Tuesday 26 March 2013

PTRNTD BAB 18

Yuhanis membuka matanya perlahan-lahan.  Rasa lama betul dia tidur...puas, lansung tak terganggu....tapi rasa malas nak bangun tetap menjalar ke seluruh tubuhnya. Tiba-tiba Yuhanis terhidu satu haruman lain menerjah ke hidungnya. Bau bantal peluk diakah?

Macam nak tersembul bijik mata Yuhanis melihat apa yang dipeluknya. “THE ROCK !’... Yuhanis segera hendak merentap tangan, kaki dan semua tubuh badannya dari orang yang di peluknya...tapi Yuhanis tiba-tiba teringat. Yuhanis kena pura-pura tak sedar....mana boleh nak tarik serta merta. Tentu ketara sangat ...malu dia nanti.

Perlahan-lahan Yuhanis mengangkat kepalanya sedikit untuk menjenguk muka Mizan...Good,good...orang tu tengah lena...kena kalih perlahan-lahan agar Mizan tak terjaga....kalau tak, kemana Yuhanis nak sorokkan muka.

Sekarang tangan pula. Perlahan-lahan Yuhanis mengangkat tangannya dari dada sasa Mizan....rasa sayang pula nak kalih..tapi terpaksa kalau tak nak dicop perempuan gatal. Tangan kembali ke sisi sendiri  dan ..fuuuh..selamat!

Kini giliran kaki pulak. Entah berapa lamalah kakinya sedap-sedap landing kat situ, fikir Yuhanis. Dah macam selesa aje..agak-agak, kalau terus dibiarkan  kakinya di situ sambil buat-buat lena, boleh tak?...tapi Yuhanis masih waras. Buat apelah nak cari penyakit ?

Setelah selamat berada di kawasannya...Yuhanis menolak selimut yang berpintal di tubuhnya. Perlahan-lahan Yuhanis turun dari katil. Yuhanis merenung jam di dinding ....dah pukul tiga setengah pagi...padanlah terjaga..waktu tahajudnya.

 Matanya dah pandai, tak payah diajar lagi....dan ‘The Rock’ adalah perantaraan yang Allah hantar kepadanya untuk bangun tahajjud...mm, jadi bantal peluk.

Apasal terang benderang ni ?...Yuhanis segera menukar lampu tidur. Satu di tepi katil, satu di tepi bilik mandi. Yuhanis mengambil tuala lalu terus masuk ke bilik air. Yuhanis tak mandi. Sejuk. Cukup sekadar membersihkan apa yang patut dan gosok gigi.

Dengan bertuala dan baju saja Yuhanis keluar menjinjit seluar tidurnya. Yuhanis membentang sejadahnya di tempat biasa..di hujung kaki katil. Kemudian Yuhanis memakai telekung. Dengan lafaz ‘Bismillahhir Rahmanir Rahiim’ Yuhanis memasang niat......”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala...Allahhuakbar.”

Selesai sembahyang tahajjud, Yuhanis beristigfar dan berselawat tiga kali. Ikut kemampuannya saja...daripada tak buat lansung. Kemudian Yuhanis  berdoa, tak lupa memanjatkan syukur kerana Allah menggerakkannya bangun dari tidur untuk bertahajjud. ..juga memberi  kesihatan kepadanya, sakit kepalanya dah hilang.

Yuhanis masih ingat kata-kata Ustazah Kalsum suatu masa dulu....antara sebab  kita susah hendak bangun tahajjud adalah kerana kita tak berniat lansung untuk melakukannya sebelum tidur dan  kerana ada membuat dosa....jika tidak,.. akan ada sesuatu yang akan jadi penyebab, menggerakkan kita bangun.

Lepas tu terpulanglah kepada siapa yang hendak rebut ganjaran lumayan yang Allah sediakan.  Percuma !..Tak payah teka ape-ape, tak payah susah-susah nak cari jawapan dan tak payah perah otak cari ayat untuk lengkapkan ape-ape slogan....Cuma sembahyang malam dua rakaat saja.

Kata Ustazah Kalsum lagi, kalaulah kita selalu ingat betapa besarnya fadilat sembahyang tahajjud itu pasti kita akan rebut peluang ini....akan terasa rugi jika lepaskan. Tiga hadiah besar dari Allah yang pasti kita semua perlukan di dalam kehidupan. ....

