Wednesday 10 October 2012

SI NEPAL DAN MEK SIAM BAB 4


Setelah berdiri beberapa lama Saif dan Roslinda kepenatan. Kaki masing-masing sudah lenguh .

“Kita duduk.” Bisik Saif di tepi telinga Roslinda.
Perlahan-lahan Saif melabuhkan punggung sambil menyandar dinding sisi almari. Kedua-dua lututnya terpaksa dilipat naik mengikut ruang yang terhad. Roslinda di hadapannya kini berdiri di antara lutut Saif.

Dalam samar-samar cahaya yang menembusi masuk ke dalam almari ,Roslinda melihat ruang kecil yang ada untuknya . Terasa malu pula hendak duduk di situ. Jika dia berkeras untuk berdiri pun Roslinda tetap merasa tidak selesa . Sama ada dia berdiri mengadap atau membelakangi Saif, muka Saif akan separas dengan bahagian tubuhnya yang dia sendiri malu untuk kenangkan. Roslinda menjadi serba salah.

Saif yang tidak sedar akan dilema yang sedang dihadapi Roslinda, menarik perlahan tangan Roslinda menyuruhnya duduk. Roslinda menepis-nepis tangan Saif sambil menggeleng.
{“ Gila apa nak duduk di situ...”}   bebel Roslinda ...cuma di dalam hati.         

{“Tak mahu...sudah.”} bisik Saif perlahan,tapi dapat didengari Roslinda.

Saif cuba menolak beg golf rapat-rapat dengan perlahan-lahan. Usahanya sia-sia. Risau juga jika menyebabkan bunyi yang dapat menarik perhatian ayahnya.

Lama kelamaan Roslinda terpaksa juga duduk. Dia memaut lututnya serapat rapat dalam usahanya untuk mengecilkan tubuhnya. Seluruh badannya terasa seram sejuk. Perhatiannya cuba ditumpukan sepenuhnya pada perbualan di luar almari agar dia dapat melupakan kedudukannya yang sangat bahaya.

Setelah penat duduk tegak Roslinda tunduk meletakkan kepalanya ke lutut. Seketika kemudian dia terlena . Dalam lena Roslinda tidak sedar apabila tubuhnya mula terkulai.

Saif begitu asyik mendengar perbualan yang masih tiada tanda-tanda akan berhenti. Banyak perkara yang ayah tidak pernah ceritakan kepadanya.Tiba-tiba ada getaran tanda pesanan ringkas masuk ke telefon bimbitnya.  Bersusah payah Saif mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar jeans. Nasib baik telefon itu disenyapkan kalau tidak kantoilah perbuatannya. Pesanan dari Shafik
dibaca.

[“Kenapa tak sampai lagi....semua dah lama tunggu.”]

[“Sorry ada emergency..datang lambat sikit.”] Saif membalas pesanan ringkas kemudian melihat waktu yang tertera. Pukul sebelas tiga puluh lima minit....patutlah Syafik menghubunginya. Sudah terlalu lewat. Chewah...sebenarnya  bukan terlalu lewat untuknya berada di kelab kerana waktu inilah waktu puncak untuk Saif dan kawan-kawannya. Cuma lewat tiba ke kelab kerana kebiasaannya Saif akan muncul pada pukul sepuluh  malam.

Pesanan ringkas masuk lagi. Juga dari Shafik. Sambil memasang telinga Saif membalas pesanan ringkas dari Shafik. Tiba-tiba tubuh Roslinda melorot ke belakang melanggar telefon bimbit di tangan. Mujur sempat disambut semula, jika tidak......mana nak sorok muka!. Saif terkedu seketika . Kepala Roslinda bergerak-gerak , berkalih mencari kedudukan yang selesa. Dia merenung wajah Roslinda . Buat-buat lena atau sememangnya  betul-betul lena. Bukan dia tidak tahu perangai perempuan. Kenalan perempuannya bukan setakat ramai tapi berlambak. Perangai tak usah cerita. Macam-macam perangai ,boleh jadi pelakon filem. Berpura-pura ,mengada-ngada,manis  mulut sentiasa  dan macam-macam lagi. Kalau buat senarai, boleh dijadikan buku panduan mencari isteri. Jadi nasihat ayahnya dipegang kuat.

