Sunday, 22 September 2013
Tak minat hero import.
Tengah frust. nak sambung tulis cite si nepal dan mek siam, tapi idea tak datang. Rasa suram dan kelam. Sudahnya duduklah mengadap tv sambil makan koci. Tekan sana, tekan sini..terjumpa rancangan 'Awal lagi ' ...artis jemputan pulak, WAH !..hero ori dari Malaysia. Siapa lagi, Rosyam Nor dan Remy Ishak.Maka mood jadi ok kembali, mulalah senyum sampai telinga. Saya suka 2x.
Rosyam Nor tak payah cakap. Dia sememangnya dah pegang tittle hero Malaya. Remy Ishak pula 2nd.hero Malaya in making. Teringin nak tengok dua hero ini disatukan dalam cite romantik yg gila2. Cite sedih2 tak suka...sbb nak tengok sambil relak2, tenang dan santai.
Setiap kali nama Remy Ishak disebut, aku slalu geli hati sbb adik aku tak minat remy, malah di beri gelaran pula.. si nepal. Sbbnya di tempat kami ramai pekerja nepal yg sememangnya rupa seakan2 org melayu. Dan gelaran itu lekat jadi tajuk karya si nepal dan mek siam. Setiap kali merapu dlm cite si nepal, aku slalu terberangan satu hari nnti cite si nepal dan mek siam ni akan diadaptasikan jadi drama...dan tentunya teringin nak tengok remy jadi hero cite ni. Angan2 mat jenin sajalah!
Tall, dark and handsome. itulah hero impian dlm setiap novel. Bagi aku tak handsome sgt pun tak apa, asal slim. Sakit matalah bila tengok bapak org yg berisi jadi hero. Sebut nama kang, ada yg bising pulak nnti. Ialah cite pasal orang bujang, hero kenalah yg slim macam anak muda... kalau cite hero duda, tak kisahlah...
Sekarang bila tengok drama tak ada muka hero lain. Org luar saja. Asyik2 muka tu saja. Hati slalu terdetik macam dah tak ada pelakon tempatan. Aku rasa heran kenapa ramai yg suka sgt dg hero pendatang. Macam hero Malaysia tak cukub bagus. Pd ku made in Malaysia always terbaik. kalau kita tak angkat sapa nak angkat...kankankan...
Rupanya perasaan aku ini tak sendirian. Alkisahnya, adik aku pun tersuka dg Remy Ishak juga akhirnya sbb dah muak tengok org luar jadi hero drama di tv Malaysia. Selain Rosyam Nor dan Remy Ishak kita ada Fahrin Ahmad, Nazhim,Fizz Fairuz, Muiz Muin, Syamsul, Saheizy sam, Johan Ashaari, dan beberapa nama lagi yg aku tak ingat. Tak ingat pun sbb malas nak tengok asyik2 muka hero luar yg muncul.
Eh..semangat pulak tiba2. Gara2 si Nepal..si Remy Ishaklah ni. Oklah nak sambung mencari ilham..nak sudahkan cite si Nepal dan mek Siam. harap2 dpt di selesaikan secepat mungkin. Harap2 impian mat jenin menjadi kenyataan. Salam dan TK utk semua yg sudi menjenguk di muka ini ..babai....
Friday, 23 August 2013
Maaf atas kesilapan cite SN dan MS bab 25
Baru mula sambung berkarya... tak puas hati, kerja setengah jalan. Biar pun cite ni tak dapat sambutan. Aku hendak juga cite siNepal dan Mek Siam diselesaikan. Dari duduk sampailah menirap aku cari idea. Sikit2, satu2 ayat berjaya dihasilkan. Rasa2 tak sedap, diedit tapi sayang nak buang. Savelah konon. Akhirnya bila bab 25 selesai dihantar, segala yg disimpan2 terikut sekali....Alahai malunya. Cemerkap!
Sorry banyak2. Buat2ler tak nampak.
Setiap kali teringat cite SN dan MS, aku selalu tringat cite di sebalik tabir. Mula2 baca novel pun sbb adik aku. Dia ni boleh dikatakan hantu novel.... tersangat rajin baca novel. Namun slalu membebel dan mengomen tangkap maut punya komen. Ada kala berapi2 dan berasap2 adik aku mengutuk sbb terbeli novel yg rasa2nya nak dibalingnya ke dinding. Aku pun cuba utk memahami dilema adik aku sorang nii.
Novel2 adik aku ada satu almari dan berkotak2. Bila diminta satu novel yg best, aku disuruh baca novel adam dan hawa, terus sangkut.. Selepas membaca hampir semua novel yg terpandang dek mata, baru aku sedar kenapa adik aku selalu berasap. Mulalah era sama2 tukar menukar komen.... bila adik ku mengomen, aku tumpang sesudu, semangkuk hingga sekaki. Cikgu ni cakap, semuanya betul3.
Aku ni jenis bila mula kan sesuatu, mesti lakukan sampai selesai. Bayangkanlah bila adik aku baling novel ke dinding, aku dg susah payah, antara senyum dlm tangisan terpaksa gagahkan jugak untuk baca sampai muka surat terakhir.Bayangkanlah betapa terseksanya jiwaku. Rasa tobat tak nak baca novel dah.
Namun bila adik aku jerit....'Kak! dapat novel best!....'aku sangkut balik membaca novel.
Namun lepas tu, sejarah berulang kembali. Sakit telinga dan geli hati pun ada mendengar komen2 dari adik aku ni. Mulalah cikgu ni memberi sbb dan musabab kenapa dia komen2 ni.
Dari ayat pemeri, ayat dialog dan macam2 lagi ilmu mengarang diterangkan pdku..beria2 aku diberi penjelasan. Almaklumlah adik aku nii seorang cikgu. Cikgu BM lagi. Akhirnya aku mencadangkan eloklah dia yg mengarang. Pd ku cikgu BM sudah tentu akan lebih mahir berkarya.
Aku mencabar adik supaya dia lebih berusaha dan buktikan kemampuan. Tapi aku pulak dicabarnya sbb tumpang sama jadi tukang komen. Beberapa bulan berlalu, bila berjumpa saja, masing2 akan bertanya....":Dah mula?..." Hahaha....sama2 geleng kepala. Lawak betul.
Lawak sbb pandai kutuk. Buat tak pandai.
Sejak itu baru tahu....betapa susahnya untuk mula berkarya. Mudahnya nak jadi tukang komen. Kecualilah org2 yg sememangnya Allah kurniakan bakat semula jadi. Berkarya bagi mereka ini, senang macam makan kacang.
Ditakdirkan aku yg sdg bosan berjaya menyiapkan satu bab cite tak bertajuk. Namun sbb mcm teruja dpt siapkan satu bab, maka cuba2 dihantar juga ke P2u. Bila tersiar diP2u...ada pembaca pulak tu..suka tak terkira, walau pun cuma ada seorang saja pembaca. Itulah org pertama yg membaca karyaku..tima kasih banyak2 pd mu.
Adik aku jadi tukang sorak. Bila tanya hasil dirinya dia ketawa besar. Belum cite dah ketawa. Adik aku ni memang kuat ketawa. Aku enjoi bila dpt ketawa sama2 dg adik sorang nii. Terasa sama2 tiga suku
Mengarang sambil meniarap atas tilam dg bantal gebu, tau2 ghaib. Cuba2 lagi, terlena lagi. Sebenornya adik aku tu penat mengajar. Kalau ada anak murid nak dimarahnya, teranglah mata. Akhirnya adik aku ni taubat tak nak buat novel. Baca novel pun dah kurang sbb susah dpt yg dia suka. Sekarang dia sdg dg hobi barunya. Buat blog.
Dari sini aku dpt pengajaran... bukan senang utk berkarya. Jika dapa tdiselesaikan, itu sudah dikira satu pencapaian. Bagus atau tidak, diterima atau tidak, best seller atau tidak...pdku itu bukan nombor satu lagi. Janji kerja selesai. Namun begitu, aku gerun memikirkan bila tiba waktu adik aku akan membaca karyaku nanti. Kalau dia gelak terguling2, aku belasah saja dia nanti. Ini aku warning kat adik aku siap2..hihihi......
Satu penghormatan buat penulis2 semua. Yg sudah terkenal, sememangnya aku kagumi. Yg sdg berusaha....chayook3....Alang2 penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Thursday, 22 August 2013
Perlu melihat dg mata dan mata hati
Pernah dengar tak kata2...Jika tak dpt membantu seratus orang, cubalah bantu walau pun seorang.
Satu hari di bulan Ramadan. Sedang sedap2 mengadap more selepas Magrib sambil mendengar berita...hati tersentap. Teringat semasa berkarya 'Pinggan tak retak, nasi tak dingin'....sengaja mereka2 karekter Yusri dan adik2nya Sara dan Suri. Rekaanku semata2...tiada kena mengena dg sesiapa yg hidup atau pun yg mati.
Tup,tup tersiar di depan mata kisah seorang remaja, Muhammad Zulhairie Zainuddin yg terpaksa berhenti sekolah kerana terpaksa menjaga adik2nya. Remaja ini terpaksa berkerja di gerai burger utk mencari rezeki mereka tiga beradik. Emak dan ayah berturutan dijemput Ilahi. Kesiannya....makanan terasa kesat nak ditelan walau pun perut minta diisikan.
Masa berkarya hari tuu, berasa sukar sekali nak kembangkan cerita. Tak logik juga rasanya. Logikke jika tiada saudara mara, jiran tetangga..lebih2 lagi tok penghulu dan wakil rakyat tak ambil tahu. Namun malas nak peningkan kepala, just merapulah apa yg patut...Asalkan novel boleh selesai dg segera sbb dah pening kepala. Alih2 ada kisah benar rupanya yg serupa. Yg lain sikit, cuma Yusri dlm cite PTRNTD kerja kat kedai dobi.
Sepatutnya pihak yg berkenaan, yg diamanahkan dg tugas jaga anak buah dan rakyat segera ambil tahu dan membantu anak2 ini. Apa2 pun dari berkokok tak mendatangkan hasil, marilah kita semua sama2 segera menghulurkan bantuan ikut kemampuan.... sebab perut manusia lazimnya tiap2 hari akan merasa lapar, minta diisi. Jgnlah kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Hulurkan bantuan melalui.....MUHAMMAD ZULHAIRIE ZAINUDDIN
NOMBOR AKAUN BSN
03001-41-0000-9343-1
Nasib baik ada TV3...so, sepatutnya kita berterima kasih pd TV3. TV3 banyak menyampaikan berita2 yg perlu diambil berat. Jika ada rasa was2 dan utk elakkan dari penipuan, hubungilah TV3 utk pengesahan. Semoga adik Muhammad Zulhairie akan mendapat pembelaan dlm kadar segera. Dpt rezeki sambung belajar dan semoga berjaya mengubah nasib diri dan adik2.
Begitulah luahan hati...tapi nak berkarya tak ada idea. Idea tak jalan, baik ikut suami gi jalan2. Jalan2 suami pun sbb ada urusan. Mmmmmm..bil rumah, bil kereta dan semua macam bil2 kena jelaskan. Tapi...itulah, kepala ini susah nak duduk diam2. Ada je yg nak difikirkan.
Toleh kiri, toleh kanan jalan....mata tak reti2 nak pejam, mulalah fikirkan macam diri org dari kementerian. Sepanjang jalan, dari pekan kecik, pekan sederahana sampai ke bandar besar...terasa sdg berada di negara China, ikut ajen pelancungan...mmm, berangan. Kedai kita, [elok tiru kata2 seniman agung P.Ramle]...satu, KADANG-KADANG. Dua, JARANG-JARANG....Banyak?...tak mandang[maksudnya tak nampak lansung].
Sepanjang jln dihias iklan dan kain rentang. Jemputan membeli belah sakan..konon kilang nak dikosongkan. Haak!...bukan baru ni, sejak sebelum Ramadan, juga sebelum2 Ramadan lagi. Siapa yg menjemput kita datang? Siapa yg ramai pergi membeli?..EEEeeeeeehhhh...getik teman nengok.
Ada promosi jualan pra Ramadan. Jualan bulan Ramadan. Jualan sambut hari raya... almaklumlah, lagiii sakan. Faham bebenor puak2 tu keperluan kite erk? Kaum kerabat kita saja yg tak sedar diri dan tak faham2.Orh lain berebut himpun kekayaan..pas tu nak merasa tampuk pemerintahan. Kini bangga sbb ekonomi mereka yg punya!
Yg geli hati ada pulak promosi jualan tilam sempena hari raya. Jika perabut tu dah biasalah. Mak Aaaai..ingat kueh dan baju raya aje ada promosi. Rupa2nya tilam raya pun ada! Yg heran tu ade je pun org kita gi beli. Kemaruk bebenor nak shopping sakan.
Kita ada pilihan!...Mengapa tak buat pilihan?. Haa, nak gi beli kain baju..kan ada kedai kain 1M, Riamoda, Maidin dan peniaga2 org Kemboja pun ada. Keperluan harian gi cari di kedai runcit 1M ada. Maidin dan pasar hari dan pasar malam pun ada. Makan kek dan kueh mueh hanya yg dibuat org Islam saja yg sah2 bersih lagi halal. So, apa lagi?..aaaaa, jg lupa...pakai minyak Petronas setiap masa.
