Wednesday 26 December 2012

PTRNTD Bab 8

“Assalamualaikum.”

Nizam terkedu. Rasa tak percaya mendengar suara yang sangat dirinduinya. Bukan setakat suara, malah tuan empunya suara juga. Telefon bimbitnya dilekap kemas di telinga. Dia tidak silap dengar. Suara itulah yang menemaninya siang dan malamnya satu waktu dulu...

“HANI !...Hanii....” bergetar suara Nizam. Hati terasa sebak. Nizam tak sangka Yuhanis akan menalifonnya. 

Rupa-rupanya Yuhanis masih sudi bercakap dengannya.

Sepi seketika. Yuhanis terkelu mendengar sebak yang mengiringi namanya yang diseru penuh syahdu. Yuhanis menggigit bibirnya menahan perasaan.Aah...sukarnya.

“Hani..abang tahu Hani masih di sana. Terima kasih kerana sudi call abang. Abang tahu Hani  marah pada abang...Hani benci abang sangat-sangat...abang faham...abang yang salah dalam hal ini...abang lelaki bodoh...patutlah Allah uji abang sebegini...itu saja yang abang dapat mengandaikan kenapa abang ke..hi..langan Ha..ni...abang...a..ab..ang....” Nizam kehilangan kata-kata. Nizam turut kehilangan kemachoannya...

Sebutir-sebutir bak  rantai manik terputus talinya..... Yuhanis turut menitiskan air mata apabila mendengar esakan Nizam di hujung talian. Seumur hidupnya tak pernah dia lihat Abang Nizam menangis. Sekarang esakan di telinganya seperti saja Abang Nizam berada rapat di sisinya.

 Kesian Abang Nizam. Yuhanis perlu buat sesuatu. Kemarahannya telah hilang setelah mendengar cerita dari Mak Azmah. Kini simpati dan kesedihan pula mengambil tempat di hatinya. Apa lagi yang dia boleh buat ?

 Apa pun yang telah terjadi, Yuhanis masih ingat kebaikan yang pernah dihulurkan lelaki itu kepadanya semasa zaman kecilnya, semasa zaman sekolah dahulu. Mungkin peluang ini boleh digunakan untuk membalas budi baik Abang Nizam kepadanya selama ini.

Abang Nizamlah yang selalu memujuknya bila Yuhanis menangis kesedihan. Dari mula dahulu...selepas kejadian sedih menimpanya...Abang Nizamlah yang  selalu tolong menyapu si air mata, sentiasa berusaha menghiburkannya. Abang Nizamlah yang selalu berada disisi Yuhanis sehinggalah dia melanjutkan pelajaran keluar negara. Yuhanis pula belajar di dalam negara.

“Abang, tolonglah bang...kalau abang menangis begini..Hani tak boleh nak cakap ...nanti Hani yang nangis lebih-lebih...abang..sabarlah...jangan menangis lagi, cuba kuatkan semangat.”pujuk Yuhanis mendengar esakan Nizam  yang masih tidak berhenti. Bukan berhenti, malah bertambah deras sedu Nizam.

Kesudahannya....hu,hu,hu...Yuhanis menangis di sini.

Beriringan...isk,isk,isk....Nizam teresak-esak di sana.

{Yang dapat untung, tentunya syarikat telekomunakasi.}

Yuhanis berselawat beberapa kali.Yuhanis mencari kekuatan untuk memberi kekuatan kepada bekas tunangnya....orang yang pernah dicintainya. Orang yang pernah menyayanginya...dan masih?

“Abang Nizam ni degillah...kan Hani bilang jangan sedih-sedih...tengok dengan Hani sekali...tak pasal-pasal ikut sedih.” Bebel Hani. Buat-buat garang.

“HA,HA,HA....”tiba-tiba Nizam ketawa besar...juga dengan sisa-sisa sedu.

“Isk,isk...ok,ok...Hani tunggu sana..nanti abang nak...

“Abang jangan nak buat kerja gila datang sini....Abang Nizam duduk diam-diam kat Sungai Rokam tu...kita cakap kat telepon saja...”

“Abang bukan nak ke sana...abang pun tak berani nak berdepan dengan Hani...kalau waktu ni Hani depan abang, tentu abang akan peluk Hani kuat-kuat...

“A..b.a..n.g...tolong jangan cakap merapu....Hani tak suka...Hani kan dah..

