Tuesday 30 October 2012

PTRNTD Bab 2

Shaiful Mizan merenung tajam adiknya Shahrul Nizam. Rasa macam hendak ditelannya saja hidup-hidup. Nampak kecik saja Nizam di matanya. Nizam yang buat angkara, dia pula yang kena tanggung beban. Namun Mizan hanya mampu menggenggam penumbuknya kemas-kemas dan mengetap kejap giginya menahan geram.

Marzuki terkedu. Wajahnya yang gembira sebentar tadi bertukar menjadi redup tiba-tiba. Hendak di katakan benci, dia rindu pada anak bongsunya yang telah setahun lebih tidak di temui..Hendak di katakan gembira, hatinya masih terasa sakit dengan perangai yang telah dilakukan.

Azmah juga begitu. Dia menjadi serba salah. Namun kasih seorang ibu tiada tandingannya. Seketika Azmah sudah berpelukan dengan Shahrul Nizam.

“Ampunkan Nizam mak...Nizam tahu Nizam berdosa pada mak dan ayah...ampunkan Nizam mak. “ berlinanang-linang air mata Nizam sambil memeluk Azmah. Azmah turut menangis teresak-esak memeluk tubuh anaknya yang menangis hingga menggigil.

Seketika Nizam menangis lagi dalam pelukan Marzuki.

“Nizam tak tahu macam mana benda ni terjadi..Nizam minta maaf ayah...kalau ayah nak pukul Nizam pun, Nizam rela ayah...ampunkan Nizam...ampunkan dosa Nizam ayah.” Mendayu , sayu sekali mendengar kata-kata Nizam. Menitik juga air mata Marzuki mendengar rintihan anaknya.

“ EEerr...aaa..Abang Mizan....terima kasih kerana selamatkan air muka mak dan ayah,....terima kasih juga kerana selamatkan Hani....mungkin jodoh Hani dengan abang....bukan dengan Nizam....maafkan Nizam,bang...” ujar Nizam di hadapan abangnya...apa lagi yang boleh dikatakan. Rahsia hatinya disimpan kemas... hanya Allah yang tahu.

“Ok.” Itu saja yang keluar dari mulut Mizan. Sudah memadai untuk Nizam. Lebik baik daripada dapat penumbuk abangnya yang lebih tinggi, lebih besar dan lebih sasa daripadanya.

Mizan cuba mengawal perasaan marahnya...dia masih ada rasa hormat pada mak dan ayahnya. Jika hanya dia saja berdua dengan Nizam, dia yakin beberapa penumbuknya sudah hinggap ke muka Nizam.

“Hani...Hani cantik hari ni.....abang nak minta maaf banyak-banyak pada Hani,....nanti-nanti abang jumpa Hani....kita berbual.”

Yuhanis sekadar menundukan kepalanya ke arah Nizam tanda hormat.Yuhanis tidak selesa di renung Nizam...kata-kata Nizam juga tidak mahu dilayan...
...sudah cukup,cukup sudah....cukup sampai di sini saja..
...daripada batin tersiksa, lebih baik ku pergi saja.

Tanpa di sedari Yuhanis merapatkan tubuhnya ke sisi Mizan. Seketika Yuhanis tertunduk malu,merah padam mukanya. Mizan merenung tepat kearah mata Nizam. Muka Mizan serius.. tidak main-main punya. Suka tak suka Yuhanis sudah menjadi isterinya. Nizam sudah membuang segala haknya atas bekas tunangnya itu....tapi Nizam masih tidak sedar-sedar.

“Hani kena dengar penjelasan Abang Nizam...nanti..kita.....

“DARLING !!!” satu jeritan nyaring datang dari arah teksi.

Semua kepala tertoleh serentak ke arah teksi yang masih menunggu. Empat pasang mata hanya memerhati Nizam terkocoh-kocoh lari ke arah teksi. Rupa-rupanya Nizam terlupa seseorang yang masih menunggu di dalam teksi.

Tertunduk-tunduk Nizam membantu seorang perempuan keluar dari perut teksi dan melangkah ke arah mak,ayah, abang dan kakak iparnya aka bekas tunang. Sekali lagi empat pasang mata berpandangan sesama sendiri.

Hampir terlopong Azmah dan Marzuki melihat isteri Nizam. Berambut perang, dengan perut yang sedang membesar memakai baju mengandung bertali halus, pendek sampai nampak pehanya yang putih melepak.

“Mak, ayah..er abang...Hani..ini isteri Nizam...Shila,..and Shila kenalkan my mum,my dad.” Shila bersalaman dengan mak dan ayah mertuanya.

“This is my brother and Hani..”

“Honey ? “ada nada tidak puas hati pada soalan Shila.

“Her name Yuhanis...I call her Hani......”Nizam memberi penjelasan kepada isterinya.

“Kami ni baru nak sembahyang asar....apa kata kita semua masuk dulu....nanti kita berbual panjang.” Marzuki segera menyampuk. Tidak mahu menangguh lagi, waktu asar sudah mengenjak.

“Jom masuk Shila...Nizam layan isteri kamu ni....kami solat dulu...” pelawa Azmah kepada ahli baru keluarganya.

+ + + + + + + +

Dengan segan-segan Yuhanis membuka tudungnya. Ini pertama kali rambutnya terdedah pada mata lelaki. Tudung berenda bewarna putih yang sedondon dengan baju kebayanya di gantung ke dalam almari. Satu persatu sepit dan pin rambut di tarik keluar dari sanggulnya.

Mizan yang sedang membuka sampinnya terhenti melihat rambut ikal mayang isterinya terungkai lembut hingga ke paras pinggang. Suka tak suka pun bergegar jantungnya. Berkocak juga nafsu lelakinya. Segera Mizan memalingkan muka dan badannya ke arah lain.

Yuhanis mengerling jam di dinding. Masa berjalan pantas. Yuhanis segera membuka butang baju kebayanya. Separuh jalan Yuhanis tiba-tiba teringat, dia tidak lagi berseorangan di dalam biliknya. Cepat-cepat Yuhanis merapatkan semula baju kebayanya. Yuhanis menoleh seraya berkata.

“Er,..aba..er...boleh saya masuk bilik air dul....” kata-kat Yuhanis terhenti. Secepat kilat kepalanya memandang ke hadapan semula. Mizan sudah tidak berbaju. Malahan sudah bertuala saja. ..ah, mudahnya orang lelaki. Terutama lelaki yang sudah bergelar suaminya kini.....dan dulunya pernah menjadi suami perempuan lain.

Seperti orang di kejar anjing, Yuhanis melangkah laju ke bilik air sambil berkata.

“Saya masuk mandi dulu.”

Sampai di bilik air Yuhanis terkedu. Dia sehelai sepinggang. Yuhanis menduku kepalanya sendiri dua tiga kali...Cheh,..semua terlupa. Yuhanis terpaksa melangkah keluar dari bilik air semula.

Mizan bersandar di sofa sambilmenutup matanya sementara menunggu Yuhanis keluar dari bilik air. Tidak sampai beberapa minit gadis itu tergesa-gesa keluar, masih berpakaian seperti dia mula masuk ke bilik air tadi...Aaik, cepatnya...atau tak mandi ? fikir Mizan.

“Tuala.” kata Yuhanis sambil menuding ke arah rak tuala,tanpa di tanya. Tuala di rak di tarik segera, kemudian terkocoh-kocoh pula ke almari mengambil satu persalinan. Sehelai baju berlengan panjang dan sehelai skirt kembang labuh bewarna biru lembut. Satu set pakaian dalam di ambil dari laci sebelum bergegas melangkah ke bilik air semula.

Mizan hanya memerhati gelagat kelam kabut Yuhanis. Senyuman kecil yang terukir senget sebelah dibibirnya sempat di sorokkan. Yuhanis sempat menjeling laju ke arahnya semasa gadis itu terpaksa tunduk mengutip baju dalamnya yang terjatuh ke lantai.

Pasti muka gadis itu merah menahan malu...tapi terlindung dengan rambutnya yang panjang melindungi muka...aalah, macam dia tak pernah tengok coli wanita,malah lebih dari itu dia dah buat..sebik MIzan.

“Ehem ! saya dah siap.” Yuhanis memberi isyarat kepada Mizan untuk ke bilik air. Matanya segera memandang ke arah lain setelah mengerling seketika ke arah Mizan yang kelihatan seperti terlena semasa menunggu giliran ke bilik air...... Isk, kenapa tak duduk sopan-sopan getus hati Yuhanis.

 Yuhanis pula yang termalu melihat Mizan yang duduk sedikit mengangkang melunjur kaki dengan hanya bertuala...mmm,..tapi tak kan orang lelaki nak duduk berkepit peha macam orang perempuan pulak, bisik Yuhanis. Sebenarnya dia yang tak biasa...dia kan masih anak dara.

Mizan membuka mata. Sempat matanya melihat gadis yang sudah siap menukar pakaian di bilik air. Mizan faham. Rambut gadis yang masih basah itu mengingatkannya pada waktu-waktu indah semasa dia memegang’ tittle’suami orang.

 Dadanya bergetar. Ini yang Mizan cuba elakkan. Ini yang dia tidak suka. Mizan tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan anak angkat mak dan ayahnya itu. Mizan nekad tidak akan’ menyentuh’ gadis ini. Dia perlu mengawal perasaannya agar hatinya yang parah terluka boleh sembuh sepenuhnya. Biarlah parut menjadi tauladan sepanjang hidupnya. Mizan mesti membina tembok yang tebal setebal tebalnya... jurang yang dalam sedalam dalamnya.

**********************

Keluar dari bilik air Mizan lihat Yuhanis sudah siap bertelekung. Jam di dinding baru menunjukkan pukul enam setengah petang. Lagi setengah jam baru masuk waktu magrib, tapi gadis itu sudah duduk di sejadah. Nak tunjuk alim agaknya...ingat aku boleh suka....mmm...jangan harap, bentak hati Mizan.

Mizan sudah selangkah menjarakkan jurang antara dirinya dengan Yuhanis. Masih terbayang di mata Mizan muka sedih Yunanis semasa Mizan menyuruh ‘isterinya’ itu sembahyang tanpa perlu menunggunya petang
tadi untuk sembahyang asar.

Mahu saja Mizan cabut balik ke Ampang malam itu juga. Namun ditahan hatinya demi emak dan ayahnya. Emak dan ayah nampak gembira dengan perkahwinan ini. Mizan sudah menjalankan tugasnya. Sekarang dia cuma perlu jauhkan dirinya.

*************************

Enjin keretanya dimatikan. Mizan meraup muka kemudian mengelus rambutnya yang sudah sedikit panjang ke belakang. Sudah pukul sepuluh lima minit malam. Sengaja Mizan berlama-lama di luar. Sembahyang magrib tadi di masjid kampungnya, Kampung Sungai Rokam, kemudian Mizan meronda keliling pekan Ipoh.

 Mizan sembahyang Isyak pula di Masjid Negeri. Selesai sembahyang sunat Mizan duduk sendirian di sudut masjid dengan satu buku kecil Surah Yasin. Terlintas di hati kecilnya....kalau ‘dia’ boleh menghafal Surah Yasin, kenapa Mizan tak boleh.

 Malam itu Mizan mulakan azam dengan “Yaasiin, walquranilhakim........hingga selesai satu surah. Selepas hampir sejam Mizan bergerak meninggalkan perkarangan Masjid Negeri. Semasa memandu Mizan cuba mengingati apa yang telah di bacanya sebentar tadi...bukan hanya tadi malah telah berpuluh puluh kali Surah Yasin itu pernah di bacanya sebelum ini.

