Saturday 16 March 2013

PTRNTD BAB 17


Berkerut kening Mizan.  Sekali lagi mata Mizan merenung skrin telefon bimbitnya. SMS yang tertera dibaca sekali lagi. Ikutkan nombor telefon, telefon mak....tapi SMS dari Yuhanis.  Nak kata Yuhanis tak ada telefon, hari tu sah-sah bercakap guna telefon sampai tak nampak orang. So..ape ke halnya guna telefon mak pulak budak ni.....kecuali  minah tu tak nak Mizan dapat nombor telefonnya.

‘Alaa, macamlah dia kemaruk sangat nak berhubungan dengan si minah tu....Dia pun tak teringin nak ambil tahu apa nombor telefon orang tu....nak buat apa ?....buat buang masa.” Gerutu hati Mizan...Tak sedar sudah berapa lama dia menelek telefonnya. Dah berapa kali Mizan membaca SMS Yuhanis.

    1.  Saya tak sempat ambil cadar, sarung bantal dan lain-lain dari kedai dobi. Harap maaf.

Mizan mencebik..’pandai Minah ni nak lepaskan diri, harap maaf konon....macamlah  Mizan tak tahu apa makna ‘lain-lain’ tu. Kalau ikutkan si minah ni, macamlah dia tak tahu nak pergi beli seluar dalam lain...Apa?... budak tu ingat beberapa hari ni dia ke pejabat tak berseluar dalam ke?. HaaH!.....Mizan tak akan pergi ambil, biar tunggu si minah tu balik dan ambil sendiri.
               
    2.  Saya nak pinjam duit awak untuk dulukan satu perkara. Boleh tak tolong hantarkan duit sebanyak lima ratus ringgit kepada  Mohd.Yusri  b. Zainal Bakri yang berkerja di kedai dobi Fajar Hajar. Kalau keberatan, tak mengapalah. Saya faham.

Mizan mencebik lagi...kalau nak minta tolong, tak payahlah tambah apa-apa lagi di hujung ayat...menyakitkan hati saja minah ni.

‘What she means by...kalau keberatan...saya faham’....... Jika Mizan berat nak bagi, maknanya minah tu faham Mizan tu kedekut ?...gitu ? Atau pun minah tu sedar dirinya dah buat kesalahan, maka, sudah tentu  Mizan tak akan tolong......mmm, sedar pun !

Jari Mizan bergendang di muka meja sambil berfikir. Apa hal pulak Yuhanis nak bagi sampai lima ratus ringgit kat budak pekerja di kedai dobi tu?...Bukan lima ringgit atau lima puluh ringgit...tapi lima ratus ringgit, banyak tu.

‘Apa hubungan Yuhanis dengan budak dobi tu ?....sampai  senang-senang boleh bagi duit sebanyak itu....Haa, nak kena siasat ni.’

Hati Mizan jadi tak sedap...mereka ‘couple’ke?...tapi  Mizan rasa budak tu lebih muda dari Yuhanis....tapi zaman sekarang macam-macam yang dulu tak pernah terjadi, sekarang dah banyak berlaku....jika tidak masakan tercipta istilah ‘anak ikan’. Mizan menggaru kepalanya...tak sedar ‘remos’nya dah berubah bentuk.

“Hei bro !”

“Oh mak kau !”... telefon di tangan Mizan terlepas... nasib baik terjatuh di atas mejanya.

“Aisayman...bila masa pulak kau pandai melatah ni, Mizan... ada berkenan kat siapa-siapa ke...sampai  terkenan ni. ”

“Apalah kau ni Zul...main terjah aje.....kau tak pernah dengar ke.. assalamualaikum tu untuk apa?”

“Ok,ok..sorry,..... assalamualaikum yob...yob ape khabor ?..Teman datang ni nak tanye mike....mike nak tak, pergi sekali dengan teman malam minggu ni ke dinner party Cik Puan Siti Zaleha?. ”

“Siti Zaleha mana pulak ni ?.....ape ?..Dia nak pindah ke ?....atau dapat naik pangkat ?” tanya Mizan acuh tak acuh. Matanya sibuk membelek telefon yang baru dikutipnya semula.

