Sunday 2 December 2012

PTRNTD Bab 5

 Hari agak mendung. Jam menunjukkan baru pukul sepuluh setengah pagi. Selepas mandi dan solat sunat Dhuha, Yuhanis keluar ke dapur. Dia mahu menyediakan sarapan.Hari ini Yuhanis merasmikan dapur. Pertama kali memasak di dapur “The Rock”. Bukan masak apa pun..sekadar goreng telur mata kerbau..makan, kepit dengan dua keping roti Gardenia dan satu mug koko panas.

Selesai sarapan Yuhanis mengeluarkan empat beg platik berisi barang-barang dapur yang dibelinya sedikit-sedikit sebelum ini, lalu menyusun semula di dalam salah satu kabinet di dapur itu. Cuma susu tin, gula, serbuk koko,nescafe dan teh disusun ke dalam laci. Roti dan buah-buahan dibiarkan di dalam biliknya dahulu. Dia tidak mahu mengganggu pemandangan mata’The Rock’.

 Hari ni Yuhanis malas nak keluar,malas nak meronda, lebih-lebih lagi memandangkan cuaca hari itu yang kurang elok. Terasa nak jadi isteri solehah...duduk kat rumah. Tetiba terajin dan baik hati pulak, Yuhanis menyapu dan mengemas ruang tamu. Bukan selerak sangat pun. Melampaulah kalau duduk sendirian, rumah berselerak perak.

 Buku-buku,majalah sukan dan surat khabar disusun dibawah meja. Yuhanis mengelap debu di tempat-tempat yang sudah lama tidak diusik. Pot Mr.Rock senang nak kesan sebab bersih tak berdebu. ..Cuma tempat lepak sedikit selerak.. Kalau ‘The Rock’ ni tikus...memang sah senang je kena perangkap. Pasang je jerat kat sofa tu. Gerenti kena.

 Beberapa pasang kasut kulit hitam, digilap sampai berkilat dan disusun semula dalam kabinet di tepi pintu. Kaca tingkap dilap sampai licin  ‘cyreeeet’. Lantai disapu dan siap kena mop sekali....tapi tak boleh sampai licin. Kesian..nanti ada orang jatuh terlentang pulak. Berdosa kalau aniaya suami.

Selesai semua kerja, jam sudah menunjukan hampir pukul satu setengah tengahari. Badan sudah perpeluh-peluh. Sementara menunggu masuk waktu Zohor, Yuhanis menyapu dan membersihkan dapur pula. Semua benda disusun seperti sediakala...satu inci pun tidak berubah tempat. Dia tidak mahu menganggu ketenteraman fikiran ‘The Rock’...takut taufan melanda!

Usai solat Zohor Yuhanis menyediakan makan tengahari. Makan mee segera sahaja. Nak masak nasi, rasa tak berbaloi pula. Setengah cawan beras, cuma-cuma jadi lantai ‘rice cooker’ saja. Sudahlah saiz periuk yang ada pun sederhana besar. Pasai depa beli ‘rice cooker besar?..entahlah,...tak payah ambil tahu.

Selesai makan dan mengembalikan dapur kepada keadaan normal, Yuhanis berehat di ruang tamu. Saja tukar angin...sambil-sambil berangan jadi tuan rumah...taklah sampai berangan jadi suri di hati tuan rumah. Tak mahulah sampai hidung tak mancung,pipi tersurung-surung.

Sedang sedap membaca novel di sofa, dengan kaki sedap-sedap melunjur di atas meja kopi..tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta di hadapan rumah. Apa lagi...kelam kabut Yuhanis mengutip harta karunnya, novel, sebungkus kuaci dan satu tin air cincau, kemudian mencicit lari masuk ke dalam biliknya.  Tidak sedar...times up.

 Masa untuk jadi ‘halimunan’ dah tiba. Yuhanis mengunci pintu dan menyendal bahagian bawah pintu seperti biasa.....Nasib baik tersedar, jika tidak tak pasal-pasal nanti ‘The Rock’ dapat ‘ heart attack’ melihatnya memakai seluar pendek saja. Dan....harap-harap takdalah kulit kuaci yang tertabur di pot ‘ orang tu’ semasa dia lari mencicit tadi.

