,...sudah, jangan buat lagi....kita bincang sekarang,...cepat selesai,cepat boleh balik.” Saif memulakan bicara. Saif menundukkan badannya sedikit ke hadapan agar Roslinda dapat mendengar apa yang di perkatakannya. Lagi pun dia tidak mahu jiran di sekeliling tumpang sekaki.

“Macam ni lah ...  saya direct to the point.....awak tentu sayang abah awak ..kan ,...saya pun macam tu...sayang ,terhutang budi sebab orang tua kita telah banyak berkorban untuk kita.”sambung Saif lagi.

Roslinda mengangguk sambil merenung wajah Saif seketika. Bunyi sebijik sama macam Pak Su nak mulakan kuliah nasihatnya,bisik hati Roslinda.

“Sebagai anak..kita semestinya membalas budi dan jasa mereka...supaya mereka senang hati dan tahu kita menghargai jasa mereka.” Pak Su tentu bangga kalau mendengar part ni,fikir Roslinda.

Roslinda angguk tanda setuju. Sambil mendengar Roslinda menyuap sedikit sotong ketuk ke mulut.
Kedua-duanya di hadhamkan serentak...satu di kepala,satu dalam mulut.

“Abaang...air laici dah saya buatkan sendiri.... khas untuk abaang.”suara gadis pelayan mencelah.

“Oh ,ok....terima kasih....kalau saya nak apa-apa lagi, saya akan lambai awak nanti,..boleh?” pandai sungguh Si Nepal berdiplomasi...kalau tak faham juga...kena le Roslinda memberi definasi perkataan lambai....kalau tak reti bahasa..cakap aje maknanya ‘goodbye’. Roslinda cuba menahan diri dari melambai tangannya ke arah gadis itu...kerana pergerakkan itu ada dua tafsiran....tak mahu le nanti di katakana tidak beradap....sedangkan itu tuntutan ugama dan adat melayu.

“ Ok, kita sambung balik ....Sekarang kita dah dewasa....mereka dah semakin tua....ini le waktu kita membalas jasa mereka selagi yang termampu.” Kata Saif lagi, tanpa mempedulikan gadis pelayan yang tertoleh-toleh memandangnya sambil melangkah pergi.

Roslinda mendengar sambil menyuap sotong ketuk lagi..,jimat masa.....sambil menyelam minum air.....tapi awas...jangan amalkan jika sedang berada di kolam di taman tema air dan di kolam mandi awam....sebab ramai orang melepas.....melepaskan diri daripada bersusah payah ke tandas....tips kesihatan dari pihak penaja......he,he,he....sempat Roslinda bergurau senda dalam hati.

“Walau pun susah...kita kena sanggup berkorban supaya mereka gembira...jadi saya dah fikir apa yang terbaik buat waktu terdekat ini...awak tak perlu risau...tak payah buat apa-apa pun...ikut saja apa yang saya suruh...saya nak awak setuju, tak payah fikir-fikir..sebab abah awak juga risaukan awak....lagi pun,...sementara waktu saja.....kita tak rugi apa-apa pun...   macam mana.. ...tak susah kan ? ....ha, lagi satu, awak kena lah belajar bergaya sikit..ubah penampilan  ...tak lah serabai macam ni selalu...  ” Sesedap rasa mulut dia saje Si Nepal ni...bisik hati Roslinda. Kalau macam ni ..bukan bincang namanya...ini ceramah mengutuk,weh.

Memandangkan Saif begitu bersemangat hendak bercakap lagi, lantak lah dia nak cakap apa, Roslinda terus menjamu selera hingga tinggal sedikit saja sotong ketuknya...sesekali dia merenung sotong ketuk di pinggan Saif yang baru terluak sedikit.

“Saya nak kita jadi pasangan kekasih,kitaa...

