Monday 7 January 2013

PTRNTD BAB 12

“Mizan!..kau dengar  tak apa aku cakap ni? ...Kenapa dengan kau ni, Mizan. Dua, tiga hari ni aku tengok kau lain  macam aje....Suraya ada datang, jumpa kau ke?” Sharif menepuk-nepuk meja. Cuba menarik perhatian Mizan yang sedang mengelamun.

Mizan menghirup kopi panas di hadapannya perlahan-lahan. Sharif dan Zulkifli terpaksa bersabar. Berkelip-kelip mata kedua-duanya memandang ke arah Mizan. Mizan meletakkan cawan kopinya semula. Perlahan-lahan.

“Kau ada masaaalah ke Mizan?...Kau cakaplah dengan kitaorang berdua ni...kalau aku boleh tolong, aku tolong...Sharif pun aku tahu, mesti nak tolong punya. Kitakan bestfriend....kau pun selalu tolong aku...bila lagi aku nak balas....Kau cakap ajelah,jangan segan-segan.”kata Zulkifli sambil menyiku Sharif di sebelahnya.

“Er, Suraya ada datang cari kau kat rumah ke? ” Sharif cuba mengorek lagi.

Mizan menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Mizan serba salah. Nak cakap susah, tak cakap pun susah. Dulu bolehlah nak mengadu masaalah rumahtangganya kepada Sharif dan Zul. Boleh minta nasihat. Tak banyak, sikit ada juga menolong. Ada telinga menadah,  mendengar keluhan hatinya.

Sekarang nak minta nasihat macam mana. Sudahlah kahwin pun tak nak mengaku. Takkan alih-alih minta nasihat tentang isteri pulak. Terpaksalah dipendam, ditelan, ditanggung sendiri.

“Bukan pasal Suraya...emm,...er...er...adik aku dah balik.” Akhirnya itu yang terkeluar dari mulut Mizan  sebagai alasan. Itu saja yang teringat ketika ini. Terlupa berita tu dah basi...berita semalam, semalam ....dan semalam hari tu.

“So?” Serentak Sharif dan Zulkifli bertanya. Mereka berasa hairan. Bukankah adik Mizan dah balik sebulan lalu. Balik kahwin dengan anak angkat keluarga Mizan. 

“Aku masih tak boleh maafkan dia.” Mizan teringat kes Yuhanis melayan  panggilan Nizam tempoh hari.... sampai suami sendiri depan mata pun tidak dipedulikan.

Sharif dan Zulkifli berbalas pandang. Mereka sedikit pelik dengan perangai Mizan. Kes Mizan dengan adiknya telah lama berlalu. Dah lama Mizan tak ungkit....tapi kenapa tetiba  je cerita basi itu timbul semula. Mesti ada apa-apa ni !

“Then?” Sharif tanya lagi. Zul tumpang angguk.

“Aku tak boleh dan... tak akan balik kampung, selagi dia ada kat rumah mak ayah aku.”

Sharif dan Zulkifli berpandangan lagi. Macamlah Mizan selalu balik kampung...adakah itu punca masaalah Mizan? Sharif dan Zul menatap semula wajah Mizan yang serius dan masam...tapi tetap kacak jugak....dan mereka tak percaya.

“Ala.. janganlah nak sorok-sorok dengan kami, Mizan...bukannya kita baru kenal sebulan dua...nak cover-cover, cari le alasan yang kukuh sikit.” Ujar Sharif tak puas hati. Bertambah yakin yang Mizan sedang menyembunyikan sesuatu.

“Ok,..pandailah kau berdua...tapi sorry, aku tak boleh cerita kat kau orang sekarang...tengoklah, bila-bila, nanti.” Mizan mencapai cawan kopinya semula.

“Cis...buang karan betullah kau...habis, petang ni macam mana?..kau nak turun tak?..dah berapa hari tak nampak muka kau kat gym.” Zul menolak pinggan makannya yang telah kosong sambil mata memandang Mizan.

“Aku ada hal sikit kat rumah....tengoklah macam mana, ada mood nanti aku pergi.” Jawab Mizan sambil menghabiskan baki mee goreng di pinggannya.

“Macamlah kau ada bini menunggu kat rumah tu.”ujar Sharif..cuba jolok lagi...tapi hampa. Kalau Mizan dah kunci mulut, pujuk pun tak guna.