“Yaasiin,.walquranil..hakim,innaka....er..innakala...mi...nal....mur...salin...’ala siro thin..mustaqim...tanzilar.....tanzilar....mm...tanzilar.......”....blurp!!...Mizan terkedu...minda nya gelap...seperti mentol yang terbakar..terpadam,tiada cahaya lagi....tak ingat lagi.

Tak kan hanya itu yang lekat kot, bisik hati Mizan. Haa, sekarang baru dia sedar betapa susahnya hendak menghafal....walau pun satu surah....belum lagi satu Al Quran. Tak apa, masih ada banyak masa lagi kata hati Mizan, menyedapkan hati sendiri. Mizan singgah di restoran nasi ayam kampung yang terkenal di Bandar Ipoh itu untuk makan malam sebelum pulang.

Tiba di rumah yang sudah gelap, Mizan memakir dan mengunci keretanya. Mizan mengatur langkah untuk masuk melalui dapur, memandangkan bahagian dapur masih terang benderang.

Semasa hendak melintas tingkap naco untuk ke pintu dapur, Mizan terpandang kelibat dua orang yang masih berada di dapur. Yuhanis dan Nizam ? Mizan mematikan langkah, kemudian perlahan-lahan menghampiri tingkap.

“ .....tolonglah Hani,...bagi peluang abang terangkan perkara ini.. tak kan tak da sikit lansung rasa sayang Hani pada abang....abang nak bercakap dengan Hani,sekejap saja pun jadilah...nanti abang tunggu kat wakaf malam-malam sikit...Hani datang ye.”kata Nizam.

“ Sorry, Hani dah janji dengan mak nak tolong urut kaki ayah, ok,Hani naik dulu,..mak tengah tunggu susu ni, makan malam dah siap hidang....jempulah isteri makan sekali.” Yuhanis cuba berlalu.

“ Abang Nizam tahu Hani marahkan abang ....bagilah peluang abang terangkan apa yang telah berlaku sebenarnya.....tolonglah Hani....dengar dulu sebelum menghukum abang.” rayu Shahrul Nizam...sambil menyekat laluan keluar dari ruang dapur.

“Hani nak naik tengok suami Hani, dah balik ke belum....Abang Mizan pergi sembahyang kat masjid tadi...mintak maaf banyak-banyak..lain kali sajalah..tolong jangan buat macam ni.” Yuhanis berlalu dengan sebak di dada.

Apakah penjelasan Nizam dapat mengubah keadaan mereka ?.... Yuhanis sudah berjanji untuk menjadi isteri yang solehah walaupun sedar jawatan atau kedudukannya itu tidak penting di sisi Saiful Mizan. Apa pun Yuhanis kena pandai menjaga status dirinya kini sudah menjadi isteri orang.

Mizan menutup daun pintu biliknya. Bilik pengantin baru. Tiada Yuhanis. Ada satu talam bulat berisi satu hidangan ....makan malam. Terdapat juga satu plas air panas dan cawan kosong yang terlangkup di atas piring...elok tersusun di meja rendah di hadapan sofa.

Mizan ternampak sehelai kertas di tindih di bawah cawan. Mizan mendekati meja. Nota di tarik dan di baca.
‘ Makan malam dan teh panas....silakan...Saya di bilik mak.’

Mizan mencampak nota itu kembali di atas talam. Mizan membersihkan dirinya sebelum merebahkan dirinya ke katil pengantin. Penat tidak terkira. Besok Mizan nekad untuk balik bekerja seperti yang telah dirancang. Menikah jadi pak bidan terjun tidak akan merubah jadual kerjanya...malah kehidupannya juga.

 Seketika Mizan tercacak bangun semula. Ada perkara yang menggangu fikirannya. Mizan menapak ke bilik orang tuanya. Telinganya dirapatkan ke daun pintu.Terdengar suara orang sedang berbual-bual.

 Mizan cuma mahu memastikan ada suara Yuhanis di dalam bilik itu. Mizan tidak mahu menjadi lelaki dayus. Jika Yuhanis mahu bercengkerama dengan tunang tak jadinya malam ini...ha, lagi Mizan suka....tugasnya akan cepat selesai. Lebih cepat dari yang dijangka. Tahulah dia macam mana hendak meletakkan dirinya jadi status duda semula.

“I don’t want you to be near her.....kalau dia gatal-gatal nak dekat dengan you...siaplah dia.” Suara amaran bersama tuan tubuh semakin mendekati di belakang Mizan.

Mizan terperangkap. Tidak cukup masa untuk dia mengelak dari bertembung dengan Nizam dan isteri mat saleh celupnya. Mizan terus menolak daun pintu bilik orang tuanya serta merta. Mizan segera menutup semula pintu sambil berdiri terpacak membalas pandangan  tiga pasang mata yang sedikit terkejut dengan
kehadirannya secara tiba-tiba itu.

“Eer....er... assalamualaikum..er... Mizan terlupa nak cakap kat mak dan ayah ....Mizan kena balik besok awal pagi....Mizan tak ambil cuti sebab tak jangka akan jadi macam ni...jadi........” Mizan terhenti di situ dengan bahunya sedikit terjungkir.....bermaksud....faham-faham sajalah.

“Hhmm, tak apa...jaga kerja elok-elok. Baliklah...semua dah selamat....Cuma ayah nak pesan Mizan satu saja.....tolong jaga Yuhanis baik-baik.” Kata Marzuki.

“Er..kalau mak ayah perlu di..dia..er.. Hani di sini, tak apa Mizan balik sorang dulu.”Mizan cuba melepaskan diri.

“Hish, Mizan tak boleh buat macam tu...kena belajar suaikan diri duduk sama-sama...kan dah jadi suami isteri...mak tak mahu anak mak jadi orang tak beradap.” Celah Puan Azmah.

Mizan tak terkata apa. Menyesal pula meredah masuk ke bilik emak ayahnya. Kalau tahu begini jadinya baik saja dia mengadap perempuan mat saleh celup dengan Nizam tadi. Sahih boleh jeling saja. Hajat untuk acara cabut pulang secara solo selepas subuh besok nampaknya berkecai. Terpaksa jugalah Mizan mengusung ‘the unwanted wife. “

“Ha, sudahlah tu Hani, sedap tangan kamu mengurut...sebelum ni ayah jealous aje tengok mak kamu aje yang dapat urut...he,he......pergilah berehat, nak kena berkemas lagi....besok pagi dah nak kena ikut Mizan balik.....lain kali datang...kena urut lagi tau..he,he.”ujar Marzuki kepada anak angkatnya yang sudah bertukar status sebagai anak menantu.

Tanpa berkata apa-apa Yuhanis bangun mencium pipi ayah mertuanya. Sungguh baik hati lelaki ini. Lelaki yang telah memberi kasih seorang ayah menggantikan tempat ayah kandung yang kasihnya hanya dapat dikecap cuma seketika.

Yuhanis beralih pula memeluk Mah Azmah yang sedang duduk di birai katil dengan tangan sudah sedia didepangkan.Mata Yuhanis sudah terasa berat penuh digenangi air. Kalau boleh Yuhanis tidak mahu menangis...lebih-lebih lagi di hadapan penonton yang tak diundang.

“Mak,ayah akan selalu doakan Hani dan Mizan bahgia hingga ke anak cucu,..bersama hingga akhir hayat......jangan sedih-sedih.....bukannya nak pindah jauh sampai tak boleh balik-balik...kalau nak balik sini, minta izin Mizan...baik-baik pakat.” Nasihat dari mak.

+ + + + + + + + +

“ Bilik saya pintu warna kelabu...ada tiga lagi bilik kosong di atas, satu bilik orang gaji di bawah sebelah dapur....awak boleh pilih mana-mana bilik yang awak suka, cuma jangan susahkan saya....saya sudah biasa duduk sorang diri, jadi kalau boleh saya mahu keadaan tetap seperti biasa.... saya tak mahu awak mengganggu, bila saya berada di rumah...faham ? ...awak nak buat apa, nak kemana pun...buatlah,..saya
izinkan dan saya tak kisah.”  Kata Mizan tanpa sebarang emosi.

Yuhanis sekadar menganggukan kepala...tapi tidak sikit pun Mizan memandangnya. Lelaki itu terus menonong mendaki tangga ke tingkat atas selepas memberi arahan tentang undang-undang untuk Yuhanis patuhi.

Yuhanis berdiri tegak di hadapan pintu bersama dua beg pakaiannya seketika. Kelibat ‘suaminya’ sudah tidak kelihatan.Yuhanis mendongak melihat tangga menuju ke tingkat atas...kemudian menebarkan pandangannya di sekeliling pula. Dari ruang tamu Yuhanis  melihat ruang makan kecil dan pintu ke dapur...dan satu pintu yang agak tersorok.

Ok...aku akan jadikan diriku ‘halimunan’. Don’t worry....I’ll make you happy..and myself happyyyy too....bisik hati Yuhanis.

Yuhanis menutup pintu bilik...mm... rumah barunya. Ada satu katil bujang dengan tilam nipis...ok buatnya.

Satu almari kayu di satu sudut...agak uzur...tetap ok saja untuknya. Sebuah meja sikat dengan cermin yang retak menanti terbelah dua....masih juga ok buat dirinya. Dan ada pintu di hujung bilik.....bilik air....aah...satu
rahmat untuknya.

Yuhanis menggagau telefon bimbitnya dibeg sandangnya. Sudah hampir pukul sepuluh pagi....maknanya cuma lebih kurang tiga jam setengah perjalanan  dari Ipoh. Yuhanis terus menghubungi Mak Azmah...seperti yang telah dipesan.

“Semua ok ke di sana ?” tanya Mak Azmah selepas Yuhanis menyatakan dia dan Mizan telah selamat sampai.

“Biasa-biasa saja... mak jangan risaulah pasal Hani....apa-apa hal mak call Hani, ok.” Kata Yuhanis di akhir perbualan sebelum mematikan talian.

Yuhanis melihat sekitar bilik yang berdebu....mm,nantilah cik debu. Yuhanis sekadar membersihkan katil...menukar cadar lusuh yang telah berdebu dengan cadar lusuh lain yang terdapat di dalam almari uzur di bilik itu.

 Selepas itu barulah Yuhanis dapat  berbaring menghilangkan lelah perjalanan...sebelum dia membuka lembaran baru perjalanan hidup untuk fasa seterusnya....menjadi isteri ‘halimunan’.

Friday 12 October 2012

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin (PTRNTD) Bab 1

“Mak, ..maafkan Nizam mak, ....bukan Nizam sengaja nak malukan mak dengan ayah, sebenar.... sebenarnya... Nizam... .Nizam dah kahwin kat sini, mak.”

“Apa ?....apa kamu dah buat ni Nizam?....Ya Allah,!...berapa lama dah kamu kahwin ?”

“Dah lima bulan ....kami nikah sebelum exam,...maafkan Nizam, mak.....nanti bila jumpa Hani, Nizam akan mintak maaf dari Hani.

   +++++++

“Ya Allah...nak buat macam mana ni ?” Puan Azmah terduduk lemah di sofa bersebelahan meja telefon. Seluruh tubuhnya rasa menggigil. Menggigil kerana terlalu terkejut dan kecewa. Menggigil kerana terlalu marah dengan perbuatan anak bongsunya Shahrul Nizam. Air matanya mengalir laju bertemankan esakan.