          Sayyidina ‘Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Pada yang bersembahyang pada sepertiga malam yang akhir Allah berfirman....

                   Siapa diantara penghuni bumi yang ada permintaan, akan Aku beri.
                   Siapa yang ingin bertaubat, Aku ampuni.
                   Siapa yang mempunyai hajad, akan Aku perkenankan.

Ooh, bestnya... Yuhanis perlu semua itu untuk kebahagiaan dalam hidupnya....terutama untuk menghadapi ‘The Rock’. Sebelum menutup doanya seperti biasa Yuhanis berdoa untuk semua kaum keluarga dan orang-orang yang dikasihinya.

Baru terlena, tidur Mizan terganggu pula. Kalau dah dipeluk begitu pun tak terjaga..entahlah, boleh dimasukkan dalam katagori mayat kot....Mizan terpaksa jugaklah berpura-pura tidur sebab malas nak kecoh-kecoh.

 Lagi pun tentu minah tu akan termalu....Mizan ok je. Rasa nak gelak pun ada dengan gelagat Yuhanis. Minah tu betul-betul  ingat dia lena macam batu...beriye takut Mizan terjaga.

 Dalam pada nak lena semula, sesekali  Mizan membuka mata...  memerhati  tingkah laku Yuhanis. Ini kali kedua mereka sebilik... dan sekatil. Masa kali pertama dulu  Mizan masih ingat... waktu tu dia memang tengah marah. Sakit hati sangat-sangat sebab terpaksa menikahi Yuhanis...adake lelaki  yang suka dipaksa kahwin.

Kali ini tiada pula perasaan marah. Mungkin sebab Mizan dah boleh terima kenyataan... benda nak jadi, pasti terjadi. Cuma ada rasa geram ...rasa bengkek kat Yuhanis. Itu pun bukan sebab  diri Yuhanis...  tapi apa yang minah tu buat padanya.

 Mungkin salah Mizan jugak yang mulakan..tapi janganlah sampai mengganggu hal kerjayanya. Kalau hujung minggu tak apalah jugak. Macam budak kecik...balas dendam dengan melarikan seluar dalam orang...

Mizan boleh nampak Yuhanis duduk bangun mengerjakan sembahyang malamnya. Macam-macam bermain di benak Mizan. ...tapi sekarang bukan masanya untuk check hati sendiri. Baik dia tidur...jika tidak, mau dia jadi macam ayam sakit besok pagi.

...Tapi Mizan tak dapat lena....nak lena macam mana....suara bisikkan Yuhanis yang sedang berdoa jelas kedengaran menyusup ke telinganya.

“Ya Allah, ampunkan dosaku dan suamiku, dosa semua keluargaku..yang hidup dan yang telak pergi.... 
Berikanlah kami tempat sebaik-baiknya di syurga MU kelak. Ya Allah berikanlah kesihatan, panjang umur, dimurahkan rezeki, ketenangan dan segala yang baik-baik padaku dan suamiku...juga emak dan ayah...Abang Nizam, Shila dan baby...Yusri, Sara dan Suri...juga Nek leha...juga untuk mak dan abah, adik Yusri, adik Sarimah dan Surina...semoga kami dapat bertemu semula di syurga MU kelak..Ya Allah...isk,isk.”...Yuhanis mula sebak.

“Hani rindu pada mak dan abah..juga adik Yusri, Sari dan Suri..isk,isk,isk...Ya Allah tolonglah hapuskan kerinduan ini...berikanlah hidup yang tenteram buat diriku...Amiin, Ya Rabbal alamin..isk,isk,isk.’

Dada Mizan terasa ketat. Mata Mizan terasa panas. Bohonglah kalau kata dia tak tersentuh. Mizan rasa keihklasan dalam doa Yuhanis...tapi buat apalah dia nak emo pulak. Sekarang dah tahu Yuhanis doakan kebaikkan untuknya...Mizan juga akan lakukan yang sama.

 Sekarang  Mizan dah lihat, dah tengok dan nampak. Fine...Mizan akui kebenaran kata-kata emaknya...Yuhanis budak baik. Yuhanis juga gadis cantik. Cuma Mizan tak mahu jatuh cinta lagi. Mizan kena jaga haatinya. Setakad terpesona pada kecantikan...itu normal buat lelaki sejati. Untuk Mizan setakad itu saja. Tak kan ada lebih.  