“Ok..sorry-sorry...abang terlalu ikut perasaan....abang nak naik kereta ni...nak keluar cakap dengan Hani kat luar sambil makan angin....nak cakap dengan tenang. Abang call kejap lagi....janji dengan abang, Hani tak buat abang.. macam hari tu lagi.”

“Hani buat apa kat abang?”Hani pura-pura tak tahu.

“Hari tu...Hani tak mahu cakap dengan abang kan? Hani baling telefon ke dinding ke?” duga Nizam.

“Memandai aje Abang Nizam ni...bateri Hani habislah.”Yuhanis mereka alasan.

“Mmm, yelah tu...apa pun abang lega Hani sudi cakap dengan abang hari ni, abang rasa seronok sangat....er,er.. Abang Mizan tak bagi Hani cakap dengan abang ke?”

”Kalau dia tak kasi....sekarang sapa yang tengah cakap ni?...hantu?”

“Ok,ok....abang kena letak dulu...tiga minit lagi abang call Hani.

* * * * * * * * *

Uhuk,uhuk,huk...

Mizan tersedak. Bukan sekali. Sudah tiga empat kali Mizan tersedak.

Tertunduk-tunduk Mizan menggosok lehernya kemudian melurut turun ke dada. Perit tekaknya. Mizan meneguk air dari gelasnya sampai tinggal setengah.

“Kau ni kenapa, Mizan?.... tersedak-sedak, dah berapa kali...Nah, minum air masak ni perlahan-lahan, sikit-sikit dulu.” Sharif menolak gelas air masaknya ke hadapan Mizan. Dia ada segelas air sarsi lagi.

“Ada orang sebut-sebut nama kaulah tu Mizan...entah sapalah agaknya ye?” kata Zulkifli pula sambil mengunyah. Sesuap nasi masuk ke mulutnya lagi. Tambah secubit sayur kangkung goreng pula. Kemudian paha ayam goreng dibawa ke mulut lalu di sagut.

“Kau ni Zul, makan sambil bercakap, sudahlah makan pun gelojoh.....karang kau pula tersedak,tercekik, baru tau.” Tegur Sharif kepada rakannya.

“Sapalah nak sebut nama aku...mak we tak ada, tunang pun tak ada, bini lagilah jauh panggang dari api.”jawab Zulkifli sambil menyambung menghabiskan makan tengaharinya. Masih ada setengah pinggan lagi. 
Perut tengah lapar...waktu rehat pun bukannya panjang mana.

“Kau dah ok ke ni Mizan?...sambal sotong tu pedas sangat kot...kau sumbat sampai sekor sekali, apa tak tersedak.” Hilang simpati ...kini Sharif membebel pula pada Mizan.

“Taklah pedas mana...biasa je, nak tersedak jugak...nak buat macam mana.” Jawab Mizan. Gelas air masak diletakkan semula ke atas meja. Matanya merenung baki makanan di dalam pinggannya. Tak dalah dia mengambil kuah sambal tumis pun...Cuma sekor sotongnya saja...tapi kenapa tetiba wajah Yuhanis yang terbayang di matanya.

‘ Jangan-jangan betul tekaan Zulkifli ni...Entah apalah budak tu mengutuk aku...’ bisik hati Mizan.

“Eh Mizan, ...kau dengar tak mulut murai.com.my kat ofis kita sekarang dok panas cerita pasal ex kau tu dah balik Malaysia....dia balik sorang. Suami ‘mat saleh’ dia tak ikut sekali...jangan-jangan mereka dah bercerai kot....jangan-jangan dia yang terkenang-kenang dan sebut-sebut nama kau tak Mizan.” Cerita Zulkifli sambil mengunyah.

“Aah...malaslah aku nak ambil tahu pasal dia lagi...aku dengan dia sudah tiada apa-apa kaitan lansung...aku tak mahu dia cari aku...aku pun tak mahu jumpa dia.”

“Perempuan macam tu tak patut dibagi muka....perasan cantik sangat....kalau dah suka dedah sana sini,orang puji sexy, lansung lupa diri...lupa suami...kalau dia datang cari kau Mizan, kau jangan nak layan.” Sharif beriya menasihat Mizan. Dah seperti meniup bara api saja.