“Azmah ?....Mah ?...Mah, kenapa ni ?” En.Marzuki yang baru masuk ke ruang tamu terkejut melihat isterinya yang sedang menangis teresak-esak dengan tangannya masih memegang ganggang telefon.

Marzuki segera mendapatkan Azmah dan memaut tubuh isteri kesayangannya. Ganggang telefon di tangan Azmah dicapai,lantas dilekapkan di telinganya. Sudah tiada sesiapa di talian. Ganggang telefon diletakkan kembali ke tempatnya.

“Siapa Mah ?....siapa yang telefon ?..Mizan ke ?...Mizan tak nak balik kenduri besok ke?...Dia masih marah pada Nizam agaknya. ..” bertalu-talu soalan dari Marzuki. Tidak sabar untuk mengetahui punca yang menyebabkan isterinya bersedih begitu sekali.

Azmah menggeleng perlahan. Air matanya terus mengalir walau pun puas diseka.

“Bukan Mizan ?.. habis tu siapa ?...tak kan si Nizam kot...dia kan akan sampai besok subuh...” sudah tak sabar Marzuki menunggu jawapan dari Azmah.

Perlahan-lahan Azmah menganggukkan kepalanya.

“Abang...abang jangan terkejut tau, kita kena fikir cepat,.. kita kena segera  mencari pengganti Nizam....dia,dia...Nizam dah kahwin di UK sana, bang....dia cakap dah lima bulan..dia takut nak cakap kat kita..”terang Azmah sambil mengesat air mata yang masih mengalir.

“Ya Allah,....budak Nizam ni sengaja nak bagi malu kat kita,....budak tak bertanggung jawab...mengaji saja tinggi...otak tak tau letak kat mana...tak fikir langsung kita kat sini..dia tak ingat ke dia dah ada tunang di sini ?” Marzuki melepaskan kemarahannya.

Marzuki berjalan mundar mandir di ruang tamu...kalau Nizam berada di hadapannya kini, mahu saja dibelasahnya anak bongsunya itu sepuas hati.

“Abang..sabar bang....abang kena bawak bertenang,....Mah, tak nak apa-apa terjadi pada abang ...doktor kan dah pesan,..abang tak boleh stress dan marah-marah.”Rayu Azmah yang sudah merapati suaminya. Belakang suaminya diusap perlahan. Dengan lembut Azmah membawa suaminya ke sofa panjang. Sama-sama mereka duduk dengan hati yang kecewa.

“HHhmmm..” keluhan lemah meluncur dari mulut Azmah tanpa dapat dikawal.
“Kalau Nizam cakap awa-awal, dah tentu kita tak edarkan kad-kad jemputan tu,....khemah dan katering dengan semua-semua yang lain tu pun masih sempat lagi dikansel...rugi duit muka tu pun tak apa...sekarang semua dah siap, dah terlambat nak batalkan.....

Marzuki hanya mendiamkan diri.

“Ikutkan jadual penerbangan, subuh esok Nizam tu sampai...nikah lepas zohor...ingatkan tak boleh balik cepat sebab ada kelas...rupanya saja tangguh-tangguh, takut nak cakap.”
Marzuki masih mendiamkan diri saperti tadi.

“Macam mana kita nak cakap dengan Yuhanis ni bang...buntu saya dibuatnya.” Sebak suara Azmah sama sebak dengan hati di dalam mengingatkan kenduri esok hari.

Marzuki diam tak berkutik. Kerisauannya ditelan dalam hati. Dibiarkan saja isterinya meluahkan perasaan.
“Mizan ada kata bila nak sampai ?” tiba-tiba Marzuki bertanya.

“Kelmarin dia kata ....petang ni, lepas kerja.....paling lewat pun malam katanya,...abang... apa abang...abang nak dia....”

Termati kata-kata Azmah tiba-tiba...matanya merenung mata suaminya, seolah-olah ada tertulis jawapan di situ, akan pertanyaan dia sebentar tadi. Ternganga mulutnya.

“Kita kena ikhtiar Mah.” Lemah saja jawapan dari Marzuki...dia sendiri seperti tidak yakin akan caranya.
Azmah hanya memandang langkah longlai suaminya meninggalkan ruang tamu yang sudah terhias indah untuk kenduri esok. Perlahan-lahan Azmah turut bangun mengekori langkah suaminya.

Yuhanis tersandar lesu di sebalik dinding. Perlahan-lahan Yuhanis melangkah ke biliknya yang terletak disisi kanan rumah. Pintu bilik tidurnya ditutup perlahan kemudian menguncinya.

“Sampai hati Abang Nizam buat Hani macam ni...hu,hu..” Sendu dan tangisan Hani hanya mampu disembunyikan di sebalik bantal peluknya.

Segala impiannya untuk hidup bersama Shahrul Nizam hancur berkecai. Berderai bagai kaca terhempas ke batu. Jauh di mata, jauh di hati. Mungkin ini ujian untuknya. Sudah suratan, takdir yang menentukan. Yuhanis terpaksa lalui jua. Redho dalam terpaksa. Apa lagi yang dia boleh buat.

Jika hendak diukur dengan kehilangan kedua ibu bapa kandung bersama tiga orang adik-adiknya dalam kemalangan ngeri sembilan tahun lalu, dugaan ditinggalkan tunang yang tidak setia, sangatlah kecil.Lebih baik sekarang daripada ditinggalkan bila sudah berkahwin dan memiliki anak-anak....Yuhanis memujuk dirinya.

Kesian emak dan ayah angkatnya. Bagaimana Yuhanis dapat menolong mereka. Pedih hati Yuhanis mendengar rintihan mereka berdua sebentar tadi. Yuhanis tidak boleh hanya memikirkan dirinya sahaja. Dia perlu kuat untuk mereka berdua.

Jasa mereka tidak mampu Yuhanis balas dengan wang ringgit. Mereka membesarkannya dan memberinya  kasih sayang seperti  anak sendiri. Bukan kerana ada talian saudara, jauh sekali adik beradik. En,Marzuki dan Puan Azmah sekadar kawan baik ibu bapa kandung Yuhanis yang sudah tidak punya saudara mara.

Dari anak angkat, hendak dijadikan menantu pula. Yuhanis setuju lantaran hajatnya hendak menjaga kedua-dua ibubapa angkatnya akan menjadi lebih mudah di sisi syariat. Lebih-lebih lagi sudah ada wasiat dan kata persetujuan antara arwah ibu bapa kandung dan mak ayah angkatnya.

Berkerut dahi Yuhanis teringatkan nama yang disebut ayah pagi tadi. MIZAN. Anak sulung mak ayah angkatnya yang pernah Yuhanis lihat tiga empat kali. Itu pun dari jauh sahaja. Mizan...aaah,..sanggupkah dia...dan sanggupkah lelaki itu jadi pengganti tunangnya demi menutup malu  emak dan ayah.

+ + + + + + + +

“Mizan tak setuju,..Mizan tak sanggup....mak,ayah...Mizan mintak maaf banyak-banyak......carilah orang lain...atau pun, paksa saja si Nizam tu kahwin juga dengan tunangnya itu....diakan lelaki...boleh kahwin sampai empat.” Terus terang kata-kata Shaiful Mizan.

“Mizan ...mak tak mahu orang luar...lagi pun ..emak dan ayah telah berjanji dengan arwah ibu bapa Yuhanis...nak jadikan Yuhanis sebahagian dari keluarga kita...Hani tu budak baik, mak yang besarkan dia...tak rugi jika Mizan nikah dengan dia.....bila dah kahwin nanti, kenal budi bahasa dia...mak pasti Mizan akan dapat lupakan Suraya.” Rayu Azmah.

“Kamu masih tak boleh lupa bekas isteri kamu tu lagi Mizan ?...dah dekat setahun...ayah nak kamu mulakan hidup baru...Hani pasti dapat tolong kamu lupakan dia.” Nasihat Marzuki pula.

“Mak, ayah...kalau Mizan nak kahwin sekali pun, bukan sekarang...bukan tergesa-gesa macam ni...terima atau tidak,.. tiada kaitan dengan Suraya tu.” Balas Mizan sambil meraup mukanya.

‘Kalau Mizan tak boleh tolong...malu besar mak ngan ayah kamu ni...mana kami nak sorok muka....jemput sakan, tapi tak jadi...pengantin  lelaki tak ada....kesian kat Hani tu.” Sudah sebak suara Azmah merayu...masih tak putus asa memujuk anak sulungnya.

“Macam ni lah mak,...besok bila tetamu datang..cakap saja ada kemalangan, jadi kita buat  kenduri kesyukuran atau kenduri arwah....Mizan tetap dengan keputusan Mizan....dahlah mak, ayah..dah dekat pukul satu malam ni...Mizan pun dah penat...habis kerja terus drive  ke sini......kalau mak nak,besok kenduri, Mizan tolong terangkan pada tetamu-tetamu semua.”

Mizan akhirnya melangkah ke biliknya dengan hati yang berat....tapi sungguh dia tak sanggup. Dia masih trauma dengan perceraiannya. Seperti sudah serik untuk berkahwin. Sudah hilang kepercayaannya pada kaum hawa.

“Macam mana ni bang?.....abang kena paksa juga Mizan tu...abang kena....abang,..abang.!..”

Azmah segera mendapatkan suaminya yang kelihatan sedang menggosok-gosok dadanya.

“ Abang ok,...penat dan sakit sikit je.....jom lah Mah,kita pun dah penat ni.....besok pagi kita kena beritahu Hani...tak boleh tangguh-tangguh lagi.” Keluh Marzuki.

+ + + + + + +

Yuhanis hanya mampu memandang sayu ke arah emak dan ayah angkatnya yang sedang melangkah ke bilik tidur mereka. Dia perlu bertindak segera. Yuhanis cuma ada malam ini sahaja. Dia segera meninggalkan tempat persembunyiannya. Ada misi penting yang Yuhanis perlu lakukan.

Tok,tok,tok....

Shaiful Mizan mengerutkan dahinya. Matanya merenung ke arah pintu. Sudah sayup malam. Emak masih tidak putus asa. Masih hendak memujuknya jadi bidan terjun. Mizan akan tetap dengan pendiriannya. Mizan melangkah dengan malas menuju ke pintu.

Sebaik Mizan membuka selak,daun pintunya serta merta terbuka ditolak dari luar. Mizan terkejut. Gadis anak angkat mak ayahnya meluru masuk kemudian terus menyelak semula pintu bilik Mizan.

Yuhanis menarik nafas lantas menoleh mengadap abang kepada tunangnya. Alangkah terkejutnya dia. Serta merta Yuhanis memusingkan badannya mengadap ke pintu semula.Lelaki itu hanya memakai boxer !!..Muka 

Yuhanis terasa tebal, malu teramat. Terasa panas seluruh muka.

Terangkat kening Mizan melihat kelakuan gadis itu. Jelas kelihatan riak terkejut di wajahnya yang sudah kemerahan...tapi berani pulak mengunci pintu. Gadis apakah yang berani mengunci dirinya di dalam bilik dengan lelaki yang bukan mahramnya ?

“Maaf...saya minta maaf banyak-banyak....er,...sebenarnya..er,..aaa...sa..saya ada hal nak cakap dengan aw..dengan en.. encik...er,er..sebelum tu....saya minta maaf...bo..boleh tak tolong pa..pakai ba..baju.” tergagap-gagap Yuhanis bersuara. Lebih-lebih lagi melihat muka yang masam itu.