Seketika kedengaran langkah Yuhanis mendekati katil. Walau pun mata tertutup kemas, Mizan dapat rasakan Yuhanis berada dekat di sisinya. Kemudian Mizan rasa tubuhnya diselimutkan perlahan-lahan.

‘Alahai ...ini yang buat dia lemah niii.’ Keluh hati Mizan. Kalau macam ni macam mana nak balas dendam dengan minah ni...lebih-lebih lagi perasaan marahnya dah mula menurun. Kenapa ? Entah....mungkin sebab..sejuk hatinya melihat minah tu sembahyang malam...dan sudi mendoakan dia.

Bersama langkah Yuhanis, mata Mizan menyorot melihat Yuhanis yang sudah membuka telekung mengambil tempatnya di sebelah sana katil. Kali ini ada sempadan diletakkan di tengah-tengah katil. Yuhanis telah meletakkan bantal peluk antaranya dan Mizan. Mana datangnya bantal peluk tu....haa, Mizan dah boleh agak...dari lantai.

“Awak..awak..bangun..dah Subuh...bangun, sembahyang Subuh.”....

Mizan menggeliat ...dan..ah, liatny nak bangun. Mata yang masih mamai terus terang melihat Yuhanis yang dah siap perpakaian dan bertudung.....aaik, bertudung ?...Subuh sepie nak kemana minah ni...fikir Mizan.

“Awak tak boleh sembahyang ke?”....alahaai, apa punya soalan daa...

“Saya dah sembahyang awal-awal lagi...” jawab Yuhanis dengan senyuman kecil...aah, comelnya.

“Tadi saya gerak...nampak macam nak bangun...bila naik balik, rupanya masih lena...oklah,..saya pergi dulu.”sambung Yuhanis sebelum melangkah semula ke pintu.

“Awak nak pergi mana pagi-pagi buta ni ?” tanya Mizan sambil menolak selimut.

“Hi,hi,hi...tak buta dah....Subuh dak nak balik ada...cepatlah awak...saya nak pergi beli kuih kat gerai depan tu...lambat-lambat nanti tak ada pulak bengkang tepung untuk Shila...awak nak ape-apeke...boleh saya belikan.”

“Saya tak kisah...semua saya makan....Cuma, nanti balik dari kedai...terus naik bilik...saya nak awak...er..er..maksud saya, saya nak cakap sikit dengan awak...er..pasal kita..er, mak,ayah..er..nantilah, saya sembahyang dulu.”...Mizan melangkah laju masuk ke bilik air.

‘Eeeeii, entah ape-apelah mulutnya... asyik tersasul pagi-pagi ni.”...Mizan memarahi dirinya. 

“Haa..Hani, dah panggil Abang Mizan kamu turun sarapanke ?” tanya Marzuki yang sedang duduk bersarapan di meja dapur.

“Sudah ayah...the..er..A..Abang Mizan kata kejap lagi dia turunle...Hani dah panggil tadi.”nasib baik Yuhanis cepat tersedar. .. janganle dia tergagap-gagap nak panggil abang pada Mizan. ..

Tak alah, tak bisa...tak tegal, tak biasa...tulah sebabnya.

“Mizan tu penat lagi...biarlah dia nak tidur balik...malam tadi sampai pun dari tempat kerja...seharian tak rehat.” Kata Mak Azmah  yang duduk di sebelah Marzuki.

 Mak Azmah sedang  mencedok bihun goreng ke dalam pinggan ayah. Air teh pun emak yang tuangkan. Bukan ayah tak ada tangan...tapi...aah, ikut sajalah contoh bagaimana nak melayan suami. Selama ni Yuhanis selalu je tengok emak melayan ayah begitu...tapi tak pernah nak ambil pot.

“Er..Aaabang Mizan sampai pukul berapa semalam mak...Hani tak sedar lansung....pagi tadi gerak Subuh pun dua kali...penat sangat kot...tak apelah, mak ngan ayah sarapan dulu...karang Hani sarapan dengan a..abang Mizan.”

“Hish...dibuatnye tidur balik sampai tengahari...karang perut  masuk angin...kan susah....”kata Mak Azmah.

“Perut sapa yang masuk angin ni ?...” soal Mizan yang baru melangkah ke ruang makan.

