Sunday 17 March 2013

Alhamdulillah,selamat sampai ke home sweet home rumahku dan negaraku...tapi agak sedih bila mendengar berita pencerobohan di Lahad Datu yang telah mengorbankan beberapa pasukan anggota keselamatan negara. Ada ibu yg kehilangan anak, ada isteri yg kehilangan suami tercinta dan ada anak yg kehilangan bapa kesayangan...bergenang ai mata. Cuba kta tutup mata dan membayangkan yg terkorban itu keluarga kita...pasti sudah meratap sampai kering si air mata. Semoga Allah tempatkan semua wira2 kita di tempat yg sebaik-baiknya.
Tak sangka pergolakan yg telah terjadi di beberapa negara seIslam lain cuba di mulakan  di negara kita yg tercinta ini. Bayanglah kalau hidup semua kita menjadi kucar kacir, hidup dlam ketakutan dan kesusahan...usahkan nak sedap2 baca novel, nak makan minum pun susah. Sentiasa takut jika suami atau anak2 yg keluar rumah mungkin tak kan kembali lagi.

Teringat kuliah2 pendek yg dibuat Ust.Hadi yg menjaga kami di Tanah Suci..cite ttang sekumpulan gajah yg patuh pd ketua gajah yg tak mahu bergerak meruntuhkan kaabah dan ttang unta yg kalau sdg minum pun akan tinggalkan minumannya jika ketua kumpulannya mula bergerak...Binatang pun pandai patuh pd ketua.

Ust kata ugama Islam mewajibkan kita mentaati pemimpin...tapi kenapa ramai kita terutama yg kononnya tinggi ilmu ugamanya, tak mahu mentaati pemimpin kita.. sekarang ni Dato' Sri Najib....sbb nak ketua baru yg lain?...adakah pengganti yg kalut nak jadi PM baru tu lebih baik dari Dato' Sri Najib.

 Tolonglaahh..jg perjudikan nasib masa depan anak-anak kita...takut kelak mereka terpaksa jadi kuli di tanah air sendiri..ditindas di negara sendiri...boleh diperbodoh sesuka hati, malah diludah...sanggupkah kita ??Masa tu kita semua ini, dah berada 6kaki bawah tanah..siapa yg dpt membela anak generasi muda itu kelak. Nasi dah jdi bubur..malanglah nasib mereka nanti.

Ada yg perleceh Dato'Najib kerana isteri PM kita tak nak pakai tudung...just doakan sja. Sapa kita nak menghukumnya dan Dato'Najib..

Teringat kisah dulu2, masa suami suruh pakai tudung...tak nak weh..sayang rambut kemik rapat kat kepala. Pas tu suami kata kalau tak nak pakai tudung terus, cuba pakai serkop dulu..lagikee tak nak..gerun dan ngilu...tapi suami pujuk lagi..suami beli lima lai serkop..lima color..cuba dalam bilk...hu,hu,hu, tak nak jugak..sbb..nampak mcam nenek upin ipin saje...sapa yg nak.

Last2 suami kata kalau sygkan dia ..sayangilah dia dunia akhirat....sbb isteri yg tak pakai tudung akan menarik suami ke neraka..walau pun sang suami penat tonggang tonggek jaga sembahyang. Suami pun kata dia pun sayang kat kita dan tak mahu esok2 kita kena ikat terbalik dan rambut kita dibakar sampai mendidih otak...HAAAA..penat dengar kuliah dan kecut jg perut..last2,Alhamdulillah,dah taubat kat depan kaabah atas semua dosa..semoga Allah terima.

Mmm dah habis luahkan perasaan..nak sambung karang novel lak...jumpa lagi..bye.

9 comments:

  1. alhamdulillah..selamat kembali dari mengerjakan umrah and akak agreed ngan adik..
    hopefully ada sambungan citer PTRNTD rela miss d story..akak suka citer ni..plot dia mmg menarik..

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Penulis,

    Cerita ni memang best, akak pun setuju dengan idA, jalan cerita semakin menarik. Tak sabar tunggu n3 seterusnya, apa akan jadi pada Hani dengan Mr. Rock dia tu ye.

    Mawardah

    ReplyDelete
  3. suka mendengar komentar penulis.Kita nak tukar ds najib ukan sebab isterinya tak bertudung,tapicara mereka menjalankan amanah rakyat memerintah malaysia.Adakah kita rasa senang sekarang tanpa peduli apa yang dibuat oleh pemerintah?Apa yang perlu kita jawab bila anak cucu kita nanti bertanya mengapa ayah dan atok mereka membiar pemimpin yang korapsi memerintah malaysia.Mungkin anak cucu kita akan mengemis di tanah air sendiri.Saya yakin tentunya penulis seorang kakitangan kerajaan kerana tak pernah rasa susah cari duit berbanding yang bekerja sendiri.Tak salah menukar kerajaan,sperti negara maju amerika,jepun,korea..negara mereka tetap aman dan bertambah maju.BTW seronok membaca novel saudari,semoga kepandaian menulis boleh dimanafaatkan ke jalan ALLAH.wassalam

    ReplyDelete
  4. saya suka baca karya anda. pasal politik? masing2 ada pendirian tersendiri. namun jika pemimpin yg dipilih terang-terangan menolak hukum Allah... maknanye kita perlu menilai semula mengikut Al-quran & As-sunnah. siapalah kita berbanding dengan hukum Allah S.A.W. allahuakbar...

    ReplyDelete
  5. ralat: Allah s.w.t

    ReplyDelete
  6. ralat : Allah S.W.T

    ReplyDelete
  7. ralat : Allah S.W.T

    ReplyDelete
  8. mcm ni ke nak tegakkan agama..mcm tu pon boleh tetukar?? sadis. perlukan perubahan besar untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  9. ari2 bukak blog ni.....
    harap2 ada n3 baru....
    smpi la ni.....x sambung pn cik penulis?
    sy suka sgt cite ni....
    bila baca tu...hati selalu vibrate.....
    hahaha.....

    ReplyDelete