Monday 21 January 2013

PTRNTD BAB 15


Yuhanis menghenyakkan punggungnya ke katil. Kedengaran azan Asar bergema dari surau berdekatan.  Bagus punya alasan....belum sembahyang Zohor !....tapi itulah yang terlintas di kepalanya sebentar tadi. Yuhanis tidak mahu bertengkar dengan ‘The Rock’. Keluhan kecil terbit di bibirnya.

‘Alahai...tak lepas! Tak dapat lesen balik kampung..macam mana ni ?’

Yuhanis bangun dari katil. Hatinya dipagut gelisah..tentu Mak Azmah sedang menunggu kedatangannya.  Salah dia juga, cepat sangat cakap nak balik...tapi manalah Yuhanis sangka Mizan nak menghalang...macamlah tak sanggup berpisah dengannya. Macamlah ‘The Rock’ sayang sangat kat dia sampai tak sanggup berjauhan.

Yuhanis mundar mandir di dalam biliknya yang sekangkang kera. Mata Yuhanis jatuh pada beg sandangnya yang dilemparkan ke atas katil sebentar tadi. Tangan Yuhanis segera menggagau  mencari telefon bimbitnya. Yuhanis segera mendail nombor Nizam. Mungkin Yuhanis boleh memujuk Nizam pulang...itu pun jika Nizam mahu menjawab panggilan Yuhanis.

Sudah beberapa hari mereka tak berhubungan. Sejak Yuhanis memutuskan talian kerana geramkan Nizam yang cakap tak bertapis tempoh hari. Naik kuning otak Yuhanis beberapa hari... mengingatkan kata-kata Nizam. Yuhanis hampa bila panggilannya tidak dijawab. Sudah tiga kali mendail, tiada jawapan dari Nizam.

Yuhanis segera ke bilik air. Lebih baik dia mandi dan sembahyang. Mungkin Nizam sedang bersembahyang Asar....tak mungkin Nizam nak merajuk lama-lama dengannya. Jika tiada jugak jawapan   dari Nizam, Yuhanis kena cari alasan agar Mak Azmah tak kecewa mendengar jawapan ...’Abang Mizan tak bagi balik’....Baru kecik hati orang tua mereka.

Angin apa yang melanda ‘The Rock’ pun, entaklah. Jika dalam filem P.Ramli..orang cakap ‘angin kus kus’....tapi mungkin saja ‘The Rock’ dilanda ‘Taufan Suraya’. Diaorang berdua ni pun entah  kes apa. Sorang nak, sorang lagi tak nak. Hari tu nampak macam kecewa sakan bila bini lari. Kini bini datang mengendeng balik...mengamuk tak ingat dunia...tapi, eh,eh...sat,sat.. dia nak letak kat mana pulak ?

Sudahnya sambil menyampu, Yuhanis  menenyeh rambutnya sepuas hati. Geram kat Nizam, geram kat Mizan dan ...tak tahu pasal apa dia turut geram kat Suraya...aaah, lantaklah. Yuhanis segera membilas rambut dan segera menyudahkan mandinya. Waktu Asar tak akan menunggu sesiapa.

Usai sembahyang Asar, Yuhanis segera membuka telekung. Berkumat kamit mulut Yuhanis mengulang surah Al Waqiah sambil menggantung telekungnya. Kali ini lambat pulak nak lekat. Sudah beberapa hari masih dok kat ayat dua puluh dan dua puluh satu. Aaah.. Sekali lagi tersangkut.

Yuhanis mengelap rambutnya yang separuh lembab dengan sebelah tangan. Tuala kecil good morning dikesat berulang kali di kepalanya sambil tangan kanannya membuka Quran kecil. Sekali lagi Yuhanis mundar mandir  dengan memegang Quran kecilnya. Yuhanis mengulang... membaca beberapa kali ayat dua puluh dan dua puluh satu. Quran diletakkan semula ...dan Yuhanis cuba menghafaz lagi.

