Tuesday 13 November 2012

PTRNTD Bab 3

“Eh...aku kat mana ni ye ?” Yuhanis terjaga dari lenanya sambil memisat-misat mata...kemudian menggosok-gosok perut. Perutnya sudah berkeroncong, siap buat ‘rap’ dalam kepala.....lapar,lapar,lapar..yo..lapar,lapar.

 Seketika kepala dan mata Yuhanis bergerak memerhati sekelilingnya. Bila terpandang akan cermin meja solek yang retak menanti belah itu, baru Yuhanis teringat di mana dia berada sekarang.

 Bagus juga cermin itu boleh jadi penanda arah buatnya...ketika mamai bila bangun tidur..  sementara hendak menyesuaikan dirinya dengan tempat baru ini...bilik baru ini....er, baru ke? ..soal hati Yuhanis.

 Pintu bilik dikuak sedikit. Yuhanis menjengulkan kepalanya keluar. Liar matanya memerhati ruang dapur dan seterusnya ke ruang tamu....aaah,....’line clear’. Terhendap-hendap Yuhanis melangkah keluar dari biliknya. Harap-harap janganlah bertembung dengan encik berhati batu itu.

 Perutnya terasa lapar sangat. Pagi tadi telah dikerah oleh ‘the rock’ keluar rumah selepas subuh....itu pun dah kira bagus, kalau selepas bagi salam solat subuh, baru lintang pukang dibuatnya.

Selepas subuh, dari Kampung Sungai Rokam hingga sekarang baru bangun tidur di Ampang, sudah pukul dua belas suku tengahari...punyalah sedapnya tidur....sedangkan perut masih kosong, tanpa diisi apa-apa.
Sunyi. Sepi. Tidak ada satu bunyi apa pun...walaupun bunyi cicak.

‘ Sama ada rumah encik si hati batu ini terlalu bersih atau pun ‘the rock’ tu garang sangat, sampai cicak pun takut nak tumpang duduk serumah’...omel hati Yuhanis.

Encik si hati batu....mmm,...’The Rock’......mana satu sedap ye....tak apa, nanti ikut saja tahap mana darjah kepanasan di hati...gerutu hati Yuhanis.

Dari tingkap di ruang tamu, Yuhanis menjenguk ke hadapan rumah. Wah, bagus!.. kereta tidak ada....maknanya ‘the Rock’ juga tidak ada di rumah ketika itu. Yuhanis segera menggeledah dapur....aah, semua kelengkapan dapur ada....complete....makanan saja yang tak ada.  Satu hapa pun tak ada!

Yuhanis membuka peti sejuk pula. Besar betul peti sejuk ni....tapi...hampeh !...ada lima botol besar air mineral saja. Namun Yuhanis tetap kena bersyukur....orang kat Afrika air pun susah nak dapat...lagi-lagi air mineral yang jernih,sedap dan sejuk, baru keluar dari peti sejuk.

 Segelas air mineral sejuk diteguk. Terasa sejuk dan segar air itu mengalir melalui tekak. Hilang kering di tekaknya. Dapat juga mengurangkan sedikit pedih di perutnya dek kelaparan.

Yuhanis segera meninggalkan dapur, masuk ke biliknya semula. Yuhanis menyalin pakaian, seluar jeans biru dan baju muslimah biru serta tudung yang berwarna biru lembut. Dia jadi Miss Biru hari ini. Baju kurung Mak Azmah yang dipakai dalam perjalanan datang, dilipat dan disimpan di dalam almari.

Selesai berpakaian dengan sempurna menutup auratnya, Yuhanis mengambil beg sandangnya dari dalam almari. Kasut sneakersnya yang diletak di bawah katil dijinjit keluar.

Di hadapan pintu utama yang sudah dibuka luas,Yuhanis tergaru-garu dahinya.....pintu jeriji besi berkunci !..ada orang terkunci isteri di dalam rumahlah !....eee! macam mana ni,rungut Yuhanis.

Beberapa minit terbuang kerana Yuhanis terpaksa mencuba beberapa gugusan kunci yang dijumpainya tergantung di dalam kabinet yang terletak di tepi pintu. Berjaya juga ikhtiar Yuhanis. Satu anak kunci untuk pintu kayu utama dan satu lagi untuk pintu jeriji besi....uh,satu lagi belum jumpa....kunci pintu
pagar!...aisayman.

