Thursday 17 January 2013

PTRNTD BAB 14


            Tiada keretamu, ndak apa-apa bah
            Bapakku ada jet, terbang sini sana
            Siap boleh landing-landing atas sana
            Gunung Kinabalu.
              
                     Jangan kau trip balik, malu-malu kunun
                     Ku mahu hatimu, bukan harta semata
                     Asalkan hati baik, perangai pun cantik
                     Kira OK sudaah......

Sambil menyanyi kecil Yuhanis mengenakan tudungnya. Lagu ‘anak kampung’ versi perempuan yang terdapat dalam youtube sangat diminatinya. Especially kat perkataan ‘landing-landing’....sangat mencuit hati. Berulang-ulang lagu itu Yuhanis nyanyikan. Sesekali badannya turut melentuk-lentuk mengikut rentak lagu yang sangat ‘catchy’ itu....tapi sampai kat pintu saje, sebab nak kena masukan anak kunci ke dalam lubang kunci.

Yuhanis mengunci pintu rumah dengan kunci yang Yusri ‘duplicate’ khas untuknya. Yuhanis  rasa seronok dan selesa berada di rumah Yusri dan si kembar..dah rasa macam rumah sendiri.  Rumah sendiri, rumah sendiri ....hua,hua....tapi kena balik jugak ke rumahnya yang sebenar. Rumah bersama suami ‘tercenta’.

Sekarang dah dekat pukul satu setengah tengahari. Yuhanis kena bersegera. Waktu Zohor pun dah nak masuk. Yuhanis bercadang untuk sembahyang di masjid dahulu sebelum pergi ke kedai dobi. Sebelum itu Yuhanis ada satu lagi agenda yang tak kurang jugak pentingnya yang perlu diberi perhatian segera. Kerja bertangguh selalunya tak menjadi. Risau, risau jugak jika ‘The Rock’ buat ‘spot check’...balik waktu rehat tengahari. Kes semalam pun tak selesai lagi.

Ok..semua sudah siap dikunci....’Yuhanis meninggalkan rumahnya untuk pulang ke rumahnya.’...Hi,hi,hi... lucu pulak bunyinye. Dengor pun semacam.  Macam tak kena aje. Kalau ada cikgu BM yang baca, tentu kena pangkah besor-besor dengan pen merah. ..Yuhanis berjenaka sendirian.

“Assalamualaikum !” tegur satu suara tiba-tiba dari belakang Yuhanis yang sedang  tunduk menyelak pintu pagar.

“OPOcot cikgu kau !” latah Yuhanis yang sedang terkenangkan cikgu BMnya. Yuhanis bukan boleh kalau ada orang menjerit tetiba di depannya....atau di belakangnya seperti sekarang. Haa, naik le nama..dapat le nama.

Serta merta Yuhanis menoleh ke jalan tar kecil di hadapan rumah. Ada seorang nenek tua, bukan cikgu.

“Wa’alaikummussalaam....mak cik ni cari sapa?”..tanya Yuhanis sambil melangkah mendapatkan nenek tua yang masih berdiri di tengah jalan...nasib baik jalan kecil di kawasan perumahan. Yuhanis bersalaman dengan perempuan tua itu.

 Ada sebuah beg besar di tepinya. Mungkin nenek ni takut nak tinggalkan beg besarnya....dan dah tak larat nak usung beg tersebut.

“Er..nenek nak cari rumah Jenai..bin dia, nenek tak ingat....dulu nenek pernah datang dua tiga kali ke sini...tapi dah dekat lapan tahun dah..pompuan dia nama Hariyati binti Hamid...Yati ni anak sedara nenek.” Kedengaran harapan di celah ayat penerangan itu.

“Hmmmm....” Yuhanis tak sampai hati nak kata tak tau... tak kenal. Lebih-lebih lagi melihat wajah letih lesu nenek tua di hadapannya. Kalau ada kes orang buang bayi...bolehke terjadi kes orang buang nenek?..Tetiba terlintas soalan itu di kepala Yuhanis, melihatkan keadaan nenek tua yang kusut masai di hadapannya.