“Tak ada masa aku nak layan dia....malas aku nak dekat dengan mana-mana perempuan ....aku kahwin pun....er..ops...

“Kau dah kahwin !!” serentak Sharif dan Zulkifli bertanya. Kedua-duanya merenung tajam ke arah Mizan.

“Ssss....apa kauorang berdua ni?.. cakap kuat-kuat pulak....aku kata ...kalau aku nak kahwin pun, bukan sekarang.....haa, aku tunggu kau berdua kahwin dulu...amacam.”ujar Mizan cepat-cepat menutup kesilapannya....sambil memandang keliling sekilas. Harap-harap tak adalah sesiapa mendengar kata-kata yang terhambur dari mulut Sharif dan Zul sebentar tadi.

Bukan Mizan tak tahu kewujudan kelab gosip di syarikat itu. Kalau dia bercakap lama sikit dengan mana-mana pekerja perempuan di situ...esok sudah tentu ada cerita mengatakan Mizan berminat dengan perempuan tersebut.

 Kalau ada wanita yang dapat duduk berdekatan dengannya...besok siap ada cerita dia dan wanita itu sedang berpacaran. Entah apa-apa lagi cerita yang diada-adakan sampai Mizan dah tak kuasa nak ambil tahu.

Zulkifli sudah berhenti makan. Ada tajuk sedap...hot and spicy yang tetiba dia teringat. Sehot..’Hot top model’...ex-wife Mizan yang sexy.

Cerita panas di ofis bukan pasal model sexy itu tapi.... Berita panas tentang duda panas di ofis mereka. 

Gadis mana yang tidak berminat dengan Mizan. Semua gadis-gadis di ofis teringin menjadi teman pengganti buat duda yang paling handsome di kalangan kaum lelaki di Sharikat Puncak Gagah. Sudahlah handsome, jawatan bukan cikai punya jawatan. Kalau jawatan dah tinggi, gaji pun sudah tentulah tinggi....taklah setakat tiga empat ribu sepertinya.

 Mizan selaku CEO yang paling muda dan sangat dedikasi dan serius dengan kerjanya. Semua pengarah sayang dengan Mizan...sebab itu cepat saja naik pangkat Mizan. Mizan memang layak kerana hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja. No play-play.

Zulkifli teringat akan Zulaika, salah seorang kerani di syarikat itu... gadis yang cuba didekatinya. MMm...hampa. Usahkan gadis...malah janda-janda yang ada juga semua memasang angan-angan agar dapat menarik perhatian Mizan. Semua teringin menjadi teman hidup Mizan. Teman serumah dan teman seranjang Mizan.

“UHUK,UHUK,UHUK” Zulkifli pula tersedak. Bukan tengah mengunyah. Juga bukan tengah minum. Boleh pula tersedak. Dia sebenarnya sekarang sedang fobia dengan mak janda.

Mizan dan Sharif serentak menolak gelas air masing-masing ke arah Zulkifli. Zulkifli mencapai gelas air teh limau Mizan yang sudah tinggal separuh. Diteguknya sehingga habis. Tekaknya masih terasa kering dan kesat. Minuman di gelas Sharif pula dihabiskan. Sharif sekadar melihat saja air sarsinya habis tiada berbaki.

“Haa...ni mak we mana yang sebut-sebut nama kau ni Zul.... kalau ikut teori kau...ni mesti si Zulaika kot....mesti dia tengah teringat...sebut-sebut nama kau tu.” Sakat Mizan bila melihat Zulkifli yang terkebil-kebil. Tadi dialah yang rajin bercakap...tetiba diamlah pulak.

Zulkifli menelan air liurnya. Kering tekaknya teringatkan perbualan tiga mak janda yang berbual tentang Mizan semalam. Ketiga-tiga mak janda tidak sedar akan kehadirannya yang sedang mencari fail di sebalik almari-almari fail yang tersusun rapat di bilik fail. Zulkifli tak tau pulak bilik fail itu telah menjadi ‘pot’ mak janda mak janda di situ berdiskus pasal duda terhangat di pasaran.

Habis cerita luar dan dalam kelambu dibualkan. Masing-masing masukkan nama Mizan dalam kelambu masing-masing. Wooosh...habis tercemar telinga bujangnya yang masih suci murni petang itu. Nak cerita pada Mizan pun Zulkifli tak berani. Nak cerita pada Sharif pun dia kena fikir sembilan sepuluh kali. Sudahnya dia kena belajar lupa-lupakan.... Tak pasal-pasal dia yang tercemar.

