Friday, 11 January 2013

PTRNTD BAB 13

Yuhanis !

Y u h a n i s !

YUHANIS !!!

TOK,TOK,TOK.......TOK,TOK,TOK........TOK,TOK,TOK.....

“Tidur mati apa budak ni !....Yuhanis bukak pintu !...Hei Hani!.. awak jangan nak main-main dengan saya pagi-pagi buta ni....saya nak pergi kerja tau tak !” Mizan menahan geram. ...Mizan cuba bersabar...kalau tak, dah lama dirempuhnya pintu bilik orang gaji itu.

Sepi...masih tiada jawapan dari orang di dalam bilik.

Mizan menarik sedikit lengan baju kemeja yang dipakai, jam tangannya sudah menunjukkan pukul lapan lima belas minit pagi. Mizan sedikit lega. Masih ada waktu lagi....kalau dia terus masuk pejabat tanpa berhenti di mana-mana untuk bersarapan.

‘Never mind, sarapan tak penting...ada benda lain yang lebih penting untuk dia selesaikan terlebih dahulu....kalau minah ni tak mahu juga bukak pintu, aku kena fikir cara lain...mengada-ngada budak ni. Nak balas dendam pun...berpada-padalah.’ Bebel Mizan di dalam hati.

Mata Mizan menjeling sekilas keadaan dapur....dah bersih. Sudah kemas seperti biasa. Mizan mencebik. Baru diuji sikit dah nak melawan..nak balas dendam....gerutu di hati Mizan.

“Yuhanis !..saya cakap elok-elok, awak tak nak dengar...kalau saya main kasar, awak jangan nak salahkan saya pulak....bukak pintu ni cepat !...saya tak ada masa nak main-main dengan awak...dengar tak ni !” Jerit Mizan . Geram Mizan dah tak dapat ditahan lagi. Sabarnya sudah menipis. Jam di tangan dilihat lagi. Cepat betul masa berlalu.

Pintu bilik orang gajinya hanya ada selak kecil. Kunci di tombol sudah lama rosak, masih tidak dibaiki. Nak baiki pun, bilik tu dah lama tak berpenghuni. Sudah setahun Mizan tak ambil tahu pasal bilik itu...tapi, apa yang Mizan tahu...ialah, pintu itu tidaklah sekuat mana. Mizan yang memasang selak itu...

......’so, no problem....sekali rempuh...hah ! siap kau ...jangan nak main-main dengan aku....lepas ni tiada maaf bagi mu...you’d better pack your bag !’....sudah terasa-rasa sedapnya ayat yang akan Mizan hamburkan kat budak yang nak sangat jadi isterinya.

“Yuhanis !..saya cakap elok-elok, awak tak nak dengar ye...kalau saya naik angin nanti, awak jangan nak menyesal, tau...bagi balik barang saya, awak dengar tak?” Jeritan Mizan sudah bertambah tinggi...silap haribulan mau Uncle Muthu yang datang bertanyakan hal. Kebaikan Uncle Muthu kadang-kadang menyusahkan.

Masih sepi orang di sana. Orang di sini dah panas meruwap-ruwap seperti gunung berapi !

“OK !!..kalau awak masih degil jugak, saya pecahkan pintu ni..jangan ingat saya main-main, apa..awak ingat saya takut ke...setakat pintu ni, sekali saya rempuh...satu pintu boleh tercabut...siaplah awak nanti.” Ugut Mizan pula sambil membetulkan lilitan tuala di pinggangnya.

Ingatkan tadi, senang saje Mizan nak mengugut Yuhanis. Sebab itulah Mizan sudah bersiap segala ...siap dengan necktie dan briefcase lagi.....cuma tidak dan belum memakai seluar saje, kerana belum cukup syarat. Tak kanlah Mizan nak pakai seluar saperti Superman...seluar spenda kat luar!...itu pun kalau dapat balik....GGGRRRRR.....GGGGRRRRRR.....

“OK, sekarang masa dah tamat, saya nak pecahkan pintu ni...saya dah lambat nak pergi kerja...last kata...BAGI BALIK SELUAR DALAM SAYA !!” Jerit Mizan. Geram Mizan sudah memuncak. Sabarnya sudah hilang...terbang melayang.

Sunyi...sepi.

‘Berani punya budak !’ getus hati Mizan.

“Times up ! Lepas ni awak jangan menyesal...sa..Tu,...Du..a,...Ti...GA !!

Mizan tidak mahu termalu...cakap tak serupa bikin !...Awal-awal dah warning,.. sekali rempuh, means sekali rempuh...so.....Dengan sekuat tenaga Mizan merempuh pintu bilik yang dihuni Yuhanis.  Dengan badan yang sasa campur stamina yang man...t...a....p......

BANG !!!!!

Pintu tak berkunci !.....[kalau tolak dengan satu jari pun dah terbukak...jangan-jangan hembus sikit pun dah terkuak...]

PRRAAAKKK...BEDEBUK !!...ADOH !!..

Mizan terlajak !.....[terlajak perahu,boleh diundur..terlajak kata,besar padahnya...terlajak rempuh,nasib tak tumpo.]

Mizan terjelepuk jatuh di hadapan almari selepas merempuh almari uzur di dalam bilik Yuhanis.....nasib baik almari. Kalau dinding batu mahu terkehel bahunya...paling malang kalau giginya yang bertabur!

‘HEEEIII !..minah ni......pintu pun tak tahu nak kunci.’ Sakit, sakit jugak....bebel,bebel jugak. Salah sapa  ek ?

Minah tu..budak tu...si Hani tak ada dalam bilik ! Mizan baru tersedar. Laju Mizan bangun untuk memeriksa di dalam bilik air....tapi terhenti...tualanya terlondeh !...dan bilik air sememangnya sudah ternganga. Orang yang dicari tak nampak batang hidung.

HUUAAAARRRGGGGGG !!!!!

* * * * * * * * * * *

“Hei  Mizan,...wanginye engkau pagi ni !” tegur Zulkifli ketika mereka bertembung di hadapan pintu lif. Berkerut keningnya seketika. Cuaca di luar cukup cerah...kenapa kat dalam mendung sekali.

Mizan sekadar senyum kelat. Kepalanya sekadar dianggukkan beberapa kali. Mizan tak ada mood nak cakap. Muka serius semacam. Hati sakit mencengkam. Mizan geram kerana sia-sia saja masanya terbuang  bercakap sorang-sorang  di depan bilik yang tak berpenghuni.

‘Ke manalah minah tu merayap pagi-pagi buta...atau...mungkin... budak tu tak tidur di rumah semalam...kalau tak tidur di rumah, kat mana minah tu tidur ?’ ligat kepala Mizan berfikir.

Pintu lif terbuka. Mizan dan Zulkifli melangkah masuk. Tiga orang gadis, kaki tangan dari bahagian pentadbiran .....bergegas,berlari-lari anak... nak, naaak jugak turut mengikut masuk dalam lif yang sama.. Siapalah yang bodoh nak lepaskan peluang berada dalam zon pandangan mata Encik Shaiful Mizan... ‘the most handsome and most eligible CEO di syarikat itu.

 Lebih-lebih lagi, di waktu pagi begini... baru nak masuk pejabat. Make up segala masih rapi, pakaian dan badan masih wangi. Tuah ayam nampak di kaki, tuah jodoh manusia siapa yang tahu....belum cuba, belum tahu. Siapa tak berani dia yang rugi. Dalam mulut naga pun orang berani rebut..inikan pula CEO yang dilepas orang !

 Zulkifli tak jadi nak tanya lebih..nak buka mulut pun tak berani. Nanti tak pasal-pasal keluar cerita baru dari pejabat mulut murai.com.my....Kesian kawan aku !
Mizan melangut memandang bahagian atas lif. Zulkifli memandang ke hadapan. Lebih bagus dari melangut ke atas. Tiga dara dengan baju kebaya masing-masing berdiri di hadapannya dan Mizan. Mereka mengadap depan ke pintu lif, pinggul di hadapan mata si jejaka. Berharap-harap si dia berdebar memandang....lagi bagus jika tertawan.

 Kalau boleh semua nak pusing mengadap Encik CEO...boleh bertentangan mata...almaklumlah semua dah pernah dengar pepatah...dari mata jatuh ke hati...kot-kotlah...manalah tahu...takdir menentukan, cinta pandang pertama...tapi takut kalau terover, saham menjunam.

Namun kedengaran sok sek, sok sek dan tawa kecil dari mereka. Sesekali ada yang curi-curi menjeling ke belakang sekejap- sekejap.

Mata Zulkifli tak lepas peluang. Dari hujung rambut ke hujung kasut tumit tinggi di teliti. Semua cantik-cantik belaka.Berderet sebaris, macam pertandingan ratu nak cari Miss Malaysia. Kalau baju kebaya...apa lagi nak dibayangkan...24-20-24.. atau.. 25-20-25... atau... 26-20-26... atau 27-20-27.....

......Sejak kebelakangan ini Zulkifli rasa seperti ada pertandingan ratu kebaya pulak kat syarikat mereka. Mak janda- mak janda jugak tak mahu kalah. Zulkifli dah mula pandai mengukur pakai matanya saje. Ukuran katagori ini selalunya...35-25-35...37-30-37..atau...38-28...

“ OPOCOT MAK KAU !”

Zulkifli terlatah bila tetiba dia disinggung Mizan yang berdiri di sisinya. Mizan menjegilkan matanya kepada Zulkifli. Zulkifli termalu alah. Kalau boleh Zulkifli yang nak jeling kat Mizan...tapi tersedar diri sendiri yang salah...terpaksalah dia beralah.

 Ketiga-tiga gadis di hadapan tak lepaskan peluang menoleh ke belakang bersama senyuman manis masing-masing....macam ada peraduan ubat gigi pulak kali ini...dengan gaya manja, posing dengan dada melentik lagi.

Zulkifli tersengih malu...tak macholah kalau orang lelaki melatah. Namun peluang untuk berbalas senyuman memikat tidak mampu dilepaskan....Cuma...hampa. Tiga pasang mata si gadis-gadis bergaya hanya untuk Mizan seorang. Perlahan-lahan Zulkifli menyimpan senyumannya yang tak laku.

* * * * * * * * * *

“Minyak wangi apa yang kau pakai ni Mizan...macam minyak wangi orang perempuan aje aku bau ni....ada perempuan mana-mana bergesel dengan kau ke ?” tanya Sharif. Kerusi di hadapan meja Mizan sudah ditarik...tapi Sharif tak jadi duduk.

