"TQ, TQ pd semua kekawan yg sudi baca dan beri komen yg membakar semangat...harap2 dpt buat yg terbaik lepas balik dari umrah nnti.....hi,hi...mentara tu nak mintak tolong kawan2 baca n komen karya saya yg tersadai, 'SI NEPAL DAN MEK SIAM', saya sayang gak dgn hero n heroin dlm cite ni...tolong Saif n Roslinda agar berjaya ...to happy endingggg.....bye.."
Saturday, 23 February 2013
Monday, 21 January 2013
PTRNTD BAB 15
Yuhanis menghenyakkan punggungnya ke katil.
Kedengaran azan Asar bergema dari surau berdekatan. Bagus punya alasan....belum sembahyang Zohor
!....tapi itulah yang terlintas di kepalanya sebentar tadi. Yuhanis tidak mahu
bertengkar dengan ‘The Rock’. Keluhan kecil terbit di bibirnya.
‘Alahai...tak lepas! Tak dapat lesen balik
kampung..macam mana ni ?’
Yuhanis bangun dari katil. Hatinya dipagut
gelisah..tentu Mak Azmah sedang menunggu kedatangannya. Salah dia juga, cepat sangat cakap nak balik...tapi
manalah Yuhanis sangka Mizan nak menghalang...macamlah tak sanggup berpisah
dengannya. Macamlah ‘The Rock’ sayang sangat kat dia sampai tak sanggup
berjauhan.
Yuhanis mundar mandir di dalam biliknya
yang sekangkang kera. Mata Yuhanis jatuh pada beg sandangnya yang dilemparkan
ke atas katil sebentar tadi. Tangan Yuhanis segera menggagau mencari telefon bimbitnya. Yuhanis segera
mendail nombor Nizam. Mungkin Yuhanis boleh memujuk Nizam pulang...itu pun jika
Nizam mahu menjawab panggilan Yuhanis.
Sudah beberapa hari mereka tak berhubungan.
Sejak Yuhanis memutuskan talian kerana geramkan Nizam yang cakap tak bertapis
tempoh hari. Naik kuning otak Yuhanis beberapa hari... mengingatkan kata-kata
Nizam. Yuhanis hampa bila panggilannya tidak dijawab. Sudah tiga kali mendail,
tiada jawapan dari Nizam.
Yuhanis segera ke bilik air. Lebih baik dia
mandi dan sembahyang. Mungkin Nizam sedang bersembahyang Asar....tak mungkin
Nizam nak merajuk lama-lama dengannya. Jika tiada jugak jawapan dari Nizam, Yuhanis kena cari alasan agar
Mak Azmah tak kecewa mendengar jawapan ...’Abang Mizan tak bagi balik’....Baru
kecik hati orang tua mereka.
Angin apa yang melanda ‘The Rock’ pun,
entaklah. Jika dalam filem P.Ramli..orang cakap ‘angin kus kus’....tapi mungkin
saja ‘The Rock’ dilanda ‘Taufan Suraya’. Diaorang berdua ni pun entah kes apa. Sorang nak, sorang lagi tak nak.
Hari tu nampak macam kecewa sakan bila bini lari. Kini bini datang mengendeng
balik...mengamuk tak ingat dunia...tapi, eh,eh...sat,sat.. dia nak letak kat mana
pulak ?
Sudahnya sambil menyampu, Yuhanis menenyeh rambutnya sepuas hati. Geram kat
Nizam, geram kat Mizan dan ...tak tahu pasal apa dia turut geram kat
Suraya...aaah, lantaklah. Yuhanis segera membilas rambut dan segera menyudahkan
mandinya. Waktu Asar tak akan menunggu sesiapa.
Usai sembahyang Asar, Yuhanis segera
membuka telekung. Berkumat kamit mulut Yuhanis mengulang surah Al Waqiah sambil
menggantung telekungnya. Kali ini lambat pulak nak lekat. Sudah beberapa hari
masih dok kat ayat dua puluh dan dua puluh satu. Aaah.. Sekali lagi tersangkut.
Yuhanis mengelap rambutnya yang separuh
lembab dengan sebelah tangan. Tuala kecil good morning dikesat berulang kali di
kepalanya sambil tangan kanannya membuka Quran kecil. Sekali lagi Yuhanis
mundar mandir dengan memegang Quran
kecilnya. Yuhanis mengulang... membaca beberapa kali ayat dua puluh dan dua
puluh satu. Quran diletakkan semula ...dan Yuhanis cuba menghafaz lagi.
Langkah Yuhanis terhenti. Tetiba terlintas
di kepala Yuhanis agar meminta Mak Azmah
yang menghubungi anaknya sendiri....siapa lagi...The Rocklah. Dengan
emak tentulah orang tu tak akan mengamuk. Yuhanis menyangkut tuala good morning
ke bahu, lalu mencapai telefon
bimbitnya.
“Budak ni memang nak kena !” bebel Mizan
sambil menutup laju laci almari baju. Nasib baik jarinya tak terkepit. Jika
tidak, mau saja jarinya menjadi mangsa gara-gara hangat hatinya denga perbuatan
Yuhanis.
‘Dapat bini pun entah hapa-hapa.’ Gerutu
Mizan lagi dengan hati yang panas.
Ingatkan selepas sembahyang, sejuklah
sedikit hatinya. Bukan Mizan tak faham Yuhanis memberikan ‘hint’ semasa dia tengah
naik angin tadi. Jika tengah marah,ambil wudhu’...aaah, pandai si minah tu nak
kenakan dia. Lepas ni tengok siapa pula nak bagi ‘hint’.
Sakit hati denga kemunculan Suraya pun tak
habis lagi.... tambah lagi dengan perangai Yuhanis. Aaah..bukan baru
tambah....dah sehari Mizan menanggungnya. Dapat bini perangai macam
budak-budak....sampai dia terpaksa pakai seluar dalam yang semalam.
PEREMPUAN !!!
Dengan hanya berkain pelikat dan t-shirt
Mizan nekad bersemuka dengan Yuhanis. Suka tak suka... Mizan perlu mengadap
muka Yuhanis. Pasal Nizam jugak harus diberi peringatan. Mizan tak suka Yuhanis
berhubungan dengan bekas tunangnya itu walau pun Nizam itu adiknya. Jika
dibiarkan...kudis akan merebak menjadi pekung. Mizan sedia maklum...pengalaman
mengajarnya supaya lebih berhati-hati....tapi, Mizan terfikir pulak...
....Jika betul mereka mahu bersama
semula...dengan senang hati Mizan akan aturkan. Tentu semua orang akan gembira....terutama
sekali mak dan ayah. Yang paling tak suka...tentunya si minah saleh celup tu....Perempuan
mana yang suka dimadukan....tapi, lelaki juga tak suka diduakan... Dengan hati yang mendongkol Mizan mengetuk
pintu bilik Yuhanis.
RING,RINGG,RINGGG.....
TOK,TOK,TOK....
Dengan kepala sibuk berfikir, dua-dua bunyi
datang serentak. Terus saje Yuhanis teringatkan Mak Azmah dan Nizam. Tanpa
berfikir panjang Yuhanis terus mencapai dan menekan butang hijau di telefonnya
yang baru berbunyi ......sambil terkocoh-kocoh membuka pintu biliknya.
‘Tau pulak orang tu mencari biliknya.’..bisik
hati Yuhanis.
The Rock’ terpacak di depan pintu. Mungkin
ada berita dari Mak Azmah yang dibawa Mizan...tiada sebab lain yang bolah
membuatkan ‘The Rock’ mencemar duli mencarinya...fikir Yuhanis.
Mizan di luar bilik...Yuhanis di dalam
bilik...mereka berpandangan.
“Hello” suara di talian menyapa perlahan.
“Hello ?” Yuhanis menjawab panggilan yang tetiba sepi. Matanya memandang ke arah ‘The
Rock’..tapi fikiran ke lain. Yuhanis menunggu suara si pemanggil...juga
menanti benda apa yang hendak
disampaikan Mizan.
Yuhanis mula terfikirkan perkara buruk yang mungkin terjadi...Berkerut-kerut dahi
Yuhanis. Wajah ‘The Rock’ di hadapannya direnung sekilas sebelum meneliti nombor yang tertera di skrin telefonnya. Yuhanis melekapkan semula
telefon ke telinganya.
Mizan berdiri di depan pintu bilik Yuhanis.
Kelu lidahnya seketika. Apa yang hendak dikeluarkan tak terkeluar. Lebih-lebih
lagi dengan Yuhanis yang baru mendapat
panggilan. Mizan memberi peluang kepada
Yuhanis menjawab telefon...mungkin dari emak mereka...dengan mata memandang
tajam pada penampilan Yuhanis.
Mata Mizan tak berkedip merenung Yuhanis. Rambut cantik, ikal mayang... panjang
sampai ke pinggang. Ini kali kedua Mizan melihat rambut Yuhanis. Muka Yuhanis
yang bersih kemerahan dengan rambut yang separuh kering menandakan gadis itu
baru sudah mandi....tapi, kelihatan seperti ada masaalah.’.Masaalah apa
?...kecuali....Aaargh, Nizam ke?’
“Hello...wa’alaikummussalam...Abang Nizam
!...Kenapa tak jawab Hani tadi...haahlah!...tiga kali Hani call....Abang
Nizan ni sengaja tau.....Abang Nizam pergi ma....
Yuhanis tersentak....termati kata-katanya.
Tiba-tiba saja ‘The Rock’ menerpa dan merampas
telefon dari tangannya...Terlopong mulut Yuhanis mendengar Mizan
memarahi Nizam.
“Tolong jangan ganggu isteri aku...kau
dengar tak ?!!” Mizan mematikan talian.
“Eaaii kenapa awak cakap macam tu dengan
Abang Nizam....saya baru saje dapat cakap ....bak balik telefon saya
tu...bak..”....Yuhanis cuba merampas balik telefonnya dari tangan Mizan...tapi
Mizan menjulang tinggi telefon tersebut jauh dari Yuhanis.
“Saya tak suka awak hubungi dia.” Kata
Mizan sambil menjauhi Yuhanis yang cuba meruntun tangannya.
“Eh, janganlah macam tu.. awak ni kenapa?...saya nak tanya dia ada kat
mana...mak tengah ri....” Yuhanis cuba merayu tapi Mizan segera memotong
kata-katanya.