“Haa Mizan elokle kamu turun... Hani ni, nak tunggu kamu turun...baru nak sarapan...udahle dua tiga hari tak lalu makan...nunggu kamu rupenye.” Kata ayah.

“Sayang jugak Hani kat abang ye ?...ok, jom kita sarapan...abang dah lapar ni.” kata Mizan selamba sambil menarik kerusi duduk di sebelah Yuhanis.

Berlakun...erk.

Yuhanis hanya mampu mempamerkan senyuman... takkan nak nangis pulak...tapi..tak tau nak balas macam mana. Cepat-cepat Yuhanis menuangkan teh ke cawan Mizan. Bihun juga Yuhanis tolong cedokkan. Makan aje suap sendiri.

Nak berlakun kena real...tapi jangan sampai terover pulak. Kenapalah ‘The Rock’ tiba-tiba je menjelma...jenuhlah Yuhanis nak berlagak macam dah biasa. Bertembung muka boleh dikira dengan jari. Bercakap pun....jadi lebih sikit, sebab peristiwa katil reban. Kalau tak, jangan harap. Yuhanis tersenyum teringat cerita katil reban.

“Amboi..sarapan sambil senyum-senyum...tulah ayah dah kata kat emak kamu ni....Hani tak lalu makan sebab rindukan Mizan..tu yang nak suruh kamu balik saja ....baru nikah sebulan..kena duduk, jauh-jauh..mana tak rindu...nanti ayah cari orang jaga Shila.” Kata Marzuki.

Muka Yuhanis jadi merah. Apasalah ayah jadi romantik pagi-pagi ni...

“Yelah...betul kata abang...Shila pun dah selamat, hari tu nak tunggu kat hospital yang kena kita...rasanya karang  boleh pergi tanya pada Kak Wan yang duduk kat simpang tu...nanti upahnya kita rundinglah, kira sampai habis pantang.”kata Azmah.

“Abang balik besok..Hani nak ikut balik ke ?” soal Mizan tiba-tiba. Mata memandang Yuhanis di sebelah.

Berlakon..erk.

Isshy..kenapa tanya macam ni pulak...rungut hati Yuhanis. Yuhanis jadi serba salah nak jawab...Karang jawab, tak nak balik, baru semua terangkat punggung. Berapa lama lagilah Yuhanis dapat bertahan jadi  isteri halimunan ?.... Asal jangan hilang sabar, jadi ‘incredible hulk’ sudah.

“Er..Hani ikut abang saje...kalau abang nak Hani balik, Hani ikutlah...tapi kesian kat emak.” Jawapan selamat dari Yuhanis.

“Eloklah Hani balik..kesian Mizan tak ada orang nak jagakan makan minum....sorang-sorang kat rumah tu.” Emak pulak yang jawab....Yuhanis harap itu bukan kata pemutus.

Yuhanis berharap ‘The Rock’ bersuara,’ tinggal tolong emak.’..macam hari tu ...atau pun sekurang-kurangnya...’tinggallah sehari dua lagi’....Yuhanis akan melompat tinggi...tapi orang tu diam aje.

Yuhanis kena balik besok.

“Kenapa awak tak naik pagi tadi...kan dah pesan.” Tanya Mizan... sebaik Yuhanis masuk kebilik selepas membantu Mak Cik Kiah di dapur, menyediakan makan tengahari untuk mereka sekeluarga termasuk ibu dalam pantang.

Hani dan abang dah tukar balik pada awak dan saya sebaik pintu bilik ditutup.

“Nasib baik, awak reti bahasa...kalau tak siap kita.” Sambung Mizan lagi.

 Kita?....Siapa yang buat hal...undang-undang bagai?....tapi Yuhanis tak nak cari gaduh...lagi-lagi kat rumah emak ayah...lagi susah nak berlakon karang. Hati tengan marah, tapi mulut kena senyum. Senangke nak buat?

“Saya naik tadi...tapi.. awak tengah lena...saya tak mahu le ganggu.”.... Yuhanis bersiap untuk mandi, lagi pun pakaiannya dah basah semasa  mandikan baby....tak berapa nak pas lagi.

