Friday 4 January 2013

PTRNTD BAB 11

“Sara, Suri...cuba kasut ni dulu...lepas tu baru kita pilih warna pula...saiz berapa kasut ni ye...ok, Sara cuba ni..Suri cuba yang ini.” Yuhanis menghulur kasut yang dipilihnya....sepasang kepada Sara. Sepasang kepada Suri. Bersinar-sinar mata si kembar!

Yuhanis meninggung di hadapan Sara dan Suri. Senyuman puas terlakar di wajah Yuhanis bila melihat wajah teruja Sara dan Suri yang sedang mencuba kasut baru. Yuhanis mengambil kasut lama mereka untuk diletakkan ke tepi, agar kasut baru mudah dicuba. 

Semasa datang tadi Sara dan Suri memakai kasut sekolah mereka. Yuhanis menyangka mereka tiada kasut sukan untuk dipadankan dengan pakaian tema mengikut gaya Yuhanis...iyalah orang pergi jogging. Kasut sekolah mereka sudah lusuh sangat dan berbulu.  

Terasa sesuatu di jarinya, Yuhanis membalikkan kasut melihat di bahagian tapak. Ada lubang. Kasut sekolah Sara dan Suri sudah berlubang tapaknya. Bukan baru berlubang. Tentu telah lama Sara dan Suri memakai kasut berlubang ini ke sekolah, memandangkan lubang yang sudah besar.... sebesar duit silling lima puluh sen.

 Yuhanis mengetap giginya kuat-kuat melihat tapak yang masih ada pun sudah sangat nipis. Jika berjalan di jalan raya, sudah pasti akan terasa batu kerikil di tapak kaki. Yuhanis rasa nak menangis. Segera Yuhanis buat-buat menenyeh matanya seolah-olah telah dimasuki habuk. Kalau kasut sekolah pun begitu keadaannya...masakan ada kasut khusus untuk berjoging sekali sekala.

Tiba-tiba Yuhanis terasa seperti sedang diperhatikan. Yuhanis segera menoleh ke kiri ke kanan. Masih awal, tapi agak ramai pelanggan di kedai kasut itu. Perempuan, lelaki sama banyak. Ada beberapa kumpulan remaja sedang melihat kesana kemari membuat keadaan nampak sesak. Kelihatan beberapa pasangan suami isteri bersama dengan anak-anak masing-masing sibuk mencari keperluan masing-masing.

Tiada sesiapa pun yang memandang ke arahnya. Mmm... perasan dia saja kot, kata hati Yuhanis lalu memberikan perhatiannya semula pada Sara dan Suri. Hampir sejam juga mereka berada di kedai kasut tersebut.

Dua pasang kasut sekolah, sepasang sneakers, sepasang sandal dan sepasang kasut selipar harian untuk Sara dan Suri setiap seorang. Beberapa barangan keperluan sekolah seperti stoking dan kapur kasut juga turut dibeli.

Seronok membeli untuk si kembar. Semua sama saiz dan warna pun hendak yang sama. Oooh..seronoknya kalau dia dapat anak kembar nanti..lamun Yuhanis. Kejap je...lepas tu Yuhanis tersedar diri.

‘Eerk...dekat pun suami tak sudi, ada hati nak dapat anak...kembar pulak tu. Hu alah...tukar channel, tukar channel.’

 Yuhanis, Sara dan Suri berdiri di hadapan kaunter sementara menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Mereka  memerhati jurujual memasukkan belian mereka ke dalam beg plastik agar tidak bertukar dengan barang belian pelanggan lain....lebih-lebih lagi selonggok kasut-kasut yang terletak di tepi barangan mereka.

 Pelik..tapi mungkin kebetulan. Ada pelanggan lain yang turut membeli kasut-kasut hampir sama seperti mereka. Cuma warna saja berlainan.

“Eh..Kak Hani tengok ni, orang ni beli sama macam kita... saiz kasut pun sama macam saiz Sara dan Suri.” Bisik Sara di sebelah Yuhanis.

“Yalah, tengok ni...semua kasut ada dua,dua... agaknya orang ni pun anaknya kembar macam kita ....warna aje yang tak sama.” Tokok Suri sambil mengunjuk dan mengalih-alih kasut -kasut yang berdekatan dengannya dengan jari telunjuknya.