“Kau ni kan Mizan...otak kerja betul...sampai nak buat party pun, mesti ada sebab berkaitan kerja...... pindah tempat kerjalah, dapat naik pangkatlah.....kalau tak pasal hal kerja tak boleh buat party ke?”

“Oklah..aku salah....so,Cik Siti mana ni ?....kat syarikat kita ni seingat aku ada lebih sepuluh orang nama Siti.”

“For your information....ya, betul..staff nama Siti ada empat belas orang...for your attension staff nama Siti Zaleha ada empat orang....sorang Puan Siti Zaleha, dua orang Cik Siti Zaleha dan seorang lagi Cik Puan Siti Zaleha.”

“Oooh....jadi siapa yang nak buat dinner party ni ?” soal Mizan tapi mata melekat ke telefonnya...sikit tak dengar ayat penyata sahabatnya.

“Eh, tak kanlah kau tak dapat kad jemputan dia, Mizan ?..kau tu, aku rasa special guest dia .” ujar  Zulkifli sambil berdiri meninjau atas  meja Mizan yang penuh dengan macam-macam jenis kertas.

Mizan buat tak kisah. Telefon dimasukkan ke dalam poket kemejanya lalu  menyambung kerja yang terbantut sebab SMS Yuhanis.

“Hah !..ni ape ni ?...Inilah kad jemputan tu ....woi, wanginya kad yang kau dapat ni...aku punya tak ada bau apa pun...bau kertas adalah....amboi, siap renjis minyak wangi lagi....jangan-jangan minyak senyonyong ....baru kau terus duduk melekat kat rumah Cik Puan Siti ni, tak mau balik-balik !” usik Zulkifli sambil mencium sampul surat ditangannya.

“Hiss kau ni Zul...cakap elok-elok sikit...dengar dek suami dia, siap kau kena parang... nanti kau yang  lansung tak balik-balik....main-main dengan isteri orang.”

“Kau ni kan Mizan, kalau aku kata slow...tentu kau marah. Cik Puan Siti Zaleha ni mana ada suami.”

“Wei...manalah aku tahu..berapa banyak staff kita ada ?...sapa ada suami, sapa ada tunang...manalah aku nak tahu.” Rungut Mizan sambil tangan mula mengemas fail di hadapannya.

“Tulah..kau memang slowlah...CIK PUAN Siti Zaleha ni dah tak ada suami.”

“Manaaalah aku tahuuu.” Jawab Mizan pula..dah mula naik getik melayan Zulkifli.

“Betullah kau ni, slow ganda dua....tengok gelaran pun, orang sini semua dah kenal siapa.”

“Gelaran apa ?”

“Depan nama dialah...Cik Puan ! Cik tu sekarang, Puan tu..dulu !...ada faham tak ?...sebab itu dia bagi kau kad yang ada minyak senyonyong...dia minat kat kau!”

“Pandai-pandai ajelah kau ni Zul.”

“Eh..aku tak main-mainlah Mizan...kalau kau nak tahu, hari tu aku sendiri terdengar dengan dua telinga aku ni...dia cakap kat dua lagi ‘Cik Puan’ saingannya.....[Zul menoleh ke arah pintu yang bertutup, kemudian tunduk berbisik pada Mizan]....dia minat sangat kat kau, Mizan....kalau kau sudi, dia nak terus nikah dan bawak kau terus pergi honeymoon...tak payah kenduri-kenduri...dia tak nak orang lain kacau.”

“Habis tu, tiga orang Cik Puan kau ni bertumbuk, tarik rambutlah ye....kau jadi referee.”perli Mizan...tapi kening berkerut-kerut mendengar cerita mengarut.

“Aku cakap kau tak percaya....tapi..aku yang dengar pun macam tak percaya apa yang aku dengar...dia kata kalau dia dapat kahwin dengan kau...dia nak cium kau dari hujung rambut, saaaaampai hujung ibu jari kaki kau...betul Mizan!..aku tak tipu....ada lagi best, aku dengar pun naik seram satu badan....kesian kat aku yang masih bujang ni...dia kata dia nak bu...”

