Penat buat baik je....tak bersambut. Hari tu
pun macam tu jugak. Masuk ini dah dua kali. Lain kali jangan harap Mizan nak
fikir-fikir pasal budak tu lagi. Geram yang datang tak payah dijemput.
Yuhanis
keluarkah?.. atau masih bertapa? Perlukah Mizan memanggil gadis itu untuk
jemput makan?.....eeeeeii, apasal dia
tetiba nak ambil pot pasal budak tu? Lantak dialah. Bukankah selama ini, pandai
je budak tu nak hidup? Siap beragar-agar bagai. Siap berpuding lagi. Sampai ane
dan aci, jiran depan rumah pun dah terhutang budi. Nasib baik Thanalingam a/l
Muthusamy tak masuk meminang. HAH !
Mizan
beredar ke ruang tamu. Dah siap pasang badan tapi tetiba je rasa malas pulak
nak keluar. Hati sedang geram, tak sedar jiwa kacau meragam. Remote TV dicapai.
Tekan ajelah...tengok saja apa yang keluar.
Drama Melayu muncul di kaca TV . Layan saja.
Rasa bosan bertamu bila menonton babak suami isteri bergaduh....agak-agak kalau
tak ada adegan gaduh, tak jadi drama kot...bebel Mizan. Mizan jegilkan mata
melihat jugak. Itu dah kira habis bosan tahap gaban. Tengok je sapa yang kena
makan penampar. Si suami dera isteri ke atau si isteri dera suami?
Terjerit-jerit sang isteri menjawab amarah dan
maki hamun si suami.Macam dah biasa je. Hari-hari ada saje drama macam ni.
Jemu.Begini ke rumah tangga orang Melayu?....Ya Allah, Mizan terlupa,
rumahtangganya pun berakhir seperti dalam drama. Rasa serik nak kahwin tapi
terkahwin juga. Budak tulah punya pasal.
Tiba-tiba
Mizan ternampak ada seseorang berdiri di luar pagar di hadapan rumahnya. Siapa
ye ?...Budak tulah! Yuhanis?
Aaik!...keluar rupanya minah ni. Bila masa pulak minah tu keluar? Ingat
baik sangat berkurung dua puluh empat jam dalam bilik.
Tiba-tiba teringin pula Mizan melihat reaksi
Yuhanis bertembung empat mata dengannya. Hari tu melarikan diri. Takut betul
budak ni nak jumpa aku. Macamlah aku ni jahat sangat, bebel Mizan.....Tak apa,
tak apa. Kalau aku usik, macam mana ye?Eemm,... menarik. Tentu menarik. ..kalau
buat drama, part ni pasti menarik.
Macam
orang yang tak ada kerja Mizan menunggu dengan sabar. Menunggu apa reaksi
Yuhanis jika Mizan tetap di tempatnya, duduk di ruang tamu. Mizan tak akan
berganjak dari sofa itu. Mata Mizan memerhati Yuhanis yang masih teragak-agak
nak masuk ke rumah. Masih terkial-kial di luar pagar.
‘Kalau
Yuhanis tak masuk juga...bagaimana?...Tak kan budak tu nak duduk di luar sampai
malam....Lambat laun tentu dia kena masuk jugak.’
‘Kalau
Yuhanis masuk, aku nak buat apa ye?...Nak jerkah?...nak marah?..eeh, gila apa
nak marah-marah....bukan urusan aku pun.’
‘Kalau
Yuhanis tegur dia, apa aku patut buat?...buat tak tau?....atau jawab dan cakap
baik-baik....eeeh, aku tak nak buat baik, nanti orang naik kepala. Dia dah
serik...Mizan tak mahu pisang berbuah dua kali.’
RING,RING,RIIINNGGG....
Mizan
mencapai telefon bimbitnya dari poket seluar. Matanya masih memerhati Yuhanis
di luar pagar.
‘Bilalah budak ni nak masuk’ gerutu hati Mizan sambil menekan
butang hijau dengan malas tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“Hello..”kata
Mizan acuh tak acuh dengan mata mamandang tajam ke arah Yuhanis yang sedang
mendekati pintu pagar.
“Hello
to you too ....assalamualaikum abang.” Kedengaran suara seseorang di talian.