“Eh, jangan usik barang orang...nanti orang marah.” Ujar Sara yang selalu berkelakuan seperti kakak yang lebih tua. Sedangkan beza hanya empat lima minit saja umur kelahiran mereka.

 Siapa yang lahir dulu, siapa yang kemudian... Yuhanis masih lupa nak tanya...mungkin benda tu tak berapa penting baginya yang belum pernah beranak...er, bukan...mempunyai anak. Ya, itu perkataan yang betul. 
‘Beranak’ ada maksud lain.

“Kak Hani tak nampak pun budak lain yang kembar kat kedai ni.”....Yuhanis melihat sekeliling kalau-kalau ternampak budak kembar yang lain...tak ada pun. Mungkin ada mak ayah yang datang membeli mengikut saiz saja.

Kejadian yang sama berulang lagi semasa mereka bertiga di kedai pakaian. Yuhanis membeli dua helai baju kurung, beberapa helai lagi baju muslimah,t-shirt, baju tidur serta tuala mandi untuk Sara dan Suri...begitu juga, orang entah sapa-sapa...turut memilih pakaian yang sedikit berlainan, tapi saiz yang sama. Yuhanis rasa semakin pelik. Tak kanlah kebetulan terjadi berturut-turut.

Apa yang boleh dia lakukan?.... melilau mata Yuhanis melihat sekeliling. Sara dan Suri turut mengikut melihat ke kiri kanan dan keliling kedai. Semua pelanggan sedang membuat urusan masing-masing. Tak kan Yuhanis nak pergi tanya setiap orang pula. Gila apa...nak tanya apa pun Yuhanis tak pasti.

* * * * * * * * * *

“Terima kasih Kak Hani.” kata Sara.

“Terima kasih Kak Hani.”kata Suri.

“Mmm, sedapnye ayam KFC ni.”kata Sara.

“Betullah, sedap sangat ayam KFC ni.” kata Suri.

Yuhanis tersenyum. Seperti mendengar rekod rosak...ikut kata-kata orang tua-tua. Sekarang rekod pun susah nak jumpa. Akan sampai satu masa nanti, di mana generasi muda tidak tahu apa itu rekod dan bagaimana rupanya.

“Nak lagi..boleh tambah, kita order lain....sebelum balik nanti, kita beli untuk AbangYusri pula...makan kenyang-kenyang.” Ujar Yuhanis.

“Lepas ni kita nak pergi mana lagi, Kak Hani.”tanya Suri.

“Kita pergi tengok baju sukan pulak... kita beli baju jogging serupa tiga orang sekali, nak tak...tentu nampak smartkan?” cadang Yuhanis.

“Kak Hani selalu pergi jogging ke?” tanya Suri.

“Assalamualaikum!”

Perbualan Yuhanis dengan si kembar terhenti. Serentak ketiga-tiga mereka mendongak melihat lelaki yang tetiba berdiri di hadapan meja. Ingatkan tadi pelanggan yang lalu lalang mencari tempat duduk.

“Awak ?”....Yuhanis terkedu dan ternganga. Yusri baru beritahu namanya Omar.

“Boleh saya tumpang duduk kat sini ...tempat semua penuh, ramai betul orang hari ni.”

 Sara dan Suri memandang Yuhanis. Yuhanis mengangkat kedua-dua kening kepada mereka. ‘Kalau cakap tak boleh...boleh ke ? ...Yuhanis berkira-kira.

Sara dan Suri menoleh kepada Omar dan serentak mereka mengangguk. Mereka budak baik...faham erti kesusahan. Tak sempat habis anggukkan, Omar sudah siap menarik kerusi dan duduk di sebelah Yuhanis, mengadap Sara dan Suri. Habis tu...boleh halau ke ?

Yuhanis melihat sekeliling sekilas. Lepas tu tengok set KFC di talam di depan abang handsome. Tak kan nak suruh angkat kerusi, pergi makan kat meja lain. Kesian pulak..Lepas ni kalau ada sapa-sapa nak tumpang duduk, ada dua lagi kerusi kosong. ‘The more the merrier... Lagi ramai, lagi meriah !