“Ok,ok..cukup,cukup.. aku malas nak dengar..aku malas nak pergi mana-mana party.”Mizan cepat-cepat memotong cerita kawannya....getiknya pun dah naik berganda.

“Ha,ha,ha....jadi, kau percayalah sekarang...tak payah takutlah Mizan...’pinggan tak retak, nasi tak dingin....Cik Puan tu dah hendak, tak kan kau tak teringin.”

“Kau ajelah pergi party dia, Zul...kalau kau teringin, cakap saje terus terang dengan Cik Puan kau tu....tak payah susah-susah nak berpantun sekerat, dua kerat bagai.”

“Hei,hei...aku pulak...kau takut ye..alaa, jomlah Mizan...tentu best, ada makan-makan...makan freeee, kau.....kau pun, bukan ada nak ke mana-mana hujung minggu ni.”

“Aku nak balik kampung...ada hal sikit.” Jawab Mizan. Mizan saja bagi alasan sebab  dah rimas diasak, dipujuk begitu sekali denga kawan baik yang kuat bercakap.

“Alasan....banyaklah hal kau kat kampung tu....apa halnya, ce cite..ce cite kat aku...kalau nak temberang pun...tak payahlah reka cerita sampai kau nak kahwin pulak.” Kata Zul sambil tersengih-sengih.

Pening lalat Mizan dibuatnya. Lagi lama Mizan mendengar celoteh Zulkifli...entah cerita apa lagi yang akan keluar. Geram pun ada....tak habis-habis dikenen dengan semua mak janda...mentang-mentanglah dia duda. Macamlah dia tak boleh cari anak dara....tak payah cari pun dah dapat....siap kena pujuk, siap  kena rayu lagi. Kahwin pun free...satu sen tak keluar duit.

“Ha,ha,ha....takut betul kau ye Mizan dengan Cik Puan Zaleha tu... Kau ni Mizan, kalau  lagi lama aku pujuk...mau kau cakap nak balik kampung jumpa bini.”

“ Betul apa !!...Aku nak balik, jumpa bini aku kat kampung.” Terang, jelas dan nyata....kata-kata Mizan. Mizan turut terkejut dengan apa yang terkeluar dari mulut sendiri. Terkeluar sebab geram sangat-sangat  punya pasal !!

“HAAAAA !!!”

“HAAAAA !!!”

Ada dua HAAAA.

Mizan dan Zulkifli serentak memandang ke arah pintu. Sharif baru saja melangkah masuk ke bilik Mizan.

Mizan mengaru kepalanya lagi... sekali lagi...dan berkali-kali sampai remosnya berceracak.

Sharif dan Zulkifli kini sudah siap menarik kerusi , duduk di hadapan Mizan. Dua pasang mata merenung Mizan dengan tajam. Menanti penjelasan.

‘Habis kau Mizan’...Mizan mengeluh dalam hati.

..................................................................................................................................................................

Mizan tak senang duduk...tak senang nak buat kerja.Tak habis-habis soalan dari Sharif dan Zul yang tak puas hati. Sampai habis waktu kerja...sampai ke tempat parking ...sampai ke keretanya Sharif dan Zul mengekori Mizan.

“Betul ke kau dah kahwin ni Mizan ?...aku tak percayalah.” Kata Zulkifli sambil menyandar di kereta Mizan.

“Ok, kalau betul kau dah kahwin....kau tunjuk bukti kat kitaorang, baru kami akan percaya.” Kata Sharif  yang masih tak puas hati.

“Aku susah apa...nak percaya ke, tak nak percaya ke...terpulanglah kat kauorang berdua.....aku cakap betul pun, kauorang tak nak percaya.” Mizanmembuka pintu sebelah pemandu.

“Mmm, Ok... kami percaya...dan kami nak jumpa isteri kau tu Mizan.”jawab Sharif yang masih dan... masih tak percaya dengan kata-kata Mizan. Siap nak tengok bukti bagai.