Sememangnya Yuhanis sudah menjangka akan kesukaran untuk menyampaikan hajatnya kepada lelaki ini.. tapi kini baru dia tahu betapa sukarnya dia hendak membuka mulut. Belum di kira dengan masaalah penampilan yang tidak dijangka itu.

Walau pun sudah menghadap pintu, matanya tertutup rapat... namun sudah terlakar di minda Yuhanis tubuh sasa lelaki itu dengan boxernya...eeehh ! Yuhanis menggeleng-gelengkan sedikit kepalanya untuk menghilangkan gambaran sexy lelaki itu.

Mizan mencapai lalu memakai semula t-shirt dan kain pelikat yang terlonggok di atas meja bacaan sambil merenung belakang gadis itu.

“Ok,..siap...saya dah pakai baju...” kata Mizan sambil berpeluk tubuh.

Yuhanis berpaling menghadap lelaki itu perlahan-lahan. Tidak sopan pula jika bercakap menghadap pintu.

“Maaf,..saya minta maaf banyak-banyak kerana mengganggu awa..er.. encik.” Yuhanis memulakan bicara. 

Tidak tahu ke mana hendak di talakan pandangan matanya.....juga tidak tahu bagaimana mahu memanggil lelaki itu.

“Mmm..tapi awak nak ganggu jugak....ok, shot...awak ada masa dua minit saja.”garang saja nada suara lelaki di hadapannya.

“Min...minta maaf ba...banyak-banyak,...sa..sa..saya...nak..nak.....”susah sungguh Yuhanis hendak menyatakan hajatnya. Rasanya belum pernah terjadi lagi kes serupa ini.

“Awak ni gagap ke apa !!!.....buang masa betul !...saya ni dah penat, tau tak !!! jerit Mizan. Harap-harap suaranya tidak tembus sampai ke bilik mak ayahnya.

Suka tak suka pun, herdikkan Mizan menjadi pemangkin kepada Yuhanis.

“Saya nak ajak awak kahwin dengan saya ! “ dengan sekali lafaz dalam satu nafas terluncur juga hajat Yuhanis. Sempat dia menarik nafas lega. Dia tidak perlukan masa sampai dua saat.

Terangkat kedua-dua kening Mizan. Mizan merenung tajam Yuhanis yang terkulat-kulat di hadapannya. 

Berani betul budak ini getus hati Mizan. Berani atau terdesak ?....kenapa terdesak ?...macam-macam jawapan yang Mizan boleh cadangkan. Dia bukan budak mentah  seperti dulu. Mizan tidak akan biarkan dirinya dipermainkan lagi.

Yuhanis tertunduk malu. Terasa bahang panas di mukanya menjalar ke seluruh tubuh hingga ke hujung jari kaki. Beberapa saat berlalu tanpa jawapan dari Mizan. Yuhanis tidak boleh cepat menyerah kalah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan....alang-alang sudah termalu,.lantaklah...kata hati Yuhanis.

“Saya buat ni untuk mak dan ayah....mak risau ayah akan tertekan,...takut strok ayah menyerang semula,....ayah ada masaalah jantung,...selepas dapat panggilan dari ...er..UK...abah dah mula rasa sakit-sakit di dada...hari tu masa kena mild strok,abah kena tahan kat hospital sampai dua minggu....kesian kat mak,....hari-hari nangis, makan pun tak lalu....saya tak....”

“Kenapa saya tak tahu ?,...kenapa tak ada sesiapa beritahu saya ?”marah Mizan. Sungguh, sudah lama dia tidak balik menjenguk orang tuanya di kampong...sekadar bertanya khabar melalui telefon. Disebabkan amarahnya sedang memuncak, tidak sedar Yuhanis yang dipersalahkan.

“Emak kata tak nak ganggu anak-anak ...sibuk kerja,..sibuk belajar,...nanti ganggu....saya tak setuju...tapi..mak...”

“Awak tak tahu nak telefon saya ke ?” bentak Mizan lagi.Penat, mengantuk, tertekan....dan berita ini pula. Masam mencuka mukanya memandang Yuhanis.

“Huh..er...aa...mana..saya ada nombor telefon  er.. encik...” Yuhanis sudah terasa geram tapi ditahannya 
sebab permintaannya masih tiada jawapan. Perlu bersabar.

“Encik !,encik !....awak ingat awak kat ofis saya ke ?” bentak Mizan melepaskan rasa tidak puas hatinya. Tidak di pedulinya akan Yuhanis yang terkejut dengan herdikkannya.

Yuhanis menjadi risau bila melihat Mizan melangkah ke katilnya. Lelaki itu kemudiannya duduk di birai katil seperti bersedia hendak tidur saja. Yuhanis terasa diri umpama... hanya seekor lalat yang tersesat terbang masuk ke bilik itu..kecilnya diri...Ya Allah berilah aku kesabaran tahap tinggi...Yuhanis berdoa. Yuhanis cuba menarik perhatian Mizan sekali lagi.

“Mmm,..er..enc...awak...”Yuhanis serba salah. Benar-benar dia tidak tahu apa yang patut dipanggilnya lelaki itu.....panggil encik pun kena tengking... tak kan Yuhanis berani nak berabang pula....salah karang, baru naik sepuloh oktaf nada tengkingan lelaki itu.

Mizan mengangkat tangan, menghalang Yuhanis dari menyambung kata-katanya.

“Tolong dengar sini baik-baik....Saya tak berhajat nak kahwin sekarang atau waktu yang terdekat ini....dan saya tak mahu kahwin dengan awak atau mana-mana perempuan pun......jadi tak payah awak nak merayu-rayu lagi....awak tak malu ke ?” berapi-api kata-kata Mizan.

Walau pun nada suara lelaki itu sudah sedikit mengendur, tapi ayatnya tajam menyusuk hati Yuhanis. Yuhanis seperti mahu menjerit saja....Hei, saya merayu bagi pihak mak dan ayah encik lah !!!...bukan untuk diri sendiri. Macamlah dia hard up sangat nak kahwin sampai merayu-rayu begitu.

Mizan menjeling Yuhanis sekilas. Tentu gadis itu sudah terasa dengan kata-katanya sebentar tadi...melihatkan diri gadis itu kini tertunduk kaku seperti patung....baguslah begitu...boleh cepat berambus dari biliknya...dia sudah terlalu penat...sudah tak larat melayan kerenah gadis ini.

 Dengan tudung hitam yang senget dan baju kurung besar seleweh ....tiada apa yang istimewa  yang boleh menarik minat mana-mana lelaki. Mana-mana lelaki...lebih-lebih lagi dirinya. Tak bernafsu lansung....malah boleh lebih teruk lagi, mati terus nafsu lelakinya sampai bila-bila.

Yuhanis duduk melutut perlahan-lahan ke lantai. Yuhanis sedikit hairan bagaimana dia masih boleh bersabar dengan sikap tak mengenang budi seorang anak. Mungkin doanya telah di kabulkan Allah. Yuhanis masih boleh bersabar. Sabar sangat-sangat.

“Saya cuma hendak kita bernikah untuk menutup malu mak dan ayah...AWAK... untuk kesihatan mereka, untuk ketenangan hati mereka...mereka dah tua, selagi mereka masih hidup anak-anak patut gembirakan hati mereka...jangan nanti, menyesal setelah mereka sudah tiada...siapa yang telah alami akan tahu betapa pedihnya kehilangan ibubapa..................... saya janji saya tak akan susahkan awak, saya tak akan ganggu hidup awak, saya tak akan minta apa-apa dari awak,saya tak akan tuntut apa-apa dari awak...apa saja permintaan awak,saya akan ikut,...saya merayu.....”

“Perempuan apa awak ni haa,...tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi...inilah orang kata..perigi cari timba....nak tau lagi tak?...tengok awak pun saya tak ada selera..inikan lagi nak menikah,....saya nak tidur......awak nak merayu sampai pagi pun, suka hati awaklah.” Mizan segera membaringkan badannya mengadap dinding.

“Baiklah, saya akan tunggu sampai pagi...saya tak faham ...kenapa a..”

“Awak tak akan faham....so, SHUT UP !!!..ok !”tengking Mizan lantas menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya.

Ya..betul,Hanis memang tak faham.....bisik Yuhanis pada dirinya sendiri.

Yuhanis terus melutut di depan pintu. Yuhanis berharap kesungguhannya itu akan dapat melembutkan hati 
Shaiful Mizan yang keras itu. Sudah agak lama melutut begitu,sehingga kakinya mula terasa kebas-kebas....namun dia sudah nekad akan bertahan sampai subuh. Anak jenis apa entah..hati keras macam batu...getus hati Yuhanis.

Perlahan-lahan Yuhanis membaca surah Yasin yang telah dihafalnya semasa tingkatan lima. Yuhanis masih ingat lagi kata-kata Ustazah Khatijah, ustazah sekolah menengahnya dahulu ...bahawa Rasulullah SAW telah bersabda “Sesiapa yang mengamalkan membaca surah Yasin, Allah akan  permudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”

 Bukan itu saja, ada beberapa lagi fadhilat surah Yasin yang masih Yuhanis ingati.... antaranya yang sesuai dengan situasinya kini ia lah...”Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh “

Harap-harap janganlah lelaki hati batu yang tidur macam batu di hadapannya itu tahu akan fadhilat yang satu ini. Jika tidak, entah apa-apa Encik Mizan si hati batu akan jeritkan kepadanya nanti,bisik hati Yuhanis.

 Selesai habis membaca surah Yasin, Yuhanis membaca surah Al-Mulk pula. Surah Al-Mulk ini baru sahaja berjaya di hafal Yuhanis..ia-itu ketika menemani emak yang menunggu ayah di hospital tempoh hari. Fadhilat surah Al Mulk pula ia lah dapat melindungi kita dari seksa kubur dan seksa neraka.

Yuhanis merenung seketika tubuh lelaki yang nampaknya begitu lena. Sedikit pun tak berkutik. Tidur macam batu, hati pun keras macam batu...apalah yang boleh di harapkan lagi.

Tidak mengapa.Yuhanis berjanji selepas habis tempoh ikhtiar ini, dia akan pasrah. Dia akan terima takdir yang di tentukan oleh Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jika gagal...dia percaya Allah hendak berikan sesuatu yang lebih baik di masa depan. Jika berjaya ...syukur..Alhamdulillah

 Malam masih panjang. Yuhanis membaca pula surah-surah tiga Kul....kemudian dia berdoa semoga Allah sentiasa membantunya dan memudahkan urusan hidupnya. Begitu juga emak dan bapa angkatnya.

Yuhanis juga tidak lupa berdoa untuk arwah ibu bapa serta adik-adiknya. Semoga Allah ampunkan segala dosa mereka dan menempatkan mereka bersama-sama hamba-hamba Allah yang soleh.

Sayup-sayup kedengaran bacaan surah Yasin menyusup masuk ke telinga Mizan. Perlahan saja bacaan itu seakan suara berbisik sendirian. Seketika Mizan terkedu. Dia pasti gadis itu tidak membawa sebarang buku, apa tah lagi buku Yasin sewaktu masuk ke biliknya tadi. Hendak di jampi serapahkan kah aku ini..tanya hati Mizan.......aaah, lantaklah.Duduklah situ sampai khatam satu Quran pun dia tak kisah....getus hati Mizan lagi. Entah bila dia terlena pun Mizan tidak sedar.

Mizan terjaga.Azan subuh kedengaran sayup-sayup dari masjid kampung itu. Matanya di halakan ke meja kecil di sisi katil melihat jam.Sudah pukul lima lima puluh empat pagi.Tiba-tiba Mizan teringat akan gadis semalam...dan kata-katanya untuk tunggu sampai subuh. Adakah itu mimpinya saja atau realiti.