* * * * * * *
“ Assalamualaikum...Hello Hani...abang nak cakap sekejap dengan Hani.”

“ HUH !”.....Yuhanis terkedu.

Yuhanis mengurut dadanya. Terkejut sangat-sangat bila mendengar suara Nizam di talian. Berkali-kali matanya merenung nombor yang tertera. Memang sah dan betul itu nombor Mak Azmah...tapi suara itu...,suara Abang Nizam. Yuhanis kenal suara itu. Suara yang pernah dia rindui satu ketika dulu. Sekarang ?.....iiisssh,jangan tanya...Yuhanis masih marah. Kenapa mak kasi nombor barunya pada Abang Nizam...jangan-jangan...

“Hani...tolong jangan tutup tele......

Tut,tut,tut.....tut,tut,tuuut...

‘Kenapa Abang Nizam perlu menaliponnya....sedang dia cuba untuk memadam nama itu dari hati dan ingatan.’

Yuhanis memutuskan talian. Bukan setakat putuskan talian....malah badan telefonnya dirongkah. Bateri ditanggalkan. Sim card dicabut keluar....’Hambik kau’....sorry sangat-sangat, naik lori pergi Kuala Langat.

Mati hidup balik pun dia tak sudi dipujuk rayu lelaki yang mata keranjang. Mulut manis bicara berlagu...disana kepit isteri sampai jadi labu. Yuhanis mengeluh panjang. Tangannya naik meraup muka. 
Kemudian kedua-dua tangannya memangku kepala.

 Beberapa ketika Yuhanis duduk berteleku di atas katil. Matanya merenung cadar. Dipejam celik beberapa kali. Cinta pertama yang musnah. Hati mana yang tidak merana...hati mana yang tak sedih....hatinya dah retak seribu. Eh,eh..sekejap....tukar channel,tukar channel....kain cadarnya lusuh sangat. Besok Yuhanis nak beli cadar baru. Bilik ini perlu di hias...yes, that’s it.

Hajat untuk keluar makan tengahari dibatalkan. Hilang selera makan Yuhanis. Matanya merenung ke arah meja solek yang cerminnya retak menanti belah di tepi tingkap. Ada sebesen buah-buahan di situ. Stok buah-buahannya masih ada lagi. Hari ni makan buah ajelah kalau lapar. Boleh diet sekali. Esok-esok, kot-kot lah ‘The Rock’ teringin nak tengok dia...mungkin waktu tu dia dah slim macam Erra Fazira. Tak pun macam Ziana Zain. Jangan menyesal sudah. Time tu Yuhanis nak jual mahal lak. Jual mahal dengan Mizan. Jual mahal dengan Nizam. Dua-dua memeningkan kepalanya.

* * * * * * * *

“Kenapa dengan Nizam tu Mah?...  Masam mencuka saje, abang tengok. Sekejap termenung sana , sekejap termenung sini.... Abang ingat dah kahwin dengan pilihan sendiri ni, tentulah seronok tak kira...tak lama lagi isterinya tu pun nak bersalin ...tak faham betullah saya.”

“Mah susah hatilah bang....abang tak faham,Mah lagilah tak faham...keliru Mah fikir sorang-sorang.”

“Kenapa?..Nizam dok kacau Hani lagi ke?...kan saya dah pesan dia...

“Bukan pasal Hanilah bang.”

“Apa halnya pulak..kalau risau pasal Nizam tak kerja lagi tu, ha..tak payah keliru-keliru....biasanya lepas sebulan baru ada panggilan dari JPA....kalau kena kerja jauh, jauhlah cucu kita pergi nanti.”

“Bukan pasal kerja bang...ni pasal Shila tu....Mah ni, asyik teringat Nizam kata, dia dengan Shila tu baru nikah lima bulan...nikah-nikah terus lekat...tapi perut Shila tu bukan nya lima bulan, bang...tapi dah nampak macam mengandung lebih lima bulan..macam dah dekat je, tengok gayanye....Mah takut kalau-ka....

