Thursday 22 August 2013

Perlu melihat dg mata dan mata hati


Pernah dengar tak kata2...Jika tak dpt membantu seratus orang, cubalah bantu walau pun seorang.

Satu hari di bulan Ramadan. Sedang sedap2 mengadap more selepas Magrib sambil mendengar berita...hati tersentap. Teringat semasa berkarya 'Pinggan tak retak, nasi tak dingin'....sengaja mereka2 karekter Yusri dan adik2nya Sara dan Suri. Rekaanku semata2...tiada kena mengena dg sesiapa yg hidup atau pun yg mati.

Tup,tup tersiar di depan mata kisah seorang remaja, Muhammad Zulhairie Zainuddin yg terpaksa berhenti sekolah kerana terpaksa menjaga adik2nya. Remaja ini terpaksa berkerja di gerai burger utk mencari rezeki mereka tiga beradik. Emak dan ayah berturutan dijemput Ilahi. Kesiannya....makanan terasa kesat nak ditelan walau pun perut minta diisikan.

Masa berkarya hari tuu, berasa sukar sekali nak kembangkan cerita. Tak logik juga rasanya. Logikke jika tiada saudara mara, jiran tetangga..lebih2 lagi tok penghulu dan wakil rakyat  tak ambil tahu. Namun malas nak peningkan kepala, just merapulah apa yg patut...Asalkan novel boleh selesai dg segera sbb dah pening kepala. Alih2 ada kisah benar rupanya yg serupa. Yg lain sikit, cuma Yusri dlm cite PTRNTD kerja kat kedai dobi.

Sepatutnya pihak yg berkenaan, yg diamanahkan dg tugas jaga  anak buah dan rakyat segera ambil tahu dan membantu anak2 ini. Apa2 pun dari berkokok tak mendatangkan hasil, marilah kita semua sama2 segera menghulurkan bantuan ikut kemampuan.... sebab perut manusia lazimnya tiap2 hari akan merasa lapar, minta diisi. Jgnlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Hulurkan bantuan melalui.....MUHAMMAD ZULHAIRIE ZAINUDDIN
                                           NOMBOR AKAUN BSN
                                            03001-41-0000-9343-1
Nasib baik ada TV3...so, sepatutnya kita berterima kasih pd TV3. TV3 banyak menyampaikan berita2 yg perlu diambil berat. Jika ada rasa was2 dan utk elakkan dari penipuan, hubungilah TV3 utk pengesahan. Semoga adik Muhammad Zulhairie akan mendapat pembelaan dlm kadar segera. Dpt rezeki sambung belajar dan semoga berjaya mengubah nasib diri dan adik2.

Begitulah luahan hati...tapi nak berkarya tak ada idea. Idea tak jalan, baik ikut suami gi jalan2. Jalan2 suami pun sbb ada urusan. Mmmmmm..bil rumah, bil kereta dan semua macam bil2 kena jelaskan. Tapi...itulah, kepala ini susah nak duduk diam2. Ada je yg nak difikirkan.

Toleh kiri, toleh kanan jalan....mata tak reti2 nak pejam, mulalah fikirkan macam diri org dari kementerian. Sepanjang jalan, dari pekan kecik, pekan sederahana sampai ke bandar besar...terasa sdg berada di negara China, ikut ajen pelancungan...mmm, berangan. Kedai kita, [elok tiru kata2 seniman agung P.Ramle]...satu, KADANG-KADANG. Dua, JARANG-JARANG....Banyak?...tak mandang[maksudnya tak nampak lansung].

Sepanjang jln dihias iklan dan kain rentang. Jemputan membeli belah sakan..konon kilang nak dikosongkan. Haak!...bukan baru ni, sejak sebelum Ramadan, juga sebelum2 Ramadan lagi. Siapa yg menjemput kita datang? Siapa yg ramai pergi membeli?..EEEeeeeeehhhh...getik teman nengok.

Ada promosi jualan pra Ramadan. Jualan bulan Ramadan. Jualan sambut hari raya... almaklumlah, lagiii sakan. Faham bebenor puak2 tu keperluan kite erk? Kaum kerabat kita  saja yg tak sedar diri dan tak faham2.Orh lain berebut himpun kekayaan..pas tu nak merasa tampuk pemerintahan. Kini bangga sbb ekonomi mereka yg punya!

Yg geli hati ada pulak promosi jualan tilam sempena hari raya. Jika perabut tu dah biasalah. Mak Aaaai..ingat kueh dan baju raya aje ada promosi. Rupa2nya tilam raya pun ada! Yg heran tu ade je pun org kita gi beli. Kemaruk bebenor nak shopping sakan.

Kita ada pilihan!...Mengapa tak buat pilihan?. Haa, nak gi beli kain baju..kan ada kedai kain 1M, Riamoda, Maidin dan peniaga2 org Kemboja pun ada. Keperluan harian  gi cari di kedai runcit 1M ada. Maidin dan pasar hari dan pasar malam pun ada. Makan kek dan kueh mueh hanya yg dibuat org Islam saja yg sah2 bersih lagi halal. So, apa lagi?..aaaaa, jg lupa...pakai minyak Petronas setiap masa.

Cite pasal hari raya teringat makanan kegemaran ramai, itulaah ayam. Ini ada cite best. Sapa yg terasa, mesti telan air liur dan urut tengkuk punya. Semalam sapa tengok rancangan 999? Ada pembekal ayam ke pasar raya mana2 entah... halal kononnya, diperiksa dg mengejut oleh pihak yg berkuasa. Bisnes tauke tersangat bagus...dua kali ganda di bulan Ramadan dan time hari raya nak tiba... sbb itu tauke tersebut  terpaksa ambil ramai pekerja pendatang asing...dari tukang sembelih sampai yang angkut ayam naik lori.

Sama ada sbb terlalu banyak ayam yg nak disembelih atau pun kerna ilmu ugama paras2 hidung..pekerja2 yg sembahyangnya tak sempat nak disoalsiasat....ayam2 banyak yg tak disembelih dg sempurna. Kita dpt lihat di kaca tv nasib si ayam2 yg masih tergedik2 dibenam ke dlm air panas.

Maka dinyatakan ayam mati sbb lemas. hikhikhik...kalau tak lemas pun, kalau dah berendam dlm air panas tu, agak2laaahhh. Maka ramailah org kita yg makan ayam lemas tu baru2 niii.......

Aiyaaaa, manyak2 solli aah, sgt manyak orter, mana mau ata time mau kasi peliksa maaa.....sutah makan, apa kisah...next time mali bili lagi....gelenti halal maaa....



3 comments:

  1. Salam kak. Tu laa saya pn ada tgk 999 tu.. serius, tekak rasa nk loya bila tgk cara sembelihan ayam tu. Tipu la kalau saya kata saya tak makan ayam.. tapi harap2nya ayam yg saya makan tu disembelih dgn sempurna hendaknya.

    ReplyDelete
  2. TQ !xora kerna sudi komen. Ini pesanan dari akak...harap2 lpas nii, pastikan kita beli ayam dari org Islam. Tiada jaminan puak lain nak kisah bab2 sebelih dg betul ni. So, kita yg perlu jaga sendiri.

    ReplyDelete
  3. kalau beli ayam kt pasar tu, mmg akan beli dgn org Islam. cuma terfikir, kalau pegi makan kt kedai tu.. dari mana diorang beli ayam tu..

    ReplyDelete