Mizan menongkat lengan lalu menjenguk ke pintu. Mizan terkedu. Gadis itu masih di situ. Masih di depan pintu biliknya. Satu perasaan aneh singgah seketika menjentik hati kecilnya....kesian ? sayu ? kagum ?.....tapi semuanya di tepis pergi.

Mata Mizan memandang seketika ke arah gadis yang mengganggunya semalam. Gadis itu kelihatan duduk tersimpuh di tempat semalam...cuma kini badannya terlentuk dan tersandar di kabinet yang terletak di tepi pintu. Sesekali kelihatan kepalanya tersengguk-sengguk. Azan subuh di laungkan pun masih tidak terjaga. 

Entah pukul berapa agaknya gadis itu terlena.

Mizan segera bangun untuk ke bilik air....tapi dia perlu kejutkan gadis itu terlebih dahulu. Tidak boleh dia bayangkan jika gadis itu terjaga waktu Mizan keluar dari bilik air dengan bertuala sahaja. Kalau di buatnya menjerit dek terkejut baru kecoh satu rumah.

“Hei, bangun.....bangunlah....” panggil Mizan.... dia berdiri dua kaki di hadapan Yuhanis.
Mizan menyangkung pula setelah tiada tindak balas dari Yuhanis. Mizan merenung wajah Yuhanis yang masih lena tidak sedarkan diri sekaki di hadapannya. ..mmm...boleh tahan juga muka dia, bisik hati Mizan. 

Mana pernah mereka bertegur sapa selama ini. Selama dia bersama Suraya bekas isterinya, Mizan tidak endahkan perempuan lain.

Mizan menyua jari telunjuknya untuk mencuit bahu Yuhanis. Termati pergerakkan nya bila dengan tak semena-mena Yuhanis membuka mata, merenung tepat ke mata Mizan. Mizan terkejut,mujur tak terlentang kebelakang. Seram pun ada....ada juga orang jenis macam ini..gerutunya. Nasib baik Mizan tidak menjerit.. kalau tidak...buat malu saja.

Yuhanis yang masih dalam keadaan mamai, merenung tajam wajah lelaki yang tercongok di hadapannya sebaik dia membuka mata. Berkerut kening Yuhanis.

“Pukul berapa sekarang ?”tiba-tiba terpacul soalan dari Yuhanis.

“Dah masuk subuh ke ?” Yuhanis bertanya lagi...cemas saja bunyi suaranya.

“Dah dekat pukul enam, subuh dah.” Jawab Mizan sambil berdiri menjauhkan diri.

“Oh !”..Bingkas Yuhanis bangun berdiri, membuka selak, menolak daun pintu dan terus meluru keluar tanpa memandang Mizan.

Usai solat subuh Yuhanis duduk berdoa di atas sejadah. Panjang doanya pagi ini. Yuhanis ingin berlama di bilik itu. Bilik yang sudah berhias cantik untuk raja sehari. Selepas ini bilik itu sudah tidak sesuai untuknya lagi. Yuhanis melemparkan pandangan melihat sekeliling. Semuanya  serba baru... katil, almari,meja solek dan sofa kecil untuk dua orang. Perabut dari kayu jati hadiah dari emak dan ayah angkatnya.

Langsir tingkap dan langsir pintu kaca ke balkoni dipilih sama warna dengan set cadar. Warna krim lembut dengan bunga-bunga kecil berwarna pink dan ungu. Pilihannya sendiri dan di sukai oleh emak merangkap bakal emak mertua...kini mak mertua tak jadi.

Selepas ini Yuhanis perlu mengangkut semula pakaian-pakaiannya kembali ke bilik lama.Nasib baik hanya itu saja yang baru di pindahkan ke sini. Jika tidak banyaklah kerja kerja menyimpan dan menyusunnya semula.

Subuh sudah berlalu. Sang suria mula menampakkan diri. Yuhanis berdiri kembali. Dia hendak mengerjakan solat Dhuha dua rokaat. Selepas itu barulah Yuhanis akan mengemas untuk kembali ke bilik asalnya. Bilik ini mungkin bakal di huni Abang Nizam bersama isteri barunya apabila mereka balik ke sini kelak. Tanpa disedari air matanya menitis..... mengalir membasahi pipi.

Selesai solat sunat Dhuha Yuhanis menadah tangan untuk berdoa lagi. Sebaik dia mengangkat tangan,pintu bilik di kuak. Yuhanis menoleh untuk melihat siapa yang datang. Jangkanya tentulah emak yang datang mencarinya. Mak sangat tahu akan perangai Yuhanis yang tidak suka bersarapan.

Membulat mata Yuhanis melihat Mizan di belakang emaknya.

“Hani, jomlah kita sarapan...sekejap lagi mak andam akan sampai....Abang Mizan kamu ni dah setuju nak nikah dengan Hani....mak syukur sangat-sangat....”

Yuhanis terpana...hilang butir-butir perkataan emak seterusnya........Yuhanis hanya mampu menganggukan kepala dan menzahirkan secalit senyuman sebelum mak beredar.

Namun senyumannya menjadi tawar melihat wajah Mizan yang kelat. Biarlah apa pun....kelat, masam, masin, pahit,maung...akan di harungi jua. Asalkan emak dan ayah boleh hidup tenteram di usia mereka yang merangkak senja.

Tidak sedar tangannya yang masih menadah sedari tadi, Yuhanis terus memanjatkan kesyukuran kepada Allah....ALHAMDULILLAH....syukur kepada Mu Ya Allah ....segala urusan hidup dan mati ku adalah ditangan M

 + + + + + + +

Mendung yang berarak hilang di tiup angin pagi. Sinar cahaya sang suria yang terang menerangi alam bertamu bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa...seperti merestui perjalanan kerja mendirikan sebuah masjid. Begitu kehendak NYA. Majlis kenduri pernikahan Yuhanis dan Shaiful Mizan berjalan lancar. 

Marzuki dan Puan Azmah sudah boleh tersenyum lega sepanjang waktu menyambut dan melayan para tetamu yang datang.

Majlis akad nikah berlansung selepas solat zohor seperti yang di rancangkan agar solat zohor dapat dilaksanakan di awal waktu oleh seluruh keluarga terutama kedua-dua pengantin.

Denga sekali lafaz telah terikatlah diri Yuhanis sebagai isteri Shaiful Mizan yang sah. Lafaz yang lancar daripada lelaki yang telah berpengalaman. Yuhanis tertunduk, sekadar mendengar lafaz tanpa memandang ke arah suaminya kerana dia tidak mahu perasaannya  terguris dan terluka dengan wajah kelat  lelaki itu. 

Yuhanis pasti tidak akan ada riak gembira di wajah itu sama ada sebelum atau selepas lafaz akad nikah. Sebelum atau setelah bergelar suaminya.

Puan Azmah tersenyum sambil menyeka air matanya yang tidak dapat di bendung tatkala melihat Shaiful Mizan menyarungkan cincin ke jari manis Yuhanis. Dia tahu Shaiful Mizan tidak gembira dengan perkahwinan itu. Puan Azmah tahu Shaiful Mizan tidak punya apa-apa perasaan terhadap Yuhanis. Tiada rasa cinta,tiada rasa suka...mungkin saja ada rasa marah. Mungkin benci juga akan menyusul.

Tidak mengapa. Dia ada senjata yang di kurniakan Allah kepada setiap wanita yang bergelar ibu. Doa seorang ibu sangat mustajab. Azmah pasti pengorbanan Mizan tidak akan sia-sia. Satu hari nanti Azmah yakin Mizan akan menyayangi Yuhanis seperti mana dia dan suami menyayangi anak angkatnya itu....atau mungkin lebih !

+ + + + + + + +
“Cium tangan suami kamu, Hani.”kata mak andam yang menjadi pengapit Yuhanis.

Yuhanis patuh. Seram sejuk tangannya tatkala bersalaman dengan tangan Mizan. Ketika bibirnya menyentuh, mencium tangan suaminya satu azam tersemat di jiwa Yuhanis....ya, dia akan menjadi isteri yang solehah yang akan patuh pada suami, selama mana lelaki itu mahukan dia sebagai isterinya. Yuhanis sedar dia bukan isteri yang didambakan.

Pengorbanan perasaan dari Saiful Mizan akan dibalas sebaik mungkin dengan mengembirakan hati lelaki itu. Yuhanis berjanji pada dirinya bahawa dia tidak sekali-kali akan menyusahkan lelaki itu. Yuhanis tidak tahu apa yang bakal dihadapinya selepas ini.. tapi yang pasti ...apa saja yang ‘suami’ nya itu mahu akan ditunaikan selagi perkara itu tidak melanggar syariat dan hukum hakam ugama...Cuma  Yuhanis berdoa agar dirinya dapat sabar dengan apa jua dugaan yang mendatang.

Yuhanis juga berazam untuk menempuh hari-hari bersama lelaki yang telah bergelar suaminya itu dengan tenang dan hati yang terbuka. Hati Mizan akan ditatang dan hatinya juga akan diceriakan.....Yuhanis tidak akan membiarkan hatinya luka dan berduka lagi. Buku sejarah lama akan ditutup. Yuhanis berazam untuk menikmati hidup dengan mengembirakan hatinya dan juga hati-hati orang di sekelilingnya.

 + + + + + + + + +

Yuhanis dan Mizan berdiri bersama Puan Azmah dan En.Marzuki melihat kereta tetamu terahkir meninggalkan rumah mereka. Semua saudara mara yang datang juga terpaksa balik awal.  Besok hari Isnin.Zaman sekarang semua orang bekerja. Yang tua yang tidak lagi bekerja pula datang dengan anak-anak yang bekerja. Datangnya bersama, pulang pun kenalah bersama.

Suasana kenduri zaman sekarang bukan lagi macam kenduri zaman dahulu. Keadaan telah berubah...habis kenduri, teranglah rumah..bukan sekadar sanak saudara terpaksa meminta diri,...... pinggan mangkuk, periuk belanga dan kawah juga sudah naik lori.

Kelihatan beberapa petugas pihak katering sedang mengemas dan membuka khemah. Kerusi meja sudah siap tersusun di tepi pagar menunggu lori untuk mengangkut saja. Itulah untungnya bila menggunakan perkhidmatan katering...tuan rumah tidak payah pening kepala memikirkan pasal berkemas pula selepas semua tetamu pulang. Jika mahu kenduri tanpa perkhidmatan katering,..... kendara nanti tanggung sendiri 
sampai pening.

“Alhamdulillah, semua dah selesai...jom kita masuk...kita semua tak sembahyang asar lagi....haa,Mah..nak ke mana pulak tu...dah lima suku sekarang ni, nanti bertambah lewat asar kita nanti.” Kata Marzuki.

“Iyalah bang, Mah cuma nak pesan kat budak-budak katering tu...kalau nak sembahyang, boleh guna bilik hujung tu...bilik air dengan tandas pun ada kat bilik tu....Mizan, Hani naiklah dulu...kamu pun mesti penat juga....kamu sembahyang aje kat atas tu...nanti mak sembahyang dengan ayah kat bilik kami...lepas tu boleh terus ‘landing’ sementara nak tunggu magrib....hi,hi,hi.”dalam penat pun Azmah boleh ketawa...gembira dapat menantu dan semua masaalah dapat diselesaikan.

“Eh.. mak,ayah ada orang datang lagilah tu....teksi ? “ kata Mizan tiba-tiba. Semua yang mula hendak melangkah masuk, terhenti.

