Wednesday 10 October 2012

SI NEPAL DAN MEK SIAM BAB 1

“Breet.. Breet..Breet..Breet”

“Lin! Talipon kau!” Kak Salmah menjerit.

“Ok! Ok! Kak Mah, kejap!”

Roslinda segera menyidai baju yang terakhir diampaian. Raga pakaian ditinggalkan. Dia berlari-lari anak masuk ke bahagian menggosok. Kak Mah, rakan sekerjanya masih dengan tugas menggosok. Inilah kerja mereka setiap hari. Jemur kain, angkat, lipat, gosok kain. Tak pernah habis ....tapi kalau tak ada kerja alamat tauke terpaksa tutup kedai lah pulak.

“Assalamualaikum, aa...Kak Tun, ha?...abis tu?...ooo,...Ok, Lin balik le ni.”

Kak Mah mengerling  memandang Roslinda dihadapannya. Dari nada perbualan Kak Mah dah tau.  Mesti  berkaitan dengan abah Roslinda yang masih belum sihat selepas kemalangan tempoh hari. Setelah dua bulan kerja bersama masing-masing tahu serba sedikit latar belakang keluarga. Termasuk  masaalah.

“Kenapa dengan abah Lin? Soal Kak Salmah.

“Pengsan...jatuh kat bilik air....Lin nak jumpa Kak Suria” ujar Roslinda lalu bergegas mendapatkan majikannya. Sempat dia mencapai  jaket, cap dan ray-bannya dirak tepi bilik menggosok itu. Kak Salmah segera menutup suis seterika. Selonggok pakaian yang sudah digosok ditatang lalu mengekori  Roslinda.

Kak Suria sedang melayan seorang pelanggan yang sedang membuat pembayaran.Tidak mahu membuang masa Roslinda menyarung jaketnya. Sebaik pelanggan beredar Roslinda segera  kekaunter.

“Kak Suria,..Lin nak minta off, abah Lin pengsan, jatuh bilik air....Lin minta maaf, selalu menyusahkan...” Lirih suara Roslinda.

“Ish...nak buat macam mana...dah nak jadi. Tak pe, Kak Su faham, pergi le balik” ujar Kak Suria sambil membuka laci. Tiga keping duit sepuluh ringgit disua kepada Roslinda.

“Eh ...banyak ni Kak Su......” Roslinda melihat duit ditangan.

“Ambillah....yang lebih tu Kak Su sedekah,...boleh beli ubat untuk abah Lin.”

“Terima kasih Kak Su,......Lin balik dulu,apa-apa hal Lin telipon” Roslinda segera mendapatkan basikal tua kepunyaan abah yang tersandar ditepi kedai. Sempat dia mengenakan ray-ban melindungi matanya yang tidak tahan dengan panas terik sang matahari. Cap ditarik rendah melindungi mukanya yang senang mendapat sunburn.

“Haa...hati-hati bawa basikal tu,...jangan laju sangat!” pesan Kak Suria.

“Tengah hari rembang ni,...karang merah padam mukanya yang putih melepak tu...kalah udang yang kena bakar...eeemm...kesian si Lin tu.” Gumam Kak Salmah pula.

Kedua-duanya membalas lambaian Roslinda yang telah meninggalkan mereka menuju kejalan besar. Terkebil-kebil mata mereka melihat basikal tua itu meluncur laju mengalahkan pelumba-pelumba basikal “Le Tour de Langkawi”.
 _ _ _ _ _ _ _

“Krang...kraang.....kraaanngg!”

“Ya Allah....waktu ni la pulak nak buat hal !”

Roslinda merenung tajam rantai basikal yang telah jatuh. Basikal disorong ke tepi jalan. Nasib baik sudah dekat dengan simpang masuk ke kampungnya. Roslinda mencapai  ranting kayu, lalu membaiki rantai  basikal  yang terlondeh .

“Prak!.....ranting yang digunakan pula patah. Dengan hati yang sebal Roslinda terus menggunakan jari-jemarinya ...seketika rantai basikal  berjaya dibaiki. Hendak cepat punya pasal jari-jarinya comot dengan minyak hitam.

Kayuhan disambung semula....tapi tak lama. Sebaik meluncur turun kejalan kecil masuk ke kampung...

