Saturday 22 December 2012

PTRNTD Bab 7

Yuhanis memotong dan menyusun agar-agar laici ke dalam bekas plastik. Seketika tangannya berhenti. Mata disorotkan ke pintu peti sejuk. Sudah tiga kali Yuhanis membaca nota yang dilekatkan di situ.

‘ THANK YOU, SEBAB SUDI MENGHANTAR DAN MENGAMBIL PAKAIAN SAYA DARI KEDAI DOBI.’

Ha,ha,ha....thank you,...you...no terima kasih, sebab... tiada kasih yang hendak diberi !...ala, tak heran...jika disuruh terima kasih pun Yuhanis kena fikir seribu satu kali...tak apa,thank you itu sudah memadai.

‘Mmm,kira ok jugaklah... tahu rupanya ‘The Rock’ cakap thank you.’...bisik hati Yuhanis. Hilang sikit geram di hati. Yuhanis menutup semua bekas-bekas berisi agar-agar, kemudian memasukkan semua bekas-bekas itu ke dalam dua beg plastik. Semua loyang dan perkakas lain yang digunakan dibasuh, dikeringkan dan disimpan ke tempat asal.

Sekarang hanya tinggal satu loyang agar-agar laici yang tidak diusik. Simpan untuk ‘The Rock’ sebab dah terpinjam peti sejuknya semalaman. Yuhanis tidak tahu sama ada ‘The Rock’ suka atau tidak. Mungkin semalam ‘The Rock’ sudah ternampak...tapi tak nak pula dia merasa walau pun sepotong. Segan kot..fikir Yuhanis.

‘Oh,..la,la...ciannya.’ Lantas Yuhanis memotong setengah loyang dan menyusun agar-agar laici tersebut ke dalam pinggan besar. Baki setengah loyang lagi dan sepinggan besar agar-agar yang sudah siap dipotong dimasukkan semula ke dalam peti sejuk. Perlahan-lahan pintu peti sejuk ditutup. Yuhanis  berdiri menatap nota sekali lagi sambil berfikir seketika.

Yuhanis tersenyum nakal. Dia melangkah ke biliknya dan keluar semula dengan sebuah buku lakar. Dan sekeping kertas. Yuhanis menulis sesuatu di atas kertas....kemudian kertas itu bertukar tempat dengan nota di pintu peti sejuk.

‘Macam nak berbalas-balas surat cinta pulak rasanya....eh, tak da nye...malam sikit.’.. bicara Yuhanis sendirian.

 Sebenarnya sengaja Yuhanis nak menceriakan hidup ‘The Rock’ yang serius semacam. Kalau boleh senyum sikit tentu muka ‘The Rock’ yang handsome tu boleh bertambah sikit lagi kehandsomannya.....ha,ha,ha...Kalau dia dengar, tak pasal-pasal menyinga pulak ‘The Rock’ tu...gerutu Yuhanis. Lagi pun handsome ke ‘The Rock’ tu ?...kalau ‘The Rock the film star’ tu memanglah handsome. Body pulak...mak aii, mengancam habis.

Tersenyum-senyum Yuhanis sendirian sambil menyimpan nota kedua dari ‘The Rock’ ke dalam buku lakarnya. Seketika Yuhanis membelek-belek lakaran-lakaran wajah ‘The Rock ‘ yang telah memenuhi beberapa helaian dalam buku lakarannya nya itu. Semua muka serius dan muka sedang marah,...memang 
Yuhanis tak pernah tengok ‘The Rock’ tersenyum. Agaknya kalau tersenyum mau tsunami melanda kat Kampung Sungai Rokam sampai ke Ampang ni...hi,hi,hi.

* * * * * * * *

Yuhanis tersenyum puas melihat Yusri menyuap sepotong lepas sepotong agar-agar laici ke dalam mulutnya. Isi di dalam bekas di hadapannya sudah tinggal separuh. Makan sampai tutup-tutup mata...dan entah berapa kali  berulang-ulang menyebut sedap-sedap.

“Terima kasih Kak Hani...pandai akak buat kuih ni ye...tak pernah-pernah Yusri makan kuih sesedap ini.....sedap sangat sangat.” Kata Yusri sambil mengunyah. Di tangan sudah siap sepotong... siap sedia untuk disuap ke mulut lagi.

