Friday 23 August 2013

Maaf atas kesilapan cite SN dan MS bab 25


Baru mula sambung berkarya... tak puas hati, kerja setengah jalan. Biar pun cite ni tak dapat sambutan. Aku hendak juga cite siNepal dan Mek Siam diselesaikan. Dari duduk sampailah menirap aku cari idea. Sikit2, satu2 ayat berjaya dihasilkan. Rasa2 tak sedap, diedit tapi sayang nak buang. Savelah konon. Akhirnya bila bab 25 selesai dihantar, segala yg disimpan2 terikut sekali....Alahai malunya. Cemerkap!
Sorry banyak2. Buat2ler tak nampak.

Setiap kali teringat cite SN dan MS, aku selalu tringat cite di sebalik tabir. Mula2 baca novel pun sbb adik aku. Dia ni  boleh dikatakan hantu novel.... tersangat rajin baca novel. Namun slalu membebel dan mengomen tangkap maut punya komen. Ada kala berapi2 dan berasap2  adik aku mengutuk sbb terbeli novel yg rasa2nya nak dibalingnya ke dinding. Aku pun cuba utk memahami dilema adik aku sorang nii.

Novel2 adik aku  ada satu almari dan berkotak2. Bila diminta satu novel yg best, aku disuruh baca novel adam dan hawa, terus sangkut.. Selepas membaca hampir semua novel yg terpandang dek mata, baru aku sedar kenapa adik aku selalu berasap. Mulalah era sama2 tukar menukar komen.... bila adik ku mengomen, aku tumpang sesudu, semangkuk hingga sekaki. Cikgu ni cakap, semuanya betul3.

Aku ni jenis bila mula kan sesuatu, mesti lakukan sampai selesai. Bayangkanlah bila adik aku baling novel ke dinding, aku dg susah payah, antara senyum dlm tangisan terpaksa gagahkan jugak untuk baca sampai muka surat terakhir.Bayangkanlah betapa terseksanya jiwaku. Rasa tobat tak nak baca novel dah.

Namun bila adik aku jerit....'Kak! dapat novel best!....'aku sangkut balik membaca novel.

Namun lepas tu, sejarah berulang kembali. Sakit telinga dan geli hati pun ada mendengar komen2 dari adik aku ni. Mulalah cikgu ni memberi sbb dan musabab kenapa dia komen2 ni.

Dari ayat pemeri, ayat dialog dan macam2 lagi ilmu mengarang diterangkan pdku..beria2 aku diberi penjelasan. Almaklumlah adik aku nii seorang cikgu. Cikgu BM lagi. Akhirnya aku mencadangkan eloklah dia yg mengarang. Pd ku cikgu BM sudah tentu akan lebih mahir berkarya.

Aku mencabar adik supaya dia lebih berusaha dan buktikan kemampuan. Tapi aku pulak dicabarnya sbb tumpang sama jadi tukang komen. Beberapa bulan berlalu, bila berjumpa saja, masing2 akan bertanya....":Dah mula?..." Hahaha....sama2 geleng kepala. Lawak betul.

Lawak sbb pandai kutuk. Buat tak pandai.

Sejak itu baru tahu....betapa susahnya untuk mula berkarya. Mudahnya nak jadi tukang komen. Kecualilah org2 yg sememangnya Allah kurniakan bakat semula jadi. Berkarya  bagi mereka ini, senang macam makan kacang.

Ditakdirkan aku yg sdg bosan berjaya menyiapkan satu bab cite tak bertajuk. Namun sbb mcm teruja dpt siapkan satu bab, maka cuba2 dihantar  juga ke P2u. Bila tersiar diP2u...ada pembaca pulak tu..suka tak terkira, walau pun cuma ada seorang saja pembaca. Itulah org pertama yg membaca karyaku..tima kasih banyak2 pd mu.

Adik aku jadi tukang sorak. Bila tanya hasil dirinya dia ketawa besar. Belum cite dah ketawa. Adik aku ni memang kuat ketawa. Aku enjoi bila dpt ketawa sama2 dg adik sorang nii. Terasa sama2 tiga suku

Mengarang sambil meniarap atas tilam dg bantal gebu, tau2 ghaib. Cuba2 lagi, terlena lagi. Sebenornya adik aku tu penat mengajar. Kalau ada anak murid nak dimarahnya, teranglah mata. Akhirnya adik aku ni taubat tak nak buat novel. Baca novel pun dah kurang sbb susah dpt yg dia suka. Sekarang dia sdg dg hobi barunya. Buat blog.

Dari sini aku dpt pengajaran... bukan senang utk berkarya. Jika dapa tdiselesaikan, itu sudah dikira satu pencapaian. Bagus atau tidak, diterima atau tidak, best seller atau tidak...pdku itu  bukan nombor satu lagi. Janji kerja selesai. Namun begitu, aku gerun memikirkan bila tiba waktu adik aku  akan membaca karyaku nanti. Kalau dia gelak terguling2, aku belasah saja dia nanti. Ini  aku warning kat adik aku siap2..hihihi......

Satu penghormatan buat penulis2 semua. Yg sudah terkenal, sememangnya aku kagumi. Yg sdg berusaha....chayook3....Alang2 penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

5 comments:

  1. Err, saya tak perasan apa yg tak kena dlm bab 25 tu. Mgkn sebab dh lama cite tu xkuar kt P2U, tak boleh nk ingat 100% jalan cerita bab sebelumnya. hehe. Tapi harap2 dapat baca cerita tu sampai abis, x kisah la dlm blog ke.. dlm versi cetak ke.. Saya mmg follow dua-dua novel akak.

    Btw, selamat hari raya Aidilfitri kak.. Maaf kalau saya ada terkasar bahasa dlm mana2 komen terdahulu..

    ReplyDelete
  2. TQ,TQ !xora...kerna sudi baca, juga sbb sudi komen. Akak suka ada org beri komen...itu maknanya org menghayati karya kita.Kasarke,haluske..tak apa...kerna komen2 inilah yg menaikkan semangat org baru mcm akak ni utk lebih berusaha buat yg terbaik.

    Eeh, tak perasanke ayat2 yg tak kena tuu. Uuuiih, hebat akak ye...hihihi.

    Sekarang akak tengah mulakan karya yg ketiga, bru sampai bab3..dlm kepala senang2 mereka cite..tapi bila nak susun dlm bentuk susunan ayat2...alahaiii, lembaaab sekali...Saja suka2 nak kongsi cite dg !xora..TQ sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Ehehehe sy curi2 baca kt opis masa tu kak.. agaknya sbb tu x pasan ayat apa yg x kena. janji sy paham jalan cerita yg cuba disampaikan, yg lain tu sy pejam mata je la.. hihihi

    Wah, dh masuk karya ke3 ye? Yg watak nama Mimi tu ke? Semoga akak sentiasa dilimpahi idea.amiinn. Oh, ya nnt kalau PTRNTD dh kuar, jgn lupa inform tau kak ;)

    ReplyDelete
  4. Akak sy jg suka sgt2 cite akak sn & ms, ptrntd pun beta suka. Cpt2 sambung eh kak. Chayooooo ! Always waiting. Ufufu

    ReplyDelete
  5. sory lama tak buka blog ni..banyak korje...nanti akan cuba masukkan bab seterusnya..TQ, TQ semua.

    ReplyDelete