Terpaksalah Yuhanis membawa beberapa gugusan kunci-kunci untuk dicuba pada mangga pintu pagar..eh,melambatkan orang saja. Kenapalah ‘the rock’ ni tak macam lelaki lain...lupa tutup sana,lupa tutup sini, lupa kunci sana,lupa kunci sini....eer..agaknya dia ni spesies Mr.Perfect kot,fikir Yuhanis.

Anak kunci pertama,kedua,ketiga......hik,hik...anak kunci kelapan, kesembilan....[kalau kerabat aje pintu pagar ni, ok tak?...Yuhanis berbicara sendirian...mata sudah merenung pintu pagar...atas bawah,atas bawah..mengukur ketinggian...lepas ke,tak lepas.]

[“Oh..no,no...dibuatnya tertangkap sedang memanjat pagar, masuh surat khabar...muka depan pulak...dengan tajuk besar..er,..’Isteri solehah cuba melarikan diri’....huoi!..mana nak sorok muka! ]

Akhirnya..sampai habis semua anak kunci dicuba.....setelah berpeluh di bawah terik matahari ...dari berdiri, menunduk, menonggeng dan meninggung....Yuhanis ‘ give up’... kunci untuk mangga pintu pagar memang tak ada !!!...nak kena panjat ni.

Yuhanis berlari semula masuk ke rumah untuk menyimpan  semua kunci-kunci...tak da kerja nak bawak semua sebabun kunci tu. Pintu utama dan pintu jeriji ...segera dikunci kembali. Dua kunci itu disimpan dalam beg sandangnya.

Yuhanis berdiri seketika merenung pintu pagar sambil bercekak pinggang. Nak buat lompat kijang dia memang tak reti. Kalau lompat berpagar.....hui, pintu pagar adalah separas hidungnya...kalau...nak cuba, boleh jugak ....ish...ialah tu. Jika percubaan pertama tak berjaya.... kalau tak ‘tumpo’...[untuk yang bukan rakyat Perak, maknanya ialah KO]...boleh aje cuba kali kedua dan ketiga dan seterusnya...hu,hu,hu...tak ianya...tinggi bebenor.

Sudahnya Yuhanis terpaksa buat jugaklah acara kerabat pagar. Langkah pertama... beg sandang disangkut pada pintu pagar. Langkah kedua... kasutnya terpaksa dibuka dan ‘dilempor’ keluar pagar....dan langkah terakhir.....

RING,RIIINGG,RIIINNNGGG.....

“Ish,sapalah pulak yang mengganggu saat-saat kritikal ni...”bebel Yuhanis,lalu menurunkan tangan dan kakinya yang baru diletakkan di pintu pagar. Yuhanis segera menggagau mencari telefon bimbitnya dalam beg sandang.

“Hello.” Sedikit tinggi suara Yuhanis...sebab teruja sangat nak kerabat pintu pagar...isk,isk,isk.

“Assalamualaikum....amboi mana salamnya..”.[erk,mak ]....tsk,tsk,tsk..camna boleh lupa...Yuhanis menegur dirinya.

“Ops.. sorry mak, Hanis tengah...tengah..er,sibuk sikit.” Ujar Yuhanis. Matanya masih men’survey’ pintu pagar.

“Hani dengan Mizan ke ?....mak mengganggu kamu berdua agaknya ye?”Azmah bertanya.
Eeeeei...semacam je soalan mak ni,bisik hati Yuhanis dengan kening berkerut.

“HAA...eh, tak dalah mak...Aaa...Abang Mizan dah pergi kerja. Hani tengah...tengah...er..”Yuhanis terasa cuak...kalau cakap dia tengah kerabat pintu pagar mesti mak akan kalut.....ah, bohong sunatlah jawabnya.
...tengah fikir nak makan apa.” Akhirnya itu yang mampu Yuhanis katakan...tapi,betul apa?

“Ooh,tengah nak fikir masak apalah tu ye ...Mizan layan Hanis elok ke?” tanya Mak Azmah.