Cite pasal hari raya teringat makanan kegemaran ramai, itulaah ayam. Ini ada cite best. Sapa yg terasa, mesti telan air liur dan urut tengkuk punya. Semalam sapa tengok rancangan 999? Ada pembekal ayam ke pasar raya mana2 entah... halal kononnya, diperiksa dg mengejut oleh pihak yg berkuasa. Bisnes tauke tersangat bagus...dua kali ganda di bulan Ramadan dan time hari raya nak tiba... sbb itu tauke tersebut terpaksa ambil ramai pekerja pendatang asing...dari tukang sembelih sampai yang angkut ayam naik lori.
Sama ada sbb terlalu banyak ayam yg nak disembelih atau pun kerna ilmu ugama paras2 hidung..pekerja2 yg sembahyangnya tak sempat nak disoalsiasat....ayam2 banyak yg tak disembelih dg sempurna. Kita dpt lihat di kaca tv nasib si ayam2 yg masih tergedik2 dibenam ke dlm air panas.
Maka dinyatakan ayam mati sbb lemas. hikhikhik...kalau tak lemas pun, kalau dah berendam dlm air panas tu, agak2laaahhh. Maka ramailah org kita yg makan ayam lemas tu baru2 niii.......
Aiyaaaa, manyak2 solli aah, sgt manyak orter, mana mau ata time mau kasi peliksa maaa.....sutah makan, apa kisah...next time mali bili lagi....gelenti halal maaa....
Waspada dan beringat..peringatan buat diri.
Assalamualaikum...pd semua kawan2 yg sudi menjengah di ruangan mike ini.
Dah sebulan Ramadan berlalu dan kini di bulan Syawal kita di beri rezeki utk hidup lagi olehNYA. Entah ada kesempatan lagikah utk kita bertemu Ramadan tahun hadapan?..Wallahualam. Sudah berjayakah kita merebut sebanyak2 ganjaran yg dijanjikanNYA pd sebulan Ramadan ini?..Jika berjaya..Alhamdulillah.
Jika ingin lagi ganjaranNYA..puasa 6dlm bln Syawal masih ada masa utk merebutnya....Berusahalah merebut dividen2 akhirat ini. Itulah kebesaran Allah yg Maha Pengasih utk hamba2NYA...buat bekalan utk dibawa ke alam akhirat sana....Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Siapa rajin dia yg dapat. Siapa yg rugi, umpama balik kampung sehelai sepinggang...bawa beg yg kosong. Lebih malang jika baju di badan berlubang2, pas tu bukan boleh nak minta pulang. Pulang apa lagi, jika pakaian di badan kita adalah kain kapan!
Aaaa...Rindunye nak meluahkan perasaan di ruangan ini. Meluah perasaan saja..bukan tunjuk perasaan!...Peristiwa2 sedih di negara2 Islam patut dijadikan tauladan. Dua pihak bertempuran, ada pihak ketiga kaut keuntungan!...Jika musibah ini terjadi di negara kita Malaysia yg berdaulat, tanah airku yg tercinta, sahih kita sekarang ini tidak mungkin dapat tidur lena, pasti hidup dlm ketakutan dan kesusahan.
Sedih dan khuatir memenuhi diri. Hidup kita semua tak macam suasana dulu lagi. Dulu perpaduan kaum membuat hidup selesa sekali. Sekarang ada kaum yg nak jatuhkan pribumi. Bagi peha nak betis,dapat betis naik kepala, akhirnya kepala kita dipijak2 sesuka hati. Hak kita nak dihakis...risau juga utk generasi anak2 kita yg masih kecil.
Nak suruh berwaspada sukar sekali sbb ada gunting dlm lipatan...itulah jenis manusia perangai seperti si kitol yg menjual diri. Biar negara tergadai, ugama dan bangsa dijual....ada sikitol kisah?...Asal perut buncit sendiri, biar Melayu lain mati semua sekali...sikitol tak ambil peduli. Adakah sikitol saudara si munafik di zaman Rasulullah S.A.W nabi kita?...
Aaaah, emosionalnya diri. Bukan apa, teringat kaum yg sgt pandai dan licik sekali ambil kesempatan. Jom kita kongsi cerita kecil tapi maknanya besar sekali...................
Seorang pak cik separuh umur mencari rezeki mengambil surat khabar dari pekan utk diedar dan dijual di kawasa sendiri. Semakin hari permintaan semakin tinggi. Diangkut penuh satu motor depan dan belakang sbb tiada kereta , apa lagi lori. Memang bukan senang nak mula perniagaan. Nak jaga pelanggan satu kes lagi. Sebelum Subuh, hujanke ributke, sihatke, demamke...pagi2 pelanggan nak membeli suratkhabar awal2 dah menanti.
Tiba2 timbullah pembantu yg tak dijemput, tak diundang. Sifat pak cik seperti semua kaumku, faham2 sjalah....lemah lembut, mudah percaya dan bertolak ansur. Pembantu tak diundang tak minta apa-apa bayaran, konon sbb kesian, sekadar hulurkan bantuan. Bila hujan sanggup tolong bawakan dg kereta sebagai pemandu, asal tunjukkan jalan.
Bila demam... pak cik disaran rehar2 saja di rumah. Segala kerja dan urusan jualan, pembantu tak diundang akan bereskan...sbb dah tahu jalan. Nanti keuntungan akan dihantar pulang. Diam2 saja duduk di rumah, tiidur dan makan sbb dah tua. Siapa yg tak sayang kawan yg baik begitu, tak minta balasan.
Semakin lama kawasan semakin meluas. Perniagaan semakin berkembang, untung beruncang2. Malangnya manusia tak semakin muda. Pak cik tak ada keturunan. Hanya pembantu yg tak diundang yg ambil peluang. Kini segala yg dimulakan, org lain yg dapat keuntungan..Kini si apek goyang kaki sbb dpt apa yg dihajati. Kawan2 pak cik tak diberi peluang lagi...apek nak kerja sendiri. Anak cucu diangkut pindah ke sini sekali.
Kini nak beli paper[surat khabar] hati merungut tak renti...sbb setiap sen memjadi longgokkan kekayaan keluarganya sendiri. Bila ada isu, paper yg dihajati tak akan dijual sama sekali. Boikot maaa. Kekayaan diguna utk bantu kempen menangkan parti bangsa sendiri. Kerajaan yg disanjung pak cik dikutuk sesuka hati. Biar parti kaumnya yg naik tinggi....Bila kaum ini dpt kerajaan, apa agaknya akan terjadi?.
Luu fikir2lah sendiri....pasti semua dah pernah dengar tagline ini.
Wednesday, 19 June 2013
Sunday, 16 June 2013
CERITA NENEK
Mimi Azlin termenung. Termenung sambil merenung emaknya Puan
Fatimah. Mimi Lin tiada masalah. Emak yang kelihatan bermasaalah. Puan Fatimah
sedang bertongkat dagu diserambi rumah. Sedari tadi tidak berubah. Mimi Lin
tahu.. dia juga seperti tadi, diserambi tidak berubah.
Secawan teh O yang dihidangkan
di atas meja di hadapan emak tidak berusik. Sudah beberapa hari emak begitu.
Setahu Mimi Lin tiada apa-apa masaalah dalam keluarga mereka.
Semua anak-anak sudah
bekerja. Pekerjaan yang
bagus-bagus belaka. Semua
anak-anak lepasan universiti,
dalam dan luar
negara. Bukan sukar untuk
berjaya di negara kita...janji
mahu berusaha. Jika
rajin kejayaan berganda.
Dari tadika ke menara
gading, emak ayah tak susah.
Semua anak-anak dapat
biasiswa. PTPTN ada, JPA
ada, termasuk MARA.
Emak masih seperti
tadi. Bukan sebab
ada masaalah kerja.
Mimi Lin pasti, sebab
emak sudah
di usia senja. Dulu emak
berkerja
sebagai guru. Sekarang
sudah bersara. Masaalah
keewangan, jauh sekali.
Pencen yang diterima
hanya diusik sedikit
saja.
Begitulah setiap
bulan. Mimi Lin yang
tanggung semua. Banyak
manalah sangat yang
diperlukan orang-orang tua. Ada
duit saku dari anak-anak yang
duduk berasingan menyua.
Bukan semua, tapi
yang dapat pun tidak
diguna.
“Kenapa mak?..” Mimi
Lin bertanya.
“HAaaiii.....” emak mengeluh
saja.
“Mak sakitke?...”
Mimi Lin bertanya lagi.
Emak
menggelengkan kepala.
“Mak ada masaalahke?..” Mimi Lin tak puas
hati.
Emak merenung jauh
ke hadapan sambil mengangguk
perlahan.
“Cakaplah mak, mungkin
anak-anak boleh bantu...”
“HAaaaiiii...mak
tak pasti siapa yang
boleh bantu dalam
hal ini...” emak mengeluh.
Terangkat kening Mimi Lin.
‘Bunyi macam masaalah
besar....emak,emak..macam
fikir masaalah negara
pulak..’ hati Mimi Lin
berbicara.
“Masaalah kaum nenek
kamulah..haaaiii...” Jawapan emak disudahi
dengan keluhan lagi.
Jika dikumpulkan semua
keluhan emak beberapa
hari ini, tentu
sudah berkati-kati.
“Dulu nenek kamu datang
ke sini naik tongkang.......” Emak
mula bercerita. Mimi Lin
sudah faham. Ini
bukan kali kedua
atau ketiga. Benarlah...ini masaalah
negara. Pada siapa
mereka hendak bertanya?.
‘Aaaaiisshhh...sudah...’ Mimi Lin mengeluh
di dalam hati. Sudah
penat telinganya mendengar cerita
lama berkali-kali. Semenjak kecil , masa nenek
masih hidup lagi.
Emak pula yang menyambungnya
kini.
“Nenek dengan
abangnya berjaya menyelamatkan
diri. Masa tu
berlaku perang saudara
di negara sendiri....” Emak menyambung
cerita.
Jika dihitung
berapa tahun nenek
telah disemadi, dicampur
dengan usia nenek ketika dijemput
Ilahi...sudah hampir seratus
tahun masa berlalu
pergi. Namun cerita
ini tidak pernah
basi. Emak mewajibkan
anak cucu sedar
diri. Emak kata,
seharusnya cerita nenek
ini diwarisi. Elok
juga dijadikan cerita wajib
untuk diturunkan ke
semua generasi.
“ Mak....”
Emak buat tidak
peduli. Cerita disambung
lagi.
“Nenek dan abangnya
terpaksa melangkah mayat- mayat
yang bergelimpangan mati. Adakala
terpijak tangan mayat, adakala
kaki. Sambil menangis
sambil berlari. Dalam
kesedihan terpaksa juga
pergi...tinggalkan emak ayah
yang dibunuh dengan
ngeri. Bukan saja
mereka, ramai lagi.... Yang
hidup, masing-masing bertempiaran dalam
ketakutan ke sana ke mari,
masing-masing hendak menyelamatkan
diri. Siapa tunggu pasti akan mati....”
Bila emak bercerita,
kisah bertambah satu
episode lagi. Masakan
beradap jika dia melangkah
pergi. Mereka adik
beradik sudah dididik
bersopan santun, berbudi
pekerti ...itulah adat bangsa
Melayu yang diterap sejak
hingusan lagi.
“Nenek dua beradik
berjaya naik tongkang,
lega nasib menyebelahi.
Mereka dan empunya
tongkang saling mengenali.
Tekong dan orang tua
mereka pernah berjumpa
beberapa kali. Tekong
sudi menolong
sebab pernah termakan
budi...tambah kesian mendengar
kedua orang tua
mereka sudah tiada
lagi....”
Emak diam seketika.
“Kamu tengok apa
yang berlaku hari ini....Kenapalah kaum nenek tidak
lagi tahu mengenang
budi....haaaiii...”
Emak memikirkan kaum
yang sama dengan
kaum ibunya yang telah pergi.
Kaum yang datang
bertongkang ke bumi ini
bersama ibunya, ramai
sekali. Masing-masing meninggalkan
generasi . Mereka juga
kaumnya...separuh dirinya adalah
sama darah sebangsa kaum ibu
sendiri.
‘Emak rasis ?....Rasiskah jika
mengatakan kebenaran tentang
kaum sendiri?...’ soalan
berlegar di kepala
Mimi Lin.
“Emak
bimbang...generasi kaum nenek
sudah lupa asal
usul mereka...mereka tak
rasai kesusahan akibat
peperangan... sekarang senang-senang buat
kekacauan...”
Emak memerlukan
kawan untuk luahkan
perasaan..
Mimi Lin duduk kembali.
Dia tidak mahu
dikatakan anak yang tak
kenang budi, tak
beradap lagi. Benarlah kata
emak. ... kalau ditegur
kaum nenek sebagai
tak kenang budi, mesti
ada yang sakit
hati. Mungkin saja ada
orang yang akan
berdendam sampai mati.
“Nenek kamu cerita,
tidak terkira banyaknya
tongkang membawa kaumnya
mengharung lautan. Penuh
sesak tongkang
dengan manusia dan
bekalan. Mujurlah tongkang
mereka naiki tidak
tenggelam. Tiada siapa yang
tahu berapa lama
dan jauhnya perjalanan.