“Nak jumpa buat apa ?...lagi pun dia ada kat kampung....dah lima hari dia balik ke kampung....jaga adik ipar aku ...dah sakit-sakit nak bersalin.”kata Mizan dengan jujur dengan harapan kejujurannya akan memudahkan hidupnya.

“Ooo ...tak lama lagi kau jadi ‘pak longlah’ ye....boleh tahan adik kau dengan adik angkat kau tu ye.” Zulkifli dengan ideanya !!

“Hei, Mizan...tak kanlah baru kahwin sebulan dah nak beranak...adik kau kat UK kan?.. kau cakap....adik angkat kau  tu pun baru habis study....bila masa diaorang berdua buat projek....sampai dah nak bersalin....kau biar betul Mizan.”kata Sharif penuh sangsi...sambil masuk duduk di kerusi penumpang. Tuan punya kereta pun masih berdiri kat depan pintu.

‘Ye tak ye jugak’...Mizan rasa sesak nafas...dak terperangkap.

Betullah kata orang...sekali kita menipu, kita terpaksa menipu untuk menutup tipu yang pertama..begitulah seterusnya.

‘Eh, dia cakap betul, apa?....Susah jugalah manusia ni....kita cakap betul, orang kata menipu....kalau  kita  menipu, ada saja yang tertipu.

Cuma Mizan tak cakap Mizan yang terkahwin dengan adik angkatnya.....cerita pun dah berbelit-belit.

...................................................................................................................................................................

“MAK...kenapa mak menangis ni ?....mak sakit ke ?...Ayahke ?....kalau bukan mak ngan ayah yang sakit ? Siapa ? ....Hanike ?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Mizan...cuma soalannya disambut dengan gelengan kepala dari Azmah.

Mata Mizan terpaku pada sekujur tubuh yang sedang lena di katilnya.

‘Apasal pulak minah ni’...

“Eh, bila kamu sampai Mizan ?...tak ada hujan, tak ada ribut..tiba-tiba muncul.?...tanya Azmah sambil mengesat sisa-sisa air matanya.

Mizan bersalaman dan mencium tangan Azmah.  Seketika mata Mizan kembali ke arah Yuhanis.  Azmah buat-buat tak tahu..senyumannya disimpan dalam hati.....dan memang pun dia tak tahu hal sebenar.

‘Hai, sakan tidur minah ni....pengsan ape ?’ kata Mizan dalam hati.

“Awal betul Hani tidur ni, mak.”

“Mmm, Hani ni pening tadi...kata dia kena hujan....mak risau kot ada ape-ape...buat kerja tak renti.”
Mizan terkedu mendengar...kot ada ape-ape.....Mizan menelan air liur, tetiba tekaknya terasa kesat.

“Urm..er...aaa...er, kami baru aje nikah mak.” Mizan terpaksa guna alasan yang Suraya pernah adakan.......selepas berpisah baru Mizan sedar,  bekas isterinya itu sememangnya tidak mahukan anak.

“Kamu tak ingat ke kawan sekolah kamu tu..si Farid...nikah-nikah,terus lekat.”kata Azmah, merenung wajah anak sulungnya.

‘Aik..macam mana tetiba keluar tajuk ni?’....fikir Mizan sambil laju mencari jawapan yang sesuai.

“Ala mak...rezeki orang, lain-lain...mana nak sama.....er, Hani ni dah makan ubat ke?” Mizan segera menukar tajuk....tajuk yang Mizan tahu emak paling suka.

“Tadi lepas makan malam, ayah kamu suruh dia makan ubat, sembahyang..terus tidur....tapi  budak Hani ni...selagi tak selesai kerja, dia nak buat jugak...bukan mak tak tahu, dia takut mak buat kerja banyak...takut mak penat...mmm, bertuah mak dapat anak macam Hani...tu yang mak tak mahu dia terlepas ke tangan orang lain...emak tak mahu kehilangannya .” Azmah mengelus rambut panjang Yuhanis lembut.