SPOT CHECK !

“Mmm,biasa-biasalah mak....sementara nak kenal lebih mesra.” Jawab Yuhanis berlapik. Dalam hati,

...uwek...the stone?...mesra-mesra dengan the stone?...muka kita pun dia tak nak tengok...mesra apa nye?

“Baguslah kalau macam tu...senang sikt hati mak...sajalah mak call...ayah kamu ni dari tadi suruh mak tanyakan hal Hani macam mana kat sana.”ujar Mak Azmah.

“Mm,..mak kirim salam kat ayah....mak ngan ayah jangan risau...nanti empat lima hari lagi, Hani akan cuba balik.”kata Hani.

“Ish...tak kan pengantin baru dah nak berpisah duduk jauh-jauh...tak apa...Abang Nizam kamu masih ada kat sini dengan isterinya....lagi pun...mak rasa, elok Hani jangan balik dulu....mak pun tak faham dengan si Nizam ni....asyik masam muka aje dengan bini nya...ok lah...nanti kita berbual lagi...mak pun baru nak turun tolong Mak Kiah kat dapur tu....assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam mak..jumpa lagi.”

Kenapa ngan Abang Nizam erk ? tanya hati Yuhanis.

Yuhanis menyimpan telefonnya semula. Mata merenung pintu pagar. Kedua-dua tapak tangannya digosok-gosokkan ke peha. Seketika Yuhanis bertenang mengumpul kekuatan dan semangat...kemudian menggosok kedua-dua tangannya pula. Dengan lafaz “Bismillahhirrahmannirrahim” ...puh,puh,puh...Yuhanis menghembus telapak tangannya......pas tu,tinjau kiri,tinjau kanan...panjat!

HUP,HAP..HUP,HAP...Yuhanis memanjat dengan berhati-hati. Sampai di puncak..[bukan puncak gunung]..Yuhanis melangkah melepasi pintu dengan perlahan-lahan...dan akhirnya berjaya melepasi zon bahaya. Alhamdulillah selamat... alahai, susahnya nak cari makan,keluh Yuhanis.

 Risau juga jika tergelincir atau terhantuk. Setakat luka ada maafnya,..Cuma takut jika ter’hilang’ dua gigi kapak...seumur hidup ‘terwajib’ pakai gigi palsulah jawabnya. Yuhanis tak   nak ! Yuhanis tak sudi!
 Hanya tinggal beberapa kaki saja lagi. Yuhanis berkira-kira untuk melompat turun saja. Tiba-tiba...

“HELLO MISS !” tegur satu suara dari belakang Yuhanis.

“OH MAK KAU !!”..Yuhanis terjerit.

 Terkejut ya amat-amat...YA ALLAH...kuss semangat. Jantungnya terasa bagai nak jatuh...dan...BEDEBUK!.....Yuhanis yang terjatuh!

”ADOI!”.... bukan setakat terasa bagai lagi dah...   Yuhanis jatuh terduduk. Nasib baik kakinya tak terpele’ot. Malu tolak tepi.

Serta merta kepala Yuhanis tertoleh melihat gerangan siapakah yang telah membuat onar pada kesejahteraan hidupnya.

 Seorang lelaki tua, berbangsa India sedang berdiri merenung Yuhanis...kemudian sekali sekala matanya meninjau-ninjau pula ke arah rumah ‘the stone’. Di tangannya ada sebatang penyapu....Apa hal ni!..gerutu Yuhanis.

‘Ane ni, kacau daun betul..mesti ane ni ingat aku ni pencuri...lepas ni sahih kena interview,’ bisik hati Yuhanis.

“Why ‘aa..you miss, panjat sama itu gate...iituu Mr.Mizan punya rumaaah...saya ‘aa sini duduk kalu ...
{Huaah, kan dah kata, Yuhanis rasa nak jerit...tapi sabar itu separuh dari iman  ....Yuhanis segera mencelah.}

“Sorry uncle...saya mahu cepat...itu Mr.Mizan... saya punya emak punya anak...dia ada lupa kasi sama saya itu kunci.....so no problem..ok.” kata Yuhanis sambil menyenget, menggosok punggungnya yang sakit.
Seketika dari tempat dia jatuh terduduk, Yuhanis mencapai dan menyarung kasutnya semula.