Yang penting, mereka
melarikan diri, meninggalkan
negara kerana peperangan....”emak menyambung
cerita.
Di bumi ini semua
kaum hidup aman.
Semua kaum hanya
mendengar kaum-kaum tempat
lain hidup
dalam penderitaan akibat
peperangan. Adakah kaum-kaum
di tanah air ini
teringin merasa hidup
dalam peperangan?...Mimi Lin berjeda
sendirian.
“....Beberapa
bulan sesat barat
barulah jumpa daratan.
Ada tongkang yang
mendarat. Banyak lagi
yang teruskan perjalanan.
Semua dalam tongkang
berserah nasib, ikut
saja tekong yang
membuat keputusan. ..”
“Takdir
Allah..tongkang yang dinaiki
dipukul ribut. Tongkang
terbalik berhampiran daratan
dalam suasana kelam kabut.
Semua turun berebut-rebut. Nenek
cerita semua bertolak-tolak.. orang-orang tua
dan kanak-kanak siapa
pun tak sudi
nak bantu dan tolong
sambut. .....agaknya kaum nenek
tak ramai yang
berhati lembut...Haaaiii....”
“Maak...” Mimi Lin cuba untuk
berkata-kata...namun tak berjaya.
“ Satu tongkang tidak
tahu mereka terdampar
di mana. Namun pertolongan
sampai tak semena-mena. Satu
kaum yang berkulit
sawo matang , tidak
putih melepak seperti
mereka. Semua mangsa
dibantu sekadar apa
yang ada. Sehingga
kini sama-sama menetap
di bumi yang sama....kemudian barulah kaum
nenek tahu, inilah
Tanah Melayu namanya...”
Emak semakin beriya bercerita.
“Nenek dua beradik
merempat di satu desa.
Kaum nenek dilayan
dengan mesra. Orang
Melayu di sini membantu
tanpa dipinta. Kaum
Melayu ini bukan
orang kaya-kaya tapi
sudi berkongsi rezeki
yang ada...”
Mimi Lin teringat
di desa inilah terjalin
kisah cinta.
“Mak...di sinikan nenek
bertemu lelaki Melayu
yang budiman...nenek dari
Negara China, atuk
dari Kuantan...saling jatuh
cinta ..” Mimi Lin pula berkisah
sakan.
Emak mengangguk perlahan.
Mata mak kelihatan
bergenang...itulah takdir tuhan.
Hidup mati, jodoh
pertemuan semuanya Dia yang
menentukan.
“Waktu tu semua
kaum hidup bersama
dalam aman. Kaum
nenek rajin bekerja,
senang cari makan. Orang
tempatan bertolak ansur.
Tiada rasa cemburu
dan tertekan. Bangsa
Melayu yakin, rezeki
masing-masing disediakan Tuhan. Malah
kaum yang datang
diterima sebagai kawan
dan hidup berjiran..Bukan nenek saja
yang dapat teman...ramai
lagi yang berkahwin
dengan orang tempatan...sehingga kini sudah beberapa
keturunan...”
Kini sudah ada generasi ketiga,
keempat dan kelima.
Ada yang berkulit
putih... sawo matang pun
ada. Berkulit teh
susu pun ada
belaka. Mujur tiada
yang berbelang.
Mimi Lin merenung warna
lengannya.. teh susu
punya. Alahai,
mana boleh nak
salahkan sesiapa. Warna
kulit buat apa
ditanya...hati yang perlu
diambil kira.
Emak menepuk-nepuk
meja. Ada surat
khabar terbentang rupanya.
Ada berita panas
yang dibaca. Itulah
puncanya emak membuka
cerita.
“Sekarang generasi sudah
bertukar orang. Semua
sudah tidak dikenang.
Rasa terhutang budi
sudah hilang..anak-anak muda
kaum nenek kini
semakin garang..Tiada siapa
yang menghalang. Kaum
nenek hilang
pertimbangan selepas hidup
senang. Kini hendak
berjuang, menuntut kesaksamaan.
Malah lebih teruk
lagi ... hendak ambil
alih pemerintahan....Haaaaaaiiiii...mana kaum
atuk tak berang...”
Keluhan emak semakin
panjang.
Telah dijangka
versi emak lagiii
panjang. Sudah tentu
kurang ajar jika
dihalang. Biarlah emak meluahkan perasaan,
asalkan hatinya tenang.
“....Kaum atuk kini
semakin tak tahan.
Berapa lamalah mereka
sanggup nak telan...mak takut,
sampai waktu kaum
datuk akan tertekan.
Bila tidak tertahan, lambat laun.. mereka
pasti akan bangkit melawan..Pantang anak
Melayu dicabar lawan.....”
Mimi Lin
menungkat dagu. Biarlah
emak habiskan cerita, mencurah
perasaan, dia akan
tunggu. Siapa lagi
yang ada, Mimi
Lin anak bongsu.
“.....Haaaiii...mengapalah
kaum nenek sengaja
cari musuh setelah
kaum datuk terima kaum
yang mendatang sebagai
kawan....Haaaaiii...” emak
tidak habis-habis mengeluh,
menggambarkan hatinya yang
rawan...
Manakan tidak. Kaum
atuk, kaumnya. Kaum
nenek juga kaumnya.
Emak sudah mengeluh
berkali-kali. Mimi Lin turut mengeluh
di dalam hati. Kalau
macam ni, mahu saja
mereka di serambi sampai
pagi.
“.... sekarang
kaum nenek dan
kaum datuk sukar
bersatu...tambahan ada ketua
berkepala batu. Busuk
hati macam hantu.
Pengikut pula sama
saja termasuk kutu-kutu......tak akan
berjaya jika satu
kaum saja berlembut,
akhirnya segala usaha
untuk hidup aman
bersama gagal , tidak disambut....”
Mimi Lin mengangguk.
Bukan dia tak tengok.
Sedih hatinya mengingatkan
kaum nenek kini
ramai yang bongok.
Sedikit saja yang berhati
jujur,
lagi ramai yang bengkok.
“...Orang Melayu kata Malaysia
negaraku. Dulu pun
Malaysia dipanggil Tanah
Melayu. Hendak dikatakan
bohong, sejarah telah
termaktub di dalam buku...
kaum nenek tak setuju...”
Betul kata emak. Bukan Mimi Lin saja
ikut-ikut meniru. Mimi Lin sudah tengok,
sendiri pun tahu. Satu
negara baru selesai
PRU. Mengapalah semua
rakyat tidak mahu
bersatu?... Bukankah semua
rakyat telah hidup
aman damai dahulu?..
Dulu kaum nenek hidup
susah, hidup macam
ulat dalam batu.
Merempat.... namun kaum
atuk sudi membantu. Bantu
dari segi wang
ringgit, kaum datuk tak
mampu...tapi sanggup berkongsi
kampung, pekan dan
negara. Sekarang apa
lagi yang kaum
nenek mahu ?
Kini kaum
yang telah banyak menolong
hendak dijadikan seteru.
Jikalau nenek masih
hidup, pasti nenek akan rasa
tak menentu, terharu,
sebu....mengapalah kaumnya kini
sudah tidak tahu
malu. Apa lagi yang kaum
nenek mahu?...
Sudah lupakah mereka semua
akan asal usul
nenek moyang, juga
sejarah lalu. Kisah
penderitaan kaum melarikan
diri dari negara
asal yang terletak
jauh beribu-ribu batu.
Sudah hilangkah perasaan
sedih dan pilu.....
setelah diberi simpati
dan dibantu..
Kini perangai kaum nenek
sudah berubah. Sifat
tamak, pentingkan diri
dan rakus semakin
menyerlah. Selepas PRU,
parti kaum nenek
kalah...tapi tidak mahu
teima keputusan dan
menyerah. Malah memberontak,
merata mereka menyalak.
Salahkah jika kaum
atuk yang telah
banyak berlembut naik
darah?
“ Berhari-hari
kaum nenek menjerit
terlolong mahu ubah. Mengapa
pula senang-senang hendak ubah.
Ini
adalah kedaulatan Negara
Tanah Melayu, bukannya
sarang lebah. Hati-hatilah ! Kaum atuk
berlembut bukannya
lemah. Jika melampau
sangat, kelak semangat
pahlawan pasti bercambah.
Jangan dah terlewat,
baru hendak mengelabah...” Emak
berceramah.
“Sekian lama diberi
menumpang, sampai jadi
rakyat tempatan, bersama
hidup aman dan senang.
Kaum nenek ingat
mereka saja yang
tahu nak menang.
Jika beginilah caranya,
sampai bila pun
hidup tak akan
tenang...” emak merungut panjang.
Kaum nenek rajin
bekerja. Ramai yang jadi
kaya raya. Kaum
atuk terima seadanya.
Sudah berjaya, hendak
merampas kuasa
pula...Mimi Lin mengiyakan
saja rungutan di hatinya.
“ Mak.. kita tak
upaya nak membantu...sekadar boleh
mengundi, pangkah satu...terpaksa lihat
saja kaum nenek
dan kaum atuk bertelagah
macam seteru. Walhal
orang Melayu sudah
lama membantu, tolak
ansur.. ajak bersatu...Kaum nenek
tak mahu. Mereka
hendak lebih dari
itu...”
Emak merenung Mimi Lin,
terharu. Lega anaknya
faham dan
tahu. Sayaaang...kaum nenek merusuh, tak
puas hati ini
dan itu. Kalau
boleh semua mereka
mahu. Jika seluruh kaum atuk mati
sekali pun, adakah
kaum nenek nak
ambil tahu.
Emak terkenangkan anak
cucu. Seperti kuih
yang mengikut bentuk
acu. Peribadi dua
bangsa bercantum satu.
Bersopan-santun,
bertolak-ansur dari darah
atuk, orang Melayu.
Rajin berusaha, kuat
bekerja dari darah
nenek Cina, bersatu.
Kaum kacukan dua
bangsa diterima sebagai
Melayu. Tiada apa
lagi yang kami
mahu...Cuma berdoa agar
semua kaum hidup
bersatu.
Malang bagi orang
Melayu, ada gunting
dalam lipatan...Ada orang
bertuhankan nafsu, berajakan
syaitan. Semua ini
sudah suratan. Kita berdoa
pada tuhan. Setiap
yang berlaku, ada
yang tersirat di
sebalik kejadian.
Kaum atuk kena
beringat. Kaum nenek
pandai mengambil kesempatan.
Mereka bersekongkol
dengan musuh dalam
lipatan, hatta dengan
syaitan... agar tercapai segala
impian. Kaum nenek
nak jadi menteri
besar dan sultan.
Menjadi Agung juga
adalah impian. Semua
cita-cita diam-diam disimpan. Mereka sabar
menunggu impian menjadi
kenyataan.
Mimi Lin dilanda
bimbang lalu menupang
dagu, termenung.
Mimi Lin
terkenang nenek. Wajah
putih melepak dengan
mata sepet.
Mimi Lin dan
emak berpandangan. Yang
indah-indah kini tinggal kenangan.
JANGANLAH
NEGARAKU TERPERANGKAP KE KANCAH
PEPERANGAN.
SATU TEKAD, SATU
TUJUAN, SATU IMPIAN.
MARILAH KITA SEMUA
KAUM HIDUP DALAM
AMAN.
KEAMANAN,
PERPADUAN DIHARAP JADI
KENYATAAN.
Assalamualaikum pd sume kawan2 yg.sudi membaca curahan hati ini...laa ni.baru dapat tarik nafas lega sbb dah hantar sume karya PTRNSD ke meja P2u.Watammat.Gitulah akhirnya.Utk komen2 dr kawan2 yg bertanya....mungkin karya saya sdg dlm penilaian oleh pihak penerbit p2u. Kalau berjaya dibukukan,Alhamdulillah. Sama2lah kita tunggu.
Satu novel,lagi.. sinepal dan mek siam, masih tersangkut. Hati masih tak puas sbb kerja belum selesai. Harap2 menjadi percubaan kali ini. Baru tahu betapa susahnya nak menyudahkan satu novel. Mula2 tu memang dah tobat tak nak berkarya lagi...tapi semenjak dua menjak ni jenuh pulak menungkat dagu bila menunggu mata yg tak nak lena...boring gak tak buat ape-ape. Nak belek anak..anak-anak pulak dah besar, lainle kalau ade baby baru....hihihi... Dalam kepala pandai2 je mereka-reka plot yg lain. Memadan nama hero dan heroin...gandingan yg baru...mmm macam gaya nak cari susah aje nampaknya.
Kaki tengah lengoh... baru je balik pasar malam..pergi borong ikan yg susah hati tulaah...ikan termenung. Ikan untuk kucing dan tuan kucing sekali. Senang membeli belah di pasar malam sbb semua org kita. Kalau gi market memang sakit hati. Bukan boleh membeli di sebarang gerai...alamat buah hati akan tarik tangan.Boleh membeli di kedai org Islam saja.Tak kira bangsa apa janji membeli belah sesama Islam.Kata suami fardu kifayah utk sume org Islam. Setiap sen yg bertukar tangan akan digunakan utk menjalani kehidupan buat setiap keluarga Islam... insan yg wajib menyembah Allah. Kalau ke poket org lain ...mungkin diguna utk membeli colok....mmm, betul gak...so wajib dengar cakap suami....