“Siapalah pulak yang datang waktu-waktu macam ni...nampak gayanya, kenalah kita beritahu kita nak  sembahyang dulu.” soal Marzuki. Panjang tengkuknya mengintai teksi yang terpaksa berhenti setakat depan pintu pagar. Kerusi meja yang banyak tersusun di situ menghalang jalan masuk ke rumah.

“Assalamualaikum...”suara memberi salam.

“Nizam ?”

 Mizan terkejut melihat adiknya yang melangkah keluar dari teksi.Kenapalah kau tak datang awal ....tak perlulah aku memaksa diri aku berkorban begini..terlintas kata-kata itu di kepala Mizan.

Tercengang Shahrul Nizam melihat abangnya segak berpakaian pengantin......ternyata Yuhanis sudah terlepas dari tangannya...Nizam tak rela....Nizam masih sayangkan Yuhanis !

Thursday 11 October 2012

SI NEPAL DAN MEK SIAM BAB 9


{“Serabai...serabai...kueh serabai,.....sedap aje mulut si Nepal ni kutuk orang......mulut tak da insuran
betul,......tak pa,....lepas ni  aku nak menunjuk kat dia,....ingat orang tak reti nak melaram....tengok le nanti...baru terbeliak biji mata .”}

Roslinda mengayuh pulang sambil berangan untuk membaik pulih penampilannya. Bukan dia tidak mahu, tidak tahu atau tidak teringin menjadi seperti gadis lain...kelihatan cantik dan anggun....tapi untuk membeli baju pun dia terpaksa fikir sepuluh kali....sudahnya tak jadi beli. Untuk beli alat make up lagi lah tak kuasa nak mimpi. Umur dah dua puloh nak masuk dua puloh satu tahun dia tidak pernah memiliki walaupun sebatang lipstick. Lagi pun kemana dia nak melaram dengan itu semua.

Sudahnya Roslinda lebih selesa begitu memakai apa yang ada selagi tak reput. Make upnya adalah bedak carrie atau yang sewaktu denganya. Di malam hari hanya di tempek saje dengan bedak sejuk.
Jimat pun jimat...tapi tak kaya-kaya jugak..he,he,he...

*********

“Terima kasih, terima kasih Puan Marini....Abang Saleh juga....cantik-cantik baju kat butik ni.” puji Roslinda sambil melihat Abang Saleh pembantu butik Marini Style melipat pakaian-pakaian yang baru di belinya. Siap mencuba setiap pakaian tersebut lagi. Enam pasang baju,enam kali keluar masuk bilik persalinan.

“Kalau orang yang pakai  baju tu memang dah cantik, bertambah cantiklah apa yang di pakai.....boleh ambil budak Linda ni jadi model kita ...kan Kak Rini ?” puji Abang Salih, ligat tangannya melipat dan memasukkan pakaian-pakaian ke dalam dua beg plastik keras yang tertera nama butik tersebut.

 Sebelum ini sudah tiga kali Roslinda datang untuk melihat-lihat. Baru hari ini dia jadi membeli pakaian di butik itu... itu pun sebab si Nepal mengutuknya. Lagi pun kini Roslinda telah di beri duit poket khas untuknya dari abah dan pak su. Lepas ini Roslinda bercadang untuk membeli t-shirt untuk Lan dan Lon...tak lupa juga untuk Kak Tipak dan Nini...juga...Kak Tun dan beberapa orang yang sudi menyayanginya.

“Tak payah berpuan-puan....panggil saja Auntie Rini....nanti kalau Roslinda datang lagi auntie bagi diskaun lagi...sebab apa,tau...auntie rasa sapa-sapa yang tengok Roslinda  pakai pakaian butik auntie, mesti akan tanya beli di mana.” Puji Puan Marini tuan punya butik.

{“Wo, jadi model, mahu pengsan si Nepal tu,hi,hi”}..........Jadi model ni boleh dapat duit poket,  best jugak ye tak?.he,he,he...tapi sebenarnya kalau Auntie Marini dan Abang Saleh tak tolong pilih,tak
bagi tips pakaian apa yang sesuai untuk Lin pakai ...tentu Lin  jadi macam badut......tengok ni,....cantik kan,....macam nak pergi  kenduri kahwin.” Ujar Roslinda sambil membelek pakaian di tubuhnya... skirt labuh berwarna hijau lembut dengan bunga –bunga halus berbagai warna. Di padan dengan baju putih berlengan panjang menukar imejnya menjadi lebih manis menawan.

 Di sebabkan pakaian itu yang terakhir di cuba dan kelihatan cantik sekali, terus saja Roslinda hendak memakainya pulang. Dia begitu teruja sekali. Entah pernah atau tidak di buat orang ,Roslinda tak peduli...janji diri sendiri sudah berkenan.

 Sudah lama dia mengidam memiliki pakaian-pakaian cantik begini, namun apa kan daya....Keadaan hidupnya dengan abah tidak mengizinnya menghabiskan duit hanya untuk pakaian mewah. Lebih banyak perkara lain yang patut di utamakan. Keinginannya itu di pendamkan  di dalam hati jauh sedalam dalamnya.

Tiba-tiba hati Roslinda terasa sayu...dia teringat pada Kak Tipah dan Nini. Sedap –sedap saje dia di sini membeli belah pakaian mewah macam orang kaya.....sedangkan Kak Tipah di sana bersusah payah menggentel sebiji demi sebiji karipap, demi mengumpul setiap sen yang di perolehi untuk meneruskan kehidupan...AAaaah...dia perlu lakukan sesuatu dengan segera.

“Satu saje yang cacat, yang kau pakai seluar jeans  kat dalam tu, apasal...pakai skirt saje lah , tu haa, nampak kaki seluar jeans kau tu Linda....ish,ish,ish....lepas tu,... kasut merah tu tak sesuai langsung.” komen Abang Saleh secara seloroh meleraikan sedikit sebak di hati Roslinda.

“Ala bang, saya datang naik basikal, lainlah kalau saya datang naik kereta....lagi pun abah saya selalu pesan ,...  orang perempuan kalau keluar bersendirian, elok pakai seluar sebab senang hendak bertindak...kalau apa-apa terjadi , nak berlawan boleh..nak cabut lari pun laju..he,he....lain kali kalau keadaan sesuai saya akan pakai ikut code dressing yang abang ajar...ok?” jawab Roslinda,tersenyum-senyum melihat Abang Saleh yang masih tidak puas hati dengan fesyen baru Roslinda...skirt di luar,seluar jeans di dalam dengan kaki seluar panjang dari skirt.

“Baik-baik jalan tu..lain kali datang lagi....terima kasih.” Kata Auntie Marini selesai Roslinda membuat pembayaran.

“Kalau datang tak beli pun tak pa...datang sembang-sembang dengan kami...boleh belajar make up dengan abang...free , tak payah bayar tau.” Ujar Abang Saleh sambil membuka pintu untuk Roslinda.

Selepas berbalas salam Roslinda melangkah ke kedai kasut di sebelah . Dia perlu mencari kasut yang agak sesuai di pakai dengan pakaian yang baru di belinya. Atas nasihat jurujual yang peramah, Roslinda di sarankan membeli kasut berwarna hitam yang boleh di pakai dengan semua warna baju.

Akhirnya Roslinda memilih kasut kulit berwarna hitam bertumit dua inci. Kalau boleh hendak saje dia beli yang lebih tinggi, agar dia lebih tinggi dari si Nepal tu...kalau tak pun sama tinggi....tapi apakan daya,...membayangkan dia jatuh tergolek di depan si Nepal, memadamkan sifatnya yang sentiasa hendak menang bila ada kaitan dengan Mat Nepal tu.

 Selesai membuat bayaran  Roslinda menjinjit barang-barang yang baru di belinya ke basikal yang di kunci di hadapan kedai kasut tersebut. Sedang dia menyusun barang-barang di karier yang terdapat di belakang basikal, sebuah kereta Perdana putih berhenti tidak jauh dari Roslinda.

 Seorang wanita separuh umur keluar dari kereta, kemudian membuka pintu belakang. Seorang kanak-kanak perempuan berumur lebih kurang sembilan atau sepuluh tahun melompat turun, kemudian berlari masuk ke dalam butik Auntie Marini dengan ketawa riang.

Wanita separuh umur yang kelihatan  anggun itu separuh menjerit, memesan agar kanak-kanak tadi jangan berlari, sambil terkocoh-kocoh menutup pintu kereta sebelum dia turut sama  berlari-lari anak, melangkah laju mengikut kanak-kanak tadi. Mungkin anak bongsunya atau pun cucu,fikir Roslinda.

Seorang pemuda yang memandu kereta Perdana turut keluar,melangkah ke butik selepas menutup pintu keretanya. Lelaki kacak yang berkulit cerah itu sempat melemparkan senyuman dan menundukkan kepalanya ke arah Roslinda apabila pandangan  mereka  bertaut seketika secara kebetulan.

{“Mm,  kaya,handsome tapi tak sombong pun.”} puji  Roslinda dalam hati sambil membalas senyuman dan tunduk tanda hormat kembali kepada pemuda tersebut....{“ Bukan macam si Nepal yang berlagak tu.”} gerutu Roslinda

 Pemuda itu kemudiannya melangkah masuk ke butik Auntie Marini. Sebelum menutup pintu, sempat dia menoleh dan merenung Roslinda beberapa ketika. Gadis itu  sedang membetulkan barang-barang di belakang basikal nya . Pintu butik ditutup kembali sebelum perbuatannya di sedari gadis tersebut yang  telah selesai membuka kunci basikalnya yang di rantai ke palang besi yang terdapat di hadapan kedai kasut.

Roslinda mengundurkan basikal  dan mula mengayuh untuk pulang. Sebaik menghampiri kereta Perdana tadi, Roslinda terpandang sesuatu di atas jalan tar berhampiran pintu kereta. Roslinda segera memberhentikan basikalnya dan mengambil barang yang tercicir, yang dia pasti kepunyaan wanita separuh umur tadi.

Malas hendak mengunci basikal ,Roslinda menyorong basikalnya hingga betul-betul di hadapan pintu kaca butik. Dia segera menolak daun pintu dan berdiri menahan daun pintu dari tertutup kembali. Roslinda bukan sahaja setakat takut kehilangan baju barunya tapi yang lebih utama  sekali  ia lah basikal yang bukan miliknya itu.

Auntie Marini yang sedang berdiri menghadap pintu menoleh memandang Roslinda,  terus menyapa
“Haa...Linda, ada tertinggal apa-apa  ke ?”

“Ni..Linda  dah nak balik, tapi terjumpa dompet ni tepi kereta tu....Cik Puan punya kan?” kata Roslinda memandang ke arah pelanggan Auntie Marini  sambil tangannya menuding  ke arah kereta Perdana di luar.

“Masyaallah,....betul,...tu dompet auntie lah nak,....terima kasih, terima kasih...syukur,Alhamdulillah ....nasib baik orang  jujur macam anak ni yang jumpa.....kalau tak....susah juga auntie nanti....dengan i.c, credit card, bagai-bagai dalam tu.” kata mak cik anggun seraya melangkah laju mendapatkan Roslinda di pintu.
Pemuda kacak turut di belakangnya....di ikuti Auntie Marini.

“ Terima kasih Linda,...akak kenalkan ini... kakak sepupu Auntie Rini,..Datin Fateha.”

“Terma kasih juga dari saya kerana tolong ibu saya.” Ujar pemuda yang handsome dan tak sombong .....secara tak lansung memperkenalkan dirinya sebagai  anak kepada Datin Fateha.