“Hello.. you miss...ada sini juga duduk sama Mr.Mizan...sayaa  ‘aa tadak er,er...nampaak juga..jadi aaa saya mau tanya...you miss apa na....ma...”

“Sorry...saya ada hal urgent....See you again,uncle.” Kata Yuhanis sambil mencapai beg sandangnya dan terkocoh-kocoh meninggalkan ane yang sedang menggaru-garu kepala botaknya. Mungkin ane sedang bingung mentafsirkan ..’.saya punya emak punya anak’.

Yuhanis melangkah cepat-cepat sambil melihat sekitar kejiranan tempat tinggal barunya. Agak sunyi...mungkin penghuninya orang berkerja belaka.....kecuali si ane tadi. Di hujung simpang Yuhanis berjaya menahan sebuah teksi. Dengan bayaran seringgit dan tak sampai sepuluh minit Yuhanis sudah berada di
hadapan deretan kedai-kedai tidak jauh dari kawasan perumahan’ the stone.’

Tempat utama yang dituju Yuhanis adalah kedai makan. Itu wajib. Selesai mengisi perut Yuhanis berjalan menyusur dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Yuhanis berhenti dan singgah masuk di beberapa buah kedai yang menarik minatnya.

Di sebuah kedai buku, Yuhanis membeli dua buah novel untuk mengisi masanya kelak. Dua buah buku lakar dan beberapa batang pensil untuk melakar juga dibeli.

 Yuhanis ada ‘ all the time in the world to kill ‘ ....kerana dia adalah isteri yang merdeka...isteri tanpa tugas....atau pun isteri tak berportfolio....hu,hu,hu....sabarlah hati, Yuhanis memujuk dirinya.

 Allah suka orang yang sabar. Sabar itu separuh daripada iman. Iman tak dapat dijual beli...atau senang-senang nak jumpa di tepian pantai....eh, dah sampai kemana dia melayan fikiran sambil melawat kedai-kedai...mmm, tak pa, Yuhanis ada banyak masa.

 Banyak masa untuk melamun. Banyak masa untuk melayari internet. Banyak masa untuk membaca novel. Banyak masa untuk melayan hobinya,iaitu melukis. Dan yang paling best, banyak masa untuk tidur...mm...boleh tidur ikut suka hati.. atau ..suka-suka hati tidur, bila rasa nak tidur.....jangan-jangan masih tak cukup masa jugak untuk itu semua.

Yuhanis  bersolat Zohor di masjid yang terletak di tengah pekan. Usai solat Yuhanis berehat di ruang solat untuk wanita sambil membuka Al Quran yang terdapat di ruang itu. Yuhanis membaca tiga baris pertama surah Al Waqiah. Ayat pertama, kedua dan ketiga surah Waqiah itu diulang-ulang beberapa kali.

Selepas menghafaz surah Yasin dan surah Al Mulk, Yuhanis berhajat untuk menghafaz surah Al Waqiah pula. Setiap kali hendak mula membaca ayat-ayat suci ini, Yuhanis berniat terlebih dahulu. Berniat untuk menghafas dan minta Allah mudahkan untuknya. Itu petua untuk menghafas yang diperolehi dari Ustaz Hassan semasa di bangku sekolah dulu.

Selesai mengulang beberapa kali, Yuhanis duduk melunjur sambil menyandar di dinding masjid. Sambil berehat Yuhanis melakar di buku lakarnya seketika. Ada lakaran yang masih belum selesai dengan sempurna.

 Lebih kurang pukul tiga petang barulah Yuhanis membeli stok makanannya....roti, ban, biskut,mee segera,buah-buahan..seperti epal,orange,anggur,pear,buah kiwi,sengkuang cina dan mata kucing.....mmm,.dah macam nak buka kedai buah pulak.

Yuhanis turut membeli  beberapa jenis air kotak dan beberapa botol minuman kegemaran. Paling tidak dilupa ialah beberapa jenis makanan ringan yang disukainya...kacang,kuaci dan potato chips.Satelah puas hati,barulah Yuhanis mencari teksi untuk menghantarnya pulang.