Pernah hari tu balik kampung...kg. mana lagi, Kg.Sg. Rokam le...Pergile market Gg.Rapat namanya. Udahle pergi agak lewat...ikan dah tak berapa banyak di gerai org kita yg sememangnye tak berapa banyak di sini..ada dua tiga meja aje org kita. Meja org lain ada banyakle tapi haram suami tak izinkan melangkah ke sana...Tapikan bila direnung2 ade je org kita yg pakai kopiah dan yg pakai tudung sesedap rasa membeli di gerai org lain.Yg tak pakai tudung lagile berlambak2. So, bila ekonomi org lain maju dan mantap..sampai kaya raya mengalahkan kaum seugama...geram jugak. Ate salah sape?
Terpaksale mike membelek ikan yg dah tak berapa banyak itu, di meja org kita yg sememangnye tak berapa banyak itu. Mata ikan pun dah ala-ala org pakai kontek lens warna merah. Bila pegang je ikan nak memilih, ikan-ikan itu pun semua dah macam Pandalela sedang membuat penerjunan ketika pertandingan...kepala ke bawah mengikut tarikan grafiti. Sambil memilih mata merenung meja org lain..kenapa eh,ikan depa banyak dan masih segar2 je?...Konfirasi? Double standart? sabotaj?....adeke? Hahaha, macam org politik je. Dlm hati sendiri tertanya2...entah bila nak ada jawapan.
.
Itu cerita sebelum PRU. Lepas PRU 13, isu ini bangkit. Hati terasa seronok. Bangsaku telah tersedar. ramai yg dah celik mata. Buy from Malay or Muslim first...Tapi agak terlambat, namun selagi masih belum kiamat mungkin bangsaku boleh bangun sama bersaing dalam dunia perniagaan. Semoga ekonomi kita setara dg org lain. Bila direnung-renung kuasa membeli rupenye ade di tangan org Melayu.Maknanya hidup mati setiap perniagaan itu bergantung besar dg org Melayu. So, tunggu ape lagi...jom sama2 kita saling bantu membantu menaikkan nama bangsa seugama.
Cuba fikir..eh, sebenarnye kepala sendiri yg tengah berfikir ni.Ini senario biasa. Ada satu kampung atau kawasan perumahan. Ada satu kedai runcit org kita dan ada satu kedai org bukan kita. Apasal kedai kita pelan kurang barang2 dan pelan malap..tak ade ramai pelanggan. Kedai org lain pula semakin penuh barang dan semakin ramai pelanggan..kedai pun di tambah2 sampai tak cukup tanah. Yg heran tu...kawasan tu tempat org kita. Org lain ade dua tiga kerat. Yg lagi heran tu yg dua tiga kerat tu...setengah kerat pun tak hingin nak pijak kedai kita walau pun sebelah kaki. Tu yg buat kepala berasap, tak habis pikior sampai laaaa niii....
Mmm, susah nak pikior hal negara, maka lap top menjadi peneman mencurah rasa.Aaaa, nak kena berkarya juge nampaknye. Okle nak mula menyambung kisah si nepal dan mek siam jugele...
Tuesday, 23 April 2013
assalamualaikum pd semua kekawan. aisayman sampai ada yg tensen dan 'hangin' dg akak rupenye ye...maafle sbb mlm ni baru sempat bukak blog. mike tengah sibuk bebenor sekarang ni...macamle wakil rakyat lak. sampai ada yg perli akak gi kempen..hahaha...cakap depan org pun terkemut2, kempen apenye.
baru balik dari UIA tengok anak dara akak...tu tak masuk lagi, pi jenguk anak dara sorang lagi di Mesir....naik luruh rambut weh...anak tujuh!...korang ada anak tujuh?..ade?..ade?...sapa yg ada akan faham.
Alhamdulillah anak2 ngaji dapat tajaan JPA...sbb tu akak sayaaang sgt.2 dg kerajaan BN kita...kalau harap sendiri yg taja, mau reput tulang...so, hidup BN!!!....akak nak jadi rakyat yg tahu menghargai jasa kerajaan dan tahu berterima kasih sbb kita tak ada duit berkepuk2 mcm kaum lain yg memang dah kaya raya duduk kat bumi Malaysia....sampai boleh hantar anak cucu naik roket belajar sampai ke bulan. kita boleh?..akak tak boleh..tak mampu.
Bila pikior2..apeke heinye....masaalah orang melayu yg mudah lupa semua ni....adeke patut kita ikut org asing yg nak porak perandakan rumah sendiri...lagi parah kalau sampai sanggup ikut membakar rumah sendiri....masih tak sedor2 diri telah jadi alat pd musuh bangsa dan negara.
SEDARLAH WAHAI BANGSAKU.....berilah peluang anak cucu kita hidup aman dan berjaya di tanah air sendiri.....
Haaaaa, lega...dpt lepas perasaan sekejap....tadi tu hangin satu badan sbb tengok bangsaku pasang bendera roket. Hati akak sakit maa... Baru balik berniaga ..hup-hap2..pas tu nak tulis novel lagi....so, mcm menyesal pulak menyusahkan diri ...sape suruh?, org sebelah tanya...huhuhu..tulee..konon2 nak uji bakat terpendam...
sekarang dah hampir selesai, semua dah hantar ke P2u..tiga empat bab lagi kot..harap2 lepas tu boleh tarik nafas lega jika berjaya dibukukan....
.
satu bab lagi utk tatapan kekawan semua....lepas ni sya kena bersungguh2 tamatkan karya ini...harap kita boleh baca dlm bentuk novel selepas ini....doakan saya...assalamualaikum pd kekawan semua. jgn marah,nanti cepat tua.................
baru balik dari UIA tengok anak dara akak...tu tak masuk lagi, pi jenguk anak dara sorang lagi di Mesir....naik luruh rambut weh...anak tujuh!...korang ada anak tujuh?..ade?..ade?...sapa yg ada akan faham.
Alhamdulillah anak2 ngaji dapat tajaan JPA...sbb tu akak sayaaang sgt.2 dg kerajaan BN kita...kalau harap sendiri yg taja, mau reput tulang...so, hidup BN!!!....akak nak jadi rakyat yg tahu menghargai jasa kerajaan dan tahu berterima kasih sbb kita tak ada duit berkepuk2 mcm kaum lain yg memang dah kaya raya duduk kat bumi Malaysia....sampai boleh hantar anak cucu naik roket belajar sampai ke bulan. kita boleh?..akak tak boleh..tak mampu.
Bila pikior2..apeke heinye....masaalah orang melayu yg mudah lupa semua ni....adeke patut kita ikut org asing yg nak porak perandakan rumah sendiri...lagi parah kalau sampai sanggup ikut membakar rumah sendiri....masih tak sedor2 diri telah jadi alat pd musuh bangsa dan negara.
SEDARLAH WAHAI BANGSAKU.....berilah peluang anak cucu kita hidup aman dan berjaya di tanah air sendiri.....
Haaaaa, lega...dpt lepas perasaan sekejap....tadi tu hangin satu badan sbb tengok bangsaku pasang bendera roket. Hati akak sakit maa... Baru balik berniaga ..hup-hap2..pas tu nak tulis novel lagi....so, mcm menyesal pulak menyusahkan diri ...sape suruh?, org sebelah tanya...huhuhu..tulee..konon2 nak uji bakat terpendam...
sekarang dah hampir selesai, semua dah hantar ke P2u..tiga empat bab lagi kot..harap2 lepas tu boleh tarik nafas lega jika berjaya dibukukan....
.
satu bab lagi utk tatapan kekawan semua....lepas ni sya kena bersungguh2 tamatkan karya ini...harap kita boleh baca dlm bentuk novel selepas ini....doakan saya...assalamualaikum pd kekawan semua. jgn marah,nanti cepat tua.................
PTRNTD BAB 19
Mizan memberhentikan keretanya di lampu isyarat merah yang
sedang menyala. Ini simpang terakhir ke rumahnya. Dah dekat masuk waktu
Mangrib. Sembahyang Asar telah dijamak dengan sembahyang Zohor di kampung. Sepanjang perjalanan dari kampung Mizan memandu
dengan hati mendongkol.
Ingat kampung , teringat Yuhanis. Sakit hati Mizan. Stering
kereta di hadapannya dihentak...haak, Mizan melepas geram...tapi, tak lepas
jugak. Geram masih ada di hati. Kemudian jari jemarinya melurut rambutnya yang
dah agak panjang ke belakang. Mizan tak puas hati. Dah bersiap nak balik, last
minit Yuhanis buat perangai. Sayang sangat dengan keluarga buah hatinya.
Sepatutnya Yuhanis
jadilah saperti perempuan-perempuan yang lain...ada rasa cemburu pada anak
isteri buah hatinya....bencike,tak kuasa nak dekat, menyampahke....Ini
tidak, sanggup pula dia menjaga anak dan
isteri, bekas tunang...suami tak jadinya.
Sanggup batalkan rancangan untuk balik bersamanya semata-mata nak jaga
baby yang demam. Mak bapak budak tu ada, biarkanlah. Lainlah kalau baby
sendiri...ERK?
“Mak,ayah, Abang Mizan...baby demam panas...macam mana
ni...kalau Hani balik, mak tentu kena berjaga malam...kalau panas baby
bertambah...mak ngan ayah kena bawa ke klinik...kesian ayah ngan mak tinggal
berdua.”Yuhanis menyatakan apa yang semua orang dah sedia maklum.
“Kalau tak nak balik, cakap ajelah terus terang tak nak ikut
ikut balik.” Marah Mizan....tapi tiada sesiapa yang mendengar. Mizan hanya
sendirian dalam kereta...dah nak sampai rumah pun.
“Nanti baby dah baik demam, Hani akan balik naik bas.” Kata
Hani sebelum bersalaman dan mencium tangan Mizan.
Mizan sekadar mengangguk...tak kan nak kata tak boleh di
hadapan emak dan ayah. Nampak sangat dia tak kesiankan orang tuanya. Nampak
sangat Yuhanis tu baik..nampak sangat dia yang tak bertimbang rasa. Emak dan
ayah nampak gembira bila Yuhanis tak jadi mengikut Mizan balik. Mizan sorang
yang tak gembira....tapi , kenapa.. ERK ?
.....................................
“Shila tak payah risau dah...demam baby dah berkurangan...ce
rasa...dah tak panas macam semalam...alaa, cian,cian baby...demam nak besor
rupenye ye...alaa, bucuk,bucuk, bucuk.” Kata Yuhanis sebelum mencium-cium pipi
baby yang sedang berbaring di tepi Shila.
“Terima kasin Hani, susah payah tolong jaga baby, jaga
Shila.... Shila rasa bersalah sangat-sangat kerana selama ini bersangka buruk
pada Hani...sepatutnya Shila yang patut rasa bersalah, merampas Nizam dari
Shila...tapi masa tu, Shila tak tahu Nizam dah ada tunang....Shila betul-betul
rasa bersalah, Shila dah insaf...sebab Shila, porak peranda keluarga
Nizam...Shila malu...Shila minta maaf banyak-banyah pada Hani.” Kata Shila
tiba-tiba. Perlahan-lahan Shila meletakkan tangannya ke atas tangan Hani yang
terletak di birai katil, di tepi bantal kepala baby.
YUhanis terdiam.
Matanya yang sedang memandang baby menyorot ke seraut wajah pucat yang sedang
menyandar di kepala katil.
“Er..er..Hani sebenarnya..er..sebenarnya tak tahu nak cakap
ape...marah tu memangle marah...geram, sakit hati dan macam-macam lagi...tapi
sekarang rasanya mmm...entahle..Hani tak tahulah ..ok dah kot. ...Hani pun dah ada
suami....Cuma...Hani kesian kat Abang Nizam, Hani nak dia gembira...walau pun
tak jadi kahwin dengan Hani...Hani nak dia rasa seronok ada isteri, anak dan
keluarga...Kat manale Abang Nizam sekarang...kita semua nak dia balik...Hani
cuba nak pujuk hari tu...tapi tak sempat nak cakap ape-ape, dah
..er..putus...mmm....ce Shila cuba call lagi..pujuk, merayu... SMSle...kot,kot
sejuk hati Abang Nizam tu sikit.” Kata Hani dengan penuh hati-hati.
Hani tak nak kocakkan air yang baru saje tenang. Kebahagiaan
perlu dipupuk bersama..begitu juga keamanan. Begitu juga dalam perkahwinannya
dengan Mizan. Yuhanis akan ikut saja rentak kemahuan Mizan...mudah-mudahan
Mizan dapat menerimanya....ya, dengan izin Allah.
“Nizam ada cakap apa-apa tak dengan Hani ?” Tanya Shila
denga mata memandang wajah polos Yuhanis yang masih melutut di tepi katil
bermain-main dengan jari-jari kecil baby.
“Hal ape ?”
“Baby?”tanya Shila kembali.
Yuhanis mengangguk perlahan-lahan. Mata Yuhanis merenung
pula baby comel yang tak bersalah...dan tak minta dilahirkan ke dunia. Baby
yang tak tahu apa-apa....Abang Nizam yang susah nak faham.....tapi mungkin
Abang Nizam bukan merajuk pasal baby...tapi...Shila?
