Shaiful Mizan merenung tajam adiknya Shahrul Nizam. Rasa macam hendak ditelannya saja hidup-hidup. Nampak kecik saja Nizam di matanya. Nizam yang buat angkara, dia pula yang kena tanggung beban. Namun Mizan hanya mampu menggenggam penumbuknya kemas-kemas dan mengetap kejap giginya menahan geram.
Marzuki terkedu. Wajahnya yang gembira sebentar tadi bertukar menjadi redup tiba-tiba. Hendak di katakan benci, dia rindu pada anak bongsunya yang telah setahun lebih tidak di temui..Hendak di katakan gembira, hatinya masih terasa sakit dengan perangai yang telah dilakukan.
Azmah juga begitu. Dia menjadi serba salah. Namun kasih seorang ibu tiada tandingannya. Seketika Azmah sudah berpelukan dengan Shahrul Nizam.
“Ampunkan Nizam mak...Nizam tahu Nizam berdosa pada mak dan ayah...ampunkan Nizam mak. “ berlinanang-linang air mata Nizam sambil memeluk Azmah. Azmah turut menangis teresak-esak memeluk tubuh anaknya yang menangis hingga menggigil.
Seketika Nizam menangis lagi dalam pelukan Marzuki.
“Nizam tak tahu macam mana benda ni terjadi..Nizam minta maaf ayah...kalau ayah nak pukul Nizam pun, Nizam rela ayah...ampunkan Nizam...ampunkan dosa Nizam ayah.” Mendayu , sayu sekali mendengar kata-kata Nizam. Menitik juga air mata Marzuki mendengar rintihan anaknya.
“ EEerr...aaa..Abang Mizan....terima kasih kerana selamatkan air muka mak dan ayah,....terima kasih juga kerana selamatkan Hani....mungkin jodoh Hani dengan abang....bukan dengan Nizam....maafkan Nizam,bang...” ujar Nizam di hadapan abangnya...apa lagi yang boleh dikatakan. Rahsia hatinya disimpan kemas... hanya Allah yang tahu.
“Ok.” Itu saja yang keluar dari mulut Mizan. Sudah memadai untuk Nizam. Lebik baik daripada dapat penumbuk abangnya yang lebih tinggi, lebih besar dan lebih sasa daripadanya.
Mizan cuba mengawal perasaan marahnya...dia masih ada rasa hormat pada mak dan ayahnya. Jika hanya dia saja berdua dengan Nizam, dia yakin beberapa penumbuknya sudah hinggap ke muka Nizam.
“Hani...Hani cantik hari ni.....abang nak minta maaf banyak-banyak pada Hani,....nanti-nanti abang jumpa Hani....kita berbual.”
Yuhanis sekadar menundukan kepalanya ke arah Nizam tanda hormat.Yuhanis tidak selesa di renung Nizam...kata-kata Nizam juga tidak mahu dilayan...
...sudah cukup,cukup sudah....cukup sampai di sini saja..
...daripada batin tersiksa, lebih baik ku pergi saja.
Tanpa di sedari Yuhanis merapatkan tubuhnya ke sisi Mizan. Seketika Yuhanis tertunduk malu,merah padam mukanya. Mizan merenung tepat kearah mata Nizam. Muka Mizan serius.. tidak main-main punya. Suka tak suka Yuhanis sudah menjadi isterinya. Nizam sudah membuang segala haknya atas bekas tunangnya itu....tapi Nizam masih tidak sedar-sedar.
“Hani kena dengar penjelasan Abang Nizam...nanti..kita.....
“DARLING !!!” satu jeritan nyaring datang dari arah teksi.
Semua kepala tertoleh serentak ke arah teksi yang masih menunggu. Empat pasang mata hanya memerhati Nizam terkocoh-kocoh lari ke arah teksi. Rupa-rupanya Nizam terlupa seseorang yang masih menunggu di dalam teksi.
Tertunduk-tunduk Nizam membantu seorang perempuan keluar dari perut teksi dan melangkah ke arah mak,ayah, abang dan kakak iparnya aka bekas tunang. Sekali lagi empat pasang mata berpandangan sesama sendiri.
Hampir terlopong Azmah dan Marzuki melihat isteri Nizam. Berambut perang, dengan perut yang sedang membesar memakai baju mengandung bertali halus, pendek sampai nampak pehanya yang putih melepak.
“Mak, ayah..er abang...Hani..ini isteri Nizam...Shila,..and Shila kenalkan my mum,my dad.” Shila bersalaman dengan mak dan ayah mertuanya.
“This is my brother and Hani..”
“Honey ? “ada nada tidak puas hati pada soalan Shila.
“Her name Yuhanis...I call her Hani......”Nizam memberi penjelasan kepada isterinya.
“Kami ni baru nak sembahyang asar....apa kata kita semua masuk dulu....nanti kita berbual panjang.” Marzuki segera menyampuk. Tidak mahu menangguh lagi, waktu asar sudah mengenjak.
“Jom masuk Shila...Nizam layan isteri kamu ni....kami solat dulu...” pelawa Azmah kepada ahli baru keluarganya.
+ + + + + + + +
Dengan segan-segan Yuhanis membuka tudungnya. Ini pertama kali rambutnya terdedah pada mata lelaki. Tudung berenda bewarna putih yang sedondon dengan baju kebayanya di gantung ke dalam almari. Satu persatu sepit dan pin rambut di tarik keluar dari sanggulnya.
Mizan yang sedang membuka sampinnya terhenti melihat rambut ikal mayang isterinya terungkai lembut hingga ke paras pinggang. Suka tak suka pun bergegar jantungnya. Berkocak juga nafsu lelakinya. Segera Mizan memalingkan muka dan badannya ke arah lain.
Yuhanis mengerling jam di dinding. Masa berjalan pantas. Yuhanis segera membuka butang baju kebayanya. Separuh jalan Yuhanis tiba-tiba teringat, dia tidak lagi berseorangan di dalam biliknya. Cepat-cepat Yuhanis merapatkan semula baju kebayanya. Yuhanis menoleh seraya berkata.
“Er,..aba..er...boleh saya masuk bilik air dul....” kata-kat Yuhanis terhenti. Secepat kilat kepalanya memandang ke hadapan semula. Mizan sudah tidak berbaju. Malahan sudah bertuala saja. ..ah, mudahnya orang lelaki. Terutama lelaki yang sudah bergelar suaminya kini.....dan dulunya pernah menjadi suami perempuan lain.
Seperti orang di kejar anjing, Yuhanis melangkah laju ke bilik air sambil berkata.
“Saya masuk mandi dulu.”
Sampai di bilik air Yuhanis terkedu. Dia sehelai sepinggang. Yuhanis menduku kepalanya sendiri dua tiga kali...Cheh,..semua terlupa. Yuhanis terpaksa melangkah keluar dari bilik air semula.
Mizan bersandar di sofa sambilmenutup matanya sementara menunggu Yuhanis keluar dari bilik air. Tidak sampai beberapa minit gadis itu tergesa-gesa keluar, masih berpakaian seperti dia mula masuk ke bilik air tadi...Aaik, cepatnya...atau tak mandi ? fikir Mizan.
“Tuala.” kata Yuhanis sambil menuding ke arah rak tuala,tanpa di tanya. Tuala di rak di tarik segera, kemudian terkocoh-kocoh pula ke almari mengambil satu persalinan. Sehelai baju berlengan panjang dan sehelai skirt kembang labuh bewarna biru lembut. Satu set pakaian dalam di ambil dari laci sebelum bergegas melangkah ke bilik air semula.
Mizan hanya memerhati gelagat kelam kabut Yuhanis. Senyuman kecil yang terukir senget sebelah dibibirnya sempat di sorokkan. Yuhanis sempat menjeling laju ke arahnya semasa gadis itu terpaksa tunduk mengutip baju dalamnya yang terjatuh ke lantai.
Pasti muka gadis itu merah menahan malu...tapi terlindung dengan rambutnya yang panjang melindungi muka...aalah, macam dia tak pernah tengok coli wanita,malah lebih dari itu dia dah buat..sebik MIzan.
“Ehem ! saya dah siap.” Yuhanis memberi isyarat kepada Mizan untuk ke bilik air. Matanya segera memandang ke arah lain setelah mengerling seketika ke arah Mizan yang kelihatan seperti terlena semasa menunggu giliran ke bilik air...... Isk, kenapa tak duduk sopan-sopan getus hati Yuhanis.
Yuhanis pula yang termalu melihat Mizan yang duduk sedikit mengangkang melunjur kaki dengan hanya bertuala...mmm,..tapi tak kan orang lelaki nak duduk berkepit peha macam orang perempuan pulak, bisik Yuhanis. Sebenarnya dia yang tak biasa...dia kan masih anak dara.
Mizan membuka mata. Sempat matanya melihat gadis yang sudah siap menukar pakaian di bilik air. Mizan faham. Rambut gadis yang masih basah itu mengingatkannya pada waktu-waktu indah semasa dia memegang’ tittle’suami orang.
Dadanya bergetar. Ini yang Mizan cuba elakkan. Ini yang dia tidak suka. Mizan tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan anak angkat mak dan ayahnya itu. Mizan nekad tidak akan’ menyentuh’ gadis ini. Dia perlu mengawal perasaannya agar hatinya yang parah terluka boleh sembuh sepenuhnya. Biarlah parut menjadi tauladan sepanjang hidupnya. Mizan mesti membina tembok yang tebal setebal tebalnya... jurang yang dalam sedalam dalamnya.
**********************
Keluar dari bilik air Mizan lihat Yuhanis sudah siap bertelekung. Jam di dinding baru menunjukkan pukul enam setengah petang. Lagi setengah jam baru masuk waktu magrib, tapi gadis itu sudah duduk di sejadah. Nak tunjuk alim agaknya...ingat aku boleh suka....mmm...jangan harap, bentak hati Mizan.
Mizan sudah selangkah menjarakkan jurang antara dirinya dengan Yuhanis. Masih terbayang di mata Mizan muka sedih Yunanis semasa Mizan menyuruh ‘isterinya’ itu sembahyang tanpa perlu menunggunya petang
tadi untuk sembahyang asar.
Mahu saja Mizan cabut balik ke Ampang malam itu juga. Namun ditahan hatinya demi emak dan ayahnya. Emak dan ayah nampak gembira dengan perkahwinan ini. Mizan sudah menjalankan tugasnya. Sekarang dia cuma perlu jauhkan dirinya.
*************************
Enjin keretanya dimatikan. Mizan meraup muka kemudian mengelus rambutnya yang sudah sedikit panjang ke belakang. Sudah pukul sepuluh lima minit malam. Sengaja Mizan berlama-lama di luar. Sembahyang magrib tadi di masjid kampungnya, Kampung Sungai Rokam, kemudian Mizan meronda keliling pekan Ipoh.
Mizan sembahyang Isyak pula di Masjid Negeri. Selesai sembahyang sunat Mizan duduk sendirian di sudut masjid dengan satu buku kecil Surah Yasin. Terlintas di hati kecilnya....kalau ‘dia’ boleh menghafal Surah Yasin, kenapa Mizan tak boleh.
Malam itu Mizan mulakan azam dengan “Yaasiin, walquranilhakim........hingga selesai satu surah. Selepas hampir sejam Mizan bergerak meninggalkan perkarangan Masjid Negeri. Semasa memandu Mizan cuba mengingati apa yang telah di bacanya sebentar tadi...bukan hanya tadi malah telah berpuluh puluh kali Surah Yasin itu pernah di bacanya sebelum ini.
“Yaasiin,.walquranil..hakim,innaka....er..innakala...mi...nal....mur...salin...’ala siro thin..mustaqim...tanzilar.....tanzilar....mm...tanzilar.......”....blurp!!...Mizan terkedu...minda nya gelap...seperti mentol yang terbakar..terpadam,tiada cahaya lagi....tak ingat lagi.