“Awak dengar saya...jangan call dia
lagi....Fullstop !” jerkah Mizan.
“Saya cuma nak...” Yuhanis cuba menerangkan
dengan berkata selembut mungkin.
“Kenapa awak degil sangat ni...kalau saya
kata jangan...baik awak dengar.” Keras nada suara Mizan.
“Saya bukan saja-saja nak call Abang
Nizam..tapi...”
“Jangan cari alasan !”
Kemarahan Mizan memuncak kerana Yuhanis seperti melebihkan Nizam dari dirinya... seorang suami
yang sah. Dengan geram Mizan melangkah merapati Yuhanis
yang masih berani menjawab...masih degil...masih nak membela Nizam.
“Awak tau tak...Abang Nizam tu dah....”
terhenti kata-kata Yuhanis bila melihat muka berang Mizan. Kaki Yuhanis menapak
selangkah kebelakang. Mizan semakin melangkah rapat di depan Yuhanis.
“Jangan sebut nama dia lagi !”.... Mizan menunduk
rapat kemuka Yuhanis memberi amaran separa berbisik tapi keras.....kemudian mencampakkan
telefon Yuhanis keatas katil yang terletak rapat di tepi dinding.
‘Iiiissshh, geramnya...naik angin tak tentu
pasal, apa hal ?...Kita nak terangkan elok-elok, tak mahu dengar
pulak...betulle keras hati , keras kepala ‘The Rock’ ni. Marah Yuhanis...tapi
tak berani secara vocal....mmm, alahai...penakut jugak dia ni.’
Yuhanis tunduk, tak berani nak menatap mata
Mizan yang sedang menjegilnya. Pandangan di bawah membuat Yuhanis tersenyum
kecil..[senyuman pun kena sorok, takut kena tengking]..ada kain orang
tu...panjang sebelah...nak terlondeh??
RING,RIINNGG, RIIINNNGGG........
Tanpa berfikir panjang Yuhanis segera
melompat duduk di katilnya lalu mencapai telefonnya semula. Yuhanis pasti Mak Azmah yang menaliponnya
kali ini.Abang Nizam bukan bodoh...dia tak akan menyusahkan Yuhanis. Nizam tahu
perangai abangnya.
“Assalamualai....OPOCOT MAK KAU !”
Sekali lagi ...Mizan melangkah laju
mendekati Yuhanis lalu merampas telefon di tanganYuhanis. Yuhanis cuba menghalang tapi
Mizan lebih pantas.
“Itu panggilan dari mm.....”
“Tolong jangan telepon lagi !!! jerkah
Mizan di telefon.
“Mizan ?” suara Mak Azmah terkejut .
“Huh !...Mak ?” Mizan terkedu...
Mizan segera menghulurkan telefon kepada
Yuhanis lantas menghenyakkan punggungnya ke katil...melepaskan sesalan...campur
geram..campur angin satu badan.
PRAAAKKKKKK......
“MAAAKKKK !!!!”
“Kah,kah,kah..ha,ha,ha...kah,kah,kah...hik,hik,hik..”
Yuhanis ketawa terbahak-bahak...kemudian mengekek geli hati di celah-celah katil yang runtuh...sampai
terhenjut-henjut bahu Yuhanis.
Mizan menjeling Yuhanis yang tak
habis-habis ketawa sedari tadi. Mizan cuba untuk bangun tapi terjatuh semula di
celah-celah tilam.. dan timbunan bantal... dan kain cadar... dan selimut... dan
Yuhanis. Mizan cuba lagi..dan akhirnya...
Mizan berdiri sambil memegang kain pelikatnya
yang terlondeh. Mizan menjegil Yuhanis yang masih duduk dengan ketawanya.
Tilam nipis lagi lembik yang menutup
sebahagian kepalanya pun sikit Yuhanis tidak endahkan. Mizan hanya mampu
menggelengkan kepalanya.
“Lebih baik awak berhenti ketawa...call mak
balik, tentu mak tengah risau.”
“Ok,ok..eh, mana telepon?” Tanya Yuhanis
sambil cuba bangun dari runtuhan katil.
Yuhanis cuba meraba-raba di timbunan kain
dan bantal untuk mencari telefonnya...tapi tak berjaya. Yuhanis mula menarik
bantal satu persatu...kemudian menarik kain selimut dan cadar yang sudah
bergulung-gulung...tapi tilam lembik pula menghalang kerjanya.
“ Ok..tepi, biar saya yang carikan.” Kata
Mizan sambil menggulung kemas kain pelikatnya.
Yuhanis tergelak lagi bila melihat Mizan
tersungkur terpijak kain sendiri ketika tertunduk-tunduk mencari. Nipis-nipis
tilam itu pun berjasa menghalang Mizan dari tersembam ke katil yang telah
runtuh.
PRAAKKK !!!....
Kali ini katil terus ranap rapat ke lantai.
Kah,kah,kah....ha,ha,ha,....Yuhanis bantai
ketawa lagi... sampai terduduk.
Mizan berjaya mendapatkan telefon. Bersusah
payah, akhirnya Mizan dapat berdiri semula.
Mizan menghulurkan telefon kepada
Yuhanis dengan jelingan...sambil membetulkan kain sarungnya yang terlondeh.Yuhanis
segera menyambut telefon dengan...senyuman tersungging di bibirnya.
Mizan hanya mampu mengeleng-gelengkan
kepalanya..... lagi.
‘Entah hapa-hapa punya budak ... ketawa tak
renti-renti...giler ape !’
“Habis tu siapa yang hantar dia ke
hospital?...mak ngan ayah ok ke?...mak temankan ayahlah...kesian ayah...nanti
Hani tanya Abang Mizan....tak taulah...dia tak dapat cuti, Hani balik sorang
le...mak nak cakap dengan dia?...ok.ok..pesan ayah elok-elok bawa kereta tu.”
“Apa hal ?” tanya Mizan yang bersandar di
tepi meja solek. Matanya ditala ke Yuhanis yang sedang bersila di atas lantai...Yuhanis
tunduk seperti sedang berfikir sesuatu.
“Erm...Shila dah mula sakit-sakit...dah
dekat nak bersalin...mak ngan ayah tengah kalut siap-siap nak pergi hantarlah
tu.” Jawab Yuhanis sambil mendongak memandang Mizan.
Satu
tangan menyelak rambutnya ke belakang telinga. Membulat mata Yuhanis bila dia
tetiba teringat kepalanya yang tak bertudung. Perlahan-lahan kepala Yuhanis
tunduk melihat kepala lututnya turut sama terdedah. Alamak ! ...Sedari tadi tak
perasan dia hanya memakai t-shirt dan seluar pendek paras lutut. Halimunanlah
konon.
‘Aaeeii..macam mana boleh terlupa ni !’
jerit hati Yuhanis.
Yuhanis melompat bangun mendapatkan
almari....haa, ini pun satu hal nak kena tanya, bisik hati Yuhanis sebelum
menarik skirt labuhnya...kemudian tergegas ke bilik air....tak kan nak pakai
skirt di depan Mizan pula. Tudung terlupa pakai..ada maaf lagi.
Mizan mencebik melihat Yuhanis yang
menyorok memakai kain di dalam bilik
air...bukan Mizan tak tau. Orang dah tengok semua baru nak pakai kain
segala...gerutu Mizan di dalam hati. Sebaik Yuhanis keluar semula, Mizan terus
bertanya.
“Suami dia mana ?”
“Dah lari.” Jawab Yuhanis ringkas...dan
geram !
Yuhanis cuba menahan mulut dari memulangkan
paku buah keras. Itulah benda yang Yuhanis cuba nak diberitahu dari awal-awal
lagi....tapi iyelah, nak buat macam mana...dah dasar hati batu ! Kepala batu !
Terangkat kening Mizan. Beberapa saat
masing-masing membisu. Seketika Mizan merenung wajah sugul yang jelas kelihatan
di hadapannya. Mizan menggaru-garu kepalanya, kemudian meraup muka ....Mizan menarik
nafas dalam-dalam. Perlahan-lahan nafas dilepaskan semula...ada sedikit sesal
di hati.....sikit je....sebab masih ada isu yang belum selesai antara dia dan
Yuhanis.
“Awak nak balik ?”
Yuhanis menganggukkan kepala. Mata merenung
pintu almari yang dah terkopak papannya...nak bertanya.... tapi sekarang
bukanlah masa yang sesuai.
“Tahu ke buah hati awak tu, ada kat mana?”
“Dia bukan buah hati saya lagi....saya nak
buat mee segera, awak nak tak?” tanya Yuhanis lalu melangkah ke dapur
meninggalkan Mizan. Ini satu lagi taktik nak lari dari tajuk. ...Lagi pun,
Yuhanis malas, tak kuasa dan tak ada masa nak layan soalan aka perli ‘The
Rock’.
Yuhanis terus membuat dua mug nescafe panas
dan diletakkan di atas meja. Kemudian Yuhanis mengeluarkan kuali, letak terus atas dapur...tuang air setengah jug
kecil dan didihkan. Sementara itu Yuhanis mencari stok mee segera di dalam kabinet.
Yuhanis berdiri semula dengan dua bungkus
mee segera dan dua biji telur ayam. Yuhanis mengerling ‘The Rock’ yang dah siap duduk di meja. Satu mug nescafe
berada di depannya.
“Saya nak minta izin balik kampung...ganti
mak tunggu Shila bersalin...mak suruh tanya tadi.”
“Berapa lama ?” tanya Mizan.
“Entah...saya tak pernah bersalin.” Jawab
Yuhanis lurus bendul... sambil tangan lincah mencedok mee segera yang telah
siap ke dalam dua pinggan.
Suasana sepi seketika. Yuhanis tak
kisah....itu lebih baik dari kena jerkah dan kena tengking. Yuhanis membawa kedua-dua pinggan ke meja...kemudian
Yuhanis mengambil dua set sudu dan garfu dari laci kabinet. Satu set diletakkan
ke pinggannya. Satu set lagi diletakkan ke pinggan orang yang sedang duduk di
hadapannya.
“What ?” soal Yuhanis bila tersedar mata
Mizan yang merenungnya tajam....masam je...macam tak puas hati je.
‘Eh...Aku ada buat salah lagi ke?’ tanya
hati Yuhanis.