“UHUK,UHUK”

Roslinda tercekik...sotong ketuk tersangkut di tekaknya. Roslinda mencapai gelas laici dan meneguk laju. Roslinda memejam celikkan matanya yang berair...lalu mengesat matanya dengan tisu yang di hulurkan Saif. Saif di hadapannya dilihat dalam keadaan berdiri pun tidak ,duduk pun tidak....

“Saya dah ok...tak pe,..tak payah bangun.” Ujar Roslinda dengan tangan memberi isyarat supaya duduk. Memang gentleman lah Mat Nepal ni....tapi ..mulutnya....mulut tak ada insuran.

“Makan tu perlahan-lahan sikit .......awak suka sangat, nah ..habiskan saya punya....ok..sambung balik yang tadi.....saya nak kita berdua bekerja sama untuk melaksanakan hajat orang tua kita.” Ujar Saif lagi sambil menolak pinggan sotong ketuknya ke depan Roslinda.

Roslinda terus berhenti mengunyah. Dia menupang dagu menunggu masa, untuk mengambil peluang  bercakap sepatah dua kata. Tetiba Roslinda terpandang jiran meja sebelah kanan sedang asyik memandang mereka sambil tersenyum-senyum. Mungkin jiran itu menyangka dia dan Saif pasangan yang sedang bercinta agaknya.

“Kita bukan bercinta betul-betul.....just berlakon saja....kita tengok macam mana...aa,macam saya kata tadi awak kena belajar bergaya, pakai make up...seolah-olah..awak nak cantik kerana saya...sekali sekala awak ikut saya keluar...macam dating le.....kalau awak ada nak ke mana-mana, saya akan hantarkan ....awak buat hal awak, saya buat hal saya......mulai malam ini , kita pura-pura dah jatuh cinta.....bila saya atau awak  dah jumpa orang yang ...well,. betul-betul suka dan jatuh cinta ,kita pura-pura pula putus cinta,..buat-buat tak ada kesefahaman......nanti ayah dan abah awak akan terima yang kita tidak ada jodoh......kita akan kata kita dah cuba...jadi mereka tentu boleh terima kenyataan itu.....camna.” akhirnya Saif memberi  laluan untuknya bersuara.

“Mmm....er, patut ke kita buat macam tu...saya takut saya akan ja......Roslinda cuba mencari perkataan yang sesuai...tapi cepat saja Saif mencelah.

“Aah.. itu yang saya tak mahu......saya akui awak cantik dan comel...tapi...awak bukan taste saya....saya tak mahu awak jatuh hati pada saya....Saya tak nak awak kecewa nanti.” Jelas Saif dengan yakin.

{“Ewah,ewah...sedapnya cakap ....memang betul le si Nepal ni ada penyakit P.E.R.A.S.A.N......tapi ada pulak puji orang cantik....mmm ...nak ambil hati le tu,....tak pa....we just wait and see si Nepal perasan !!”} kutuk Roslinda dalam hati.

“er...kalau awak yang terjatuh cinta pada saya macam mana....awak tak takut ke dengan permainan awak ni ?” soal Roslinda dengan hati yang geram...sudah berkira-kira hendak mengajar si Nepal, mamat perasan sorang ni.

“Saya adalah orang yang sangat berhati-hati.....saya tak mudah jatuh hati ....walau cantik macam mana pun perempuan tu.... saya hanya akan jatuh hati pada orang yang memenuhi kriteria pilihan untuk calon isteri....so, jangan berharap sangat.”

“Mmm, tapi abah nak saya kahwin, macam mana ye....?” soal Roslinda, sengaja hendak menduga Saif.

“Aaa yang itu...tak da masaalah, saya akan carikan  lelaki yang baik untuk awak...saya ada ramai kawan.....nanti tau lah saya nak buat macam mana....ok,awak setuju le ni?”

“Tak “ hanya sepatah,....tiada dua kata dari Roslinda.

“Haa....” Saif terlopong.

No comments:

Post a Comment