“Berkawan biar beribu tapi berkasih biar satu.”.....sekarang memang kawan-kawannya ramai tapi yang  nak dibuat pasangan berkasih satu pun dia tak berkenan. Kalau mama tahu ...walaupun  sedikit ada  terlintas di kepala Saif hendak cari bakal isteri di kelab tempat dia ‘ and the geng’ berkumpul,dia gerenti mama akan mengikutnya melepak sekali di kelab. Walau pun tiap-tiap malam jika terpaksa. Mamanya bukan calang-calang orang.....wanita berhati waja!

Saif merenung wajah Roslinda yang sedap menyandar di bahunya . Kepala pula terlentok mengadap ke leher  Saif. Satu inci lagi hidung Roslinda boleh melekat ke leher Saif....{“ Sekarang siapa yang ambil kesempatan atas siapa.”}...gerutu Saif yang mula terasa kebas di kaki.


Saif membetulkan duduknya agar dia dan Roslinda sama-sama selesa. Satu tangannya memaut bahu Roslinda. Satu tangan lagi kembali membaca pesanan ringkas yang baru masuk.Perbulan di luar almari sudah menjadi kurang menarik. Sekejap didengarinya,sekejap diabaikan. Banyak sungguh yang dibualkan sampai tak terikut. Patutlah sampai terlena gadis di hadapannya. Mata Saif saja yang segar. Maklumlah sebab telah siap buat bekal petang tadi. Balik dari kerja sampai masuk waktu magrib. Nasib baik tak terbabas sembahyang magrib.

Beberapa ketika Saif merasa bosan. Telefon bimbitnya dimasukkan ke poket baju. Kedua-dua tangannya dicantumkan memaut tubuh Roslinda yang tidak menyedari apa-apa. Saif memejamkan mata sambil-sambil  mendengar bab apa pula yang sedang dibualkan orang tuanya.

Bila satu derianya direhatkan deria yang lain pula mula aktif. Kini hidungnya dapat menangkap haruman lembut bau ......ape ye.?..otak Saif ligat berfikir....sudah lama tidak menghidunya......haa...bau bedak baby....Biar betul.

Saif mendekatkan hidungnya ke dahi Roslinda yang separas kedudukkannya dengan hidung Saif.
{“Betullah...bedak baby ‘Carrie’.....dah besar panjang masih pakai  bedak baby lagi.”}..kata hati Saif.

Dulu semasa kanak-kanak mama selalu juga memakaikan dia bedak baby Carrie.Semasa darjah dua Saif terpaksa mengelak akibat diusik kawan-kawan sekolahnya. Ada masanya dia terpaksa membasuh semula bedak yang dipakaikan mama kerana malu diejek kawan-kawannya.

Kenangan semasa kecil terlayar diminda Saif tanpa disedari. Mula-mula hanya ada mama di dalam hidupnya. Semasa darjah tiga barulah dia dapat seorang ayah .Seorang ayah yang sangat-sangat diidamkan seperti  kawan-kawannya yang lain. Saif sangat-sangat sayangkan  ayahnya dan dia juga mahu ayahnya sayangkan dia begitu juga.

_ _ _ _ _


Getaran di poket baju mengejutkan Saif. Tidak sedar bila dia juga tertidur. Mata yang kelat dibuka tapi suasana di sekeliling  gelap gelita. Sunyi dan sepi .  Badannya terasa lenguh dan kebas-kebas.
Patutlah ....tidur statik. Saif tersedar akan gadis yang masih dalam dakapannya. Lena betul tidur mereka berdua. Mengalahkan puteri  beradu.
Saif merungkai dakapannya sebelum menggoncang bahu Roslinda. Setelah tiga kali barulah Roslinda tersedar lantas duduk tercacak. Saif menyalakan lampu dari telefon bimbitnya. Perlahan-lahan pintu almari ditolak. Tiada sesiapa di luar.

Roslinda  dan Saif saling tolong menolong untuk berdiri dan keluar dari almari. Sama-sama terhencut-hencut.

“Dah pukul berapa sekarang ni..?”..tanya Roslinda berbisik dengan suara serak-serak basah.Suara orang baru bangun tidur.

Saif menghalakan lampu dari telefon bimbitnya ke arah dinding. Ada jam dinding berbentuk bunga.
Bulat mata Roslinda...macam tak percaya apa yang dilihatnya.