“Mak cik datang dari mana....rumah kat mana ?...Datang tadi dengan sapa?” Yuhanis tak nampak sesiapa pun...tapi kena tanya jugak...takut kot-kot ada sindikit entah apa-apa, yang banyak sekarang ni.

“Rumah nenek sebenarnya kat Langkawi...tapi tadi datang dari Sungai Petani naik bas ekspres....dari bas stesen tadi ambil teksi le ke sini...ke sini tak ada bas kata bebudak kat stesen tu....tadi teksi tu turunkan nenek kat simpang depan tu...nak tanya, tak nampak orang pun...tu yang jalan sampai sini.”

‘Tu dia aaai...kira jauh jugaklah untuk nenek tua nak jalan dengan beg besar segini.’  Yuhanis mencongak sambil mata memandang beg.

“Tentu awal mak cik bertolak dari sana.” Soal Yuhanis lagi sambil mata menyorot ke hujung jalan... cuba mengukur jarak.

“ Sana ?.... sat tadi aje aaih...boleh tahan penat jugak.” Jawab nenek tua seraya jari menuding ke arah simpang nun jauh di hujung jalan besar, mengikut arah pandangan Yuhanis.

Hik,hik,hik...boleh tahan jugak nenek ni...bisik hati Yuhanis.

Maksud saya dari Sungai Petani...pukul berapa bertolak dari Sungai Petani.” Jelas Yuhanis.

“Ooo...awat tak habaq...dari rumah orang tua tadi..lepas subuh depa dah hantaq kat stesen bas..nenek yang mintak depa tolong hantaq.”

‘Rumah orang tua ?...atau rumah orang-orang tua ?..Yuhanis sangsi...banyak benda lagi yang nak kena tanya.

‘Jika rumah orang tua..berapa pula umur orang tua nenek tua ini?...Jika rumah orang tua-tua...maka di manakah anak-anak nenek tua ini?’....Jika Yuhanis sudah tiada kedua orang tua, digelar anak yatim piatu...Jika nenek tua yang kehilangan anak-anak cucu semua, nak dipanggil apa ye ? atau pun...anak-anak cucu yang menghilangkan diri ??’

Yuhanis tiada jawapan.

Yuhanis melihat jam di tangan...’Huh..Lama tu, kesiannya...sekarang ni dah pukul  satu setengah....dia ada banyak  masa lagi...masih sempat nak ke kedai dobi.’ Yuhanis kena tukar jadual.

“Mak cik dah makan ke belum?....kalau cari-cari nanti, tak jumpa..macam mana?”

Mata Yuhanis ligat memerhati sekeliling kawasan kejiranan rumah murah itu. Tak nampak orang pun. Mungkin hari ni hari kerja... semua yang bekerja, berada di tempat kerja. Sekerat dua yang tak bekerja tentu sedang membuat kerja dalam rumah atau kerja merehatkan mata. Maka orang akan mengunci pintu rumah mereka.

‘Sudahnya ke mana pulak nenek tua ni nanti ?’  fikir Yuhanis. Timbul rasa kasihan di hatinya.

Nenek tua diam, tak kata apa-apa...tapi Yuhanis nampak riak cemas di wajahnya. Yuhanis  bertambah kesian.’Hiss, Sapalah yang  tak tahu nak jaga mak tok nenek yang dah tua ni?’

“Er..macam nilah mak cik...apa kata mak cik masuk rumah saya dulu...mak cik rehat dulu, sambil-sambil tu boleh mak cik terangkan lebih jelas ..orang yang mak cik nak cari tu.”

“Er..boleh ke? Nenek tentu mengganggu kamu...kamu tadi  bukan ke nak keluaq....kalau ada kerja, tak apalah...nanti nenek boleh jalan pelan-pelan...tanya kat  rumah depan-depan tu pulak.”

PULAK dah.

Yuhanis tak tau nak kata apa...tapi Yuhanis dapat melihat nenek tua itu masih tak bergerak dari tempat dia berdiri. Tak ada gaye nak melangkah pun. Tak nampak cara pun nenek tu nak mengangkat beg  besarnya itu. Mesti nenek dah terlalu penat.