“Prang...praanng......praaaannnggg !”

Bulat mata Roslinda melihat sebahagian rantai basikal telah meleret diatas jalan. Putuslah pulak! Rasa macam nak menangis pun ada...tapi itu bukan jalan penyelesaian yang baik. Roslinda melompat turun dari basikal tua itu dengan hati yang dua kali ganda geram. Sudah lah risau akan abah, basikal pula meragam. Roslinda teringat pondok menunggu yang dilintasi sebentar tadi. Basikal disorong kebelakang pondok lalu direbahkan agar terlindung sedikit.  Buruk buruk pun basikal itu sangat sangat diperlukan!

Nasib tak menyebelahinya. Tiada sesiapa pula yang lalu untuk ditumpang. Terpaksalah  Roslinda berlari pulang ke rumah. Hanya beberapa meter saja lagi...tapi boleh tahan juga hingga membuatkan Roslinda tercungap-cungap.

“Hoi!....cross country  nampak......mana BMW  kau tu Lin!” sapaan berbaur usikan dari Roslan tidak dijawab.  Roslinda  tunduk mengusap- ngusap kedua-dua lutut sambil menghilangkan lelah. Tangan kanannya diangkat dan digoyangkan beberapa kali member isyarat tunggu sebentar.

“Rantai putus....Lin parking kat belakang club kau orang.” Sedikit pun Roslinda tidak terasa hati akan usikan itu.

Man Belon yang ada bersama-sama Roslan dibawah pokok ketapang itu hanya tersengih-sengih. Hari ni mungkin mode mengusiknya di silencekan. Hendak menyakat pun kenalah berpada-pada dan kena tengok keaadaan.

“Kenapa tak roger saja kitorang? Motor aku kan ada.” Soal Man Belon.

Handphone Lin tak ada credit,..terlupa nak topup.”

Hari ini, seperti selalu apabila Roslinda ditimpa musibah, Roslan dan Man Belon akan menjadi penyelamat dan pembantu. Sejak dari zaman sekolah rendah lagi  mereka berdua telah mengaangkat diri mereka menjadi  kawan baik, abang,penyelamat dan pelindung kepada Roslinda. Tidak kurang juga tukang sakat! Tapi, awas kalau ada orang lain yang menyakat Roslinda, orang itu pasti berhadapan dengan Roslan dan Man Belon. Siapa yang tak kenal TRIO LAN, LIN, LON.

“TQ, TQ...geng sebab tolong abah tadi...Lin gi tengok abah dulu.” Roslinda berlalu meninggalkan dua sahabatnya dibawah pokok ketapang, port trio Lan Lin Lon. Port yang dilengkapi sofa kitar semula.

Roslinda segera masuk ke rumah. Kak Tipah sedang menunggunya sambil menepuk-nepuk  menidurkan Nini disofa ditepi pintu masuk.

“Abah camna Kak Pah?”

“Ok sikit dari tadi,....Lan dengan Lon yang tolong angkat dan salin pakaian basah abah Lin tadi. Nasib baik mereka berdua ada“ terang Kak Tipah.

Roslinda melangkah masuk ke biliknya. Sejak kemalangan motor abah dilanggar kereta, abah ditempatkan dikatilnya bagi memudahkan pergerakan bangun duduk dan ke bilik air. Roslinda duduk dibangku yang ada ditepi katil. Wajah abah direnung penuh kasih. Perlahan-lahan Roslinda meletakkan tangan didahi abah. Cuma panas sikit. Tanpa sedar tangannya terus melurut rambut abah yang tidak bersikat.

Mansur membuka mata, lantas tersenyum lemah melihat anak tunggal kesayangannya. Wajah comel yang mirip wajah arwah isterinya.

“Ros..dah habis kerja ke?

“Mmm...minta off petang. .abah belum makan ye?.. mari  Ros suapkan."Sedikit-sedikit sambil berbual-bual kosong Roslinda berjaya memujuk abah menghabiskan setengah mangkuk bubur nasi. Hendak memujuk ke hospital saja yang susah. Bila diajukan bab hospital sekali lagi abah tetap berdegil tidak mahu.