“SNIF, snif,sniiif,sniiifff......

“IISSS...apasal kau ni ?  Kau nak cium aku ke ?” kata Mizan , tak puas hati....sambil tangannya segera menyiku  badan Sharif yang tertunduk-tunduk ke tubuhnya. Serta merta Mizan mengusap bahunya yang terasa sakit. ...’ish..si minah tu punya pasallah bahunya jadi sakit begini.’

“Cium kau buat apa?...baik aku cium kucing siam mama aku....eh,...er,.Suraya ada datang ke cari kau malam tadi?... ada Suraya  gesel-gesel dengan kau ke ?..kau nak rujuk ke dengan dia ? ...apa, malam tadi dia tidur kat rumah kau ke? ....kau kena ingat-ingat Mizan,......aku risau, takut kalau-kalau kau terperangkap lagi dengan perempuan tu.....dibuatnya ,dia memang ada plan nak pasang perangkap....nanye aje kau kena tangkap basah denga ex kau tu.....perempuan macam tu kalau dah terdesak...kalah orang lelaki tau....aku rasa kalau kau nak selamat, baik kau cepat-cepat kahwin....pilih ajeperempuan-perempuan yang biasa-biasa, baik ..yang ada kat syarikat ni, ramai yang nak kahwin dengan kau...jangan-jangan ada yang sanggup bergusti berebutkan kau....kalau kau segan, aku boleh tolong rekemen...aku boleh tolong carikan yang rajin sembahyang, pandai mengaji Quran, yang pakai tudung, yang cantik tapi pandai jaga diri...aku ingat.....”

“ OK,OK...cukup,cukup..tak payah ingat-ingat dah.....sebenarnya apa yang kau nak, masuk jumpa aku ni?...mesyuarat kau dengan client dari Seremban tu dah selesai ke?” tanya Mizan.

Mata Mizan masih memandang surat yang sedang diteliti....pen di tangan sekali sekala mencatit sesuatu dihujung surat tersebut. ‘Nasib baik tangan kanannya masih boleh memegang batang pen...batang lain belum tentu...ini semua budak tu punya pasal.’....tak habis-habis Mizan menyalahkan Yuhanis.

“Eh Mizan...kau tak dengar ke apa yang aku tanya dari tadi?...buat penat aku cakap aje.” Keluh Sharif sambil melangkah ke kerusi...dengan hampa menghenyakkan punggungnya ke kerusi empuk di bilik pejabat Mizan.

“OK..kau nak jawapan pada semua soalan yang kau tanya tadi....’the answer is NO !...big capital letter.”

“Jadi Suraya tak datang kat rumah kau malam tadi?”

“No.”

“Tak ada mana-mana perempuan gesel-gesel dengan kau?”

“No.”

“Kau tak mahu ke aku tolong rekemen mana-mana perempuan baik untuk kau, Mizan?”

“No.”

Sharif terdiam. Sharif menongkat lengannya di atas meja Mizan. Matanya merenung tajam wajah sahabat yang mahu dilindunginya.

“What?...tak puas hati lagi?...anymore questions?...Go ahead, don’t be shy to ask me.”Mizan mengangkat muka memandang Sharif di hadapannya.

“Alaa..kau tu...kalau tak nak jawab...macam-macamlah kau cari jalan nak mengelak .” ujar Sharif dengan nada merajuk.

“Apa sebenarnya yang kau nak tanya ni?...ok, serius...aku jawab kau.”

“Pasal apa baju, seluar kau ada bau minyak wangi perempuan?”

“Ooooo...itu sebenarnya.....Sebenarnya, aku pun tak tahu...aku kurang pasti...baju-baju ni aku baru ambil kat kedai dobi semalam...diaorang pakai pewangi baru, jenis lain kot....selalu tak bau macam ni....pakaian kau macam mana...kau pun hantar dobi kat situ jugak kan ?”.. . Mizan mengerutkan keningnya. Cuba mengingati sesuatu.

......tapi masaalahnya dia sendiri  pun kurang pasti...jangan-jangan kerja si minah tu....seluar dalam dia pun habis diculik...satu tak tinggal. Terpaksalah Mizan memakai semula seluar dalam semalam....kalau dia dapat masaalah gatal-gatal, siap kau Hani...aku nak paksa kau sapu ubat sampai sembuh...[Mizan senyum geram]...

Mizan tersedar dari angan-angan dendamnya...’.er, sanggup ke dia?’...[dia tu Mizan..bukan Yuhanis...hik,hik,hik]

“YES ! YES !...THAT’S  IT !!....Kedai dobi ! .....”....Senyuman tersungging di bibir Sharif.

Mizan merenung Sharif...sambil menjungkitkan kening. ` Pen di tangannya dicampak perlahan di atas meja. Tak boleh kasar-kasar, bahunya masih sakit. Mizan menyandarkan badannya ke belakang kerusinya sambil berpeluk tubuh.

 Nak peluk tubuh pun kena perlahan-lahan... tak boleh tunjuk kat sesiapa ...[lebih-lebih lagi bestfriendnya ]yang bahunya sedang sakit...nanti sah-sah adalah soalan-soalan yang menyakitkan hatinya pulak... Kenapa? Bagaimana?Bila?...

‘Ini semua pasal perempuan tu lah.’..rasa geram bergumpal-gumpal di dada Mizan. Seharian kepalanya tak habis-habis menyalahkan Yuhanis.

“Yes..anything you want to tell me ?....Girlfriend baru?...atau kau tiba-tiba dah jumpa gadis impian....gadis pekerja kedai dobi....dah jatuh cinta...or maybe dah nak naik pelamin ?”tanya Mizan malas.  Ada unsur-unsur perli di situ.....tapi  sikit pun Sharif tak kisah. Dalam hati dah ada taman.

“Yeah...betul-betul !...terrerlah kau Mizan !...tepat jangkaan kau !...eh, kau nak tau Mizan...aku sebenarnya malu nak cakap kat kau...tapi...aku nak mintak nasihat kau...nak mintak tolong kau ..er...er..macam mana ni ye...aku..ni..apa ni.....

“Amboi susahnye mat romeo ni nak cakaap....apa?.. kau tak berjaya nak ‘ tackle’ that girl’?...betul?”

“Budak perempuan tu tak mau layan....aku  ayat dia buat tak faham aje....kau tentu dapat tolong aku, Mizan...jadi aku nak kau teman aku jumpa  budak  perempuan ni....aku nak kau jadi..erm...jadi ..er.. orang yang boleh back up aku, rekomen aku kat dia....susah betul aku nak dekat denga budak ni....semua tak jalan.”

“Kenapa kau tak tunjuk aje kereta besar kau tu...tayang aje BMW kau tu, Sharif...mana-mana perempuan pun...senang-senang tersangkut.”

“DAAAH !...Tak jalaan.”jawab Sharif dengan mulut terjuih.

“Really ?”tanya Mizan pulak...bunyi macam tak percaya.

Sharif sekadar mengangguk.

“Perempuan tu tak ada mata, apa?...ada dia tengok muka handsome kau ni tak?”

Sharif mengangguk lagi.

“Perasan !”

“Wui, tolonglah.. jangan main-mainkan aku Mizan..aku serius ni....budak tu sikit pun tak sangkut dengan rupa aku atau kereta aku....aku tengah ‘frust’ni..kau tau tak?....kalau aku tau budak tu duduk kat mana.... nak  aje aku suruh mama dengan ayah aku pergi pinang terus.”

“Aai...ini kes serius ni....tanam pinang rapat-rapat,biar puyuh susah nak lari....kalau tackle tak dapat-dapat, kidnap aje ...paksa kahwin sebelum dia lari.”

“Apa ?...kau ingat aku main-main ke?...aku betul-betul dah jatuh hati kat  ‘this girl’...dia lain dari yang lain....aku takut aku terlambat...atau terlepas dia....susah nak cari perempuan yang tak pandang harta, tak pandang rupa zaman sekarang ni...kau bukan tak tau.”

“Habis tu...kau nak aku buat apa ?”

“Ikut aku jumpa dia.”

“Tempat kerja dia ?

“Aku tak tahu dia kerja kat mana.”

“Habis tu...nak jumpa macam mana....rumah tak tau, tempat kerja dia pun tak tau...habis tu kau tahu ke nak cari budak tu kat mana?”

“Haa...maknanya kau sudi tolong akulah ni ?” Sharif segera berdiri...excited lebih.“Dah beberapa hari aku dok intip dia...hari tu, aku terserempak dia kat...

“Woi!.. kau mengendap anak dara orang ye Sharif ?...habis tu ...budak tu tak sedar kau selalu skodeng dia ke ?”

“Aku kena kreatif...cara biasa tak dapat...aku cari jalan lain...nak himpit dia, buat baik dengan dia....TQ sebab kau sudi nak tolong aku.”Sharif melangkah ke sisi Mizan.

“Ok, no problem....aku harap kau berjaya...berbaloi segala usaha skodeng kau tu !” Jawab Mizan...tapi dalam hati...sendiri punya problem pun belum tentu dapat selesai.

“Well..thanks bro,..kaulah best friend aku dunia akhirat.”ujar Sharif dengan gembira sambil memaut kemas bahu sahabatnya....lepas tu siap tumbuk-tumbuk lagi kat bahu sahabat baiknya ...tanda keakraban.

Mizan hanya mampu menyeringai...nak mengadoi terpaksa ditelan.Sharif tersenyum gembira...Mizan mengeluh geram.

‘YUHANIS’...terlakar namamu di hati ku yang membara....hu,hu,hu.

* * * * * * * * *

‘Y.U.H.A.N.I.S !!

Tercacak bangun Yuhanis dari pembaringannya. Terdengar-dengar saperti ada suara orang menyebut-nyebut namanya..memanggilnya. Yuhani memisat mata. Pandangan matanya ditebarkan di sekelilingnya.

‘Aaah....dia di bilik Sara dan Suri.’...sekarang Yuhanis sendirian. Yusri dan adik-adiknya semua telah pergi ke sekolah. Yuhanis rasa puas hati kerana Yusri dan si kembar ke sekolah bersarapan bihun goreng pagi ni, hasil air tangannya.

 Yuhanis berbaring semula. Terlalu awal untuk Yuhanis pulang ke rumah...kalau boleh Yuhanis hendak mengelak dari bertembung  dengan ‘The Rock’ buat masa yang terdekat ini. Dekat-dekat pun ...paling lewat sebelum ‘The Rock’ sampai ke rumah selepas habis kerja.

‘Selamat lagikah sarang halimunannya itu?’