“Saya rasa waktu kerja begini susah nak jumpa orang, lagi pun mak cik tak ada maklumat penuh orang yang nak dicari...saya risau nanti mak cik lagi jauh tersesat. Apa kata mak cik rehat dulu kat rumah ni... waktu petang nanti, ramai jiran-jiran balik kerja, kita boleh buat pertanyaan...bolehle mak cik cite apa-apa lagi yang mak cik tahu pasal Yati ni...senang sikit nak cari nanti.”

Akhirnya nenek tua setuju. Akhirnya Yuhanis tak jadi balik ...lalu melangkah masuk ke rumahnya semula.

Mula-mula Yuhanis menjamu nenek Leha, bihun goreng baki sarapan pagi tadi...Yuhanis bancuh air teh O seteko untuk mereka berdua. Habis bihun goreng sepinggan... Yuhanis dapat tahu nama nenek tu Zaleha binti Yakub. Dan Yuhanis kena panggil dia ‘nenek’ sebab nenek dah berumur tujuh puluh lima tahun...dan cucu nenek ada yang sebaya Yuhanis.

Bukan seorang cucu. Nenek Leha ada dua dozen cucu...jantan betina ada...ikut kata Nek Leha lagu tu. Mmm...jantan betina ...dah macam penjodoh bilangan anak ayam....tapi anak ayam memang tak kenal tok nenek sendiri...mm,alahai dunia sekarang, keluh Yuhanis.

Sempatlah  Yuhanis berbual –bual dengan Nek Leha. Tanya itu, tanya ini...tapi Yuhanis bukan orang situ, maka kena tunggu Yusri balik dari sekolah.

Yuhanis makan tengahari bersama Nek Leha.  Perut Yuhanis pun dah lapar. Ingatkan nenek Leha sorang yang lapar....mungkin sebab dengar cerita Nek Leha membuat perut Yuhanis  turut sama lapar.Yuhanis sembahyang Zohor dengan nenek Leha. Mereka berjemaah. Nenek Leha orang lama yang tahu fadilat sembahyang berjemaah.

“Orang muda sekarang dua puluh tujuh pahala berjemaah, orang tak nak....kalau dua puluh tujuh ringgit, berebut nak.” Kata nenek Leha selepas sembahyang Zohor.

Yuhanis sekadar mengangguk...seeloknya ‘The Rock’ yang patut dengar....Cuma tang duit dua puluh tujuh ringgit tu, Yuhanis rasa ‘The Rock’ tak kisah jugak. Duit poket yang diberi kepada Yuhanis pun sudah bertambah...dari dua tiga ratus dah jadi lima ratus. Bab itu boleh angkat jari...macam logo kacang goreng Manglembu.

Berihat sekali. Makan tengahari sekali. Sembahyang sekali. Mandi tak sekali. Yuhanis meninggalkan Nek Leha kat bilik kosong kat belakang untuk mandi dan bersalin pakaian. Pakaian pun pakai ambil di tengah rumah sebab nasib beg belum tentu nak ke mana.

 Dari jalan depan rumah ke ruang tamu pun...hup,hap,hup,hap Yuhanis mengusung beg besar tersebut...berat betul. Bagaimanalah nenek Leha nak bawak beg itu mencari merata bagai? Yuhanis pun tak sanggup.

 Yuhanis duduk di ruang tamu. Semasa bersembang tadi nenek Leha ada menyebut tentang Hariyati, anak saudaranya itu mempunyai sepasang anak kembar. Perempuan ke lelaki ...Nek Leha dah tak ingat. Yuhanis mengambil telefonnya lalu menghantar mesej kepada Yusri  memintanya pulang segera.

Sara dan Suri tersenyum gembira bila mendapati Yuhanis masih berada di rumah ketika mereka balik dari sekolah. Terlompat-lompat  gembira Sara dan Suri sambil memaut lengan Yuhanis. Yuhanis segera menyuruh Sara dan Suri menyalam Nek Leha selepas memperkenalkan mereka.