Mizan tersengih tawar. ..’kalaulah kauorang tahu’, keluh hati Mizan...dan dia sendiri pun tak faham ....tapi yang pasti Mizan tak sabar nak balik ke rumah petang tu.

* * * * * * * * * * *

Yuhanis mencekak pinggang. Bijik matanya macam nak terlompat keluar ....Yuhanis tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Keadaan dapur sudah kelihatan seperti ada sepuluh orang bujang malas duduk serumah. Nak kata macam tongkang karam pun..taklah teruk sampai nak karam rumah.

“Dia ni saja nak kenakan aku ke...atau dah buang tebiat “ Yuhanis merungut tapi tangannya automatik mula mengemas.

Yuhanis perlu cepat. Hari ini hari jadi Sara dan Suri. Yuhanis sudah merancang sesuatu yang istimewa untuk si kembar. Yusri pun pasti  akan terkejut. Yuhanis sudah terbayang  wajah-wajah gembira mereka tiga beradik.

Yuhanis mengemas dapur seperti lipas kudung. Enam biji mug kotor  yang beratur di atas meja dibawa ke sinki. Dibasuh, dilap sampai kering dan disusun semula ke tempat asal. Yuhanis sedikit hairan dengan tahap kebersihan rumah yang tiba-tiba saje berubah.

Yuhanis  membersihkan gula dan serbuk koko yang bersepah di tepi  ‘ water heater’. Dalam talam sampai luar talam, gula dan serbuk koko bertaburan.

“The Rock’ ni ambil gula pakai sudu ke, pakai jari telunjuk?” rungut Yuhanis sendirian...

 Lepas tu ada pula produk koko pekat yang meleleh dari atas kabinet menitik turun ke lantai. Tak cukup itu...ada pula kesan tapak kaki yang memijak benda alah tu dan dibawa menjelajah seluruh lantai dapur.

Matanya pula ligat memandang sekitar lantai...’nak mop ajeke atau lap pakai kain.’

Tuala lap tangan yang selalu berlipat elok di tepi singki pula.....kini dah jatuh pangkat. Dah jadi pengelap lantai. Cantik tersepuk di depan peti sejuk. Air kelihatan bertakung seperti sengaja dituang di situ. Kan bagus kalau ‘The Rock’ bubuh dua tiga ekor ikan  emas sekali...baru nampak real-real kolam air.

Hampir sejam Yuhanis mengemas dan membersihkan dapur. Terpaksalah Yuhanis  berlari kesana kemari untuk menjimatkan masa. Akhirnya semua kain tuala yang digunakan untuk mengelap, siap dibasuh dan dijemur di belakang dapur. Penyapu dan mop telah kembali ke rumah masing-masing. ‘Apa lagi yang tak ok?’....jawapnya, tentulah ‘The Rock’ yang bengong tu !!

Setelah puas hati melihat dapur kembali bersih seperti asal, Yuhanis duduk mengadap sarapan paginya. Penat sampai lapar. Satu mug teh o dan dua keping roti disapu mentega serta ditabur sedikit gula.

 Yuhanis sudah berangan-angan untuk bersiap dan chow  to sing.....’Happy birthday to Sara and Suri !

Hari tak selalunya indah....malang selalu tak berbau. Dah siap , dengan  muka berseri-seri...tetiba wajah Yuhanis bertukar riak..... kelam, suram dan muram.

“ Dia ni kan, sajeee....eeeiiii, geramnyaaa!” ...Yuhanis berasa sedih campur marah. Sudah elok nak keluar... seperti saje’The Rock’  sengaja nak sabotaj rancangannya.

Yuhanis melihat sekitar ruang tamu yang turut jadi mangsa... senasib dengan cik dapur. Ada ke kiwi yang hitam pekat boleh merayap bertepek-tepek, seluruh lantai di ruang tamu...aaaarrrggghhh !!! Surat khabar dan majalah-majalah yang bersepah-sepah  sudah dikira ‘small matter’.

Ada lagi. Big matter ke, small matter ke...Yuhanis tak tahu nak letak kat katagori mana. Beberapa helai seluar dalam lelaki, boxer[ yang ini dah kira ada maaf lagi dari yang kecik tu], singlet dan stoking berbagai warna bersidai-sidai di semua sofa. Dah berpakai ke belum...wallahhualam!!

Rasa-rasa macam nak panggil aje Mak Azmah datang tengok perangai buruk anak bujangnya...ops...anak dudanya yang mereng ni. Kalau Kampung Sungai Rokam tu dekat, memang hari ni ...sahih-sahih ada duda tua mereng yang kena piat telinga dengan mak bapak. Dah tua-tua buat perangai.