Mizan
terpacak tegak tiba-tiba dari sofa. Mizan nampak Yuhanis sudah melangkah ke
halaman rumah!
Telinga di sana, mata di sini.
Mizan
terkedu....Mizan tak terkata...salam pun Mizan tak terjawab.’ Masih pandai bagi
salam...emm, baguslah.’...itu yang terdetik di hati Mizan. Mizan sempat melihat
Yuhanis menutup pintu pagar. Siap kunci mangga lagi.
“Abang
Mizan...ini Suraya lah.” Kedengaran lembut dan manja suara bekas isterinya.
Perhatian Mizan tertumpu pada Yuhanis yang sudah berada di hadapan pintu rumah.
Tengah buka kasut.
“Yes
?....so what ?”tanya Mizan, hambar... tiada minat. Mata Mizan masih terarah
kepada Yuhanis yang sedang menjinjit kasutnya pula sekarang...sambil ...
RING,RING,RIINNNGGG....telefon Yuhanis pula
berbunyi kali ini.
Yuhanis menggagau telefon bimbitnya dari beg
galas. Sambil menjawab telefon Yuhanis melangkah masuk ke rumah. ‘The Rock’
juga kelihatan sedang bercakap di telefonnya. Yuhanis mengambil peluang ini
untuk melarikan diri masuk ke biliknya...tapi tak delah nak lari betul-betul.
Yuhanis cuba berlagak biasa.
“Waalaikummussalam...emm,
Hani sihat...terima kasih.” Yuhanis terpaksa menjawab salam yang diberi sambil
melangkah ke ruang tamu. Terpaksa pula melintas di hadapan ‘The Rock’. Di sana
terpaksa, di sini pun terpaksa....aeei, entah hapa-hapa..bebel Yuhanis, dalam
hati.
Kalau tak jawab,nanti Abang Nizam akan berasa
hati. Selalu Abang Nizam akan kata..”Abang Mizan tak bagi kita cakap ye?....So...Yuhanis cuba mendengar
apa cerita Abang Nizam hari ni..... Yuhanis ambil peluang buat-buat sibuk.
Sibuk cakap di telefon. Buat-buat tak nampak ‘The Rock’ sebab sibuk.
‘Alhamdulillah...Syukur’...bisik
hati Yuhanis pada rencana Allah. Tak sempat jadi halimunan pun tak apa.
‘The
Rock’ juga sedang sibuk. Atau pura-pura sibuk kerana nak mengelak dari bertegur
sapa dengannya.
Baguslah...Tak payahlah Yuhanis nak ber’hai-hai’ dengan ‘The
Rock’. Penat pikir je tadi....berdebar tak menentu.
“Abang..Su
nak jumpa abang...dah lama betul kita tak jumpa...abang tak rindu ke pada
Su..Su rindu pada ab.....”kedengaran suara Suraya seperti waktu mereka
mula-mula berkenalan dahulu. Lembut dan menggoda....tapi Mizan dah tak dengar.
Mata Mizan merenung Yuhanis yang sudah berada di hadapannya.
Hati Mizan
berbulu.
Sikit
pun Yuhanis tak pandang Mizan .
Sikit
pun Yuhanis tak tegur Mizan.
Macamlah
sibuk sangat...Sedang ralit mendengar perbualan di talian aje pun. Tiba-tiba
Mizan teringat..... NIZAM !!!!
“Sorry..aku
BUSY sekarang!...DON’T YOU EVER CALL me AGAIN!!!” Jerit Mizan tiba-tiba. Tetiba
je naik hantu. Hantu apa yang sampuk, entahlah.
“OPOCOT, MONYET KAU !”...terpancut latah dari mulut
Yuhanis. Yuhanis terkejut sangat-sangat... sampai terlatah macam mak nenek.
Sampai terangkat kepala Yuhanis memandang Mizan di hadapannya.
Punyalah dari
tadi menunduk.
Nak
mengelak sangat dari memandang ....kini bulat mata Yuhanis memandang Mizan.
‘Bukan salah dia...siapa suruh jerit...kan dah kena panggil monyet’..Yuhanis
menggigit bibir...
Mizan
turut terkejut mendengar ‘MONYET KAU’...dan dan tertoleh menatap muka Yuhanis.
Mata
Mizan dan Yuhanis perpandangan. Kelu lidah kedua-duanya.