“Eh, aku ni karang lepas lunch ada mesyuarat dengan Dato’ Syukur...jomlah cepat, sembahyang zohor pun tak lagi ni.” ujar Sharif kemudian terus mengadap pinggan nasinya dengan tekun. Kepala sudah teringat kerja yang perlu dibereskan. Big boss nak datang.

Zulkifli hilang selera....tapi dia terus tunduk menyumbat nasi sesuap lepas sesuap ke dalam mulutnya. Zulkifli seriau...takut nak angkat muka bila terpandang tiga sekawan mak janda selang tiga buah meja sedang tersenyum-senyum memandang kearah mejanya...eh, bukan...ke arah Mizan.

Mizan menyuap perlahan-lahan. Fikirannya melayang ke rumah...kemudian teringat kata-kata Zulkifli sebentar tadi. Benarkah?...kalau Suraya mencarinya...datang ke rumahnya....Yuhanis? .....kalau terjumpa Yuhanis bagaimana?

* * * * * * * * * *

“Jomlah cepat Yusri...kan kita dah janji nak ke rumah awak hari ni...Yusri ambil cuti saja hari ni, tak payah kerja.”

“Amboi kak...dah bunyi macam boss Yusri je arahan akak ni.”omel Yusri.

“Saya kan kena cepat balik... nanti baru sampai, dah nak kena balik ...buat penat je.”

“ Ok,ok...Sekejap ye kak...Yusri cakap sendiri dengan Puan Juwita....Kak Hani dah berkenalan ke dengan Puan Juwita?”tanya Yusri sambil meletakkan beg sekolahnya di kerusi kosong di sebelah Yuhanis.

“Dah dekat setengah jam saya tunggu kat sini...dah kenal, dah puas berbual tadi..Kak Timah tu siap kenalkan saya pada Puan Juwita sebagai kakak saudara awak lagi.”

“Mmm..Kak Timah malas nak cerita panjang-panjang agaknya... Kak Timah tu dah faham dengan perangai Puan Juwita tu.... kalau cakap kita tak ada apa-apa talian...siaplah Yusri kena pasang telinga dengar nasihat dia.”

“Kenapa...Yusri suka mengorat perempuan ke?”

“Eh, tak dalah kak...orang pompuan yang suka ngorat Yusri...dok kerumun kat kedai dobi ni sampai Yusri tak boleh buat kerja..hi,hi,hi.”

“Amboi bercakap bukan main lagi ye...sekolah pun tak habis lagi....kenapa lambat hari ni...kelas habis pukul berapa? ...sekarang ni dah pukul dua lebih.”

“Budak form six habis kelas pukul satu empat puluh lima...darjah satu bolehlah balik pukul dua belas kak....lagi pun motor Yusri tu bukan boleh bawak laju-laju...tak pasal-pasal nanti langsung tak sampai-sampai...tersadai kat tepi jalan je nanti.”

”Ok,ok...pergi cepat jumpa boss awak tu....saya tahan teksi...saya ikut dari belakang.”kata Yuhanis sebelum mencapai beberapa beg platik yang berisi makanan tengahari untuk dibawa ke rumah Yusri.

Sudah lama merancang, baru hari ini Yuhanis dan Yusri dapat susun jadual mengikut masa yang sesuai. Yuhanis merancang untuk makan tengahari bersama Yusri dan dua adiknya. Selepas solat Zohor di masjid, Yuhanis sempat  membeli serba sedikit buah-buahan dan beberapa jenis makanan ringan untuk ‘adik-adik 
barunya’.

Satu bekas agar-agar laici kesukaaan tiga beradik itu juga turut dibawa. Termasuk  puding jagung yang telah dibuatnya kelmarin. Hajat Yuhanis untuk menghantar puding jagung pada Yusri semalam terpaksa ditunda akibat matanya merah dan sedikit bengkak akibat  kes menangis semasa berbual dengan Abang Nizam. 

Sudahnya puding itu duduk bermalam di dalam peti sejuk ‘The Rock’.

* * * * * * * * * *

“Kembar !”Yuhanis begitu teruja.

Yusri mengangguk. Dua gadis sunti di sebelahnya juga serentak mengangguk sama.