“Lain kali gerak..saya bukannya tidur mati....saya cuma nak kita pakat..apa nak buat bila depan orang tua kita...apa yang awak patut panggil saya, begitu juga saya...saya tak nak susahkan hati emak dengan ayah tu....saya takut awak panggil saya, awak-awak saje depan mereka, takut awak buat perangai depan mereka..manalah tahu, nak kenakan saya...nak balas dendam ke..”

“Jadi..lain kali, setiap kali kita berada di sini...kita buat biasa-biasa macm suami-isteri lain..jadi tak payahlah saya nak terangkan banyak kali...pandai-pandai berlakon...kalau tak siap awak...kalau jadi ape-ape pada emak dan ayah, awak akan saya salahkan..faham!”

“Tapi saya peliklah... kenapa awak nak susah payah jaga anak dan isteri buah hati awak tu...apa yang awak harapkan...atau awak nak tunggu, dia ajak awak jadi isteri nombor dua, gitu...mana maruah awak, haa ? Awak tak rasa sakit hatike tengok anak dia dengan orang lain?...kalau kamu berdua nak kahwin....saya tak akan lepaskan awak dalam waktu terdekad ni...kena tunggu, tengok macam mana keadaan mak,ayah....kalau awak tak sabar, nasib awaklah.”

Yuhanis sekadar menelan air liur. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Nak kata apa lagi...orang tu gian nak bercakap gamaknye...tu yang tak ada ruang Yuhanis nak mencelah. Yuhanis bukannya bodoh.  Nak cari gaduh, boleh je...tapi takut berdosa. Api tak boleh lawan dengan api...emak dah pesan siap-siap...gamaknya emak dah tahu perangai anak dudanya. Emak dah jangka agaknye...pandai mak. Tu lah...mak dulu makan garam, awai-awai dah tahu...garam tu masin.

Tambah-tambah bila  Yuhanis masih ingat kata ustaz ...penghuni neraka, ramai orang perempuan...antara sebabnya ialah...perempuan tak pandai jaga mulut bila bercakap dengan suami..mmm, Yuhanis kena jaga mulut. Bior orang tu cakap sorang-sorang. Baik Yuhanis tutup mulut je....mudah-mudahan senang dapat masuk syurga.

Lagi pun ‘The Rock’ dah tak jerit-jerit lagi. Dia dah cakap baik pun, dah cukup...walaupun kata-katanya menyakitkan hati, menikam kalbu, menusuk hati bagai dihiris sembilu. 

Rupanya senang jadi pelakon. Lakonan Yuhanis dan Mizan menjadi. Emak dan ayah tak perasan ape-ape....so, kira berjayale. Seharian Yuhanis jadi isteri mithali melayan makan minum suami. Mizan menjadi suami yang normal...duduk baca surat khabar setengah hari dan melawat kampung ganti tok pengulu  setengah hari....haak, tak lupa ada waktu rehat untuk tidur....cukup kerja satu hari.

Yang susahnya bila dah tak payah berlakon semasa dalam bilik. Kalau boleh Yuhanis nak lena macam semalam...tak payah nak fikir apa-apa. Yuhanis tak boleh nak bantah bila emak menyuruhnya masuk bilik awal. Biasalah emak...katanya untuk layan suami. Nak layan apa lagi...tilam bantal dah siap terhidang....ops, silap....terbentang..tidor je le. Bukannye susah.

Sembahyang Isyak dah lama berlalu..Mizan masih tak nampak batang hidung. Mungkin jumpa kawan lama di masjid. Yuhanis lega. Yuhanis nak mengaji sebaris dua ...kemudian sambung menghafaz. Sekarang sudah sampai ayat dua puluh sembilan surah Waqiah.

 Yuhanis nak hafaz dua ayat lagi. Beberapa kali  Yuhanis membuka tutup Quran kecilnya. Begitu juga dengan matanya. Menghafaz sambil menutup mata. Bila tersangkut Yuhanis tengok balik dalam Quran. Sedar-sedar...Yuhanis dah tak sedar.

“Mak tengok Mizan gelisah semacam aje....nak naik bilik, pergile. Hani ada kat atas tu...ingatkan tadi mak nak ambil peluang  berbual dengan Mizan sekejap...ade benda yang mak nak pesan-pesan kamu tu....kalau dah tak boleh..lain kali pun, tak mengapale.”kata Azmah ketika melihat Mizan tak usik lansung air kopi yang terhidang. Macam orang nak lekas saje.