Langkah Yuhanis terhenti. Tetiba terlintas di kepala Yuhanis agar meminta Mak Azmah  yang menghubungi anaknya sendiri....siapa lagi...The Rocklah. Dengan emak tentulah orang tu tak akan mengamuk. Yuhanis menyangkut tuala good morning  ke bahu, lalu mencapai telefon bimbitnya.

“Budak ni memang nak kena !” bebel Mizan sambil menutup laju laci almari baju. Nasib baik jarinya tak terkepit. Jika tidak, mau saja jarinya menjadi mangsa gara-gara hangat hatinya denga perbuatan Yuhanis.

‘Dapat bini pun entah hapa-hapa.’ Gerutu Mizan lagi dengan hati yang panas.

Ingatkan selepas sembahyang, sejuklah sedikit hatinya. Bukan Mizan tak faham Yuhanis memberikan ‘hint’ semasa dia tengah naik angin tadi. Jika tengah marah,ambil wudhu’...aaah, pandai si minah tu nak kenakan dia. Lepas ni tengok siapa pula nak bagi ‘hint’.

 Sakit hati denga kemunculan Suraya pun tak habis lagi.... tambah lagi dengan perangai Yuhanis. Aaah..bukan baru tambah....dah sehari Mizan menanggungnya. Dapat bini perangai macam budak-budak....sampai dia terpaksa pakai seluar dalam yang semalam.

PEREMPUAN !!!

Dengan hanya berkain pelikat dan t-shirt Mizan nekad bersemuka dengan Yuhanis. Suka tak suka... Mizan perlu mengadap muka Yuhanis. Pasal Nizam jugak harus diberi peringatan. Mizan tak suka Yuhanis berhubungan dengan bekas tunangnya itu walau pun Nizam itu adiknya. Jika dibiarkan...kudis akan merebak menjadi pekung. Mizan sedia maklum...pengalaman mengajarnya supaya lebih berhati-hati....tapi, Mizan terfikir pulak...

....Jika betul mereka mahu bersama semula...dengan senang hati Mizan akan aturkan. Tentu semua orang akan gembira....terutama sekali mak dan ayah. Yang paling tak suka...tentunya si minah saleh celup tu....Perempuan mana yang suka dimadukan....tapi, lelaki juga tak suka diduakan...  Dengan hati yang mendongkol Mizan mengetuk pintu bilik Yuhanis.

RING,RINGG,RINGGG.....

TOK,TOK,TOK....

Dengan kepala sibuk berfikir, dua-dua bunyi datang serentak. Terus saje Yuhanis teringatkan Mak Azmah dan Nizam. Tanpa berfikir panjang Yuhanis terus mencapai dan menekan butang hijau di telefonnya yang baru berbunyi ......sambil terkocoh-kocoh membuka pintu biliknya.

‘Tau pulak orang tu mencari biliknya.’..bisik hati Yuhanis.

The Rock’ terpacak di depan pintu. Mungkin ada berita dari Mak Azmah yang dibawa Mizan...tiada sebab lain yang bolah membuatkan ‘The Rock’ mencemar duli mencarinya...fikir Yuhanis.

Mizan di luar bilik...Yuhanis di dalam bilik...mereka berpandangan.

“Hello” suara di talian menyapa perlahan.

“Hello ?” Yuhanis menjawab panggilan yang  tetiba sepi. Matanya memandang ke arah ‘The Rock’..tapi fikiran ke lain. Yuhanis menunggu suara si pemanggil...juga menanti  benda apa yang hendak disampaikan Mizan.

  Yuhanis mula terfikirkan perkara buruk  yang mungkin terjadi...Berkerut-kerut dahi Yuhanis. Wajah ‘The Rock’ di hadapannya direnung sekilas sebelum  meneliti nombor yang tertera  di skrin telefonnya. Yuhanis melekapkan semula telefon ke telinganya.