Mizan tak tau nak kata apa. Mizan duduk di hujung katil...nak duduk jauh-jauh takut mak dapat mencium lakonannya.....baru emak lari, cari batu belah batu bertangkup !.... Impian emak menjangkau tinggi,  melebihi azam Mizan yang tak mahu menyentuh buah hati  emak ayahnya.

“Mmm, biarlah Hani tidur mak...sihat karang dia bangunlah.” Kata Mizan akhirnya.

Mizan berharap biarlah Yuhanis terus tidur sampai pagi...sebab....Mizan tetiba rasa tak selesa pula kena duduk sebilik dengan Yuhanis. Menyesal pulak  dia balik ke kampung....ingatkan selamatlah dia dari Sharif dan Zul. Rupa-rupanya.... keluar mulut buaya, masuk mulut harimau pulak !

“Eer...mak minta maaf....er, mak tak tahu Mizan nak balik...tentu Mizan rindu sangat nak tengok Hani, lima enam hari tak jumpa.”

‘Aaaah sudah !’ Mizan mula rasa cuak.

“Eh, Mizan tak ape-ape mak....biarlah Hani tu tidur....Mizan pun dah penat....tidur awal pun bagus jugak.”

“Sebenarnya mak bagi Hani er..er..ubat tidur, setengah biji aje...mak nak Hani rehat...mak risaukan kesihatan Hani... semua kerja dia nak buat, sudahlah hari tu derma darah untuk Shila...mak tak mau ape-ape terjadi pada Hani.”

“Oh...ok lah tu mak...tak apa, Mizan ada tengok-tengokkan Hani malam ni...mak jangan risau...mak pergilah berehat, ok.”

“Mmm, eloklah tu...kalau Mizan lapar, kat dapur ada lagi makanan bawah sangai...ayah kamu dah lena agaknya.”

Mizan hanya memerhati emak mencium dahi Yuhanis sebelum berlalu meninggalkan Mizan sendirian dengan Yuhanis yang lena tak sedarkan diri.

............................................................................................................................................................

 Dari pejabat terus drive ke kampung. Rumah pun Mizan malas nak singgah. Di rawat rehat pun Mizan tak kuasa nak berhenti. Rasa nak cepat sampai saja. Walau pun badan terasa sedikit penat, kepala Mizan rasa lapang. Selamat dia dari gesaan Zulkifli...sekarang, termasuk pujukkan Sharif. Dua lawan satu...Mizan takut dia tertewas.

Kalau berperap di rumah pun Mizan yakin Zul dan Sharif akan sanggup berkampung di rumahnya ...bukan tak pernah terjadi. Semua kerana kedua sahabat baiknya itu hendak menghalang Mizan dari penyakit kemurungan sebab berpisah dengan Suraya...konon merekalah. Kesudahannya..demi persahabatan mereka yang telah lama terjalin sejak bujang, Mizan terpaksa mengalah.

Tapi kali ini Mizan nak bubuh FULL STOP pada semua party-party cik siti dan bukan cik siti sekelian. Terutama dinner party Cik Puan Siti malam esok. Dibuatnya Mizan mengalah ...kemungkinan besar Cik Puan Siti Zaleha akan menyangka dirinya tak bertepuk sebelah tangan.

‘HUH !...tepuk-tepuk tangan !.ingat benda main-main ke.. macam tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu ....CEHHH !’....

Mizan terasa segar. Kini Mizan rasa lebih bertenaga.  Mandi sudah. Sembahyang sudah. Makan pun sudah...makan pun berselera sekali. Dah lama tak makan masakan emak...tapi emak kata Yuhanis yang masak. Pandai si minah ni masak....terasa saperti masakan emak. Lepas ni siap kau minah !

Jam baru menunjukkan pukul sepuluh malam. Mizan terpaksa duduk di biliknya. Sudah tiada sesiapa lagi di ruang tamu....tapi nak berada di situ, takut pula... emak mengesyaki sesuatu. Sudahnya Mizan melilau di dalam bilik....sesekali mata Mizan melorot ke arah katil....