“Kuih pulak...orang sebut agar-agarlah...mm, suka sangat, habiskan satu bekas tu...satu bekas lagi ni, untuk Kak Timah.”ujar Yuhanis.

“Hish, tak kan nak kasi habis kak,...tu, adik-adik saya kat rumah tu...sianlah pulak....tak apa Yusri tinggalkan setengah untuk bawa balik.” Jawab Yusri dengan mulut penuh berisi agar-agar.

“Untuk adik-adik Yusri saya dah siap asingkan.....yang ini untuk bawak balik.” Kata Yuhanis sambil menghulurkan satu beg plastik kepada Yusri. Ada satu bekas besar agar-agar lagi. Khas untuk dua orang adik Yusri yang belum pernah ditemuinya. Yuhanis bercadang  untuk bertemu dan berkenalan dengan mereka. Cuma dia perlu mencari masa yang sesuai.

“Yang ini pun Yusri boleh makan lagi kat rumah dengan adik-adik, ok.”

“Eh, tak apalah kak,...cukup ni...nanti kecik pula hati Kak Timah tu....saya dapat sampai dua bekas.” Ujar Yusri.

“Tak apa...besok-besok saya boleh buat lagi...semua orang boleh makan puas-puas.” Kata Yuhanis.
“Eh, susah-susahkan akak saja....tak payahlah kak...cukup-cukup ni.” kata Yusri sambil menutup bekas di hadapannya.

“Ala, saya ni suka masak... ada Yusri nak makan, saya lagi suka, lagi pun....kalau kita jamu orang makan,dapat pahala...duit banyak saya tak dapat bawa mati,... pahala, dah tentu bawa sekali ke kubur.” Jawab Yuhanis.

“Ish, akak ni...sebut kubur-kubur ni...sensitiflah...karang saya meraung, susah kakak nanti...kena pujuk dengan agar-agar lagi.” Kata Yusri.

“Anytime Yusri nak makan agar-agar lagi...cakap aje kat saya..mmm,jangan malu-malu.” Kata Yuhanis.

“Terima kasih banyak-banyak kak...tentu adik-adik saya seronok dapat makan agar-agar ni...terima kasih kak.”tambah Yusri dengan wajah ceria.

“Haa,beratlah saya nak bawak balik terima kasih awak ni Yusri...banyak sangat....mm,yang ni tak payah bagi terima kasih lagi kat saya.” Yuhanis menghulurkan satu lagi beg plastik kepada Yusri.

“Apa lagi ni kak ?..Nasi?..lepas ni ada lagi tak ?”tanya Yusri sambil menjengah-jengah keliling Yuhanis. Yuhanis tergelak melihat telatah Yusri. Kelakar budaknya.

“Ini aje..tak ada lagi dah.... hi,hi,hi,...saya belanja nasi beriyani hari ni...tiga bungkus untuk Yusri ngan adik-adik, dua lagi tu bagi kat Kak Timah dengan Kak Yah... Yusri habis kerja pukul berapa? “

“Hari ni nak minta balik awal sikit...banyak homework yang tak siap...akak kata nak datang berkenalan dengan adik-adik ...Sara dengan Suri dah tak sabar-sabar nak jumpa kakak yang selalu bagi agar-agar dan puding kat mereka berdua....slalu saja tanya Yusri,bila kakak tu nak datang.”

“Saya pun teringin nak jumpa Sara dengan Suri...kirim salam saya pada budak berdua tu...tengoklah nanti kalau Yusri boleh balik awal, saya ikut...tapi sebelum pukul empat saya nak kena balik rumah....jauh ke rumah Yusri dari sini?... kalau jauh sangat....susahlah saya kalau lambat sampai rumah.”

“Akak ni macam Cinderlelalah pulak...rumah Yusri kat rumah teres kat hujung pekan ni aje...kalau akak sanggup bonceng naik motor ‘Harley Davidson’ Yusri tu....sebelum pukul empat gerenti akak dah sampai kat depan rumah.”

Yuhanis tergelak mendengar kata-kata Yusri. Bukan dia tak pernah tengok motor buruk Yusri yang selalu terpakir di belakang kedai dobi itu. ‘Harley Davidson’ konon...memang Yusri suka berseloroh. Yuhanis selalu ketawa bila bersama anak muda itu.