‘Melatah
minah ni rupanya.’...mata Mizan tajam menatap riak wajah Yuhanis....’atau
sengaja ambil peluang nak kenakan aku’.
‘Garang
betullah ‘The Rock’ ni’...bulat mata Yuhanis menatap wajah Mizan, mencari kesan
latahnya...’aaiik, nak kena jerit lagi ke?’
Hanya
hati masing-masing yang berbicara....mengutuk sebenarnya.
“HANI...Hani...kenapa
ni? apa yang terjadi kat sana tu...HANI?” suara di talian kerisauan.
“Ops,
sorry...tak ada apa-apa...apa?...monyet?....er..monyet ni..eh, bukan,
bukan...maksud Hani.....” Hani melangkah laju ke biliknya. Muka rasa panas. Jantung berdebak debuk.
Jangan dia tersampuk dengan hantu di luar tu, sudah...keluh Hani. Nak jawab apa
kat Abang Nizam ni ye?....ADA MONYET....ha,ha,ha.
*
* * * * * * * * *
Mizan
melempar telefonnya ke atas katil. Hati Mizan tengah bengang. Bengang ganda
dua. Perempuan !!! Mizan menghenyakan punggungnya di birai katil. Rambutnya
yang sudah disikat kemas disugun-sugun...dah jadi macam rambut rakyat kat
Tanjung Rambutan.
Mizan
meraup kedua-dua tangannya ke muka. AAAAAAHHHHH !!!!
Mizan
tak faham mengapa dia begini. Rasa begini. Berperasaan begini tiba-tiba.
Adakah
kerana Suraya ?...Oh tidak...NO, NO and NO.... sudah lama nama itu dibuang dari
kotak memorinya.Perempuan seperti Suraya bukan stock untuk dibuat isteri. Kalau
masa boleh diputar kembali...Mizan tak hingin mengenali perempuan jenis Suraya.
Kalau
bukan Suraya, siapa ?
Budak
tu...Yuhanis ?
HUH
!...Tak ada maknanya....lagi pun, apake halnya Mizan nak naik angin pasal minah
tu.
Sebab
Yuhanis isterinya ?
Aah...bukan
Mizan yang nak kahwin pun dengan minah tu.
Habis
tu kenapa Mizan begitu, naik angin macam disampuk hantu. Tak suka Yuhanis
almaklum dah tentu,
jadi tak kanlah nak kata cemburu.
CEMBURU
???
Tetiba
perkataan keramat itu terlintas di kepala Mizan. Mizan mencebik.
NO...titik....fullstop.
*
* * * * * * * * * *
Usai
sembahyang Subuh Yuhanis membaca Quran seperti biasa. Cuma hari ni Yuhanis
hanya baca tiga baris ayat sahaja. Yuhanis harus bersegera. Yuhanis perlu
keluar sebelum hari menjadi cerah.
Yuhanis
siap berpakaian seperti dia hendak pergi berjoging saja gayanya. T-shirt dan
seluar trek. Beg sandangnya tak perlu dibawa. Biar nampak real...Cuma bawa
purse kecil yang disimpan dalam kocek seluarnya.
Yuhanis
pasti ‘The Rock’ masih di biliknya. Gelap gelita seluruh dapur dan ruang tamu.
Terhendap-hendap, terjingkit-jingkit Yuhanis melangkah keluar. Nak kunci pintu
pun jenuh Yuhanis berdoa agar tiada sebarang bunyi. Lepas satu bab.
Bab kedua tentulah pintu pagar.
Terdongak-dongak Yuhanis mengendap dan meninjau bilik di tingkat atas
bertentang dengan pintu pagar. Sambil membuka kunci Yuhanis mengetap gigi
menahan debar.
‘Janganlah
‘The Rock’ bangun menjengah ke bawah ni.’...doa Yuhanis....tapi, kalau terjadi
jugak...nak kata apa ?’
‘Hai...I
nak pergi jogging.’.....mmm, yelah tu. Jangan-jangan mencicit lari.
*
* * * * * * * * *
“Wah
! Bestnya Kak Hani !” jerit Sara sambil terlompat-lompat gembira.
“
Yes,yes...bestnya...Kita nak pergi mana Kak Hani ?”Suri tersengih sambil memaut
lengan Yuhanis. Tak sabar nak tahu jawapannya.