 Nak jugak tunggu keadaan ‘cool’ sikit.

‘He,he,he....tentu ada orang tengah tak cool....panaaass!’ Yuhanis tersenyum nakal. Yuhanis teringat kejadian semalam. ‘ Apakah dia terover dalam tindakannya ?’

 Apa pun sebelum pulang, Yuhanis kena singgah kat kedai dobi. Nak kena ambil harta karun ‘The Rock’..’.Haaa...tu lah sapa suruh perdajal dia...kan dah kena ‘smash’ balik.’.

Yuhanis bergolek seketika di katil si kembar. Terasa ada satu rasa halus yang menyentuh perasaannya  bila dapat bermalam sekatil dengan si kembar...seperti mereka benar-benar satu keluarga. Sedangkan Yuhanis tiada rancangan pun nak bermalam di situ.

Semuanya gara-gara Yuhanis nak berehat sekejap kerana kepenatan. Sedar-sedar azan Magrib yang mengejutkannya. Termasuk Yusri dan si kembar akibat penat dan kekenyangan. Kita merancang, Allah yang menentukan.

Yuhanis merenung ke siling, cuba mengingati kisah semalam. Yuhanis tersenyum sendirian...Sekarang memanglah terasa lucu...tapi semalam ...hah, rasa macam kena dera.

Semalam adalah hari yang paling memenatkan...tapi berbaloi bila akhirnya Yuhanis dapat juga meraikan hari jadi si kembar. Nasib baik Yuhanis sempat keluar rumah sebelum habis waktu pejabat...

Dengan badan melekit, pakaian berpeluh..Yuhanis sempat membawa sepersalinan  pakaian dan telekung...tak lupa berus giginya. Kelam kabut Yuhanis menyumbat semuanya ke dalam beg sandang...sebelum berlari ke simpang jalan besar untuk menunggu teksi.

Yang lecehnya...kena angkut segala mak nenek kain kotor sekali...tapi yang bestnya semua sekali spenda ‘The Rock’. 

‘Padan muka...siapa suruh cari pasal dengan dia.’....bicara hati Yuhanis si peguambela diri.

Yuhanis tak sangka.. cadangnya dia yang nak buat surprise kat Yusri tiga beradik, Yuhanis yang ter’surprise’. Hairan Yuhanis melihat selonggok barang-barang hadiah di tengah rumah sebaik dia melangkah masuk ke rumah Yusri.

Nasiblah Yuhanis tak berasa nak kecik hati bila sekotak kek dan tiga beg plastik mengandungi juadah lain yang dibawanya sudah tak jadi surprise pada si kembar. Malah Yuhanis tumpang gembira melihat mereka tiga beradik gembira. Si kembar sedang mengadap KFC ! Dengan Yusri-Yusri sekali.

“Dari mana datangnya semua benda ni?” soal Yuhanis sebaik dia duduk bersila sekali mengadap KFC yang masih suam-suam kuku terhidang beralaskan surat khabar lama di tengah rumah.

“Abang Omar !” serentak Sara dan Suri menjawap. Sambil senyum, sambil sibuk menjamu selera.

Berkerut dahi Yuhanis mendengar nama itu.

Terangkat-angkat kening Yusri memandang Yuhanis.

“Apa?” tanya Yuhanis...buat-buat tak faham usikan dari Yusri.

“Abang Omar tu memang minat kat akak...Yusri rasa tak salah kalau Kak Hani kawan...kenal-kenal dulu dengan dia.”

“Ok.” Itu sahaja jawapan Yuhanis. Sempat memberi signal kepada Yusri dengan menjuihkan bibirnya ke arah Sara dan Suri yang sedang ralit makan....tanda Yuhanis tak mahu bercakap pasal hal itu di depan adik-adiknya.

“Bila dia datang hantar semua ni?” tanya Yuhanis ingin tahu. Risau pun ada. Dibuatnya Omar bertandang bertangga kat sini, susahlah Yuhanis nak datang bila-bila dia ada kesempatan. Tak pasal-pasal jadi kes lain.

“Bukan abang Omar yang hantar.” Suri yang menjawab tetiba. Pasang telinga juga mereka rupanya. 
Yuhanis menunggu sambungan dari Sara pula untuk bercakap. Tak lama.

“Abang Omar kirim kat orang...bagi kat abang  Yusri kat kedai dobi tadi.”


 Yuhanis dah mula masak dengan kelakuan si kembar. Yuhanis seronok melayan keletah mereka. Cita-cita untuk memiliki anak kembar masih tersimpan di sudut hati....kalau ada rezeki...dengan izin Allah..harapan masih luas terbentang...bisik hati kecilnya..chewah, chewah...aja-aja fighting...chayok-chayok...Yuhanis memerlukan itu semua.

“Abang Omar suruh driver ayah dia hantar semua barang-barang ni...dengan duit dua ratus ringgit kat Yusri, kat kedai dobi petang tadi. Dengan pesanan...’ sampaikan semua barang-barang ni pada Sara dan Suri, adik Kak Hani.’...pas tu pesan lagi suruh belikan KFC ni untuk Sara dan Suri dengan duit yang dikirim, bila serah barang-barang pada Sara dan Suri.”

“Ooh..hari tu kami terjumpa Omar kat Mega Mall...masa tengah makan KFC...tu yang dia tahu Sara dan Suri suka sangat dengan KFC ni...macam tau-tau aje hari ni birthday Sara dan Suri.”

“Abang Omar tumpang makan kat meja kami, sebab meja semua dah penuh.” Cerita Sara.

“KFC yang kita bawak balik hari tu pun, Abang Omar yang kasi.” Tambah Suri pula.

“Kak Hani tak cite apa-apa pun kat Yusri....ooo, terjumpa ke...atau ...plan nak jumpa.” Ujar Yusri ....siap dengan  memainkan matanya....pejam celik, pejam celik sambil tersengih-sengih menyakat.

“Kak Hani nak tahu?...Sara rasa barang-barang nilah yang sama-sama di beli masa kita beli barang kita hari tu.”

“Betul Kak Hani...Suri yang tengok kasut tu hari tukan, sama dengan kasut yang Abang Omar bagi ni....jangan-jangan Abang Omar lah yang beli sekali hari tu.”

“Apa susah..nanti akak tanya aje kat abang Omar tu bila akak jumpa dia nanti....Yusri tak kata apa-apa kat pak cik driver tu sebab Yusri rasa pak cik tu bukan tau apa-apa...Cuma ikut arahan boss dia saja. ” Jawab Yusri sambil menyuap kentang goreng ke dalam mulutnya....

“Rezeki Sara dan Surilah ni..mm, tak pa...lepas ni kita potong kek pulak.”

Horee,horee.... Sara dan Suri gembira menyambut hari jadi dengan hadiah yang lumayan. Rezeki yang tak diduga. Rezeki yang tak boleh ditolak. Yusri dan Yuhanis tumpang gembira untuk si kembar. Tanpa disedari Omar juga dapat pahala kerana mengembirakan hati anak yatim piatu.

Bila ada peluang nanti Yuhanis kena bertemu juga dengan Encik Omar untuk menerangkan keadaan yang sebenar. Yuhanis tidak mahu ada masaalah timbul di kemudian hari. Pada Yuhanis jika perasaan sendiri perlu dijaga...begitu juga perasaan orang lain.

 Masaalah Yuhanis dengan Abang Nizan dan Mizan pun tak selesai lagi...buat apa nak tambah dengan satu lagi. Buat apa sengaja nak memeningkan kepala, bukanya elok kalau selalu makan panadol...nanti dapat masaalah buah pinggang pulak. Jadi untuk kesihatan buah pinggang, jangan libatkan diri dengan cinta bersegi-segi...hik,hik,hik.

Yuhanis menggunakan masa yang ada dengan mengemas serba sedikit rumah ‘adik-adiknya’. Sempat juga Yuhanis tolong menjemurkan pakaian mereka yang telah dibasuh awal pagi menggunakan mesin basuh lama yang hanya ada tiga kaki. Kaki satu lagi dah hilang gamaknya...tu yang pakai kaki batu bata.

Sementara menunggu nasi masak Yuhanis menggoreng sayur kobis berencahkan telur. Sebelah ayam yang dikeluarkan dari peti sejuk di potong kecil untuk digoreng dengan garam dan kunyit. Untuk menambahkan mata lauk Yuhanis mericih dua ketul ayam, lalu digoreng bersama hirisan kentang yang sudah sedia dibelikan seguni untuk kegunaaan ‘adik-adiknya’.

Makanan sudah siap dihidang.Penat-penat tapi hati senang. Yuhanis bersiap untuk pulang...tapi nak kena mandi dulu dan sembahyang. Selagi boleh Yuhanis tidak mahu meninggalkan amalan sembahyang sunat Dhuha.

Sembahyang sunat Dhuha adalah jalan untuk kita mendapat jaminan dari Allah agar dipermudahkan rezeki dan keperluan setiap hari. Peluang ini juga Yuhanis gunakan untuk berdoa buat ibu bapa dan adik-adiknya. Anak yang rajin berdoa untuk ibu bapanya juga akan dimurahkan rezeki.

Rezeki bukan bermaksud wang ringgit semata-mata. Apa yang Yuhanis faham adalah.. rezeki meliputi semua aspek kehidupan...termasuk dipermudahkan segala urusan. Yes ! ..termasuk urusan Yuhanis dengan ‘The Rock’....kerana memandai melarikan semua ‘underware’ orang tu.

‘Eh, orang tu pergi kerja pakai ape..  erk ’.

Monday, 7 January 2013

PTRNTD BAB 12

“Mizan!..kau dengar  tak apa aku cakap ni? ...Kenapa dengan kau ni, Mizan. Dua, tiga hari ni aku tengok kau lain  macam aje....Suraya ada datang, jumpa kau ke?” Sharif menepuk-nepuk meja. Cuba menarik perhatian Mizan yang sedang mengelamun.

Mizan menghirup kopi panas di hadapannya perlahan-lahan. Sharif dan Zulkifli terpaksa bersabar. Berkelip-kelip mata kedua-duanya memandang ke arah Mizan. Mizan meletakkan cawan kopinya semula. Perlahan-lahan.

“Kau ada masaaalah ke Mizan?...Kau cakaplah dengan kitaorang berdua ni...kalau aku boleh tolong, aku tolong...Sharif pun aku tahu, mesti nak tolong punya. Kitakan bestfriend....kau pun selalu tolong aku...bila lagi aku nak balas....Kau cakap ajelah,jangan segan-segan.”kata Zulkifli sambil menyiku Sharif di sebelahnya.