“Shila telah melakukan kesalahan besar sebab terlalu percaya
pada cinta...bila terdesak, Shila lakukan kesalahan lagi..Shila..
Shila...perangkap Nizam supaya dapat
bernikah....Nizam budak betul bendul...Shila nak lepas sesak...tapi lepas tu,
Shila betul-betul jatuh cinta pada Nizam...dia lelaki baik....tapi sekarang
Shila dah kehilangan dia...Shila menyesal, Shila berdosa...sekarang Shila malu
pada semua...pada Hani, Nizam....er,..mmm, emak dan ayah tahu jugakah ?”
Yuhanis serba salah...tapi Shila harus berani menghadapi
kenyataan. Shila juga telah melakukan kesalahan pada emak dan ayah. Yuhanis
berharap Shila dapat menebus kesalahannya kepada kedua orang tua mereka. Yuhanis mengangguk sekali lagi. Mudah-mudahan
emak dan ayah boleh memaafkan Shila....tapi kalau kena marah...biasale,
mula-mula aje..lepas tu pelan-pelan
semua akan ok. Kebanyakkan orang-orang tua macam tu.
‘Ahak...kalau Shila kena bamboo dan kena halau...jenuhlah
kau Yuhanis...bagus punya nasihat!’
“Er.. Shila jangan risau...baik Shila terus terang cakap
pada emak dan ayah...minta maaf dari mereka...Hani pasti emak ngan ayah akan
faham ...mereka berdua sangat baik..Hani harap Abang Nizam cepat balik...mak
ngan ayah sedih bila Abang Nizam bertindak macam ni....kalau boleh, biarlah
mereka hidup tenteram pada usia begini.”
“Alaa malunye...Shila ingat Hani sorang yang tahu, Nizam
mesti cerita pada Hani....sampai emak dengan ayah pun dah tahu...eeii,
malunya....macam mana Shila nak tengok muka mak ayah lepas ni...kalau boleh
lari, Shila rasa ..nak lari saja.”
“Lari bukan jalan penyelesaian yang baik...tengok saja Abang
Nizam tu...buat hati emak ayah risau lagi, ada...nasib baik dia orang
lelaki...kita orang perempuan...susah nak hidup sendiri-sendiri...tambah Shila
dah ada anak.”
“Hani pun tolonglah call lagi....cubalah,...kalau-kalau
Nizam nak dengar cakap Hani.”
“Hani boleh cuba, tapi kalau Abang Nizam pun merajuk dengan
Hani...susahle sikit...er..ape kata Shila mintak tolong orang tua Shila campur
tangan...mungkin Abang Nizam akan
dengar.”
“Er..erm..aaa...ayah dengan mama Shila tak tahu lagi Shila
dah kahwin.” Kata Shila. Shila tertunduk sebak.
“Haaa?” Yuhanis terjerit kecil. Serta merta tangan Yuhanis
menepuk baby yang turut tersentak...nasib baik tak melalak.
“..er..er..pasal..er.. baby pun.. Shila tak berani
nak...er.. bagi tahu...kalau ayah tahu pasal baby, tentu ayah bu...bu.nuh
Shila...ayah tu garang orangnya...tu yang Shila tak berani nak balik lagi.”
“Habis tu?”
“...sekarang mama dengan ayah tengah holiday...Shila bohong, kata Shila pergi holiday
juga....Shila plan bila dah habis pantang, baru Shila nak balik...Shila akan
kata, saja nak bagi surprise pada mereka...Shila rasa bila mama dan ayah tengok
baby...hati mereka akan lembut, mereka akan maafkan Shila.”
“Hurmm...elok bincang dengan mak dengan ayah...tengok
pandangan mereka dulu...macam mana?”
“Shila..Shila malu lah...kalau Hani tolong cakapkan macam
mana ?”
“Mulakan cakap tu tak ape...tapi Shila kena jugak cakap
sendiri lepas tu.”
“Ish...eh,malulah.....er, tengoklah nanti...macam
mana...kalau Nizan balik, Shila nak minta Nizam tolong cakapkan.”
Yuhanis terdiam. Kawan tu dah lari...lagi mau kasi kerja
ka?...mm,entahle Shila.... Ngaji sampai kat oversea, tak akan ade belajor bab
ni....tapi kena pandai-pandaile fikir sendiri...Mungkin kepala Shila dah tepu
kot. Alaa...macamle dia tu pandai bebenor, Yuhanis memarahi dirinya.
“EH Shila ..bila nak beri nama baby ni ....kesian
baby...nanti nak jumpa tok, nenek kat KL tu baru nak cari namake?”
“Shila ingat nak tunggu Nizam...tapi ..kalau tak balik-balik
juga...Shila ingat nak bagi nama er...Yuhanis.”
“Ngaa !” Yuhanis ternganga.
.............................................
“Weh bro..”..Suara Zulkifli menegur Mizan. Mizan sekadar
mengangukkan kepala, kaki tetap terus melangkah menuju ke tempat parking, khas
untuk pegawai-pegawai atasan.
“Kata balik kampung nak jumpa bini...ni masam dari pagi tadi
apa hal...aku nikan, naik pening tengok kau dengan Sharif...dua-dua, macam
orang mati bini.”kata Zulkifli melangkah laju untuk jalan bersaing Mizan.
Langkah Mizan termati tiba-tiba. Zulkifle yang telah
selangkah ke hadapan turut berhenti...lalu menoleh merenung Mizan dengan dahi
berkerut.
“EEAAI, kau nikan Zul, cakap baik-baik skit...”marah Mizan.
Hati rasa tak sedap mendengar kata-kata
Zulkifli.
“Ok,ok..sorry, sorry...urm...ni..er..kiranya betullah kau
ada bi..ops..maksud aku isteri ni...kalau tak, tak kan kau nak kisah aku cakap
macam ni....dulu aku cakap apa pun kat ex kau tu..kau tak kisah pun....eh,
isteri kau ada sinike Mizan ?”
Mizan menggeleng. Kemudian Mizan meraup mukanya. Wajah
Yuhanis terbayang di ruangan mata. Mizan menjadi risau. Mizan tak suka pada perasaan yang tetiba
menjelma mengganggu ketenteraman hidupnya...Ah!...apasallah aku asyik teringat-ingat
kat minah ni ?
“Aku nak cakap dengan
kaulah Mizan....Eh Mizan, isteri kau masih kat kampungkan...jomlah teman aku
minum sekejap..aku ada hal sikit nak cakap dengan kau.”
“Besoklah kat pejabat...aku malaslah nak ke mana-mana...aku
nak balik rumah terus.”
“Ala kejap saja..dekat kedai depan tu... amacam?...ten
minutes only.”rayu Zulkifli tak jemu-jemu.
“Kejap saja...ten minutes kau tu tak boleh
pakai..mm,ok..jomlah..” Mizan menukar arah, melangkah bersama Zulkifli, menuju
ke restaurant nasi kandar di seberang jalan.
Ten minutes Zulkifli, boleh jadi sejam...kawan punya pasal,
Mizan mengalah.
........................................
Mizan memesan secawan
nescafe panas. Mizan teringat Yuhanis pernah menyediakan satu mug nescafe
untuknya. Agaknya lepas ni setiap kali minum nescafe, Mizan akan teingatkan
Yuhanis. Bukan setakad nescafe...semua jenis minuman.
Semasa di kampung,
apa saja yang Mizan nak minum, semua Yuhanis sediakan...teh O, teh susu, kopi,
kopi susu, milo, koko..barli panas, barli sejuk....sebut saje,semua Yuhanis
buatkan...sampaikan nak minum fresh orange pun, Yuhanis tak hampakan. Kalahkan
restoran. Sebenarnya Mizan sengaja nak
menduga, sejauh mana kesabaran anak emas emak ayahnya.
Yuhanis terus naik
motor, pergi ke kedai runcit Pak Sudin yang terletak di simpang jalan besar
untuk mencari buah orange. Nasib baik ada...kalau tak ada, mungkin Yuhanis akan
terus merempit dengan motosikal ayah, ke pasar awam Gunung Rapat. Boleh tahan
jugak minah tu bawak motor. Jika tak merempit, takkan cepat betul masa untuk
pergi dan balik dari kedai... dalam tujuh lapan minit saja, dah sampai balik.
Emak kata Mizan mengada, saja memerap sebab rindu..lama tak
dapat layanan dari Yuhanis. Nak kata emak marah, tak jugak. Membebel sambil tersenyum-senyum...marah
apenye. Mizan rasa emak ada menyembunyikan sesuatu darinya. AAh, biarlah. Mizan
rasa dia dah berjaya mengenakanYuhanis. Mizan rasa seronok ....hati Mizan
puas...hati rasa bahagia...bahagia?...ErK!..
Pada mulanya, Mizan
mengerahYuhanis buat itu ini, dengan niat nak menyakitkan hati Yuhanis....tapi
last-last, hati Mizan yang tersenang
pulak, bila dilayan dengan baik oleh Yuhanis. Mizan malas nak siasat
hatinya dalam-dalam...
Siapa yang tak suka ada orang suruhan...ada kadam. Sebut saja
nak makan apa....cakap aje nak minum apa.... semua akan siap sedia, dihidang
sampai depan mata. Sebab itu Mizan terasa sakit hati bila Yuhanis tak jadi ikut
balik. Siapa Mizan naksuruh-suruh. Nak
dera minah tu macam mana?
Zulkifli duduk berhadapan Mizan. Zul pesan minuman apa pun
Mizan tak perasan.
“Emmm...aku nak tanya kau, Mizan..pasal Sharif ni...dia kata
kau janji nak teman dia jumpa awek baru dia...tapi sebabkan kau balik, akulah
yang kena seret. Dua hari tunggu sana sini, tunggu merata...tak jumpa sapa
pun...Sharif risau awek tu dah kahwin...sebab lama tak nampak batang hidung.
Aku kesaianlah tengok dia...frust menonggeng.”
“Hish..apalah kauorang nak susah-susah..sikit punya banyak
perempuan kat muka bumi ni....pergi cari yang tak nak, buat apa...hal aku pun
banyak yang tak selesai...aku mana ada masa nak pergi ikut dia skodeng anak
dara orang...sampai dua hari?... ingat, nak pergi jumpa sekejap...rupanya, baru
nak kejar....hish, tak da kerja betullah kauorang. ”
“Come onlah Mizan, Sharif tukan bestfriend kita...aku
kesiankan dia, tuu yang aku ikut...macam orang gila bayang pulak aku tengok.”
“Alaaa..pujuk saja dia cari yang lain...bunga bukan
sekuntum.”kata Mizan acuh, tak acuh.
“Sharif risau tulah...kumbang bukan seekor...Sharif tak mau
bunga tu terlepas kat kumbang lain.”
“Aah, kalau dah terlepas...tu maknanya, dah tak ada
jodoh...nak buat macam mana lagi...orang gila bayang ni...susah.”
“Tau tak pa....aku ni yang susah tau tak....tu yang nak
mintak tolong dengan kau ni.”
“Oklah...malam karang aku datang jumpa kauorang...tempat
biasa?..alright, set....aku nak balik sekarang.”kata Mizan sambil menghabiskan
nescafenya.
Di rumah mana ada orang yang nak disuruh buatkan minuman.
...........................................
Selepas gosok gigi semula, Yuhanis berbaring di atas katil.
Malam ni dua kali gosok gigi. Gara-gara
meneman Shila menyusukan baby, sudahnya mereka berdua bercicah biskut
soda dengan kopi panas pulak. Ibu menyusukan anak, rupanya selalu lapar....Shila
nak kopi panas...jadi Yuhanis bancuhkan kopi untuk Shila. Biskut sememang emak
letakkan satu tin di tepi katil Shila. Yuhanis tumpang sekaki...habis lima enam
keping biskut soda dan secawan kopi, selamat dalam perutnya.
‘Jika tiap-tiap malam makan macam ni ...hilanglah shape dia
yang macam Ziana Zain ni...hi,hi,hi,...perasan...’Yuhanis tersengih sendirian.
Satu rumah dah sunyi
sepi. Semua dah tidur agaknya...iyalah jam di dinding pun dah menunujukkan
hampir pukul sebelas setengah malam. Hidup kat kampung macam tulah. Gara-gara
kopi, Yuhanis tak boleh lena. Nak salahkan kopi pun tak boleh jugak...Shila
elok saja boleh lena. Itu yang Yuhanis balik ke biliknya. Sementara menanti
mata yang tak nak lena lagi, Yuhanis membelek SMS yang diterimanya dari Yusri
kelmarin.
‘YUSRI TERIMA DUIT RM500 DARI EN,MIZAN..DIA NI KE SUAMI
AKAK? EN,MIZAN NI MEMANG HANDSOME, TAPI SERIUS SEMACAM...SUSAH NAK TENGOK DIA
SENYUM. YUSRI TERINGIN NAK BODY MCAM DIA..GANTENG SEKALI!..DIA KATA DUIT TU
YUHANIS YANG KIRIM. BANYAK BETUL KAK. KAN YUSRI CAKAP TAK PAYAH. DUIT YG. AKAK
KASI HARI TU PUN ADA LAGI..ANYWAY TQ,
KAK..SEMOGA SEMUANYA OK KAT KAMPUNG. JUMPA LAGI...SAYANG KAK HANI,
MUAH,MUAH..DARI SARA&SURI.’
Kali kedua baca..kali kedua senyum. Ade-ade saja si Yusri
ni. Yuhanis rindu pada adik-adiknya. Kalau dekat, boleh jugak pergi menjengok.
Mmm, boleh harap
jugak En.Mizan tu. Permintaan Yuhanis sudah ditunaikan. Yuhanis saja yang terlupa
nak ucapkan terima kasih. Tangguh-tangguh, tunggu masa yang sesuai...sudahnya
terlupa. Apale agaknya tanggapan Mizan padanya, fikir Yuhanis...mintak tolong
nak cepat, terima kasih kena tunggu sampai basi.
Sedang elok orang tu balik kampung, bertemu
muka...sebilik,sekatil, sebantal..sebantal?...tak cakap pulak terima kasih.
Sekarang dah jauh dari mata, baru teringat...kalau kena jerkah, bukan salah
‘The Rock’...tapi salah diri sendiri.
Yuhanis segera menaip. Seketika mesej dihantar. Yuhanis
lega....Cuma tinggal bayar hutang balik. Duit tak jadi masaalah pada Yuhanis.
Haa, yang tu kena tunggu bila balik nanti...jumpa empat mata. Mata bertentang mata, hati di dalam bagai nak
gila....haa, itu Datuk M.Daud Kilau yang cakap...bukan Yuhanis...hik,hik,hik.
Tiba-tiba telefon Yuhanis berlagu, tanda mesej masuk. Mizan
? Cepatnya ? Tak tidur lagike?
‘NAK UCAP TERIMA KASIH PUN, PAKAI SMS...TAK RETI NAK CALL KE?’
Aaaiikkk,..Tak bolehke? Salahke?....er..nak jawab ape
ye?...Yuhanis segera membalas mesej Mizan. Takut orang di sana bertambah ‘
hangin and hangit’. Budi pun belum berbalas. Takut lain kali orang tak ‘hingin’
nak tolong.
‘CREDIT TINGGAL SINGGIT JE...BESOK SAYA CALL,KENA PERGI BELI
TOP UP DULU..SORRY AND THANK YOU AGAIN.’
Selesai hutang terima
kasih Yuhanis pada Mizan. ..walau pun orang tu tak puas hati. Dah dua kali
hantar terima kasih melalui SMS...hu,hu,hu...tak diterima kasihku. Cerewet betul..kalau orang nak berterima
kasih, kot mana pun ..sama saje. Hurmm,... bukan boleh puji sikit...ah,
lantakle. Besok dah top up..boleh call, cakap terima kasih seberapa banyak
orang tu nak dengor, bior sampai kebas telinga.
Sekarang Yuhanis ada
satu tugas lagi denga singgit tu....nak pujuk Abang Nizam pulak. Seringgit
cukup untuk mencuba nasib...Harap-harap Abang Nizam tak bazirkan credit
seringgit yang masih tinggal. Nak mengarang SMS ni yang malas...tapi
terpaksale.
Yuhanis mula memikirkan ayat-ayat yang boleh memujuk hati
Nizam. Yang touching-touching sikit...eh, touching-touching banyak pun lagi
bagus. Setelah mendapat ilham, jari Yuhanis ligat menaip. Setelah selesai,
mesej dihantar. SMS cara yang terbaik ketika ini memandangkan Yuhanis tengah
semekin credit. Lagi pun SMS boleh dibaca berulang kali ....semoga lembut hati
Abang Nizam nanti.
Tiada apa-apa balasan dari Abang Nizam setelah menanti
beberapa ketika. Mungkin Nizam dah tidur, fikir Yuhanis. Tidak mengapa, besok
masih ada. Lantas Yuhanis meletakkan telefonnya di meja sisi katil. Yuhanis
berkira-kira untuk melayan mata, supaya boleh cepat lenanya...Hari semakin
larut malam...Yuhanis harap-harap sangat, janganle dia terlepas tahajjud.
RING,RING,RING,RING........................
Abang Nizam!
“Hello Abang...er..”...kata-kata Yuhanis terhenti. Tiba-tiba
tergerak hati Yuhanis untuk melihat
siapakah yang menaliponnya. Ada nombor asing yang tertera...bukan nombor
telefon Abang Nizam.
“Hello..assalamualaikum.”....
Mizan!...’The Rock’ telefon?
‘Alhamdulillah, Yuhanis mengurut dada...nasib baik!....kalau
tak, mau saje tercetus perang dunia....husk,husk,husk...dunia sana dan dunia
sini.
Mata yang dah nak mula rasa layu, terus
terang....hilang mengantuk Yuhanis.
Nasib baik Yuhanis tergerak untuk melihat nombor yang tertera terlebih
dahulu....kalau tak, habisle kau. Kalau tersebut nama Abang Nizam
tadi...masakle kau.
“Emak ada sekali kat situke?”
“Emak ?...kenapa?...nak cakap dengan emak ke?” Yuhanis
hairan...kalau nak cakap dengan emak, kenapa call telefon dia pulak.
“Awak ingat saya tak tauke nak call emak sendiri.?.......”
Aisayman, salah cakap....Yuhanis terdiam....tapi tak ada
masaalah pada “The Rock’.
“.....Sebab depan emak, baru awak nak panggil abang pada
sayakan?”
‘OOOii..bukankah itu arahan sendirike?...Mau tanya lagi!
Yuhanis tak berani nak tanya...tapi nak jawab ape?...takkan
nak kata,.. tadi ingat Abang Nizam....nak mati?
“Dua hari awak ada kat kampung....dah terbiasa...tersasul
pulak.” Yuhanis cuba yang terbaik...kalau berjaya .... lepas satu halangan.
“Jadi awak tak suka berabang dengan sayalah.....dah tersasul
baru nak panggil, abang.” Kata Mizan.
HUH !...Yuhanis melihat telefonnya, pelik...macamle ada muka
“The Rock’ di situ...Orang ni mengigau ape?
“Kalau tak tersasul....apa yang awak panggil saya?....orang
lain, boleh pulak awak berabang.”
Gulp!...Yuhanis
menelan air liur, ada terasa perasa ubat gigi halagel lagi. Yuhanis kena
pandai menjawab...untuk keamanan!
“Awak pesan ....er...suruh panggil awak... abang.. bila masa
depan mak ayah....maafle, kalau saya tersasul.....atau salah faham.”
“Saya tak marah awak tersasul...Cuma..saya ingat awak tak suka panggil saya ...abang.”
Yuhanis menggaru kepala....sekali dengar suara orang tu,
macam marah...dua kali dengar macam tak marah.
“Awak tak marahle ...saya panggil awak ...er..abang?”
“Awak ingat saya gilerke?....benda yang baik macam tu, saya
nak marah.”
“Mmm...jadi awak nak saya panggil awak ...er..abang yer...walau pun belakang emak.” Yuhanis ingin
kepastian.
“Ini perlike apa?”
Memang betul le Mizan ni... sedang mengigauke, tengah
mimpike, mamunke...Yuhanis menggigit
bibirnya.
“MMM..er..ok...saya akan panggil awak...abang.”
“Saya ?”
Apa lagi yang tak kena ni?...Kena sampuk hantu apele pulak
‘Thr Rock’ ni,...itule....merayau malam-malam buta.
“Ye,ye..Mulai saat ini, masa ini, waktu ini, hari ini...saya
akan panggil A.B.A.N.G...ok?”...Yuhanis memberi
aku janji. Beriya-iya pulak orang di
sana.
“Ok..Hani.”
kedengaran Mizan menjawab perlahan.
“HANIke....HONEYke ?...”
Sampai lena Yuhanis tak pasti ape yang didengarinya...apa-apalah,bunyi
sama je.
Tuesday, 26 March 2013
PTRNTD BAB 18
Yuhanis membuka matanya
perlahan-lahan. Rasa lama betul dia
tidur...puas, lansung tak terganggu....tapi rasa malas nak bangun tetap
menjalar ke seluruh tubuhnya. Tiba-tiba Yuhanis terhidu satu haruman lain
menerjah ke hidungnya. Bau bantal peluk diakah?
Macam nak tersembul bijik mata Yuhanis
melihat apa yang dipeluknya. “THE ROCK !’... Yuhanis segera hendak merentap
tangan, kaki dan semua tubuh badannya dari orang yang di peluknya...tapi
Yuhanis tiba-tiba teringat. Yuhanis kena pura-pura tak sedar....mana boleh nak
tarik serta merta. Tentu ketara sangat ...malu dia nanti.
Perlahan-lahan Yuhanis mengangkat kepalanya
sedikit untuk menjenguk muka Mizan...Good,good...orang tu tengah lena...kena
kalih perlahan-lahan agar Mizan tak terjaga....kalau tak, kemana Yuhanis nak
sorokkan muka.
Sekarang tangan pula. Perlahan-lahan
Yuhanis mengangkat tangannya dari dada sasa Mizan....rasa sayang pula nak
kalih..tapi terpaksa kalau tak nak dicop perempuan gatal. Tangan kembali ke
sisi sendiri dan ..fuuuh..selamat!
Kini giliran kaki pulak. Entah berapa
lamalah kakinya sedap-sedap landing kat situ, fikir Yuhanis. Dah macam selesa
aje..agak-agak, kalau terus dibiarkan
kakinya di situ sambil buat-buat lena, boleh tak?...tapi Yuhanis masih
waras. Buat apelah nak cari penyakit ?
Setelah selamat berada di
kawasannya...Yuhanis menolak selimut yang berpintal di tubuhnya. Perlahan-lahan
Yuhanis turun dari katil. Yuhanis merenung jam di dinding ....dah pukul tiga
setengah pagi...padanlah terjaga..waktu tahajudnya.
Matanya dah pandai, tak payah diajar lagi....dan
‘The Rock’ adalah perantaraan yang Allah hantar kepadanya untuk bangun
tahajjud...mm, jadi bantal peluk.
Apasal terang benderang ni ?...Yuhanis
segera menukar lampu tidur. Satu di tepi katil, satu di tepi bilik mandi.
Yuhanis mengambil tuala lalu terus masuk ke bilik air. Yuhanis tak mandi.
Sejuk. Cukup sekadar membersihkan apa yang patut dan gosok gigi.
Dengan bertuala dan baju saja Yuhanis
keluar menjinjit seluar tidurnya. Yuhanis membentang sejadahnya di tempat biasa..di
hujung kaki katil. Kemudian Yuhanis memakai telekung. Dengan lafaz
‘Bismillahhir Rahmanir Rahiim’ Yuhanis memasang niat......”Sahaja aku sembahyang
sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala...Allahhuakbar.”
Selesai sembahyang tahajjud, Yuhanis beristigfar
dan berselawat tiga kali. Ikut kemampuannya saja...daripada tak buat lansung.
Kemudian Yuhanis berdoa, tak lupa
memanjatkan syukur kerana Allah menggerakkannya bangun dari tidur untuk
bertahajjud. ..juga memberi kesihatan
kepadanya, sakit kepalanya dah hilang.
Yuhanis masih ingat kata-kata Ustazah
Kalsum suatu masa dulu....antara sebab
kita susah hendak bangun tahajjud adalah kerana kita tak berniat lansung
untuk melakukannya sebelum tidur dan
kerana ada membuat dosa....jika tidak,.. akan ada sesuatu yang akan jadi
penyebab, menggerakkan kita bangun.
Lepas tu terpulanglah kepada siapa yang
hendak rebut ganjaran lumayan yang Allah sediakan. Percuma !..Tak payah teka ape-ape, tak payah
susah-susah nak cari jawapan dan tak payah perah otak cari ayat untuk
lengkapkan ape-ape slogan....Cuma sembahyang malam dua rakaat saja.
Kata Ustazah Kalsum lagi, kalaulah kita selalu
ingat betapa besarnya fadilat sembahyang tahajjud itu pasti kita akan rebut
peluang ini....akan terasa rugi jika lepaskan. Tiga hadiah besar dari Allah
yang pasti kita semua perlukan di dalam kehidupan. ....
Sayyidina ‘Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Pada
yang bersembahyang pada sepertiga malam yang akhir Allah berfirman....
Siapa diantara penghuni bumi
yang ada permintaan, akan Aku beri.
Siapa yang ingin bertaubat,
Aku ampuni.
Siapa yang mempunyai hajad,
akan Aku perkenankan.
Ooh, bestnya... Yuhanis perlu semua itu
untuk kebahagiaan dalam hidupnya....terutama untuk menghadapi ‘The Rock’.
Sebelum menutup doanya seperti biasa Yuhanis berdoa untuk semua kaum keluarga
dan orang-orang yang dikasihinya.
Baru terlena, tidur Mizan terganggu pula.
Kalau dah dipeluk begitu pun tak terjaga..entahlah, boleh dimasukkan dalam
katagori mayat kot....Mizan terpaksa jugaklah berpura-pura tidur sebab malas
nak kecoh-kecoh.
Lagi
pun tentu minah tu akan termalu....Mizan ok je. Rasa nak gelak pun ada dengan
gelagat Yuhanis. Minah tu betul-betul
ingat dia lena macam batu...beriye takut Mizan terjaga.