“Eh...apa Mah merepek ni...jangan nak kata budak Nizam tu kahwin sebab dah terlanjur kat sana....ini baru nak kena belasah dengan abang....apa kata kita tanya..

“Issh bang,saborle kejap..sebenornya macam ni...Mah cadang nak ikut Shila tu pergi check perut dia minggu depan....tapi ada-ada saje alasan siShila tu. Si Nizam tu ajak Mah temankan...sebab dia tak reti apa-apa, tup-tup.. siShila tu berdalih-dalih pulak.....tu yang rasa tak puas hati...rasa syak pun datang...mesti dia nak sorok apa-apa dari Mah..dengan Nizam bolehlah dia nak kelentong...mungkin budak tu takut saya dapat menghidu sesuatu yang dia nak sorok.”

“Kita panggil..tanya Nizam betul-betul....lepas tu kita soal pulak siShila tu....tengoklah,kalau jawapan masing-masing tak sama, nanti kita taulah jawapannya...kalau Mah tak percaya cakap abang...tengoklah nanti.

“Mah terfikir juga bang,...kalau betullah Nizam teraniaya, kena perangkap...anak tu bukan anak dia... eh, lagilah sedih.. kesian Nizam tak dapat bersama Hani...Mah tengok dia dengan Shila tu, tak sama macam dia dengan Hani masa dulu...itu lagi buat Mah sedih. Nizam dan Hani saling mencintai....tapi terpaksa berpisah sebab angkara orang luar.”

“Aaik...gitu ke pulak...ish..itu lagi peningkan kepala abang ni Mah...tapi apa boleh kita buat sekarang ?.”
“Nak buat apa lagi bang,...semua dah terlambat...apa yang nak jadi, sudah terjadi....Mah harap Nizam akan bahagia ...begitu juga Mizan dengan Hani.”


* * * * * * * * * *

Tersirap darah Shahrul Nizam. Nizam berdiri rapat menyandar ke dinding luar dapur. Hajat untuk masuk dan bersarapan dengan mak dan ayahnya terbantut. Peluh yang sudah kering selepas berjoging sebentar tadi kini merenek kembali di dahinya. Perbualan mak dan ayahnya betul-betul membuat Nizam tersentak. 

Mungkinkah ?

Nizam perlu jawapan segera. Sudah lama dia berasa seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Sangkanya mungkin kerana terlalu memikirkan kesalahannya terhadap Hani, tunang yang amat dicintai. Sanggupkah Shila berbuat begitu kepadanya?...atau pun dia sememangnya bodoh sampai senang-senang kena perangkap !...Aaah, tak boleh jadi.

“Mak ayah, Nizam dah dengar semuanya....Nizam,...Nizam.....” Nizam kehilangan kata-kata. Tadi rasa membuak-buak mahu menyuarakan semuanya. Sekarang tak tahu hendak mulakan macam mana.
Suasana hening seketika. Azmah dan Marzuki berpandangan seketika. Bulat mata mereka memandang 
Nizam yang tiba-tiba melangkah masuk dari pintu belakang. Mereka menyangka Nizam masih di bilik bersama Shila yang selama ini selalu tidur sampai tengahari. Tak sangka pula Nizam pergi berjoging.

“Eer...kamu dengar apa mak cakap tadi ke Nizam?..mak sangka je...mak tak tau apa sebenarnya yang terjadi dengan perkahwinan kamu ni Nizam...kamu dengarkan semalam, macam mana isteri kamu tu beriya –iya tak bagi mak menemannya pergi check perut  dia tu....biasanya waktu ni doktor akan beritahu berapa umur kandungan tu, bila baby akan di lahirkan....entahlah, mak rasa pelik dengan isteri kamu tu....macam-macam bermain di kepala mak ni, tau tak.”