“ Mizan dengan Yuhanis kat sana macam mana?...Yuhanis tak ada bagi masaalah ape-ape kan?  Hani tu budak baik, pandai bawa diri...kalau ada buat perkara yang Mizan tak suka, tegur elok-elok...dia budak dengar kata.” Marzuki pula bersuara. Marzuki berharap perkahwinan Mizan dan Yuhanis boleh memberi kebahagian pada kedua-dua  mereka. Lebih-lebih lagi Mizan yang telah lama hidup sendirian.

“Semua ok, ayah...Yuhanis pun tak ada buat masaalah...semua biasa-biasa...Cuma Mizan sibuk sangat sekarang ni...tak boleh nak bawa Hani balik selalu.” Mizan menjawab bersahaja. Mizan cuba berlagak biasa. Mizan tak mahu emak dan ayah menghidu rahsia rumahtangganya.

“Mak ni, bukan nak campur urusan rumahtangga Mizan...Cuma mak nak kamu berdua cepat-cepat dapat anak...anak tu pengikat kasih suami isteri.”

‘UHUK !UHUK !UHUK !

Mizan tersedak. Mengapalah emak membuka topik ini...ketika dia sedang menghirup kopi panas pulak tu.

“Ishk, budak ni...kopi tu kan panas lagi, pelan-pelanlah minum tu.” Tegur Azmah sambil menghulur sekotak tisu kepada Mizan.

“Dah budak tu nak naik cepat, awak pulak nak ajak sembanglah, minum kopi lagilah...mana tak tersedaknye.” Kata Marzuki pula. Bunyi macam nak membela tapi macam ada maksud tersirat saje.

“Mak nak kata ape sebenarnya ni...cakaplah. Mizan ok...bukan ada kerja nak buat pun.” Jawab Mizan. Ingin jugak nak tahu.

“Er...mak ni risau le sikit pasai kamu....bukan si Hani tu.” Azmah membuka bicara.

Sudah!..Mizan sedikit cemas....ini hal minahtu dengan Nizam ke?..eh, kenapa dia nak cemas pulak?

“Ayahnye le yang cakap...” tetiba Azmah menarik diri. Ayah sekali !

“Ishk, awak cakap ajele Mah...nak malu apenye...Mizan tu, kalau ikut umur..dah boleh jadi bapak orang...cakap je, bagi dia faham.” Kata Marzuki. Mizan bertambah cemas...bukan pasal Nizam dan minah tu...lagi suspen.

“Er..er..dulu masa...er...aaa.. Mizan kahwin...mm, dengan budak Suraya tu...berapa lama, ..er...mak rasa dekat lima tahun adekan...er...kamu tak dapat anak...si Su tu tak mengandung-ngandung....

Haaa..Mizan dah dapat....dah faham.

“.....jadi mak ngan ayah kamu ni risaule kot-kot...er..aaa...Mizan yang ade masaalah ....masaalah..er..masaalah dalaman....er...

Mizan nak ketawa besar....tapi terpaksa ditahan.....emak,emak ! ayah pun sama. Macam mana nak cakap ni...Mizan mula merangka.

“Kalau Mizan ade masaalah..kamu jangan malu-malu.....dalam hal zuriat ni, jangan ambil mudah...kalau nak ikhtiar, biar dari sekarang..kalau Mizan  malu...nak cakap berdua dengan ayah..ok jugak....macam mana.”kata Marzuki..mata merenung Mizan.

“Ala nak malu dengan mak buat ape?...macam nile...ape kata Mizan pergi buat pemeriksaan kesuburan...dah sebulan lebih kahwin, tak nampak ape-ape...kalau Mizan betul ade masaalah, boleh cepat-cepat berubat.” Tambah Azmah. ...mak dah tak malu dah.

“Yang paling menakutkan orang laki-laki...iale..penyakit..er..mm,,,er,..ma..mati pucuk...ayah takut kamu..er..mm...” kata-kata Marzuki termati kat situ...tak sampai hati nak habiskan. Mata tajam memandang Mizan.

“Erm..mmm...mak ayah..Mizan sihat...Mizan tak ada apa-apa masaalah.” Mizan mencelah cepat-cepat 
sebelum ayah membariskan semua jenis penyakit laki-laki di depan emak.

“Habis tu?” tanya mak, tak sabar.