“Er, Suraya ada datang cari kau kat rumah ke? ” Sharif cuba mengorek lagi.

Mizan menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Mizan serba salah. Nak cakap susah, tak cakap pun susah. Dulu bolehlah nak mengadu masaalah rumahtangganya kepada Sharif dan Zul. Boleh minta nasihat. Tak banyak, sikit ada juga menolong. Ada telinga menadah,  mendengar keluhan hatinya.

Sekarang nak minta nasihat macam mana. Sudahlah kahwin pun tak nak mengaku. Takkan alih-alih minta nasihat tentang isteri pulak. Terpaksalah dipendam, ditelan, ditanggung sendiri.

“Bukan pasal Suraya...emm,...er...er...adik aku dah balik.” Akhirnya itu yang terkeluar dari mulut Mizan  sebagai alasan. Itu saja yang teringat ketika ini. Terlupa berita tu dah basi...berita semalam, semalam ....dan semalam hari tu.

“So?” Serentak Sharif dan Zulkifli bertanya. Mereka berasa hairan. Bukankah adik Mizan dah balik sebulan lalu. Balik kahwin dengan anak angkat keluarga Mizan. 

“Aku masih tak boleh maafkan dia.” Mizan teringat kes Yuhanis melayan  panggilan Nizam tempoh hari.... sampai suami sendiri depan mata pun tidak dipedulikan.

Sharif dan Zulkifli berbalas pandang. Mereka sedikit pelik dengan perangai Mizan. Kes Mizan dengan adiknya telah lama berlalu. Dah lama Mizan tak ungkit....tapi kenapa tetiba  je cerita basi itu timbul semula. Mesti ada apa-apa ni !

“Then?” Sharif tanya lagi. Zul tumpang angguk.

“Aku tak boleh dan... tak akan balik kampung, selagi dia ada kat rumah mak ayah aku.”

Sharif dan Zulkifli berpandangan lagi. Macamlah Mizan selalu balik kampung...adakah itu punca masaalah Mizan? Sharif dan Zul menatap semula wajah Mizan yang serius dan masam...tapi tetap kacak jugak....dan mereka tak percaya.

“Ala.. janganlah nak sorok-sorok dengan kami, Mizan...bukannya kita baru kenal sebulan dua...nak cover-cover, cari le alasan yang kukuh sikit.” Ujar Sharif tak puas hati. Bertambah yakin yang Mizan sedang menyembunyikan sesuatu.

“Ok,..pandailah kau berdua...tapi sorry, aku tak boleh cerita kat kau orang sekarang...tengoklah, bila-bila, nanti.” Mizan mencapai cawan kopinya semula.

“Cis...buang karan betullah kau...habis, petang ni macam mana?..kau nak turun tak?..dah berapa hari tak nampak muka kau kat gym.” Zul menolak pinggan makannya yang telah kosong sambil mata memandang Mizan.

“Aku ada hal sikit kat rumah....tengoklah macam mana, ada mood nanti aku pergi.” Jawab Mizan sambil menghabiskan baki mee goreng di pinggannya.

“Macamlah kau ada bini menunggu kat rumah tu.”ujar Sharif..cuba jolok lagi...tapi hampa. Kalau Mizan dah kunci mulut, pujuk pun tak guna.

Mizan tersengih tawar. ..’kalaulah kauorang tahu’, keluh hati Mizan...dan dia sendiri pun tak faham ....tapi yang pasti Mizan tak sabar nak balik ke rumah petang tu.

* * * * * * * * * * *

Yuhanis mencekak pinggang. Bijik matanya macam nak terlompat keluar ....Yuhanis tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Keadaan dapur sudah kelihatan seperti ada sepuluh orang bujang malas duduk serumah. Nak kata macam tongkang karam pun..taklah teruk sampai nak karam rumah.

“Dia ni saja nak kenakan aku ke...atau dah buang tebiat “ Yuhanis merungut tapi tangannya automatik mula mengemas.

Yuhanis perlu cepat. Hari ini hari jadi Sara dan Suri. Yuhanis sudah merancang sesuatu yang istimewa untuk si kembar. Yusri pun pasti  akan terkejut. Yuhanis sudah terbayang  wajah-wajah gembira mereka tiga beradik.

Yuhanis mengemas dapur seperti lipas kudung. Enam biji mug kotor  yang beratur di atas meja dibawa ke sinki. Dibasuh, dilap sampai kering dan disusun semula ke tempat asal. Yuhanis sedikit hairan dengan tahap kebersihan rumah yang tiba-tiba saje berubah.

Yuhanis  membersihkan gula dan serbuk koko yang bersepah di tepi  ‘ water heater’. Dalam talam sampai luar talam, gula dan serbuk koko bertaburan.

“The Rock’ ni ambil gula pakai sudu ke, pakai jari telunjuk?” rungut Yuhanis sendirian...

 Lepas tu ada pula produk koko pekat yang meleleh dari atas kabinet menitik turun ke lantai. Tak cukup itu...ada pula kesan tapak kaki yang memijak benda alah tu dan dibawa menjelajah seluruh lantai dapur.

Matanya pula ligat memandang sekitar lantai...’nak mop ajeke atau lap pakai kain.’

Tuala lap tangan yang selalu berlipat elok di tepi singki pula.....kini dah jatuh pangkat. Dah jadi pengelap lantai. Cantik tersepuk di depan peti sejuk. Air kelihatan bertakung seperti sengaja dituang di situ. Kan bagus kalau ‘The Rock’ bubuh dua tiga ekor ikan  emas sekali...baru nampak real-real kolam air.

Hampir sejam Yuhanis mengemas dan membersihkan dapur. Terpaksalah Yuhanis  berlari kesana kemari untuk menjimatkan masa. Akhirnya semua kain tuala yang digunakan untuk mengelap, siap dibasuh dan dijemur di belakang dapur. Penyapu dan mop telah kembali ke rumah masing-masing. ‘Apa lagi yang tak ok?’....jawapnya, tentulah ‘The Rock’ yang bengong tu !!

Setelah puas hati melihat dapur kembali bersih seperti asal, Yuhanis duduk mengadap sarapan paginya. Penat sampai lapar. Satu mug teh o dan dua keping roti disapu mentega serta ditabur sedikit gula.

 Yuhanis sudah berangan-angan untuk bersiap dan chow  to sing.....’Happy birthday to Sara and Suri !

Hari tak selalunya indah....malang selalu tak berbau. Dah siap , dengan  muka berseri-seri...tetiba wajah Yuhanis bertukar riak..... kelam, suram dan muram.

“ Dia ni kan, sajeee....eeeiiii, geramnyaaa!” ...Yuhanis berasa sedih campur marah. Sudah elok nak keluar... seperti saje’The Rock’  sengaja nak sabotaj rancangannya.

Yuhanis melihat sekitar ruang tamu yang turut jadi mangsa... senasib dengan cik dapur. Ada ke kiwi yang hitam pekat boleh merayap bertepek-tepek, seluruh lantai di ruang tamu...aaaarrrggghhh !!! Surat khabar dan majalah-majalah yang bersepah-sepah  sudah dikira ‘small matter’.

Ada lagi. Big matter ke, small matter ke...Yuhanis tak tahu nak letak kat katagori mana. Beberapa helai seluar dalam lelaki, boxer[ yang ini dah kira ada maaf lagi dari yang kecik tu], singlet dan stoking berbagai warna bersidai-sidai di semua sofa. Dah berpakai ke belum...wallahhualam!!

Rasa-rasa macam nak panggil aje Mak Azmah datang tengok perangai buruk anak bujangnya...ops...anak dudanya yang mereng ni. Kalau Kampung Sungai Rokam tu dekat, memang hari ni ...sahih-sahih ada duda tua mereng yang kena piat telinga dengan mak bapak. Dah tua-tua buat perangai.

Penat mengeluh, penat geram, penat bebel...akhirnya Yuhanis terpaksa juga membersihkan semua dugaan yang mendatang. Yang paling sukar tentulah nak memutihkan lantai yang sudah bertompok-tompok hitam. Yuhanis rasa pinggangnya bagai nak patah kerana terpaksa menyental kiwi yang degil....siap dengan gaya kuak merangkak. Kuak lentang tak jalan.

 Kira-kiranya heroin dalam filem ‘Musang berjanggut’ lebih beruntung nasibnya dari Yuhanis. Setakat nak kena pilih dan asingkan beras+pulut +gandum+biji rempah+lada hitam+lada putih+kacang dal dan etc.+etc.....bolehle duduk bersempuh ayu dengan sopan santun. Setitik peluh pun tak dan nak menitik. Dia...pinggang jadi pertaruhan.

Akhir sekali segala harta karun ‘The Rock’ dikutip dan dikumpulkan  dalam satu beg plastik. Nanti bolehlah dihantar ke kedai dobi. Ketika meletak bundut tersebut di tepi pintu...jantung Yuhanis pulak rasa nak tercabut dan luruh ke lantai.

‘Laaa..baru perasan.’ Keluh Yuhanis yang kepenatan.

‘Bingung ke.. bengung ke?..apa pun, itule jawapannya. Memang menguji kesabaran betul.....Hiiiiisssh.

Tak cukup mendera dengan demonstrasi ganas kat dapur dan ruang tamu...’The Rock’ tambah lagi satu tugas khas untuk Yuhanis. Arahan secara formal pulak tu.  Bertaip pada sekeping kertas putih A4. Dilekat di pintu utama.

Kalau nak buat-buat tak nampak, terus blah saje..boleh gak....tapi masaalahnya , orang juling pun boleh nampak kertas putih yang ditepek kat pintu keluar tu. Sebab nak jadi isteri solehah... terpaksalah Yuhanis membulatkan mata dan membaca senarai tugas yang termaktub di depan bijik matanya itu.

MAK AAAIII !!!

Kat kem PLKN pun tak teruk macam ni. Kat kem tentera, Yuhanis tak taulah...sebab tak pernah masuk.

TUGAS HARI INI...BILIK SAYA.

1.       KEMAS KATIL  SAYA...SALIN CADAR DAN SARUNG BANTAL SEMUA.
2.       BERSIHKAN DAN MOP LANTAI BILIK.
3.       CUCI DAN LAP TINGKAP BILIK DAN PINTU SLIDING SEKALI.
4.       CUCI BILIK AIR ...LANTAI DAN DINDING KENA SENTAL SAMPAI BERKILAT.
5.       KUTIP PAKAIAN KOTOR.
6.       KEMAS MEJA ...TAPI JANGAN USIK BARANG-BARANG SAYA.
7.       KEMAS PAKAIAN DALAM ALMARI BAJU.
8.       BUANG SAWANG DI SILING.
9.       JANGAN LUPA CUCI MANGKUK TANDAS.