Dalam
pada nak lena semula, sesekali Mizan
membuka mata... memerhati tingkah laku Yuhanis. Ini kali kedua mereka
sebilik... dan sekatil. Masa kali pertama dulu
Mizan masih ingat... waktu tu dia memang tengah marah. Sakit hati
sangat-sangat sebab terpaksa menikahi Yuhanis...adake lelaki yang suka dipaksa kahwin.
Kali ini tiada pula perasaan marah. Mungkin
sebab Mizan dah boleh terima kenyataan... benda nak jadi, pasti terjadi. Cuma
ada rasa geram ...rasa bengkek kat Yuhanis. Itu pun bukan sebab diri Yuhanis... tapi apa yang minah tu buat padanya.
Mungkin salah Mizan jugak yang mulakan..tapi
janganlah sampai mengganggu hal kerjayanya. Kalau hujung minggu tak apalah
jugak. Macam budak kecik...balas dendam dengan melarikan seluar dalam orang...
Mizan boleh nampak Yuhanis duduk bangun
mengerjakan sembahyang malamnya. Macam-macam bermain di benak Mizan. ...tapi
sekarang bukan masanya untuk check hati sendiri. Baik dia tidur...jika tidak,
mau dia jadi macam ayam sakit besok pagi.
...Tapi Mizan tak dapat lena....nak lena
macam mana....suara bisikkan Yuhanis yang sedang berdoa jelas kedengaran
menyusup ke telinganya.
“Ya Allah, ampunkan dosaku dan suamiku,
dosa semua keluargaku..yang hidup dan yang telak pergi....
Berikanlah kami
tempat sebaik-baiknya di syurga MU kelak. Ya Allah berikanlah kesihatan,
panjang umur, dimurahkan rezeki, ketenangan dan segala yang baik-baik padaku
dan suamiku...juga emak dan ayah...Abang Nizam, Shila dan baby...Yusri, Sara
dan Suri...juga Nek leha...juga untuk mak dan abah, adik Yusri, adik Sarimah
dan Surina...semoga kami dapat bertemu semula di syurga MU kelak..Ya Allah...isk,isk.”...Yuhanis
mula sebak.
“Hani rindu pada mak dan abah..juga adik
Yusri, Sari dan Suri..isk,isk,isk...Ya Allah tolonglah hapuskan kerinduan
ini...berikanlah hidup yang tenteram buat diriku...Amiin, Ya Rabbal
alamin..isk,isk,isk.’
Dada Mizan terasa ketat. Mata Mizan terasa
panas. Bohonglah kalau kata dia tak tersentuh. Mizan rasa keihklasan dalam doa
Yuhanis...tapi buat apalah dia nak emo pulak. Sekarang dah tahu Yuhanis doakan
kebaikkan untuknya...Mizan juga akan lakukan yang sama.
Sekarang Mizan dah lihat, dah tengok dan nampak. Fine...Mizan
akui kebenaran kata-kata emaknya...Yuhanis budak baik. Yuhanis juga gadis
cantik. Cuma Mizan tak mahu jatuh cinta lagi. Mizan kena jaga haatinya. Setakad
terpesona pada kecantikan...itu normal buat lelaki sejati. Untuk Mizan setakad
itu saja. Tak kan ada lebih.
Seketika kedengaran langkah Yuhanis
mendekati katil. Walau pun mata tertutup kemas, Mizan dapat rasakan Yuhanis
berada dekat di sisinya. Kemudian Mizan rasa tubuhnya diselimutkan
perlahan-lahan.
‘Alahai ...ini yang buat dia lemah niii.’
Keluh hati Mizan. Kalau macam ni macam mana nak balas dendam dengan minah ni...lebih-lebih
lagi perasaan marahnya dah mula menurun. Kenapa ? Entah....mungkin sebab..sejuk
hatinya melihat minah tu sembahyang malam...dan sudi mendoakan dia.
Bersama langkah Yuhanis, mata Mizan
menyorot melihat Yuhanis yang sudah membuka telekung mengambil tempatnya di
sebelah sana katil. Kali ini ada sempadan diletakkan di tengah-tengah katil.
Yuhanis telah meletakkan bantal peluk antaranya dan Mizan. Mana datangnya
bantal peluk tu....haa, Mizan dah boleh agak...dari lantai.
“Awak..awak..bangun..dah Subuh...bangun,
sembahyang Subuh.”....
Mizan menggeliat ...dan..ah, liatny nak
bangun. Mata yang masih mamai terus terang melihat Yuhanis yang dah siap
perpakaian dan bertudung.....aaik, bertudung ?...Subuh sepie nak kemana minah
ni...fikir Mizan.
“Awak tak boleh sembahyang ke?”....alahaai,
apa punya soalan daa...
“Saya dah sembahyang awal-awal lagi...”
jawab Yuhanis dengan senyuman kecil...aah, comelnya.
“Tadi saya gerak...nampak macam nak
bangun...bila naik balik, rupanya masih lena...oklah,..saya pergi dulu.”sambung
Yuhanis sebelum melangkah semula ke pintu.
“Awak nak pergi mana pagi-pagi buta ni ?”
tanya Mizan sambil menolak selimut.
“Hi,hi,hi...tak buta dah....Subuh dak nak
balik ada...cepatlah awak...saya nak
pergi beli kuih kat gerai depan tu...lambat-lambat nanti tak ada pulak bengkang
tepung untuk Shila...awak nak ape-apeke...boleh saya belikan.”
“Saya tak kisah...semua saya makan....Cuma,
nanti balik dari kedai...terus naik bilik...saya nak awak...er..er..maksud
saya, saya nak cakap sikit dengan awak...er..pasal kita..er,
mak,ayah..er..nantilah, saya sembahyang dulu.”...Mizan melangkah laju masuk ke
bilik air.
‘Eeeeii, entah ape-apelah mulutnya... asyik
tersasul pagi-pagi ni.”...Mizan memarahi dirinya.
“Haa..Hani, dah panggil Abang Mizan kamu
turun sarapanke ?” tanya Marzuki yang sedang duduk bersarapan di meja dapur.
“Sudah ayah...the..er..A..Abang Mizan kata
kejap lagi dia turunle...Hani dah panggil tadi.”nasib baik Yuhanis cepat
tersedar. .. janganle dia tergagap-gagap nak panggil abang pada Mizan. ..
Tak alah, tak bisa...tak tegal, tak
biasa...tulah sebabnya.
“Mizan tu penat lagi...biarlah dia nak
tidur balik...malam tadi sampai pun dari tempat kerja...seharian tak rehat.”
Kata Mak Azmah yang duduk di sebelah
Marzuki.
Mak
Azmah sedang mencedok bihun goreng ke
dalam pinggan ayah. Air teh pun emak yang tuangkan. Bukan ayah tak ada
tangan...tapi...aah, ikut sajalah contoh bagaimana nak melayan suami. Selama ni
Yuhanis selalu je tengok emak melayan ayah begitu...tapi tak pernah nak ambil
pot.
“Er..Aaabang Mizan sampai pukul berapa
semalam mak...Hani tak sedar lansung....pagi tadi gerak Subuh pun dua
kali...penat sangat kot...tak apelah, mak ngan ayah sarapan dulu...karang Hani
sarapan dengan a..abang Mizan.”
“Hish...dibuatnye tidur balik sampai
tengahari...karang perut masuk
angin...kan susah....”kata Mak Azmah.
“Perut sapa yang masuk angin ni ?...” soal
Mizan yang baru melangkah ke ruang makan.
“Haa Mizan elokle kamu turun... Hani ni,
nak tunggu kamu turun...baru nak sarapan...udahle dua tiga hari tak lalu
makan...nunggu kamu rupenye.” Kata ayah.
“Sayang jugak Hani kat abang ye ?...ok, jom
kita sarapan...abang dah lapar ni.” kata Mizan selamba sambil menarik kerusi
duduk di sebelah Yuhanis.
Berlakun...erk.
Yuhanis hanya mampu mempamerkan senyuman...
takkan nak nangis pulak...tapi..tak tau nak balas macam mana. Cepat-cepat
Yuhanis menuangkan teh ke cawan Mizan. Bihun juga Yuhanis tolong cedokkan.
Makan aje suap sendiri.
Nak berlakun kena real...tapi jangan sampai
terover pulak. Kenapalah ‘The Rock’ tiba-tiba je menjelma...jenuhlah Yuhanis
nak berlagak macam dah biasa. Bertembung muka boleh dikira dengan jari.
Bercakap pun....jadi lebih sikit, sebab peristiwa katil reban. Kalau tak,
jangan harap. Yuhanis tersenyum teringat cerita katil reban.
“Amboi..sarapan sambil
senyum-senyum...tulah ayah dah kata kat emak kamu ni....Hani tak lalu makan
sebab rindukan Mizan..tu yang nak suruh kamu balik saja ....baru nikah
sebulan..kena duduk, jauh-jauh..mana tak rindu...nanti ayah cari orang jaga
Shila.” Kata Marzuki.
Muka Yuhanis jadi merah. Apasalah ayah jadi
romantik pagi-pagi ni...
“Yelah...betul kata abang...Shila pun dah
selamat, hari tu nak tunggu kat hospital yang kena kita...rasanya karang boleh pergi tanya pada Kak Wan yang duduk kat
simpang tu...nanti upahnya kita rundinglah, kira sampai habis pantang.”kata
Azmah.
“Abang balik besok..Hani nak ikut balik ke
?” soal Mizan tiba-tiba. Mata memandang Yuhanis di sebelah.
Berlakon..erk.
Isshy..kenapa tanya macam ni pulak...rungut
hati Yuhanis. Yuhanis jadi serba salah nak jawab...Karang jawab, tak nak balik,
baru semua terangkat punggung. Berapa lama lagilah Yuhanis dapat bertahan
jadi isteri halimunan ?.... Asal jangan
hilang sabar, jadi ‘incredible hulk’ sudah.
“Er..Hani ikut abang saje...kalau abang nak
Hani balik, Hani ikutlah...tapi kesian kat emak.” Jawapan selamat dari Yuhanis.
“Eloklah Hani balik..kesian Mizan tak ada
orang nak jagakan makan minum....sorang-sorang kat rumah tu.” Emak pulak yang
jawab....Yuhanis harap itu bukan kata pemutus.
Yuhanis berharap ‘The Rock’ bersuara,’
tinggal tolong emak.’..macam hari tu ...atau pun
sekurang-kurangnya...’tinggallah sehari dua lagi’....Yuhanis akan melompat
tinggi...tapi orang tu diam aje.
Yuhanis kena balik besok.
“Kenapa awak tak naik pagi tadi...kan dah
pesan.” Tanya Mizan... sebaik Yuhanis masuk kebilik selepas membantu Mak Cik Kiah
di dapur, menyediakan makan tengahari untuk mereka sekeluarga termasuk ibu
dalam pantang.
Hani dan abang dah tukar balik pada awak
dan saya sebaik pintu bilik ditutup.
“Nasib baik, awak reti bahasa...kalau tak
siap kita.” Sambung Mizan lagi.
Kita?....Siapa yang buat hal...undang-undang bagai?....tapi Yuhanis tak nak cari
gaduh...lagi-lagi kat rumah emak ayah...lagi susah nak berlakon karang. Hati
tengan marah, tapi mulut kena senyum. Senangke nak buat?
“Saya naik tadi...tapi.. awak tengah
lena...saya tak mahu le ganggu.”.... Yuhanis bersiap untuk mandi, lagi pun
pakaiannya dah basah semasa mandikan
baby....tak berapa nak pas lagi.
“Lain kali gerak..saya bukannya tidur
mati....saya cuma nak kita pakat..apa nak buat bila depan orang tua kita...apa
yang awak patut panggil saya, begitu juga saya...saya tak nak susahkan hati
emak dengan ayah tu....saya takut awak panggil saya, awak-awak saje depan
mereka, takut awak buat perangai depan mereka..manalah tahu, nak kenakan
saya...nak balas dendam ke..”
“Jadi..lain kali, setiap kali kita berada
di sini...kita buat biasa-biasa macm suami-isteri lain..jadi tak payahlah saya
nak terangkan banyak kali...pandai-pandai berlakon...kalau tak siap
awak...kalau jadi ape-ape pada emak dan ayah, awak akan saya salahkan..faham!”
“Tapi saya peliklah... kenapa awak nak
susah payah jaga anak dan isteri buah hati awak tu...apa yang awak
harapkan...atau awak nak tunggu, dia ajak awak jadi isteri nombor dua,
gitu...mana maruah awak, haa ? Awak tak rasa sakit hatike tengok anak dia
dengan orang lain?...kalau kamu berdua nak kahwin....saya tak akan lepaskan
awak dalam waktu terdekad ni...kena tunggu, tengok macam mana keadaan
mak,ayah....kalau awak tak sabar, nasib awaklah.”
Yuhanis sekadar menelan air liur. Mengangguk
tidak, menggeleng pun tidak. Nak kata apa lagi...orang tu gian nak bercakap
gamaknye...tu yang tak ada ruang Yuhanis nak mencelah. Yuhanis bukannya bodoh. Nak cari gaduh, boleh je...tapi takut berdosa.
Api tak boleh lawan dengan api...emak dah pesan siap-siap...gamaknya emak dah
tahu perangai anak dudanya. Emak dah jangka agaknye...pandai mak. Tu lah...mak
dulu makan garam, awai-awai dah tahu...garam tu masin.