“Erm...si Suraya yang tak nak anak.” Jawab Mizan sambil memandang teko kopi di atas meja di ruang tamu mereka.

“Dulu..mak tanya..kamu tak kata ape-ape pun...melampau betul budak Suraya tu...yang kamu mengikut aje tu ape ke hei nye....kamu pun tak kisah, gamaknye....hei, entahle bebudak sekarang...dah tua karang, baru nak beranak kecik....dah beruban, anak baru masuk tadika.” Azmah meluahkan rasa tak puas hati.

“Bilele mak ngan ayah kamu ni nak merasa timang cucu....jangan-jangan..sampei masuk kubor, tak merase.” Keluh Azmah.

Azmah mengesat air mata yang tiba-tiba nak luruh di tubir mata. Bilalah mereka nak merasa bercucu...cucu sendiri.

Mizan tercengang...Mizan tak faham....habis tu,...baby dalam bilik tu cucu sapa?

Mizan melangkah masuk ke bilik yang masih terang benderang. Sekali imbas tak nampak pun kelibat si minah tu. Rasa-rasa macam dah boleh agak dah. ..kalau tak dalam bilik air...mungkin dah jatuh katil sebelah sana.  Lasak betul tidur budak tu.

Di hujung katil Mizan nampak Yuhanis tergolek lena, berbungkus telekung. Mizan berdiri di tepi sejadah. Quran sedang terbuka... mata orang yang membaca saja yang tertutup.

“Hei...awak...Hani...bangun!...Hani!...bangun. Kenapa tidur kat sini...dah tau nak tidur, naikle katil tu...apalah awak ni.”

Yuhanis tak berkutik...lena soh.

Mizan menenggong pula.Satu jarinya mencuit kaki Yuhanis.

“Hani !...hei Hani...awak, bangunle...menyusahkan diri aje...Hani !”

Akhirnya Mizan menggoyangkan bahu Yuhanis.

“Oh...erm..terlena rupanye...erm..ok,ok.” Kata Yuhanis.

Mizan bangun meninggalkan Yuhanis yang sedang berusaha untuk bangun. Mizan membuka pakaiannya. Dengan bertuala Mizan ke bilik air. Sempat matanya mengerling ke arah Yuhanis yang sedang duduk membuka telekung.

Dengan mata separuh terbuka Yuhanis membuka telekung. Seketika Yuhanis berteleku diam dengan mata kuyu. Perlahan-lahan tangan Yuhanis mula melipat telekung...lipat cara orang mengantuk. Setengah jalan tangan Yuhanis terhenti. Perlahan-lahan kepala Yuhanis menunduk...melihat hasil kerjanya.

Sekadar melihat tapi dah tak nampak. Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup sendiri. Seketika Yuhanis tersengguk-sengguk. Kemudian perlahan-lahan terkulai layu...landing semula di atas sejadah.

Mizan keluar dari bilik air selepas membersihkan debu-debu jalanan. Siap gosok gigi sekali. Langkah Mizan terhenti di tengah bilik.

“HAAIISSHHH minah niii!”

Mizan memakai t-shirt  dan seluar Hawai five-O lamanya. Kemudian menyidai tuala. Lampu bilik ditukar dengan lampu tidur. Mizan melangkah ke sisi Yuhanis.

“Hei..bangunlah...naik katil tu....tak nak sudah....jangan harap aku nak tolong!...apa, awak ingat aku nak dukung !...sorry...tidurle kat situ.”

Mizan meninggalkan Yuhanis lalu melangkah ke katil. Mizan berbaring sambil menjeling sekilas kea rah Yuhanis yang sedap tergolek lena.

“Mmmm...lantaklah kau.” Mizan memejamkan mata.

Seketika mata Mizan mengintai Yuhanis semula. Mizan menutup matanya kembali. Lepas tu tengok Yuhanis lagi....lama-lama...

“HAAAiiishhhh budak ni....menyusahkan oranglah.” Gerutu Mizan.

Mizan bangun meninggalkan katil, lalu melangkah mendapatkan Yuhanis semula. Seketika Mizan berdiri memandang Yuhanis. Seketika kemudian Mizan menenggong pula. Mizan merenung Yuhanis yang masih dengan kain telekung.