“Mak ayah...baik Nizam cerita semua... apa sebenarnya yang berlaku. Nizam ingat Nizam cukup kuat... cuba selesaikan masaalah yang tiba-tiba timbul dengan sendiri...takut nak tangguh-tangguh...sebenarnya..Nizam panik, takut, rasa bersalah pun ada.....Nizam rasa Nizam tak pernah buat perkara terkutuk tu...sebenarnya macam ni....satu malam tu, Nizam ikut kawan-kawan ke parti hari jadi kat rumah kawan baik Shila. Nizam tak rapat dengan Shila ni...Cuma kenal gitu-gitu aje.”

Nizam berhenti bercakap seketika lalu melangkah ke pintu yang memisahkan ruang dapur ke tengah rumah. Dia tidak mahu sesiapa mendengar perbualannya dengan mak dan ayah. Kali ini Nizam hendak cerita semua-semuanya. Bukan Nizam tak cerita apa-apa pada mereka sebelum ini...cuma tidak sepenuhnya.

Marzuki dan Azmah berpandangan. Mata kedua-dua mereka seperti saja dapat mengagak apa sebenar yang terjadi...apa cerita seterusnya. Bak kata pepatah...orang tua-tua lebih dulu makan garam.

“Lepas makan dan minum-minum kat parti tu, Nizam tiba-tiba pening kepala...Nizam nak balik tapi.....

“Kamu minum air apa?...jangan-jangan minuman keras ke?” Marzuki menempelak.

“Sumpah ayah..Nizam tak pernah seteguk pun minum benda haram tu...Nizam cuma minum air orage saja malam tu....bila terdengar cakap mak tadi...tiba-tiba Nizam rasa macam ada yang tak kena..Nizam terfikir-fikir...teringat-ingat kejadian malam tu....betullah kata mak.”

“Habis tu..Nizam tidur situ...tup-tup bangun esoknya sudah berdua sekatil...tak gitu.”Azmah menokok cerita.
Nizam merenung emaknya pelik. Macam tau-tau saja.....”Mmm...macam tulah mak..kami sama-sama sudah tak berbaju. Nizam terkejut bila Shila menangis kata Nizam yang merogolnya. Dia nak buat report kat pengetua...tapi dia bagi pilihan untuk Nizam pilih. Nikah dengan dia atau kena buang U.....

“Kenapa tak fikir dulu...kenapa tak telefon mak dan ayah kat sini...sekarang tengok macam mana....bertambah kusut lagi.”

“Nizam nak telefon...tapi Nizam takut...takut mak ngan ayah tak percaya...takut Hani minta putus....haaai...apa pun sekarang dah betul-betul putus pun...Nizam sedih mak...Nizam masih sayang kat Hani.”

“Bila kamu bernikah sebenarnya....kalau betul lima bulan...tak adanya perut besar macam tu....macam nak bersalin dah....mak nak kita pergi jumpa mak bapak si Shila tu....Jangan-jangan mak bapak dia pun tak tahu dia dah berkahwin...dah nak beranak.”

“Masa kejadian tu... Nizam minta tangguh kat Shila...lepas exam,balik Malaysia bincang dengan mak ayah masing-masing....tapi satu hari tu....lepas sebulan Shila datang cari Nizam nangis-nangis kata dia dah mengandung....tu yang buat Nizam panik..Shila minta kami nikah senyap-senyap...semua kawan-kawan pun tak tahu.”

“HHhhaaai”...Azmah mengeluh. Nizam anaknya. Azmah menyayangi anaknya itu walau besar mana sekali pun kesalahan yang pernah dilakukan. Semua ibu-ibu begitu. Bagaimana dia dapat membantu Nizam?

Jika Yuhanis tidak menikah dengan Mizan, adalah juga harapannya untuk menyatukan Nizam dan Yuhanis semula....setelah Nizam terlepas dari perangkap Shila. Jika boleh lepas...tapi Yuhanis kini sudah bersama Mizan. Azmah yang merayu Mizan menikahi Yuhanis. Azmah buntu.