“Oh. ...tak sangka adik-adik awak ni kembar....kembar seiras pulak tu...ni,saja nak kenakan saya ye?”usik Yuhanis sambil tersenyum memandang kembar comel yang hampir serupa wajah mereka.

“Taklah...Cuma nak bagi ....’surprise’ kat akak..”kata Yusri tersengih-sengih.

“Haa...kenalkan diri masing-masing kat Kak Hani....abang nak mandi dan sembahyang zohor sekejap....kak, duduklah....buatlah macam rumah sendiri, bukan ada sapa-sapa...kami bertiga saja.” Kata Yusri sebelum melangkah ke belakang ke salah satu dari tiga bilik rumah teres itu.

“Saya Sara Aryana.” Sara menghulurkan tangannya bersalaman dengan Yuhanis dengan malu-malu. Yuhanis meneliti wajah comel Sara di hadapannya.

“Saya Suri Aryani.” Suri juga bersalaman dengan Yuhanis sambil tersenyum simpul. Yuhanis cepat saja dapat menangkap perbezaan kembar itu. Mata pelukislah katakana.

“Saya Yuhanis...janganlah malu-malu dengan saya tau, nanti saya pun jadi malu nak datang sini lagi.” Balas Yuhanis sambil mengusap bahu Sara dan Suri serentak. Rasa kasihnya serta merta tertumpah pada kembar itu. Rasa mahu saja dipeluknya mereka berdua...tapi takut pula mereka terkejut.

Sara dan Suri sama –sama menganggukkan kepala mereka. Tak berkelip mata mereka melihat kakak cantik yang selalu mengirim makanan kepada mereka.

“Erm..kakak nak minum apa...Sara boleh buatkan.” Tanya Sara kepada Yuhanis.

“Sara ngan Suri pun baru balik sekolahkan?...tentu belum makan tengahari lagi....er....

Yuhanis terhenti kata-kata seketika bila melihat Sara dan Suri berbalas pandang dengan muka serba salah.

“Er,er...kami baru nak masak...tadi baru habis sembahyang... tapi abang cakap...er..er...

Yuhanis mengeluh di dalam hati...belas hatinya melihat gadis kecil yang terpaksa berdikari di usia muda begini.

“Hari ni tak payah masak...saya er..akak dah bawa nasi. Kita makan sama-sama hari ni, ok. Sara, 

Suri...mm..jom kita menghidang kat dapur..boleh kita berbual-bual sambil tunggu Yusri.”ujar Hani sambil menghulur beberapa beg plastik yang dibawanya kepada gadis kembar yang masih tegak merenungnya.

Tiba-tiba Yuhanis membahasakan dirinya ‘kakak’ kepada dua beradik kembar sedangkan bersama Yusri dulu Yuhanis sedikit kekok walau pun Yusri dari awal lagi sudah memanggilnya kakak....tapi iyalah siYusri tu bekerja, semua pelanggan muda dipanggilnya kakak.

Tiba di dapur Sara kelam kabut mengemas meja makan yang terletak di penjuru dapur berdekatan pintu dapur. Seketika Sara mencapai kain buruk... sibuk pula dia mengelap meja makan tersebut.

Yuhanis meletakkan beg plastik di atas meja bersama beg yang dibawa Sara dan Suri. Ligat mata Yuhanis melihat keadaan dapur tiga berdik itu. Ya...mereka berdua perlukan seorang kakak. Yuhanis akan menjadi kakak yang akan menjaga mereka bertiga mulai hari ini.

Keadaan dapur tidak terurus. Semuanya nampak tidak berkemas, kusam dan menyedihkan. Yuhanis perlu lakukan sesuatu....ah, bukan sesuatu...kalau boleh Yuhanis mahu lakukan  hal rumah semuanya untuk mereka. Berapa banyaklah yang Yusri mampu lakukan seorang diri. Lagi pun Yuhanis punya banyak masa....sementara dia masih menganggur...belum merancang untuk memohon kerja.

Tanpa disuruh Suri sudah meletakkan beberapa biji pinggan dan mangkuk di atas meja. Yuhanis melihat Sara pula sedang mengambil gelas dari kabinet pinggan mangkuk lalu menyusun empat biji gelas di dalam talam.