Tambah-tambah bila Yuhanis masih ingat kata ustaz ...penghuni
neraka, ramai orang perempuan...antara sebabnya ialah...perempuan tak pandai
jaga mulut bila bercakap dengan suami..mmm, Yuhanis kena jaga mulut. Bior orang
tu cakap sorang-sorang. Baik Yuhanis tutup mulut je....mudah-mudahan senang
dapat masuk syurga.
Lagi pun ‘The Rock’ dah tak jerit-jerit
lagi. Dia dah cakap baik pun, dah cukup...walaupun kata-katanya menyakitkan
hati, menikam kalbu, menusuk hati bagai dihiris sembilu.
Rupanya senang jadi pelakon. Lakonan
Yuhanis dan Mizan menjadi. Emak dan ayah tak perasan ape-ape....so, kira
berjayale. Seharian Yuhanis jadi isteri mithali melayan makan minum suami.
Mizan menjadi suami yang normal...duduk baca surat khabar setengah hari dan
melawat kampung ganti tok pengulu setengah hari....haak, tak lupa ada waktu
rehat untuk tidur....cukup kerja satu hari.
Yang susahnya bila dah tak payah berlakon
semasa dalam bilik. Kalau boleh Yuhanis nak lena macam semalam...tak payah nak
fikir apa-apa. Yuhanis tak boleh nak bantah bila emak menyuruhnya masuk bilik
awal. Biasalah emak...katanya untuk layan suami. Nak layan apa lagi...tilam
bantal dah siap terhidang....ops, silap....terbentang..tidor je le. Bukannye
susah.
Sembahyang Isyak dah lama berlalu..Mizan
masih tak nampak batang hidung. Mungkin jumpa kawan lama di masjid. Yuhanis lega.
Yuhanis nak mengaji sebaris dua ...kemudian sambung menghafaz. Sekarang sudah
sampai ayat dua puluh sembilan surah Waqiah.
Yuhanis nak hafaz dua ayat lagi. Beberapa
kali Yuhanis membuka tutup Quran
kecilnya. Begitu juga dengan matanya. Menghafaz sambil menutup mata. Bila
tersangkut Yuhanis tengok balik dalam Quran. Sedar-sedar...Yuhanis dah tak
sedar.
“Mak tengok Mizan gelisah semacam
aje....nak naik bilik, pergile. Hani ada kat atas tu...ingatkan tadi mak nak
ambil peluang berbual dengan Mizan
sekejap...ade benda yang mak nak pesan-pesan kamu tu....kalau dah tak
boleh..lain kali pun, tak mengapale.”kata Azmah ketika melihat Mizan tak usik
lansung air kopi yang terhidang. Macam orang nak lekas saje.
“ Mizan dengan Yuhanis kat sana macam
mana?...Yuhanis tak ada bagi masaalah ape-ape kan? Hani tu budak baik, pandai bawa diri...kalau
ada buat perkara yang Mizan tak suka, tegur elok-elok...dia budak dengar kata.”
Marzuki pula bersuara. Marzuki berharap perkahwinan Mizan dan Yuhanis boleh
memberi kebahagian pada kedua-dua mereka. Lebih-lebih lagi Mizan yang telah lama
hidup sendirian.
“Semua ok, ayah...Yuhanis pun tak ada buat
masaalah...semua biasa-biasa...Cuma Mizan sibuk sangat sekarang ni...tak boleh
nak bawa Hani balik selalu.” Mizan menjawab bersahaja. Mizan cuba berlagak
biasa. Mizan tak mahu emak dan ayah menghidu rahsia rumahtangganya.
“Mak ni, bukan nak campur urusan
rumahtangga Mizan...Cuma mak nak kamu berdua cepat-cepat dapat anak...anak tu
pengikat kasih suami isteri.”
‘UHUK !UHUK !UHUK !
Mizan tersedak. Mengapalah emak membuka
topik ini...ketika dia sedang menghirup kopi panas pulak tu.
“Ishk, budak ni...kopi tu kan panas lagi,
pelan-pelanlah minum tu.” Tegur Azmah sambil menghulur sekotak tisu kepada
Mizan.
“Dah budak tu nak naik cepat, awak pulak
nak ajak sembanglah, minum kopi lagilah...mana tak tersedaknye.” Kata Marzuki
pula. Bunyi macam nak membela tapi macam ada maksud tersirat saje.
“Mak nak kata ape sebenarnya ni...cakaplah.
Mizan ok...bukan ada kerja nak buat pun.” Jawab Mizan. Ingin jugak nak tahu.
“Er...mak ni risau le sikit pasai
kamu....bukan si Hani tu.” Azmah membuka bicara.
Sudah!..Mizan sedikit cemas....ini hal
minahtu dengan Nizam ke?..eh, kenapa dia nak cemas pulak?
“Ayahnye le yang cakap...” tetiba Azmah
menarik diri. Ayah sekali !
“Ishk, awak cakap ajele Mah...nak malu
apenye...Mizan tu, kalau ikut umur..dah boleh jadi bapak orang...cakap je, bagi
dia faham.” Kata Marzuki. Mizan bertambah cemas...bukan pasal Nizam dan minah
tu...lagi suspen.
“Er..er..dulu masa...er...aaa.. Mizan
kahwin...mm, dengan budak Suraya tu...berapa lama, ..er...mak rasa dekat lima
tahun adekan...er...kamu tak dapat anak...si Su tu tak mengandung-ngandung....
Haaa..Mizan dah dapat....dah faham.
“.....jadi mak ngan ayah kamu ni risaule
kot-kot...er..aaa...Mizan yang ade masaalah ....masaalah..er..masaalah
dalaman....er...
Mizan nak ketawa besar....tapi terpaksa
ditahan.....emak,emak ! ayah pun sama. Macam mana nak cakap ni...Mizan mula
merangka.
“Kalau Mizan ade masaalah..kamu jangan
malu-malu.....dalam hal zuriat ni, jangan ambil mudah...kalau nak ikhtiar, biar
dari sekarang..kalau Mizan malu...nak
cakap berdua dengan ayah..ok jugak....macam mana.”kata Marzuki..mata merenung
Mizan.
“Ala nak malu dengan mak buat ape?...macam
nile...ape kata Mizan pergi buat pemeriksaan kesuburan...dah sebulan lebih
kahwin, tak nampak ape-ape...kalau Mizan betul ade masaalah, boleh cepat-cepat
berubat.” Tambah Azmah. ...mak dah tak malu dah.
“Yang paling menakutkan orang
laki-laki...iale..penyakit..er..mm,,,er,..ma..mati pucuk...ayah takut
kamu..er..mm...” kata-kata Marzuki termati kat situ...tak sampai hati nak
habiskan. Mata tajam memandang Mizan.
“Erm..mmm...mak ayah..Mizan sihat...Mizan
tak ada apa-apa masaalah.” Mizan mencelah cepat-cepat
sebelum ayah membariskan
semua jenis penyakit laki-laki di depan emak.
“Habis tu?” tanya mak, tak sabar.
“Erm...si Suraya yang tak nak anak.” Jawab
Mizan sambil memandang teko kopi di atas meja di ruang tamu mereka.
“Dulu..mak tanya..kamu tak kata ape-ape
pun...melampau betul budak Suraya tu...yang kamu mengikut aje tu ape ke hei
nye....kamu pun tak kisah, gamaknye....hei, entahle bebudak sekarang...dah tua
karang, baru nak beranak kecik....dah beruban, anak baru masuk tadika.” Azmah
meluahkan rasa tak puas hati.
“Bilele mak ngan ayah kamu ni nak merasa
timang cucu....jangan-jangan..sampei masuk kubor, tak merase.” Keluh Azmah.
Azmah mengesat air mata yang tiba-tiba nak
luruh di tubir mata. Bilalah mereka nak merasa bercucu...cucu sendiri.
Mizan tercengang...Mizan tak faham....habis
tu,...baby dalam bilik tu cucu sapa?
Mizan melangkah masuk ke bilik yang masih
terang benderang. Sekali imbas tak nampak pun kelibat si minah tu. Rasa-rasa
macam dah boleh agak dah. ..kalau tak dalam bilik air...mungkin dah jatuh katil
sebelah sana. Lasak betul tidur budak
tu.
Di hujung katil Mizan nampak Yuhanis
tergolek lena, berbungkus telekung. Mizan berdiri di tepi sejadah. Quran sedang
terbuka... mata orang yang membaca saja yang tertutup.
“Hei...awak...Hani...bangun!...Hani!...bangun.
Kenapa tidur kat sini...dah tau nak tidur, naikle katil tu...apalah awak ni.”
Yuhanis tak berkutik...lena soh.
Mizan menenggong pula.Satu jarinya mencuit
kaki Yuhanis.
“Hani !...hei Hani...awak,
bangunle...menyusahkan diri aje...Hani !”
Akhirnya Mizan menggoyangkan bahu Yuhanis.
“Oh...erm..terlena rupanye...erm..ok,ok.”
Kata Yuhanis.
Mizan bangun meninggalkan Yuhanis yang
sedang berusaha untuk bangun. Mizan membuka pakaiannya. Dengan bertuala Mizan
ke bilik air. Sempat matanya mengerling ke arah Yuhanis yang sedang duduk
membuka telekung.
Dengan mata separuh terbuka Yuhanis membuka
telekung. Seketika Yuhanis berteleku diam dengan mata kuyu. Perlahan-lahan
tangan Yuhanis mula melipat telekung...lipat cara orang mengantuk. Setengah
jalan tangan Yuhanis terhenti. Perlahan-lahan kepala Yuhanis menunduk...melihat
hasil kerjanya.
Sekadar melihat tapi dah tak nampak.
Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup sendiri. Seketika Yuhanis
tersengguk-sengguk. Kemudian perlahan-lahan terkulai layu...landing semula di
atas sejadah.
Mizan keluar dari bilik air selepas
membersihkan debu-debu jalanan. Siap gosok gigi sekali. Langkah Mizan terhenti
di tengah bilik.
“HAAIISSHHH minah niii!”
Mizan memakai t-shirt dan seluar Hawai five-O lamanya. Kemudian
menyidai tuala. Lampu bilik ditukar dengan lampu tidur. Mizan melangkah ke sisi
Yuhanis.
“Hei..bangunlah...naik katil tu....tak nak
sudah....jangan harap aku nak tolong!...apa, awak ingat aku nak dukung
!...sorry...tidurle kat situ.”
Mizan meninggalkan Yuhanis lalu melangkah
ke katil. Mizan berbaring sambil menjeling sekilas kea rah Yuhanis yang sedap
tergolek lena.
“Mmmm...lantaklah kau.” Mizan memejamkan
mata.
Seketika mata Mizan mengintai Yuhanis
semula. Mizan menutup matanya kembali. Lepas tu tengok Yuhanis
lagi....lama-lama...
“HAAAiiishhhh budak ni....menyusahkan
oranglah.” Gerutu Mizan.
Mizan bangun meninggalkan katil, lalu
melangkah mendapatkan Yuhanis semula. Seketika Mizan berdiri memandang Yuhanis.
Seketika kemudian Mizan menenggong pula. Mizan merenung Yuhanis yang masih
dengan kain telekung.
Perlahan-lahan Mizan mencampung Yuhanis
lalu dikendong ke katil. Rasa macam nak campak aje kat atas katil...tapi Mizan
tak sampai hati. Anak kucing pun dia tak sanggup buat macam tu, Inilan pula
anak emas mak dan ayahnya.
Perlahan-lahan Mizan melutut satu kaki di
atas katil...kemudian membaringkan Yuhanis di tempatnya sebelah dinding. Rambut
Yuhanis yang tadinya bersanggul, terungkai di atas bantal. Haruman lembut
mencecah di hidung Mizan. Mizan dah mula serasi dengan haruman Yuhanis. Sedap
pulak. Shampo apa minah ni pakai,
Mizan tak tau pula. Kalau dia sibuk nak ambil
tahu, kena tengok kan bilik mandi.
Mizan merenung Yuhanis seketika. Tengok
kain telekung yang terpintal...banyak di bawah dari di atas. Getah kain bukan
kat pinggang tapi kat peha...mungkin terpijak masa Mizan mengangkat Yuhanis
tadi. Perlahan-lahan Mizan menarik kain telekung, lalu disangkut di kepala
katil.
Mizan terdiam seketika melihat Yuhanis
lengkap berpakaian baju kurung. Baju kurung yang besar gedebeh dan seleweh.. saperti yang Mizan
lihat pertama kali semasa Yuhanis merayu Mizan berkahwin dengannya. Mmm, apa
hal pulak budak ni....macam nak menyorokkan tubuhnya dari ...?...siapa
lagi...dialah, Mizan sendiri.
‘Alaaa...semalam semua dah tengok...siap
pegang lagi...nak sorok konon....macamlah dia teringin.’ Gerutu Mizan. Apa?...
minah ni elok tampal aje kat dahinya perkataan....reserve !
Mizan tak tahu kenapa dia tetiba bengang.
Mizan kembali ke tempatnya lalu menghempaskan badannya ke tilam.
Menyusahkan ! Betul-betul menyusahkan!
Minah tu menyusahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)