Sembilan aje!... Yuhanis mencebik. Dah alang-alang sembilan kenapa tak buh je jadi sepuluh. Sekarang jam sudah  hampir pukul dua belas setengah tengahari. Kalau nak buat semua tu...campur waktu sembahyang Zohor dan makan tengahari....pukul berapalah nak sudah. Yuhanis mula mencongak waktu. Matanya  tertumpu pada jam dinding di atas tv.

Yuhanis terasa sebak..rasa nak menangis pun ada.’ Kesian Sara dan Suri...kek, orang dah tempah,hu,hu,hu’... isk,isk,isk.    [orang tu... dia lah]

Geram punya pasal, Yuhanis segera menggagau pen di dalam beg sandang yang dah tak tersandang. Beg dilepaskan semula ke atas sofa. Yuhanis berdiri di hadapan pintu merenung  senarai  sembilan  tugas barunya. Ada sedikit tambahan yang perlu dibuat.

              10.JANGAN LUPA TIDUR DI BILIK SAYA.

Hambik kau...ha,ha,ha,...hidup mesti ceria.....gasakle apa nak jadi lepas ni, jadile !

Usai solat Zohor, Yuhanis mengisi perut. Mee segera. Kena jimat masa. Yuhanis tidak boleh cepat berputus asa. Selagi tak dicuba...jangan cepat mengalah. Tangan jam cuma ada dua. Allah bagi Yuhanis dua tangan dan dua kaki....GANBATTE, GANBATTE !!

Dengan penuh semangat... Yuhanis merentap kertas A4 di pintu, lalu melangkah ke tingkat atas buat pertama kali sejak dia menjejak kaki ke rumah itu. Yuhanis sudah bersiap sedia untuk berjuang  demi kebebasannya...Yeah! bersiap dengan sebatang penyapu, sebatang mop dan beberapa helai tuala lama.

Tanpa membuang masa, tanpa menoleh ke kiri kanan..Yuhanis terus menerjah ke bilik ‘The Rock’. Senang...awal-awal lagi orang tu dah cakap pintu biliknya berwarna kelabu...eh, warning lah !..mana ada cakap elok-elok.

Terjatuh rahang Yuhanis sebaik pintu bilik dibuka. Melihat keadaan bilik, terasa seperti berada kat bilik orang  yang sentiasa bahagia di hospital bahagia ....OH, MAK DATUK!.

Betul-betul kat depan pintu, meleret selimut yang puncanya tentulah dari atas katil. Sekarang hanya sedikit hujung selimut saja yang masih berada atas kaatil...itu pun sebab tertindih dengan bantal peluk.

Bantal peluk jugak setengah aje kat atas katil. Setengah lagi terjuntai  di birai katil....kalau terkuis sikit pun dah tentu akan melorot ke lantai....maka sudah tentu selimut juga akan ikut bersama....[bersama?...yes..inilah sebenarnya maksud bersama...

.....she’s not dirty minded.....dirty?...what’s dirty?...Mr.Rock’s room is dirty!.ha,ha,ha.

Yuhanis terpegun seketika melihat keadaan bilik ‘The Rock’. Ganasnya manusia ni tidur!.. Tinggal tilam aje yang tetap di tempatnya. Yuhanis tak tahu nak mula dari mana...tapi mengingatkan tangan jam sedang terus bekerja, Yuhanis tak boleh berlengah lagi. Ikut je senarai yang diberi.

1. Yes!  Kemas katil....senang bah itu...memandangkan kain cadar sememangnya sudah setengah terselak  
    menampakkan cik tilam yang putih gebu. Yuhanis segera menarik cadar sampai terbogel cik tilam. 
    Lepas tu cik-cik bantal semua turut dibogekan sekali. Cari persalinan baru, selongkar almari le 
    jawabnya..... kemudian , taraa... Katil sudah dikemas, selesai tugas yang pertama.

2. Lepas tu Yuhanis perlu sapu lantai. Short cut sudah. Bawak cik penyapu jalan-jalan...start dari pintu terus  
    ke balkoni,...lepas tu keliling katil , siap. Pas tu cik mop menyusul, ikut jalan yang sama, tak sesat 
    punya..hi,hi,hi.

3. Dan...4...buat sekali harung. Lap agak-agak atas sikit dari paras mata sampai  bawah , tang larat nak 
   tunduk sudahlah...tak kan ‘The Rock’ nak memanjat check sampai ke siling....lagi –lagi  nak check kat  
   bawah tu.

5. KIV dulu.

6. Kemas meja...tapi sebab dah kena pesan jangan kacau barang-barang ‘dia’..kerja jadi senang. Yuhanis 
   cuma perlu tiup habuk kuat-kuat, pas tu kerpas kuat-kuat jugak. Pasti semua habuk akan berpindah ke 
   rumah lain...tak kisahle nak pindah ke belakang meja atau bawah katil...janji bersih meja orang tu.

7. KIV jugak.

8. Acara buang sawang memang best...ambil tiga sarung bantal yang nak dibasuh, punjut dua helai tu...pas tu 
   baling ke siling ke tempat yang ada sawang. Pasti lumayan hasilnya. Nak lagi berkesan, pasang kipas angin 
   kuat-kuat lepas tu...sampai maksimum lagi bagus. 

9. Bilik air dan tandas boleh dicuci serentak. Pancut air sana, pancut air sini. Pas tu gosok sana sini sikit-sikit.
   [ mula-mula tu rasa-rasa nak gosok guna berus gigi ‘ The Rock’ saja...tapi tak jadi sebab tak sampai hati, 
   berus gigi tu cantik, warna pink lagi....selamat kau Mr.Rock]. Jangan lupa ‘Harpic’...yang iklannya Afdlin 
   Shauki jadi hero tu. Tuang setengah botol, satu botol pun tak apa. Lagi banyak, lagi harum semerbak !!


Selesai  semua tu Yuhanis mengutip segala kain kotor ,lalu dibundutkan. Beberapa longgok pakaian kotor yang disepuk kat depan bilik mandi pun dimasukkan sekali...lalu di hantar di kepala tangga....termasuk penyapu, mop dan kain buruk.

Yang paling senang, buat last sekali. Kemas baju kat dalam almari. Tolak sana,tolak sini sikit-sikit, dah siap. Yuhanis tarik laci kat bawah pulak .....ahak...adik-beradik benda ni ramai ada kat bawah. Yuhanis tersenyum senget.

‘Alaaa, melawak sekali sekala...apa salahnye ye tak?’

Yuhanis tersenyum puas.  Sebelum menarik daun pintu, Yuhanis menjenguk ke belakang pintu...kot-kot le ada sedara spiderman tengah bertukang  nak buat rumah. Kan nanye nanti...tak pasal-pasal nanti orang tu tuduh Yuhanis tak buat kerja pulak.

Lain yang dicari, lain pulak yang terjumpa. Terlopong Yuhanis melihat poster besar yang terlekat kat pelakang daun pintu. Bukan sikit-sikit punya besar...setengah pintu. Real size poster lagi.

‘Ini korje kamu dalam bilik ye,Mr.Rock.’ bebel Yuhanis. Kaki dah melangkah masuk semula ke dalam bilik.
Yuhanis menutup daun pintu, lalu tercegat merenung poster di hadapannya.

“Masyaallah....seksi giler.” Terkeluar ayat yang tak bermaksud sebarang pujian. Sikit pun tak! Mata Yuhanis tertumpu kat point paling menonjol...tentule tang  buah dada model seksi di dalam poster. Pas tu Yuhanis merenung ke dadanya. Saja nak buat perbandingan...mmm, tak sama. Biasanya ,yang terlonggok dan terdedah tu selalunya ‘cheap sale’...kan,kan,kan.

Yuhanis menoleh ke arah katil yang sudah siap berkemas, kemudian kembali melihat poster di pintu. Selangkah, selangkah Yuhanis menapak kebelakang hinggalah di sisi katil. Lepas tu Yuhanis duduk pulak  di birai katil...last-last  Yuhanis berbaring, tangan siap bersilang belakang kepala... cuba membayangkan dirinya sebagai Mr.Rock.

Dengan pakaian fesyen berkemban dan singkat...hampir dua pertiga tubuh model itu dapat dilihat. Siap dengan gaya mendada, mulut separa terbuka dan mata kuyu....naik kering tekak Yuhanis melihatnya. ‘The Rock’ entah macam mana. Agak-agak kering tekak dia tak?

Tak cukup dengan tu semua...ada pulak model lelaki ‘ mat saleh’ yang sangat kacak memeluk model perempuan itu dari belakang.  Yang peliknya dibaginya pulak mat saleh tu melekapkan satu tangan ke buah dadanya, satu tangan lagi sedap melekat kat pehanya yang putih gebu....Astagfirullahhalazim !!!

Tak cukup lagi...aksi tangkap maut yang mencemar pandangan Yuhanis yang masih suci perawan. Boleh pulak mat saleh tu sedap –sedap buat aksi main gigit telinga....peergh, panas,panas....neraka lagi panas you !

‘Ini zina mata...macam manale nak nasihat kat ‘The Rock’...bisik hati Yuhanis...berdakwah bukan satu kerja mudah, silap haribulan sendiri yang kena.  ‘Berani ke dia?’Yuhanis bertanya pada dirinya sendiri.

* * * * * * * * * * * *

Mizan mengeluh. Bangun lambat lagi !... Semalam balik lewat kerana menemani  Big Boss melayan tetamu syarikat, juga pelanggan penting dari Korea. Mizan boleh masuk ke pejabat sedikit lewat tapi Mizan tak suka ambil kesempatan. Lagi pun Mizan hendak menunjuk contoh yang baik pada semua pekerja bawahannya.

Sampai di rumah semalam pun dah dekat pukul dua pagi. Terus tumbang,lena....dengan baju pun tak sempat salin. Nasib baik Mizan sempat menunaikan solat Isyak di pejabatnya sebelum pergi  ke jamuan tersebut. Gigi pun tak larat nak gosok semalam.

Kalau macam ni selalu...boleh rongak jadinya, gerutu Mizan sambil menggosok giginya. Mmm, sudah sampai waktunya Mizan membuat pemeriksaan pergigian....kalau tak, lambat laun bergigi palsulah pulak dia.