“Kamu berdua dah balik jumpa emak bapa Shila ke belum? Emak dengan ayah nak jumpa ibu bapa Shila....kita bincang elok-elok. Kalau Nizam dah suka untuk terus bersama Shila, emak dan ayah akan terima, kami ikut saja.....tapi kalau betul terbukti niatnya tak elok...dia menganianya Nizam, terpulanglah pada Nizam menentukan nasib dia.”

Nizam mengeluh...susah untuk dia membuat keputusan.

“Eloklah Nizam buat sembahyang Istikharah...ambil masa untuk fikir apa jalan penyelesaian yang terbaik untuk kamu suami isteri....kalau boleh ayah dan mak kamu tak ndak masuk campur....tapi kalau betul Nizam kena anianya...ayah rasa sedih sekali....kalau perlu bantuan kami, Nizam tahukan... ayah akan bantu selagi boleh.”

“Mmm...Nizam fikir...ada baiknya Nizam siasat perkara ni sendiri-sendiri dulu...buat macam biasa...macam Nizam tak tahu apa-apa...Nizam nak tengok apa yang Shila nak buat seterusnya......pasal check perut tu pun, biarlah kita ikut kehendak Shila tu ...agar dia tak syak apa-apa....nanti,pandai-pandailah Nizam nak siasat macam mana.”

“Apa pun, Nizam kena banyak bersabar...jangan bertindak melulu lagi, apa-apa runding dengan mak ayah dulu.”

“Mak bapak Shila pulak macam mana?...Nizam dah jumpa belum dengan mereka?....Shila tu pun satu....tak ada cakap apa-apa pun pasal mak bapak dia....dah dekat tiga minggu kat sini...mak bapak dia tak gaduh pulak....anak dara balik belajar dari oversea...tak sampai-sampai rumah...tak de pulak nak cari...telefon tanya apa hal ke....eh,.eh, pelik mak tengok hal kamu berdua ni Nizam.”

“Bila dah jadi macam ni...baru Nizam tersedar juga mak...kenapa beriya-iya Shila nak balik duduk sini. Dia plan nak balik jumpa mak bapak dia selepas bersalin....Shila kata mak bapak dia sebuk..selalu keluar negara...sekarang ni pun tak ada kat Malaysia...Nizam percaya saja cakap dia....Nizam rasa semua ni mesti ada sebabnya.”

“Sapa mak bapak dia tu? Jangan-jangan nama mak bapak dia pun Nizam tak tahu?...ada Shila cerita pasal mak bapak sendiri....jangan-jangan mak bapak sendiri pun dia kelentong tak.”

“Nizam tak pernah jumpa mak bapak Shila..tapi dia anak Dato’ Khairuddin Khalid yang terkenal dengan empayar perniagaan import eksport dan memiliki syarikat yang menjual kereta-kereta mewah di seluruh Malaysia ni....semua pelajar dan kawan-kawan kat sana tahu...Itu saja yang Nizam tahu pasal dia....lepas ni Nizam kena siasat pelan-pelan.”

“HAA”...Anak Dato’?..Dato’Khairuddin Khalid jutawan Malaysia tu?”...Marzuki dan Azmah terkedu.

Nizam hanya mampu  mengangguk lemah. Matanya hanya mampu memandang emak dan ayahnya terpana. 

Nizam mengeluh sesal...terasa dirinya amat bodoh sekali...Padanlah dia terkena....dia memang bodoh. Tetiba Nizam seperti faham akan tindakkan Shila. Kalau betullah apa yang dia sedang fikirkan sekarang...apa yang 
Shila sedang lakukan padanya sekarang...

‘AAAARRRGGGG !!!... Kenapalah Shila pilih dia ???

Berderau darah Nizam sekali lagi....Menggigil seluruh tubuhnya menahan marah. Kalau ikutkan hati mahu saja ketika itu Nizam mendapatkan Shila dan...dan.....apa?

‘Astagfirrullahhalazimm....astagfirrullahhalazimmm...astagfirullahhalazimmm....

Nizam menongkat dahi di meja makan.. Nizamcuba menanam sabar pada dirinya. ‘Ya Allah bantulah hamba Mu ini...apalah dosa ku hingga diuji sebegini berat...ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah.’

* * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment