Friday 15 March 2013

PTRNTD BAB 16


“Tak payahlah nak tunjuk baik dengan menjaga aku....bukan aku sakit teruk pun...nak bersalin saja...jangan ingat aku tak tahu...kau tu saja nak Nizam tahu kau tu baik sangat....nak menunjuk!.”

“Huh” Yuhanis tercengang.

Sebaik Mak Azmah dan ayah keluar, terus kena serbu.

“Awak ingat orang yang pakai tudung macam kau tu, baik sangat ke?...jangan-jangan lagi jahat dari aku yang tak pakai ni...hipokrit !.”

“Eh, apa kena dengan awak ni?” tanya Yuhanis kehairanan.

“Kau jangan mimpi nak rampas Nizam dari aku,....pura-pura nak ambil hati aku...ini semua untuk Nizam kan?”

“Ok,ok..dengar sini...Awak jangan nak samakan diri saya dengan awak...sapa yang perampas sebenar ni? ...cuba tanya diri awak sendiri.”soal Yuhanis mula naik angin..sudahlah baru sampai..penat pun tak habis lagi.

“Ni semua saja nak mengampu mak ayah Nizam kan?...senanglah nanti nak suruh diaorang backing kau, bila kau nak kahwin dengan Nizam nanti...ingat aku bodoh ke ?”

“Mana ada orang bodoh belajar sampai oversea....tapikan.. orang pandai, tak kan cakap jerit-jerit macam penjual ikan kat pasar.. tau tak.”perli Yuhanis.

“Buat apa nak datang sini....aku tak perlukan apa-apa pertolongan dari kau...aku tak suka tengok muka kau di sini....get out !..keluar, keluar!” jerkah Shila dari atas katil.

Yuhanis kehilangan kata-kata.....Yuhanis bengang betul dengan mulut Shila. Nak kata giler meroyan..kawan tu beranak pun tak lagi. Setahu Yuhanis  lepas beranak baru dapat penyakit tu.

“Hei !..kau pekak ke?...kau dengar tak ..aku suruh keluar !”

Dari tercengang sampai bengang Yuhanis dibuat Shila...seumur hidupnya, Yuhanis tak pernah jumpa orang yang pandai maki hamun orang lain panjang berjela begitu.

“Kau ni betullah...muka tak malu...dah kena halau pun, masih terhegeh-hegeh nak tunjuk baik.”
Yuhanis hanya mampu menggelengkan kepala....Yuhanis betul-betul hairan dengan perangai Shila. Kesian pun ada. Macam orang tak dapat cukup kasih sayang. Saperti kucing kelaparan yang berebut ikan seekor.

“Kau ingat aku boleh suka dengan kau ke, bila kau tunggu aku...jangan harap aku nak percaya orang macam kau ni...get out and get lost !”

‘SABOR AJE LE.’....itu moto Yuhanis ketika ini.

Hampir setengah jam Shilah memuntahkan peluru berpandunya ke arah Yuhanis. Lagi Yuhanis menjawab, lagi tu Shila naik hantu. Sudahnya Yuhanis memekakkan telinga. Yuhanis berlunjur di sofa...nun jauh di sudut bilik mewah kelas satu itu.. berehat menghilangkan semput hampir dua jam setengah duduk dalam bas. Naik kematu punggung. Nak menguit lebih pun tak boleh...ada mat Bangla kat sebelah. Nak lena lagilah tak berani... takut kena raba....[‘Kalau handsome macam John Abraham tak pe lah jugak...hi,hi,hi.’]

 Itu belum lagi dikira bab terpaksa menggadai nyawanya menaiki bas yang dipandu laju semasa di lebuh raya.  Haah!..tadi minta sangat...nak bas lari laju-laju. Semua gara-gara takutkan orang tu bertanyakan harta karunnya..... Tu lah, orang tua-tua kata jangan mintak yang bukan-bukan..’.padan muka aku’..Yuhanis mengutuk dirinya sendiri.

Shila tak habis-habis lagi dengan mulut lazernya. Sesekali Yuhanis mengintip Shila dari balik buku novelnya. Takut-takut mak labu jatuh katil...sapa nak jawab. Yuhanis jugak yang nak kena.

 ‘Tak rupa orang sakit nak bersalin...memaki hamun orang sesuka hati. Tadi depan mak ngan ayah elok je pun. Pandai betul bini Nizam berlakon’... gerutu hati Yuhanis.

 Perlahan-lahan Yuhanis membetulkan duduk telefon bimbitnya. Yuhanis sedang  merakam semua luahan hati Shila di telefon bimbitnya....siap kau !....Jika  berlaku kerosakkan kekal pada gegendang telinganya, boleh Yuhanis guna.. jadikan bahan bukti untuk saman...ha,ha,ha. Nakal Yuhanis tak mahu mengalah.

Yuhanis menarik nafasnya dalam-dalam, sedaya upaya Yuhanis cuba bersabar. Yuhanis cuba menenangkan perasaan geram di dada...siapa pun yang berada di tempatnya.. pasti akan rasa nak belasah saja tuan punya mulut lazer ni...[tapi takut pula terberanak sebelum masanya]. Kemudian perlahan-lahan Yuhanis menapak ke sisi katil.

“Awak suka atau tidak...saya suka atau tidak, kita berdua kena ikut arahan mak ngan ayah...mak suruh saya tunggu awak...maka saya akan tunggu sampai awak selamat bersalin...kalau tak suka tengok muka saya, awak buat-buat tak nampak saya, sudah.....”

“....tak payah nak jerit-jerit marah, baik simpan tenaga awak untuk bersalin...mak kata bersalin perlukan tenaga yang banyak untuk meneran....kalau awak tak ada tenaga, nanti baby akan tersangkut tak boleh keluar...waktu tu kena belah perut awak, lepas tu jahit pulak... lagi sakit...”

“.....kalau jahitan teruk, saya rasa Abang Nizam pun takut nak tengok perut awak lagi...so, baik awak tutup mulut...kalau nak bukak jugak, baik selawat dan rihat,ok.” Kata Yuhanis dengan tenang dan lambat-lambat satu persatu... ucapan  di tambah lagi dengan perasa lemah lembut.

 Sengaja Yuhanis nak tunjukkan pada Shila yang sejak tadi terjerit-jerit marahkan Yuhanis... bahawa bercakap lembut pun orang lain boleh dengar. Tak perlu terjerit-jerit sampai nampak anak tekak.

‘Kesian Abang Nizam dapat bini lagu ni’.. bisik hati Yuhanis.

Yang bestnya... mak Azmah tak kata ape-ape pun...saja Yuhanis memandai guna nama mak untuk keamanan dalam bilik kelas satu itu... yang akan dihuninya menggantikan mak Azmah meneman Shila. Bila tiada orang lain dalam bilik itu yang nak dimalukan, menjadi-jadi angin Shila... bila tak diajar awal-awal, mua si Shila jadinya...telinga Yuhanis yang nak menanggung...tu yang cuba tektik gempor bagi takut sikit....bior senyap sikit.

Shila mendengus sambil menayang riak masam mencuka, jelas menggambarkan rasa hatinya yang membenci Yuhanis. Yuhanis sambung membaca novel yang dibawanya bersama...lantaklah makhluk yang sedang berasap kat atas katil tu.... bila sakitnya datang nanti, diamlah dia karang....aah, tak da maknanya..... tak diam jugak...Shila akan mengadoi-adoi pulak.

‘Heei  budak ni....Ya Allah!..sabor aje le.’ Yuhanis memujuk diri.

“Aduh...sakitnya,uuuh...fuh,fuh..isk,isk,isk...aduh..aduh...hish,hish..aaah.”.....kan dah kata...

“Nak saya tolong gosokkan sikit-sikit ke?” tanya Yuhanis.

Shila buat pekak. Yuhanis pula naik pekak.  Shila terus-terusan mengerang kesakitan.

“Adoh, adoi...sakitnya...fuh,fuh,fuh,..iiiiisssskkk,iiiiissskkkk...adoi, adoi...sakitnya....aaah...fuh,fuh.....”

Sudah beberapa kali Yuhanis semawa nak tolong gosokkan belakang Shila saperti yang diajar Mak Azmah...semua ditolak dengan kasar. Yuhanis rasa nak buat tak tahu aje...tapi Yuhanis tak sampai hati bila melihat Shila  yang semakin kerap dalam kesakitan.

“Shila...sebut Allah banyak-banyak.” Pujuk Yuhanis lagi....nun jauh dari seberang bilik.

Kali ini Shila tidak sempat nak menjerkah Yuhanis...mungkin dah sakit sangat kot...sakitnya pun dah semakin kerap...tapi nurse yang masuk buat pemeriksaan kata...lambat lagi.....mmm.. alahai, nasib kaulah Shila. Dalam hati Yuhanis terasa gerun jugak memikirkan macam manalah pulak kalau tiba masa dia nanti....eh,eh..ade ke?’

Seketika Yuhanis berasa lega bila Shila terlena ...aman sikit dunia. Dengan Yuhanis sekali terlelap... tapi tak lama. Shila terjaga bila sakitnya datang semula. 

“Adoi..iiisssk, iiiisskkk..adoi..sakitnye...fuh,fuh..adoi...adoi...isk,isk,iiiisskk...adoh..adoi..wwoooo..”

“Shila...elok awak selawat banyak-banyak...mudah-mudahan Allah mudahkan.” Pujuk Yuhanis yang dihimpit simpati.

Shila tak jawab...tapi terus mengadoi dan mendengus.

“Shila istigfar banyak-banyak...kalau boleh bacale...La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimeen...kan mak dah pesan tadi....dalam hati pun boleh...kita minta tolong Allah ampunkan dosa kita...baca dalam bahasa Melayu pun tak apa....” pujuk Yuhanis.

Shila sekadar angguk ....mungkin dah sakit sangat sampai tak terkata apa-apa...tak terasa ape-ape.

“Nak saya panggilkan doktor ke...atau nurse kat depan tu ke?” tanya Yuhanis sambil mendekati katil Shila.

Shila menggelengkan kepala. Tangan Shila tak renti mengusap belakang badannya sendiri.

‘Tulah...orang nak tolong, tak kasi.’..bebel Yuhanis di dalam hatinya. Geram punya pasallah tu, sampaikan sabornye pun dah tinggal hujung-hujung aje....semoga Allah tak kira itu sebagai dosanya. ‘Ampun Ya Allah.’....dia hanya hamba yang lemah, tak tahan diuji begini.

“Doktor kata selagi sakit tak kerap... selagi jarak sakit lama, sekali...belum sampai masa lagi...doktor tak boleh nak buat apa-apa...nurse pesan suruh berdiri, bawak berjalan...tapi saya tengah sakit, macam mana nak jalan.” Keluh Shila.

‘Ye tak ye jugak...apele misi ni....waktu ni, kalau ajak makan angin kat London pun orang tak nak...ade ke suruh jalan-jalan.’....tapi si Shila dah bukak mulut...itu...

....Petanda baik. Perlahan-lahan Yuhanis mengusap belakang Shila. Kali ini Shila tak menyinga...tak membantah. Tanda oklah tu. Yuhanis terus menggosok bahagian pinggang dan pinggul Shila. Sambil menggosok Yuhanis membaca surah Yasin perlahan-lahan dengan berlagu lembut. Nak cakap pun tak ada modal. Bengkek pun tak surut lagi.

“Nizam kata awak pandai mengaji....Nizam selalu puji awak.” kata Shila tiba-tiba setelah lama mereka masing-masing tak bersuara.

‘Haaa!!..pelan damai dah nak bermula....good,good.’

“Oh...ye ke?....er,biasa-biasa saja...Cuma saya suka berlagu  style saya sendiri sambil menghafaz...Abang Nizam pun pandai mengaji...dulu kami belajar sama-sama dengan ayah...ayah dulu johan Qari Daerah Kinta.” Yuhanis membuka cerita. Harap-harap dapat mengalih sikit kesakitan yang sedang Shila alami.

“Mmm...Nizam selalu cakap pasal awak...walau pun dia tahu saya tak suka....saya tahu dia masih sayangkan awak.” Ujar Shila perlahan sambil tunduk bermain-main dengan hujung bajunya. Baju tak cantik pun. Baju hospital.