“Ambik sudu sekali Suri.” Kata Sara. Suri mengangguk sambil tersenyum malu-malu kepada Yuhanis yang sedang mengeluarkan bungkusan makanan dari beg plastik.

Yuhanis meletakkan setiap bungkusan makanan ke dalam bekas yang bersesuaian. Bungkusan ayam goreng diletakkan ke dalam pinggan leper. Bungkusan kari daging ke dalam mangkuk besar. Bungkusan jelatah timun dan nenas ke dalam mangkuk kecil, bungkusan sotong goreng ke dalam pinggan besar..dan yang 
akhir....bungkusan papedom goreng ke dalam pinggan lengkung.

“Sekarang kita buka dan letakkan makanan dalam bekas semua ni.” kata Yuhanis seraya mencapai bungkusan yang berisi kari daging dan membuka getah ikatan. Dengan berhati-hati Yuhanis menuang kari ke dalam mangkuk...lalu di letakkan di tengah meja.

Sara dan Suri mengikut saja. Cekap saja kerja yang mereka lakukan. Budak dah biasa berdikari. Sekejap saja semua dah siap terhidang. Bungkusan nasi diletakkan ke dalam pinggan makan dan disusun di meja makan empat segi itu.

 Yuhanis turut membeli nasi tambah. Dia hendak menjamu tiga beradik itu makan puas-puas. Kalau boleh mulai saat ini Yuhanis tidak mahu mereka hidup susah lagi. Yuhanis rasa dia mampu memberi sedikit kesenangan hidup kepada tiga beradik itu. Yuhanis mahu mereka membesar dengan gembira seperti Yuhanis dipelihara Mak Azmah dan ayah angkatnya Encik Marzuki.

Rupanya ada hikmah di sebalik ‘The Rock’ terlambat bangun tempoh hari ....rupa-rupanya Allah nak temukan dia dengan tiga adik beradik yatim piatu ini rupanya. Sedangkan sudah sebakul dia membebelkan ‘The Rock’...mm, lepas ni Yuhanis akan buat baik pada’The Rock’ untuk menebus kesalahannya. Rupanya setiap kejadian yang terjadi adalah kehendak Allah .....dan ianya berlaku ada bersebab.

“Sara dan Suri belajar darjah berapa?” tanya Yuhanis sambil tangan mengeluarkan bekas plastik berisi agar-agar laici dan puding jagung.

“Tingkatan satu kak... kami duduk satu kelas.” Jawab Suri sambil menghulur dua pinggan leper kepada Yuhanis.

“ Sara ngan Suri pergi balik sekolah naik apa?” tanya Yuhanis lagi.

“Pagi naik motor sekali dengan abang...balik naik bas.” Jawab Sara. Yuhanis cepat dapat mengecam dua beradik kembar itu sebab Sara ada tahi lalat di hujung kening kanannya.

“Tiga orang naik sekali...polis tak tahan ke?”

“Pagi-pagi mana ada polis lagi kak...lagi pun..abang kata jimat sikit duit.” Tulus dari Sara. Yuhanis menelan air liur. Budak-budak sifatnya selalu terus terang..tak pandai nak sorok-sorok seperti orang dewasa.

“Selalu sapa yang masak untuk makan tengahari...sapa yang pandai masak ni?”

“ Tak dalah masak-masak apa pun kak...Selalu Sara yang masak nasi, Suri goreng telur, lepas tu makan dengan kicap...kadang-kadang buat nasi goreng....nak tunggu abang,kelas abang habis lambat...lagi pun abang kena terus pergi kerja....jadi Sara ngan Suri pandai-pandailah....tak nak susahkan abang.”jawab Sara yang lebih ringan mulut berbanding Suri yang agak pemalu.

Kering tekak Yuhanis. Dada pun dah rasa ketat semacam. Yuhanis pun anak yatim piatu...tapi tak pernah makan nasi dengan kicap. Kepala Yuhanis mula mereka, merancang perkara yang dia boleh lakukan untuk ‘adik-adiknya’.

Yuhanis menyusun agar-agar laici ke dalam satu pinggan dan diletakkan di tepi meja.Boleh dibuat sebagai pencuci mulut selepas makan nanti. Sara turut menyusun puding jagung pula.

“Kakak nak minum air panas ke, sejuk.” Tanya Suri.

“Ikut biasa-biasa sudahlah...selalu buat air apa.”