“Pukul  tiga setengah....haa...”

“Apa tak percaya ke?.....sekarang pukul tiga setengah pagi...bukan malam tau...”..jawab Saif berbaur sindiran.

“Eh..lamanya kita tidur... eh...awak pun tidur ke?.....kenapa tak gerak awal?”...soal Roslinda sambil menggosok-gosok kedua-dua belah pehanya dengan tangannya.

“Kalau saya sedar ,takkanlah saja-saja saya nak tidur dalam almari ni!.”.bebel Saif sedikit geram dengan kata-kata Roslinda.

“Eh..kenapa nak marah saya pulak?....bukan ke awak yang paksa saya masuk dalam almari tu .....sampai tertidur-tidur...”  balas  Roslinda yang tidak mahu mengalah.

“Saya cuma nak kita menyorok sekejap...yang awak buat-buat tidur tu kenapa?.....ke saja awak  cari peluang nak tidur dengan saya..?..kata Saif pula ,sengaja hendak sakitkan hati Roslinda. Memang dia tahu kesalahannya....tapi  geram, gadis di depannya itu pandai sangat menjawab.

“Hish......malas nak layan orang tak betul macam awak...saya nak tidur....” Roslinda melangkah ke pintu.

Saif tersenyum kemenangan sambil memerhati Roslinda membuka pintu bilik dan melangkah terhencut-hencut. Saif mengekori di belakang kemudian menutup pintu bilik bacaan ayahnya.
Saif menunduk seketika ,menepuk-nepuk kedua-dua kakinya yang masih terasa kebas. Sebaik dia berdiri  semula Saif melihat Roslinda telah berpatah balik ke arahnya.

Tanpa berkata apa-apa Roslinda menyepak kaki kanan Saif kemudian mengaduh perlahan ...
“ ...adoi! ..hish..   kaki pun keras macam batu!..

“Hey!....apasal pulak?.”.soal Saif setelah hilang terkejut nya bila disepak Roslinda. Mana ada orang yang berani buat begitu padanya.

“Awak ...awak..ada buat apa-apa tak ..... masa saya tertidur?” soal Roslinda teragak-agak tanpa menjawab soalan Saif.

“Haah,...dak sepak orang..ada hati nak tanya pulak?”.......tiba-tiba Saif dapat idea mengusik.
“mmm......ada ..tadi ..saya...eer... cium awak.!....” jawab Saif sambil tersenyum-senyum nakal.


Mencerlung mata Roslinda memandang Saif.Sambil menggigit bibirnya Roslinda yang sudah beberapa langkah dari Saif,berpatah balik selangkah dengan hati yang geram.

“Awak sepak saya lagi.....saya akan cium awak lagi...! “..ugut Saif pula.

Roslinda berhenti melangkah. Dia sekadar berani menjegilkan matanya kepada Saif kemudian berlari menuju ke biliknya semula.

“ Mat Nepal sewel” ..rungut Roslinda perlahan.

“Ha..ha..ha....tahu kalah...”Saif berkata sendirian sambil melangkah ke biliknya....”eh ..kaki dah tak kebas lah.....sepak baik untuk kebas kot....he..he..he....”

“Siapalah yang hendakkan Mek Siam garang ni”..Saif juga merungut sendirian.
_ _ _ _ _


Roslinda terkebil-kebil sambil berbaring di atas katil di biliknya .Matanya tidak mahu lelap.Hilang rasa mengantuknya mengingatkan perangai gila anak pak sunya. Roslinda bukan jenis orang yang senang mengaku kalah. Dia berkira-kira bila dia hendak mengenakan mamat sewel itu kembali.
Dalam berfikir-fikir Roslinda terlena. Dia terasa macam ada orang mencium dahinya..{“..si Nepal ni nak kena...”}.........eh..eh..mimpi ke betul ni...?


Saif terlentang di atas katilnya. Matanya merenung ke siling bilik. Terdengar-dengar semula segala perbualan ayah dan pak longnya sebentar tadi. Kemudian teringat akan peristiwa berdua di dalam almari dengan mek siam.Tidak sedar bila dia terlena semula. Terasa macam dia sedang tidur di dalam almari dengan mek siam itu!

No comments:

Post a Comment