Mizan berdiri di depan pintu bilik Yuhanis. Kelu lidahnya seketika. Apa yang hendak dikeluarkan tak terkeluar. Lebih-lebih lagi  dengan Yuhanis yang baru mendapat panggilan. Mizan memberi  peluang kepada Yuhanis menjawab telefon...mungkin dari emak mereka...dengan mata memandang tajam pada penampilan Yuhanis.

Mata Mizan tak berkedip merenung  Yuhanis. Rambut cantik, ikal mayang... panjang sampai ke pinggang. Ini kali kedua Mizan melihat rambut Yuhanis. Muka Yuhanis yang bersih kemerahan dengan rambut yang separuh kering menandakan gadis itu baru sudah mandi....tapi, kelihatan seperti ada masaalah.’.Masaalah apa ?...kecuali....Aaargh, Nizam ke?’

“Hello...wa’alaikummussalam...Abang Nizam !...Kenapa tak jawab Hani  tadi...haahlah!...tiga kali Hani call....Abang Nizan ni sengaja tau.....Abang Nizam pergi ma....

Yuhanis tersentak....termati kata-katanya. Tiba-tiba saja ‘The Rock’ menerpa dan merampas  telefon dari tangannya...Terlopong mulut Yuhanis mendengar Mizan memarahi Nizam.

“Tolong jangan ganggu isteri aku...kau dengar tak ?!!” Mizan mematikan talian.

“Eaaii kenapa awak cakap macam tu dengan Abang Nizam....saya baru saje dapat cakap ....bak balik telefon saya tu...bak..”....Yuhanis cuba merampas balik telefonnya dari tangan Mizan...tapi Mizan menjulang tinggi telefon tersebut jauh dari Yuhanis.

“Saya tak suka awak hubungi dia.” Kata Mizan sambil menjauhi Yuhanis yang cuba meruntun tangannya.

“Eh, janganlah macam tu..  awak ni kenapa?...saya nak tanya dia ada kat mana...mak tengah ri....” Yuhanis cuba merayu tapi Mizan segera memotong kata-katanya.

“Awak dengar saya...jangan call dia lagi....Fullstop !” jerkah Mizan.

“Saya cuma nak...” Yuhanis cuba menerangkan dengan berkata selembut mungkin.

“Kenapa awak degil sangat ni...kalau saya kata jangan...baik awak dengar.” Keras nada suara Mizan.

“Saya bukan saja-saja nak call Abang Nizam..tapi...”

“Jangan cari alasan !”

Kemarahan Mizan memuncak kerana Yuhanis seperti  melebihkan Nizam dari dirinya... seorang suami yang sah.   Dengan geram Mizan melangkah merapati Yuhanis yang masih berani menjawab...masih degil...masih nak membela Nizam.

“Awak tau tak...Abang Nizam tu dah....” terhenti kata-kata Yuhanis bila melihat muka berang Mizan. Kaki Yuhanis menapak selangkah kebelakang. Mizan semakin melangkah rapat di depan Yuhanis.

“Jangan sebut nama dia lagi !”.... Mizan menunduk rapat kemuka Yuhanis memberi amaran separa berbisik tapi keras.....kemudian mencampakkan telefon Yuhanis keatas katil yang terletak rapat di tepi dinding.

‘Iiiissshh, geramnya...naik angin tak tentu pasal, apa hal ?...Kita nak terangkan elok-elok, tak mahu dengar pulak...betulle keras hati , keras kepala ‘The Rock’ ni. Marah Yuhanis...tapi tak berani secara vocal....mmm, alahai...penakut jugak dia ni.’

Yuhanis tunduk, tak berani nak menatap mata Mizan yang sedang menjegilnya. Pandangan di bawah membuat Yuhanis tersenyum kecil..[senyuman pun kena sorok, takut kena tengking]..ada kain orang tu...panjang sebelah...nak terlondeh??

RING,RIINNGG, RIIINNNGGG........

Tanpa berfikir panjang Yuhanis segera melompat duduk di katilnya lalu mencapai telefonnya semula.  Yuhanis pasti Mak Azmah yang menaliponnya kali ini.Abang Nizam bukan bodoh...dia tak akan menyusahkan Yuhanis. Nizam tahu perangai abangnya.

“Assalamualai....OPOCOT MAK KAU !”

Sekali lagi ...Mizan melangkah laju mendekati Yuhanis lalu merampas telefon  di tanganYuhanis. Yuhanis cuba menghalang tapi Mizan lebih pantas.

“Itu panggilan dari mm.....”

“Tolong jangan telepon lagi !!! jerkah Mizan di telefon.

“Mizan ?” suara Mak Azmah terkejut .

“Huh !...Mak ?” Mizan terkedu...

Mizan segera menghulurkan telefon kepada Yuhanis lantas menghenyakkan punggungnya ke katil...melepaskan sesalan...campur geram..campur angin satu badan.

PRAAAKKKKKK......

“MAAAKKKK !!!!”

“Kah,kah,kah..ha,ha,ha...kah,kah,kah...hik,hik,hik..” Yuhanis ketawa terbahak-bahak...kemudian mengekek  geli hati di celah-celah katil yang runtuh...sampai terhenjut-henjut bahu Yuhanis.

Mizan menjeling Yuhanis yang tak habis-habis ketawa sedari tadi. Mizan cuba untuk bangun tapi terjatuh semula di celah-celah tilam.. dan timbunan bantal... dan kain cadar... dan selimut... dan Yuhanis. Mizan cuba lagi..dan akhirnya...

Mizan berdiri sambil memegang kain pelikatnya yang terlondeh.  Mizan menjegil  Yuhanis yang masih duduk dengan ketawanya. Tilam nipis lagi lembik  yang menutup sebahagian kepalanya pun sikit Yuhanis tidak endahkan. Mizan hanya mampu menggelengkan kepalanya.

“Lebih baik awak berhenti ketawa...call mak balik, tentu mak tengah risau.”

“Ok,ok..eh, mana telepon?” Tanya Yuhanis sambil cuba bangun dari runtuhan katil.

Yuhanis cuba meraba-raba di timbunan kain dan bantal untuk mencari telefonnya...tapi tak berjaya. Yuhanis mula menarik bantal satu persatu...kemudian menarik kain selimut dan cadar yang sudah bergulung-gulung...tapi tilam lembik pula menghalang kerjanya.

“ Ok..tepi, biar saya yang carikan.” Kata Mizan sambil menggulung kemas kain pelikatnya.

Yuhanis tergelak lagi bila melihat Mizan tersungkur terpijak kain sendiri ketika tertunduk-tunduk mencari. Nipis-nipis tilam itu pun berjasa menghalang Mizan dari tersembam ke katil yang telah runtuh.

PRAAKKK !!!....

Kali ini katil terus ranap rapat ke lantai.

Kah,kah,kah....ha,ha,ha,....Yuhanis bantai ketawa lagi... sampai terduduk.

 Mizan berjaya mendapatkan telefon. Bersusah payah, akhirnya Mizan dapat berdiri semula.  Mizan  menghulurkan telefon kepada Yuhanis dengan jelingan...sambil membetulkan kain sarungnya yang terlondeh.Yuhanis segera menyambut telefon dengan...senyuman tersungging di bibirnya.

Mizan hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya..... lagi.

‘Entah hapa-hapa punya budak ... ketawa tak renti-renti...giler ape !’

“Habis tu siapa yang hantar dia ke hospital?...mak ngan ayah ok ke?...mak temankan ayahlah...kesian ayah...nanti Hani tanya Abang Mizan....tak taulah...dia tak dapat cuti, Hani balik sorang le...mak nak cakap dengan dia?...ok.ok..pesan ayah elok-elok bawa kereta tu.”

“Apa hal ?” tanya Mizan yang bersandar di tepi meja solek. Matanya ditala ke Yuhanis yang sedang bersila di atas lantai...Yuhanis tunduk seperti sedang berfikir sesuatu.

“Erm...Shila dah mula sakit-sakit...dah dekat nak bersalin...mak ngan ayah tengah kalut siap-siap nak pergi hantarlah tu.” Jawab Yuhanis sambil mendongak memandang Mizan.

 Satu tangan menyelak rambutnya ke belakang telinga. Membulat mata Yuhanis bila dia tetiba teringat kepalanya yang tak bertudung. Perlahan-lahan kepala Yuhanis tunduk melihat kepala lututnya turut sama terdedah. Alamak ! ...Sedari tadi tak perasan dia hanya memakai t-shirt dan seluar pendek paras lutut. Halimunanlah konon.

‘Aaeeii..macam mana boleh terlupa ni !’ jerit hati Yuhanis.

Yuhanis melompat bangun mendapatkan almari....haa, ini pun satu hal nak kena tanya, bisik hati Yuhanis sebelum menarik skirt labuhnya...kemudian tergegas ke bilik air....tak kan nak pakai skirt di depan Mizan pula. Tudung terlupa pakai..ada maaf lagi.

Mizan mencebik melihat Yuhanis yang menyorok  memakai kain di dalam bilik air...bukan Mizan tak tau. Orang dah tengok semua baru nak pakai kain segala...gerutu Mizan di dalam hati. Sebaik Yuhanis keluar semula, Mizan terus bertanya.

“Suami dia mana ?”

“Dah lari.” Jawab Yuhanis ringkas...dan geram !

Yuhanis cuba menahan mulut dari memulangkan paku buah keras. Itulah benda yang Yuhanis cuba nak diberitahu dari awal-awal lagi....tapi iyelah, nak buat macam mana...dah dasar hati batu ! Kepala batu !

Terangkat kening Mizan. Beberapa saat masing-masing membisu. Seketika Mizan merenung wajah sugul yang jelas kelihatan di hadapannya. Mizan menggaru-garu kepalanya, kemudian meraup muka ....Mizan menarik nafas dalam-dalam. Perlahan-lahan nafas dilepaskan semula...ada sedikit sesal di hati.....sikit je....sebab masih ada isu yang belum selesai antara dia dan Yuhanis.

“Awak nak balik ?”

Yuhanis menganggukkan kepala. Mata merenung pintu almari yang dah terkopak papannya...nak bertanya.... tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai.

“Tahu ke buah hati awak tu, ada kat mana?”

“Dia bukan buah hati saya lagi....saya nak buat mee segera, awak nak tak?” tanya Yuhanis lalu melangkah ke dapur meninggalkan Mizan. Ini satu lagi taktik nak lari dari tajuk. ...Lagi pun, Yuhanis malas, tak kuasa dan tak ada masa nak layan soalan aka perli ‘The Rock’.

Yuhanis terus membuat dua mug nescafe panas dan diletakkan di atas meja. Kemudian Yuhanis mengeluarkan kuali, letak  terus atas dapur...tuang air setengah jug kecil dan didihkan. Sementara itu Yuhanis  mencari stok mee segera di dalam kabinet.

Yuhanis berdiri semula dengan dua bungkus mee segera dan dua biji telur ayam. Yuhanis mengerling ‘The Rock’  yang dah siap duduk di meja. Satu mug nescafe berada di depannya.

“Saya nak minta izin balik kampung...ganti mak tunggu Shila bersalin...mak suruh tanya tadi.”

“Berapa lama ?” tanya Mizan.

“Entah...saya tak pernah bersalin.” Jawab Yuhanis lurus bendul... sambil tangan lincah mencedok mee segera yang telah siap ke dalam dua pinggan.

Suasana sepi seketika. Yuhanis tak kisah....itu lebih baik dari kena jerkah dan kena tengking. Yuhanis  membawa kedua-dua pinggan ke meja...kemudian Yuhanis mengambil dua set sudu dan garfu dari laci kabinet. Satu set diletakkan ke pinggannya. Satu set lagi diletakkan ke pinggan orang yang sedang duduk di hadapannya.

“What ?” soal Yuhanis bila tersedar mata Mizan yang merenungnya tajam....masam je...macam tak puas hati je.

‘Eh...Aku ada buat salah lagi ke?’ tanya hati Yuhanis.

Tiada jawapan dari ‘The Rock’...so, Yuhanis rasa memang muka ‘The Rock’ selalu macam tu...lantak dialah.

“Lepas makan, siap...saya hantar awak ke stesen bas.” Ujar ‘The Rock’ tetiba sebelum  laju mengadap mee segera di pinggannya.

“Oh!”...Yuhanis tak sangka lesen balik kampung telah diluluskan....

Berkedip-kedip mata Yuhanis melihat Mizan menyuap laju...satu sudu lepas satu sudu mee yang masih berasap.

‘Kesiannya...lapar sangat kot.’ Fikir Yuhanis.

“Terima kasih ...sebab izinkan saya balik tengok mak ngan ayah....dan tolong hantar kat stesen bas.” Kata Yuhanis sambil menghulurkan tangannya kepada Mizan.

Mizan merenung Yuhanis yang berdiri di hadapannya dengan sebuah beg baju di sisi...Mizan rasa seperti ada sesuatu yang belum selesai..yang hendak dikatkan kepada Yuhanis....tapi tak pasti apa. Perlahan-lahan tangan Mizan menyambut tangan Yuhanis.

Yuhanis segera tunduk mencium tangan Mizan...tiba-tiba Yuhanis teringat kesalahan yang telah dilakukannya  kepada Mizan....terasa  satu kesalahan besar walau pun semua benda-benda tu kecik aje...dan... masa tak mengizinkan.

“Minta maaf banyak-banyak.” Ucap Yuhanis sebelum melangkah laju mendapatkan basnya. ...dan tidak berkalih sampai bas bergerak meninggalkan stesen. Yuhanis menarik nafas lega...harap-harap bas boleh bergerak lebih laju lagi.

Mizan memandang bas bergerak meninggalkan stesen sampai hilang dari pandangan. Hatinya sedikit terasa kerana Yuhanis sikit pun tidak menoleh atau melambainya.... walaupun bas yang dinaiki Yuhanis, melintas betul-betul di hadapan Mizan yang berdiri di tepi keretanya....sikit pun tak berubah tempat.

 Mizan boleh nampak Yuhanis yang duduk di tepi tingkap....tapi boleh pulak minah tu buat-buat tak nampak dia yang sedari tadi tercongok menunggu bas bergerak...

...’dasar perempuan tak kenang budi...lain kali jangan harap aku nak tolong.’

Geramkan Yuhanis, pintu keretanya yang jadi mangsa. Mizan menutup pintu keretanya dengan kasar sebelum menghidupkan enjin. Dengan hati yang mendongkol Mizan memandu pulang. Perempuan memang menyusahkan !

Setiba di rumah Mizan segera naik ke biliknya. Lebih baik dia ke gym melepaskan geram pada ‘punch bag’....dan buat apa saja asalkan badannya penat sampai malas nak ingat apa-apa lagi selain tidur....dan besok pagi hanya ingat untuk pergi kerja. Mizan mahu melupakan Yuhanis.

Mizan mengeluarkan t-shirt dan tracksuit dari almari baju. Seperti biasa tangannya menarik laci untuk mengambil.....

“YUHANIS !!!

....laci seluar dalamnya kosong !

20 comments:

  1. salam dik..akak mmg tabik kat adik..citer ni mmg terbaeklah..sempoi..dan mencuit hati..adakah mizan telah jatuh hati kat wifenya..sbb tu marah dan cemburunya..ya ampun...mcm budak budak kecik yg brg permainan tidak suka dikongsi org..!!

    ReplyDelete
  2. bessssttt sgt3...!!!^^ hrp2 next entry dpt kluar cpt..

    ReplyDelete
  3. sukanya... tetiap hari nak buka blog ni... good job ye.

    ReplyDelete
  4. hari-hari baca entri mesti gelak cerita memang best, harap Mizan bukakan hati seluas-luasnnya buat Yuhanis, risau gak Suraya nak balik kat Miazan ni. Hati tertanya-tanya ada hubungan tak isteri Nizam dengan Suraya? Siapa keluarga Yusri adik-beradik sebenarnya?

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Penulis,
    Bukan Yuhanis je yang gelak tergolek-golek dengan adegan katil roboh tu, akak pun sama,lucu betul bila membayangkan muka toya The Rock yg hampir terlondeh kain tu. Dah la tak berseluar kecik,uisshhh.haru... Akak pun macam ZZ juga,sehari mau dua tiga kali dok intai blog ni kut kut ada n3 baru. Cepat-cepat la publish cerita ni ye.

    Mawardah

    ReplyDelete
  6. hahahaha....
    sesak dada terlebeh ketawa
    bess sesangat cite ni...I like....

    ReplyDelete
  7. hahahaha..terbaeekklah umi...lucu yg amatlah adengan katil roboh tu...jgnkn yuhanis...saya pun ketawa sama...mmg sweet pasangan ne...saya rasa mizan mmg sukakn yuhanis tapi ego tak nak diluah..dan dlm masa yg sama nak sgt perhatian dari yuhanis..tapi tang cemburu tu mmg tabik springlah mizan..mmg patut dia tegas mcm tu...bini dia..hak dia..nizam patut kena faham2 bhslah dan yuhanis...kut iye pun bglah ruang...ppun citer ni mmg best..saya sama seperti mawardah...sehari entah brapa kali intai n3 baru dari umi ne..tahniah umi..

    ReplyDelete
  8. heheee bestnyeeee skit perut ketawa...tahniah kak umi.hari2 on nak tgok blog akak nak baca bab yg baru.harap akak cepat dpat ilham untuk tulis novel......

    ReplyDelete
  9. best novel ni..tabik utk mimi sapiah.Kalau dapat buat drama romantik komedi mesti best kan.Sape plakun kita yang layak dan sesuai jadi the rock dan yuhanis ye?

    ReplyDelete
  10. Salam Cik Penulis,
    Nak n3 baru,plizzzz.....dah tak sabar nih tunggu tindakan Mizan seterusnya bila sedar lacinya kosong,hehehe.

    Mawardah

    ReplyDelete
  11. cian mizan konon nak kenakan yuhanis last2 tkena sendiri, hi hihi

    ReplyDelete
  12. akak bila nak msuk bab 16 nie??????????????????????? x sabar nak baca

    ReplyDelete
  13. hhahha lawak gila bab katil roboh, bkn yuhanis je ketawa, saya pon ketawa tbahak2

    ReplyDelete
  14. Ketawa sorang2 sy baca.... x sabar nak tunggu n3 baru. Nanti Bab 16 jgn pendek sgt ye Umi...

    ReplyDelete
  15. Asalam Cik mimi,
    bleh bagi n3 baru x? ari2 buka blog tp :( x de n3.....
    so sad.... kali ni skali masuk 3 n3 ekk...... *~*

    ReplyDelete
  16. i sokong tu Nana Nn.ari2 on x ada n3 baru......

    ReplyDelete
  17. Xde n3baru lg ke penulis

    ReplyDelete
  18. di penulisan2u saya dah baca sampai bab 17 then maila check kat blog akak sebab berkemungkinan akakdah buat bab 18

    ReplyDelete
  19. nk n3 br ..plissss

    ReplyDelete
  20. https://carabuatduitonline2017.blogspot.my

    ReplyDelete