 Terkebil-kebil mata Sara dan Suri bila mereka dipeluk mesra oleh Nek Leha. Mereka tak kenal  siapa Nek Leha. Yuhanis sedikit risau...kalau jangkaannya meleset...di manalah dia nak hantar Nek Leha. Tak kan nak hantar balik kat tempat dia jumpa tadi.

Nek Leha pulak dah beriya-ria gembiranya. Yuhanis berharap tiadalah sesiapa lagi di taman itu yang mempunyai anak kembar.

Seketika Yusri pulak balik. Bertuah punya budak. Parking motor buruknya betul-betul  di depan muka pintu. Yusri menerpa masuk...nasib baik tak terterap kerana tersadung beg besar Nek Leha yang masih berada di depan pintu. Semua yang berada di ruang tamu mengurut dada...dan menutup mulut, menahan dari ketawa melihat Yusri yang kelolo......[kelolo = kalut = kelam kabut]

“Nenek !..nenek lari dari rumah ye?” Sapa Yusri sebelum berlari mendapatkan Nek Leha. Seketika Yusri dan Nek Leha berpelukan. Yusri mencium kedua-dua belah pipi Nek Leha. Nek Leha membalas dengan mencium dahi Yusri, kemudian mengusap-ngusap kepala Yusri pula.

“Syukur, syukur...Alhamdulillah!.Yusri!...Yusri masih ingat kat nenek...dah besar panjang kamu ye.” Ujar Nek Leha sambil mengusap-usap pipi Yusri. Ada manik manik jernih di pipi Nek Leha.

Yusri tetiba dah jadi macam anak kucing yang dahagakan belaian...rela je. Malah nampak macam tersua-sua pun ada. Kesian Yusri. Yusri, anak yang dahagakan belaian dan kasih sayang. Dia terpaksa dewasa sebelum masanya....

Perlahan-lahan Yusri mengesat air mata Nek Leha dengan tangannya...kemudian matanya sendiri.

Sara dan Suri terkebil-kebil memerhati. Yuhanis memejam celikkan mata...tapi akhirnya terpaksa menggunakan hujung tudungnya untuk mengesar air mata dan air hidung. Mana dulu, mana kemudian Yuhanis dah tak perasan. Karang-karang kot... bila matanya dah berkerak-kerak barule Yuhanis sedar apa yang telah berlaku.

Cerita punya cerita. Soreh punya soreh. Sembang punya sembang. Sedar-sedar dah dekat pukul empat petang. Yuhanis terpaksa meminta diri. Walau pun dengan berat hati..dengan.hati yang berbelah bagi. Elok juga jika dia balik, fikir Yuhanis.. untuk memberi peluang kepada Yusri adik beradik bermesra dengan Nek Leha.

Yuhanis terasa lega Yusri adik beradik sudah ada Nek Leha. Ada orang tua yang boleh tengok-tengokkan mereka. Mereka juga boleh tengok-tengokkan Nek Leha. Yuhanis sedar dirinya tidak mungkin dapat selalu bersama Yusri dan si kembar.

Cuma...Yuhanis rasa tak lega untuk bertemu ‘The Rock’...tapi takkan Yuhanis nak tinggalkan rumah suami pulak. Berdosa. Garang-garang pun ‘The Rock’ tetap suaminya.

Nak balik, tak nak balik...akhirnya panggilan telefon dari Mak Azmah memaksa Yuhanis untuk balik.

“Ok mak..Hani balik sekarang.”....bukan setakat balik ke rumah..tapi Yuhanis nak balik ke Sungai Rokam.

Sepanjang jalan pulang ke rumah, Yuhanis berasa susah hati. Rasa nak tolong aje pak cik driver teksi tu tekan pedal minyak. Rasa lambat betul nak sampai ke rumah. Yuhanis dah terlupa pasal kes segan nak bertentang mata dengan ‘The Rock’. Pada hal...mula-mula tu rasa.. kalau boleh tunda  jumpa tahun depan pun tak apa...kalau kurun depan, lagi bagus....tapi sekarang Allah tak izinkan.