“Cakap
saja, Sara dengan Suri nak pergi mana...Kak Hani ikut saja.” Ujar Yuhanis.
“WUUI
...Sara ngan Suri yang nak bawa Kak Hani pergi jalan jalan rupanya...bunyi macam
Kak Hani nak ikut je tu.....Ini sapa bawa sapa, sebenarnya ?”Tanya Yusri
selamba. Memang dia ni mat selamba.
Sara,
Suri dan Yuhanis sudah ketawa-ketawa. Yusri buat-buat makan macam dah setahun
kelaparan. Mulut Yusri penuh dengan mee goreng...maka sudah tentu Yusri tak
boleh nak gelak. Sibuk mengunyah sambil
menyembunyikan sengihan.
“Betul...abang
tak mau ikut ni ?” tanya Suri.
“Abang
kena kerja....abang kena ganti Kak Timah hari ni, Kak Timah nak ambil cuti
belah petang....lain kali abang ikut, Ok... Sara dengan Suri pergi bersiap, Kak
Hani boleh sarapan ...boleh teman abang makan sekejap....nanti jangan
nakal-nakal tau, dengar cakap Kak Hani.” Pesan Yusri kepada adik-adiknya.
Yuhanis
dan Yusri berbalas senyum melihat Sara dan Suri serentak bergegas ke bilik
mereka tanpa bertangguh-tangguh. Riuh suara mereka berbincang berdua sampai ke
bilik.
“Yusri,
Kak Hani dah siap bekal mee goreng untuk bawak pergi kerja...boleh buat makan
tengahari....akak buh lebih ni, nanti boleh bagi Kak Timah dengan kawannya sorang
lagi tu rasa.” Kata Yuhanis sambil duduk di meja makan di hadapan Yusri. Bekal
yang sudah dimasukkan ke dalam beg plastik diletakkan di tepi meja.
“Kak
Hani, Yusri nak uc....
“Kalau
Yusri cakap lagi sekali terima kasih kat akak....Kak Hani nak balik sekarang
jugak.”
“Apalah
Kak Hani ni, orang cakap terima kasih pun nak merajuk sampai nak balik
pulak...kang Yusri merajuk jugak, hah...baru Yusri pun boleh ikut akak balik
sekali...hi,hi,hi.”
Yuhanis
tergelak mendengar kata-kata Yusri...ada-ada saje si Yusri ni. Tak kering gusi
Yuhanis bila bersama Yusri.
“Eh,
Kak Hani...semalamkan abang handsome yang nak ngorat akak hari tu kan, datang tanya pasal akak lagi
tau....pandai pulak tu, bisik-bisik kat Yusri...katanya tak mahu orang lain
tahu...macam-macam dia tanya kat Yusri...sapa nama penuh akak, berapa umur Kak
Hani...tinggal kat mana, ada alamat tak...dah ada yang punya tak, dah tunang
ke, dah kahwin ke belum...entah macam-macam lagi.”
“Ala
Yusri, cakap aje Kak Hani dah kahwin...senang, habis cerita.”
“Buat
apa nak tipu kak ? Abang ni baik tau, sudahlah handsome, kaya pulak
tu...janganlah lepaskan peluang ni.....zaman sekarang bukan senang nak cari
calon suami yang ada ‘complete package’, kak.”
“
Apalah Yusri ni...Kak Hani kata Kak Hani dah kahwin, tak nak percaya
pulak...tapi selalu je tanya akak dah kahwin ke belum,dah kahwin ke
belum....mmm, tak percaya ...sudah...tapi untuk pengetahuan Yusri...handsome
belum tentu baik...kaya pun belum tentu ihklas...yang penting...perkahwinan
adalah untuk seumur hidup, perlu ada cinta dan kesefahaman, hormat
menghormati...percaya mem...”....Yusri memotong kata-kata Yuhanis.
“Ok,ok
..cukup dulu sampai kat situ kak...nanti bila Yusri nak kahwin Yusri akan tanya
akak balik....sekarang ni,Yusri STP pun tak lepas lagi... nanti tercemar minda Yusri pulak...hi,hi,hi.”
“Aeei,
sapa yang mula dulu tadi..Yusri kan ?”tanya Yuhanis. Sudu di tangannya
diketuk-ketukkan di tepi pinggan makan Yusri.