“Abah tak ada apa-apa...kaki ni aje yang sakit sikit....tak lama lagi baiklah tu”

“Abis tu....macam mana abah boleh pengsan. Kalau pergi cek kat hospital kita boleh lah tahu kenapa.”

“Tadi abah pening sikit....ni dah beransur lega.”

Sama ada abah takut hospital atau abah risaukan perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan. Duit boleh dicari tapi dia hanya ada abah saja didunia ini. Pengajiannya pun dia sanggup tundakan demi kesihatan abah.

Sebaik Roslinda merapatkan pintu bilik Kak Tipah menggamitnya beriya-iya. Macamlah dia nak kemana-mana, bisik hati Roslinda.

“Abah kau dah tidur ke? Bisik Kak Tipah. Matanya mengerling ke arah bilik. Roslinda sekadar menganggukkan kepala. Peliklah pulak Kak Tipah hari ni. Belum sempat dia melabuhkan punggungnya ke sofa Kak Tipah mengeluarkan satu sampul surat dari poket baju kurung kedah yang dipakainya.

“Kak Tipah terjumpa ni.....jatuh dari lipatan kain masa cari baju abah Lin tadi.....Lin tengok ni...ni.” jari Kak Tipah menuding-nuding ke muka sampul surat. Sampul surat berganti tangan. Bulat mata Roslinda melihat nama yang tertera.

“Abdullah b. Haji Saidon Solleh......er..Kak Tipah..abah Mansur b.Hj Saidon Solleh...maknanya..maknanya abah ada adik-beradik.....abah tak pernah cakap pun.” Dengan berhati-hati Roslinda mengoyak hujung sampul surat. Kak Tipah segera melarang.

“Eei...kenapa dibuka pulak...risau Kak Tipah, tahu dek abah kamu..dengan Kak Tipah sekali kena karang.” Bisik Kak Tipah cemas.

“Ish..nak tau kenalah tengok” Roslinda menarik sekeping nota ringkas, lantas dibaca. Kak Tipah turut sama menjengah, terlupa akan kerisauannya sebentar tadi.


“JIKA LAH MENERIMA NOTA INI, MUNGKIN ABANG LONG SUDAH TIADA.
TOLONG JAGA ANAK ABANG ROSLINDA AINA DANI. SEMUA YANG LALU
TELAH DILUPAKAN.”


Itu saja. Abah sememangnya bukan seorang penulis yang hebat. Roslinda hanya berfikir beberapa saat, sebelum melangkah ke pintu. Jaket dan cap sudah siap ditangan.

“Kak Tipah...tengok-tengokkan abah kejap,..nak uruskan ini.” Seraya melambaikan surat ditangannya.

Lan dan Lon masih diport mereka. Kedua-duanya tercacak berdiri serentak apabila melihat Roslinda bergegas menuju ke arah mereka. Kalau situasi tidak sebegini mahu rasanya Roslinda tergelak. Dada Roslinda terasa ketat. Matanya dipejam celik beberapa kali untuk mengusir titik-titik air mata yang tak diundang. Dua sahabat baik seperti Lan dan Lon memang payah dicari dan sukar diganti. Sentiasa ada bila dia dalam kesusahan. Entah bila boleh dibalas. Biasanya budi dan jasa tidak dapat dibalas...kerna sedikit atau banyak sukar hendak dinilai!

“Lin nak gi pos office kata Roslinda sambil menoleh ke arah motor yang tersandar dibatang pokok ketapang. Motor kapcai Lan selalu memerlukan tempat sandar sebab ianya tiada tongkat.

“Jom..Lan hantarkan.” Tanpa banyak tanya.

Take your time,...I will wait here.” Dari Lon yang sedang berusaha sedikit-sedikit mempelajari  Bahasa Inggeris. Roslinda berharap tindakannya ini betul. Dia juga berdoa agar abah dapat bersatu semula dengan keluarganya. Hidup sebatang kara adakalanya senang, tidak banyak masalah. Namun ada masa-masanya kesunyian bertandang mengguris perasaan.

Sepanjang perjalanan harapan  semangkin menggunung. Roslinda berasa berat didada yang sekian lama diusung akan menghilang.

“Ya Allah..kepada Mu aku bersyukur.”

No comments:

Post a Comment