Sekarang Yuhanis dah tak sabar-sabar nak cepat sampai...dan berjumpa dengan ‘The Rock’. Kena minta izin suami dulu untuk balik ke kampung. Lagi pun Yuhanis tak pasti sama ada lesen keluar rumah yang diberi ‘The Rock’ tempoh hari, merangkumi jarak sampai Kampung Sungai Rokam atau tidak. Jika tidak, nanye saje ...senang-senang dapat ‘one way’  tiket percuma... ke ‘neraka’...nauzubillahhiminzalik !

“Nizam dah tinggalkan rumah !” terngiang-ngiang di kepala Yuhanis kata-kata Mak Azmah berselang seli dengan tangisan.

‘Abang Nizam lari dari rumah?..bior betul.’ Yuhanis macam tak percaya...tapi itulah yang dia dengar dari mulut Mak Azmah. Apa pun Yuhanis kena segera balik. Bukan nak pergi cari Abang Nizam...tapi nak meneman mak dan ayahnya yang sudah tentu tak menentu sekarang,

“Haaaii, kesian mak ngan ayah...Entah apa-apa Abang Nizam ni...macam budak-budak.”

“Ya ?...cik cakap apa tadi ?” tanya pak cik driver.

“Er..er..tak ada apa-apa pak cik.” Baru Yuhanis tersedar dia tercakap kuat. Ingatkan tadi bercakap dalam hati. Hu alah...kalau lama-lama begini, ada saje masaalah memanjang ...tak pasal-pasal kena pindah berumah tangga kat hospital bahagia.

Yuhanis kena jugak beritahu hal ini kepada ‘The Rock’. Ini jugak hal keluarganya. Suka, tak suka Yuhanis terpaksa berdepan dengannya. Kalau segan nak bertentang mata ..cakap aje apa yang Mak Azmah beritahu...tapi mata pandangle ke dinding atau ke siling...atau pun ke dada Mr.Rock yang bidang dan sasa....ah, miang jugak aku ni, Yuhanis menegur dirinya yang tetiba terlebih adrenelin.

Yuhanis turun dari teksi di simpang jalan besar... lalu berjalan laju menuju ke rumahnya. Yuhanis dah tak fikir apa-apa. Dia hanya tahu nak cepat balik ke kampung. Lagi cepat, lagi bagus...tapi kena dapatkan lesen besar dahulu.

Dalam apa keadaan pun ‘The Rock’ tetap suami Yuhanis. Lagi pun, tak baik Yuhanis membelakangkan suami....

Ya betul ! Kini ‘The Rock’ sedang berdiri di hadapannya, siap bercekak pinggang ! Tengok gayenya pun dah tahu. Tengah bengang... sebab apa Yuhanis tak berapa pasti. Nampak macam tak boleh masuk ke rumah. Dengan kereta Camrynya sekali terhalang tak boleh masuk. Yuhanis hanya berdiri memerhati dari belakang. Ada sebuah kereta besar berhenti  betul-betul di hadapan pintu pagar. Kereta Peugeot 508.

“WHAT THE HELL ARE YOU DOING HERE !” tengking ‘The Rock’....suara, hui mak..kuat betul.

Yuhanis mengurut dada. Nasib baik Yuhanis dah bersedia...memang Yuhhanis dah jangka ...jadi Yuhanis dapat mengawal latahnya.

“Hello darling !....kenapa nak marah-marah ni...I datang nak jumpa you...don’t you miss me,darling?” kata suara menggoda seorang wanita yang baru keluar dari kereta Peugeot. Terserlah kakinya yang panjang, lagi seksi..lagi terdedah.

‘Eeeeiiii, gediknya perempuan ni !’ gerutu hati Yuhanis.

“I ‘m not interested...so, don’t waste your time...berambus dari sini, aku tak nak tengok muka kau lagi !....and don’t you dare to come to my house again.”

‘YES! YES !...BRAVO..BRAVO Mr.Rock !....jerit lagi, jerit lagi!...halau perempuan gedik tu.’...Yuhanis dengan sokongan moralnya. Di dalam hati.