Tak kan hanya itu yang lekat kot, bisik hati Mizan. Haa, sekarang baru dia sedar betapa susahnya hendak menghafal....walau pun satu surah....belum lagi satu Al Quran. Tak apa, masih ada banyak masa lagi kata hati Mizan, menyedapkan hati sendiri. Mizan singgah di restoran nasi ayam kampung yang terkenal di Bandar Ipoh itu untuk makan malam sebelum pulang.
Tiba di rumah yang sudah gelap, Mizan memakir dan mengunci keretanya. Mizan mengatur langkah untuk masuk melalui dapur, memandangkan bahagian dapur masih terang benderang.
Semasa hendak melintas tingkap naco untuk ke pintu dapur, Mizan terpandang kelibat dua orang yang masih berada di dapur. Yuhanis dan Nizam ? Mizan mematikan langkah, kemudian perlahan-lahan menghampiri tingkap.
“ .....tolonglah Hani,...bagi peluang abang terangkan perkara ini.. tak kan tak da sikit lansung rasa sayang Hani pada abang....abang nak bercakap dengan Hani,sekejap saja pun jadilah...nanti abang tunggu kat wakaf malam-malam sikit...Hani datang ye.”kata Nizam.
“ Sorry, Hani dah janji dengan mak nak tolong urut kaki ayah, ok,Hani naik dulu,..mak tengah tunggu susu ni, makan malam dah siap hidang....jempulah isteri makan sekali.” Yuhanis cuba berlalu.
“ Abang Nizam tahu Hani marahkan abang ....bagilah peluang abang terangkan apa yang telah berlaku sebenarnya.....tolonglah Hani....dengar dulu sebelum menghukum abang.” rayu Shahrul Nizam...sambil menyekat laluan keluar dari ruang dapur.
“Hani nak naik tengok suami Hani, dah balik ke belum....Abang Mizan pergi sembahyang kat masjid tadi...mintak maaf banyak-banyak..lain kali sajalah..tolong jangan buat macam ni.” Yuhanis berlalu dengan sebak di dada.
Apakah penjelasan Nizam dapat mengubah keadaan mereka ?.... Yuhanis sudah berjanji untuk menjadi isteri yang solehah walaupun sedar jawatan atau kedudukannya itu tidak penting di sisi Saiful Mizan. Apa pun Yuhanis kena pandai menjaga status dirinya kini sudah menjadi isteri orang.
Mizan menutup daun pintu biliknya. Bilik pengantin baru. Tiada Yuhanis. Ada satu talam bulat berisi satu hidangan ....makan malam. Terdapat juga satu plas air panas dan cawan kosong yang terlangkup di atas piring...elok tersusun di meja rendah di hadapan sofa.
Mizan ternampak sehelai kertas di tindih di bawah cawan. Mizan mendekati meja. Nota di tarik dan di baca.
‘ Makan malam dan teh panas....silakan...Saya di bilik mak.’
Mizan mencampak nota itu kembali di atas talam. Mizan membersihkan dirinya sebelum merebahkan dirinya ke katil pengantin. Penat tidak terkira. Besok Mizan nekad untuk balik bekerja seperti yang telah dirancang. Menikah jadi pak bidan terjun tidak akan merubah jadual kerjanya...malah kehidupannya juga.
Seketika Mizan tercacak bangun semula. Ada perkara yang menggangu fikirannya. Mizan menapak ke bilik orang tuanya. Telinganya dirapatkan ke daun pintu.Terdengar suara orang sedang berbual-bual.
Mizan cuma mahu memastikan ada suara Yuhanis di dalam bilik itu. Mizan tidak mahu menjadi lelaki dayus. Jika Yuhanis mahu bercengkerama dengan tunang tak jadinya malam ini...ha, lagi Mizan suka....tugasnya akan cepat selesai. Lebih cepat dari yang dijangka. Tahulah dia macam mana hendak meletakkan dirinya jadi status duda semula.
“I don’t want you to be near her.....kalau dia gatal-gatal nak dekat dengan you...siaplah dia.” Suara amaran bersama tuan tubuh semakin mendekati di belakang Mizan.
Mizan terperangkap. Tidak cukup masa untuk dia mengelak dari bertembung dengan Nizam dan isteri mat saleh celupnya. Mizan terus menolak daun pintu bilik orang tuanya serta merta. Mizan segera menutup semula pintu sambil berdiri terpacak membalas pandangan tiga pasang mata yang sedikit terkejut dengan
kehadirannya secara tiba-tiba itu.
“Eer....er... assalamualaikum..er... Mizan terlupa nak cakap kat mak dan ayah ....Mizan kena balik besok awal pagi....Mizan tak ambil cuti sebab tak jangka akan jadi macam ni...jadi........” Mizan terhenti di situ dengan bahunya sedikit terjungkir.....bermaksud....faham-faham sajalah.
“Hhmm, tak apa...jaga kerja elok-elok. Baliklah...semua dah selamat....Cuma ayah nak pesan Mizan satu saja.....tolong jaga Yuhanis baik-baik.” Kata Marzuki.
“Er..kalau mak ayah perlu di..dia..er.. Hani di sini, tak apa Mizan balik sorang dulu.”Mizan cuba melepaskan diri.
“Hish, Mizan tak boleh buat macam tu...kena belajar suaikan diri duduk sama-sama...kan dah jadi suami isteri...mak tak mahu anak mak jadi orang tak beradap.” Celah Puan Azmah.
Mizan tak terkata apa. Menyesal pula meredah masuk ke bilik emak ayahnya. Kalau tahu begini jadinya baik saja dia mengadap perempuan mat saleh celup dengan Nizam tadi. Sahih boleh jeling saja. Hajat untuk acara cabut pulang secara solo selepas subuh besok nampaknya berkecai. Terpaksa jugalah Mizan mengusung ‘the unwanted wife. “
“Ha, sudahlah tu Hani, sedap tangan kamu mengurut...sebelum ni ayah jealous aje tengok mak kamu aje yang dapat urut...he,he......pergilah berehat, nak kena berkemas lagi....besok pagi dah nak kena ikut Mizan balik.....lain kali datang...kena urut lagi tau..he,he.”ujar Marzuki kepada anak angkatnya yang sudah bertukar status sebagai anak menantu.
Tanpa berkata apa-apa Yuhanis bangun mencium pipi ayah mertuanya. Sungguh baik hati lelaki ini. Lelaki yang telah memberi kasih seorang ayah menggantikan tempat ayah kandung yang kasihnya hanya dapat dikecap cuma seketika.
Yuhanis beralih pula memeluk Mah Azmah yang sedang duduk di birai katil dengan tangan sudah sedia didepangkan.Mata Yuhanis sudah terasa berat penuh digenangi air. Kalau boleh Yuhanis tidak mahu menangis...lebih-lebih lagi di hadapan penonton yang tak diundang.
“Mak,ayah akan selalu doakan Hani dan Mizan bahgia hingga ke anak cucu,..bersama hingga akhir hayat......jangan sedih-sedih.....bukannya nak pindah jauh sampai tak boleh balik-balik...kalau nak balik sini, minta izin Mizan...baik-baik pakat.” Nasihat dari mak.
+ + + + + + + + +
“ Bilik saya pintu warna kelabu...ada tiga lagi bilik kosong di atas, satu bilik orang gaji di bawah sebelah dapur....awak boleh pilih mana-mana bilik yang awak suka, cuma jangan susahkan saya....saya sudah biasa duduk sorang diri, jadi kalau boleh saya mahu keadaan tetap seperti biasa.... saya tak mahu awak mengganggu, bila saya berada di rumah...faham ? ...awak nak buat apa, nak kemana pun...buatlah,..saya
izinkan dan saya tak kisah.” Kata Mizan tanpa sebarang emosi.
Yuhanis sekadar menganggukan kepala...tapi tidak sikit pun Mizan memandangnya. Lelaki itu terus menonong mendaki tangga ke tingkat atas selepas memberi arahan tentang undang-undang untuk Yuhanis patuhi.
Yuhanis berdiri tegak di hadapan pintu bersama dua beg pakaiannya seketika. Kelibat ‘suaminya’ sudah tidak kelihatan.Yuhanis mendongak melihat tangga menuju ke tingkat atas...kemudian menebarkan pandangannya di sekeliling pula. Dari ruang tamu Yuhanis melihat ruang makan kecil dan pintu ke dapur...dan satu pintu yang agak tersorok.
Ok...aku akan jadikan diriku ‘halimunan’. Don’t worry....I’ll make you happy..and myself happyyyy too....bisik hati Yuhanis.
Yuhanis menutup pintu bilik...mm... rumah barunya. Ada satu katil bujang dengan tilam nipis...ok buatnya.
Satu almari kayu di satu sudut...agak uzur...tetap ok saja untuknya. Sebuah meja sikat dengan cermin yang retak menanti terbelah dua....masih juga ok buat dirinya. Dan ada pintu di hujung bilik.....bilik air....aah...satu
rahmat untuknya.
Yuhanis menggagau telefon bimbitnya dibeg sandangnya. Sudah hampir pukul sepuluh pagi....maknanya cuma lebih kurang tiga jam setengah perjalanan dari Ipoh. Yuhanis terus menghubungi Mak Azmah...seperti yang telah dipesan.
“Semua ok ke di sana ?” tanya Mak Azmah selepas Yuhanis menyatakan dia dan Mizan telah selamat sampai.
“Biasa-biasa saja... mak jangan risaulah pasal Hani....apa-apa hal mak call Hani, ok.” Kata Yuhanis di akhir perbualan sebelum mematikan talian.
Yuhanis melihat sekitar bilik yang berdebu....mm,nantilah cik debu. Yuhanis sekadar membersihkan katil...menukar cadar lusuh yang telah berdebu dengan cadar lusuh lain yang terdapat di dalam almari uzur di bilik itu.
Selepas itu barulah Yuhanis dapat berbaring menghilangkan lelah perjalanan...sebelum dia membuka lembaran baru perjalanan hidup untuk fasa seterusnya....menjadi isteri ‘halimunan’.
Tuesday, 30 October 2012
Friday, 12 October 2012
Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin (PTRNTD) Bab 1
“Mak,
..maafkan Nizam mak, ....bukan Nizam sengaja nak malukan mak dengan ayah,
sebenar.... sebenarnya... Nizam... .Nizam dah kahwin kat sini, mak.”
“Apa
?....apa kamu dah buat ni Nizam?....Ya Allah,!...berapa lama dah kamu kahwin ?”
“Dah
lima bulan ....kami nikah sebelum exam,...maafkan Nizam, mak.....nanti bila
jumpa Hani, Nizam akan mintak maaf dari Hani.
+++++++
“Ya
Allah...nak buat macam mana ni ?” Puan Azmah terduduk lemah di sofa
bersebelahan meja telefon. Seluruh tubuhnya rasa menggigil. Menggigil kerana
terlalu terkejut dan kecewa. Menggigil kerana terlalu marah dengan perbuatan
anak bongsunya Shahrul Nizam. Air matanya mengalir laju bertemankan esakan.
“Azmah
?....Mah ?...Mah, kenapa ni ?” En.Marzuki yang baru masuk ke ruang tamu
terkejut melihat isterinya yang sedang menangis teresak-esak dengan tangannya
masih memegang ganggang telefon.
Marzuki
segera mendapatkan Azmah dan memaut tubuh isteri kesayangannya. Ganggang
telefon di tangan Azmah dicapai,lantas dilekapkan di telinganya. Sudah tiada
sesiapa di talian. Ganggang telefon diletakkan kembali ke tempatnya.