Selesai mandi, Mizan yang bertuala bergegas keluar dari bilik mandi. Terasa segar seluruh tubuhnya. Mizan segera menunaikan solat Subuh yang sudah tinggal hujung-hujung saja lagi. Kalau dah pukul tujuh, mungkin bukan hujung lagi...apa pun Mizan kena sembahyang jugak. Itu pesanan ayahnya. Sejak kecil lagi, ayah telah mendidik Mizan agar jangan tinggalkan solat...tak kira terlambat macam mana pun...kena buat.

Sambil bangun melipat sejadah...Husk,husk,husk....tiba-tiba hidung Mizan tertangkap satu bauan harum. Mizan membuang pandang sekeliling biliknya. Masakan tiba-tiba saja bauan ini menjelma, kata hati Mizan. Mungkin semalam sudah sedia ada...Cuma dia yang tak perasan dek kepenatan.

‘HAAA !....Mizan teringat!....Sibuk dengan acara ‘dinner’ semalam membuat Mizan terlupa pasal Yuhanis.

Mizan nak cari dari mana punca datangnya bau haruman tersebut...tapi masa tak mengizinkan. Mizan perlu bersegera. Mizan segera ke almari pakaiannya untuk mengambil baju dan seluar kerjanya.

Sebaik pintu almari dibuka, bau haruman tersebut semakin kuat menyusuk ke hidung Mizan. Mizan sedikit hairan. Sehelai kemeja tangan panjang berwarna biru muda di tarik keluar.

‘Ish, bila pulak kedai dobi ni memakai haruman sebegini?’ tanya Mizan di dalam hatinya. Baju di sangkut di tombol almari. Mizan mencapai  pula seluar berwarna hitam dan berjalur biru halus...sesuai dengan kemejanya. Seluarnya juga berbau harum seperti baju kemejanya.

“Kenapalah kedai dobi ni tetiba menukar haruman sebegini....macam haruman orang perempuan saja.” Bebel Mizan sendirian. Walau pun sedap di hidungnya, tapi.. rasa tak berapa sesuai untuk orang lelaki memakainya.

Mizan menarik laci pula. Mizan terkedu. Lacinya kosong. Sehelai seluar dalam pun tiada di dalam lacinya. Mizan segera membuka laci satu lagi di sebelah. Boxer pun tiada.

‘Mana pergi semuanya? ....semalam ada lagi.’ Mizan tercacak tegak...dia teringat sesuatu....sesuatu itu seseorang.

“Yuhanis?” terbisik perlahan nama itu di bibir Mizan. Hati mula bergetar...suspen.

Mizan teringat kerja buatnya  pagi semalam sebelum dia ke pejabat. Mungkin ada sehelai  dua yang tercicir...kalau tak macam mana dia nak ke pejabat ?

Mizan meluru ke pintu. Sekali lagi Mizan terkejut. Bulat mata Mizan melihat poster bekas isterinya. Gambar Suraya kini sudah berpakaian....kain pelikat. Bukan Suraya saja. Habis satu poster berbungkus macam orang bungkus nangka kat kampung !

YUHANIS !!!!







Friday, 4 January 2013

PTRNTD BAB 11

“Sara, Suri...cuba kasut ni dulu...lepas tu baru kita pilih warna pula...saiz berapa kasut ni ye...ok, Sara cuba ni..Suri cuba yang ini.” Yuhanis menghulur kasut yang dipilihnya....sepasang kepada Sara. Sepasang kepada Suri. Bersinar-sinar mata si kembar!

Yuhanis meninggung di hadapan Sara dan Suri. Senyuman puas terlakar di wajah Yuhanis bila melihat wajah teruja Sara dan Suri yang sedang mencuba kasut baru. Yuhanis mengambil kasut lama mereka untuk diletakkan ke tepi, agar kasut baru mudah dicuba. 

Semasa datang tadi Sara dan Suri memakai kasut sekolah mereka. Yuhanis menyangka mereka tiada kasut sukan untuk dipadankan dengan pakaian tema mengikut gaya Yuhanis...iyalah orang pergi jogging. Kasut sekolah mereka sudah lusuh sangat dan berbulu.  

Terasa sesuatu di jarinya, Yuhanis membalikkan kasut melihat di bahagian tapak. Ada lubang. Kasut sekolah Sara dan Suri sudah berlubang tapaknya. Bukan baru berlubang. Tentu telah lama Sara dan Suri memakai kasut berlubang ini ke sekolah, memandangkan lubang yang sudah besar.... sebesar duit silling lima puluh sen.

 Yuhanis mengetap giginya kuat-kuat melihat tapak yang masih ada pun sudah sangat nipis. Jika berjalan di jalan raya, sudah pasti akan terasa batu kerikil di tapak kaki. Yuhanis rasa nak menangis. Segera Yuhanis buat-buat menenyeh matanya seolah-olah telah dimasuki habuk. Kalau kasut sekolah pun begitu keadaannya...masakan ada kasut khusus untuk berjoging sekali sekala.

Tiba-tiba Yuhanis terasa seperti sedang diperhatikan. Yuhanis segera menoleh ke kiri ke kanan. Masih awal, tapi agak ramai pelanggan di kedai kasut itu. Perempuan, lelaki sama banyak. Ada beberapa kumpulan remaja sedang melihat kesana kemari membuat keadaan nampak sesak. Kelihatan beberapa pasangan suami isteri bersama dengan anak-anak masing-masing sibuk mencari keperluan masing-masing.

Tiada sesiapa pun yang memandang ke arahnya. Mmm... perasan dia saja kot, kata hati Yuhanis lalu memberikan perhatiannya semula pada Sara dan Suri. Hampir sejam juga mereka berada di kedai kasut tersebut.

Dua pasang kasut sekolah, sepasang sneakers, sepasang sandal dan sepasang kasut selipar harian untuk Sara dan Suri setiap seorang. Beberapa barangan keperluan sekolah seperti stoking dan kapur kasut juga turut dibeli.

Seronok membeli untuk si kembar. Semua sama saiz dan warna pun hendak yang sama. Oooh..seronoknya kalau dia dapat anak kembar nanti..lamun Yuhanis. Kejap je...lepas tu Yuhanis tersedar diri.

‘Eerk...dekat pun suami tak sudi, ada hati nak dapat anak...kembar pulak tu. Hu alah...tukar channel, tukar channel.’

 Yuhanis, Sara dan Suri berdiri di hadapan kaunter sementara menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Mereka  memerhati jurujual memasukkan belian mereka ke dalam beg plastik agar tidak bertukar dengan barang belian pelanggan lain....lebih-lebih lagi selonggok kasut-kasut yang terletak di tepi barangan mereka.

 Pelik..tapi mungkin kebetulan. Ada pelanggan lain yang turut membeli kasut-kasut hampir sama seperti mereka. Cuma warna saja berlainan.

“Eh..Kak Hani tengok ni, orang ni beli sama macam kita... saiz kasut pun sama macam saiz Sara dan Suri.” Bisik Sara di sebelah Yuhanis.

“Yalah, tengok ni...semua kasut ada dua,dua... agaknya orang ni pun anaknya kembar macam kita ....warna aje yang tak sama.” Tokok Suri sambil mengunjuk dan mengalih-alih kasut -kasut yang berdekatan dengannya dengan jari telunjuknya.

“Eh, jangan usik barang orang...nanti orang marah.” Ujar Sara yang selalu berkelakuan seperti kakak yang lebih tua. Sedangkan beza hanya empat lima minit saja umur kelahiran mereka.

 Siapa yang lahir dulu, siapa yang kemudian... Yuhanis masih lupa nak tanya...mungkin benda tu tak berapa penting baginya yang belum pernah beranak...er, bukan...mempunyai anak. Ya, itu perkataan yang betul. 
‘Beranak’ ada maksud lain.

“Kak Hani tak nampak pun budak lain yang kembar kat kedai ni.”....Yuhanis melihat sekeliling kalau-kalau ternampak budak kembar yang lain...tak ada pun. Mungkin ada mak ayah yang datang membeli mengikut saiz saja.

Kejadian yang sama berulang lagi semasa mereka bertiga di kedai pakaian. Yuhanis membeli dua helai baju kurung, beberapa helai lagi baju muslimah,t-shirt, baju tidur serta tuala mandi untuk Sara dan Suri...begitu juga, orang entah sapa-sapa...turut memilih pakaian yang sedikit berlainan, tapi saiz yang sama. Yuhanis rasa semakin pelik. Tak kanlah kebetulan terjadi berturut-turut.

Apa yang boleh dia lakukan?.... melilau mata Yuhanis melihat sekeliling. Sara dan Suri turut mengikut melihat ke kiri kanan dan keliling kedai. Semua pelanggan sedang membuat urusan masing-masing. Tak kan Yuhanis nak pergi tanya setiap orang pula. Gila apa...nak tanya apa pun Yuhanis tak pasti.

* * * * * * * * * *

“Terima kasih Kak Hani.” kata Sara.

“Terima kasih Kak Hani.”kata Suri.

“Mmm, sedapnye ayam KFC ni.”kata Sara.

“Betullah, sedap sangat ayam KFC ni.” kata Suri.

Yuhanis tersenyum. Seperti mendengar rekod rosak...ikut kata-kata orang tua-tua. Sekarang rekod pun susah nak jumpa. Akan sampai satu masa nanti, di mana generasi muda tidak tahu apa itu rekod dan bagaimana rupanya.

“Nak lagi..boleh tambah, kita order lain....sebelum balik nanti, kita beli untuk AbangYusri pula...makan kenyang-kenyang.” Ujar Yuhanis.

“Lepas ni kita nak pergi mana lagi, Kak Hani.”tanya Suri.

“Kita pergi tengok baju sukan pulak... kita beli baju jogging serupa tiga orang sekali, nak tak...tentu nampak smartkan?” cadang Yuhanis.

“Kak Hani selalu pergi jogging ke?” tanya Suri.

“Assalamualaikum!”

Perbualan Yuhanis dengan si kembar terhenti. Serentak ketiga-tiga mereka mendongak melihat lelaki yang tetiba berdiri di hadapan meja. Ingatkan tadi pelanggan yang lalu lalang mencari tempat duduk.

“Awak ?”....Yuhanis terkedu dan ternganga. Yusri baru beritahu namanya Omar.

“Boleh saya tumpang duduk kat sini ...tempat semua penuh, ramai betul orang hari ni.”