“Saya doakan suatu hari nanti Yusri betul-betul boleh memiliki Harley Davinson tu...oklah, saya nak balik, besok jumpa lagi.”ujar Yuhanis sambil melangkah meninggalkan kedai dobi.

Sekarang sudah pukul tiga lebih. Yuhanis sengaja datang selepas waktu persekolahan Yusri. Hari ini Yusri pergi sekolah sebelah pagi. Hanya datang kerja sebelah petang. Yuhanis pula tidak mahu terlewat sampai ke rumah...takut bertembung dengan ‘The Rock’. Nanti tak pasal-pasal taufan melanda.

“Akak...tak mau terima kasih...Yusri bagi thank you sajelah....thank you kak!” laung Yusri kepada Yuhanis yang sudah berada di tepi jalan di hadapan kedai. Siap bagi ‘flying kiss’ lagi....ada-ada saja Yusri ni. Yuhanis membalas lambaian Yusri...Kemudian melambai teksi pula.

Dalam perjalanan pulang Yuhanis masih berfikir mengenai Yusri.Yuhanis merasa kagum dengan sikap anak yatim piatu sorang ni. Sanggup bersusah payah menjaga adik-adik tapi masih ada sifat cerianya. Yuhanis cuba membayangkan sifat Yusri semasa ibu bapanya masih ada, mesti dia lebih periang orangnya.

* * * * * * * * *

“Mr.Mizan !...Mr.Mizan !”

Mizan menoleh ke arah pintu pagar rumah Uncle Muthu. Dia yang sedang membuka pintu pagar, berdiri di hadapan keretanya sambil memerhati lelaki tua itu berlenggang-lenggang menghampirinya. Uncle Muthu menjinjit satu beg plastik berisi beberapa tin...benda apa, dia tak nampak.

“Ada apa uncle?’

“Uncle mahu minta sikit tolong sama Mr.Mizan....er.. kasi ini barang sama Mr.Mizan punya adik...ini pagi aa...Mr Mizan punya adik ada kasi sama uncle itu jelly aaa....banyaaak sedaap...belakang satu family cakap kalu Mr.Mizan punya adik ada buat lagi kalu...uncle sponser ini laici...cakap sama dia ‘ rumbu rumbu nandrik’...thank you banyak-banyak.”

Mata Mizan merenung mengikut langkah Uncle Muthu melenggang kembali ke rumahnya.... kemudian melihat ke dalam isi beg plastik di tangannya. Ada sepuluh tin laici. ‘Mak aai...nak makan ke, kedarah ke apa ni?’...bisik hati Mizan.

‘Aaaik....Uncle Muthu pun dapat makan agar-agar tu....aku ni, dapat tengok jelah.’ Keluh hati Mizan sambil memakirkan keretanya di bawah anjung seperti biasa.

Mizan menyandar di sofa melangut ke siling aka lantai tingkat atas. Terbayang agar-agar di situ. 

‘Aaissh’......Mizan merenung pula ke skrin televisyen yang gelap....tetap terlayar gambaran agar-agar di situ. 

‘Aaarrg.’... Hati Mizan sakit...inilah orang kata ‘kera di hutan disusukan,anak di rumah dibiarkan kelaparan.’......aaah, tak relevant lansung,apalah aku ni...gerutu hati Mizan sambil melangkah ke tangga naik ke atas. Malas nak tengok peti sejuk. Menyakitkan hati saje!

Usai solat Mangrib, Mizan terpaksa ke dapur mencari air untuk menghilangkan hausnya. Tak kan pasal bengang dengan gadis itu dia kena melanggah air paip lagi. Mizan melangkah dalam kelam cahaya dari ruang tamu berdiri di hadapan peti sejuk. Sempat matanya meninjau jika ada cahaya yang datang dari bawah pintu 
bilik orang gaji...tapi tiada.

Mizan merenung nota yang dilekatkan di situ...bukan lagi notanya! Saiz berlainan. Mizan segera menyalakan lampu dapur. Berdebak debuk jantungnya. Mizan berasa sedikit pelik kenapa dia harus berasa begitu.

Tanpa disedari Mizan tersenyum kecil. Ada gambar wajahnya....tapi versi kartun sedang memegang sepotong kuih. Terdapat mata dan mulut pula terlukis pada sikuih tersebut. Siap ada kata-kata dari sikuih...’SILA MAKAN SAYA, SAYA SANGAT SEDAP.’