 Yuhanis berdiri di belakang kereta Camry. ‘The Rock’ masih tidak sedar akan kehadirannya. ‘The Rock’ yang masih bercekak pinggang tegak di hadapan keretanya.... memandang wanita seksi yang sedang melangkah menghampirinya. Tentu muka ‘The Rock’ tengah masam...tapi si seksi tetap melangkah melintuk liuk macam model.

‘Model?’..Model tu !!!..PEEERGH....betullah ! Yuhanis teringat...padanlah macam pernah tengok je muka si seksi ni.

Membuntang mata Yuhanis melihat pakaian seksi si seksi. Fesyen baju sama macam yang Yuhanis lihat dalam poster di bilik ‘The Rock’...Cuma kali ini,tengok dekat-dekat...nampak sangat tak pakai baju dalam, sampai nampak apa yang di dalam.

“Abang Mizan...how I miss you....I want to be with you...” meremang bulu roma Yuhanis mendengar rengekan si seksi.

 Tangan si seksi sudah siap untuk memaut tengkuk ‘The Rock’. Bibirnya yang merah menyala pula siap dimuncungkan untuk disuakan ke muka ‘The Rock’...kat pipi ke, dahi le, hidung ke, mata ke, mulut ke atau dagu ke ?..Yuhanis tak nampak. Cuma yang Yuhanis tahu ada enam benda tu aje yang ada kat muka orang.

Bertambah bulat mata Yuhanis melihat drama romantik sebabak di depan mata. Kering air liur nya. Tekak Yuhanis terasa kesat berpasir. Yuhanis rasa macam nak tarik-tarik aje rambut mengurai si seksi. Gatal semacam.

“STOP ! STOP IT !....Jangan berani nak sentuh aku...even with your small beautiful finger....kalau tak, aku tak akan teragak-agak bagi kau makan penampar aku ni !” kata ‘The Rock’ perlahan...tapi kedengaran menakutkan. Saperti saje bunyi suara singa lapar...GGGGGRRRRRR.....perlahan tapi seram.

Yuhanis terasa nak bersorak..’.chayok, chayok suamiku !’. Ternyata ‘The Rock’ lelaki yang tahan digoda. Bukan semua lelaki boleh buat. Susah nak cari, sukar nak jumpa. Iman mesti kuat beb.

“HEI perempuan !...awak buat apa menyibuk kat sini ! Pergi !” jerit si seksi dengan wajah masam merenung ke arah Yuhanis.

Amboi ! Dari tadi nampak buat tak tau, dah termalu kena halau baru nak marah...gerutu hati Yuhanis.

“Hani ?” Mizan tertoleh.

Mizan sedikit terkejut. Entah berapa lama minah ni berada di belakangnya pun Mizan tak tahu. Mizan dan Yuhanis berpandangan seketika. Seketika Mizan melangkah mendapatkan Yuhanis di belakang keretanya.

“Awak masuk dalam....saya ada hal sikit.” Kata Mizan sambil menarik tangan Yuhanis ke depan.
Sikit kata dia....bicara Yuhanis di dalam hati.

“Saya nak balik kampung.” Bisik Yuhanis rapat ke sisi ‘The Rock’.

Mizan menunduk untuk mendengar lebih jelas...mata Mizan menatap wajah Yuhanis dengan riak sedikit pelik...’erk...cemburu ke?’

Ha,ha....malam sikit kalau ingat aku nak jealous...sampai nak balik, balik kampung...Yuhanis seperti faham je apa yang terlintas di kepala ‘The Rock’.

“Ada hal mustahak...mak call tadi....er..awak nak saya tolong ke?” bisik Yuhanis lagi sambil mengerling ke arah si seksi.

Mizan terus rebut peluang. Orang dah semawa....lagi pun Mizan hendak juga tahu apahal yang mustahak sampai Yuhanis tetiba nak balik ke kampung. Jika sebab hendak berjumpa Nizam, Mizan tak akan izinkan.

Mizan memberikan senyuman paling manis kepada Yuhanis.