“Siapa
Mah ?....siapa yang telefon ?..Mizan ke ?...Mizan tak nak balik kenduri besok
ke?...Dia masih marah pada Nizam agaknya. ..” bertalu-talu soalan dari Marzuki.
Tidak sabar untuk mengetahui punca yang menyebabkan isterinya bersedih begitu
sekali.
Azmah
menggeleng perlahan. Air matanya terus mengalir walau pun puas diseka.
“Bukan
Mizan ?.. habis tu siapa ?...tak kan si Nizam kot...dia kan akan sampai besok
subuh...” sudah tak sabar Marzuki menunggu jawapan dari Azmah.
Perlahan-lahan
Azmah menganggukkan kepalanya.
“Abang...abang
jangan terkejut tau, kita kena fikir cepat,.. kita kena segera mencari pengganti Nizam....dia,dia...Nizam
dah kahwin di UK sana, bang....dia cakap dah lima bulan..dia takut nak cakap
kat kita..”terang Azmah sambil mengesat air mata yang masih mengalir.
“Ya
Allah,....budak Nizam ni sengaja nak bagi malu kat kita,....budak tak
bertanggung jawab...mengaji saja tinggi...otak tak tau letak kat mana...tak
fikir langsung kita kat sini..dia tak ingat ke dia dah ada tunang di sini ?”
Marzuki melepaskan kemarahannya.
Marzuki
berjalan mundar mandir di ruang tamu...kalau Nizam berada di hadapannya kini,
mahu saja dibelasahnya anak bongsunya itu sepuas hati.
“Abang..sabar
bang....abang kena bawak bertenang,....Mah, tak nak apa-apa terjadi pada abang
...doktor kan dah pesan,..abang tak boleh stress dan marah-marah.”Rayu Azmah
yang sudah merapati suaminya. Belakang suaminya diusap perlahan. Dengan lembut
Azmah membawa suaminya ke sofa panjang. Sama-sama mereka duduk dengan hati yang
kecewa.
“HHhmmm..”
keluhan lemah meluncur dari mulut Azmah tanpa dapat dikawal.
“Kalau
Nizam cakap awa-awal, dah tentu kita tak edarkan kad-kad jemputan tu,....khemah
dan katering dengan semua-semua yang lain tu pun masih sempat lagi
dikansel...rugi duit muka tu pun tak apa...sekarang semua dah siap, dah
terlambat nak batalkan.....
Marzuki
hanya mendiamkan diri.
“Ikutkan
jadual penerbangan, subuh esok Nizam tu sampai...nikah lepas zohor...ingatkan
tak boleh balik cepat sebab ada kelas...rupanya saja tangguh-tangguh, takut nak
cakap.”
Marzuki
masih mendiamkan diri saperti tadi.
“Macam
mana kita nak cakap dengan Yuhanis ni bang...buntu saya dibuatnya.” Sebak suara
Azmah sama sebak dengan hati di dalam mengingatkan kenduri esok hari.
Marzuki
diam tak berkutik. Kerisauannya ditelan dalam hati. Dibiarkan saja isterinya
meluahkan perasaan.
“Mizan
ada kata bila nak sampai ?” tiba-tiba Marzuki bertanya.
“Kelmarin
dia kata ....petang ni, lepas kerja.....paling lewat pun malam
katanya,...abang... apa abang...abang nak dia....”
Termati
kata-kata Azmah tiba-tiba...matanya merenung mata suaminya, seolah-olah ada
tertulis jawapan di situ, akan pertanyaan dia sebentar tadi. Ternganga
mulutnya.
“Kita
kena ikhtiar Mah.” Lemah saja jawapan dari Marzuki...dia sendiri seperti tidak
yakin akan caranya.
Azmah
hanya memandang langkah longlai suaminya meninggalkan ruang tamu yang sudah
terhias indah untuk kenduri esok. Perlahan-lahan Azmah turut bangun mengekori
langkah suaminya.
Yuhanis
tersandar lesu di sebalik dinding. Perlahan-lahan Yuhanis melangkah ke biliknya
yang terletak disisi kanan rumah. Pintu bilik tidurnya ditutup perlahan
kemudian menguncinya.
“Sampai
hati Abang Nizam buat Hani macam ni...hu,hu..” Sendu dan tangisan Hani hanya
mampu disembunyikan di sebalik bantal peluknya.
Segala
impiannya untuk hidup bersama Shahrul Nizam hancur berkecai. Berderai bagai
kaca terhempas ke batu. Jauh di mata, jauh di hati. Mungkin ini ujian untuknya.
Sudah suratan, takdir yang menentukan. Yuhanis terpaksa lalui jua. Redho dalam
terpaksa. Apa lagi yang dia boleh buat.
Jika
hendak diukur dengan kehilangan kedua ibu bapa kandung bersama tiga orang
adik-adiknya dalam kemalangan ngeri sembilan tahun lalu, dugaan ditinggalkan
tunang yang tidak setia, sangatlah kecil.Lebih baik sekarang daripada
ditinggalkan bila sudah berkahwin dan memiliki anak-anak....Yuhanis memujuk
dirinya.
Kesian
emak dan ayah angkatnya. Bagaimana Yuhanis dapat menolong mereka. Pedih hati
Yuhanis mendengar rintihan mereka berdua sebentar tadi. Yuhanis tidak boleh
hanya memikirkan dirinya sahaja. Dia perlu kuat untuk mereka berdua.
Jasa
mereka tidak mampu Yuhanis balas dengan wang ringgit. Mereka membesarkannya dan
memberinya kasih sayang seperti anak sendiri. Bukan kerana ada talian
saudara, jauh sekali adik beradik. En,Marzuki dan Puan Azmah sekadar kawan baik
ibu bapa kandung Yuhanis yang sudah tidak punya saudara mara.
Dari
anak angkat, hendak dijadikan menantu pula. Yuhanis setuju lantaran hajatnya
hendak menjaga kedua-dua ibubapa angkatnya akan menjadi lebih mudah di sisi
syariat. Lebih-lebih lagi sudah ada wasiat dan kata persetujuan antara arwah
ibu bapa kandung dan mak ayah angkatnya.
Berkerut
dahi Yuhanis teringatkan nama yang disebut ayah pagi tadi. MIZAN. Anak sulung
mak ayah angkatnya yang pernah Yuhanis lihat tiga empat kali. Itu pun dari jauh
sahaja. Mizan...aaah,..sanggupkah dia...dan sanggupkah lelaki itu jadi
pengganti tunangnya demi menutup malu
emak dan ayah.
+
+ + + + + + +
“Mizan
tak setuju,..Mizan tak sanggup....mak,ayah...Mizan mintak maaf
banyak-banyak......carilah orang lain...atau pun, paksa saja si Nizam tu kahwin
juga dengan tunangnya itu....diakan lelaki...boleh kahwin sampai empat.” Terus
terang kata-kata Shaiful Mizan.
“Mizan
...mak tak mahu orang luar...lagi pun ..emak dan ayah telah berjanji dengan
arwah ibu bapa Yuhanis...nak jadikan Yuhanis sebahagian dari keluarga
kita...Hani tu budak baik, mak yang besarkan dia...tak rugi jika Mizan nikah
dengan dia.....bila dah kahwin nanti, kenal budi bahasa dia...mak pasti Mizan
akan dapat lupakan Suraya.” Rayu Azmah.
“Kamu
masih tak boleh lupa bekas isteri kamu tu lagi Mizan ?...dah dekat
setahun...ayah nak kamu mulakan hidup baru...Hani pasti dapat tolong kamu
lupakan dia.” Nasihat Marzuki pula.
“Mak,
ayah...kalau Mizan nak kahwin sekali pun, bukan sekarang...bukan tergesa-gesa
macam ni...terima atau tidak,.. tiada kaitan dengan Suraya tu.” Balas Mizan
sambil meraup mukanya.
‘Kalau
Mizan tak boleh tolong...malu besar mak ngan ayah kamu ni...mana kami nak sorok
muka....jemput sakan, tapi tak jadi...pengantin
lelaki tak ada....kesian kat Hani tu.” Sudah sebak suara Azmah
merayu...masih tak putus asa memujuk anak sulungnya.
“Macam
ni lah mak,...besok bila tetamu datang..cakap saja ada kemalangan, jadi kita
buat kenduri kesyukuran atau kenduri
arwah....Mizan tetap dengan keputusan Mizan....dahlah mak, ayah..dah dekat
pukul satu malam ni...Mizan pun dah penat...habis kerja terus drive ke sini......kalau mak nak,besok kenduri,
Mizan tolong terangkan pada tetamu-tetamu semua.”
Mizan
akhirnya melangkah ke biliknya dengan hati yang berat....tapi sungguh dia tak
sanggup. Dia masih trauma dengan perceraiannya. Seperti sudah serik untuk
berkahwin. Sudah hilang kepercayaannya pada kaum hawa.
“Macam
mana ni bang?.....abang kena paksa juga Mizan tu...abang
kena....abang,..abang.!..”
Azmah
segera mendapatkan suaminya yang kelihatan sedang menggosok-gosok dadanya.
“
Abang ok,...penat dan sakit sikit je.....jom lah Mah,kita pun dah penat
ni.....besok pagi kita kena beritahu Hani...tak boleh tangguh-tangguh lagi.”
Keluh Marzuki.
+
+ + + + + +
Yuhanis
hanya mampu memandang sayu ke arah emak dan ayah angkatnya yang sedang
melangkah ke bilik tidur mereka. Dia perlu bertindak segera. Yuhanis cuma ada
malam ini sahaja. Dia segera meninggalkan tempat persembunyiannya. Ada misi
penting yang Yuhanis perlu lakukan.
Tok,tok,tok....
Shaiful
Mizan mengerutkan dahinya. Matanya merenung ke arah pintu. Sudah sayup malam.
Emak masih tidak putus asa. Masih hendak memujuknya jadi bidan terjun. Mizan
akan tetap dengan pendiriannya. Mizan melangkah dengan malas menuju ke pintu.
Sebaik
Mizan membuka selak,daun pintunya serta merta terbuka ditolak dari luar. Mizan
terkejut. Gadis anak angkat mak ayahnya meluru masuk kemudian terus menyelak
semula pintu bilik Mizan.
Yuhanis
menarik nafas lantas menoleh mengadap abang kepada tunangnya. Alangkah
terkejutnya dia. Serta merta Yuhanis memusingkan badannya mengadap ke pintu
semula.Lelaki itu hanya memakai boxer !!..Muka
Yuhanis terasa tebal, malu
teramat. Terasa panas seluruh muka.
Terangkat
kening Mizan melihat kelakuan gadis itu. Jelas kelihatan riak terkejut di
wajahnya yang sudah kemerahan...tapi berani pulak mengunci pintu. Gadis apakah
yang berani mengunci dirinya di dalam bilik dengan lelaki yang bukan mahramnya
?
“Maaf...saya
minta maaf banyak-banyak....er,...sebenarnya..er,..aaa...sa..saya ada hal nak
cakap dengan aw..dengan en.. encik...er,er..sebelum tu....saya minta
maaf...bo..boleh tak tolong pa..pakai ba..baju.” tergagap-gagap Yuhanis
bersuara. Lebih-lebih lagi melihat muka yang masam itu.
Sememangnya
Yuhanis sudah menjangka akan kesukaran untuk menyampaikan hajatnya kepada
lelaki ini.. tapi kini baru dia tahu betapa sukarnya dia hendak membuka mulut.
Belum di kira dengan masaalah penampilan yang tidak dijangka itu.
Walau
pun sudah menghadap pintu, matanya tertutup rapat... namun sudah terlakar di
minda Yuhanis tubuh sasa lelaki itu dengan boxernya...eeehh ! Yuhanis
menggeleng-gelengkan sedikit kepalanya untuk menghilangkan gambaran sexy lelaki
itu.