Tiba di hadapan rumah ‘the stone’ Yuhanis menepuk dahi. Yuhanis terlupa kes pintu pagar tidak boleh dibuka!...Terbeli banyaklah pulak barang ni,bisik hatinya.

Sudahnya terpaksalah Yuhanis meminta bantuan pak cik pemandu teksi untuk tolong hulurkan barang-barang yang dibeli di atas pintu pagar....itu pun setelah Yuhanis berhempas pulas kerabat pintu pagar itu untuk masuk semula.

 Sempat Yuhanis memesan pemandu teksi yang baik hati itu agar tidak payah tolong dalam bab panjat memanjat itu..’.no matter what’. Malu tak malu pun...Yuhanis kena ‘direct to the point’....memandangkan pak cik pemandu sudah berada di bawahnya... siap sedia untuk membantu Yuhanis...dibuatnya tolong tolak punggung Yuhanis...aaahh,kacau-kacau.. ...harap-harap janganlah ane tadi muncul lagi....tentu bertambah haru.

Tercungap-cungap Yuhanis mengangkut barang-barangnya masuk ke bilik. Pintu rumah dikunci seperti asal. Kasut sudah diletakkan semula di bawah katil. Sempat Yuhanis mengambil beberapa surat khabar lama yang bersusun di bawah tangga. Surat khabar dilipat  kemudian disendal di bawah pintu. Sekarang waktu Yuhanis  menjadi ‘halimunan’.

* * * * * * * *

“Betul ni kau tak nak join aku dengan Zul main petang ni?” soal Sharif rakan baik Mizan.

“Sorry, aku nak rehat hari ni...kau pun tau kan, aku baru sampai pagi tadi dari kampung...penat sangat....besok-besoklah aku join.”balas Mizan.

“Apalah kau ni Mizan...macam kau yang menikah....adik kau yang kahwin, kau pulak yang penat lebih.”
Seloroh Sharif pula.

“Jangan-jangan kau pun tumpang menikah sekali...siap bawa bini balik kat rumah...kitaorang mana nak tau.” Seloroh Zulkifli pula.

Hai...terkena batang hidung pula. Berita itu tidak akan diwar-warkan...kerana bagi Mizan perkara itu cuma bersifat sementara saja.

Mizan terus memandu pulang ke rumahnya. Hari ini Mizan tidak berasa hendak ke gym atau bermain tenis dengan kawan-kawannya. Hari ini dia mahu berehat. Esok masih ada. Tiada apa yang perlu dikejarkan. Hidupnya sudah sangat aman, teratur dan bebas.

Mizan mengunci pintu pagar,pintu rumah dan pintu jeriji. Kemudian melangkah ke dapur untuk meneguk air dari peti sejuk. Sambil membuka baju, kaki melangkah semula ke ruang tamu dan duduk menyandar di sofa yang terletak di ruang tamu. Mizan melunjur kaki, menonton apa saja siaran yang ada di televisyen, sambil berehat ....perkara sama yang telah setahun dilakukan setiap hari...sejak menduda.

Selepas beberapa minit barulah Mizan ke biliknya. Seperti biasa Mizan mandi membersihkan dirinya sebelum berbaring di katilnya. Kadangkala jika terlalu penat, sempat juga Mizan memejamkan mata sebelum masuk
waktu magrib.

Tiba-tiba Mizan teringat akan sesuatu. Sama seperti usikan Sharif dan Zul, sahabat baiknya petang tadi. Sesuatu itu ialah dia sudah berkahwin semula. Sesuatu itu ialah dia sudah ada seorang isteri sekarang.

 YUHANIS !...ya, gadis itu ada di rumahnya sekarang...tapi Mizan terasa pelik pula. Rumahnya masih seperti biasa...tidak ada satu bunyi pun yang datang dari bilik-bilik lain....seperti saja dia tinggal sendirian.

Bilik ?...eh, bilik mana gadis itu duduk ye?...Gadis?...Isteri!..HUH!!!... Mizan terus bangun dari pembaringannya. Pintu biliknya dibuka. Perlukah dia mencari gadis itu ? .........

No comments:

Post a Comment