Tak minat nak buat ape-ape, badan pun penat...akhirnya Mizan duduk menyandar di kepala katil. Surat khabar yang diambil dari ruang tamu dicapai. Kononnya nak membacalah...tapi akhirnya surat khabar terdampar ke lantai.

Lain yang nak dibuat, lain yang dibuat. Mizan menupang dagu melihat Yuhanis. Dari hujung rambut sampai  kehujung kaki Yuhanis ...free-free Mizan dapat tengok tanpa gangguan. Lampu bilik yang terang, kononnya hendak membaca...sudahnya memberi Mizan peluang menikmati kecantikan isteri yang direject...dari awal-awal lagi.

‘Cantik jugak minah ni.’

Mizan menatap wajah Yuhanis. Bersih tanpa secalit make up.  Satu persatu mata Mizan meniti...alis mata Yuhanis cantik terbentuk , bulu mata pun panjang dan lentik. Mizan teringat pepatah lama...hidung mancung bak seludang, pipi bagai pauh dilayang...aah, seludang ? pauh ?...Dia pernah tengok ke benda-benda tu ?..

Bibir bak delima merekah... tu Mizan faham, buah delima dia kenal....tapi tak sama lansung. Bibir Yuhanis beribu kali lebih cantik, beribu kali lebih seksi....dari ...buah delima ?.... Lama sekali mata Mizan merenung bibir Yuhanis yang sedang lena. Lain kali Mizan tak ada peluang. Peluang yang ada Mizan sayang nak lepas.

Perlahan-lahan jari Mizan menyelak beberapa helaian rambut yang menyilang di muka Yuhanis. Dari situ tangan Mizan memegang sejambak rambut Yuhanis....perlahan-lahan dibawa ke hidungnya. Mizan tak sedar ape yang sedang dibuatnya. Mungkin kebosanan sebab tak da kerja yang dia minat....sekarang minatnya membelek Yuhanis.

 Mata Yuhanis tertutup rapat. Mizan jadi berani. Jari Mizan yang lebih berani. Perlahan-lahan ibu jari Mizan mengelus bibir Yuhanis dengan lemah lembut. Mula-mula bibir bawah, lepas tu bibir atas pula...kemudian kembali ke bibir bawah semula. Hati Mizan terasa damai. Sekali sekala macam ada benda melompat-lompat dalam dadanya.

Tiada yang menghalang. Pantang anak lelaki berundur sebelum kalah.....Mata  nakal Mizan menurun ke tubuh Yuhanis. Yuhanis memakai t-shirt lusuh berbutang depan tanpa lengan. Butang pun tak habis dikancing...pening sangat agaknya..fikir Mizan.

 Baju biasalah terselak semasa tidur....tapi di sebabkan tak berkancing sepenuhnya....Mata Mizan dijamu dengan sebahagian besar tubuh hadapan Yuhanis yang terdedah. Maak aaii...putih, gebu, seksi, mengancam dan..dan...dan.....semuanya. Mizan terpesona...... Mizan menelan air liur. Tekaknya terasa kering ...pas tu seperti ada gendang ..dub,dap,dup,dab di dada Mizan.

Mizan segera melarikan matanya ....pun tak kena...Yuhanis mengenakan seluar tidur nipis paras peha. Peha yang putih gebu betul-betul menggugat iman Mizan. Cepat-cepat Mizan menarik selimut menutup Yuhanis sampai ke pinggang. ...tak boleh jadi jugak...Mizan menarik semula selimut  Yuhanis......kali ini menutup sampai ke dada pula. Lepas tu tarik lagi... sampai ke leher.

HAAAK!.. Mizan menarik nafas semput. Mizan segera berbaring. Malas dia nak memandang Yuhanis lagi. Terkebil-kebil Mizan memandang siling. Kantuknya hilang entah  kemana. Baik tutup saja mata...tak payah tengok ape-ape, hati pun tak sakit....jiwa pun tak merana.