Yuhanis rasa nak rebah...tapi tak jadi sebab  tetiba tangan sasa ‘The Rock’ memaut Yuhanis dan terus melingkari pinggangnya yang ramping....pergh !!!

Mata bercahaya dengan senyuman yang menawan...membuat hati Yuhanis tertawan.

Yuhanis melangut memandang wajah ‘The Rock’. Berkerut kening Yuhanis...real ke atau lakonan semata.

“MIZAN !...I’m talking to you !...siapa budak ni?” si seksi menjerit separuh hysteria.

“SHE’S MY WIFE “ jawab ‘The Rock’ sambil memaut kemas rangkulan tangannya di pinggang Yuhanis. Yuhanis terasa suka pulak. Mungkin sebab seronok dapat mengenakan si seksi.

“Hani..kenalkan, ini Suraya bekas isteri abang..kami sudah tiada apa-apa talian lagi.”

‘Hambik kau !...Yuhanis rasa nak tergelak melihat perubahan mendadak, riak di wajah si seksi.

Hani dah bunyi jadi H.O.N.E.Y.....ha,ha,ha....si model seksi yang bernama Suraya semakin menyinga.

“You’re LYING !...I don’t believe you...you with this budak kampung !”

‘Amboi, amboi.....macam dia tu lahir kat New York.’ Gerutu Yuhanis di dalam hati.

Lakonan mereka berjaya. Suraya segera meninggalkan mereka dengan debu  berterbangan dan deruman kuat kereta mewahnya.

“OK...beritahu saya ...’one good reason’ kenapa awak nak balik kampung.” Soal ‘The Rock’.

Tiada lagi senyuman manis. Tiada lagi panggilan Honey dari ‘The Rock’....Yang ada kini hanya muka yang serius dan pandangan yang tajam merenung wajah Yuhanis.

“Emak call tadi.” Jawab Yuhanis lurus. Pandangan pun lurus...betul-betul paras mulut ‘The Rock’.

“Itu saya taulah...tapi kenapa ?. ..Pasal Nizamke ?”

Yuhanis terus mengangguk...’mungkin ‘The Rock’juga telah diberitahu oleh mak atau ayah mereka.

“Then the answer is.. NO ! “

HUH !....Yuhanis tersentak tak percaya...serta merta mata Yuhanis menyorot ke wajah ‘The Rock’.

“Er...kenapa tak boleeeh...tadi mak tu kan...dia me...

“Saya kata tak boleh...tak bolehlah...no is no...faham tak ?”

“Sebenarnya Abang Nizam ....

“Apa ?..Abang Nizam rindu kat awak..Abang Nizam nak ajak kahwin...Abang Nizam nak...

“Sekejap, sekejap...saya tak sembahyang Zohor lagi laa !”

Yuhanis terus berlari masuk ke biliknya.

Mizan tercegat sendirian di tengah ruang tamu. Mizan terpukul. Kedua-dua tangannya meraup muka .....kemudian terus mengelus rambutnya ke belakang...lalu memicit-micit tengkuknya. Mizan sedar akan kesalahannya...dia terlalu mengikut perasaannya. Perasaan marahnya kepada Suraya terbawa-bawa dari luar hingga ke dalam rumah.

6 comments:

  1. Saya tak sembahyang zuhur lagi... zz suka alasan ni... pinjam boleh? ngee

    ReplyDelete
  2. Mula td konpius gak,....bukan ke dia dah sembahyang ngan nenek tadi...oooo rupanya... Lurus bendui plak akak hr ni...hehehe

    ReplyDelete
  3. hehe..sweet je hani ni kan..HONEY...

    ReplyDelete
  4. Saya pun konfius gak,sb terfikir...kan ke dah jemaah ngan Nek Leha tadi? Tp...buat apa nak lari dari suami terchenta,kan belum dapat lesen balik kampung?

    Mawardah.

    ReplyDelete
  5. haiyyakkkkkk.....
    mizan jelezzzz?????
    ini sudah bagosssss.....
    saya suka ...saya suka....

    ReplyDelete
  6. https://carabuatduitonline2017.blogspot.com.my

    ReplyDelete