Monday 31 December 2012

PTRNTD Bab 10

Mizan merenung bungkusan nasi dan lauk yang tidak berusik. Matanya menoleh ke arah pintu bilik di tepi dapur. Boleh tahan budak ni tak keluar-keluar bilik, bisik hati Mizan. Dari tadi Mizan belikan semasa dia keluar makan tengahari, sampai ke petang makanan masih terletak di atas meja. Orang tak sudi, Mizan nak buat macam mana. Suka hati kaulah.

 Penat buat baik je....tak bersambut. Hari tu pun macam tu jugak. Masuk ini dah dua kali. Lain kali jangan harap Mizan nak fikir-fikir pasal budak tu lagi. Geram yang datang tak payah dijemput.

Yuhanis keluarkah?.. atau masih bertapa? Perlukah Mizan memanggil gadis itu untuk jemput  makan?.....eeeeeii, apasal dia tetiba nak ambil pot pasal budak tu? Lantak dialah. Bukankah selama ini, pandai je budak tu nak hidup? Siap beragar-agar bagai. Siap berpuding lagi. Sampai ane dan aci, jiran depan rumah pun dah terhutang budi. Nasib baik Thanalingam a/l Muthusamy tak masuk meminang. HAH !

Mizan beredar ke ruang tamu. Dah siap pasang badan tapi tetiba je rasa malas pulak nak keluar. Hati sedang geram, tak sedar jiwa kacau meragam. Remote TV dicapai. Tekan ajelah...tengok saja apa yang keluar.

 Drama Melayu muncul di kaca TV . Layan saja. Rasa bosan bertamu bila menonton babak suami isteri bergaduh....agak-agak kalau tak ada adegan gaduh, tak jadi drama kot...bebel Mizan. Mizan jegilkan mata melihat jugak. Itu dah kira habis bosan tahap gaban. Tengok je sapa yang kena makan penampar. Si suami dera isteri ke atau si isteri dera suami?

 Terjerit-jerit sang isteri menjawab amarah dan maki hamun si suami.Macam dah biasa je. Hari-hari ada saje drama macam ni. Jemu.Begini ke rumah tangga orang Melayu?....Ya Allah, Mizan terlupa, rumahtangganya pun berakhir seperti dalam drama. Rasa serik nak kahwin tapi terkahwin juga. Budak tulah punya pasal.

Tiba-tiba Mizan ternampak ada seseorang berdiri di luar pagar di hadapan rumahnya. Siapa ye ?...Budak tulah! Yuhanis?  Aaik!...keluar rupanya minah ni. Bila masa pulak minah tu keluar? Ingat baik sangat berkurung dua puluh empat jam dalam bilik.

 Tiba-tiba teringin pula Mizan melihat reaksi Yuhanis bertembung empat mata dengannya. Hari tu melarikan diri. Takut betul budak ni nak jumpa aku. Macamlah aku ni jahat sangat, bebel Mizan.....Tak apa, tak apa. Kalau aku usik, macam mana ye?Eemm,... menarik. Tentu menarik. ..kalau buat drama, part ni pasti menarik.

Macam orang yang tak ada kerja Mizan menunggu dengan sabar. Menunggu apa reaksi Yuhanis jika Mizan tetap di tempatnya, duduk di ruang tamu. Mizan tak akan berganjak dari sofa itu. Mata Mizan memerhati Yuhanis yang masih teragak-agak nak masuk ke rumah. Masih terkial-kial di luar pagar.

‘Kalau Yuhanis tak masuk juga...bagaimana?...Tak kan budak tu nak duduk di luar sampai malam....Lambat laun tentu dia kena masuk jugak.’

‘Kalau Yuhanis masuk, aku nak buat apa ye?...Nak jerkah?...nak marah?..eeh, gila apa nak marah-marah....bukan urusan aku pun.’

‘Kalau Yuhanis tegur dia, apa aku patut buat?...buat tak tau?....atau jawab dan cakap baik-baik....eeeh, aku tak nak buat baik, nanti orang naik kepala. Dia dah serik...Mizan tak mahu pisang berbuah dua kali.’

RING,RING,RIIINNGGG....

Mizan mencapai telefon bimbitnya dari poket seluar. Matanya masih memerhati Yuhanis di luar pagar. 

‘Bilalah budak ni nak masuk’ gerutu hati Mizan sambil menekan butang hijau dengan malas tanpa melihat siapa pemanggilnya.

“Hello..”kata Mizan acuh tak acuh dengan mata mamandang tajam ke arah Yuhanis yang sedang mendekati pintu pagar.

“Hello to you too ....assalamualaikum abang.” Kedengaran suara seseorang di talian.

Mizan terpacak tegak tiba-tiba dari sofa. Mizan nampak Yuhanis sudah melangkah ke halaman rumah! 

Telinga di sana, mata di sini.

Mizan terkedu....Mizan tak terkata...salam pun Mizan tak terjawab.’ Masih pandai bagi salam...emm, baguslah.’...itu yang terdetik di hati Mizan. Mizan sempat melihat Yuhanis menutup pintu pagar. Siap kunci mangga lagi.

“Abang Mizan...ini Suraya lah.” Kedengaran lembut dan manja suara bekas isterinya. Perhatian Mizan tertumpu pada Yuhanis yang sudah berada di hadapan pintu rumah. Tengah buka kasut.

“Yes ?....so what ?”tanya Mizan, hambar... tiada minat. Mata Mizan masih terarah kepada Yuhanis yang sedang menjinjit kasutnya pula sekarang...sambil ...

 RING,RING,RIINNNGGG....telefon Yuhanis pula berbunyi kali ini.

 Yuhanis menggagau telefon bimbitnya dari beg galas. Sambil menjawab telefon Yuhanis melangkah masuk ke rumah. ‘The Rock’ juga kelihatan sedang bercakap di telefonnya. Yuhanis mengambil peluang ini untuk melarikan diri masuk ke biliknya...tapi tak delah nak lari betul-betul. Yuhanis cuba berlagak biasa.

“Waalaikummussalam...emm, Hani sihat...terima kasih.” Yuhanis terpaksa menjawab salam yang diberi sambil melangkah ke ruang tamu. Terpaksa pula melintas di hadapan ‘The Rock’. Di sana terpaksa, di sini pun terpaksa....aeei, entah hapa-hapa..bebel Yuhanis, dalam hati.

 Kalau tak jawab,nanti Abang Nizam akan berasa hati. Selalu Abang Nizam akan kata..”Abang Mizan tak bagi  kita cakap ye?....So...Yuhanis cuba mendengar apa cerita Abang Nizam hari ni..... Yuhanis ambil peluang buat-buat sibuk. Sibuk cakap di telefon. Buat-buat tak nampak ‘The Rock’ sebab sibuk.

‘Alhamdulillah...Syukur’...bisik hati Yuhanis pada rencana Allah. Tak sempat jadi halimunan pun tak apa. 

‘The Rock’ juga sedang sibuk. Atau pura-pura sibuk kerana nak mengelak dari bertegur sapa dengannya. 

Baguslah...Tak payahlah Yuhanis nak ber’hai-hai’ dengan ‘The Rock’. Penat pikir je tadi....berdebar tak menentu.

“Abang..Su nak jumpa abang...dah lama betul kita tak jumpa...abang tak rindu ke pada Su..Su rindu pada ab.....”kedengaran suara Suraya seperti waktu mereka mula-mula berkenalan dahulu. Lembut dan menggoda....tapi Mizan dah tak dengar. Mata Mizan merenung Yuhanis yang sudah berada di hadapannya. 

Hati Mizan berbulu.

Sikit pun Yuhanis tak pandang Mizan .

Sikit pun Yuhanis tak tegur Mizan.

Macamlah sibuk sangat...Sedang ralit mendengar perbualan di talian aje pun. Tiba-tiba Mizan teringat..... NIZAM !!!!

“Sorry..aku BUSY sekarang!...DON’T YOU EVER CALL me AGAIN!!!” Jerit Mizan tiba-tiba. Tetiba je naik hantu. Hantu apa yang sampuk, entahlah.

“OPOCOT,  MONYET KAU !”...terpancut latah dari mulut Yuhanis. Yuhanis terkejut sangat-sangat... sampai terlatah macam mak nenek. Sampai terangkat kepala Yuhanis memandang Mizan di hadapannya. 
Punyalah dari tadi menunduk.

Nak mengelak sangat dari memandang ....kini bulat mata Yuhanis memandang Mizan. ‘Bukan salah dia...siapa suruh jerit...kan dah kena panggil monyet’..Yuhanis menggigit bibir...

Mizan turut terkejut mendengar ‘MONYET KAU’...dan dan tertoleh menatap muka Yuhanis.
Mata Mizan dan Yuhanis perpandangan. Kelu lidah kedua-duanya.

‘Melatah minah ni rupanya.’...mata Mizan tajam menatap riak wajah Yuhanis....’atau sengaja ambil peluang nak kenakan aku’.

‘Garang betullah ‘The Rock’ ni’...bulat mata Yuhanis menatap wajah Mizan, mencari kesan latahnya...’aaiik, nak kena jerit lagi ke?’

Hanya hati masing-masing yang berbicara....mengutuk sebenarnya.

“HANI...Hani...kenapa ni? apa yang terjadi kat sana tu...HANI?” suara di talian kerisauan.

“Ops, sorry...tak ada apa-apa...apa?...monyet?....er..monyet ni..eh, bukan, bukan...maksud Hani.....” Hani melangkah laju ke biliknya.  Muka rasa panas. Jantung berdebak debuk. Jangan dia tersampuk dengan hantu di luar tu, sudah...keluh Hani. Nak jawab apa kat Abang Nizam ni ye?....ADA MONYET....ha,ha,ha.

* * * * * * * * * *

Mizan melempar telefonnya ke atas katil. Hati Mizan tengah bengang. Bengang ganda dua. Perempuan !!! Mizan menghenyakan punggungnya di birai katil. Rambutnya yang sudah disikat kemas disugun-sugun...dah jadi macam rambut rakyat kat Tanjung Rambutan.

Mizan meraup kedua-dua tangannya ke muka. AAAAAAHHHHH !!!!

Mizan tak faham mengapa dia begini. Rasa begini. Berperasaan begini tiba-tiba.

Adakah kerana Suraya ?...Oh tidak...NO, NO and NO.... sudah lama nama itu dibuang dari kotak memorinya.Perempuan seperti Suraya bukan stock untuk dibuat isteri. Kalau masa boleh diputar kembali...Mizan tak hingin mengenali perempuan jenis Suraya.

Kalau bukan Suraya, siapa ?

Budak tu...Yuhanis ?

HUH !...Tak ada maknanya....lagi pun, apake halnya Mizan nak naik angin pasal minah tu.
Sebab Yuhanis isterinya ?

Aah...bukan Mizan yang nak kahwin pun dengan minah tu.

Habis tu kenapa Mizan begitu, naik angin macam disampuk hantu. Tak suka Yuhanis almaklum dah tentu, 
jadi tak kanlah nak kata cemburu.

CEMBURU ???

Tetiba perkataan keramat itu terlintas di kepala Mizan. Mizan mencebik.

NO...titik....fullstop.

* * * * * * * * * * *

Usai sembahyang Subuh Yuhanis membaca Quran seperti biasa. Cuma hari ni Yuhanis hanya baca tiga baris ayat sahaja. Yuhanis harus bersegera. Yuhanis perlu keluar sebelum hari menjadi cerah.

Yuhanis siap berpakaian seperti dia hendak pergi berjoging saja gayanya. T-shirt dan seluar trek. Beg sandangnya tak perlu dibawa. Biar nampak real...Cuma bawa purse kecil yang disimpan dalam kocek seluarnya.

Yuhanis pasti ‘The Rock’ masih di biliknya. Gelap gelita seluruh dapur dan ruang tamu. Terhendap-hendap, terjingkit-jingkit Yuhanis melangkah keluar. Nak kunci pintu pun jenuh Yuhanis berdoa agar tiada sebarang bunyi. Lepas satu bab.

 Bab kedua tentulah pintu pagar. Terdongak-dongak Yuhanis mengendap dan meninjau bilik di tingkat atas bertentang dengan pintu pagar. Sambil membuka kunci Yuhanis mengetap gigi menahan debar.

‘Janganlah ‘The Rock’ bangun menjengah ke bawah ni.’...doa Yuhanis....tapi, kalau terjadi jugak...nak kata apa ?’

‘Hai...I nak pergi jogging.’.....mmm, yelah tu. Jangan-jangan mencicit lari.

* * * * * * * * * *

“Wah ! Bestnya Kak Hani !” jerit Sara sambil terlompat-lompat gembira.

“ Yes,yes...bestnya...Kita nak pergi mana Kak Hani ?”Suri tersengih sambil memaut lengan Yuhanis. Tak sabar nak tahu jawapannya.

“Cakap saja, Sara dengan Suri nak pergi mana...Kak Hani ikut saja.” Ujar Yuhanis.

“WUUI ...Sara ngan Suri yang nak bawa Kak Hani pergi jalan jalan rupanya...bunyi macam Kak Hani nak ikut je tu.....Ini sapa bawa sapa, sebenarnya ?”Tanya Yusri selamba. Memang dia ni mat selamba.

Sara, Suri dan Yuhanis sudah ketawa-ketawa. Yusri buat-buat makan macam dah setahun kelaparan. Mulut Yusri penuh dengan mee goreng...maka sudah tentu Yusri tak boleh nak gelak. Sibuk mengunyah sambil 
menyembunyikan sengihan.

“Betul...abang tak mau ikut ni ?” tanya Suri.

“Abang kena kerja....abang kena ganti Kak Timah hari ni, Kak Timah nak ambil cuti belah petang....lain kali abang ikut, Ok... Sara dengan Suri pergi bersiap, Kak Hani boleh sarapan ...boleh teman abang makan sekejap....nanti jangan nakal-nakal tau, dengar cakap Kak Hani.” Pesan Yusri kepada adik-adiknya.

Yuhanis dan Yusri berbalas senyum melihat Sara dan Suri serentak bergegas ke bilik mereka tanpa bertangguh-tangguh. Riuh suara mereka berbincang berdua sampai ke bilik.

“Yusri, Kak Hani dah siap bekal mee goreng untuk bawak pergi kerja...boleh buat makan tengahari....akak buh lebih ni, nanti boleh bagi Kak Timah dengan kawannya sorang lagi tu rasa.” Kata Yuhanis sambil duduk di meja makan di hadapan Yusri. Bekal yang sudah dimasukkan ke dalam beg plastik diletakkan di tepi meja.

“Kak Hani, Yusri nak uc....

“Kalau Yusri cakap lagi sekali terima kasih kat akak....Kak Hani nak balik sekarang jugak.”

“Apalah Kak Hani ni, orang cakap terima kasih pun nak merajuk sampai nak balik pulak...kang Yusri merajuk jugak, hah...baru Yusri pun boleh ikut akak balik sekali...hi,hi,hi.”
Yuhanis tergelak mendengar kata-kata Yusri...ada-ada saje si Yusri ni. Tak kering gusi Yuhanis bila bersama Yusri.

“Eh, Kak Hani...semalamkan abang handsome yang nak ngorat akak  hari tu kan, datang tanya pasal akak lagi tau....pandai pulak tu, bisik-bisik kat Yusri...katanya tak mahu orang lain tahu...macam-macam dia tanya kat Yusri...sapa nama penuh akak, berapa umur Kak Hani...tinggal kat mana, ada alamat tak...dah ada yang punya tak, dah tunang ke, dah kahwin ke belum...entah macam-macam lagi.”

“Ala Yusri, cakap aje Kak Hani dah kahwin...senang, habis cerita.”

“Buat apa nak tipu kak ? Abang ni baik tau, sudahlah handsome, kaya pulak tu...janganlah lepaskan peluang ni.....zaman sekarang bukan senang nak cari calon suami yang ada ‘complete package’, kak.”

“ Apalah Yusri ni...Kak Hani kata Kak Hani dah kahwin, tak nak percaya pulak...tapi selalu je tanya akak dah kahwin ke belum,dah kahwin ke belum....mmm, tak percaya ...sudah...tapi untuk pengetahuan Yusri...handsome belum tentu baik...kaya pun belum tentu ihklas...yang penting...perkahwinan adalah untuk seumur hidup, perlu ada cinta dan kesefahaman, hormat menghormati...percaya mem...”....Yusri memotong kata-kata Yuhanis.

“Ok,ok ..cukup dulu sampai kat situ kak...nanti bila Yusri nak kahwin Yusri akan tanya akak balik....sekarang ni,Yusri STP pun tak lepas lagi...  nanti tercemar minda Yusri pulak...hi,hi,hi.”