Perlahan-lahan Mizan mencampung Yuhanis lalu dikendong ke katil. Rasa macam nak campak aje kat atas katil...tapi Mizan tak sampai hati. Anak kucing pun dia tak sanggup buat macam tu, Inilan pula anak emas mak dan ayahnya.

Perlahan-lahan Mizan melutut satu kaki di atas katil...kemudian membaringkan Yuhanis di tempatnya sebelah dinding. Rambut Yuhanis yang tadinya bersanggul, terungkai di atas bantal. Haruman lembut mencecah di hidung Mizan. Mizan dah mula serasi dengan haruman Yuhanis. Sedap pulak. Shampo apa minah ni pakai, 

Mizan tak tau pula. Kalau dia sibuk nak ambil tahu, kena tengok kan bilik mandi.
Mizan merenung Yuhanis seketika. Tengok kain telekung yang terpintal...banyak di bawah dari di atas. Getah kain bukan kat pinggang tapi kat peha...mungkin terpijak masa Mizan mengangkat Yuhanis tadi. Perlahan-lahan Mizan menarik kain telekung, lalu disangkut di kepala katil.

Mizan terdiam seketika melihat Yuhanis lengkap berpakaian baju kurung. Baju kurung yang besar  gedebeh dan seleweh.. saperti yang Mizan lihat pertama kali semasa Yuhanis merayu Mizan berkahwin dengannya. Mmm, apa hal pulak budak ni....macam nak menyorokkan tubuhnya dari ...?...siapa lagi...dialah, Mizan sendiri.

‘Alaaa...semalam semua dah tengok...siap pegang lagi...nak sorok konon....macamlah dia teringin.’ Gerutu Mizan. Apa?... minah ni elok tampal aje kat dahinya perkataan....reserve !

Mizan tak tahu kenapa dia tetiba bengang. Mizan kembali ke tempatnya lalu menghempaskan badannya ke tilam.

Menyusahkan ! Betul-betul menyusahkan!

Minah tu menyusahkan.

24 comments:

  1. yeay! finally ada n3 baru . cepat sambung lgii ehh kak . lagii 1, mmg takk update katt penulisan 2u dahh ke novel nii?

    ReplyDelete
  2. Thank u for the new n3! By the way, novel ni abis kat blog or akan di sambung jadi novel? Nanti cepat2 sambung ye!

    ReplyDelete
  3. besttt sgtttt...thanks a lot umi

    ReplyDelete
  4. makin menarikkk..!!!

    ReplyDelete
  5. Amboiii...Mizan kemain ego lagi ye... Awk tak tau ke yg Si Omar Syariff tu dah betul2 tangkap cintan sama Hani, jangan sampai awk melepas ye En. Mizan.

    ReplyDelete
  6. kak...klo boleh cepat2 jdkn novel...tak sabo..

    ReplyDelete
  7. Salam, sambunglah cepat dan meroyan nih...

    ReplyDelete
  8. cerita yg best sangat2... lepas nie apa eks... x sabo...

    ReplyDelete
  9. Salam kak.. bila nak sambung novel ni? Rindu kat the Rock ngn Yuhanis..hee

    ReplyDelete
  10. btol tu btol.. stiap ari sye bkak nk tgk de smbungan dia x..

    ReplyDelete
  11. Alisa Nur Iman8 April 2013 at 21:20

    Mana n3 baru nih.... hari2 sy jenguk namun hampa....:(

    ReplyDelete
  12. Kak penulis,bile nk kuau jovel ni?cptle,nk jd org pertama yg beli

    ReplyDelete
  13. huhu tunggu entry seterusnya...mizan ngan yuhanis

    ReplyDelete
  14. Salam, kak, serius novel ni bnyk nasihat n awesome

    ReplyDelete
  15. hmmm..... stiap kli bkak blog ni , mst kcewe.. ble laa smbungan nye nk kuar..

    ReplyDelete
  16. sibuk duk kempen kut

    ReplyDelete
  17. bile nk sambung novel ni lg...lmenya....

    ReplyDelete
  18. kak mimi....tlong la rply.. ble nk update bab bru..

    ReplyDelete
  19. Bila dah buat org suke kat cerita tuh tolong lah hargai para pembaca yg minat cerita anda nih!

    ReplyDelete
  20. cepat la update pleaseeeeeeeeeeeeeee :P

    ReplyDelete
  21. adusssss.......
    mana n3 ni...
    tensen....tensen......

    ReplyDelete