“Aah...tak payah datin,datin...panggil auntie saje,...ha ni,auntie nak bagi sedikit hadiah....auntie menghargai sangat-sangat kejujuran kamu ni.” ujar wanita anggun tadi sambil menghulurkan sekeping duit kertas kepada Roslinda.

Bulat mata Roslinda melihat duit kertas yang di hulur kepadanya....{“ Mak aai....sedikit tu...bukan singgit tau....,bukan lima ringgit,bukan sepuluh ringgit,bukan lima puluh atau seratus ringgit...tapi seribu ringgit.”}

“Ala ...Datin..er..auntie,...banyak nye sikit  auntie ni,....tak payah bagi-bagi hadiah le...saya dah besar ni,..kalau kat kampong saya, orang belanja minum saje,....

“Haa kalau macam tu,jom auntie belanja makan sekali.” Potong Datin Fateha.

“Lain kali saje lah auntie...abah tengah tunggu saya ...lambat balik nanti tentu dia risau.” Roslinda menolah lembut.

“Lain kali ....bila pula nak dapat jumpa...jom lah.” Beriya-ria Datin Fateha pelawa.

“Macam ni lah Datin,er..auntie, besok-besok kalau buat kenduri jemputlah saya...dapat makan free banyak-banyak.” Roslinda berseloroh.

“Oh, ok,...bagus juga tu,dapat berkenalan dan berbual panjang dengan kamu.” Ujar Datin Fatiha tersenyum-senyum. Dalam kepala sudah merangka agenda seterusnya, kerana tertarik dengan gadis di hadapannya itu.

“Haah, Kak Teh.....Linda selalu datang sini.....nanti ada je kenduri Rini akan bawa dia...jangan lari, tak nak ikut pulak...Auntie Rini ikat je bawa sekali.” Kata Marini tergelak-gelak.

“Kalau nak tolong ikat...Abang Saleh boleh je,..pas tu kena ikut sekali pergi kenduri...upah lah katakan,ha,ha,ha.” Sampuk Abang Saleh. Semua turut tertawa mendengar kata-kata Abang Saleh.

“Insyaallah...Saya balik dulu...jumpa lagi ,assalamualaikum semua.” Roslinda meminta diri.

Semua melihat Roslinda berlalu,sama-sama berbalas-balas lambaian.

“Kak Teh tetiba je berkenan betul dengan budak  perempuan tu...cantik pun cantik, putih melepak...mata  dengan rambut dia tu macam betul....anak kacukan ke?” soal Datin Fateha kepada Marini dan Saleh yang sama-sama berjalan beriringan ke kaunter semula. Dia sempat mengerling melihat anak mudanya yang  masih berdiri tegak di muka pintu memandang keluar butik.

“Rini pun dari pertama kali jumpa dah berkenan nak buat menantu...nak plan temukan dengan Fahmi....umur pun sesuai sama baya.” Tetiba Marini rasa dia kena cepat-cepat booking....lebih-lebih lagi bila melihat gelagat anak teruna Kak Teh yang asyik sekali merenung Roslinda.

“La...ingat Saleh yang nak booking dulu....dah siap panggil Abang Saleh pun”......Saleh melawak agar Datin Fateha tidak terasa dengan kata-kata Marini yang berbau saingan.

“Mata coklat,rambut perang tu dia kata turun dari tok dia, orang New Zealand, ..nenek orang Thailand...tapi tak pernah jumpa..Linda kata arwah mak dia sebiji macam orang putih.....sampai kat dia dah cair,tinggal sikit..pandai bergurau budak tu.” Cerita Saleh dengan bangga kerana ada pendengar yang begitu berminat mendengar dia bercerita apa  yang dia tahu tentang Roslinda,..gadis yang baru terpilih masuk carta sahabatnya.

“Tak pa...tak dapat jadi menantu..dapat buat anak angkat pun auntie dah besar hati,Saleh.....bukan senang nak dapat menantu yang cantik dan baik zaman sekarang ni.” ujar Datin Fateha.

“Sapa yang nak bermenantu ni, Ibu ?” tetiba soalan yang begitu ceria menyampuk dari belakang.

Datin Fatiha, Marini dan Saleh berpandangan. Nampak gayanya kenalah Datin Fatiha beri penerangan tertutup  pada anak terunanya kelak.

_ _ _ _ _ _ _
  
TOK,TOK,TOK...”..Assalamualaikum.” ceria saja suara Shafik.

“Masuk” suara Saif acuh tak acuh....sedia maklum suara sahabatnya....siapa lagi kalau bukan Shafik yang akan mencarinya jika Saif tidak turun makan tengahari.

“Waalaikummussalam.....hai, apasal aku kena jawab salam sendiri... .. hei,ape kena kau ni....nampak tak ceria saje aku tengok.....turun makan pun tidak,.....eh, Mek Siam bagi kau makan apa pagi tadi ?” soal Shafik. matanya merenung wajah Saif yang  muram macam orang sedang senak perut. Shafik duduk  di kerusi  mengadap Saif.

“Mek Siam challenge kau makan mee goreng lagi ke..... muka punya le tak masam....kau sakit perut ke ?” soal Shafik penuh prihatin....macam zaman sama-sama duduk asrama. Shafik jaga Saif, Saif jaga Shafik.

“Tak ada lah.” Sepatah saja jawapan dari Saif.

“Oh,....kau tak sarapan le....kenapa ?,...Mak Cik Yam tak ada ke ?,....habis Mek Siam tak tau masak
 ke ?.” Shafik bertanya bertubi-tubi. Geram bila Saif buat pekak dan buat  bisu. Shafik pula terlupa yang Saif dah besar bapak orang , macam tak tau jaga diri sendiri.

“Aku bawa kau pergi klinik nak tak ?......atau aku turun beli makanan untuk kau....makan sikit....baru kita gi klinik...” Shafik bangun untuk ke kantin.

“HISH....dah,dah,. Apalah kau ni..aku tak sakit perut lah,aku  memang tak sarapan kat rumah ......aku tak balik rumah dua hari dah....aku duduk kat rumah mama aku je.” kata Saif,...mmm,memang kena cerita nampak nya...sebab mana lagi tempat dia nak mengadu.

“Aaik,....macam budak lari rumah aje aku dengar,......atau kau...kau...kau.....” Shafik merenung tajam wajah Saif  yang macho ....macam tak berapa  sesuai  je nak sebut.

“Haa’aah....aku MERAJUK!” keluh Saif campur geram....memang dia tahu Shafik nak kata begitu.

“KAH,KAH,KAH...wooit,wooit...KAH,KAH,KAH.” Shafik ketawa berdekah-dekah...sampai tertunduk-tunduk kepalanya  ke meja Saif,...tak cukup itu saje... kedua-dua tangannya menepuk-nepuk meja Saif.

Saif berpeluk tubuh, menyandar ke kerusi  empuknya, sambil  merenung tajam melihat sahabat baiknya mentertawakannya. Biar lah meja nya jadi mangsa.  Kalau gelak tak sedar diri sampai  TER telentang ke belakang dengan kerusi-kerusi sekali....itu lebih bahaya,sengaja nak menempah maut, gerutu hati Saif. Geram-geram pun, dia tetap sayang pada Shafik yang masih tak habis-habis lagi ketawa.

“Sorry,sorry,....aku ..kah,kah,kah....aku geli hati sungguh....kah,kah,kah.. ..aku tak percaya kau nak mengaku...kah,kah,kah.....aku nak terkucil ni...aku nak gi toilet sekejap.” kata Shafik , lalu keluar menuju ke tandas yang  berhampiran. Saif mengetap gigi mendengar ketawa Shafik yang tak surut-surut  mengiringinya ke tandas.

“Sewel.” Kata Saif geram... terkeluar perkataan yang selalu di tuju khas buat dirinya dari Mek Siam.

{“Hish macam mana nak cerita kat Shafik ni..mesti kena kutuk habis...tapi tak cakap pun susah.”} keluh Saif. Semalam mamanya juga merenungnya semacam. Nasib baik tak terkeluar soalan cepumas dari mama. Kalau dia muka tak malu, rasa macam nak tanya aje kat mama pasal perangai perempuan yang dia tak faham ni...lebih-lebih lagi perempuan yang satu ini...{“menyusahkan aku saje Mek Siam ni”}

Kluk,kluk,kluk...jari Shafik bergendang di meja Saif...mematikan lamunannya.

“Aku dah duduk kat sini dua minit tiga saat, tapi kau melamun ingat siapa yek ? Mek Siam ye ?” soal Shafik berbaur sindiran.

“Eh kejapnya kau pergi.” Soal Saif kembali...soalan Shafik tidak di endahkan.

“Aku pergi ..pass motion , pass water, hi,hi... what ever......bukan nye pass away....kan aku dah cakap, aku pergi kejap, bukan nya pergi tak kembali lagi....kah,kah,kah...” jawab Shafik dengan ketawa yang masih bersisa....tak habis buang di tandas tadi..agaknya.

“Kalau kau tak habis ketawa lagi, baik kau balik dulu ..tahun depan baru datang jumpa aku, aku cerita...aku banyak kerja ni.” kata Saif. Muka Saif masam mencuka...dan kelat macam putik buah.., buah ...eh,..buah apa yang kelat ye ?.....pisang kelat kot.

“Eh,..dengan aku sekali kau nak merajuk ke ?...ok, kali ni aku tak ketawa dah,buat sakit perut aku saje....ingat kau yang sakit perut...tapi aku pulak terjangkit..hi,hi,hi.” Ujar Shafik yang termungkir janji.
Ia lah,  tergelak adalah satu perbuatan yang tidak dapat dikawal,bukan saje-saje...  {“ di sekolah dulu cik gu kata  penambahan ..TER..itu..membawa maksud, tidak sengaja.’}....jadi nak buat macam manakan.

Saif merenung Shafik seketika , tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Shafik mengetap giginya menahan ketawa. Dia hendak sangat sangat tahu apa yang menyebabkan Saif..the most wanted bachelor di depannya ini merajuk macam perempuan.{ Kak,kah,kah....gelak balik rumah karang  aje lah..}. Shafik berkata dalam hatinya.

“Ayah aku dengan abah Mek Siam nak kitorang kahwin....jadi..aku...

“KAHWIN!!!!......habis kau macam.....

“Wei,..pelan le sikit,...kau nak buat siaran lansung ke ?.....tak pasal-pasal, heboh satu dunia.” Bebel Saif.

“Ok,ok....aku diam...kau cerita lah.” pohon Shafik tak sabar-sabar hendak mendengar... news of the year itu.

“Jadi aku ajak  Mek Siam jadi girlfriend aku....

“Girlfriend ?”

“Girlfriend, kekasih, mak we, awek, buah hati ...semua tu lah.”

“Tentu dia melompat  tak lepas peluang.....siapa tak nak buah hati macam hero bollywood ....kalau aku perempuan, aku pun nak “ Jawap Shafik dengan merapunya.

“Dia tak ndak....” keluh Saif.

“HUH ,.....jadi....KAH,KAH,KAH....oh,ooh....jadi,sebab itulah kau merajuk ?” Shafik mula bergendang di meja semula. Saif menjegilkan matanya,....Shafik beransur tenang.

“Dia tak ndak jadi girlfriend kau..mmm....mungkin dia nak jadi tunang kot....cuba kau pujuk mek tu jadi tunang kau..mungkin dia ndak ....tapi ...kalau tak ndak jugak...kau kena ajak jadi isteri kau lah pulak...camna...idea aku tu.”saran Shafik.