‘Aisayman...lampu pulak tak tutup lagi, ini yang tak kuasa nak bangun balik !....aaaah, lantaklah...biarkan saja. Tidur je.’

Mizan terlelap juga akhirnya...tapi terjaga tiba-tiba...bila terasa sesuatu menghempapnya. Mula-mula Mizan menyangka dia bermimpi saje....tapi kalau badannya sendiri yang merasa...Mizan mencelikkan mata. Ape ke bendanya...fikir Mizan dalam mamai.

Mizan terkaku...tak sempat nak berfikir. Yuhanis sedang memeluknya...ingat dia bantal peluk ape ? Satu tangan sedap-sedap memeluk dada Mizan, kaki pula elok terletak menyilang atas peha Mizan. Selimut pula dah ke mana. Seratus and hundred percent mengantuk Mizan terbang melayang.

Mizan menoleh perlahan-lahan. Kepalanya saje yang boleh digerakkan ketika itu. Nak merungkai pelukan Yuhanis pun, hati macam tak rela...seronok pulak rasanya. Toleh-toleh...seinci lagi Mizan boleh mncium dahi Yuhanis....Tak cukup dengan itu haruman dari rambut dan bedak yang dipakai Yuhanis meresap ke hidung Mizan.

‘ALAMAK !...batinnya terseksa.’

Mizan cuba melelapkan matanya. Membayangkan yang indah-indah. Apa lagi yang dia boleh buat.

‘Padan muka aku !’

Mizan cuma dapat tidur-tidur ayam...kini nak tidur..ayam pun dah lari.... badannya dah naik kebas sebab tak bergerak-gerah. Entah berapa lama begitu, Mizan bercadang nak mengaleh tangan dan kaki Yuhanis perlahan-lahan.

Sebaik Mizan memegang tangan Yuhanis ...tiba-tiba Yuhanis memebetulkan badannya, kemudian mengereng arah Mizan....makin rapat ke tubuh Mizan dan makin erat pelukan Yuhanis. Kepala Yuhanis siap melekap di tengkuk Mizan. Agak-agak kalau Mizan membalas pelukan Yuhanis...apa akan terjadi ?

 Mizan rasa seram sejuk, rasa nak melompat, rasa nak menjerit....semua ada....tapi tiba-tiba Mizan mengeraskan badannya. Mizan segera berpura-pura tidur bila terasa perubahan pada bahasa tubuh Yuhanis.

Yuhanis dah sedar !

13 comments:

  1. Selamat kembali.... Welcome. ..welcome

    ReplyDelete
  2. Sis.. cepat cepat la msokkan bab baru.. tak sbr nak thu kisah derang nih.. :D

    ReplyDelete
  3. best,x sabar tggu next entry,

    ReplyDelete
  4. Yeayyyy...new entry da ade!welcome back umi....umi nk bab18...pls222...hehehe

    ReplyDelete
  5. Yay best. Thanks sbb update.

    ReplyDelete
  6. next entry please!!!makin menarik cerita ni.

    ReplyDelete
  7. Selamat kembali cik penulis. Terima kasih untuk update terbaru ni tapi saya dah baca bab ni kat penulisan2u. hehe. Nak bab 18,please.. ;)

    ReplyDelete
  8. selamat kembali ke tanah air.
    best sangat n3 ni, tak sesia tunggu lama...
    pas ni msukkn skali 3 n3 ye..... hehehe....

    ReplyDelete
  9. wa...hu....nak nangis.....nangis gembira....haha.....nak n3 baru bab18....huh...mengada betul...X PROPA OK

    ReplyDelete
  10. bila nak update PTRNTD 18 ? Si Nepal dan Mek Siam pun dah lama sepi...

    ReplyDelete
  11. nak n3 baru akak penulis.... dah habis berperang ingatkan nak rehat otak baca novel...tapi akak x update lagi......tapi x per kite fhm.....take your time......KAWAII

    ReplyDelete
  12. Bila akan ada di pasaran

    ReplyDelete
  13. dah senyap jer...mana crita terkini ni

    ReplyDelete