“Air kosong saja kak.”

“Ok, air kosong saja.”

“..er, tadi abang suruh buat air untuk kakak....kena buatlah....lagi pun ini kali pertama kakak datang sini.” Ujar Sara.

“Alah akak biasa-biasa aje...tapi kalau nak buat juga, jomlah kita buat air sirap.”

Tak payah kita.. Sara dan Suri, seperti lipas kudung....sorang ambil jug, sorang bancuh air gula...lepas tu ais batu dikeluarkan dari peti sejuk kecil yang agak uzur ...sekejap saja ais sirap sudah terhidang di atas meja.

Semua sudah siap terhidang sebaik Yusri selesai sembahyang. Seketika mereka menjamu selera dengan begitu teruja. Yuhanis berasa sungguh gembira melihat  ketiga –tiga beradik itu makan begitu selera. Yuhanis juga turut rasa seronok dapat makan berkawan. Terasa lama betul dia makan sendirian.

 Sambil makan mereka berbual.....sedikit-sedikit Sara dan Suri sudah hilang rasa malu-malu mereka terhadap Yuhanis. Sudah boleh bertanya itu ini kepada Yuhanis. Semuanya dijawab agar mereka lebih selesa dengannya. Yuhanis mahu mereka menerimanya agar Yuhanis dapat membantu dengan senang.

* * * * * * * * * *

Sebaik turun dari teksi, Yuhanis segera membuka pintu pagar. Terkocoh –kocoh dia melangkah masuk dengan tangan menjinjit barang-barang keperluaan yang dibelinya di pekan sebentar tadi. Yuhanis sedar dia sudah agak lewat...tapi masih ada masa. Yuhanis segera menutup pintu pagar dan mengunci mangga kembali.

“PON,PON,PON...”

Serta merta terangkat kepala Yuhanis yang sedang ralit tunduk mengunci mangga.

Alamak !..”The Rock’!... Kereta Camry berwana silver sudah betul-betul berada di hadapan rumah. Takkan 

Yuhanis nak terus juga mengunci magga pintu pagaritu. Tak berakhlaklah kalau macam tu. Sudahlah duduk menumpang di situ...tapi kenapa cepat pulak tuan rumah ni sampai, bisik hati Yuhanis. Kalau berani...bolehlah tanya.EEEe..tak danya!

 Nak mencicit lari pun, dah terlambat. ‘The Rock’ sudah ternampak dia. Yuhanis tak nampak ‘The Rock’ sebab tak kuasa nak menjenguk ke arah kereta. Nanti tak pasal-pasal ‘The Rock’ yang mereng tu ingat Yuhanis nak mengorat dia pulak.

Terpaksalah Yuhanis membuka semula pintu pagar, luas-luas. Dengan hati yang berdebar-debar, Yuhanis melangkah sambil control ayu membuka pintu rumah dan masuk ke dalam....bila sudah di dalam...terus berdesup Yuhanis lari masuk ke biliknya. Taklah nampak sangat dia hendak menyembunyikan diri...lagi pun 
Yuhanis tidak mahu ‘The Rock’ menyangka dia sudah mungkir janji...malah sedang promosi diri pulak...ah, tak kuasa.

Yuhanis segera ke bilik air membersihkan diri dan bersiap untuk sembahyang. Sudah masuk waktu Asar. Semasa di dalam teksi tadi sudah kedengaran azan berkumandang dari surau perumahan itu.

Usai solat Asar Yuhanis terus saja duduk di sejadah. Dia mencapai Quran kecilnya lalu menyambung hafalan surah Waqiah. Hari ini Yuhanis akan mula menghafal ayat ke lapan belas. Sebelum mula menghafal ayat tersebut, Yuhanis membaca dari mula terlebih dahulu sebagai ulangan sebelum memulakan hafalan.

Tanpa disedari Yuhanis terlentok dan terlena di atas sejadahnya. Sedar-sedar biliknya dalam gelap gelita. 

Sayup-sayup kedengaran suara azan Mangrib pula berkumandang. Hari yang penuh dengan aktiviti. Walau pun badan terasa penat, Yuhanis terasa gembira. Rasa satu kepuasan yang sukar dijelaskan.Tidak sabar-sabar rasanya hendak menunggu hari esok.

* * * * * * * * * * 

No comments:

Post a Comment