“Hish....aku cuma ajak dia pura-pura je....bukan betul-betul, tak lah sampai bab kahwin ....itu dah tak boleh pura-pura...sampai melibatkan tok kadi....takut aku.” Saif menerangkan rancangannya secara ringkas pada Shafik.

“Kau ajak-ajak ayam je lah ni...padan le mek tu tak setuju le...cuba kau terang betul-betul...sebab dan musabab....lepas tu cuba ambil hati dia...cakap elok-elok..pas tu beri tahu dia, beberapa kelebihan yang akan dia dapat kalau dia setuju jadi girlfriend kau..pas tu...cuba beri hadiah untuk ambil hati mek tu...pas tu....

“ Wei banyak le kau punya pas tu, pas tu....Aku dah cuba cakap elok-elok, panjang lebar aku bagi penerangan, aku punya susun ayat,...beberapa hari aku karang...buang air liur aku saje,......tak sempat aku tarik napas, terus je dia cakap...tak ndak......sakitnya hati aku......sekurang-sekurangnya,...cakap le akan fikir dulu ke...pertimbangkan beberapa waktu ke...ini tak....terus tolak...aku...

“Kau buat apa lepas tu.” potong  Shafik...malas nak tunggu cerita long cut dari Shafik.

“Tak cakap apa-apa....aku diam saje....sebab bengang sangat....rasa nak cekik-cekik je budak kecik tu.”

“Lepas tu kau tak cuba cakap lagi kat mek tu ?...tak pujuk lagi ?”Shafik membuat kaji selidik...nak tolong member,kenalah tahu lebih jelas duduk perkara.

“Aku tak cakap apa-apa.....aku tak jumpa dia lagi....sebab...lepas hantar mek tu balik ....aku terus ke rumah mama.”

“Jadi kau merajuk sampai sekarang ni lah.....kik,kik,kik....aku tak tau lah nak nasihat kau macam mana....ha,ha,ha,......sebab kau tak pernah merajuk sebelum ini, jadi  aku tak ada pengalaman.....hi,hi,hi....jadi.....apa yang aku boleh buat sekarang,.... ia lah jumpa dengan Mek Siam kau tu.....boleh cuba nasihat ke,... tolong cakap,terang elok-elok.”

“ Wei bro,...kau ingat aku tak cakap elok-elok kat dia ke ?,...Malas lah aku nak cakap dengan dia lagi,...buang masa aku saje.”

“Habis kau nak merajuk...  hi,hi,hi,...lagi le,...sampai bila ?”

“Aku tak ndak ambil tahu hal dia lagi.....nanti bila abah dia gesa kitorang kahwin, aku nak jual mahal.
....sekarang  tutup cerita....kau jangan sebut nama dia lagi.”

“ OK,fine,fine...Aku sebenarnya....aku...ada...er...”.tersekat-sekat Shafik hendak bercerita hal berita dirinya yang sedang ‘bergumbira’. Almaklum lah Saif sedang berdukacita....ada ke sesuai nak story.

“Ape ?” bentak Saif . Muka masam mencuka tapi tetap handsome macam selalu.

“KAH,KAH,KAh......sorry...aku tak tahan nak ketawa ni.....kau tak pernah sedih-sedih  macam ni....kik,kik,kik...betul,betul.. tutup dulu cerita sedih kau ni...aku ada cerita best.”

“Kalau sedih ...kau boleh ketawa pulak....ok lah....ape cite kau...dua hari ambil cuti.” Saif mengubah tajuk...tak suka jadi bahan ketawa Shafik lagi.

“Aku kan sekali sekala bawa ibu aku check up kesihatan dia kat KPJ Hospital....kali ni terus bawa dia melawat saudara mara dia...ikut je mana ibu teringin nak jalan.....rupa-rupanya jadi anak yang taat ni,..di dunia lagi Allah bagi hadiah.....aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertama.” Kata Shafik dengan teruja.

“Nonsense ! ....aku tak percaya lah benda-benda macam tu.” Kata Saif acuh tak acuh, sambil bermain-main dengan pennya.....layan aje le angin Shafik ni getus hatinya.

“Aku bawa ibu pergi butik adik sepupu dia kat Kota View Hight section 14, dekat area rumah kau tu.” kata Shafik beriya.

“Mmm “ sejuk je jawapan dari Saif macam nasi sejuk semalam. Layan tak layan je.

“Kami terjumpa sorang budak perempuan tu...aku tak tahu macam mana aku boleh jadi bodoh...sampai...

“Memang bodoh lah, kalau senang-senang nak jatuh cinta...entah macam mana perangai pun kita tak tahu...belum tentu...

“Wei, aku tak habis cakap lagi,....aku jadi bodoh sebab terpesona hingga terkedu tak terkata ape-ape.....malu pun ia.....nak tanye nama ke, alamat ke, minta nombor talipon ke.....hish, menyesal sungguh.”

“Elok lah tu...jangan mudah terpedaya .” kata Saif tanpa perasaan.

“Nak tanya kat sepupu ibu tu aku malu,.....tapi yang tak best tu....sepupu ibu tu pun sebuk juga nak padankan pujaan hati aku tu dengan anaknya yang tengah belajar tak habis lagi tu.”

“Perempuan pun nak rebut...berlambak di pasaran...cheap sale pun banyak....free, lagi bersepah-sepah.” Rungut Saif.

“Hei,..yang ini limited adition....special,...aku tabik kat ibu aku....dia bagi aku kata-kata peransang....it’s a fair war in  the game of love,...the best man will win..kata-kata ibu, bagi aku semangat,...aku masih terbayang-bayang wajah gadis tu.....the next day aku gi tunggu dekat butik Auntie Marini.. tu yang tambah cuti lagi sehari....tapi sayang, budak tu tak datang....tak ape kalau ada jodoh, tak kemana...ibu janji nak tolong..itu yang buat aku seronok sangat.”

“Macam tak pernah tengok perempuan cantiklah  kau ni.” kutuk Saif.

Cantik luar,cantik dalam, cantik sana sini”

“Kacak luar,kacak dalam,aku pun kacak sekali”

Shafik menyanyi lagu kegemaran muda mudi sekarang dengan tersengih-sengih.

“Kau tau ...mata dia coklat,mmm,rambutnya perang...terjumpa masa dia nak naik mountain bike dia gi...

Tubuh Saif tercacak tegak duduk dari menyandarnya.

“Mountain bike merah ke ?” soal Saif spontan. Hatinya tetiba tidak keruan.

Shafik geleng kepala. Saif sedikit lega.

“Kuning.”jawab Shafik. Terlerai lega Saif mengingatkan basikal mountain bike ayahnya.

“Dia pakai seluar jeans ke ?” soal Saif lagi.

Shafik geleng lagi. Saif sedikit lega...tak...hanya suku lega.

“Skirt...tapi pelik ..jeans pun dia pakai...tapi dia pakai ape pun aku tak kisah...janji hati aku dah berkenan..ibu  pun dah berkenan,senang kerja aku.”

Saif mengaru-garu kepalanya yang tetiba terasa gatal menyebabkan rambutnya sedikit berselirat....
Tapi mengenangkan penyataan  mata coklat dan rambut perang tu menyebabkan hatinya menjadi ‘gundah gulana.’

“Namanya kau tak tahu ke ?” Soal Saif tak senang duduk...seolah olah kerusi empuknya tetiba menjadi panas.

“Di butik tu aku dengar diorang panggil..Linda.”

Jantung Saif bagai nak luruh...bukannya ape...mmm, sebenarnya dia pun tak faham kenapa ada perasaan geram di hati.

 [“Eh, betul ke dia ni....Roslinda... Ros boleh...Lin boleh...eh Linda pun boleh...eh,eh dia ke ?..orang lain kot.”} Saif tercongak-congak di kepalanya.

“Mmm...lunch time dah tamat, kau tak de kerja ke ? ....aku sebuk ni.” Saif melihat jam di dinding biliknya.

Sebaik Shafik hilang di sebalik pintu biliknya, Saif menupang dagu....tak de sibuk pun....fikiran  dia
saje yang agak sibuk.

 _ _ _ _ _ _

Saif menyuap satu, satu suapan roti yang di carik-cariknya ke mulut. Macam orang sakit , tak ada selera makan. ..tapi telinganya aktif memasang deria mendengar perbualan ayah dan abah Mek Siam, walau pun pura-pura tak kisah.

“Kamu sakit ke ?” pertanyaan Abdullah menyebabkan Saif tersentak kembali ke alam nyata. Abdullah sedikit risau bila melihat akan hal  Saif yang terkulat-kulat merenung sarapan di hadapannya.

“Oh,  er,...sakit tekak...” itu saje alasan yang sesuai buat masa itu.

“Dah pergi klinik ke ?...nak ayah temankan pun , boleh...nak ajak Pak Saman,...dia tak ada.” Ujar Abdullah.

Saif hanya menggeleng-gelengkan kepala,....”Sikit je ayah.”

“Pak Saman ke mana?” soal Shafik, sekadar berbasa basi.

“Hantar Roslinda balik kampong.” Jawab Abdullah. Abah Mek Siam makan dengan tenang saje gayanya....Tapi Saif seperti hendak melompat terkejut.....nasib baik kaki tangannya masih kuat tenaga cengkaman... macam iklan tayar kereta dalam tv. Kenapa dia selalu jadi orang terakhir dapat tahu peristiwa yang terjadi dalam rumah itu....nak kecik hati pun,..sapa peduli.

“ Esok lusa balik le tu....si Lan...Roslan, kawan dia talifon semalam...ada hal sikit.” Kata –kata Pak Long Man melegakan sedikit ribut di hati Saif,....sikit saje,..sebab nama Roslan yang agak sepadan dengan nama Roslinda merimaskan hati Saif kembali.

“Lon pun ada jugak telefon....mmm...kawan sorang lagi ...nama Osman ....tapi sebab kecik-kecik dulu badannya berisi...kawan-kawan gelar belon...tu yang lekat Man Belon....Roslinda tak suka ....Ros suruh kawan-kawan panggil  Lon saje,...kalau sape-sape terpanggil Man Belon, Ros akan sepak je orang tu....selalu orang datang komplin kat pak long.....kalau saje-saje ejek ..lagi dasyat...Roslinda dan Roslan akan belasah orang tu....tu yang dia nak belajar taek-wan-do sangat-sangat...sampai dapat tali pinggang hitam.....yang ini lagi banyak komplin....tapi sekarang dah elok...hi,hi,hi.” Pak Loang Man ketawa kecil. Abdullah ketawa besar, seronok  mendengar cerita anak buah yang brutal sorang ni kot.

Saif sedikit pun tak rasa lawak..{“ Berapa banyak boyfriend Mek Siam ni ?”}...geram di hatinya membutakan minda....sedangkan dia sah-sah hanya mendengar nama Roslan dan Man Belon saje yang di sebut pak long. ...kalau  tanya budak tadika pada waktu ini,...budak tu sahih malas nak tolong jawap.

Saif merasa hendak marah , kes cerita Shafik pun belum selesai, datang pula cerita balik kampong sebab boyfriend-boyfriend telifon.....tapi tak tahu nak marah kepada siapa...akhirnya pada Roslinda juga amarahnya di tujukan....{“Padan le tak mahu jadi girlfriend aku....pada hal pura-pura saja....boyfriend keliling pinggang...tak pe,tak pe....tahu le aku nak ajar Mek Siam ni, macam mana.}