Penat mengeluh, penat geram, penat bebel...akhirnya Yuhanis terpaksa juga membersihkan semua dugaan yang mendatang. Yang paling sukar tentulah nak memutihkan lantai yang sudah bertompok-tompok hitam. Yuhanis rasa pinggangnya bagai nak patah kerana terpaksa menyental kiwi yang degil....siap dengan gaya kuak merangkak. Kuak lentang tak jalan.

 Kira-kiranya heroin dalam filem ‘Musang berjanggut’ lebih beruntung nasibnya dari Yuhanis. Setakat nak kena pilih dan asingkan beras+pulut +gandum+biji rempah+lada hitam+lada putih+kacang dal dan etc.+etc.....bolehle duduk bersempuh ayu dengan sopan santun. Setitik peluh pun tak dan nak menitik. Dia...pinggang jadi pertaruhan.

Akhir sekali segala harta karun ‘The Rock’ dikutip dan dikumpulkan  dalam satu beg plastik. Nanti bolehlah dihantar ke kedai dobi. Ketika meletak bundut tersebut di tepi pintu...jantung Yuhanis pulak rasa nak tercabut dan luruh ke lantai.

‘Laaa..baru perasan.’ Keluh Yuhanis yang kepenatan.

‘Bingung ke.. bengung ke?..apa pun, itule jawapannya. Memang menguji kesabaran betul.....Hiiiiisssh.

Tak cukup mendera dengan demonstrasi ganas kat dapur dan ruang tamu...’The Rock’ tambah lagi satu tugas khas untuk Yuhanis. Arahan secara formal pulak tu.  Bertaip pada sekeping kertas putih A4. Dilekat di pintu utama.

Kalau nak buat-buat tak nampak, terus blah saje..boleh gak....tapi masaalahnya , orang juling pun boleh nampak kertas putih yang ditepek kat pintu keluar tu. Sebab nak jadi isteri solehah... terpaksalah Yuhanis membulatkan mata dan membaca senarai tugas yang termaktub di depan bijik matanya itu.

MAK AAAIII !!!

Kat kem PLKN pun tak teruk macam ni. Kat kem tentera, Yuhanis tak taulah...sebab tak pernah masuk.

TUGAS HARI INI...BILIK SAYA.

1.       KEMAS KATIL  SAYA...SALIN CADAR DAN SARUNG BANTAL SEMUA.
2.       BERSIHKAN DAN MOP LANTAI BILIK.
3.       CUCI DAN LAP TINGKAP BILIK DAN PINTU SLIDING SEKALI.
4.       CUCI BILIK AIR ...LANTAI DAN DINDING KENA SENTAL SAMPAI BERKILAT.
5.       KUTIP PAKAIAN KOTOR.
6.       KEMAS MEJA ...TAPI JANGAN USIK BARANG-BARANG SAYA.
7.       KEMAS PAKAIAN DALAM ALMARI BAJU.
8.       BUANG SAWANG DI SILING.
9.       JANGAN LUPA CUCI MANGKUK TANDAS.


Sembilan aje!... Yuhanis mencebik. Dah alang-alang sembilan kenapa tak buh je jadi sepuluh. Sekarang jam sudah  hampir pukul dua belas setengah tengahari. Kalau nak buat semua tu...campur waktu sembahyang Zohor dan makan tengahari....pukul berapalah nak sudah. Yuhanis mula mencongak waktu. Matanya  tertumpu pada jam dinding di atas tv.

Yuhanis terasa sebak..rasa nak menangis pun ada.’ Kesian Sara dan Suri...kek, orang dah tempah,hu,hu,hu’... isk,isk,isk.    [orang tu... dia lah]

Geram punya pasal, Yuhanis segera menggagau pen di dalam beg sandang yang dah tak tersandang. Beg dilepaskan semula ke atas sofa. Yuhanis berdiri di hadapan pintu merenung  senarai  sembilan  tugas barunya. Ada sedikit tambahan yang perlu dibuat.

              10.JANGAN LUPA TIDUR DI BILIK SAYA.

Hambik kau...ha,ha,ha,...hidup mesti ceria.....gasakle apa nak jadi lepas ni, jadile !