 Sara dan Suri memandang Yuhanis. Yuhanis mengangkat kedua-dua kening kepada mereka. ‘Kalau cakap tak boleh...boleh ke ? ...Yuhanis berkira-kira.

Sara dan Suri menoleh kepada Omar dan serentak mereka mengangguk. Mereka budak baik...faham erti kesusahan. Tak sempat habis anggukkan, Omar sudah siap menarik kerusi dan duduk di sebelah Yuhanis, mengadap Sara dan Suri. Habis tu...boleh halau ke ?

Yuhanis melihat sekeliling sekilas. Lepas tu tengok set KFC di talam di depan abang handsome. Tak kan nak suruh angkat kerusi, pergi makan kat meja lain. Kesian pulak..Lepas ni kalau ada sapa-sapa nak tumpang duduk, ada dua lagi kerusi kosong. ‘The more the merrier... Lagi ramai, lagi meriah !

Masin betul mulut Yusri. Pagi tadi sebut nama...sekarang bertembung dengan abang handsome di Mega Mall. Hari ni dah jadi hari kebetulan sedunia. Jangan terserempak dengan “The Rock’, sudah !

“Tak sangka kita boleh jumpa kat sini ye?” ujar abang handsome.

“Ooh...awak shopping jugak ke?” tanya Yuhanis. Saje buat-buat tanya sebab tak tahu nak cakap apa. Sedangkan sah-sah orang datang ke Mega Mall untuk shopping,...eh, window shopping dan eye shopping pun boleh gak....yang last tu...maknanya tengok orang.

“Hai, nama abang...Omar, nama adik-adik ni.?....

Sara dan Suri tersenyum simpul...tak boleh jawab, sebab mulut tengah penuh.

Terpaksalah Yuhanis membuka mulut untuk perkenalkan. Budi bahasa budaya kita. Sara dan Suri sambung makan. Sambil mengunyah mata si kembar bergilir-gilir memandang Yuhanis dan Omar. Yuhanis boleh nampak bijik mata mereka sekejap bergerak ke kiri, sekejap bergerak ke kanan.

“Yang ini Sara...ini pula Suri.” Kata Yuhanis. Ringkas saje. Harap-harap Encik Omar boleh segera beredar selepas habis makan. Yuhanis dan sikembar ada agenda lain. Lagi pun Yuhanis tak mahu rapat dengan lelaki lain. Nanti pening kepala. Yang kat rumah tu pun dah cukup bagi pening.

“Sara..Suri, abang tengok macam kembar saja, kembar ye?...kalau abang ada adik kembar macam Sara dan Suri ni... tentu best, seronok...boleh bawa  jalan-jalan buat kawan...taklah sorang-sorang macam abang sekarang.”

‘Ceh, orang handsome giler macam ni,  nak jalan-jalan bawak adik buat apa....mesti mak we keliling pinggang...’ Bisik hati Yuhanis.

“Sara dengan Suri dah round habis ke? Lepas ni nak pergi mana?” ramah mesra abang handsome bertanya. Yuhanis tak jawap sebab abang handsome sedang tunduk bertanya pada sikembar. Sara dan Suri saling mencuit. Sorang kena jadi jurucakap.

 Yuhanis menghabiskan makanan, sambil mengetap gigi. Dia tak sepatutnya melayan mana-mana lelaki. Yuhanis tidak mahu mengundang dosa. Dirinya bukan ‘single’ lagi...walaupun keadaan rumahtangganya tak seperti rumahtangga orang lain, Yuhanis kena pandai menjaga  maruah diri.

“Tak tau...kami ikut saja Kak Hani nak pergi mana.” Lurus saja kata-kata Sara. Yuhanis rasa macam nak tekup-tekup aje mulut Sara. Sekarang abang handsome dah tahu namanya, Hani...tapi bukan salah Sara dan Suri. Si kembar mana tahu halnya mahu mengelak dari abang handsome itu.

“Terima kasih bagi abang tumpang meja...taklah abang makan sorang-sorang..” Oooi...abang handsome dah keluar ayat sedih.

 Sambil makan,sambil pancing. Omar nak pancing apa?..kalau cakap pun, belum tentu si kembar akan faham. Lagi-lagilah kalau buaya darat yang nak memancing.

Terkebil-kebil Sara dan Suri merenung Omar. Simpati agaknya.

“Selalu ke Kak Hani bawak Sara dan Suri makan KFC kat sini ?..mungkin kita boleh berjumpa lagi.”Omar tersenyum sambil memandang Yuhanis di sisinya. Soalan ni tanya kat sapa pun Yuhanis tak tau. Macam tanya kat Sara dan Suri...tapi boleh pulak pandang kat Yuhanis.

Sara dan Suri menggeleng-gelengkan kepala. Tentu Sara dan Suri menyangka abang handsome adalah kenalan Yuhanis. Dah tu duduk dekat, macam dah kenal lama.

 Yuhanis mendiamkan diri...tapi di kepala cuba merangka ayat-ayat sopan nak suruh Omar yang dah habis makan pergi dulu...tapi tak jadi sebab abang handsome telah meminta diri. Bagus ! Goodbye and bye,bye....tahu jugak dia jaga diri.

Sedang mereka bersiap untuk bergerak keluar, datang seorang pelayan menjinjit dua beg plastik besar ada logo KFC di kedua-dua belah tangan. Hadiah tanda terima kasih untuk si kembar...dan sebab sudi berkongsi meja,kata pesanan  penaja..siapa lagi?..Encik Omar empunya diri...melalui pelayan yang mewakili.

Yuhanis tak boleh tolak sebab KFC tu bukan untuknya...Sara dan Suri sudah tersenyum-senyum. Senyum lebar sampai ke telinga. Nampaknya tak jadilah mereka nak ke mana-mana lagi. KFC dah ajak balik !

* * * * * * * * * *

Lepas solat Magrib dan mengaji baru dua baris Yuhanis  surrender. Awal-awal dah tumbang. Penat sampai tak sempat nak menghafaz. Entah berapa lama Yuhanis terlena.. Cuma tersedar bila terdengar deringan telefon bimbitnya. Yuhanis segera mencapai telefon yang terletak di atas meja solek. Tengah cas bateri.

“Mak ngan ayah sihat ke ?” tanya Yuhanis selepas menjawab salam Mak Azmah.

“Kami dua-dua sihat...saje mak telefon. Nak telefon siang tadi, risau pulak kot-kot Hani dengan Mizan ada hal kemana-mana. Mak tak naklah kacau...lagi pun bukan ada perkara mustahak nak cakap pun.”

“Ala mak, kan Hani dah pesan kat mak...bila-bila pun kalau mak terasa nak cakap ngan Hani, mak call aje...tak payah risau-risau... baju kot ke, baju melayu ke...kalau mak tengah pakai sari pun boleh call Hani, hi,hi,hi...

“Ish, budak ni...loyar buruk pulak. Abang Mizan kamu tengah buat apa..kalau boleh bila Hani nak berbual dengan Nizam mintalah izin Mizan, dia suami Hani...mak tak mahu nanti dia salah sangka ..tak pasal-pasal dia cemburu pulak.

‘Bercakap pun tidak, nak minta izin apenye...lagi-lagilah cemburu. Cemburu amende...suka pun tidak’, bisik Yuhanis di dalam hati.

“ Mmm,ok mak...er, lain kali mak buat miss call aje, Hani akan call mak balik dengan segera...ayah tengah buat apa mak ?” Yuhanis segera tukar tajuk...jauh dari bab suami dan bab cemburu-cemburu...nak elak dari sakit hati je... erk..sakit hati pasal suami tak cemburu?..ha,ha,ha..dia pun sama naik mereng macam ‘The Rock’.

“Ayah kamu....waktu ni ke masjid le...nak ke mana lagi. Haa, Nizam pun pergi sekali...Mak rasa senang hati sikit tengok Nizam sekarang ni...dah macam dulu, ke masjid pun dah rajin. Haa, sebelum mak lupa...ni, mak nak cakap terima kasih kat Hani kerana mau juga bercakap, bagi nasihat, bagi semangat kat Nizam.”

“Ala mak..apale yang Hani buat...tak ada apa-apa pun...mak, Hani rasa lama betul Hani tak jumpa mak ngan ayah...Hani rasa rindu pulak nak balik.”lagi sekali tukar tajuk. Malas nak cakap pasal Abang Nizam juga. Ada rasa sedikit kesal di hati..tapi Yuhanis sedang berusaha membaik pulih hati...hu,hu...redho’lah hati,mesti ada hikmahnya Allah jodohkan dia dengan ‘The Rock’ si hati batu, Yuhanis memujuk hati.

“Kalau Abang Mizan kamu tu boleh balik ...Hani bolehle balik sekali. Balik berdua...manis sikit...Mak bukan apa, ni...si Shila tu...bukan Hani tak kenal dengan perangai dia ...cemburu semacam....Shila tu sebenarnya takut  Nizam nanti rapat dengan Hani.”

“UH, nak cemburu buat apa...Hanikan dah kahwin dengan Abang Mizan, Hani dengan Abang Nizam dah jadi adik dengan kakak ipar....apa lagi dia nak risaukan.”

“Entahle susah mak nak cakap....mungkin dia sayang jugak kat Nizam tu,iyalah...orang perempuan dengan suami, tak suka tak sayang pun....kalau dah tidur sekatil sebantal...lama-lama boleh jatuh suka, cinta...sayang....Haaa...macam Hani dengan Mizan kan ?”

Yuhanis telan air liur, nasib baik tak tersedak. Mak Azmah ni saja suka-suka serkap jarang....’.Mmmm, alahai, nak kena bohong sunat kat mak lagi le nampaknya.’

“Kami ok..biasa-biasa je mak...Cuma Abang Mizan tu sibuk dengan kerja memanjang...eem, mak, Hani nak cerita satu benda kat mak....” Hani cuba mengubah tajuk. Kena bawak cerita jauh-jauh darihal rumah tangganya dengan Mizan...lebih-lebih lagi bab tidur sebantal, setilam, sekatil dan entah ape-ape se....lagi.

“Apa halnye?..pasal Mizan ke ?....atau..er, kamu berdua er.. emm.. er..kamu berdua gaduh ke.....kamu..kamu...jangan nak bagi mak risau Hani.”suara Mak Azmah kedengaran cemas. Alahai, kalau Mak Azmah tau hal sebenar..mau pitam jadi puteri beradu...kena tunggu Ayah Marzuki cium kat mulut..baru sedar. Isk, apalah aku melalut ni, marah Yuhanis pada dirinya sendiri.