“Sayakan dah jadi isteri Abang Mizan....buat ape saya nak kejar Abang Nizam lagi...kalau saya boleh kahwin dua...tak ape le jugak.....awak tu Shila, yang kena pandai ambil hati Abang Nizam...awak kena belajar... faham apa yang dia suka dan jangan buat apa yang dia tak suka...”

“.....mmm, belajar.. bertanya dari mak...nanti mak akan bagi petua macam mana nak jadi isteri yang baik.....er...hari tu mak pernah kata.... kalau kita banyak bersabar, banyak berdoa lepas sembahyang lama kelamaan Allah akan buka hati suami menyayangi kita.” Kata Yuhanis sambil tangannya terus mengusap belakang Shila.

Tangan Yuhanis terhenti seketika. Yuhanis rasa dia dah buat semua apa yang Mak Azmah petuakan...tapi Yuhanis masih tang tu jugak.  Tak naik-naik makam. Masih kat bilik bawah....Mmmm..mungkin Allah tak habis uji dia lagi kot...dan..mungkin Allah akan bagi yang terbaik untuknya kemudian...AMIN.

“Er..er  awak masih sayang pada Nizam ke?”

“ Huh..Buat apa saya nak sayang pada suami orang....suami sendiri pun dah penat tak terlayan....tak payahlah awak nak cemburukan saya Shila...belajar aje jadi isteri solehah...lambat laun, Abang Nizam akan sayang  awak juga..janji awak banyak bersabar.”

‘Alahai...Yuhanis pun sedang dalam tempoh percubaan.’

“Nizam ada call awak ke?”

“Tak ada...apa sebenarnya yang terjadi ni ? ...kamu berdua bergaduh ke?”

Shila tak sempat nak jawab. Sakitnya datang lagi. Kali ini nampak semakin kerap.

“Selawat banyak-banyak..mengucap banyak-banyak....saya rasa baik kita panggil doktor saja.”

Beberapa minit kemudian Shila telah disorong ke bilik bersalin oleh beberapa orang jururawat yang bertugas malam itu.

“I’m sorry.” Perlahan kata Shila sebelum dia diusung pergi.

Tinggallah Yuhanis sendirian di bilik. Yuhanis segera mengambil kesempatan yang ada untuk menunaikan sembahyang  Magrib dan Isyak, Jamak ta’akhir. Memang dah akhir sangat...dah dekat pukul sebelas setengah malam.

Sempatlah Yuhains titipkan doa agar Allah permudahkan proses bersalin Shila. Kecut perut jugaklah Yuhanis, bila melihat keadaan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh orang perempuan yang nak bersalin. Rasa macam tak nak bersalin aje...tapi macam mana dengan impiannya? Yuhanis nak anak kembar!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mizan membancuh satu mug nescafe panas, lalu diletakkan di atas meja makan. Mee segera yang telah siap dimasak dicedok ke pinggan lalu diletakkan bersama mug nescafenya. Sudah dua petang Mizan makan mee segera....Mizan dah tahu apa barang yang disimpan Yuhanis di dalam kabinetnya.

‘Bagus jugak ada simpanan makanan ni...tak payahlah dia kena keluar mencari makan untuk mengisi perut.’ kata Mizan di dalam hati.

 Mizan pun tiada mood nak keluar ke mana-mana. Nak keluar malas....tapi...duduk rumah pun tetiba rasa sunyi pulak. Kenapa Mizan terasa sunyi tiba-tiba?...macamlah sebelum ini Yuhanis meriuhkan rumahnya. Mizan menebarkan pandangan matanya sekeliling dapur. Mizan pun tak faham.

 Selesai mengisi perut Mizan masuk ke bilik orang gaji a.k.a bilik Yuhanis. Termasuk semalam... sudah dua kali Mizan masuk melawat kemusnahan di bilik Yuhanis. Mizan teringat kejadian tempoh hari. Tentu mak akan fikir entah benda yang bukan-bukan. Mizan terasa cuak...kalau-kalau mak bertanyakan hal katil reban...[reban tu maknanya runtuh....bukan reban ayam tau.]

Apa Mizan nak jawab?...’Gaduh dengan Yuhanis?...atas katil?...atau tak buat ape-ape...tengah duduk berdua atas katil...tetiba je katil reban? Gitu?..atau...aaaa.....aaahh! Mizan malas nak fikir. Baik dibuang katil ni segera sebelum mak ngan ayahnya datang melihat katil ni...katil single di bilik orang gaji? Nak mampus?

Mata Mizan melihat sekitar bilik. Almari yang dirempuhnya beberapa hari lalu, meja solek yang retak cerminnya dan katil yang dah menyembah bumi. Mizan hanya berdiri sambil menenggek 
sikit di hujung meja solek....tiada tempat untuk dijadikan tempat duduk.

Mata Mizan melihat sekeliling lagi...memang betullah apa yang dipandangnya. Hanya ada satu beg baju saja barang Yuhanis di bilik itu. Tak payah buka daun pintu almari pun, memang dah boleh nampak beg tersebut. Satu beg lagi telah dibawa oleh Yuhanis pulang ke kampung.

Tetiba terfikir di benak Mizan bahawa Yuhanis mampu hidup dengan keperluan paling minimum sekali. Mizan tak pernak jumpa perempuan yang tak cerewet saperti Yuhanis. Mampukah perempuan lain hidup dalam sebulan dengan keperluan dalam dua beg saja. Itu pun satu saja beg besar...satu lagi hanya beg tarik yang bersaiz sederhana saja.

Berapa helaikah pakaian gadis itu? Tidakkah gadis itu memiliki satu beg penuh dengan set alat-alat solek seperti perempuan lain?  Selain kasut yang selalu dipakai Yuhanis, adakah Yuhanis memiliki kasut lain?...jika ada, Mizan tak nampak tempat menyimpan kasut lain.

Kenapa Mizan tetiba rasa dirinya lelaki tak guna. Lelaki yang zalim. Lelaki yang tak membeli 
apa-apa keperluan untuk isteri..tak pandai jaga isteri.....Berdosakah dia ? Zalimkah dia?....adakah memadai dengan duit saku yang diberikan?......Aaaaaaahhh....bukankah gadis itu sendiri yang kata dia tak akan minta apa-apa dari Mizan? ...tidak akan menyusahkan Mizan...So?...bukan salah Mizan. Betul ke?

Mizan berperang dengan perasaan sendiri. Akhirnya Mizan hanya mampu mengeluh panjang. Perlahan-lahan Mizan menarik beg Yuhanis keluar dari almari. Mizan duduk bersila di atas lantai merenung beg itu seketika.

Tanpa disedari, tangan Mizan mencari zip beg. Perasaan ingin tahunya  tetiba membuak untuk melihat barang-barang Yuhanis. Tiada rasa bersalah lansung. Perlahan-lahan beg dibuka...perlahan-lahan tangan Mizan mengusap pakaian yang tersusun kemas di dalam beg.

Satu haruman lembut meresap ke deria bau Mizan...tiba-tiba..Mizan teringat....Ya!..betul !..Sama saperti haruman pada semua pakaiannya yang ada dalam almarinya di bilik. Mungkin Yuhanis juga menghantar pakaiannya di kedai dobi yang sama...tapi, tak mungkin haruman ini datang dari kedai dobi. Mizan dah periksa.

Sharif juga menghantar pakaiannya di kedai yang sama...tak ada pula berbau haruman ini. Tangan Mizan mula berkerja....sana sini tangannya menyeluk poket beg. Rosak susunan pakaian di dalam beg...tapi Mizan dah masuk tahap nak jadi spy.....nak selidik jugak.

Di sebabkan tak jumpa apa yang dicari...Mizan memunggah keluar semua pakaian Yuhanis. Sudahnya habis baju, seluar dan semua pakaian Yuhanis duduk di atas lantai....termasuk seluar dalam dan baju dalam sekali. Dan akhirnya Mizan berjaya jumpa bahan bukti yang dicari.

Ada tiga botol saiz sederhana minyak wangi ....Wah! jenama ‘Estee Lauder..Pleasures Delight’...Mizan mencapai  satu botol  yang  isinya tinggal satu pertiga lagi. Tudung botol dibuka..lalu botol dibawa ke hidungnya..hhhmmm...YES! ... memang inilah bau haruman yang  
Mizan rasa dipakai  Yuhanis....juga yang ada pada semua pakaiannya sekarang.....SO..he found the culprit!!

Mizan pasti kini. Satu baju Yuhanis dibawa ke hidungnya....memang itu kerja Yuhanis.

‘Oh nakalnya bini aku.’ hati Mizan berkata...tak sedar apa yang telah dikatakan hatinya.

 Tiada rasa marah lagi...mungkin sebab ditolak rasa bersalah menyelongkar beg Yuhanis...Mereka sekarang seri...satu sama. Tanpa disedari satu senyuman tersungging di bibir Mizan.

Mizan sudah bertemu jawapan. Kini dia perlu mengemas semula pakaian Yuhanis elok-elok semula saperti asal. Satu persatu pakaian Yuhanis disusun semula...hinggalah sampai giliran seluar dalam dan baju dalam.

 Tiba-tiba Mizan teringat dendam yang belum dibalas...hutang yang belum dibayar..ha,ha,ha...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shila selamat melahirkan. Baby girl...tapi Shila kehilangan banyak darah. Kena masuk darah... Mak dan ayah tiba sewaktu doktor sedang  berbincang dengan Yuhanis tentang mencari darah yang sama jenis untuk Shila....sumbangan dari ahli keluarga amat-amat dialukan.

Nak dijadikan cerita...Yuhanis memiliki darah jenis O, dinamakan ‘universal donor’...boleh derma pada sesiapa yang memerlukan saat-saat kritikal. Maka darah Yuhanis sesuai didermakan untuk membantu Shila. Yuhanis rasa bangga dapat menolong orang yang memerlukan...walau pun bukan Shila yang memerlukan sekali pun. Haaa..kalau Shila nak menyumpah seranah dia lagi selepas ni...he,he,he...Yuhanis boleh mengungkit....siap kau Shila.

Lama jugak Shila berada di bilik bersalin. Yuhanis disuruh berehat selepas darahnya diambil ...entah berapa botol pun Yuhanis tak tanya. Berehat sedap dalam bilik air con.... sampai tertidur-tidur...bangun, tidur balik pun Shila tak keluar-keluar lagi....Haa, puas Yuhanis tidur. Dapat qada’ tidur sebab semalaman berjaga menunggu Shila depan bilik bersalin...macamlah dia bapak budak. Bapak budak tak muncul-muncul jugak.

‘Nak kena Abang Nizam ni’

Keluar dari bilik bersalin Shila bertukar jadi saperti orang lain. Agaknya semua perempuan akan jadi lebih pengasih bila lepas dapat baby kot..agak Yuhanis. Shila sudah boleh bercakap sopan dengan Yuhanis. Sudah boleh tersenyum....lebih-lebih lagi semasa Shila mula belajar menyusukan baby girlnya.

Terjerit-jerit campur ketawa... Shila kegelian bila baby mengisap puting susunya. Yuhanis tumpang rasa kegelian melihatnya. Rasa cemburu pun ada. Dan dan rasa nak ada baby jugak....tapi tang nak tanggung sakit tu Yuhanis tak sanggup....susahlah nak dapat si kembar.... ‘mmm, beranganlah kau Yuhanis!’

Mak dan ayah turut tumpang gembira...walau pun mereka sikit mengkelan tentang status baby. Namun Yuhanis tahu kedua orang tuanya itu adalah pasangan yang amat pengasih orangnya....Jika tidak, masakan Yuhanis boleh membesar dengan normal dan bahagia bersama mereka berdua.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari pertama Shila balik ke rumah, semua orang sibuk membantu Shila. Ayah turut diberi tugas menjemput mak bidan datang tengokkan Shila. Mak Azmah dah naik pangkat jadi macam matron kat hospital. Semua orang dapat tugas masing-masing. Di sebabkan memang tak ada ramai orang di rumah tu...maka...orang yang dua tiga kerat tu berjaya mendapat dua tiga tugas sekali. Nasib baik ada Mak Cik Kiah.

Betullah orang tua-tua kata ...anak tu penyeri rumah. Rumah mak ayah menjadi riuh rendah dan bertambah bingit lagi bila baby girl yang belum bernama itu melalak lapar, melalak lampin basah...dan entah pasal apa-apa lagi yang menyebabkan baby melalak.

Shila dilarang banyak bergerak. Mak ngan ayah pulak dah tak kuat macam dulu-dulu...maka yang nak kena ligat tentulah Yuhanis. Mandi baby pun Yuhanis kena belajar...Mak kata besok-besok, bila Yuhanis dah ada anak sendiri...senangle nanti. Iyele tu....kalau zaman batu kembali semula pun belum tentu ‘The Rock’ nak duduk segua dengannya. Sekatil?....ha,ha,ha...alamat katil reban !

Semua hal mengurus baby, Yuhanis dapat belajar. Cuma tang bagi ‘tek’ saja Yuhanis tak berkesempatan nak praktikkan....gatal ape! Sudah dua tiga hari bertugas Yuhanis hanya belajar tengok je part tu...ha,ha,ha.

Sudahnya Yuhanis kurang tidur. Baby jaga, Yuhanis yang jaga. Baby tidur Yuhanis kena ke dapur. Yuhanis tak sampai hati membiarkan Mak Azmah dan Mak Cik Kiah uruskan hal kain baju, masak makan mereka dan ibu yang dalam pantang, bakar tungku dan etc. etc...sedangkan dia berehat.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Kamu pening Yuhanis?...jangan-jangan ade ape-ape tak?”   Soalan cepumas dari mak.

Ayah sudah tersenyum-senyum. Walau pun ayah tak cakap apa-apa..Yuhanis tahu ayah sedang menunggu khabar gembira dari gandingannya dan Mizan. Kesian mak ngan ayah...kerana terpaksa menunggu buah yang tak kan gugur.

Susah untuk Yuhanis menghalang harapan mereka yang baru nak bercambah. Nak cakap pun susah....benih tak ada, masakan akan berbuah...Buah tak ada..nak tunggu apenye yang gugur....alahai.

Kalau boleh Yuhanis nak hadiahkan pada mak ngan ayahnya kembar sepasang. Ayah boleh main bola dengan cucu lelaki. Mak boleh layan cucu perempuan main masak-masak. Cuma dalam angan-angan sajele.

“Hani  pening sikit je mak...rasanya, sebab kena hujan masa angkat kain tadi kot...makan panadol nanti legale.”

“Nak makan ubat, jangan lupa makan nasi tu sikit dulu, Hani. Pening-pening, dibuatnye tak makan ..terus makan ubat, nanti jadi lain pulak.” kata ayah.

“Hani nak makanle ni ayah...lepas rehat sekejap nanti...Hani nak tolong Shila pakai barut pulak.”

“Sembahyang Isyak siap-siap dulu Hani.....nanti takut terlena soh sampai Subuh pulak... baru haru.” Pesan ayah lagi yang duduk di hadapan Yuhanis.

Selesai makan malam, Yuhanis segera menelan dua biji panadol. Namun denyut di kepala Yuhanis semakin bertambah..rasa macam di hempap-hempap dengan batu. Penyakit datang senang macam kilat, nak sembuh lambat macam kura-kura merangkak.

Semasa mandi membersihkan badan, Yuhanis membasahkan kepala agar peningnya dapat dikurangkan. Dari basah ...Yuhanis terus basuh rambutnya sekali dan terus bershampo bagai...sambil memicit-micit kepala yang tak mahu surut-surut peningnya.

Yuhanis segera menunaikan sembahyang Isyak sedang kepalanya masih boleh ditegakkan. Malam ni kena skip kelas hafazan....nak hafaz macam mana...nama sendiri pun sikit lagi nak terlupa. Selesai melipat sejadah dan menggantung telekung Yuhanis terus memanjat katil. Hajatnya untuk lena sekejap. Banyak lagi benda yang nak dibuat..fikir Yuhanis.

Dengan baju tidur lama yang selalu dipakai bila sendirian di dalam bilik, Yuhanis harap dia dapat tidur dengan nyenyak. Yuhanis mencapai remote air-con, lalu menurunkan sedikit suhunya agar tidak terlalu sejuk ...

TOK,TOK,TOK...

“Hani ? “

“Ye mak...ala buat ape susah-susah ni mak...kejap lagi Hani bangunle.” Kata Yuhanis sebaik melihat Mak Azmah masuk ke bilik dengan segelas susu di tangan.

“Nah, minum bagi habis...buat tambah tenaga, tadi pun ..mak tengok Hani makan sikit sangat....makan nasi pun nak mengelat...bila nak berisi sikit.”

“Eh mak, kurus le seksi...nak bagi berisi..tup,tup terus tergemuk kang...Hani tak mahule...hi,hi,hi...”

“Haa..ni pening dah baik ke?..., masih boleh nak melawak lagi....cepat tidur....er..atau Hani tak boleh tidur teringatkan Mizan ape...tu yang agaknya sampai pening-pening.”

“Ha’ah mak..rindu sangat-sangat... kami nak jumpa kat dalam mimpi karang...hi,hi,hi.”
Yuhanis  melayan je anggapan mak merangkap mak mentuanya agar tak panjang cerita. Nak menyenangkan hati mak lagi...Yuhanis terus  menghabiskan susu segelas sampai licin. Yuhanis mencapai pula sebotol air mineral dari meja di tepi katil, lalu diteguk untuk membersihkan mulutnya dari sisa-sisa susu.

“Shukran ya ummi.” Kata Yuhanis sambil mendakap Mak Azmah. Kiri kanan pipi Mak Azmah dikucup penuh kasih sebelum membaringkan badannya ke katil yang sekian lama mengamit. Kepala semakin berdenyut...mata pula semakin berat.

“Afwan Hani...tidurle...jangan fikir ape-ape lagi. Mak tengok kamu kerja tak berhenti....badan kalau asyik penat aje...bila nak lekat.....jaga badan tu elok-elok, Mizan tu pun bukannya muda lagi....kawan-kawan segagan dia semua dah ada tiga empat orang anak....kalau ada ramai anak tak le sunyi rumah kita nanti....tengah muda, tengah badan kuat ni le patut cepat beranak....Mak pun sihat lagi boleh jaga Hani....kalau mak dah bong ..kok.. ti..ga, ba..ru nak.. da..pat  c....u.....c.......u..????.....

Yuhanis dah tak dengar bijik buah perbualan mak lagi....tapi Yuhanis rasa dia sempat sebut ....kembar kat mak....mak dengarke tidak, tak tau le....rasa-rasa cakap dalam hati je...adeke?


Azmah mengusap rambut Yuhanis perlahan-lahan. Dengan penuh kasih, melimpah sayang. Yuhanis.. anak arwah sahabat baiknya sedari anak dara, Hanisah dan suaminya Yusuf..... kini sudah menjadi gadis yang cantik sekali. Rupa cantik, akhlak pun cantik....alhamdulillah, tidak terlepas ke tangan orang.

Azmah duduk merenung wajah Yuhanis yang sedang lena...Azmah terkenang jasa arwah Yusuf dan Hanisah...ibu bapa kandung Yuhanis. Betapa besarnya jasa arwah berdua kepada keluarganya.

Saperti apa yang Yuhanis lakukan tempoh hari...arwah Hanisah juga pernah menderma darah kepadanya. Semasa Azmah mengalami keguguran dan tumpah darah. Darah Hanisahlah yang telah menyelamatkan nyawanya.

Tidak cukup dengan itu...dalam kepayahan dan kesulitan yang Azmah hadapi, Hanisah datang menghulurkan bantuan untuk menjaga anaknya Shaiful Mizan yang masih kecil. Tanpa disedari air mata Azmah mengalir membasahi pipi.....Masih terngiang-ngiang di telinga Azmah kata-kata Hanisah sewaktu menghantar Mizan kembali kepadanya, setelah Azmah sembuh.

“Kalau saya ada anak perempuan kak, nak saya booking budak Mizan ni jadi menantu saya....kalau orang kata terbalik kot pun, Hanisah tak kisah.”

Bertambah lebat air mata Azmah. Jika Hanisah masih hidup, tentu Hanisah gembira melihat kata-katanya menjadi kenyataan. Azmah tak sangka percaturan Allah...akhirnya menemukan Mizan dan Yuhanis.

Azmah mengesat air matanya. Sesekali esakannya kedengaran di bilik nan sepi itu. Tidak mengapalah bisik hati Azmah...bukan ada sesiapa pun.

“MAK ?...kenapa ni ?...kenapa mak menangis ?

Kus semangat!...bulat mata Azmah merenung anaknya.

No comments:

Post a Comment