Tiada jawapan dari ‘The Rock’...so, Yuhanis
rasa memang muka ‘The Rock’ selalu macam tu...lantak dialah.
“Lepas makan, siap...saya hantar awak ke
stesen bas.” Ujar ‘The Rock’ tetiba sebelum
laju mengadap mee segera di pinggannya.
“Oh!”...Yuhanis tak sangka lesen balik
kampung telah diluluskan....
Berkedip-kedip mata Yuhanis melihat Mizan
menyuap laju...satu sudu lepas satu sudu mee yang masih berasap.
‘Kesiannya...lapar sangat kot.’ Fikir
Yuhanis.
“Terima kasih ...sebab izinkan saya balik
tengok mak ngan ayah....dan tolong hantar kat stesen bas.” Kata Yuhanis sambil
menghulurkan tangannya kepada Mizan.
Mizan merenung Yuhanis yang berdiri di
hadapannya dengan sebuah beg baju di sisi...Mizan rasa seperti ada sesuatu yang
belum selesai..yang hendak dikatkan kepada Yuhanis....tapi tak pasti apa.
Perlahan-lahan tangan Mizan menyambut tangan Yuhanis.
Yuhanis segera tunduk mencium tangan
Mizan...tiba-tiba Yuhanis teringat kesalahan yang telah dilakukannya kepada Mizan....terasa satu kesalahan besar walau pun semua benda-benda
tu kecik aje...dan... masa tak mengizinkan.
“Minta maaf banyak-banyak.” Ucap Yuhanis
sebelum melangkah laju mendapatkan basnya. ...dan tidak berkalih sampai bas
bergerak meninggalkan stesen. Yuhanis menarik nafas lega...harap-harap bas
boleh bergerak lebih laju lagi.
Mizan memandang bas bergerak meninggalkan
stesen sampai hilang dari pandangan. Hatinya sedikit terasa kerana Yuhanis
sikit pun tidak menoleh atau melambainya.... walaupun bas yang dinaiki Yuhanis,
melintas betul-betul di hadapan Mizan yang berdiri di tepi keretanya....sikit
pun tak berubah tempat.
Mizan boleh nampak Yuhanis yang duduk di tepi
tingkap....tapi boleh pulak minah tu buat-buat tak nampak dia yang sedari tadi
tercongok menunggu bas bergerak...
...’dasar perempuan tak kenang budi...lain
kali jangan harap aku nak tolong.’
Geramkan Yuhanis, pintu keretanya yang jadi
mangsa. Mizan menutup pintu keretanya dengan kasar sebelum menghidupkan enjin.
Dengan hati yang mendongkol Mizan memandu pulang. Perempuan memang menyusahkan
!
Setiba di rumah Mizan segera naik ke
biliknya. Lebih baik dia ke gym melepaskan geram pada ‘punch bag’....dan buat
apa saja asalkan badannya penat sampai malas nak ingat apa-apa lagi selain
tidur....dan besok pagi hanya ingat untuk pergi kerja. Mizan mahu melupakan
Yuhanis.
Mizan mengeluarkan t-shirt dan tracksuit dari
almari baju. Seperti biasa tangannya menarik laci untuk mengambil.....
“YUHANIS !!!
....laci seluar dalamnya kosong !
Thursday, 17 January 2013
PTRNTD BAB 14
Tiada keretamu, ndak apa-apa bah
Bapakku ada jet, terbang sini sana
Siap boleh landing-landing atas sana
Gunung Kinabalu.
Jangan kau trip balik,
malu-malu kunun
Ku mahu hatimu, bukan
harta semata
Asalkan hati baik,
perangai pun cantik
Kira OK sudaah......
Sambil menyanyi kecil Yuhanis mengenakan
tudungnya. Lagu ‘anak kampung’ versi perempuan yang terdapat dalam youtube
sangat diminatinya. Especially kat perkataan ‘landing-landing’....sangat
mencuit hati. Berulang-ulang lagu itu Yuhanis nyanyikan. Sesekali badannya
turut melentuk-lentuk mengikut rentak lagu yang sangat ‘catchy’ itu....tapi
sampai kat pintu saje, sebab nak kena masukan anak kunci ke dalam lubang kunci.
Yuhanis mengunci pintu rumah dengan kunci
yang Yusri ‘duplicate’ khas untuknya. Yuhanis
rasa seronok dan selesa berada di rumah Yusri dan si kembar..dah rasa
macam rumah sendiri. Rumah sendiri,
rumah sendiri ....hua,hua....tapi kena balik jugak ke rumahnya yang sebenar.
Rumah bersama suami ‘tercenta’.
Sekarang dah dekat pukul satu setengah
tengahari. Yuhanis kena bersegera. Waktu Zohor pun dah nak masuk. Yuhanis bercadang untuk sembahyang di masjid
dahulu sebelum pergi ke kedai dobi. Sebelum itu Yuhanis ada satu lagi agenda
yang tak kurang jugak pentingnya yang
perlu diberi perhatian segera. Kerja bertangguh selalunya tak menjadi. Risau,
risau jugak jika ‘The Rock’ buat ‘spot check’...balik waktu rehat tengahari.
Kes semalam pun tak selesai lagi.
Ok..semua sudah siap dikunci....’Yuhanis
meninggalkan rumahnya untuk pulang ke rumahnya.’...Hi,hi,hi... lucu pulak
bunyinye. Dengor pun semacam. Macam tak
kena aje. Kalau ada cikgu BM yang baca, tentu kena pangkah besor-besor dengan
pen merah. ..Yuhanis berjenaka sendirian.
“Assalamualaikum !” tegur satu suara
tiba-tiba dari belakang Yuhanis yang sedang
tunduk menyelak pintu pagar.
“OPOcot cikgu kau !” latah Yuhanis yang
sedang terkenangkan cikgu BMnya. Yuhanis bukan boleh kalau ada orang menjerit
tetiba di depannya....atau di belakangnya seperti sekarang. Haa, naik le
nama..dapat le nama.
Serta merta Yuhanis menoleh ke jalan tar
kecil di hadapan rumah. Ada seorang nenek tua, bukan cikgu.
“Wa’alaikummussalaam....mak cik ni cari
sapa?”..tanya Yuhanis sambil melangkah mendapatkan nenek tua yang masih berdiri
di tengah jalan...nasib baik jalan kecil di kawasan perumahan. Yuhanis
bersalaman dengan perempuan tua itu.
Ada
sebuah beg besar di tepinya. Mungkin nenek ni takut nak tinggalkan beg besarnya....dan
dah tak larat nak usung beg tersebut.
“Er..nenek nak cari rumah Jenai..bin dia,
nenek tak ingat....dulu nenek pernah datang dua tiga kali ke sini...tapi dah
dekat lapan tahun dah..pompuan dia nama Hariyati binti Hamid...Yati ni anak
sedara nenek.” Kedengaran harapan di celah ayat penerangan itu.
“Hmmmm....” Yuhanis tak sampai hati nak
kata tak tau... tak kenal. Lebih-lebih lagi melihat wajah letih lesu nenek tua
di hadapannya. Kalau ada kes orang buang bayi...bolehke terjadi kes orang buang
nenek?..Tetiba terlintas soalan itu di kepala Yuhanis, melihatkan keadaan nenek
tua yang kusut masai di hadapannya.
“Mak cik datang dari mana....rumah kat mana
?...Datang tadi dengan sapa?” Yuhanis tak nampak sesiapa pun...tapi kena tanya
jugak...takut kot-kot ada sindikit entah apa-apa, yang banyak sekarang ni.
“Rumah nenek sebenarnya kat Langkawi...tapi
tadi datang dari Sungai Petani naik bas ekspres....dari bas stesen tadi ambil
teksi le ke sini...ke sini tak ada bas kata bebudak kat stesen tu....tadi teksi
tu turunkan nenek kat simpang depan tu...nak tanya, tak nampak orang pun...tu
yang jalan sampai sini.”
‘Tu dia aaai...kira jauh jugaklah untuk
nenek tua nak jalan dengan beg besar segini.’
Yuhanis mencongak sambil mata memandang beg.
“Tentu awal mak cik bertolak dari sana.”
Soal Yuhanis lagi sambil mata menyorot ke hujung jalan... cuba mengukur jarak.
“ Sana ?.... sat tadi aje aaih...boleh
tahan penat jugak.” Jawab nenek tua seraya jari menuding ke arah simpang nun
jauh di hujung jalan besar, mengikut arah pandangan Yuhanis.
Hik,hik,hik...boleh tahan jugak nenek ni...bisik
hati Yuhanis.
“Maksud saya dari Sungai Petani...pukul
berapa bertolak dari Sungai Petani.” Jelas Yuhanis.
“Ooo...awat tak habaq...dari rumah orang
tua tadi..lepas subuh depa dah hantaq kat stesen bas..nenek yang mintak depa
tolong hantaq.”
‘Rumah orang tua ?...atau rumah orang-orang
tua ?..Yuhanis sangsi...banyak benda lagi yang nak kena tanya.
‘Jika rumah orang tua..berapa pula umur
orang tua nenek tua ini?...Jika rumah orang tua-tua...maka di manakah anak-anak
nenek tua ini?’....Jika Yuhanis sudah tiada kedua orang tua, digelar anak yatim
piatu...Jika nenek tua yang kehilangan anak-anak cucu semua, nak dipanggil apa
ye ? atau pun...anak-anak cucu yang menghilangkan diri ??’
Yuhanis tiada jawapan.
Yuhanis melihat jam di tangan...’Huh..Lama
tu, kesiannya...sekarang ni dah pukul
satu setengah....dia ada banyak masa lagi...masih sempat nak ke kedai dobi.’
Yuhanis kena tukar jadual.
“Mak cik dah makan ke belum?....kalau
cari-cari nanti, tak jumpa..macam mana?”
Mata Yuhanis ligat memerhati sekeliling
kawasan kejiranan rumah murah itu. Tak nampak orang pun. Mungkin hari ni hari
kerja... semua yang bekerja, berada di tempat kerja. Sekerat dua yang tak
bekerja tentu sedang membuat kerja dalam rumah atau kerja merehatkan mata. Maka
orang akan mengunci pintu rumah mereka.
‘Sudahnya ke mana pulak nenek tua ni nanti
?’ fikir Yuhanis. Timbul rasa kasihan di
hatinya.