“Mak tak payah risau-risau....Abang Mizan ok je....mak ingat tak, hari tukan Hani dah cerita kat mak pasal Hani terjumpa dengan budak nama Yusri tu...budak anak yatim tu...Yusri ni ada dua adik perempuan ..tiga-tiga mereka ni masih sekolah, Yusri belajar tingkatan enam atas...hujung tahun ni dia ambil periksa STP...dua orang adik perempuannya pula baru masuk sekolah menengah. Budak-budak ni duduk tiga beradik saja kat rumah peninggalan mak ayah mereka, tak ada sapa-sapa jaga...ada saudara-mara jauh, tapi tak ada sapa nak peduli...jadi sekarang ni Hani kawan dengan budak-budak ni..kadang-kadang Hani pergi tolong kemaskan rumah mereka sikit-sikit....Hani nak.......mak...mak....mak lena apa?”

“Hiss, budak ni..kita dengar dia cerita...kata kita lena pulak.”

“He,he,he...tak adale mak...senyap aje, takut-takut Hani cakap sorang-sorang pulak.”

“Mmm, kalau dekat sini...tentu mak boleh jaga, tolong-tolong tengokkan budak –budak tu...teringin jugak kalau mak dapat jumpa mereka.”

“Hani dah agak...mak mesti cakap macam tu...bertuah Hani dapat jadi anak mak...mak..’the best mother in the world’....nantile bila ada peluang, Hani akan bawak budak-budak ni jumpa mak....tapi dengan satu syarat.”

“Aai..bersyarat-syarat pulak...syarat apa tu ?”
“Mak tak boleh sayang mereka lebih dari mak sayang Hani..mak kena adil..eh, tak delah mak, saja main-main....hi,hi,hi.”
“Aish, budak ni...main-main pulak.”

Sudahnya mak Azmah pula yang tertawa. Lepas sedikit rindu Yuhanis pada mak Azmah. Nak balik Sungai Rokam pun, kena tengok ramalan cuaca. Harap-harap cepatlah mak labu tu bersalin. Cepat bersalin, cepat le Yuhanis boleh balik kampung. Kalau boleh balik bawa Yusri, Sara dan Suri tentu seronok. Tak sabar-sabar Yuhanis nak ketemukan adik-adiknya pada Mak Azmah dan ayahnya.

* * * * * * * * * * *

Sembahyang Isyak sudah. Mengaji sudah. Menghafaz pun sudah...Cuma malam ni Yuhanis hanya menghafaz satu ayat saja...ayat ke sembilan belas surah al- Waqiah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

 Penat macam mana pun Yuhanis berusaha agar tidak tinggalkan lansung usahanya untuk  menghafaz surah al Waqiah.. Itu azam Yuhanis. Yuhanis masih ingat kata-kata Ustazah Kalsum yang mengatakan Rasullullah pernah bersabda iaitu sesiapa yang membaca surah ini, orang itu akan dilindungi daripada kesusahan dan kefakiran. Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan.

Badan dah penat...tilam nipis pun nampak indah. So..landing time! Tangan Yuhanis menggagau novel di bawah bantal. Waktu rehat hendak diisi dengan membaca sedikit...perlu bacaan yang ringan dan mengembirakan hati. Sebab itu Yuhanis suka novel yang ada unsur-unsur komedi dan lucu.

Kalau hidup sendiri pun ada masaalah dan sedih...buat apa nak baca cerita yang sedih lagi. Buat menambah senak di dada. Pahit di hati. Sesak di jiwa.

 Baik baca novel romantik dan lucu...aaa, itulah favourite Yuhanis. Mungkin besok Yuhanis nak meluangkan sedikit masa untuk ke kedai buku. Nak cari novel baru yang best-best. Yang lucu. Yang kelakar.

Ha,ha,ha...nak pergi ke ceruk kedai, koyak plastik pembalut, baca kat depan sikit, kat tengah sikit dan kat part akhir...tang happy ending tulah...Jangan kena jerkah dek tuan kedai sudah...itu baru sad ending...isk,isk,isk.

Yuhanis membuka muka surat yang ditandanya dua malam sudah. Sambil membetulkan badannya Yuhanis mula membaca.

“RING<RING<RING.....

Kelam kabut Yuhanis mencapai telefonnya. Janganlah bunyi deringan telefonnya menerjah sampai ke bilik orang kat atas tu. Manalah tau, malam-malam yang sunyi sepi begini...jarum jatuh ke lantai pun boleh kedengaran kuat seperti bunyi bom meledak.

‘Abang Nizam !’

Salam disambut. Tugas kaunselor rumah tangga sudah bermula ! Suka tak suka, sedih tak sedih..Yuhanis kena sabar melayan. Rupanya bukan senang nak membalas jasa orang ...sampai mati agaknya. Untuk orang yang mengenang jasalah...sebab itu orang yang tak tahu membalas jasa ...dipanggil, orang yang tak kenang budi...kenapa bunyi pun macam tak sedap didengar ye... eerrk!!

“Yuhanis dah tidur ke?..”.

“Dah..”

Ha,ha,ha...Nizam ketawa.

“Kenapa Abang Nizam ketawa pulak ?”....Yuhanis menduku kepala sendiri. Azam nak panggil Nizam saja..tapi tak jadi-jadi. Dah terbiasa berabang dengan Nizam membuatnya sukar untuk menukar panggilan itu walaupun status mereka sudah berubah.

“Ada orang sedang mengigau menjawap telefon...hi,hi,hi....sorrylah, kalau abang mengganggu....sebenarnya abang rindu dengan Hani....abang nak...

HUH !!.....Yuhanis kecut perut. Kata-kata Nizam seterusnya sudah kedengaran tenggelam timbul di telinganya.

“Hani setuju tak ?”

HUH !...setuju apa ni?....setuju kahwin lari ke ? Bingung! Bengong!

“Hani tak dengarlah...telefon ni meragam sikit.”

“Abang kata...abang dah fikir masak-masak...abang nak kita....

“Sekejap-sekejap...abang kat mana sekarang ni?”Yuhanis bertambah risau. Takut jadi orang ketiga.

“Abang kat dalam kereta, kat luar...malas nak berada kat rumah tu, lagi-lagi kalau abang  bercakap lama sikit kat telefon, mesti bergaduh dengan Shila...kalau boleh telefon abang ni pun dia nak jaga.”

“Dia cemburu kot...bila ada cemburu tandanya ada sayang. Lagi pun isteri mana tak rasa cemburu kalau suaminya bergayut kat telefon dengan perempuan lain....Abang Nizam kena sabar, kena faham dengan isteri abang tu.”

”Yuhanis lupa ke dia menyebabkan kita terpisah...abang tak cinta dia, abang masih sayang pada Hani.”

“Abang,....kan hari tu kita dah bincang pasal hal ni...apa yang terjadi adalah kehendak Allah...kalau Allah tak izinkan, kita ikhtiar macam mana pun tak akan terjadi...kita kena banyak berdoa, banyakkan sembahyang taubat, sembahyang hajat...sembahyang waktu lagilah kena jaga betul-betul...abang dah janji dengan Hanikan...abang nak berubah.”

“Jadi Hani suka sangatlah tak jadi kahwin dengan abang...apa...Hani dah seronok ye jadi isteri Abang Mizan tu...sampai Hani dah lupa pada cinta kita, janji kita.”

“Abang,... kita kena belajar redho..kita sama-sama dah kahwin....Hani dah kahwin, Hani kena setia pada suami...selagi Abang Mizan mahu Hani jadi isterinya, selagi itu Hani akan berada di sisinya.”

“OK..kalau Abang Mizan tak mahu Hani....maknanya Hani boleh balik pada abang?...begitukan ?”

“Eh, apasal abang cakap macam tu....isteri abang tu nak letak kat mana...tak lama lagi dah nak bersalin...baby tu tentu co....

“Itu bukan anak abang!...Hani kan dah tahu, Shila tu mengandung bukan anak abang!”

“Ok,ok...abang bertenang, istigfar banyak-banyak...apa-apa pun dia isteri abang...dah tidur sebantal, sekatil,....abang dah bersama Shila...[glup!!!..Hani memukul-mukul mulut sendiri yang terlebih pandai]....maksud Hani..abang dah kahwin selama enam, tujuh bu...

“Ok...betul!...abang dah kahwin dengan Shila..kami dah sebantal, sekatil selama exactly enam bulan...abang dah bersama Shila banyak kali...’having sex with her’...HAH!..itu yang Hani nak tanyakan....Ingat abang tak cemburu ke mengenangkan Hani sebantal, sekatil dengan Abang Mizan...’sleeping with him, having sex with.... 

TUT,TUT,TUT....TUT,TUT,TUT.....

Yuhani terkedu seketika. Kaunseling yang tak menjadi. Yuhanis menggaruk-garuk kepalanya yang tetiba terasa gatal sangat-sangat. Macam mana jadi macam ni....tulah, mulut ni...suka tercakap salah. Salahke apa yang dia cakap tadi?

‘Bersama’...tanyale kat cikgu sekolah mana-mana...Yuhanis pasti dia tak salah cakap. Abang Nizam yang otak kuning, otak biru, otak hitam..ape-apele! Yuhanis geram pada Abang Nizam.

Yuhanis melempar novel ke lantai....kemudian nak melempar telefon pula...tapi tak jadi. Yuhanis sayang telefon pemberian Abang Nizam, hadiah yang terakhir kepadanya. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan lagi tempat bermanja.

Telefon Yuhanis berbunyi lagi. Entah yang ke berapa kali...Yuhanis malas nak cakap lagi. Sudahnya Yuhanis matikan telefonnya. Cuma kali ni, tak kena rongkah...nasiblah kau telefon.

Sudahnya sampai sayup malam Yuhanis masih terkebil-kebil dalam gelap, melayan mata yang tak mahu lena. Semuanya gara-gara sebab sudah sedap dapat lena selepas Solat Magrib tadi. Juga sebab paling, paling besar... sebab mulut Abang Nizam.

Terngiang-ngiang kata-kata Abang Nizam sebentar tadi....eeeeiii, malunya nak sebut tapi kepala otaknya yang tak malu teringat-ingat. Tiba-tiba Yuhanis teringatkan ‘The Rock’ yang tentunya sedang sedap-sedap lena kat atas.

Mizan kat atas. Yuhanis kat bawah. Bantal masing-masing. Katil asing-asing.

Yuhanis menarik selimut menutup seluruh tubuhnya. Dari kaki sampai kepala....harap-harap dia dapat menutup mindanya dan matanya sekali.

* * * * * * * * * *