Entah mengapa, tiba-tiba hati Mizan berasa sungguh gembira. Cepat-cepat pintu peti sejuk dibuka. ‘WAH !...ada agar-agar untuknya.’ Tanpa berfikir panjang Mizan terus mengeluarkan pinggan besar berisi agar-agar yang sudah siap berpotong.Mizan menarik kerusi lalu duduk menjamu selera. Tidak sedar, dalam menikmati keenakkan agar-agar laici itu...licin habis satu pinggan.

‘Alhamdulillah..taklah dia kempunan.” Mizan melangkah meninggalkan dapur dengan nota kartun di tangan. 

Sampai azan Isyak berkumandang Mizan masih merenung lakaran wajahnya pada nota itu. Perlahan-lahan senyuman terukir diwajahnya. ....melihat wajahnya yang sedang masam mencuka merenung kuih.

‘Berbakat juga isterinya. Pandai buat agar-agar laici. Pandai melukis kartun.’..lintasan di hati Mizan.

‘Isteri?’...HUH !!

Mizan bangun ke bilik air...lebih baik dia mengerjakan solat Isyak dari membuang masa memikirkan isteri yang tidak diperlukannya. Tanpa disedari nota melayang jatuh di tepi  katil.

 * * * * * * * * * * * *

Yuhanis  terkejut bila telefon bimbitnya berdering tiba-tiba. Nasib baik tak terpelanting senduk yang sedang dipegangnya. Begitu ralit dia mengacau puding jagung yang sudah hampir menggelegak. Yuhanis segera memadam api dapur....dia takut projek pudingnya hangus. Projek puding untuk menghiburkan tiga hati anak-anak yatim yang sudah dianggap seperti adik-adiknya sendiri.

Sudah lama telefonnya tidak berbunyi. Sejak Abang Nizam menalifonnya tempoh hari...sampai kini Yuhanis memastikan dia yang menalifon Mak Azmah. Yuhanis tidak mahu dan takut Abang Nizam menghubunginya 
lagi.

“Ada apa Mak?...Ayah sihat mak?.” soal Yuhanis selepas mereka berbalas salam. Yuhanis sedikit risau. Mesti ada sesuatu yang penting sampai Mak Azmah menalifonnya. Sedangkan baru saja semalam mereka berbual.

“Aaa...ayah sihat,..  cuma ..mmm....er...mak tak tahu nak cakap macam mana dengan Hani...ni haa..er..aa...Abang Nizam kamu ni...dia...dia.....” Azmah terdiam.

 Bukan Azmah tidak tahu hendak bercakap apa dengan Yuhanis. Azmah bimbang Yuhanis terasa terpaksa menolongnya menyelesaikan masaalah yang sedang melanda keluarganya kini. Dia faham sangat perangai anak angkatnya itu. Yuhanis selalu akan mendahulukan dia dan suaminya. Azmah betul-betul serba salah.

“Mak...apa dia yang mak nak cakap ni...cakaplah, kalau Hani boleh tolong...mak taukan, Hani pasti akan tolong mak ngan ayah....mmm, kenapa dengan Abang Nizam, mak.?”tanya Yuhanis. Walau hatinya sedikit berkocak mendengar nama yang disebut Mak Azmah, Yuhanis rasa dia sudah mampu tabahkan hatinya.
.....tapi belum diuji, belum tahu....mampukah dia? Cukupkah tempoh sebulan untuk mengubat hati yang retak seribu? Apa yang dia lihat... setahun masih tidak cukup untuk ‘The Rock’ ...tapi apa kesnya, Yuhanis masih tak tahu.

 Apa yang Yuhanis lalui, seperti saja waktu telah mengubat sedikit luka di hati. Lagi pun Yuhanis sekarang sudah ada Yusri untuk dijadikan panduan. Yusri yang lebih malang masih boleh ceria dan tersenyum. Mengapa dia tidak?

“Hani...mak nak minta tolong Hani bagi peluang Abang Nizam bercakap dengan Hani, mak tahu berat permintaan mak ni...tapi mak ngan ayah kamu dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah.. ..mak takut Nizam ditimpa penyakit kemurungan, nanti...tak pasal-pasal masuk Tanjung Rambutan pulak....nauzubillah....astagfirullahhalazim.”

“Kenapa ni mak...mak jangan buat Hani suspen macam ni...cakap ajelah.”