Masin betul mulut Yusri. Pagi tadi sebut nama...sekarang bertembung dengan abang handsome di Mega Mall. Hari ni dah jadi hari kebetulan sedunia. Jangan terserempak dengan “The Rock’, sudah !

“Tak sangka kita boleh jumpa kat sini ye?” ujar abang handsome.

“Ooh...awak shopping jugak ke?” tanya Yuhanis. Saje buat-buat tanya sebab tak tahu nak cakap apa. Sedangkan sah-sah orang datang ke Mega Mall untuk shopping,...eh, window shopping dan eye shopping pun boleh gak....yang last tu...maknanya tengok orang.

“Hai, nama abang...Omar, nama adik-adik ni.?....

Sara dan Suri tersenyum simpul...tak boleh jawab, sebab mulut tengah penuh.

Terpaksalah Yuhanis membuka mulut untuk perkenalkan. Budi bahasa budaya kita. Sara dan Suri sambung makan. Sambil mengunyah mata si kembar bergilir-gilir memandang Yuhanis dan Omar. Yuhanis boleh nampak bijik mata mereka sekejap bergerak ke kiri, sekejap bergerak ke kanan.

“Yang ini Sara...ini pula Suri.” Kata Yuhanis. Ringkas saje. Harap-harap Encik Omar boleh segera beredar selepas habis makan. Yuhanis dan sikembar ada agenda lain. Lagi pun Yuhanis tak mahu rapat dengan lelaki lain. Nanti pening kepala. Yang kat rumah tu pun dah cukup bagi pening.

“Sara..Suri, abang tengok macam kembar saja, kembar ye?...kalau abang ada adik kembar macam Sara dan Suri ni... tentu best, seronok...boleh bawa  jalan-jalan buat kawan...taklah sorang-sorang macam abang sekarang.”

‘Ceh, orang handsome giler macam ni,  nak jalan-jalan bawak adik buat apa....mesti mak we keliling pinggang...’ Bisik hati Yuhanis.

“Sara dengan Suri dah round habis ke? Lepas ni nak pergi mana?” ramah mesra abang handsome bertanya. Yuhanis tak jawap sebab abang handsome sedang tunduk bertanya pada sikembar. Sara dan Suri saling mencuit. Sorang kena jadi jurucakap.

 Yuhanis menghabiskan makanan, sambil mengetap gigi. Dia tak sepatutnya melayan mana-mana lelaki. Yuhanis tidak mahu mengundang dosa. Dirinya bukan ‘single’ lagi...walaupun keadaan rumahtangganya tak seperti rumahtangga orang lain, Yuhanis kena pandai menjaga  maruah diri.

“Tak tau...kami ikut saja Kak Hani nak pergi mana.” Lurus saja kata-kata Sara. Yuhanis rasa macam nak tekup-tekup aje mulut Sara. Sekarang abang handsome dah tahu namanya, Hani...tapi bukan salah Sara dan Suri. Si kembar mana tahu halnya mahu mengelak dari abang handsome itu.

“Terima kasih bagi abang tumpang meja...taklah abang makan sorang-sorang..” Oooi...abang handsome dah keluar ayat sedih.

 Sambil makan,sambil pancing. Omar nak pancing apa?..kalau cakap pun, belum tentu si kembar akan faham. Lagi-lagilah kalau buaya darat yang nak memancing.

Terkebil-kebil Sara dan Suri merenung Omar. Simpati agaknya.

“Selalu ke Kak Hani bawak Sara dan Suri makan KFC kat sini ?..mungkin kita boleh berjumpa lagi.”Omar tersenyum sambil memandang Yuhanis di sisinya. Soalan ni tanya kat sapa pun Yuhanis tak tau. Macam tanya kat Sara dan Suri...tapi boleh pulak pandang kat Yuhanis.

Sara dan Suri menggeleng-gelengkan kepala. Tentu Sara dan Suri menyangka abang handsome adalah kenalan Yuhanis. Dah tu duduk dekat, macam dah kenal lama.