“Yelah
salah Yusri..tapi Kak Hani cakap...macam pro je bab kahwin ni.”
“Tulah
orang cakap tak nak percaya....Serius ni...Kak Hani betul-betul dah ada suami,
dah kahwin.....kalau tak kahwin lagi....awal-awal lagi Kak Hani dah ngorat
abang handsome tu, tau.”
“Handsome?...mmm,
Kak Hani mengaku le abang Omar tu handsome ye....nantile, kalau dia tanya
sendiri kat akak...Kak Hani nak kata apa.....jawap, jangan tak jawab sendiri
tau.”
“Omar?”
“Minat
nampak ?...mm, tak pa...Yusri boleh tolong Kak Hani, Itu nama yang dia bagi kat
kami di kedai dobi...dia pakai kereta BMW....Yusri ada nombor telefon dia, Kak
Hani boleh tanya lain-lain kat dia sendiri nanti.”
“Yusri
beriya-ria nak akak berkawan dengan abang handsome ni ada apa-apa ke ?”
“Ada
apa-apanya kak ?”
“Kotlah
dapat komision dari abang hansome tu sebab berjaya pujuk Kak Hani kawan dengan
dia.”
“Kak
Hani kawan ke...kahwin ke dengan dia, Yusri tak dapat apa-apa...Cuma
er..eer....?”
“Apa?”
“Nanti
ada orang yang boleh jaga Kak Hani...hingga.. akhir.. hayat...Yusri tak yakin
Yusri boleh jaga Kak Hani...sekarang ni pun tengoklah...Yusri dan adik-adik
hanya menyusahkan akak saje.”perlahan suara Yusri
. Tiada kata-kata lucu kali
ini. Ada nada sebak di hujung kata-katanya.
“Yusri,
Kak Hani dah dewasa..akak dah biasa...
“Dewasa
?....yelah tu...umur akak berapa...er, dua puloh empat...mmm, tuanya...Yusri
baru sembilan belas... betullah...Kak Hani memang dah tualah .....
“OK,ok...Kak
Hani tua sikit dari Yusri..Kak Hani nak jaga Yusri, Sara dan Suri....akak nak
Yusri terima Kak Hani jadi kakak angkat...
“Tak.....{mulut
Yuhanis mula ternganga..Cuma seketika}...Yusri nak ucap terima kasih
banyak-banyak sebab Kak Hani sudi terima Yusri ,Sara dan Suri jadi keluarga
akak...jadi adik-adik Kak Hani..jadi....
“Taraaa...”
Sara dan Suri berdiri di depan meja dengan seragam... seluar trek dan t-shirt
putih yang sudah tak berapa putih.
Yuhanis
menelan air liur, hatinya sayu....Yuhanis sudah dapat adik-adik
sekarang...Allah memberi pengganti buat arwah Yusri Amri, Sarimah dan
Surina...untuknya.
‘ALHAMDULILLAH....Allah
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
*
* * * * * * * * *
bes bes bes...!!!^^
ReplyDeletex sabar nak bce bab 11..
hahahaha....sesanggattlahhhhh besssss nyaaa....
ReplyDeletecepat2 post n3 lg....
x sabo ni....
waaaaaaaaaa.....ngape pen2u dh smpi bab 12, mimi tolong update blog segera....
ReplyDeletenapa xupdate kat blog ni? pelik jg...biasanya blog lg update dr PU2...huhu...umi update la kat blog...
ReplyDeletewaaaa......tensen tensen tensen.....
ReplyDeletemana hani pegi ni.....
cepat la kuar.........
kak.. update la kat sini jee.. kat p2u lmbt sgt laa.. kitorang tertunggu2 smbungan dia ni..
ReplyDeleteCik Penulis,
ReplyDeleteSy suka cerita ni.Walaupun ada org komen tema yg sama je (kahwin paksa),tapi,tetap menarik sb watak dan perwatakannya,(suka sgt watak Yuhanis yg cool dan si ego Mizan tu), olahannya , plot dan jalan ceritanya, lebih-lebih lagi unsur humornya.Tahniah.Harap Cik Penulis dapat update kat blog lepas ni,sb mcm lambat sgt kat P2U tu, bertanduk menunggu.huhuhu...