Usai solat Zohor, Yuhanis mengisi perut. Mee segera. Kena jimat masa. Yuhanis tidak boleh cepat berputus asa. Selagi tak dicuba...jangan cepat mengalah. Tangan jam cuma ada dua. Allah bagi Yuhanis dua tangan dan dua kaki....GANBATTE, GANBATTE !!

Dengan penuh semangat... Yuhanis merentap kertas A4 di pintu, lalu melangkah ke tingkat atas buat pertama kali sejak dia menjejak kaki ke rumah itu. Yuhanis sudah bersiap sedia untuk berjuang  demi kebebasannya...Yeah! bersiap dengan sebatang penyapu, sebatang mop dan beberapa helai tuala lama.

Tanpa membuang masa, tanpa menoleh ke kiri kanan..Yuhanis terus menerjah ke bilik ‘The Rock’. Senang...awal-awal lagi orang tu dah cakap pintu biliknya berwarna kelabu...eh, warning lah !..mana ada cakap elok-elok.

Terjatuh rahang Yuhanis sebaik pintu bilik dibuka. Melihat keadaan bilik, terasa seperti berada kat bilik orang  yang sentiasa bahagia di hospital bahagia ....OH, MAK DATUK!.

Betul-betul kat depan pintu, meleret selimut yang puncanya tentulah dari atas katil. Sekarang hanya sedikit hujung selimut saja yang masih berada atas kaatil...itu pun sebab tertindih dengan bantal peluk.

Bantal peluk jugak setengah aje kat atas katil. Setengah lagi terjuntai  di birai katil....kalau terkuis sikit pun dah tentu akan melorot ke lantai....maka sudah tentu selimut juga akan ikut bersama....[bersama?...yes..inilah sebenarnya maksud bersama...

.....she’s not dirty minded.....dirty?...what’s dirty?...Mr.Rock’s room is dirty!.ha,ha,ha.

Yuhanis terpegun seketika melihat keadaan bilik ‘The Rock’. Ganasnya manusia ni tidur!.. Tinggal tilam aje yang tetap di tempatnya. Yuhanis tak tahu nak mula dari mana...tapi mengingatkan tangan jam sedang terus bekerja, Yuhanis tak boleh berlengah lagi. Ikut je senarai yang diberi.

1. Yes!  Kemas katil....senang bah itu...memandangkan kain cadar sememangnya sudah setengah terselak  
    menampakkan cik tilam yang putih gebu. Yuhanis segera menarik cadar sampai terbogel cik tilam. 
    Lepas tu cik-cik bantal semua turut dibogekan sekali. Cari persalinan baru, selongkar almari le 
    jawabnya..... kemudian , taraa... Katil sudah dikemas, selesai tugas yang pertama.

2. Lepas tu Yuhanis perlu sapu lantai. Short cut sudah. Bawak cik penyapu jalan-jalan...start dari pintu terus  
    ke balkoni,...lepas tu keliling katil , siap. Pas tu cik mop menyusul, ikut jalan yang sama, tak sesat 
    punya..hi,hi,hi.

3. Dan...4...buat sekali harung. Lap agak-agak atas sikit dari paras mata sampai  bawah , tang larat nak 
   tunduk sudahlah...tak kan ‘The Rock’ nak memanjat check sampai ke siling....lagi –lagi  nak check kat  
   bawah tu.

5. KIV dulu.

6. Kemas meja...tapi sebab dah kena pesan jangan kacau barang-barang ‘dia’..kerja jadi senang. Yuhanis 
   cuma perlu tiup habuk kuat-kuat, pas tu kerpas kuat-kuat jugak. Pasti semua habuk akan berpindah ke 
   rumah lain...tak kisahle nak pindah ke belakang meja atau bawah katil...janji bersih meja orang tu.

7. KIV jugak.

8. Acara buang sawang memang best...ambil tiga sarung bantal yang nak dibasuh, punjut dua helai tu...pas tu 
   baling ke siling ke tempat yang ada sawang. Pasti lumayan hasilnya. Nak lagi berkesan, pasang kipas angin 
   kuat-kuat lepas tu...sampai maksimum lagi bagus. 

9. Bilik air dan tandas boleh dicuci serentak. Pancut air sana, pancut air sini. Pas tu gosok sana sini sikit-sikit.
   [ mula-mula tu rasa-rasa nak gosok guna berus gigi ‘ The Rock’ saja...tapi tak jadi sebab tak sampai hati, 
   berus gigi tu cantik, warna pink lagi....selamat kau Mr.Rock]. Jangan lupa ‘Harpic’...yang iklannya Afdlin 
   Shauki jadi hero tu. Tuang setengah botol, satu botol pun tak apa. Lagi banyak, lagi harum semerbak !!