 Yuhanis mendiamkan diri...tapi di kepala cuba merangka ayat-ayat sopan nak suruh Omar yang dah habis makan pergi dulu...tapi tak jadi sebab abang handsome telah meminta diri. Bagus ! Goodbye and bye,bye....tahu jugak dia jaga diri.

Sedang mereka bersiap untuk bergerak keluar, datang seorang pelayan menjinjit dua beg plastik besar ada logo KFC di kedua-dua belah tangan. Hadiah tanda terima kasih untuk si kembar...dan sebab sudi berkongsi meja,kata pesanan  penaja..siapa lagi?..Encik Omar empunya diri...melalui pelayan yang mewakili.

Yuhanis tak boleh tolak sebab KFC tu bukan untuknya...Sara dan Suri sudah tersenyum-senyum. Senyum lebar sampai ke telinga. Nampaknya tak jadilah mereka nak ke mana-mana lagi. KFC dah ajak balik !

* * * * * * * * * *

Lepas solat Magrib dan mengaji baru dua baris Yuhanis  surrender. Awal-awal dah tumbang. Penat sampai tak sempat nak menghafaz. Entah berapa lama Yuhanis terlena.. Cuma tersedar bila terdengar deringan telefon bimbitnya. Yuhanis segera mencapai telefon yang terletak di atas meja solek. Tengah cas bateri.

“Mak ngan ayah sihat ke ?” tanya Yuhanis selepas menjawab salam Mak Azmah.

“Kami dua-dua sihat...saje mak telefon. Nak telefon siang tadi, risau pulak kot-kot Hani dengan Mizan ada hal kemana-mana. Mak tak naklah kacau...lagi pun bukan ada perkara mustahak nak cakap pun.”

“Ala mak, kan Hani dah pesan kat mak...bila-bila pun kalau mak terasa nak cakap ngan Hani, mak call aje...tak payah risau-risau... baju kot ke, baju melayu ke...kalau mak tengah pakai sari pun boleh call Hani, hi,hi,hi...

“Ish, budak ni...loyar buruk pulak. Abang Mizan kamu tengah buat apa..kalau boleh bila Hani nak berbual dengan Nizam mintalah izin Mizan, dia suami Hani...mak tak mahu nanti dia salah sangka ..tak pasal-pasal dia cemburu pulak.

‘Bercakap pun tidak, nak minta izin apenye...lagi-lagilah cemburu. Cemburu amende...suka pun tidak’, bisik Yuhanis di dalam hati.

“ Mmm,ok mak...er, lain kali mak buat miss call aje, Hani akan call mak balik dengan segera...ayah tengah buat apa mak ?” Yuhanis segera tukar tajuk...jauh dari bab suami dan bab cemburu-cemburu...nak elak dari sakit hati je... erk..sakit hati pasal suami tak cemburu?..ha,ha,ha..dia pun sama naik mereng macam ‘The Rock’.

“Ayah kamu....waktu ni ke masjid le...nak ke mana lagi. Haa, Nizam pun pergi sekali...Mak rasa senang hati sikit tengok Nizam sekarang ni...dah macam dulu, ke masjid pun dah rajin. Haa, sebelum mak lupa...ni, mak nak cakap terima kasih kat Hani kerana mau juga bercakap, bagi nasihat, bagi semangat kat Nizam.”

“Ala mak..apale yang Hani buat...tak ada apa-apa pun...mak, Hani rasa lama betul Hani tak jumpa mak ngan ayah...Hani rasa rindu pulak nak balik.”lagi sekali tukar tajuk. Malas nak cakap pasal Abang Nizam juga. Ada rasa sedikit kesal di hati..tapi Yuhanis sedang berusaha membaik pulih hati...hu,hu...redho’lah hati,mesti ada hikmahnya Allah jodohkan dia dengan ‘The Rock’ si hati batu, Yuhanis memujuk hati.

“Kalau Abang Mizan kamu tu boleh balik ...Hani bolehle balik sekali. Balik berdua...manis sikit...Mak bukan apa, ni...si Shila tu...bukan Hani tak kenal dengan perangai dia ...cemburu semacam....Shila tu sebenarnya takut  Nizam nanti rapat dengan Hani.”

“UH, nak cemburu buat apa...Hanikan dah kahwin dengan Abang Mizan, Hani dengan Abang Nizam dah jadi adik dengan kakak ipar....apa lagi dia nak risaukan.”

“Entahle susah mak nak cakap....mungkin dia sayang jugak kat Nizam tu,iyalah...orang perempuan dengan suami, tak suka tak sayang pun....kalau dah tidur sekatil sebantal...lama-lama boleh jatuh suka, cinta...sayang....Haaa...macam Hani dengan Mizan kan ?”

Yuhanis telan air liur, nasib baik tak tersedak. Mak Azmah ni saja suka-suka serkap jarang....’.Mmmm, alahai, nak kena bohong sunat kat mak lagi le nampaknya.’

“Kami ok..biasa-biasa je mak...Cuma Abang Mizan tu sibuk dengan kerja memanjang...eem, mak, Hani nak cerita satu benda kat mak....” Hani cuba mengubah tajuk. Kena bawak cerita jauh-jauh darihal rumah tangganya dengan Mizan...lebih-lebih lagi bab tidur sebantal, setilam, sekatil dan entah ape-ape se....lagi.

“Apa halnye?..pasal Mizan ke ?....atau..er, kamu berdua er.. emm.. er..kamu berdua gaduh ke.....kamu..kamu...jangan nak bagi mak risau Hani.”suara Mak Azmah kedengaran cemas. Alahai, kalau Mak Azmah tau hal sebenar..mau pitam jadi puteri beradu...kena tunggu Ayah Marzuki cium kat mulut..baru sedar. Isk, apalah aku melalut ni, marah Yuhanis pada dirinya sendiri.

“Mak tak payah risau-risau....Abang Mizan ok je....mak ingat tak, hari tukan Hani dah cerita kat mak pasal Hani terjumpa dengan budak nama Yusri tu...budak anak yatim tu...Yusri ni ada dua adik perempuan ..tiga-tiga mereka ni masih sekolah, Yusri belajar tingkatan enam atas...hujung tahun ni dia ambil periksa STP...dua orang adik perempuannya pula baru masuk sekolah menengah. Budak-budak ni duduk tiga beradik saja kat rumah peninggalan mak ayah mereka, tak ada sapa-sapa jaga...ada saudara-mara jauh, tapi tak ada sapa nak peduli...jadi sekarang ni Hani kawan dengan budak-budak ni..kadang-kadang Hani pergi tolong kemaskan rumah mereka sikit-sikit....Hani nak.......mak...mak....mak lena apa?”

“Hiss, budak ni..kita dengar dia cerita...kata kita lena pulak.”

“He,he,he...tak adale mak...senyap aje, takut-takut Hani cakap sorang-sorang pulak.”

“Mmm, kalau dekat sini...tentu mak boleh jaga, tolong-tolong tengokkan budak –budak tu...teringin jugak kalau mak dapat jumpa mereka.”

“Hani dah agak...mak mesti cakap macam tu...bertuah Hani dapat jadi anak mak...mak..’the best mother in the world’....nantile bila ada peluang, Hani akan bawak budak-budak ni jumpa mak....tapi dengan satu syarat.”

“Aai..bersyarat-syarat pulak...syarat apa tu ?”
“Mak tak boleh sayang mereka lebih dari mak sayang Hani..mak kena adil..eh, tak delah mak, saja main-main....hi,hi,hi.”
“Aish, budak ni...main-main pulak.”

Sudahnya mak Azmah pula yang tertawa. Lepas sedikit rindu Yuhanis pada mak Azmah. Nak balik Sungai Rokam pun, kena tengok ramalan cuaca. Harap-harap cepatlah mak labu tu bersalin. Cepat bersalin, cepat le Yuhanis boleh balik kampung. Kalau boleh balik bawa Yusri, Sara dan Suri tentu seronok. Tak sabar-sabar Yuhanis nak ketemukan adik-adiknya pada Mak Azmah dan ayahnya.

* * * * * * * * * * *

Sembahyang Isyak sudah. Mengaji sudah. Menghafaz pun sudah...Cuma malam ni Yuhanis hanya menghafaz satu ayat saja...ayat ke sembilan belas surah al- Waqiah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

 Penat macam mana pun Yuhanis berusaha agar tidak tinggalkan lansung usahanya untuk  menghafaz surah al Waqiah.. Itu azam Yuhanis. Yuhanis masih ingat kata-kata Ustazah Kalsum yang mengatakan Rasullullah pernah bersabda iaitu sesiapa yang membaca surah ini, orang itu akan dilindungi daripada kesusahan dan kefakiran. Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan.

Badan dah penat...tilam nipis pun nampak indah. So..landing time! Tangan Yuhanis menggagau novel di bawah bantal. Waktu rehat hendak diisi dengan membaca sedikit...perlu bacaan yang ringan dan mengembirakan hati. Sebab itu Yuhanis suka novel yang ada unsur-unsur komedi dan lucu.

Kalau hidup sendiri pun ada masaalah dan sedih...buat apa nak baca cerita yang sedih lagi. Buat menambah senak di dada. Pahit di hati. Sesak di jiwa.

 Baik baca novel romantik dan lucu...aaa, itulah favourite Yuhanis. Mungkin besok Yuhanis nak meluangkan sedikit masa untuk ke kedai buku. Nak cari novel baru yang best-best. Yang lucu. Yang kelakar.

Ha,ha,ha...nak pergi ke ceruk kedai, koyak plastik pembalut, baca kat depan sikit, kat tengah sikit dan kat part akhir...tang happy ending tulah...Jangan kena jerkah dek tuan kedai sudah...itu baru sad ending...isk,isk,isk.

Yuhanis membuka muka surat yang ditandanya dua malam sudah. Sambil membetulkan badannya Yuhanis mula membaca.

“RING<RING<RING.....

Kelam kabut Yuhanis mencapai telefonnya. Janganlah bunyi deringan telefonnya menerjah sampai ke bilik orang kat atas tu. Manalah tau, malam-malam yang sunyi sepi begini...jarum jatuh ke lantai pun boleh kedengaran kuat seperti bunyi bom meledak.

‘Abang Nizam !’

Salam disambut. Tugas kaunselor rumah tangga sudah bermula ! Suka tak suka, sedih tak sedih..Yuhanis kena sabar melayan. Rupanya bukan senang nak membalas jasa orang ...sampai mati agaknya. Untuk orang yang mengenang jasalah...sebab itu orang yang tak tahu membalas jasa ...dipanggil, orang yang tak kenang budi...kenapa bunyi pun macam tak sedap didengar ye... eerrk!!

“Yuhanis dah tidur ke?..”.

“Dah..”

Ha,ha,ha...Nizam ketawa.

“Kenapa Abang Nizam ketawa pulak ?”....Yuhanis menduku kepala sendiri. Azam nak panggil Nizam saja..tapi tak jadi-jadi. Dah terbiasa berabang dengan Nizam membuatnya sukar untuk menukar panggilan itu walaupun status mereka sudah berubah.

“Ada orang sedang mengigau menjawap telefon...hi,hi,hi....sorrylah, kalau abang mengganggu....sebenarnya abang rindu dengan Hani....abang nak...

HUH !!.....Yuhanis kecut perut. Kata-kata Nizam seterusnya sudah kedengaran tenggelam timbul di telinganya.

“Hani setuju tak ?”

HUH !...setuju apa ni?....setuju kahwin lari ke ? Bingung! Bengong!

“Hani tak dengarlah...telefon ni meragam sikit.”

“Abang kata...abang dah fikir masak-masak...abang nak kita....

“Sekejap-sekejap...abang kat mana sekarang ni?”Yuhanis bertambah risau. Takut jadi orang ketiga.

“Abang kat dalam kereta, kat luar...malas nak berada kat rumah tu, lagi-lagi kalau abang  bercakap lama sikit kat telefon, mesti bergaduh dengan Shila...kalau boleh telefon abang ni pun dia nak jaga.”

“Dia cemburu kot...bila ada cemburu tandanya ada sayang. Lagi pun isteri mana tak rasa cemburu kalau suaminya bergayut kat telefon dengan perempuan lain....Abang Nizam kena sabar, kena faham dengan isteri abang tu.”

”Yuhanis lupa ke dia menyebabkan kita terpisah...abang tak cinta dia, abang masih sayang pada Hani.”

“Abang,....kan hari tu kita dah bincang pasal hal ni...apa yang terjadi adalah kehendak Allah...kalau Allah tak izinkan, kita ikhtiar macam mana pun tak akan terjadi...kita kena banyak berdoa, banyakkan sembahyang taubat, sembahyang hajat...sembahyang waktu lagilah kena jaga betul-betul...abang dah janji dengan Hanikan...abang nak berubah.”

“Jadi Hani suka sangatlah tak jadi kahwin dengan abang...apa...Hani dah seronok ye jadi isteri Abang Mizan tu...sampai Hani dah lupa pada cinta kita, janji kita.”

“Abang,... kita kena belajar redho..kita sama-sama dah kahwin....Hani dah kahwin, Hani kena setia pada suami...selagi Abang Mizan mahu Hani jadi isterinya, selagi itu Hani akan berada di sisinya.”

“OK..kalau Abang Mizan tak mahu Hani....maknanya Hani boleh balik pada abang?...begitukan ?”

“Eh, apasal abang cakap macam tu....isteri abang tu nak letak kat mana...tak lama lagi dah nak bersalin...baby tu tentu co....

“Itu bukan anak abang!...Hani kan dah tahu, Shila tu mengandung bukan anak abang!”

“Ok,ok...abang bertenang, istigfar banyak-banyak...apa-apa pun dia isteri abang...dah tidur sebantal, sekatil,....abang dah bersama Shila...[glup!!!..Hani memukul-mukul mulut sendiri yang terlebih pandai]....maksud Hani..abang dah kahwin selama enam, tujuh bu...

“Ok...betul!...abang dah kahwin dengan Shila..kami dah sebantal, sekatil selama exactly enam bulan...abang dah bersama Shila banyak kali...’having sex with her’...HAH!..itu yang Hani nak tanyakan....Ingat abang tak cemburu ke mengenangkan Hani sebantal, sekatil dengan Abang Mizan...’sleeping with him, having sex with.... 

TUT,TUT,TUT....TUT,TUT,TUT.....

Yuhani terkedu seketika. Kaunseling yang tak menjadi. Yuhanis menggaruk-garuk kepalanya yang tetiba terasa gatal sangat-sangat. Macam mana jadi macam ni....tulah, mulut ni...suka tercakap salah. Salahke apa yang dia cakap tadi?

‘Bersama’...tanyale kat cikgu sekolah mana-mana...Yuhanis pasti dia tak salah cakap. Abang Nizam yang otak kuning, otak biru, otak hitam..ape-apele! Yuhanis geram pada Abang Nizam.

Yuhanis melempar novel ke lantai....kemudian nak melempar telefon pula...tapi tak jadi. Yuhanis sayang telefon pemberian Abang Nizam, hadiah yang terakhir kepadanya. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan lagi tempat bermanja.

Telefon Yuhanis berbunyi lagi. Entah yang ke berapa kali...Yuhanis malas nak cakap lagi. Sudahnya Yuhanis matikan telefonnya. Cuma kali ni, tak kena rongkah...nasiblah kau telefon.

Sudahnya sampai sayup malam Yuhanis masih terkebil-kebil dalam gelap, melayan mata yang tak mahu lena. Semuanya gara-gara sebab sudah sedap dapat lena selepas Solat Magrib tadi. Juga sebab paling, paling besar... sebab mulut Abang Nizam.

Terngiang-ngiang kata-kata Abang Nizam sebentar tadi....eeeeiii, malunya nak sebut tapi kepala otaknya yang tak malu teringat-ingat. Tiba-tiba Yuhanis teringatkan ‘The Rock’ yang tentunya sedang sedap-sedap lena kat atas.

Mizan kat atas. Yuhanis kat bawah. Bantal masing-masing. Katil asing-asing.

Yuhanis menarik selimut menutup seluruh tubuhnya. Dari kaki sampai kepala....harap-harap dia dapat menutup mindanya dan matanya sekali.

* * * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment