Sunday 25 November 2012

PTRNTD Bab 4

“Mak cakap tak boleh, tak bolehlah...Nizam dah lukakan hati dia...sekarang nak cari dia pulak.”Azmah memberhentikan kerja memotongnya. Pisau diletakkan di atas kayu pemotong. Hatinya tengah geram. Nanti tak pasal-pasal pulak jarinya yang terpotong.   Beberapa urat kacang panjang masih dipegang. Azmah merenung tajam Shahrul Nizam yang duduk di hadapannya sambil menggeleng-gelengkan kepala. 

“Mak...tolonglah mak. Nizam nak cakap sekejaap aje dengan Hani..Nizam nak terangkan apa yang sebenarnya terjadi...Nizam tak mahu Hani sangka selama ini Nizam tak ikhlas sayangkan dia.” Nizam sudah penat merayu...tapi dia tidak akan putus asa. Dia sedar dirinya kini sudah berstatus suami orang. Yuhanis pula bukan tunangnya lagi...  tapi dia masih tidak puas hati selagi Yuhanis tidak mendengar penjelasan darinya. Lagi pun rasa kasih, rasa sayangnya kepada Yuhanis masih berbekas di hati.

“Nizam,...berapa kali dah mak cakap...jangan ganggu dia lagi... kamu nak terang ke, nak cakap apa sekali pun...benda dah tak boleh diubah. Hani tu dah jadi isteri abang kamu...jangan nak buat hal. Kamu tak serik-serik lagi ke?....Isteri kamu tu nak letak kat mana?..Dah nak beranak tak lama lagi tu...kamu jangan nak buat perangai lagi....elok sangatlah si Hani tu tukar nombor telefonnya.”Azmah mencapai kembali pisau, lalu 
menyambung kerjanya untuk menyediakan nasi goreng untuk sarapan pagi.

 Hari ini Mak Kiah tidak dapat datang membantu kerana anak cucunya dari Kedah datang menziarah. Jika ada Yuhanis, anak angkatnya itulah yang menguruskan hal masak makan di rumah itu. Azmah hanya membantu. Terasa sangat kehilangan Yuhanis yang sangat rapat dengannya.

“ Mak..cerita dulu dengan sekarang lain. Mak dah tahu hal sebenar tapi bila marah Nizam, mak selalu ungkit macam Nizam yang jadi punca abang ngan si Suraya tu bercerai...mereka yang bergaduh suami isteri, Nizam yang jadi mangsa....mak, Nizam bukan nak kacau rumah tangga Hani ngan Abang Mizan .....Nizam cuma nak satu peluang saja bercakap dengan Hani...er..ala mak....mak bagi ajelah nombor telifon baru Hani tu. 

Bukan nak buat apa pun....cakap kat telefon je.”Nizam memujuk lembut. Tak sangka hati emaknya kini tidak seperti dulu..mudah dipujuk. Mungkin kali ini kesalahannya terlalu besar untuk dimaafkan pada waktu terdekat ini.

Azmah menunjukkan muka masam. Dia tidak mahu keadaan menjadi bertambah keruh. Nizam buat muka sedih, berharap emaknya akan beralah. Jika tidak berjaya memujuk emaknya dengan cara ini...Nizam ada cara lain. Matanya menjeling sekilas ke arah kabinet pinggan mangkuk di belakang Azmah. Telefon bimbit emaknya elok terletak di tingkat paling atas. Mmm....

* * * * * * * * *

Mizan berasa serba salah. Benar,.. Yuhanis isterinya. Betul...tangannya sendiri telah berjabat  dengan tangan tok kadi menerima pernikahan itu....tapi dia terpaksa. Apa hukumnya?....Mizan tahu jawapannya, gadis itu tetap isterinya. Mizan tengah penat. Badannya penat, kepalanya juga serabut. Hendak tak hendak dia sudah ada isteri sekarang. Mahu tak mahu isterinya itu sudah berada sebumbung dengannya.

‘Eh, macam mana dia boleh terlupa pasal budak tu?....dah mati kebuluran agaknya?...tapi tak kan lah tak tahu nak ihktiar?’..bicara hati Mizan. Sekejap rasa salah. Sekejap rasa marah.

Seketika Mizan melangkah menghampiri ketiga-tiga bilik di tingkat itu. Mizan melekapkan telinganya ke daun pintu bilik yang pertama....harap-harap tiadalah sesiapa tetiba membuka pintu..jika tidak, mana nak disorokkan muka....namun...tiada kedengaran apa-apa.

 Mizan sekali lagi melekapkan telinganya... di daun pintu bilik kedua pula....pun tiada satu bunyi yang tertangkap oleh telinga Mizan. Di daun pintu bilik yang terakhir juga Mizan lakukan begitu....masih tiada sebarang bunyi...Nak buka pintu, Mizan tak berani. Apa dia nak cakap? Tengok orangnya pun dia dah naik angin. Baik tak payah.

AAah,..ada satu bilik lagi. Mungkin malas nak panjat tangga dengan dua buah beg pakaian...boleh jadi gadis itu memilih bilik orang gaji di bawah saja...Mizan mengagak sendirian. AAah !..lantaklah, tak kuasa nak ambil tahu. Nak duduk kat bulan ke, planet Zuhal ke...ada aku kisah?.. gerutu Mizan di dalam hati.

 Namun hati dan kaki tidak sekata.Mizan segera menuruni tangga. Sebaik kaki Mizan memijak anak tangga yang kedua, Mizan terhenti pula.

HAaish,...buat apa dia pulak nak bersusah payah menyusahkan diri sendiri ? soal Mizan pada dirinya. 

Bukankah gadis itu sendiri yang merayu-rayu nak jadi isterinya? Sekarang...rasakan. Jangan harap dia nak melayan pulak.

Serta merta Mizan melangkah kembali masuk ke biliknya. Mizan berbaring semula di atas katil empuknya yang tebal dua jengkal. Baik dia rehatkan badannya yang telah dilasak sepanjang minggu ini. Seminggu yang memenatkan dan menyesakkan.

 Mizan cuba memejamkan mata yang terasa layu.Namun susah pula nak lena. Sudahlah semalam pun tak boleh lena. Mengapa fikirannya balik-balik teringatkan ‘orang tu’....menyusahkan saja...bentak hati Mizan.

 Mizan teringat kembali kenapa dia tidak boleh lena semalam. Bukan sebab semalam, malam pengantin..atau..malam pertama. Bukan sebab dia berjaga kerana berbulan madu bersama isteri barunya.

Mizan masih ingat dia hanya berkelipuk-kelipuk di dalam kelam malam, bermain mata sendirian di sebelah sini katil. Gadis itu pula dengan beraninya, tanpa sepatah kata, tidur sekatil dengannya.....tapi nun jauh beribu hun di hujung sana katil.  Sudahnya di tengah katil pengantin, kosong dan lapang selapang-lapangnya...sampai boleh buat padang bola...pemain je yang tak ada.

Mungkin Yuhanis berpura-pura tidur...syak di hati Mizan. Hanya menunggu masa untuk menjingkit dan menyelinap keluar untuk berjumpa kekasih hati. Tak apa Mizan akan menunggu waktu itu dengan sabar.

Sudahnya dengan hati yang penuh syak wasangka Mizan hanya dapat tidur-tidur ayam.  Mizan terjaga bila terdengar sesuatu...Mizan dapati Yuhanis sudah tiada di tempat tidurnya ! Mizan menunggu seketika sebelum bangun. Perlahan-lahan Mizan menuruni anak tangga.

Dengan berhati-hati Mizan melangkah ke wakaf yang terletak di hujung halaman rumah. Mizan menyorok dan mengendap di sebalik rimbunan pokok bunga yang merimbun...Haa,...benar seperti yang disangka. Nizam sedang menunggu di situ....tapi mana Yuhanis?

Berpinar mata Mizan. “ Siap kau orang”...bisik hati Mizan dengan hati yang membara...sejarah seperti berulang kembali....dia akan turut sama menunggu.

Seketika menunggu, akhirnya kedengaran derapan kaki seseorang menghala ke wakaf. Hati Mizan yang sudah membara mula hendak terbakar....memang semua perempuan sama saja ... tidak boleh dipercayai. 

“ABANG !...abang buat apa kat sini.?...saya dah agak...mesti abang plan dengan bekas tunang abang tu, nak jumpa sembunyi-sembunyi....jangan ingat saya tak tahu..bukan main lagi tadi berbual mesra di dapur ye...ingat I buta...I pekak ke?.” Sergah satu suara.

Aaik...si Minah Saleh celup rupanya !

Mizan teringat kembali macam mana dia terjingkit-jingkit kembali semula ke bilik setelah tidak kuasa mendengar Nizam bertekak dengan isterinya di tengah-tengah malam di wakaf itu.

Dalam hati yang sebal ada juga lucunya. Semasa berbaring semula di katil, kedengaran bunyi ‘pap,pap,pap.’... Mizan segera menjenguk ke bawah katil sebelah Yuhanis... LAAA...isteri barunya ada tergolek di situ. Yuhanis jatuh katil rupanya....agaknya itulah bunyi yang Mizan dengar tadi. .....Seketika Mizan merenung saja Yuhanis yang sedang tidur mengerekot di lantai.....mmm,ada orang kena gigit nyamuk...ciannya...tapi...ah,lantaklah.

HEH, tak pasal-pasal pula dia menyusahkan diri...bebal Mizan pada dirinya sendiri. Yuhanis ni lah punya pasal....sengaja menyusahkannya. Sudahlah dalam jaga menyusahkan. Dalam tidur pun menyusahkan !

* * * * * * * *

Selepas sembahyang Isyak seperti biasa Mizan keluar untuk makan malam. Mizan pulang dengan sebungkus nasi untuk Yuhanis. Terasa bersalah pula jika tidak membelikan makanan untuk Yuhanis. Sedangkan perut sendiri sudah kenyang. Terasa dirinya kejam pula....tapi salah diakah?...bukan dia yang terhegeh-hegeh ndak 
kahwin..’.tiada beban,batu digalas’...

Bungkusan nasi ditinggalkan di meja dapur. Tak kan Yuhanis tidak keluar-keluar mencari minuman...fikir Mizan....tak kan tak lapar kot. Seharian ditinggalkan tanpa makanan. Bukan ada stok makanan di rumahnya. Kalau setakat simpan sampai ‘expired’..akhirnya tiada apa yang disimpan lagi.

‘ Jangan-jangan gadis itu ada membawa bekalan makanan dari rumah emak tak?’...terlintas di hati Mizan. 

Simpati yang bertandang segera dihalau pergi. Nak makan..silakan. Tak nak...sudah !

Sebelum meninggalkan dapur, Mizan berdiri seketika di hadapan pintu bilik di sebelah dapur. Tiada bunyi. 

Tiada juga kelihatan cahaya lampu di bawah pintu. Gelap gelita. Bermakna ‘isterinya’ tidak duduk di bilik bawah itu. Jika tiada di bawah, mestilah di bilik atas. Mizan ke tingkat atas pula. Pun sama juga. Ketiga –tiga bilik itu juga gelap gelita. Tiada langsung garis cahaya di bawah pintu.

Mizan tergaruk-garuk kepalanya sendirian...sambil berfikir sama ada dia patut mengetuk pintu kesemua bilik-bilik itu. Jika ada jawapan ‘Ya’ dan soalan ‘yes?’ dari salah satu bilik itu...then what? ...’Saja nak tahu awak duduk di bilik mana?’Ngeri Mizan memikirkan jawapannya.

Kalau tiada jawapan dari kesemua bilik-bilik itu...bagaimana? Mizan menjadi lebih ngeri. Sudahnya Mizan masuk ke biliknya dengan perasaan bebal. Betul-betul Menyusahkan.

* * * * * * * *

Yuhanis mengunyah kacang sambil melukis. Setiap hari Yuhanis akan melakar apa jua yang terlintas di hatinya hari itu. Apa yang dilihat. Apa yang teringat. Ini hobi yang tidak boleh ditinggalkan.....sama seperti orang menulis dairi. Setelah selesai, Yuhanis berbaring pula membaca novel yang baru dibelinya tengahari tadi....sambil menggigit buah epal.

 Cerita kurang menarik. Stereotaip...tapi epal yang dimakan sangat sedap. Rangup dan manis. Habis sebiji epal. Yuhanis menanda bahagian yang dibaca lalu menutup novel. Novel diletakkan di dada dan dipeluk...sambil melamun melayan fikirannya.’ Lain kali nak kena belek luar dalam novel terlebih dahulu, baru boleh beli. Kalau novel masih berbalut, nak check macam mana ye? ‘

‘Boleh tak main nyorok-nyorok dan koyak plastic pembalut?..kalau cite best,kita beli...tak best, diam-diam letak balik..’.Yuhanis tersengih sendirian membayangkan dia dikejar petugas kedai buku..’.eee,tak boleh,tak boleh. Buat malu je.’

‘Pandai-pandai aje aku ni mengata novel tak menarik...tapi jika kisah hidupnya kini, dikarang jadi novel...mmm, lagilah berganda-ganda tak menarik. Bagaimana nak buat dialog? Dengan siapa kawannya berdialog?....lainlah kalau buat cerita seram seperti....aaa, ..’bercakap dengan jin...eeee...tak nak ingatlah 
benda-benda macam tu..sudahlah duduk sorang-sorang,tak berkawan di bilik bawah ni...’.bisik hati Yuhanis.

Yuhanis berangan pula dirinya menjadi penulis novel. Sudah tentu dia akan menulis novel romantik...favouritenya...juga favourite ramai kaum wanita lain yang berjiwa romantik....Dan  termasuk juga beberapa ramai kaum lelaki yang turut meminati novel genre ini..eeoow. Dulu Yuhanis tidak percaya ada kaum lelaki yang minat membaca novel romantik seperti orang perempuan...tapi setelah Yuhanis melihat sendiri beberapa orang lelaki berebut membeli novel terbaru di pasaran, baru dia percaya..Tak sangka no!

Yuhanis suka watak hero..boleh berangan hero yang handsome-handsome berbadan sasa...kemudian membayangkan dirinya sendiri menjadi heroin yang cantik jelita....Boleh buat dialog yang menggegarkan jiwa..kaw,kaw punya ayat..tentu best...Tetiba Yuhanis terbayangkan heronya...eei, ‘The Rock’?....huh,macam mana pulak tetiba ‘The Rock’ ni masuk dalam kayalannya..

Ishk..Ishk, tak naklah hero yang tak romantik. Kalau ‘orang tu’,  baik tak payah....batalkan  sajalah niat tu...lamunannya terhenti. Yuhanis ketawa kecil sendirian. Menyampah...tak hingin dia hero macam tu. Yuhanis meninggalkan katilnya...dan lamunannya.

* * * * * * * * *

Usai solat Magrib Yuhanis mengaji dengan Qur’an kecil yang selalu bersamanya. Qur’an ini adalah hadiah terakhir dari arwah ibu. Tidak pernah sehari pun Yuhanis meninggalkan amalannya membaca Al Qur’an ini. Yuhanis mahu pahala membaca Al Qur’an itu sampai kepada arwah ibu dan ayahnya setiap hari. Termasuk arwah tiga orang adik-adiknya.

Tiada apa kecuali doa dan amalan soleh saja yang dapat sampai kepada seluruh keluarganya yang telah pergi dahulu meninggalkannya seorang diri di dunia ini. Walau pun kini beratus-ratus ribu ringgit duit insuran kemalangan seluruh keluarganya  berada dalam akaun Yuhanis..sedih dan rindunya pada mereka mana mungkin berbayar dengan wang ringgit.

Selepas solat Isyak Yuhanis bersiap untuk tidur. Perut kenyang, hati senang. Tidurnya lena, mandi pun basah lenjun....no problem. Bila puas tidur Yuhanis akan mudah terjaga untuk bangun malam mengerjakan sembahyang sunat Tahajud. Yuhanis berharap agar segala amalan yang mampu dia lakukan akan diterima Allah dan dapat membantu menjadi cahaya menerangi alam ibu bapanya didunia sana.

 Di kala malam nan sunyi itulah baru Yuhanis menangis sepuas-puasnya. Menangis, menangis dan menangis....esok siangnya Yuhanis akan lebih tabah dan kering air matanya. Kepada-NYA Yuhanis mengadu. Kepada-NYA Yuhanis berbicara dan berbisik semua yang tersimpan di hati.Tidak mengapa dia tiada sesiapa. Tidak mengapa tiada kawan untuk berbicara dan ketawa. Yuhanis ada Dia. Yuhanis pasti Dia selalu bersamanya.

* * * * * * * *

Mizan terjaga dari tidur. Jam menunjukkan sudah pukul dua setengah. Ah, sudah tengah malam.Tekaknya terasa haus. Sepatutnya dia membawa sebotol air ke biliknya. Terpaksalah Mizan turun ke dapur. Di dapur Mizan melihat bungkusan nasi masih tidak berusik. Masih berada di mana Mizan letakkan di tempat asalnya.

‘Huh, tak lapar ke budak tu ?’ ...memberontak agaknya.....atau...atau...er...dah pengsan.’ Mizan sedikit risau tapi segera ditepis.Bungkusan nasi disimpan ke dalam peti sejuk.

 Mata Mizan kembali merenung ke pintu bilik orang gaji. Mizan masih tidak puas hati. Semalam bila check bawah dirasa tak ada, dia periksa di bilik atas. Bila tidak temui jawapan di atas, Mizan rasa jawapannya berada di bawah pula. Kenapa dia begitu hendak ambil tahu, Mizan pun tak faham.

 Tangan Mizan terasa gatal saja mahu memegang tombol pintu. Semalam  Hatinya juga mahu kepastian sama ada Yuhanis berada di situ atau tidak....tapi jika ‘sidia’ betul berada di bilik itu...’aku nak buat apa’tanya Mizan pada dirinya.

Sudahnya, Mizan memaksa kakinya kembali memanjat tangga naik semula ke bilik menyambung tidurnya..besok dia perlu bekerja..Hish, menyusah betul, gerutu hati Mizan.

* * * * * * * *

Selepas selesai solat sunat Dhuha, Yuhanis menghafal lagi tiga ayat Al Waqiah. Sekarang sudah dapat hafal enam ayat. Masih tak melekat kaw kaw tak boleh sambung ayat ke tujuh. Kalau lambat nak lekat Yuhanis nak kena beli kismis dan buah badam. Sedap. No hal nak buat ubat penerang hati. Yang tak sedap kalau nak makan kacang kuda mentah.

 Time untuk keluar dari sarang halimunan. Yuhanis menjingkit keluar mengintai kereta di bawah anjung. ‘The stone’...[hati tengah sejuk, baru solat Dhuha...tanduk pun tak keluar lagi].. sudah pergi pejabat.. Kerja apa? Entah...belum bersuai kenal...entahlah sampai bila harus begini.

Yuhanis sudah bersiap,tapi masih terlalu awal untuk keluar ke pekan. Semasa menarik daun pintu bilik, mata Yuhanis terpandang sesuatu di atas meja makan. Yuhanis segera merapati meja makan yang sebelum ini, kosong sekosong-kosongnya. Sekor semut pun tak ada. Agaknya semut pun tak sudi nak singgah...ialah nak buat apa...kalau setakat nak mati tak makan kat meja makan tu.

Ada satu sampul surat. Agak kembung. YUHANIS...tertulis namanya... dengan huruf besar lagi. Rupanya Mr.Rock masih ingat nama Mrs.Rock. Sampul dibuka. Ada tiga anak kunci. Ada sekeping nota berlipat dua.....nota cinta? Ada beberapa keping duit kertas lima puluh ringgit. Dikira-kira..ada dua ratus lima puluh ringgit ....ni, untuk makan sehari ke, seminggu ke, sebulan ke atau setahun ke? Yuhanis membuka nota pula.
Pemurah jugak ‘the stone’ ni....tapi pujian terpaksa di’cancel’ selepas Yuhanis membaca nota. Memang dia ni hati ‘rock’ betul....bukan stone, stone lagi.

  INI DUIT BELANJA. PERGI PEKAN BELI MAKANAN SENDIRI
  PANDAI-PANDAI JAGA DIRI.. NAK MENGGATAL, JANGAN PALITKAN SAYA.
  JANGAN MENGADA NAK MERAJUK, NAK MOGOK TAK NAK MAKAN.
  KALAU NAK PENGSAN, NAK MATI SEKALIPUN... JANGAN SUSAHKAN ORANG LAIN.

MAKAAII...! Tetiba suhu di dapur terasa panas...’The Rock’ ni suka suki je nak panaskan suhu global...eeei, GERAM.. Dia ni mereng sebab bini lari agaknya,tu yang tak reti nak berbudi bahasa.’ bebel Yuhanis.....’ kalau boleh..nak aje di tangkap, ikat,..pas tu bundut dan pos ke Antartika..biar hati batu tu disejuk beku dan aman damai hidup sorang-sorang kat sana.’

Yuhanis mengambil kunci, disimpan dalam poket seluarnya.. Yuhanis merenung seketika duit di tangan.’ Suami wajib menanggung nafkah zahir batin sang isteri’....itu pesan tok kadi masa akad nikah tempoh hari. 
Jadi duit ni hak dia, nafkah zahir..maka wajib diambil. Boleh tambah kekayaannya, Yuhanis melawak sendirian. Nafkah batin?.  Ada ke?...mm,bagi je kat ‘tok batin’...Pinggan tak retak,nasi tak dingin...orang tak nak,dia pun tak hingin.

No comments:

Post a Comment