“Aeei, sapa yang mula dulu tadi..Yusri kan ?”tanya Yuhanis. Sudu di tangannya diketuk-ketukkan di tepi pinggan makan Yusri.

“Yelah salah Yusri..tapi Kak Hani cakap...macam pro je bab kahwin ni.”

“Tulah orang cakap tak nak percaya....Serius ni...Kak Hani betul-betul dah ada suami, dah kahwin.....kalau tak kahwin lagi....awal-awal lagi Kak Hani dah ngorat abang handsome tu, tau.”

“Handsome?...mmm, Kak Hani mengaku le abang Omar tu handsome ye....nantile, kalau dia tanya sendiri kat akak...Kak Hani nak kata apa.....jawap, jangan tak jawab sendiri tau.”

“Omar?”

“Minat nampak ?...mm, tak pa...Yusri boleh tolong Kak Hani, Itu nama yang dia bagi kat kami di kedai dobi...dia pakai kereta BMW....Yusri ada nombor telefon dia, Kak Hani boleh tanya lain-lain kat dia sendiri nanti.”

“Yusri beriya-ria nak akak berkawan dengan abang handsome ni ada apa-apa ke ?”

“Ada apa-apanya kak ?”

“Kotlah dapat komision dari abang hansome tu sebab berjaya pujuk Kak Hani kawan dengan dia.”

“Kak Hani kawan ke...kahwin ke dengan dia, Yusri tak dapat apa-apa...Cuma er..eer....?”

“Apa?”

“Nanti ada orang yang boleh jaga Kak Hani...hingga.. akhir.. hayat...Yusri tak yakin Yusri boleh jaga Kak Hani...sekarang ni pun tengoklah...Yusri dan adik-adik hanya menyusahkan akak saje.”perlahan suara Yusri 

. Tiada kata-kata lucu kali ini. Ada nada sebak di hujung kata-katanya.

“Yusri, Kak Hani dah dewasa..akak dah biasa...

“Dewasa ?....yelah tu...umur akak berapa...er, dua puloh empat...mmm, tuanya...Yusri baru sembilan belas... betullah...Kak Hani memang dah tualah .....

“OK,ok...Kak Hani tua sikit dari Yusri..Kak Hani nak jaga Yusri, Sara dan Suri....akak nak Yusri terima Kak Hani jadi kakak angkat...

“Tak.....{mulut Yuhanis mula ternganga..Cuma seketika}...Yusri nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab Kak Hani sudi terima Yusri ,Sara dan Suri jadi keluarga akak...jadi adik-adik Kak Hani..jadi....

“Taraaa...” Sara dan Suri berdiri di depan meja dengan seragam... seluar trek dan t-shirt putih yang sudah tak berapa putih.

Yuhanis menelan air liur, hatinya sayu....Yuhanis sudah dapat adik-adik sekarang...Allah memberi pengganti buat arwah Yusri Amri, Sarimah dan Surina...untuknya.

‘ALHAMDULILLAH....Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

* * * * * * * * * *

7 comments:

  1. bes bes bes...!!!^^
    x sabar nak bce bab 11..

    ReplyDelete
  2. hahahaha....sesanggattlahhhhh besssss nyaaa....
    cepat2 post n3 lg....
    x sabo ni....

    ReplyDelete
  3. waaaaaaaaaa.....ngape pen2u dh smpi bab 12, mimi tolong update blog segera....

    ReplyDelete
  4. napa xupdate kat blog ni? pelik jg...biasanya blog lg update dr PU2...huhu...umi update la kat blog...

    ReplyDelete
  5. waaaa......tensen tensen tensen.....
    mana hani pegi ni.....
    cepat la kuar.........

    ReplyDelete
  6. kak.. update la kat sini jee.. kat p2u lmbt sgt laa.. kitorang tertunggu2 smbungan dia ni..

    ReplyDelete
  7. Cik Penulis,
    Sy suka cerita ni.Walaupun ada org komen tema yg sama je (kahwin paksa),tapi,tetap menarik sb watak dan perwatakannya,(suka sgt watak Yuhanis yg cool dan si ego Mizan tu), olahannya , plot dan jalan ceritanya, lebih-lebih lagi unsur humornya.Tahniah.Harap Cik Penulis dapat update kat blog lepas ni,sb mcm lambat sgt kat P2U tu, bertanduk menunggu.huhuhu...

    ReplyDelete