Mizan
mencapai lalu memakai semula t-shirt dan kain pelikat yang terlonggok di atas
meja bacaan sambil merenung belakang gadis itu.
“Ok,..siap...saya
dah pakai baju...” kata Mizan sambil berpeluk tubuh.
Yuhanis
berpaling menghadap lelaki itu perlahan-lahan. Tidak sopan pula jika bercakap
menghadap pintu.
“Maaf,..saya
minta maaf banyak-banyak kerana mengganggu awa..er.. encik.” Yuhanis memulakan
bicara.
Tidak tahu ke mana hendak di talakan pandangan matanya.....juga tidak
tahu bagaimana mahu memanggil lelaki itu.
“Mmm..tapi
awak nak ganggu jugak....ok, shot...awak ada masa dua minit saja.”garang saja
nada suara lelaki di hadapannya.
“Min...minta
maaf ba...banyak-banyak,...sa..sa..saya...nak..nak.....”susah sungguh Yuhanis
hendak menyatakan hajatnya. Rasanya belum pernah terjadi lagi kes serupa ini.
“Awak
ni gagap ke apa !!!.....buang masa betul !...saya ni dah penat, tau tak !!!
jerit Mizan. Harap-harap suaranya tidak tembus sampai ke bilik mak ayahnya.
Suka
tak suka pun, herdikkan Mizan menjadi pemangkin kepada Yuhanis.
“Saya
nak ajak awak kahwin dengan saya ! “ dengan sekali lafaz dalam satu nafas
terluncur juga hajat Yuhanis. Sempat dia menarik nafas lega. Dia tidak perlukan
masa sampai dua saat.
Terangkat
kedua-dua kening Mizan. Mizan merenung tajam Yuhanis yang terkulat-kulat di
hadapannya.
Berani betul budak ini getus hati Mizan. Berani atau terdesak
?....kenapa terdesak ?...macam-macam jawapan yang Mizan boleh cadangkan. Dia
bukan budak mentah seperti dulu. Mizan
tidak akan biarkan dirinya dipermainkan lagi.
Yuhanis
tertunduk malu. Terasa bahang panas di mukanya menjalar ke seluruh tubuh hingga
ke hujung jari kaki. Beberapa saat berlalu tanpa jawapan dari Mizan. Yuhanis
tidak boleh cepat menyerah kalah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
pangkal lengan....alang-alang sudah termalu,.lantaklah...kata hati Yuhanis.
“Saya
buat ni untuk mak dan ayah....mak risau ayah akan tertekan,...takut strok ayah
menyerang semula,....ayah ada masaalah jantung,...selepas dapat panggilan dari
...er..UK...abah dah mula rasa sakit-sakit di dada...hari tu masa kena mild
strok,abah kena tahan kat hospital sampai dua minggu....kesian kat
mak,....hari-hari nangis, makan pun tak lalu....saya tak....”
“Kenapa
saya tak tahu ?,...kenapa tak ada sesiapa beritahu saya ?”marah Mizan. Sungguh,
sudah lama dia tidak balik menjenguk orang tuanya di kampong...sekadar bertanya
khabar melalui telefon. Disebabkan amarahnya sedang memuncak, tidak sedar
Yuhanis yang dipersalahkan.
“Emak
kata tak nak ganggu anak-anak ...sibuk kerja,..sibuk belajar,...nanti
ganggu....saya tak setuju...tapi..mak...”
“Awak
tak tahu nak telefon saya ke ?” bentak Mizan lagi.Penat, mengantuk,
tertekan....dan berita ini pula. Masam mencuka mukanya memandang Yuhanis.
“Huh..er...aa...mana..saya
ada nombor telefon er.. encik...”
Yuhanis sudah terasa geram tapi ditahannya
sebab permintaannya masih tiada
jawapan. Perlu bersabar.
“Encik
!,encik !....awak ingat awak kat ofis saya ke ?” bentak Mizan melepaskan rasa
tidak puas hatinya. Tidak di pedulinya akan Yuhanis yang terkejut dengan
herdikkannya.
Yuhanis
menjadi risau bila melihat Mizan melangkah ke katilnya. Lelaki itu kemudiannya
duduk di birai katil seperti bersedia hendak tidur saja. Yuhanis terasa diri
umpama... hanya seekor lalat yang tersesat terbang masuk ke bilik itu..kecilnya
diri...Ya Allah berilah aku kesabaran tahap tinggi...Yuhanis berdoa. Yuhanis
cuba menarik perhatian Mizan sekali lagi.
“Mmm,..er..enc...awak...”Yuhanis
serba salah. Benar-benar dia tidak tahu apa yang patut dipanggilnya lelaki
itu.....panggil encik pun kena tengking... tak kan Yuhanis berani nak berabang
pula....salah karang, baru naik sepuloh oktaf nada tengkingan lelaki itu.
Mizan
mengangkat tangan, menghalang Yuhanis dari menyambung kata-katanya.
“Tolong
dengar sini baik-baik....Saya tak berhajat nak kahwin sekarang atau waktu yang
terdekat ini....dan saya tak mahu kahwin dengan awak atau mana-mana perempuan
pun......jadi tak payah awak nak merayu-rayu lagi....awak tak malu ke ?”
berapi-api kata-kata Mizan.
Walau
pun nada suara lelaki itu sudah sedikit mengendur, tapi ayatnya tajam menyusuk
hati Yuhanis. Yuhanis seperti mahu menjerit saja....Hei, saya merayu bagi pihak
mak dan ayah encik lah !!!...bukan untuk diri sendiri. Macamlah dia hard up
sangat nak kahwin sampai merayu-rayu begitu.
Mizan
menjeling Yuhanis sekilas. Tentu gadis itu sudah terasa dengan kata-katanya
sebentar tadi...melihatkan diri gadis itu kini tertunduk kaku seperti
patung....baguslah begitu...boleh cepat berambus dari biliknya...dia sudah
terlalu penat...sudah tak larat melayan kerenah gadis ini.
Dengan tudung hitam yang senget dan baju
kurung besar seleweh ....tiada apa yang istimewa yang boleh menarik minat mana-mana lelaki.
Mana-mana lelaki...lebih-lebih lagi dirinya. Tak bernafsu lansung....malah
boleh lebih teruk lagi, mati terus nafsu lelakinya sampai bila-bila.
Yuhanis
duduk melutut perlahan-lahan ke lantai. Yuhanis sedikit hairan bagaimana dia
masih boleh bersabar dengan sikap tak mengenang budi seorang anak. Mungkin
doanya telah di kabulkan Allah. Yuhanis masih boleh bersabar. Sabar sangat-sangat.
“Saya
cuma hendak kita bernikah untuk menutup malu mak dan ayah...AWAK... untuk
kesihatan mereka, untuk ketenangan hati mereka...mereka dah tua, selagi mereka
masih hidup anak-anak patut gembirakan hati mereka...jangan nanti, menyesal
setelah mereka sudah tiada...siapa yang telah alami akan tahu betapa pedihnya
kehilangan ibubapa..................... saya janji saya tak akan susahkan awak,
saya tak akan ganggu hidup awak, saya tak akan minta apa-apa dari awak,saya tak
akan tuntut apa-apa dari awak...apa saja permintaan awak,saya akan ikut,...saya
merayu.....”
“Perempuan
apa awak ni haa,...tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi...inilah orang
kata..perigi cari timba....nak tau lagi tak?...tengok awak pun saya tak ada
selera..inikan lagi nak menikah,....saya nak tidur......awak nak merayu sampai
pagi pun, suka hati awaklah.” Mizan segera membaringkan badannya mengadap
dinding.
“Baiklah,
saya akan tunggu sampai pagi...saya tak faham ...kenapa a..”
“Awak
tak akan faham....so, SHUT UP !!!..ok !”tengking Mizan lantas menarik selimut
menutupi seluruh tubuhnya.
Ya..betul,Hanis memang tak faham.....bisik Yuhanis pada dirinya sendiri.
Yuhanis
terus melutut di depan pintu. Yuhanis berharap kesungguhannya itu akan dapat
melembutkan hati
Shaiful Mizan yang keras itu. Sudah agak lama melutut
begitu,sehingga kakinya mula terasa kebas-kebas....namun dia sudah nekad akan
bertahan sampai subuh. Anak jenis apa entah..hati keras macam batu...getus hati
Yuhanis.
Perlahan-lahan
Yuhanis membaca surah Yasin yang telah dihafalnya semasa tingkatan lima.
Yuhanis masih ingat lagi kata-kata Ustazah Khatijah, ustazah sekolah
menengahnya dahulu ...bahawa Rasulullah SAW telah bersabda “Sesiapa yang
mengamalkan membaca surah Yasin, Allah akan
permudahkan urusannya di dunia dan akhirat.”
Bukan itu saja, ada beberapa lagi fadhilat
surah Yasin yang masih Yuhanis ingati.... antaranya yang sesuai dengan
situasinya kini ia lah...”Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh “
Harap-harap
janganlah lelaki hati batu yang tidur macam batu di hadapannya itu tahu akan
fadhilat yang satu ini. Jika tidak, entah apa-apa Encik Mizan si hati batu akan
jeritkan kepadanya nanti,bisik hati Yuhanis.
Selesai habis membaca surah Yasin, Yuhanis
membaca surah Al-Mulk pula. Surah Al-Mulk ini baru sahaja berjaya di hafal
Yuhanis..ia-itu ketika menemani emak yang menunggu ayah di hospital tempoh
hari. Fadhilat surah Al Mulk pula ia lah dapat melindungi kita dari seksa kubur
dan seksa neraka.
Yuhanis
merenung seketika tubuh lelaki yang nampaknya begitu lena. Sedikit pun tak
berkutik. Tidur macam batu, hati pun keras macam batu...apalah yang boleh di
harapkan lagi.
Tidak
mengapa.Yuhanis berjanji selepas habis tempoh ikhtiar ini, dia akan pasrah. Dia
akan terima takdir yang di tentukan oleh Allah. Setiap yang berlaku ada
hikmahnya. Jika gagal...dia percaya Allah hendak berikan sesuatu yang lebih
baik di masa depan. Jika berjaya ...syukur..Alhamdulillah
Malam masih panjang. Yuhanis membaca pula
surah-surah tiga Kul....kemudian dia berdoa semoga Allah sentiasa membantunya
dan memudahkan urusan hidupnya. Begitu juga emak dan bapa angkatnya.
Yuhanis
juga tidak lupa berdoa untuk arwah ibu bapa serta adik-adiknya. Semoga Allah
ampunkan segala dosa mereka dan menempatkan mereka bersama-sama hamba-hamba
Allah yang soleh.
Sayup-sayup
kedengaran bacaan surah Yasin menyusup masuk ke telinga Mizan. Perlahan saja
bacaan itu seakan suara berbisik sendirian. Seketika Mizan terkedu. Dia pasti
gadis itu tidak membawa sebarang buku, apa tah lagi buku Yasin sewaktu masuk ke
biliknya tadi. Hendak di jampi serapahkan kah aku ini..tanya hati
Mizan.......aaah, lantaklah.Duduklah situ sampai khatam satu Quran pun dia tak
kisah....getus hati Mizan lagi. Entah bila dia terlena pun Mizan tidak sedar.
Mizan
terjaga.Azan subuh kedengaran sayup-sayup dari masjid kampung itu. Matanya di
halakan ke meja kecil di sisi katil melihat jam.Sudah pukul lima lima puluh
empat pagi.Tiba-tiba Mizan teringat akan gadis semalam...dan kata-katanya untuk
tunggu sampai subuh. Adakah itu mimpinya saja atau realiti.
Mizan
menongkat lengan lalu menjenguk ke pintu. Mizan terkedu. Gadis itu masih di
situ. Masih di depan pintu biliknya. Satu perasaan aneh singgah seketika
menjentik hati kecilnya....kesian ? sayu ? kagum ?.....tapi semuanya di tepis
pergi.
Mata
Mizan memandang seketika ke arah gadis yang mengganggunya semalam. Gadis itu
kelihatan duduk tersimpuh di tempat semalam...cuma kini badannya terlentuk dan
tersandar di kabinet yang terletak di tepi pintu. Sesekali kelihatan kepalanya
tersengguk-sengguk. Azan subuh di laungkan pun masih tidak terjaga.
Entah pukul
berapa agaknya gadis itu terlena.
Mizan
segera bangun untuk ke bilik air....tapi dia perlu kejutkan gadis itu terlebih
dahulu. Tidak boleh dia bayangkan jika gadis itu terjaga waktu Mizan keluar dari
bilik air dengan bertuala sahaja. Kalau di buatnya menjerit dek terkejut baru
kecoh satu rumah.
“Hei,
bangun.....bangunlah....” panggil Mizan.... dia berdiri dua kaki di hadapan
Yuhanis.
Mizan
menyangkung pula setelah tiada tindak balas dari Yuhanis. Mizan merenung wajah
Yuhanis yang masih lena tidak sedarkan diri sekaki di hadapannya. ..mmm...boleh
tahan juga muka dia, bisik hati Mizan.
Mana pernah mereka bertegur sapa selama
ini. Selama dia bersama Suraya bekas isterinya, Mizan tidak endahkan perempuan
lain.
Mizan
menyua jari telunjuknya untuk mencuit bahu Yuhanis. Termati pergerakkan nya
bila dengan tak semena-mena Yuhanis membuka mata, merenung tepat ke mata Mizan.
Mizan terkejut,mujur tak terlentang kebelakang. Seram pun ada....ada juga orang
jenis macam ini..gerutunya. Nasib baik Mizan tidak menjerit.. kalau
tidak...buat malu saja.
Yuhanis
yang masih dalam keadaan mamai, merenung tajam wajah lelaki yang tercongok di
hadapannya sebaik dia membuka mata. Berkerut kening Yuhanis.
“Pukul
berapa sekarang ?”tiba-tiba terpacul soalan dari Yuhanis.
“Dah
masuk subuh ke ?” Yuhanis bertanya lagi...cemas saja bunyi suaranya.
“Dah
dekat pukul enam, subuh dah.” Jawab Mizan sambil berdiri menjauhkan diri.
“Oh
!”..Bingkas Yuhanis bangun berdiri, membuka selak, menolak daun pintu dan terus
meluru keluar tanpa memandang Mizan.
Usai
solat subuh Yuhanis duduk berdoa di atas sejadah. Panjang doanya pagi ini.
Yuhanis ingin berlama di bilik itu. Bilik yang sudah berhias cantik untuk raja
sehari. Selepas ini bilik itu sudah tidak sesuai untuknya lagi. Yuhanis
melemparkan pandangan melihat sekeliling. Semuanya serba baru... katil, almari,meja solek dan
sofa kecil untuk dua orang. Perabut dari kayu jati hadiah dari emak dan ayah angkatnya.
Langsir
tingkap dan langsir pintu kaca ke balkoni dipilih sama warna dengan set cadar.
Warna krim lembut dengan bunga-bunga kecil berwarna pink dan ungu. Pilihannya
sendiri dan di sukai oleh emak merangkap bakal emak mertua...kini mak mertua
tak jadi.
Selepas
ini Yuhanis perlu mengangkut semula pakaian-pakaiannya kembali ke bilik
lama.Nasib baik hanya itu saja yang baru di pindahkan ke sini. Jika tidak
banyaklah kerja kerja menyimpan dan menyusunnya semula.
Subuh
sudah berlalu. Sang suria mula menampakkan diri. Yuhanis berdiri kembali. Dia
hendak mengerjakan solat Dhuha dua rokaat. Selepas itu barulah Yuhanis akan
mengemas untuk kembali ke bilik asalnya. Bilik ini mungkin bakal di huni Abang
Nizam bersama isteri barunya apabila mereka balik ke sini kelak. Tanpa disedari
air matanya menitis..... mengalir membasahi pipi.
Selesai
solat sunat Dhuha Yuhanis menadah tangan untuk berdoa lagi. Sebaik dia
mengangkat tangan,pintu bilik di kuak. Yuhanis menoleh untuk melihat siapa yang
datang. Jangkanya tentulah emak yang datang mencarinya. Mak sangat tahu akan
perangai Yuhanis yang tidak suka bersarapan.
Membulat
mata Yuhanis melihat Mizan di belakang emaknya.
“Hani, jomlah kita sarapan...sekejap lagi mak andam akan sampai....Abang Mizan
kamu ni dah setuju nak nikah dengan Hani....mak syukur sangat-sangat....”
Yuhanis terpana...hilang butir-butir perkataan emak seterusnya........Yuhanis
hanya mampu menganggukan kepala dan menzahirkan secalit senyuman sebelum mak
beredar.
Namun
senyumannya menjadi tawar melihat wajah Mizan yang kelat. Biarlah apa pun....kelat,
masam, masin, pahit,maung...akan di harungi jua. Asalkan emak dan ayah boleh
hidup tenteram di usia mereka yang merangkak senja.
Tidak
sedar tangannya yang masih menadah sedari tadi, Yuhanis terus memanjatkan
kesyukuran kepada Allah....ALHAMDULILLAH....syukur kepada Mu Ya Allah
....segala urusan hidup dan mati ku adalah ditangan M
+ + + + + + +
Mendung
yang berarak hilang di tiup angin pagi. Sinar cahaya sang suria yang terang
menerangi alam bertamu bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa...seperti merestui
perjalanan kerja mendirikan sebuah masjid. Begitu kehendak NYA. Majlis kenduri
pernikahan Yuhanis dan Shaiful Mizan berjalan lancar.
Marzuki dan Puan Azmah
sudah boleh tersenyum lega sepanjang waktu menyambut dan melayan para tetamu
yang datang.
Majlis
akad nikah berlansung selepas solat zohor seperti yang di rancangkan agar solat
zohor dapat dilaksanakan di awal waktu oleh seluruh keluarga terutama kedua-dua
pengantin.
Denga
sekali lafaz telah terikatlah diri Yuhanis sebagai isteri Shaiful Mizan yang
sah. Lafaz yang lancar daripada lelaki yang telah berpengalaman. Yuhanis
tertunduk, sekadar mendengar lafaz tanpa memandang ke arah suaminya kerana dia
tidak mahu perasaannya terguris dan
terluka dengan wajah kelat lelaki itu.
Yuhanis pasti tidak akan ada riak gembira di wajah itu sama ada sebelum atau
selepas lafaz akad nikah. Sebelum atau setelah bergelar suaminya.
Puan
Azmah tersenyum sambil menyeka air matanya yang tidak dapat di bendung tatkala
melihat Shaiful Mizan menyarungkan cincin ke jari manis Yuhanis. Dia tahu
Shaiful Mizan tidak gembira dengan perkahwinan itu. Puan Azmah tahu Shaiful
Mizan tidak punya apa-apa perasaan terhadap Yuhanis. Tiada rasa cinta,tiada
rasa suka...mungkin saja ada rasa marah. Mungkin benci juga akan menyusul.
Tidak
mengapa. Dia ada senjata yang di kurniakan Allah kepada setiap wanita yang
bergelar ibu. Doa seorang ibu sangat mustajab. Azmah pasti pengorbanan Mizan
tidak akan sia-sia. Satu hari nanti Azmah yakin Mizan akan menyayangi Yuhanis
seperti mana dia dan suami menyayangi anak angkatnya itu....atau mungkin lebih
!
+
+ + + + + + +
“Cium
tangan suami kamu, Hani.”kata mak andam yang menjadi pengapit Yuhanis.
Yuhanis
patuh. Seram sejuk tangannya tatkala bersalaman dengan tangan Mizan. Ketika
bibirnya menyentuh, mencium tangan suaminya satu azam tersemat di jiwa
Yuhanis....ya, dia akan menjadi isteri yang solehah yang akan patuh pada suami,
selama mana lelaki itu mahukan dia sebagai isterinya. Yuhanis sedar dia bukan
isteri yang didambakan.
Pengorbanan
perasaan dari Saiful Mizan akan dibalas sebaik mungkin dengan mengembirakan
hati lelaki itu. Yuhanis berjanji pada dirinya bahawa dia tidak sekali-kali
akan menyusahkan lelaki itu. Yuhanis tidak tahu apa yang bakal dihadapinya
selepas ini.. tapi yang pasti ...apa saja yang ‘suami’ nya itu mahu akan
ditunaikan selagi perkara itu tidak melanggar syariat dan hukum hakam
ugama...Cuma Yuhanis berdoa agar dirinya
dapat sabar dengan apa jua dugaan yang mendatang.
Yuhanis
juga berazam untuk menempuh hari-hari bersama lelaki yang telah bergelar
suaminya itu dengan tenang dan hati yang terbuka. Hati Mizan akan ditatang dan
hatinya juga akan diceriakan.....Yuhanis tidak akan membiarkan hatinya luka dan
berduka lagi. Buku sejarah lama akan ditutup. Yuhanis berazam untuk menikmati
hidup dengan mengembirakan hatinya dan juga hati-hati orang di sekelilingnya.
+ + + + + + + + +
Yuhanis
dan Mizan berdiri bersama Puan Azmah dan En.Marzuki melihat kereta tetamu
terahkir meninggalkan rumah mereka. Semua saudara mara yang datang juga terpaksa
balik awal. Besok hari Isnin.Zaman
sekarang semua orang bekerja. Yang tua yang tidak lagi bekerja pula datang
dengan anak-anak yang bekerja. Datangnya bersama, pulang pun kenalah bersama.
Suasana
kenduri zaman sekarang bukan lagi macam kenduri zaman dahulu. Keadaan telah
berubah...habis kenduri, teranglah rumah..bukan sekadar sanak saudara terpaksa
meminta diri,...... pinggan mangkuk, periuk belanga dan kawah juga sudah naik
lori.
Kelihatan
beberapa petugas pihak katering sedang mengemas dan membuka khemah. Kerusi meja
sudah siap tersusun di tepi pagar menunggu lori untuk mengangkut saja. Itulah
untungnya bila menggunakan perkhidmatan katering...tuan rumah tidak payah
pening kepala memikirkan pasal berkemas pula selepas semua tetamu pulang. Jika mahu
kenduri tanpa perkhidmatan katering,..... kendara nanti tanggung sendiri
sampai
pening.
“Alhamdulillah,
semua dah selesai...jom kita masuk...kita semua tak sembahyang asar
lagi....haa,Mah..nak ke mana pulak tu...dah lima suku sekarang ni, nanti
bertambah lewat asar kita nanti.” Kata Marzuki.
“Iyalah
bang, Mah cuma nak pesan kat budak-budak katering tu...kalau nak sembahyang,
boleh guna bilik hujung tu...bilik air dengan tandas pun ada kat bilik
tu....Mizan, Hani naiklah dulu...kamu pun mesti penat juga....kamu sembahyang
aje kat atas tu...nanti mak sembahyang dengan ayah kat bilik kami...lepas tu
boleh terus ‘landing’ sementara nak tunggu magrib....hi,hi,hi.”dalam penat pun
Azmah boleh ketawa...gembira dapat menantu dan semua masaalah dapat
diselesaikan.
“Eh..
mak,ayah ada orang datang lagilah tu....teksi ? “ kata Mizan tiba-tiba. Semua
yang mula hendak melangkah masuk, terhenti.
“Siapalah
pulak yang datang waktu-waktu macam ni...nampak gayanya, kenalah kita beritahu
kita nak sembahyang dulu.” soal Marzuki.
Panjang tengkuknya mengintai teksi yang terpaksa berhenti setakat depan pintu
pagar. Kerusi meja yang banyak tersusun di situ menghalang jalan masuk ke
rumah.
“Assalamualaikum...”suara
memberi salam.
“Nizam
?”
Mizan terkejut melihat adiknya yang melangkah
keluar dari teksi.Kenapalah kau tak datang awal ....tak perlulah aku memaksa
diri aku berkorban begini..terlintas kata-kata itu di kepala Mizan.
Tercengang
Shahrul Nizam melihat abangnya segak berpakaian pengantin......ternyata Yuhanis
sudah terlepas dari tangannya...Nizam tak rela....Nizam masih sayangkan Yuhanis
!
Thursday, 11 October 2012
SI NEPAL DAN MEK SIAM BAB 9
{“Serabai...serabai...kueh serabai,.....sedap aje
mulut si Nepal ni kutuk orang......mulut tak da insuran
betul,......tak pa,....lepas ni aku nak menunjuk kat dia,....ingat orang tak
reti nak melaram....tengok le nanti...baru terbeliak biji mata .”}
Roslinda mengayuh pulang sambil berangan untuk membaik
pulih penampilannya. Bukan dia tidak mahu, tidak tahu atau tidak teringin
menjadi seperti gadis lain...kelihatan cantik dan anggun....tapi untuk membeli
baju pun dia terpaksa fikir sepuluh kali....sudahnya tak jadi beli. Untuk beli
alat make up lagi lah tak kuasa nak mimpi. Umur dah dua puloh nak masuk dua
puloh satu tahun dia tidak pernah memiliki walaupun sebatang lipstick. Lagi pun
kemana dia nak melaram dengan itu semua.
Sudahnya Roslinda lebih selesa begitu memakai apa yang
ada selagi tak reput. Make upnya adalah bedak carrie atau yang sewaktu
denganya. Di malam hari hanya di tempek saje dengan bedak sejuk.
Jimat pun jimat...tapi tak kaya-kaya
jugak..he,he,he...
*********
“Terima kasih, terima kasih Puan Marini....Abang Saleh juga....cantik-cantik
baju kat butik ni.” puji Roslinda sambil melihat Abang Saleh pembantu butik
Marini Style melipat pakaian-pakaian yang baru di belinya. Siap mencuba setiap
pakaian tersebut lagi. Enam pasang baju,enam kali keluar masuk bilik
persalinan.
“Kalau orang yang pakai baju tu memang dah cantik, bertambah
cantiklah apa yang di pakai.....boleh ambil budak Linda ni jadi model kita
...kan Kak Rini ?” puji Abang Salih, ligat tangannya melipat dan memasukkan pakaian-pakaian
ke dalam dua beg plastik keras yang tertera nama butik tersebut.
Sebelum ini
sudah tiga kali Roslinda datang untuk melihat-lihat. Baru hari ini dia jadi
membeli pakaian di butik itu... itu pun sebab si Nepal mengutuknya. Lagi pun
kini Roslinda telah di beri duit poket khas untuknya dari abah dan pak su.
Lepas ini Roslinda bercadang untuk membeli t-shirt untuk Lan dan Lon...tak lupa
juga untuk Kak Tipak dan Nini...juga...Kak Tun dan beberapa orang yang sudi
menyayanginya.
“Tak payah berpuan-puan....panggil saja Auntie
Rini....nanti kalau Roslinda datang lagi auntie bagi diskaun lagi...sebab
apa,tau...auntie rasa sapa-sapa yang tengok Roslinda pakai pakaian butik auntie, mesti akan tanya
beli di mana.” Puji Puan Marini tuan punya butik.
{“Wo, jadi model, mahu pengsan si Nepal
tu,hi,hi”}..........Jadi model ni boleh dapat duit poket, best jugak ye tak?.he,he,he...tapi sebenarnya
kalau Auntie Marini dan Abang Saleh tak tolong pilih,tak
bagi tips pakaian apa yang sesuai untuk Lin pakai
...tentu Lin jadi macam
badut......tengok ni,....cantik kan,....macam nak pergi kenduri kahwin.” Ujar Roslinda sambil
membelek pakaian di tubuhnya... skirt labuh berwarna hijau lembut dengan bunga
–bunga halus berbagai warna. Di padan dengan baju putih berlengan panjang
menukar imejnya menjadi lebih manis menawan.
Di sebabkan
pakaian itu yang terakhir di cuba dan kelihatan cantik sekali, terus saja
Roslinda hendak memakainya pulang. Dia begitu teruja sekali. Entah pernah atau
tidak di buat orang ,Roslinda tak peduli...janji diri sendiri sudah berkenan.
Sudah lama dia
mengidam memiliki pakaian-pakaian cantik begini, namun apa kan daya....Keadaan
hidupnya dengan abah tidak mengizinnya menghabiskan duit hanya untuk pakaian
mewah. Lebih banyak perkara lain yang patut di utamakan. Keinginannya itu di
pendamkan di dalam hati jauh sedalam
dalamnya.
Tiba-tiba hati Roslinda terasa sayu...dia teringat
pada Kak Tipah dan Nini. Sedap –sedap saje dia di sini membeli belah pakaian
mewah macam orang kaya.....sedangkan Kak Tipah di sana bersusah payah
menggentel sebiji demi sebiji karipap, demi mengumpul setiap sen yang di
perolehi untuk meneruskan kehidupan...AAaaah...dia perlu lakukan sesuatu dengan
segera.
“Satu saje yang cacat, yang kau pakai seluar
jeans kat dalam tu, apasal...pakai skirt
saje lah , tu haa, nampak kaki seluar jeans kau tu
Linda....ish,ish,ish....lepas tu,... kasut merah tu tak sesuai langsung.” komen
Abang Saleh secara seloroh meleraikan sedikit sebak di hati Roslinda.
“Ala bang, saya datang naik basikal, lainlah kalau
saya datang naik kereta....lagi pun abah saya selalu pesan ,... orang perempuan kalau keluar bersendirian,
elok pakai seluar sebab senang hendak bertindak...kalau apa-apa terjadi , nak
berlawan boleh..nak cabut lari pun laju..he,he....lain kali kalau keadaan
sesuai saya akan pakai ikut code dressing yang abang ajar...ok?” jawab
Roslinda,tersenyum-senyum melihat Abang Saleh yang masih tidak puas hati dengan
fesyen baru Roslinda...skirt di luar,seluar jeans di dalam dengan kaki seluar
panjang dari skirt.
“Baik-baik jalan tu..lain kali datang lagi....terima
kasih.” Kata Auntie Marini selesai Roslinda membuat pembayaran.
“Kalau datang tak beli pun tak pa...datang
sembang-sembang dengan kami...boleh belajar make up dengan abang...free , tak
payah bayar tau.” Ujar Abang Saleh sambil membuka pintu untuk Roslinda.
Selepas berbalas salam Roslinda melangkah ke kedai
kasut di sebelah . Dia perlu mencari kasut yang agak sesuai di pakai dengan
pakaian yang baru di belinya. Atas nasihat jurujual yang peramah, Roslinda di
sarankan membeli kasut berwarna hitam yang boleh di pakai dengan semua warna
baju.
Akhirnya Roslinda memilih kasut kulit berwarna hitam
bertumit dua inci. Kalau boleh hendak saje dia beli yang lebih tinggi, agar dia
lebih tinggi dari si Nepal tu...kalau tak pun sama tinggi....tapi apakan
daya,...membayangkan dia jatuh tergolek di depan si Nepal, memadamkan sifatnya
yang sentiasa hendak menang bila ada kaitan dengan Mat Nepal tu.
Selesai membuat
bayaran Roslinda menjinjit barang-barang
yang baru di belinya ke basikal yang di kunci di hadapan kedai kasut tersebut.
Sedang dia menyusun barang-barang di karier yang terdapat di belakang basikal,
sebuah kereta Perdana putih berhenti tidak jauh dari Roslinda.
Seorang wanita
separuh umur keluar dari kereta, kemudian membuka pintu belakang. Seorang
kanak-kanak perempuan berumur lebih kurang sembilan atau sepuluh tahun melompat
turun, kemudian berlari masuk ke dalam butik Auntie Marini dengan ketawa riang.
Wanita separuh umur yang kelihatan anggun itu separuh menjerit, memesan agar
kanak-kanak tadi jangan berlari, sambil terkocoh-kocoh menutup pintu kereta
sebelum dia turut sama berlari-lari
anak, melangkah laju mengikut kanak-kanak tadi. Mungkin anak bongsunya atau pun
cucu,fikir Roslinda.
Seorang pemuda yang memandu kereta Perdana turut
keluar,melangkah ke butik selepas menutup pintu keretanya. Lelaki kacak yang
berkulit cerah itu sempat melemparkan senyuman dan menundukkan kepalanya ke
arah Roslinda apabila pandangan
mereka bertaut seketika secara
kebetulan.
{“Mm,
kaya,handsome tapi tak sombong pun.”} puji Roslinda dalam hati sambil membalas senyuman
dan tunduk tanda hormat kembali kepada pemuda tersebut....{“ Bukan macam si
Nepal yang berlagak tu.”} gerutu Roslinda
Pemuda itu kemudiannya
melangkah masuk ke butik Auntie Marini. Sebelum menutup pintu, sempat dia
menoleh dan merenung Roslinda beberapa ketika. Gadis itu sedang membetulkan barang-barang di belakang
basikal nya . Pintu butik ditutup kembali sebelum perbuatannya di sedari gadis
tersebut yang telah selesai membuka
kunci basikalnya yang di rantai ke palang besi yang terdapat di hadapan kedai
kasut.
Roslinda mengundurkan basikal dan mula mengayuh untuk pulang. Sebaik
menghampiri kereta Perdana tadi, Roslinda terpandang sesuatu di atas jalan tar
berhampiran pintu kereta. Roslinda segera memberhentikan basikalnya dan
mengambil barang yang tercicir, yang dia pasti kepunyaan wanita separuh umur
tadi.
Malas hendak mengunci basikal ,Roslinda menyorong
basikalnya hingga betul-betul di hadapan pintu kaca butik. Dia segera menolak
daun pintu dan berdiri menahan daun pintu dari tertutup kembali. Roslinda bukan
sahaja setakat takut kehilangan baju barunya tapi yang lebih utama sekali
ia lah basikal yang bukan miliknya itu.
Auntie Marini yang sedang berdiri menghadap pintu
menoleh memandang Roslinda, terus
menyapa
“Haa...Linda, ada tertinggal apa-apa ke ?”
“Ni..Linda dah
nak balik, tapi terjumpa dompet ni tepi kereta tu....Cik Puan punya kan?” kata
Roslinda memandang ke arah pelanggan Auntie Marini sambil tangannya menuding ke arah kereta Perdana di luar.
“Masyaallah,....betul,...tu dompet auntie lah
nak,....terima kasih, terima kasih...syukur,Alhamdulillah ....nasib baik
orang jujur macam anak ni yang
jumpa.....kalau tak....susah juga auntie nanti....dengan i.c, credit card,
bagai-bagai dalam tu.” kata mak cik anggun seraya melangkah laju mendapatkan
Roslinda di pintu.
Pemuda kacak turut di belakangnya....di ikuti Auntie
Marini.
“ Terima kasih Linda,...akak kenalkan ini... kakak
sepupu Auntie Rini,..Datin Fateha.”
“Terma kasih juga dari saya kerana tolong ibu saya.”
Ujar pemuda yang handsome dan tak sombong .....secara tak lansung
memperkenalkan dirinya sebagai anak
kepada Datin Fateha.
“Aah...tak payah datin,datin...panggil auntie
saje,...ha ni,auntie nak bagi sedikit hadiah....auntie menghargai sangat-sangat
kejujuran kamu ni.” ujar wanita anggun tadi sambil menghulurkan sekeping duit
kertas kepada Roslinda.
Bulat mata Roslinda melihat duit kertas yang di hulur
kepadanya....{“ Mak aai....sedikit tu...bukan singgit tau....,bukan lima
ringgit,bukan sepuluh ringgit,bukan lima puluh atau seratus ringgit...tapi
seribu ringgit.”}
“Ala ...Datin..er..auntie,...banyak nye sikit auntie ni,....tak payah bagi-bagi hadiah
le...saya dah besar ni,..kalau kat kampong saya, orang belanja minum saje,....
“Haa kalau macam tu,jom auntie belanja makan sekali.”
Potong Datin Fateha.
“Lain kali saje lah auntie...abah tengah tunggu saya
...lambat balik nanti tentu dia risau.” Roslinda menolah lembut.
“Lain kali ....bila pula nak dapat jumpa...jom lah.”
Beriya-ria Datin Fateha pelawa.
“Macam ni lah Datin,er..auntie, besok-besok kalau buat
kenduri jemputlah saya...dapat makan free banyak-banyak.” Roslinda berseloroh.
“Oh, ok,...bagus juga tu,dapat berkenalan dan berbual
panjang dengan kamu.” Ujar Datin Fatiha tersenyum-senyum. Dalam kepala sudah
merangka agenda seterusnya, kerana tertarik dengan gadis di hadapannya itu.
“Haah, Kak Teh.....Linda selalu datang sini.....nanti
ada je kenduri Rini akan bawa dia...jangan lari, tak nak ikut pulak...Auntie
Rini ikat je bawa sekali.” Kata Marini tergelak-gelak.
“Kalau nak tolong ikat...Abang Saleh boleh je,..pas tu
kena ikut sekali pergi kenduri...upah lah katakan,ha,ha,ha.” Sampuk Abang
Saleh. Semua turut tertawa mendengar kata-kata Abang Saleh.
“Insyaallah...Saya balik dulu...jumpa lagi
,assalamualaikum semua.” Roslinda meminta diri.
Semua melihat Roslinda berlalu,sama-sama
berbalas-balas lambaian.
“Kak Teh tetiba je berkenan betul dengan budak perempuan tu...cantik pun cantik, putih
melepak...mata dengan rambut dia tu
macam betul....anak kacukan ke?” soal Datin Fateha kepada Marini dan Saleh yang
sama-sama berjalan beriringan ke kaunter semula. Dia sempat mengerling melihat
anak mudanya yang masih berdiri tegak di
muka pintu memandang keluar butik.
“Rini pun dari pertama kali jumpa dah berkenan nak
buat menantu...nak plan temukan dengan Fahmi....umur pun sesuai sama baya.”
Tetiba Marini rasa dia kena cepat-cepat booking....lebih-lebih lagi bila
melihat gelagat anak teruna Kak Teh yang asyik sekali merenung Roslinda.
“La...ingat Saleh yang nak booking dulu....dah siap
panggil Abang Saleh pun”......Saleh melawak agar Datin Fateha tidak terasa
dengan kata-kata Marini yang berbau saingan.
“Mata coklat,rambut perang tu dia kata turun dari tok
dia, orang New Zealand, ..nenek orang Thailand...tapi tak pernah jumpa..Linda
kata arwah mak dia sebiji macam orang putih.....sampai kat dia dah cair,tinggal
sikit..pandai bergurau budak tu.” Cerita Saleh dengan bangga kerana ada
pendengar yang begitu berminat mendengar dia bercerita apa yang dia tahu tentang Roslinda,..gadis yang
baru terpilih masuk carta sahabatnya.
“Tak pa...tak dapat jadi menantu..dapat buat anak
angkat pun auntie dah besar hati,Saleh.....bukan senang nak dapat menantu yang
cantik dan baik zaman sekarang ni.” ujar Datin Fateha.
“Sapa yang nak bermenantu ni, Ibu ?” tetiba soalan
yang begitu ceria menyampuk dari belakang.
Datin Fatiha, Marini dan Saleh berpandangan. Nampak
gayanya kenalah Datin Fatiha beri penerangan tertutup pada anak terunanya kelak.
_ _ _ _ _ _ _
TOK,TOK,TOK...”..Assalamualaikum.” ceria saja
suara Shafik.
“Masuk” suara Saif acuh tak acuh....sedia maklum suara
sahabatnya....siapa lagi kalau bukan Shafik yang akan mencarinya jika Saif
tidak turun makan tengahari.
“Waalaikummussalam.....hai, apasal aku kena jawab
salam sendiri... .. hei,ape kena kau ni....nampak tak ceria saje aku
tengok.....turun makan pun tidak,.....eh, Mek Siam bagi kau makan apa pagi tadi
?” soal Shafik. matanya merenung wajah Saif yang muram macam orang sedang senak perut. Shafik
duduk di kerusi mengadap Saif.
“Mek Siam challenge kau makan mee goreng lagi ke.....
muka punya le tak masam....kau sakit perut ke ?” soal Shafik penuh
prihatin....macam zaman sama-sama duduk asrama. Shafik jaga Saif, Saif jaga
Shafik.
“Tak ada lah.” Sepatah saja jawapan dari Saif.
“Oh,....kau tak sarapan le....kenapa ?,...Mak Cik Yam
tak ada ke ?,....habis Mek Siam tak tau masak
ke ?.” Shafik
bertanya bertubi-tubi. Geram bila Saif buat pekak dan buat bisu. Shafik pula terlupa yang Saif dah besar
bapak orang , macam tak tau jaga diri sendiri.
“Aku bawa kau pergi klinik nak tak ?......atau aku
turun beli makanan untuk kau....makan sikit....baru kita gi klinik...” Shafik
bangun untuk ke kantin.
“HISH....dah,dah,. Apalah kau ni..aku tak sakit perut
lah,aku memang tak sarapan kat rumah
......aku tak balik rumah dua hari dah....aku duduk kat rumah mama aku je.”
kata Saif,...mmm,memang kena cerita nampak nya...sebab mana lagi tempat dia nak
mengadu.
“Aaik,....macam budak lari rumah aje aku
dengar,......atau kau...kau...kau.....” Shafik merenung tajam wajah Saif yang macho ....macam tak berapa sesuai
je nak sebut.
“Haa’aah....aku MERAJUK!” keluh Saif campur
geram....memang dia tahu Shafik nak kata begitu.
“KAH,KAH,KAH...wooit,wooit...KAH,KAH,KAH.”
Shafik ketawa berdekah-dekah...sampai tertunduk-tunduk kepalanya ke meja Saif,...tak cukup itu saje...
kedua-dua tangannya menepuk-nepuk meja Saif.
Saif berpeluk tubuh, menyandar ke kerusi empuknya, sambil merenung tajam melihat sahabat baiknya
mentertawakannya. Biar lah meja nya jadi mangsa. Kalau gelak tak sedar diri sampai TER telentang ke belakang dengan
kerusi-kerusi sekali....itu lebih bahaya,sengaja nak menempah maut, gerutu hati
Saif. Geram-geram pun, dia tetap sayang pada Shafik yang masih tak habis-habis
lagi ketawa.
“Sorry,sorry,....aku ..kah,kah,kah....aku geli hati
sungguh....kah,kah,kah.. ..aku tak percaya kau nak mengaku...kah,kah,kah.....aku
nak terkucil ni...aku nak gi toilet sekejap.” kata Shafik , lalu keluar menuju
ke tandas yang berhampiran. Saif
mengetap gigi mendengar ketawa Shafik yang tak surut-surut mengiringinya ke tandas.
“Sewel.” Kata Saif geram... terkeluar perkataan yang
selalu di tuju khas buat dirinya dari Mek Siam.
{“Hish macam mana nak cerita kat Shafik ni..mesti kena
kutuk habis...tapi tak cakap pun susah.”} keluh Saif. Semalam mamanya juga
merenungnya semacam. Nasib baik tak terkeluar soalan cepumas dari mama. Kalau
dia muka tak malu, rasa macam nak tanya aje kat mama pasal perangai perempuan
yang dia tak faham ni...lebih-lebih lagi perempuan yang satu
ini...{“menyusahkan aku saje Mek Siam ni”}
Kluk,kluk,kluk...jari Shafik bergendang di meja Saif...mematikan
lamunannya.
“Aku dah duduk kat sini dua minit tiga saat, tapi kau
melamun ingat siapa yek ? Mek Siam ye ?” soal Shafik berbaur sindiran.
“Eh kejapnya kau pergi.” Soal Saif kembali...soalan
Shafik tidak di endahkan.
“Aku pergi ..pass motion , pass water, hi,hi... what
ever......bukan nye pass away....kan aku dah cakap, aku pergi kejap, bukan nya
pergi tak kembali lagi....kah,kah,kah...” jawab Shafik dengan ketawa yang masih
bersisa....tak habis buang di tandas tadi..agaknya.
“Kalau kau tak habis ketawa lagi, baik kau balik dulu
..tahun depan baru datang jumpa aku, aku cerita...aku banyak kerja ni.” kata
Saif. Muka Saif masam mencuka...dan kelat macam putik buah.., buah ...eh,..buah
apa yang kelat ye ?.....pisang kelat kot.
“Eh,..dengan aku sekali kau nak merajuk ke ?...ok,
kali ni aku tak ketawa dah,buat sakit perut aku saje....ingat kau yang sakit
perut...tapi aku pulak terjangkit..hi,hi,hi.” Ujar Shafik yang termungkir
janji.
Ia lah,
tergelak adalah satu perbuatan yang tidak dapat dikawal,bukan
saje-saje... {“ di sekolah dulu cik gu
kata penambahan ..TER..itu..membawa
maksud, tidak sengaja.’}....jadi nak buat macam manakan.
Saif merenung Shafik seketika , tak tahu macam mana
nak mulakan cerita. Shafik mengetap giginya menahan ketawa. Dia hendak sangat
sangat tahu apa yang menyebabkan Saif..the most wanted bachelor di depannya ini
merajuk macam perempuan.{ Kak,kah,kah....gelak balik rumah karang aje lah..}. Shafik berkata dalam hatinya.
“Ayah aku dengan abah Mek Siam nak kitorang
kahwin....jadi..aku...
“KAHWIN!!!!......habis kau macam.....
“Wei,..pelan le sikit,...kau nak buat siaran lansung
ke ?.....tak pasal-pasal, heboh satu dunia.” Bebel Saif.
“Ok,ok....aku diam...kau cerita lah.” pohon Shafik tak
sabar-sabar hendak mendengar... news of the year itu.
“Jadi aku ajak
Mek Siam jadi girlfriend aku....
“Girlfriend ?”
“Girlfriend, kekasih, mak we, awek, buah hati ...semua tu lah.”
“Tentu dia melompat
tak lepas peluang.....siapa tak nak buah hati macam hero bollywood
....kalau aku perempuan, aku pun nak “ Jawap Shafik dengan merapunya.
“Dia tak ndak....” keluh Saif.
“HUH ,.....jadi....KAH,KAH,KAH....oh,ooh....jadi,sebab
itulah kau merajuk ?” Shafik mula bergendang di meja semula. Saif menjegilkan
matanya,....Shafik beransur tenang.
“Dia tak ndak jadi girlfriend kau..mmm....mungkin dia
nak jadi tunang kot....cuba kau pujuk mek tu jadi tunang kau..mungkin dia ndak
....tapi ...kalau tak ndak jugak...kau kena ajak jadi isteri kau lah
pulak...camna...idea aku tu.”saran Shafik.