Selesai  semua tu Yuhanis mengutip segala kain kotor ,lalu dibundutkan. Beberapa longgok pakaian kotor yang disepuk kat depan bilik mandi pun dimasukkan sekali...lalu di hantar di kepala tangga....termasuk penyapu, mop dan kain buruk.

Yang paling senang, buat last sekali. Kemas baju kat dalam almari. Tolak sana,tolak sini sikit-sikit, dah siap. Yuhanis tarik laci kat bawah pulak .....ahak...adik-beradik benda ni ramai ada kat bawah. Yuhanis tersenyum senget.

‘Alaaa, melawak sekali sekala...apa salahnye ye tak?’

Yuhanis tersenyum puas.  Sebelum menarik daun pintu, Yuhanis menjenguk ke belakang pintu...kot-kot le ada sedara spiderman tengah bertukang  nak buat rumah. Kan nanye nanti...tak pasal-pasal nanti orang tu tuduh Yuhanis tak buat kerja pulak.

Lain yang dicari, lain pulak yang terjumpa. Terlopong Yuhanis melihat poster besar yang terlekat kat pelakang daun pintu. Bukan sikit-sikit punya besar...setengah pintu. Real size poster lagi.

‘Ini korje kamu dalam bilik ye,Mr.Rock.’ bebel Yuhanis. Kaki dah melangkah masuk semula ke dalam bilik.
Yuhanis menutup daun pintu, lalu tercegat merenung poster di hadapannya.

“Masyaallah....seksi giler.” Terkeluar ayat yang tak bermaksud sebarang pujian. Sikit pun tak! Mata Yuhanis tertumpu kat point paling menonjol...tentule tang  buah dada model seksi di dalam poster. Pas tu Yuhanis merenung ke dadanya. Saja nak buat perbandingan...mmm, tak sama. Biasanya ,yang terlonggok dan terdedah tu selalunya ‘cheap sale’...kan,kan,kan.

Yuhanis menoleh ke arah katil yang sudah siap berkemas, kemudian kembali melihat poster di pintu. Selangkah, selangkah Yuhanis menapak kebelakang hinggalah di sisi katil. Lepas tu Yuhanis duduk pulak  di birai katil...last-last  Yuhanis berbaring, tangan siap bersilang belakang kepala... cuba membayangkan dirinya sebagai Mr.Rock.

Dengan pakaian fesyen berkemban dan singkat...hampir dua pertiga tubuh model itu dapat dilihat. Siap dengan gaya mendada, mulut separa terbuka dan mata kuyu....naik kering tekak Yuhanis melihatnya. ‘The Rock’ entah macam mana. Agak-agak kering tekak dia tak?

Tak cukup dengan tu semua...ada pulak model lelaki ‘ mat saleh’ yang sangat kacak memeluk model perempuan itu dari belakang.  Yang peliknya dibaginya pulak mat saleh tu melekapkan satu tangan ke buah dadanya, satu tangan lagi sedap melekat kat pehanya yang putih gebu....Astagfirullahhalazim !!!

Tak cukup lagi...aksi tangkap maut yang mencemar pandangan Yuhanis yang masih suci perawan. Boleh pulak mat saleh tu sedap –sedap buat aksi main gigit telinga....peergh, panas,panas....neraka lagi panas you !

‘Ini zina mata...macam manale nak nasihat kat ‘The Rock’...bisik hati Yuhanis...berdakwah bukan satu kerja mudah, silap haribulan sendiri yang kena.  ‘Berani ke dia?’Yuhanis bertanya pada dirinya sendiri.

* * * * * * * * * * * *

Mizan mengeluh. Bangun lambat lagi !... Semalam balik lewat kerana menemani  Big Boss melayan tetamu syarikat, juga pelanggan penting dari Korea. Mizan boleh masuk ke pejabat sedikit lewat tapi Mizan tak suka ambil kesempatan. Lagi pun Mizan hendak menunjuk contoh yang baik pada semua pekerja bawahannya.

Sampai di rumah semalam pun dah dekat pukul dua pagi. Terus tumbang,lena....dengan baju pun tak sempat salin. Nasib baik Mizan sempat menunaikan solat Isyak di pejabatnya sebelum pergi  ke jamuan tersebut. Gigi pun tak larat nak gosok semalam.

Kalau macam ni selalu...boleh rongak jadinya, gerutu Mizan sambil menggosok giginya. Mmm, sudah sampai waktunya Mizan membuat pemeriksaan pergigian....kalau tak, lambat laun bergigi palsulah pulak dia.

Selesai mandi, Mizan yang bertuala bergegas keluar dari bilik mandi. Terasa segar seluruh tubuhnya. Mizan segera menunaikan solat Subuh yang sudah tinggal hujung-hujung saja lagi. Kalau dah pukul tujuh, mungkin bukan hujung lagi...apa pun Mizan kena sembahyang jugak. Itu pesanan ayahnya. Sejak kecil lagi, ayah telah mendidik Mizan agar jangan tinggalkan solat...tak kira terlambat macam mana pun...kena buat.

Sambil bangun melipat sejadah...Husk,husk,husk....tiba-tiba hidung Mizan tertangkap satu bauan harum. Mizan membuang pandang sekeliling biliknya. Masakan tiba-tiba saja bauan ini menjelma, kata hati Mizan. Mungkin semalam sudah sedia ada...Cuma dia yang tak perasan dek kepenatan.

‘HAAA !....Mizan teringat!....Sibuk dengan acara ‘dinner’ semalam membuat Mizan terlupa pasal Yuhanis.

Mizan nak cari dari mana punca datangnya bau haruman tersebut...tapi masa tak mengizinkan. Mizan perlu bersegera. Mizan segera ke almari pakaiannya untuk mengambil baju dan seluar kerjanya.

Sebaik pintu almari dibuka, bau haruman tersebut semakin kuat menyusuk ke hidung Mizan. Mizan sedikit hairan. Sehelai kemeja tangan panjang berwarna biru muda di tarik keluar.

‘Ish, bila pulak kedai dobi ni memakai haruman sebegini?’ tanya Mizan di dalam hatinya. Baju di sangkut di tombol almari. Mizan mencapai  pula seluar berwarna hitam dan berjalur biru halus...sesuai dengan kemejanya. Seluarnya juga berbau harum seperti baju kemejanya.

“Kenapalah kedai dobi ni tetiba menukar haruman sebegini....macam haruman orang perempuan saja.” Bebel Mizan sendirian. Walau pun sedap di hidungnya, tapi.. rasa tak berapa sesuai untuk orang lelaki memakainya.

Mizan menarik laci pula. Mizan terkedu. Lacinya kosong. Sehelai seluar dalam pun tiada di dalam lacinya. Mizan segera membuka laci satu lagi di sebelah. Boxer pun tiada.

‘Mana pergi semuanya? ....semalam ada lagi.’ Mizan tercacak tegak...dia teringat sesuatu....sesuatu itu seseorang.

“Yuhanis?” terbisik perlahan nama itu di bibir Mizan. Hati mula bergetar...suspen.

Mizan teringat kerja buatnya  pagi semalam sebelum dia ke pejabat. Mungkin ada sehelai  dua yang tercicir...kalau tak macam mana dia nak ke pejabat ?

Mizan meluru ke pintu. Sekali lagi Mizan terkejut. Bulat mata Mizan melihat poster bekas isterinya. Gambar Suraya kini sudah berpakaian....kain pelikat. Bukan Suraya saja. Habis satu poster berbungkus macam orang bungkus nangka kat kampung !

YUHANIS !!!!







7 comments:

  1. hahahaha....
    senak dada baca ni....
    bagus2....bess cite ni...
    cepat2 n3 baru ye mimi...

    ReplyDelete
  2. nak lg.. nak lg.. hehe.

    ReplyDelete
  3. sedang membayangkan wajah the rock.....
    Tak sabar nak tahu sambungannya......
    hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Makin mnarik teruskn lg usaha

    ReplyDelete
  5. best3... kat penulisan2u dh sampai bab 25.... tahniah penulis... sangat terhibur & teruja... tq3...

    ReplyDelete
  6. CASINO RATES & INFORMATION - Mapyro
    Information about CASINO RATES 광주광역 출장마사지 & INFORMATION about CASINO RATES & 충청남도 출장샵 INFORMATION about CASINO RATES & INFORMATION 이천 출장샵 about CASINO RATES & INFORMATION about CASINO 안성 출장안마 RATES 강원도 출장안마 &

    ReplyDelete