Nenek tua diam, tak kata apa-apa...tapi
Yuhanis nampak riak cemas di wajahnya. Yuhanis
bertambah kesian.’Hiss, Sapalah yang
tak tahu nak jaga mak tok nenek yang dah tua ni?’
“Er..macam nilah mak cik...apa kata mak cik
masuk rumah saya dulu...mak cik rehat dulu, sambil-sambil tu boleh mak cik
terangkan lebih jelas ..orang yang mak cik nak cari tu.”
“Er..boleh ke? Nenek tentu mengganggu kamu...kamu
tadi bukan ke nak keluaq....kalau ada kerja,
tak apalah...nanti nenek boleh jalan pelan-pelan...tanya kat rumah depan-depan tu pulak.”
PULAK dah.
Yuhanis tak tau nak kata apa...tapi Yuhanis
dapat melihat nenek tua itu masih tak bergerak dari tempat dia berdiri. Tak ada
gaye nak melangkah pun. Tak nampak cara pun nenek tu nak mengangkat beg besarnya itu. Mesti nenek dah terlalu penat.
“Saya rasa waktu kerja begini susah nak
jumpa orang, lagi pun mak cik tak ada maklumat penuh orang yang nak
dicari...saya risau nanti mak cik lagi jauh tersesat. Apa kata mak cik rehat
dulu kat rumah ni... waktu petang nanti, ramai jiran-jiran balik kerja, kita
boleh buat pertanyaan...bolehle mak cik cite apa-apa lagi yang mak cik tahu
pasal Yati ni...senang sikit nak cari nanti.”
Akhirnya nenek tua setuju. Akhirnya Yuhanis
tak jadi balik ...lalu melangkah masuk ke rumahnya semula.
Mula-mula Yuhanis menjamu nenek Leha, bihun
goreng baki sarapan pagi tadi...Yuhanis bancuh air teh O seteko untuk mereka
berdua. Habis bihun goreng sepinggan... Yuhanis dapat tahu nama nenek tu Zaleha
binti Yakub. Dan Yuhanis kena panggil dia ‘nenek’ sebab nenek dah berumur tujuh
puluh lima tahun...dan cucu nenek ada yang sebaya Yuhanis.
Bukan seorang cucu. Nenek Leha ada dua dozen
cucu...jantan betina ada...ikut kata Nek Leha lagu tu. Mmm...jantan betina
...dah macam penjodoh bilangan anak ayam....tapi anak ayam memang tak kenal tok
nenek sendiri...mm,alahai dunia sekarang, keluh Yuhanis.
Sempatlah Yuhanis berbual –bual dengan Nek Leha. Tanya
itu, tanya ini...tapi Yuhanis bukan orang situ, maka kena tunggu Yusri balik
dari sekolah.
Yuhanis makan tengahari bersama Nek
Leha. Perut Yuhanis pun dah lapar.
Ingatkan nenek Leha sorang yang lapar....mungkin sebab dengar cerita Nek Leha
membuat perut Yuhanis turut sama lapar.Yuhanis
sembahyang Zohor dengan nenek Leha. Mereka berjemaah. Nenek Leha orang lama
yang tahu fadilat sembahyang berjemaah.
“Orang muda sekarang dua puluh tujuh pahala
berjemaah, orang tak nak....kalau dua puluh tujuh ringgit, berebut nak.” Kata
nenek Leha selepas sembahyang Zohor.
Yuhanis sekadar mengangguk...seeloknya ‘The
Rock’ yang patut dengar....Cuma tang duit dua puluh tujuh ringgit tu, Yuhanis
rasa ‘The Rock’ tak kisah jugak. Duit poket yang diberi kepada Yuhanis pun
sudah bertambah...dari dua tiga ratus dah jadi lima ratus. Bab itu boleh angkat
jari...macam logo kacang goreng Manglembu.
Berihat sekali. Makan tengahari sekali.
Sembahyang sekali. Mandi tak sekali. Yuhanis meninggalkan Nek Leha kat bilik
kosong kat belakang untuk mandi dan bersalin pakaian. Pakaian pun pakai ambil
di tengah rumah sebab nasib beg belum tentu nak ke mana.
Dari
jalan depan rumah ke ruang tamu pun...hup,hap,hup,hap Yuhanis mengusung beg
besar tersebut...berat betul. Bagaimanalah nenek Leha nak bawak beg itu mencari
merata bagai? Yuhanis pun tak sanggup.
Yuhanis duduk di ruang tamu. Semasa bersembang
tadi nenek Leha ada menyebut tentang Hariyati, anak saudaranya itu mempunyai
sepasang anak kembar. Perempuan ke lelaki ...Nek Leha dah tak ingat. Yuhanis mengambil
telefonnya lalu menghantar mesej kepada Yusri
memintanya pulang segera.
Sara dan Suri tersenyum gembira bila
mendapati Yuhanis masih berada di rumah ketika mereka balik dari sekolah.
Terlompat-lompat gembira Sara dan Suri
sambil memaut lengan Yuhanis. Yuhanis segera menyuruh Sara dan Suri menyalam
Nek Leha selepas memperkenalkan mereka.
Terkebil-kebil mata Sara dan Suri bila mereka
dipeluk mesra oleh Nek Leha. Mereka tak kenal
siapa Nek Leha. Yuhanis sedikit risau...kalau jangkaannya meleset...di
manalah dia nak hantar Nek Leha. Tak kan nak hantar balik kat tempat dia jumpa
tadi.
Nek Leha pulak dah beriya-ria gembiranya.
Yuhanis berharap tiadalah sesiapa lagi di taman itu yang mempunyai anak kembar.
Seketika Yusri pulak balik. Bertuah punya
budak. Parking motor buruknya betul-betul
di depan muka pintu. Yusri menerpa masuk...nasib baik tak terterap
kerana tersadung beg besar Nek Leha yang masih berada di depan pintu. Semua
yang berada di ruang tamu mengurut dada...dan menutup mulut, menahan dari
ketawa melihat Yusri yang kelolo......[kelolo = kalut = kelam kabut]
“Nenek !..nenek lari dari rumah ye?” Sapa
Yusri sebelum berlari mendapatkan Nek Leha. Seketika Yusri dan Nek Leha
berpelukan. Yusri mencium kedua-dua belah pipi Nek Leha. Nek Leha membalas
dengan mencium dahi Yusri, kemudian mengusap-ngusap kepala Yusri pula.
“Syukur, syukur...Alhamdulillah!.Yusri!...Yusri
masih ingat kat nenek...dah besar panjang kamu ye.” Ujar Nek Leha sambil
mengusap-usap pipi Yusri. Ada manik manik jernih di pipi Nek Leha.
Yusri tetiba dah jadi macam anak kucing
yang dahagakan belaian...rela je. Malah nampak macam tersua-sua pun ada. Kesian
Yusri. Yusri, anak yang dahagakan belaian dan kasih sayang. Dia terpaksa dewasa
sebelum masanya....
Perlahan-lahan Yusri mengesat air mata Nek
Leha dengan tangannya...kemudian matanya sendiri.
Sara dan Suri terkebil-kebil memerhati.
Yuhanis memejam celikkan mata...tapi akhirnya terpaksa menggunakan hujung
tudungnya untuk mengesar air mata dan air hidung. Mana dulu, mana kemudian
Yuhanis dah tak perasan. Karang-karang kot... bila matanya dah berkerak-kerak
barule Yuhanis sedar apa yang telah berlaku.
Cerita punya cerita. Soreh punya soreh.
Sembang punya sembang. Sedar-sedar dah dekat pukul empat petang. Yuhanis
terpaksa meminta diri. Walau pun dengan berat hati..dengan.hati yang berbelah
bagi. Elok juga jika dia balik, fikir Yuhanis.. untuk memberi peluang kepada
Yusri adik beradik bermesra dengan Nek Leha.
Yuhanis terasa lega Yusri adik beradik
sudah ada Nek Leha. Ada orang tua yang boleh tengok-tengokkan mereka. Mereka juga
boleh tengok-tengokkan Nek Leha. Yuhanis sedar dirinya tidak mungkin dapat
selalu bersama Yusri dan si kembar.
Cuma...Yuhanis rasa tak lega untuk bertemu
‘The Rock’...tapi takkan Yuhanis nak tinggalkan rumah suami pulak. Berdosa.
Garang-garang pun ‘The Rock’ tetap suaminya.
Nak balik, tak nak balik...akhirnya
panggilan telefon dari Mak Azmah memaksa Yuhanis untuk balik.
“Ok mak..Hani balik sekarang.”....bukan
setakat balik ke rumah..tapi Yuhanis nak balik ke Sungai Rokam.
Sepanjang jalan pulang ke rumah, Yuhanis
berasa susah hati. Rasa nak tolong aje pak cik driver teksi tu tekan pedal
minyak. Rasa lambat betul nak sampai ke rumah. Yuhanis dah terlupa pasal kes
segan nak bertentang mata dengan ‘The Rock’. Pada hal...mula-mula tu rasa..
kalau boleh tunda jumpa tahun depan pun
tak apa...kalau kurun depan, lagi bagus....tapi sekarang Allah tak izinkan.
Sekarang Yuhanis dah tak sabar-sabar nak
cepat sampai...dan berjumpa dengan ‘The Rock’. Kena minta izin suami dulu untuk
balik ke kampung. Lagi pun Yuhanis tak pasti sama ada lesen keluar rumah yang
diberi ‘The Rock’ tempoh hari, merangkumi jarak sampai Kampung Sungai Rokam
atau tidak. Jika tidak, nanye saje ...senang-senang dapat ‘one way’ tiket percuma... ke
‘neraka’...nauzubillahhiminzalik !
“Nizam dah tinggalkan rumah !”
terngiang-ngiang di kepala Yuhanis kata-kata Mak Azmah berselang seli dengan
tangisan.
‘Abang Nizam lari dari rumah?..bior betul.’
Yuhanis macam tak percaya...tapi itulah yang dia dengar dari mulut Mak Azmah.
Apa pun Yuhanis kena segera balik. Bukan nak pergi cari Abang Nizam...tapi nak
meneman mak dan ayahnya yang sudah tentu tak menentu sekarang,
“Haaaii, kesian mak ngan ayah...Entah
apa-apa Abang Nizam ni...macam budak-budak.”
“Ya ?...cik cakap apa tadi ?” tanya pak cik
driver.
“Er..er..tak ada apa-apa pak cik.” Baru
Yuhanis tersedar dia tercakap kuat. Ingatkan tadi bercakap dalam hati. Hu
alah...kalau lama-lama begini, ada saje masaalah memanjang ...tak pasal-pasal
kena pindah berumah tangga kat hospital bahagia.
Yuhanis kena jugak beritahu hal ini kepada
‘The Rock’. Ini jugak hal keluarganya. Suka, tak suka Yuhanis terpaksa berdepan
dengannya. Kalau segan nak bertentang mata ..cakap aje apa yang Mak Azmah
beritahu...tapi mata pandangle ke dinding atau ke siling...atau pun ke dada
Mr.Rock yang bidang dan sasa....ah, miang jugak aku ni, Yuhanis menegur dirinya
yang tetiba terlebih adrenelin.
Yuhanis turun dari teksi di simpang jalan
besar... lalu berjalan laju menuju ke rumahnya. Yuhanis dah tak fikir apa-apa.
Dia hanya tahu nak cepat balik ke kampung. Lagi cepat, lagi bagus...tapi kena
dapatkan lesen besar dahulu.
Dalam apa keadaan pun ‘The Rock’ tetap
suami Yuhanis. Lagi pun, tak baik Yuhanis membelakangkan suami....
Ya betul ! Kini ‘The Rock’ sedang berdiri
di hadapannya, siap bercekak pinggang ! Tengok gayenya pun dah tahu. Tengah
bengang... sebab apa Yuhanis tak berapa pasti. Nampak macam tak boleh masuk ke
rumah. Dengan kereta Camrynya sekali terhalang tak boleh masuk. Yuhanis hanya
berdiri memerhati dari belakang. Ada sebuah kereta besar berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar. Kereta
Peugeot 508.
“WHAT THE HELL ARE YOU DOING HERE !”
tengking ‘The Rock’....suara, hui mak..kuat betul.
Yuhanis mengurut dada. Nasib baik Yuhanis
dah bersedia...memang Yuhhanis dah jangka ...jadi Yuhanis dapat mengawal
latahnya.
“Hello darling !....kenapa nak marah-marah
ni...I datang nak jumpa you...don’t you miss me,darling?” kata suara menggoda
seorang wanita yang baru keluar dari kereta Peugeot. Terserlah kakinya yang
panjang, lagi seksi..lagi terdedah.
‘Eeeeiiii, gediknya perempuan ni !’ gerutu
hati Yuhanis.
“I ‘m not interested...so, don’t waste your
time...berambus dari sini, aku tak nak tengok muka kau lagi !....and don’t you
dare to come to my house again.”
‘YES! YES !...BRAVO..BRAVO Mr.Rock !....jerit
lagi, jerit lagi!...halau perempuan gedik tu.’...Yuhanis dengan sokongan
moralnya. Di dalam hati.
Yuhanis berdiri di belakang kereta Camry. ‘The
Rock’ masih tidak sedar akan kehadirannya. ‘The Rock’ yang masih bercekak
pinggang tegak di hadapan keretanya.... memandang wanita seksi yang sedang
melangkah menghampirinya. Tentu muka ‘The Rock’ tengah masam...tapi si seksi
tetap melangkah melintuk liuk macam model.
‘Model?’..Model tu !!!..PEEERGH....betullah
! Yuhanis teringat...padanlah macam pernah tengok je muka si seksi ni.
Membuntang mata Yuhanis melihat pakaian
seksi si seksi. Fesyen baju sama macam yang Yuhanis lihat dalam poster di bilik
‘The Rock’...Cuma kali ini,tengok dekat-dekat...nampak sangat tak pakai baju
dalam, sampai nampak apa yang di dalam.
“Abang Mizan...how I miss you....I want to
be with you...” meremang bulu roma Yuhanis mendengar rengekan si seksi.
Tangan si seksi sudah siap untuk memaut
tengkuk ‘The Rock’. Bibirnya yang merah menyala pula siap dimuncungkan untuk
disuakan ke muka ‘The Rock’...kat pipi ke, dahi le, hidung ke, mata ke, mulut
ke atau dagu ke ?..Yuhanis tak nampak. Cuma yang Yuhanis tahu ada enam benda tu
aje yang ada kat muka orang.
Bertambah bulat mata Yuhanis melihat drama
romantik sebabak di depan mata. Kering air liur nya. Tekak Yuhanis terasa kesat
berpasir. Yuhanis rasa macam nak tarik-tarik aje rambut mengurai si seksi.
Gatal semacam.
“STOP ! STOP IT !....Jangan berani nak
sentuh aku...even with your small beautiful finger....kalau tak, aku tak akan
teragak-agak bagi kau makan penampar aku ni !” kata ‘The Rock’ perlahan...tapi
kedengaran menakutkan. Saperti saje bunyi suara singa
lapar...GGGGGRRRRRR.....perlahan tapi seram.
Yuhanis terasa nak bersorak..’.chayok,
chayok suamiku !’. Ternyata ‘The Rock’ lelaki yang tahan digoda. Bukan semua
lelaki boleh buat. Susah nak cari, sukar nak jumpa. Iman mesti kuat beb.
“HEI perempuan !...awak buat apa menyibuk
kat sini ! Pergi !” jerit si seksi dengan wajah masam merenung ke arah Yuhanis.
Amboi ! Dari tadi nampak buat tak tau, dah
termalu kena halau baru nak marah...gerutu hati Yuhanis.
“Hani ?” Mizan tertoleh.
Mizan sedikit terkejut. Entah berapa lama
minah ni berada di belakangnya pun Mizan tak tahu. Mizan dan Yuhanis
berpandangan seketika. Seketika Mizan melangkah mendapatkan Yuhanis di belakang
keretanya.
“Awak masuk dalam....saya ada hal sikit.” Kata
Mizan sambil menarik tangan Yuhanis ke depan.
Sikit kata dia....bicara Yuhanis di dalam
hati.
“Saya nak balik kampung.” Bisik Yuhanis
rapat ke sisi ‘The Rock’.
Mizan menunduk untuk mendengar lebih
jelas...mata Mizan menatap wajah Yuhanis dengan riak sedikit
pelik...’erk...cemburu ke?’
Ha,ha....malam sikit kalau ingat aku nak
jealous...sampai nak balik, balik kampung...Yuhanis seperti faham je apa yang
terlintas di kepala ‘The Rock’.
“Ada hal mustahak...mak call
tadi....er..awak nak saya tolong ke?” bisik Yuhanis lagi sambil mengerling ke
arah si seksi.
Mizan terus rebut peluang. Orang dah
semawa....lagi pun Mizan hendak juga tahu apahal yang mustahak sampai Yuhanis
tetiba nak balik ke kampung. Jika sebab hendak berjumpa Nizam, Mizan tak akan
izinkan.
Mizan memberikan senyuman paling manis
kepada Yuhanis.
Yuhanis rasa nak rebah...tapi tak jadi
sebab tetiba tangan sasa ‘The Rock’
memaut Yuhanis dan terus melingkari pinggangnya yang ramping....pergh !!!
Mata bercahaya dengan senyuman yang
menawan...membuat hati Yuhanis tertawan.
Yuhanis melangut memandang wajah ‘The
Rock’. Berkerut kening Yuhanis...real ke atau lakonan semata.
“MIZAN !...I’m talking to you !...siapa
budak ni?” si seksi menjerit separuh hysteria.
“SHE’S MY WIFE “ jawab ‘The Rock’ sambil memaut
kemas rangkulan tangannya di pinggang Yuhanis. Yuhanis terasa suka pulak.
Mungkin sebab seronok dapat mengenakan si seksi.
“Hani..kenalkan, ini Suraya bekas isteri
abang..kami sudah tiada apa-apa talian lagi.”
‘Hambik kau !...Yuhanis rasa nak tergelak melihat
perubahan mendadak, riak di wajah si seksi.
Hani dah bunyi jadi H.O.N.E.Y.....ha,ha,ha....si
model seksi yang bernama Suraya semakin menyinga.
“You’re LYING !...I don’t believe you...you
with this budak kampung !”
‘Amboi, amboi.....macam dia tu lahir kat
New York.’ Gerutu Yuhanis di dalam hati.
Lakonan mereka berjaya. Suraya segera
meninggalkan mereka dengan debu berterbangan dan deruman kuat kereta mewahnya.
“OK...beritahu saya ...’one good reason’
kenapa awak nak balik kampung.” Soal ‘The Rock’.
Tiada lagi senyuman manis. Tiada lagi
panggilan Honey dari ‘The Rock’....Yang ada kini hanya muka yang serius dan
pandangan yang tajam merenung wajah Yuhanis.
“Emak call tadi.” Jawab Yuhanis lurus.
Pandangan pun lurus...betul-betul paras mulut ‘The Rock’.
“Itu saya taulah...tapi kenapa ?. ..Pasal
Nizamke ?”
Yuhanis terus mengangguk...’mungkin ‘The
Rock’juga telah diberitahu oleh mak atau ayah mereka.
“Then the answer is.. NO ! “
HUH !....Yuhanis tersentak tak
percaya...serta merta mata Yuhanis menyorot ke wajah ‘The Rock’.
“Er...kenapa tak boleeeh...tadi mak tu
kan...dia me...
“Saya kata tak boleh...tak bolehlah...no is
no...faham tak ?”
“Sebenarnya Abang Nizam ....
“Apa ?..Abang Nizam rindu kat awak..Abang
Nizam nak ajak kahwin...Abang Nizam nak...
“Sekejap, sekejap...saya tak sembahyang
Zohor lagi laa !”
Yuhanis terus berlari masuk ke biliknya.
Mizan tercegat sendirian di tengah ruang
tamu. Mizan terpukul. Kedua-dua tangannya meraup muka .....kemudian terus
mengelus rambutnya ke belakang...lalu memicit-micit tengkuknya. Mizan sedar
akan kesalahannya...dia terlalu mengikut perasaannya. Perasaan marahnya kepada
Suraya terbawa-bawa dari luar hingga ke dalam rumah.
Friday, 11 January 2013
PTRNTD BAB 13
Yuhanis !
Yuhanis
dah mula masak dengan kelakuan si kembar. Yuhanis seronok melayan keletah
mereka. Cita-cita untuk memiliki anak kembar masih tersimpan di sudut hati....kalau
ada rezeki...dengan izin Allah..harapan masih luas terbentang...bisik
hati kecilnya..chewah, chewah...aja-aja fighting...chayok-chayok...Yuhanis
memerlukan itu semua.
Y u h a n i s !
YUHANIS !!!
TOK,TOK,TOK.......TOK,TOK,TOK........TOK,TOK,TOK.....
“Tidur mati apa budak ni !....Yuhanis bukak
pintu !...Hei Hani!.. awak jangan nak main-main dengan saya pagi-pagi buta
ni....saya nak pergi kerja tau tak !” Mizan menahan geram. ...Mizan cuba
bersabar...kalau tak, dah lama dirempuhnya pintu bilik orang gaji itu.
Sepi...masih tiada jawapan dari orang di
dalam bilik.
Mizan menarik sedikit lengan baju kemeja
yang dipakai, jam tangannya sudah menunjukkan pukul lapan lima belas minit
pagi. Mizan sedikit lega. Masih ada waktu lagi....kalau dia terus masuk pejabat
tanpa berhenti di mana-mana untuk bersarapan.
‘Never mind, sarapan tak penting...ada
benda lain yang lebih penting untuk dia selesaikan terlebih dahulu....kalau
minah ni tak mahu juga bukak pintu, aku kena fikir cara lain...mengada-ngada
budak ni. Nak balas dendam pun...berpada-padalah.’ Bebel Mizan di dalam hati.
Mata Mizan menjeling sekilas keadaan
dapur....dah bersih. Sudah kemas seperti biasa. Mizan mencebik. Baru diuji
sikit dah nak melawan..nak balas dendam....gerutu di hati Mizan.
“Yuhanis !..saya cakap elok-elok, awak tak
nak dengar...kalau saya main kasar, awak jangan nak salahkan saya
pulak....bukak pintu ni cepat !...saya tak ada masa nak main-main dengan
awak...dengar tak ni !” Jerit Mizan . Geram Mizan dah tak dapat ditahan lagi.
Sabarnya sudah menipis. Jam di tangan dilihat lagi. Cepat betul masa berlalu.
Pintu bilik orang gajinya hanya ada selak
kecil. Kunci di tombol sudah lama rosak, masih tidak dibaiki. Nak baiki pun,
bilik tu dah lama tak berpenghuni. Sudah setahun Mizan tak ambil tahu pasal
bilik itu...tapi, apa yang Mizan tahu...ialah, pintu itu tidaklah sekuat mana. Mizan
yang memasang selak itu...
......’so, no problem....sekali
rempuh...hah ! siap kau ...jangan nak main-main dengan aku....lepas ni tiada
maaf bagi mu...you’d better pack your bag !’....sudah terasa-rasa sedapnya ayat
yang akan Mizan hamburkan kat budak yang nak sangat jadi isterinya.
“Yuhanis !..saya cakap elok-elok, awak tak
nak dengar ye...kalau saya naik angin nanti, awak jangan nak menyesal,
tau...bagi balik barang saya, awak dengar tak?” Jeritan Mizan sudah bertambah
tinggi...silap haribulan mau Uncle Muthu yang datang bertanyakan hal. Kebaikan
Uncle Muthu kadang-kadang menyusahkan.
Masih sepi orang di sana. Orang di sini dah
panas meruwap-ruwap seperti gunung berapi !
“OK !!..kalau awak masih degil jugak, saya
pecahkan pintu ni..jangan ingat saya main-main, apa..awak ingat saya takut ke...setakat
pintu ni, sekali saya rempuh...satu pintu boleh tercabut...siaplah awak nanti.”
Ugut Mizan pula sambil membetulkan lilitan tuala di pinggangnya.
Ingatkan tadi, senang saje Mizan nak
mengugut Yuhanis. Sebab itulah Mizan sudah bersiap segala ...siap dengan
necktie dan briefcase lagi.....cuma tidak dan belum memakai seluar saje, kerana
belum cukup syarat. Tak kanlah Mizan nak pakai seluar saperti Superman...seluar
spenda kat luar!...itu pun kalau dapat balik....GGGRRRRR.....GGGGRRRRRR.....
“OK, sekarang masa dah tamat, saya nak
pecahkan pintu ni...saya dah lambat nak pergi kerja...last kata...BAGI BALIK
SELUAR DALAM SAYA !!” Jerit Mizan. Geram Mizan sudah memuncak. Sabarnya sudah
hilang...terbang melayang.
Sunyi...sepi.
‘Berani punya budak !’ getus hati Mizan.
“Times up ! Lepas ni awak jangan
menyesal...sa..Tu,...Du..a,...Ti...GA !!
Mizan tidak mahu termalu...cakap tak serupa
bikin !...Awal-awal dah warning,.. sekali rempuh, means sekali rempuh...so.....Dengan
sekuat tenaga Mizan merempuh pintu bilik yang dihuni Yuhanis. Dengan badan yang sasa campur stamina yang
man...t...a....p......
BANG !!!!!
Pintu tak berkunci !.....[kalau tolak dengan
satu jari pun dah terbukak...jangan-jangan hembus sikit pun dah terkuak...]
PRRAAAKKK...BEDEBUK !!...ADOH !!..
Mizan terlajak !.....[terlajak perahu,boleh
diundur..terlajak kata,besar padahnya...terlajak rempuh,nasib tak tumpo.]
Mizan terjelepuk jatuh di hadapan almari
selepas merempuh almari uzur di dalam bilik Yuhanis.....nasib baik almari.
Kalau dinding batu mahu terkehel bahunya...paling malang kalau giginya yang
bertabur!
‘HEEEIII !..minah ni......pintu pun tak
tahu nak kunci.’ Sakit, sakit jugak....bebel,bebel jugak. Salah sapa ek ?
Minah tu..budak tu...si Hani tak ada dalam
bilik ! Mizan baru tersedar. Laju Mizan bangun untuk memeriksa di dalam bilik
air....tapi terhenti...tualanya terlondeh !...dan bilik air sememangnya sudah
ternganga. Orang yang dicari tak nampak batang hidung.
HUUAAAARRRGGGGGG !!!!!
* * * * * * * * * * *
“Hei Mizan,...wanginye engkau pagi ni !” tegur
Zulkifli ketika mereka bertembung di hadapan pintu lif. Berkerut keningnya
seketika. Cuaca di luar cukup cerah...kenapa kat dalam mendung sekali.
Mizan sekadar senyum kelat. Kepalanya
sekadar dianggukkan beberapa kali. Mizan tak ada mood nak cakap. Muka serius
semacam. Hati sakit mencengkam. Mizan geram kerana sia-sia saja masanya
terbuang bercakap sorang-sorang di depan bilik yang tak berpenghuni.
‘Ke manalah minah tu merayap pagi-pagi
buta...atau...mungkin... budak tu tak tidur di rumah semalam...kalau tak tidur
di rumah, kat mana minah tu tidur ?’ ligat kepala Mizan berfikir.
Pintu lif terbuka. Mizan dan Zulkifli
melangkah masuk. Tiga orang gadis, kaki tangan dari bahagian pentadbiran .....bergegas,berlari-lari
anak... nak, naaak jugak turut mengikut masuk dalam lif yang sama.. Siapalah
yang bodoh nak lepaskan peluang berada dalam zon pandangan mata Encik Shaiful
Mizan... ‘the most handsome and most eligible CEO di syarikat itu.
Lebih-lebih lagi, di waktu pagi begini... baru
nak masuk pejabat. Make up segala masih rapi, pakaian dan badan masih wangi.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah jodoh manusia siapa yang tahu....belum cuba,
belum tahu. Siapa tak berani dia yang rugi. Dalam mulut naga pun orang berani
rebut..inikan pula CEO yang dilepas orang !
Zulkifli tak jadi nak tanya lebih..nak buka
mulut pun tak berani. Nanti tak pasal-pasal keluar cerita baru dari pejabat mulut
murai.com.my....Kesian kawan aku !
Mizan melangut memandang bahagian atas lif.
Zulkifli memandang ke hadapan. Lebih bagus dari melangut ke atas. Tiga dara
dengan baju kebaya masing-masing berdiri di hadapannya dan Mizan. Mereka
mengadap depan ke pintu lif, pinggul di hadapan mata si jejaka. Berharap-harap
si dia berdebar memandang....lagi bagus jika tertawan.
Kalau
boleh semua nak pusing mengadap Encik CEO...boleh bertentangan
mata...almaklumlah semua dah pernah dengar pepatah...dari mata jatuh ke
hati...kot-kotlah...manalah tahu...takdir menentukan, cinta pandang
pertama...tapi takut kalau terover, saham menjunam.
Namun kedengaran sok sek, sok sek dan tawa
kecil dari mereka. Sesekali ada yang curi-curi menjeling ke belakang sekejap-
sekejap.
Mata Zulkifli tak lepas peluang. Dari hujung
rambut ke hujung kasut tumit tinggi di teliti. Semua cantik-cantik belaka.Berderet
sebaris, macam pertandingan ratu nak cari Miss Malaysia. Kalau baju
kebaya...apa lagi nak dibayangkan...24-20-24.. atau.. 25-20-25... atau...
26-20-26... atau 27-20-27.....
......Sejak kebelakangan ini Zulkifli rasa
seperti ada pertandingan ratu kebaya pulak kat syarikat mereka. Mak janda- mak
janda jugak tak mahu kalah. Zulkifli dah mula pandai mengukur pakai matanya
saje. Ukuran katagori ini selalunya...35-25-35...37-30-37..atau...38-28...
“ OPOCOT MAK KAU !”
Zulkifli terlatah bila tetiba dia
disinggung Mizan yang berdiri di sisinya. Mizan menjegilkan matanya kepada
Zulkifli. Zulkifli termalu alah. Kalau boleh Zulkifli yang nak jeling kat Mizan...tapi
tersedar diri sendiri yang salah...terpaksalah dia beralah.
Ketiga-tiga gadis di hadapan tak lepaskan
peluang menoleh ke belakang bersama senyuman manis masing-masing....macam ada
peraduan ubat gigi pulak kali ini...dengan gaya manja, posing dengan dada
melentik lagi.
Zulkifli tersengih malu...tak macholah
kalau orang lelaki melatah. Namun peluang untuk berbalas senyuman memikat tidak
mampu dilepaskan....Cuma...hampa. Tiga pasang mata si gadis-gadis bergaya hanya
untuk Mizan seorang. Perlahan-lahan Zulkifli menyimpan senyumannya yang tak
laku.
* * * * * * * * * *
“Minyak wangi apa yang kau pakai ni
Mizan...macam minyak wangi orang perempuan aje aku bau ni....ada perempuan
mana-mana bergesel dengan kau ke ?” tanya Sharif. Kerusi di hadapan meja Mizan
sudah ditarik...tapi Sharif tak jadi duduk.
“SNIF, snif,sniiif,sniiifff......
“IISSS...apasal kau ni ? Kau nak cium aku ke ?” kata Mizan , tak puas
hati....sambil tangannya segera menyiku badan Sharif yang tertunduk-tunduk ke tubuhnya.
Serta merta Mizan mengusap bahunya yang terasa sakit. ...’ish..si minah tu
punya pasallah bahunya jadi sakit begini.’
“Cium kau buat apa?...baik aku cium kucing
siam mama aku....eh,...er,.Suraya ada datang ke cari kau malam tadi?... ada
Suraya gesel-gesel dengan kau ke ?..kau
nak rujuk ke dengan dia ? ...apa, malam tadi dia tidur kat rumah kau ke?
....kau kena ingat-ingat Mizan,......aku risau, takut kalau-kalau kau
terperangkap lagi dengan perempuan tu.....dibuatnya ,dia memang ada plan nak
pasang perangkap....nanye aje kau kena tangkap basah denga ex kau tu.....perempuan
macam tu kalau dah terdesak...kalah orang lelaki tau....aku rasa kalau kau nak
selamat, baik kau cepat-cepat kahwin....pilih ajeperempuan-perempuan yang
biasa-biasa, baik ..yang ada kat syarikat ni, ramai yang nak kahwin dengan
kau...jangan-jangan ada yang sanggup bergusti berebutkan kau....kalau kau
segan, aku boleh tolong rekemen...aku boleh tolong carikan yang rajin
sembahyang, pandai mengaji Quran, yang pakai tudung, yang cantik tapi pandai
jaga diri...aku ingat.....”
“ OK,OK...cukup,cukup..tak payah
ingat-ingat dah.....sebenarnya apa yang kau nak, masuk jumpa aku ni?...mesyuarat
kau dengan client dari Seremban tu dah selesai ke?” tanya Mizan.
Mata
Mizan masih memandang surat yang sedang diteliti....pen di tangan sekali sekala
mencatit sesuatu dihujung surat tersebut. ‘Nasib baik tangan kanannya masih
boleh memegang batang pen...batang lain belum tentu...ini semua budak tu punya
pasal.’....tak habis-habis Mizan menyalahkan Yuhanis.
“Eh Mizan...kau tak dengar ke apa yang aku
tanya dari tadi?...buat penat aku cakap aje.” Keluh Sharif sambil melangkah ke
kerusi...dengan hampa menghenyakkan punggungnya ke kerusi empuk di bilik
pejabat Mizan.
“OK..kau nak jawapan pada semua soalan yang
kau tanya tadi....’the answer is NO !...big capital letter.”
“Jadi Suraya tak datang kat rumah kau malam
tadi?”
“No.”
“Tak ada mana-mana perempuan gesel-gesel
dengan kau?”
“No.”
“Kau tak mahu ke aku tolong rekemen
mana-mana perempuan baik untuk kau, Mizan?”
“No.”
Sharif terdiam. Sharif menongkat lengannya
di atas meja Mizan. Matanya merenung tajam wajah sahabat yang mahu
dilindunginya.
“What?...tak puas hati lagi?...anymore
questions?...Go ahead, don’t be shy to ask me.”Mizan mengangkat muka memandang
Sharif di hadapannya.
“Alaa..kau tu...kalau tak nak
jawab...macam-macamlah kau cari jalan nak mengelak .” ujar Sharif dengan nada
merajuk.
“Apa sebenarnya yang kau nak tanya
ni?...ok, serius...aku jawab kau.”
“Pasal apa baju, seluar kau ada bau minyak
wangi perempuan?”
“Ooooo...itu sebenarnya.....Sebenarnya, aku
pun tak tahu...aku kurang pasti...baju-baju ni aku baru ambil kat kedai dobi
semalam...diaorang pakai pewangi baru, jenis lain kot....selalu tak bau macam
ni....pakaian kau macam mana...kau pun hantar dobi kat situ jugak kan ?”.. .
Mizan mengerutkan keningnya. Cuba mengingati sesuatu.
......tapi masaalahnya dia sendiri pun kurang pasti...jangan-jangan kerja si
minah tu....seluar dalam dia pun habis diculik...satu tak tinggal. Terpaksalah
Mizan memakai semula seluar dalam semalam....kalau dia dapat masaalah
gatal-gatal, siap kau Hani...aku nak paksa kau sapu ubat sampai sembuh...[Mizan
senyum geram]...
Mizan tersedar dari angan-angan
dendamnya...’.er, sanggup ke dia?’...[dia tu Mizan..bukan
Yuhanis...hik,hik,hik]
“YES ! YES !...THAT’S IT !!....Kedai dobi ! .....”....Senyuman
tersungging di bibir Sharif.
Mizan merenung Sharif...sambil
menjungkitkan kening. ` Pen di tangannya dicampak perlahan di atas meja. Tak
boleh kasar-kasar, bahunya masih sakit. Mizan menyandarkan badannya ke belakang
kerusinya sambil berpeluk tubuh.
Nak
peluk tubuh pun kena perlahan-lahan... tak boleh tunjuk kat sesiapa ...[lebih-lebih
lagi bestfriendnya ]yang bahunya sedang sakit...nanti sah-sah adalah soalan-soalan
yang menyakitkan hatinya pulak... Kenapa? Bagaimana?Bila?...
‘Ini semua pasal perempuan tu lah.’..rasa
geram bergumpal-gumpal di dada Mizan. Seharian kepalanya tak habis-habis
menyalahkan Yuhanis.
“Yes..anything you want to tell me
?....Girlfriend baru?...atau kau tiba-tiba dah jumpa gadis impian....gadis
pekerja kedai dobi....dah jatuh cinta...or maybe dah nak naik pelamin ?”tanya
Mizan malas. Ada unsur-unsur perli di
situ.....tapi sikit pun Sharif tak
kisah. Dalam hati dah ada taman.
“Yeah...betul-betul !...terrerlah kau Mizan
!...tepat jangkaan kau !...eh, kau nak tau Mizan...aku sebenarnya malu nak
cakap kat kau...tapi...aku nak mintak nasihat kau...nak mintak tolong kau
..er...er..macam mana ni ye...aku..ni..apa ni.....
“Amboi susahnye mat romeo ni nak
cakaap....apa?.. kau tak berjaya nak ‘ tackle’ that girl’?...betul?”
“Budak perempuan tu tak mau layan....aku ayat dia buat tak faham aje....kau tentu
dapat tolong aku, Mizan...jadi aku nak kau teman aku jumpa budak perempuan ni....aku nak kau jadi..erm...jadi
..er.. orang yang boleh back up aku, rekomen aku kat dia....susah betul aku nak
dekat denga budak ni....semua tak jalan.”
“Kenapa kau tak tunjuk aje kereta besar kau
tu...tayang aje BMW kau tu, Sharif...mana-mana perempuan pun...senang-senang
tersangkut.”
“DAAAH !...Tak jalaan.”jawab Sharif dengan
mulut terjuih.
“Really ?”tanya Mizan pulak...bunyi macam
tak percaya.
Sharif sekadar mengangguk.
“Perempuan tu tak ada mata, apa?...ada dia
tengok muka handsome kau ni tak?”
Sharif mengangguk lagi.
“Perasan !”
“Wui, tolonglah.. jangan main-mainkan aku
Mizan..aku serius ni....budak tu sikit pun tak sangkut dengan rupa aku atau
kereta aku....aku tengah ‘frust’ni..kau tau tak?....kalau aku tau budak tu
duduk kat mana.... nak aje aku suruh
mama dengan ayah aku pergi pinang terus.”
“Aai...ini kes serius ni....tanam pinang
rapat-rapat,biar puyuh susah nak lari....kalau tackle tak dapat-dapat, kidnap
aje ...paksa kahwin sebelum dia lari.”
“Apa ?...kau ingat aku main-main ke?...aku
betul-betul dah jatuh hati kat ‘this
girl’...dia lain dari yang lain....aku takut aku terlambat...atau terlepas
dia....susah nak cari perempuan yang tak pandang harta, tak pandang rupa zaman
sekarang ni...kau bukan tak tau.”
“Habis tu...kau nak aku buat apa ?”
“Ikut aku jumpa dia.”
“Tempat kerja dia ?
“Aku tak tahu dia kerja kat mana.”
“Habis tu...nak jumpa macam mana....rumah
tak tau, tempat kerja dia pun tak tau...habis tu kau tahu ke nak cari budak tu
kat mana?”
“Haa...maknanya kau sudi tolong akulah ni
?” Sharif segera berdiri...excited lebih.“Dah beberapa hari aku dok intip
dia...hari tu, aku terserempak dia kat...
“Woi!.. kau mengendap anak dara orang ye
Sharif ?...habis tu ...budak tu tak sedar kau selalu skodeng dia ke ?”
“Aku kena kreatif...cara biasa tak
dapat...aku cari jalan lain...nak himpit dia, buat baik dengan dia....TQ sebab
kau sudi nak tolong aku.”Sharif melangkah ke sisi Mizan.
“Ok, no problem....aku harap kau
berjaya...berbaloi segala usaha skodeng kau tu !” Jawab Mizan...tapi dalam
hati...sendiri punya problem pun belum tentu dapat selesai.
“Well..thanks bro,..kaulah best friend aku
dunia akhirat.”ujar Sharif dengan gembira sambil memaut kemas bahu
sahabatnya....lepas tu siap tumbuk-tumbuk lagi kat bahu sahabat baiknya
...tanda keakraban.
Mizan hanya mampu menyeringai...nak
mengadoi terpaksa ditelan.Sharif tersenyum gembira...Mizan mengeluh geram.
‘YUHANIS’...terlakar namamu di hati ku yang
membara....hu,hu,hu.
* * * * * * * * *
‘Y.U.H.A.N.I.S !!
Tercacak bangun Yuhanis dari
pembaringannya. Terdengar-dengar saperti ada suara orang menyebut-nyebut namanya..memanggilnya.
Yuhani memisat mata. Pandangan matanya ditebarkan di sekelilingnya.
‘Aaah....dia di bilik Sara dan Suri.’...sekarang
Yuhanis sendirian. Yusri dan adik-adiknya semua telah pergi ke sekolah. Yuhanis
rasa puas hati kerana Yusri dan si kembar ke sekolah bersarapan bihun goreng
pagi ni, hasil air tangannya.
Yuhanis berbaring semula. Terlalu awal untuk
Yuhanis pulang ke rumah...kalau boleh Yuhanis hendak mengelak dari
bertembung dengan ‘The Rock’ buat masa
yang terdekat ini. Dekat-dekat pun ...paling lewat sebelum ‘The Rock’ sampai ke
rumah selepas habis kerja.
‘Selamat lagikah sarang halimunannya itu?’
Nak
jugak tunggu keadaan ‘cool’ sikit.
‘He,he,he....tentu ada orang tengah tak
cool....panaaass!’ Yuhanis tersenyum nakal. Yuhanis teringat kejadian semalam.
‘ Apakah dia terover dalam tindakannya ?’
Apa
pun sebelum pulang, Yuhanis kena singgah kat kedai dobi. Nak kena ambil harta
karun ‘The Rock’..’.Haaa...tu lah sapa suruh perdajal dia...kan dah kena
‘smash’ balik.’.
Yuhanis bergolek seketika di katil si
kembar. Terasa ada satu rasa halus yang menyentuh perasaannya bila dapat bermalam sekatil dengan si
kembar...seperti mereka benar-benar satu keluarga. Sedangkan Yuhanis tiada rancangan
pun nak bermalam di situ.
Semuanya gara-gara Yuhanis nak berehat
sekejap kerana kepenatan. Sedar-sedar azan Magrib yang mengejutkannya. Termasuk
Yusri dan si kembar akibat penat dan kekenyangan. Kita merancang, Allah yang
menentukan.
Yuhanis merenung ke siling, cuba mengingati
kisah semalam. Yuhanis tersenyum sendirian...Sekarang memanglah terasa
lucu...tapi semalam ...hah, rasa macam kena dera.
Semalam adalah hari yang paling
memenatkan...tapi berbaloi bila akhirnya Yuhanis dapat juga meraikan hari jadi
si kembar. Nasib baik Yuhanis sempat keluar rumah sebelum habis waktu
pejabat...
Dengan badan melekit, pakaian
berpeluh..Yuhanis sempat membawa sepersalinan
pakaian dan telekung...tak lupa berus giginya. Kelam kabut Yuhanis
menyumbat semuanya ke dalam beg sandang...sebelum berlari ke simpang jalan besar
untuk menunggu teksi.
Yang lecehnya...kena angkut segala mak
nenek kain kotor sekali...tapi yang bestnya semua sekali spenda ‘The
Rock’.
‘Padan muka...siapa suruh cari pasal dengan
dia.’....bicara hati Yuhanis si peguambela diri.
Yuhanis tak sangka.. cadangnya dia yang nak
buat surprise kat Yusri tiga beradik, Yuhanis yang ter’surprise’. Hairan
Yuhanis melihat selonggok barang-barang hadiah di tengah rumah sebaik dia
melangkah masuk ke rumah Yusri.
Nasiblah Yuhanis tak berasa nak kecik hati
bila sekotak kek dan tiga beg plastik mengandungi juadah lain yang dibawanya
sudah tak jadi surprise pada si kembar. Malah Yuhanis tumpang gembira melihat
mereka tiga beradik gembira. Si kembar sedang mengadap KFC ! Dengan Yusri-Yusri
sekali.
“Dari mana datangnya semua benda ni?” soal
Yuhanis sebaik dia duduk bersila sekali mengadap KFC yang masih suam-suam kuku
terhidang beralaskan surat khabar lama di tengah rumah.
“Abang Omar !” serentak Sara dan Suri
menjawap. Sambil senyum, sambil sibuk menjamu selera.
Berkerut dahi Yuhanis mendengar nama itu.
Terangkat-angkat kening Yusri memandang
Yuhanis.
“Apa?” tanya Yuhanis...buat-buat tak faham
usikan dari Yusri.
“Abang Omar tu memang minat kat
akak...Yusri rasa tak salah kalau Kak Hani kawan...kenal-kenal dulu dengan
dia.”
“Ok.” Itu sahaja jawapan Yuhanis. Sempat
memberi signal kepada Yusri dengan menjuihkan bibirnya ke arah Sara dan Suri
yang sedang ralit makan....tanda Yuhanis tak mahu bercakap pasal hal itu di
depan adik-adiknya.
“Bila dia datang hantar semua ni?” tanya Yuhanis
ingin tahu. Risau pun ada. Dibuatnya Omar bertandang bertangga kat sini,
susahlah Yuhanis nak datang bila-bila dia ada kesempatan. Tak pasal-pasal jadi
kes lain.
“Bukan abang Omar yang hantar.” Suri yang
menjawab tetiba. Pasang telinga juga mereka rupanya.
Yuhanis menunggu sambungan
dari Sara pula untuk bercakap. Tak lama.
“Abang Omar kirim kat orang...bagi kat
abang Yusri kat kedai dobi tadi.”
“Abang Omar suruh driver ayah dia hantar
semua barang-barang ni...dengan duit dua ratus ringgit kat Yusri, kat kedai
dobi petang tadi. Dengan pesanan...’ sampaikan semua barang-barang ni pada Sara
dan Suri, adik Kak Hani.’...pas tu pesan lagi suruh belikan KFC ni untuk Sara
dan Suri dengan duit yang dikirim, bila serah barang-barang pada Sara dan
Suri.”
“Ooh..hari tu kami terjumpa Omar kat Mega
Mall...masa tengah makan KFC...tu yang dia tahu Sara dan Suri suka sangat
dengan KFC ni...macam tau-tau aje hari ni birthday Sara dan Suri.”
“Abang Omar tumpang makan kat meja kami,
sebab meja semua dah penuh.” Cerita Sara.
“KFC yang kita bawak balik hari tu pun,
Abang Omar yang kasi.” Tambah Suri pula.
“Kak Hani tak cite apa-apa pun kat
Yusri....ooo, terjumpa ke...atau ...plan nak jumpa.” Ujar Yusri ....siap
dengan memainkan matanya....pejam celik,
pejam celik sambil tersengih-sengih menyakat.
“Kak Hani nak tahu?...Sara rasa
barang-barang nilah yang sama-sama di beli masa kita beli barang kita hari tu.”
“Betul Kak Hani...Suri yang tengok kasut tu
hari tukan, sama dengan kasut yang Abang Omar bagi ni....jangan-jangan Abang
Omar lah yang beli sekali hari tu.”
“Apa susah..nanti akak tanya aje kat abang
Omar tu bila akak jumpa dia nanti....Yusri tak kata apa-apa kat pak cik driver
tu sebab Yusri rasa pak cik tu bukan tau apa-apa...Cuma ikut arahan boss dia
saja. ” Jawab Yusri sambil menyuap kentang goreng ke dalam mulutnya....
“Rezeki Sara dan Surilah ni..mm, tak
pa...lepas ni kita potong kek pulak.”
Horee,horee.... Sara dan Suri gembira
menyambut hari jadi dengan hadiah yang lumayan. Rezeki yang tak diduga. Rezeki
yang tak boleh ditolak. Yusri dan Yuhanis tumpang gembira untuk si kembar.
Tanpa disedari Omar juga dapat pahala kerana mengembirakan hati anak yatim
piatu.
Bila ada peluang nanti Yuhanis kena bertemu
juga dengan Encik Omar untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Yuhanis tidak
mahu ada masaalah timbul di kemudian hari. Pada Yuhanis jika perasaan sendiri
perlu dijaga...begitu juga perasaan orang lain.
Masaalah Yuhanis dengan Abang Nizan dan Mizan
pun tak selesai lagi...buat apa nak tambah dengan satu lagi. Buat apa sengaja
nak memeningkan kepala, bukanya elok kalau selalu makan panadol...nanti dapat
masaalah buah pinggang pulak. Jadi untuk kesihatan buah pinggang, jangan
libatkan diri dengan cinta bersegi-segi...hik,hik,hik.
Yuhanis menggunakan masa yang ada dengan
mengemas serba sedikit rumah ‘adik-adiknya’. Sempat juga Yuhanis tolong
menjemurkan pakaian mereka yang telah dibasuh awal pagi menggunakan mesin basuh
lama yang hanya ada tiga kaki. Kaki satu lagi dah hilang gamaknya...tu yang
pakai kaki batu bata.
Sementara menunggu nasi masak Yuhanis
menggoreng sayur kobis berencahkan telur. Sebelah ayam yang dikeluarkan dari
peti sejuk di potong kecil untuk digoreng dengan garam dan kunyit. Untuk
menambahkan mata lauk Yuhanis mericih dua ketul ayam, lalu digoreng bersama
hirisan kentang yang sudah sedia dibelikan seguni untuk kegunaaan
‘adik-adiknya’.
Makanan sudah siap dihidang.Penat-penat
tapi hati senang. Yuhanis bersiap untuk pulang...tapi nak kena mandi dulu dan
sembahyang. Selagi boleh Yuhanis tidak mahu meninggalkan amalan sembahyang
sunat Dhuha.
Sembahyang sunat Dhuha adalah jalan untuk
kita mendapat jaminan dari Allah agar dipermudahkan rezeki dan keperluan setiap
hari. Peluang ini juga Yuhanis gunakan untuk berdoa buat ibu bapa dan
adik-adiknya. Anak yang rajin berdoa untuk ibu bapanya juga akan dimurahkan
rezeki.
Rezeki bukan bermaksud wang ringgit
semata-mata. Apa yang Yuhanis faham adalah.. rezeki meliputi semua aspek kehidupan...termasuk
dipermudahkan segala urusan. Yes ! ..termasuk urusan Yuhanis dengan ‘The
Rock’....kerana memandai melarikan semua ‘underware’ orang tu.
‘Eh, orang tu pergi kerja pakai ape.. erk ’.
Subscribe to:
Posts (Atom)