“Hish....aku cuma ajak dia pura-pura je....bukan
betul-betul, tak lah sampai bab kahwin ....itu dah tak boleh pura-pura...sampai
melibatkan tok kadi....takut aku.” Saif menerangkan rancangannya secara ringkas
pada Shafik.
“Kau ajak-ajak ayam je lah ni...padan le mek tu tak
setuju le...cuba kau terang betul-betul...sebab dan musabab....lepas tu cuba
ambil hati dia...cakap elok-elok..pas tu beri tahu dia, beberapa kelebihan yang
akan dia dapat kalau dia setuju jadi girlfriend kau..pas tu...cuba beri hadiah
untuk ambil hati mek tu...pas tu....
“ Wei banyak le kau punya pas tu, pas tu....Aku dah
cuba cakap elok-elok, panjang lebar aku bagi penerangan, aku punya susun
ayat,...beberapa hari aku karang...buang air liur aku saje,......tak sempat aku
tarik napas, terus je dia cakap...tak ndak......sakitnya hati
aku......sekurang-sekurangnya,...cakap le akan fikir dulu ke...pertimbangkan
beberapa waktu ke...ini tak....terus tolak...aku...
“Kau buat apa lepas tu.” potong Shafik...malas nak tunggu cerita long cut dari
Shafik.
“Tak cakap apa-apa....aku diam saje....sebab bengang
sangat....rasa nak cekik-cekik je budak kecik tu.”
“Lepas tu kau tak cuba cakap lagi kat mek tu ?...tak
pujuk lagi ?”Shafik membuat kaji selidik...nak tolong member,kenalah tahu lebih
jelas duduk perkara.
“Aku tak cakap apa-apa.....aku tak jumpa dia
lagi....sebab...lepas hantar mek tu balik ....aku terus ke rumah mama.”
“Jadi kau merajuk sampai sekarang ni
lah.....kik,kik,kik....aku tak tau lah nak nasihat kau macam
mana....ha,ha,ha,......sebab kau tak pernah merajuk sebelum ini, jadi aku tak ada
pengalaman.....hi,hi,hi....jadi.....apa yang aku boleh buat sekarang,.... ia
lah jumpa dengan Mek Siam kau tu.....boleh cuba nasihat ke,... tolong
cakap,terang elok-elok.”
“ Wei bro,...kau ingat aku tak cakap elok-elok kat dia
ke ?,...Malas lah aku nak cakap dengan dia lagi,...buang masa aku saje.”
“Habis kau nak merajuk... hi,hi,hi,...lagi le,...sampai bila ?”
“Aku tak ndak ambil tahu hal dia lagi.....nanti bila
abah dia gesa kitorang kahwin, aku nak jual mahal.
....sekarang
tutup cerita....kau jangan sebut nama dia lagi.”
“ OK,fine,fine...Aku
sebenarnya....aku...ada...er...”.tersekat-sekat Shafik hendak bercerita hal
berita dirinya yang sedang ‘bergumbira’. Almaklum lah Saif sedang berdukacita....ada
ke sesuai nak story.
“Ape ?” bentak Saif . Muka masam mencuka tapi tetap
handsome macam selalu.
“KAH,KAH,KAh......sorry...aku tak tahan nak ketawa
ni.....kau tak pernah sedih-sedih macam
ni....kik,kik,kik...betul,betul.. tutup dulu cerita sedih kau ni...aku ada
cerita best.”
“Kalau sedih ...kau boleh ketawa pulak....ok
lah....ape cite kau...dua hari ambil cuti.” Saif mengubah tajuk...tak suka jadi
bahan ketawa Shafik lagi.
“Aku kan sekali sekala bawa ibu aku check up kesihatan
dia kat KPJ Hospital....kali ni terus bawa dia melawat saudara mara dia...ikut
je mana ibu teringin nak jalan.....rupa-rupanya jadi anak yang taat ni,..di
dunia lagi Allah bagi hadiah.....aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertama.”
Kata Shafik dengan teruja.
“Nonsense ! ....aku tak percaya lah benda-benda macam
tu.” Kata Saif acuh tak acuh, sambil bermain-main dengan pennya.....layan aje
le angin Shafik ni getus hatinya.
“Aku bawa ibu pergi butik adik sepupu dia kat Kota
View Hight section 14, dekat area rumah kau tu.” kata Shafik beriya.
“Mmm “ sejuk je jawapan dari Saif macam nasi sejuk
semalam. Layan tak layan je.
“Kami terjumpa sorang budak perempuan tu...aku tak
tahu macam mana aku boleh jadi bodoh...sampai...
“Memang bodoh lah, kalau senang-senang nak jatuh
cinta...entah macam mana perangai pun kita tak tahu...belum tentu...
“Wei, aku tak habis cakap lagi,....aku jadi bodoh
sebab terpesona hingga terkedu tak terkata ape-ape.....malu pun ia.....nak
tanye nama ke, alamat ke, minta nombor talipon ke.....hish, menyesal sungguh.”
“Elok lah tu...jangan mudah terpedaya .” kata Saif
tanpa perasaan.
“Nak tanya kat sepupu ibu tu aku malu,.....tapi yang
tak best tu....sepupu ibu tu pun sebuk juga nak padankan pujaan hati aku tu
dengan anaknya yang tengah belajar tak habis lagi tu.”
“Perempuan pun nak rebut...berlambak di
pasaran...cheap sale pun banyak....free, lagi bersepah-sepah.” Rungut Saif.
“Hei,..yang ini limited adition....special,...aku
tabik kat ibu aku....dia bagi aku kata-kata peransang....it’s a fair war
in the game of love,...the best man will
win..kata-kata ibu, bagi aku semangat,...aku masih terbayang-bayang wajah gadis
tu.....the next day aku gi tunggu dekat butik Auntie Marini.. tu yang tambah
cuti lagi sehari....tapi sayang, budak tu tak datang....tak ape kalau ada
jodoh, tak kemana...ibu janji nak tolong..itu yang buat aku seronok sangat.”
“Macam tak pernah tengok perempuan cantiklah kau ni.” kutuk Saif.
“Cantik luar,cantik dalam, cantik sana sini”
“Kacak luar,kacak dalam,aku pun kacak sekali”
Shafik menyanyi lagu kegemaran muda mudi sekarang
dengan tersengih-sengih.
“Kau tau ...mata dia coklat,mmm,rambutnya
perang...terjumpa masa dia nak naik mountain bike dia gi...
Tubuh Saif tercacak tegak duduk dari menyandarnya.
“Mountain bike merah ke ?” soal Saif spontan. Hatinya
tetiba tidak keruan.
Shafik geleng kepala. Saif sedikit lega.
“Kuning.”jawab Shafik. Terlerai lega Saif mengingatkan
basikal mountain bike ayahnya.
“Dia pakai seluar jeans ke ?” soal Saif lagi.
Shafik geleng lagi. Saif sedikit lega...tak...hanya
suku lega.
“Skirt...tapi pelik ..jeans pun dia pakai...tapi dia
pakai ape pun aku tak kisah...janji hati aku dah berkenan..ibu pun dah berkenan,senang kerja aku.”
Saif mengaru-garu kepalanya yang tetiba terasa gatal
menyebabkan rambutnya sedikit berselirat....
Tapi mengenangkan penyataan mata coklat dan rambut perang tu menyebabkan
hatinya menjadi ‘gundah gulana.’
“Namanya kau tak tahu ke ?” Soal Saif tak senang
duduk...seolah olah kerusi empuknya tetiba menjadi panas.
“Di butik tu aku dengar diorang panggil..Linda.”
Jantung Saif bagai nak luruh...bukannya ape...mmm,
sebenarnya dia pun tak faham kenapa ada perasaan geram di hati.
[“Eh, betul ke
dia ni....Roslinda... Ros boleh...Lin boleh...eh Linda pun boleh...eh,eh dia ke
?..orang lain kot.”} Saif tercongak-congak di kepalanya.
“Mmm...lunch time dah tamat, kau tak de kerja ke ?
....aku sebuk ni.” Saif melihat jam di dinding biliknya.
Sebaik Shafik hilang di sebalik pintu biliknya, Saif
menupang dagu....tak de sibuk pun....fikiran
dia
saje yang agak sibuk.
_ _ _ _ _ _
Saif menyuap satu, satu suapan roti yang di
carik-cariknya ke mulut. Macam orang sakit , tak ada selera makan. ..tapi
telinganya aktif memasang deria mendengar perbualan ayah dan abah Mek Siam, walau
pun pura-pura tak kisah.
“Kamu sakit ke ?” pertanyaan Abdullah menyebabkan Saif
tersentak kembali ke alam nyata. Abdullah sedikit risau bila melihat akan
hal Saif yang terkulat-kulat merenung
sarapan di hadapannya.
“Oh,
er,...sakit tekak...” itu saje alasan yang sesuai buat masa itu.
“Dah pergi klinik ke ?...nak ayah temankan pun ,
boleh...nak ajak Pak Saman,...dia tak ada.” Ujar Abdullah.
Saif hanya menggeleng-gelengkan kepala,....”Sikit je
ayah.”
“Pak Saman ke mana?” soal Shafik, sekadar berbasa
basi.
“Hantar Roslinda balik kampong.” Jawab Abdullah. Abah
Mek Siam makan dengan tenang saje gayanya....Tapi Saif seperti hendak melompat
terkejut.....nasib baik kaki tangannya masih kuat tenaga cengkaman... macam
iklan tayar kereta dalam tv. Kenapa dia selalu jadi orang terakhir dapat tahu
peristiwa yang terjadi dalam rumah itu....nak kecik hati pun,..sapa peduli.
“ Esok lusa balik le tu....si Lan...Roslan, kawan dia
talifon semalam...ada hal sikit.” Kata –kata Pak Long Man melegakan sedikit
ribut di hati Saif,....sikit saje,..sebab nama Roslan yang agak sepadan dengan
nama Roslinda merimaskan hati Saif kembali.
“Lon pun ada jugak telefon....mmm...kawan sorang lagi
...nama Osman ....tapi sebab kecik-kecik dulu badannya berisi...kawan-kawan
gelar belon...tu yang lekat Man Belon....Roslinda tak suka ....Ros suruh
kawan-kawan panggil Lon saje,...kalau
sape-sape terpanggil Man Belon, Ros akan sepak je orang tu....selalu orang
datang komplin kat pak long.....kalau saje-saje ejek ..lagi dasyat...Roslinda dan
Roslan akan belasah orang tu....tu yang dia nak belajar taek-wan-do
sangat-sangat...sampai dapat tali pinggang hitam.....yang ini lagi banyak
komplin....tapi sekarang dah elok...hi,hi,hi.” Pak Loang Man ketawa kecil.
Abdullah ketawa besar, seronok mendengar
cerita anak buah yang brutal sorang ni kot.
Saif sedikit pun tak rasa lawak..{“ Berapa banyak
boyfriend Mek Siam ni ?”}...geram di hatinya membutakan minda....sedangkan dia
sah-sah hanya mendengar nama Roslan dan Man Belon saje yang di sebut pak long.
...kalau tanya budak tadika pada waktu
ini,...budak tu sahih malas nak tolong jawap.
Saif merasa hendak marah , kes cerita Shafik pun belum
selesai, datang pula cerita balik kampong sebab boyfriend-boyfriend
telifon.....tapi tak tahu nak marah kepada siapa...akhirnya pada Roslinda juga
amarahnya di tujukan....{“Padan le tak mahu jadi girlfriend aku....pada hal
pura-pura saja....boyfriend keliling pinggang...tak pe,tak pe....tahu le aku
nak ajar Mek Siam ni, macam mana.}
Subscribe to:
Posts (Atom)