“Sebenarnya mak nak minta Hani berbual dan bagi nasihat pada Abang Nizam kamu ni...Nizam ada masaalah sikit...ah, bukan sikit...mak rasa masaalah berat dengan isteri dia tu...sekarang asyik termenung....tak mahu bercakap dengan sapa-sapa...tu yang mak ngan ayah risau ni....mak tahu, Nizam akan gembira kalau dapat bercakap dengan Hani.”

Yuhanis terdiam, tak tahu nak jawab apa....Jika ‘no’ jawapan darinya, anak apalah dia ini. Jika 
‘Ya’....Yuhanis tahu, hatinya yang sudah mulai menemui ketenangan akan berkocak kembali.

“Hani sayang...mak faham keadaan Hani dan Nizam...kalau Hani tak sanggup, mak tak marah...Cuma mak dah tak tahu nak buat apa...hanya Hani saja harapan yang mak ada...mak minta maaf, jika mak menyusahkan Hani.”

Memang Yuhanis jangkakan...dia tiada pilihan kerana dia mahu menjadi anak yang sentiasa mengenang budi.

“Ala mak, janganlah cakap macam tu..Hani tak apa-apa...Hani akan  cuba cakap dengan Abang Nizam...tapi nak nasihat apa mak?” berkerut dahi Yuhanis memikirkan apalah masaalah yang melanda jauh nun di Kampung Sungai Rokam tu....dan dia kena jadi kaunselor rumah tangga kepada bekas tunangnya sendiri.

 Rasa lucu...tapi tak rasa nak ketawa....HHaaai,keluh hati Yuhanis sendirian di dapur ‘The Rock’ jauh di Ampang sini. Ditelan mati emak, diluah mati bapak...itulah keadaannya sekarang. Bukan sekadar sekarang, itulah realitinya...tak perlu telan, tak payah luah...mak dan bapanya sememangnya sudah lama tiada.

“Susahnya mak nak terang kat Hani...gini sebenarnya....siShila tu kata dia mengandung lepas nikah....kira-kira sekarang masuk enam bulan....tapi bila chek kat klinik bersalin, doktor kata dah masuk sembilan bulan...tak lama lagi dah nak bersalin....dia perangkap Abang Nizam kamu tu...tapi masih nak sorok-sorok...tapi Nizam dah bertanya sendiri dengan doktor...jadi Nizam dah taulah tembelang perempuan tu.”

“Mak cakap berbisik ni kenapa?...udahlah bising sangat kat belakang tu, ...mak kat mana ni?”soal Yuhanis kehairanan. Jenuh dia melekapkan telefonnya rapat ke telinga, sampai naik panas telinga. Suara maknya kedengaran tenggelam timbul.

“Mak kat dalam bilik air sekarang....mak baru je bukak air deras ni....mak tak naklah orang lain dengar.”

“Bilik air tu kan dalam bilik mak....mak kunci jelah pintu bilik mak, pas tu kunci pintu bilik air pulak...kira ok lah....kalau bukak air, Hani tak dapat dengorlah mak.”

Seketika Hani menunggu Mak Azmah melaksanakan apa yang disuruhnya. Yuhanis tahu tentu Mak Azmah dalam kerisauan yang amat sangat, jika tidak...tak dalah sampai berbisik di air paip yang sedang menderu deras. Kesian mak. Kesian ayah juga.

Yuhanis duduk termenung seketika selepas mendengar penjelasan dari Mak Azmah. Senduk masih ditangan. Puding jagung sudah dilupakan...terbiar di atas dapur. Apa yang patut dia lakukan?

 Kesian Abang Nizam....kesian pada impian mereka yang telah berkecai. Yuhanis sedikit bingung. Bingung mendengar cerita Mak Azmah. Bingung memikirkan diri sendiri yang terlantik untuk jadi penasihat rumah tangga orang... sedangkan rumah tangga sendiri pun masih tak jumpa rumah, tak jumpa tangga.HAi, YA ALLAH.

“Insyaallah mak...nanti Hani cuba berbual dengan Abang Nizam.”Akhirnya itulah janji Yuhanis.Itu saja yang Yuhanis dapat katakan. Yuhanis tahu itu juga jawapan yang ditunggu Mak Azmah.

_ _ _ _ _ _ _ _ _

No comments:

Post a Comment