Wednesday, 19 June 2013
Sunday, 16 June 2013
CERITA NENEK
Mimi Azlin termenung. Termenung sambil merenung emaknya Puan
Fatimah. Mimi Lin tiada masalah. Emak yang kelihatan bermasaalah. Puan Fatimah
sedang bertongkat dagu diserambi rumah. Sedari tadi tidak berubah. Mimi Lin
tahu.. dia juga seperti tadi, diserambi tidak berubah.
Secawan teh O yang dihidangkan
di atas meja di hadapan emak tidak berusik. Sudah beberapa hari emak begitu.
Setahu Mimi Lin tiada apa-apa masaalah dalam keluarga mereka.
Semua anak-anak sudah
bekerja. Pekerjaan yang
bagus-bagus belaka. Semua
anak-anak lepasan universiti,
dalam dan luar
negara. Bukan sukar untuk
berjaya di negara kita...janji
mahu berusaha. Jika
rajin kejayaan berganda.
Dari tadika ke menara
gading, emak ayah tak susah.
Semua anak-anak dapat
biasiswa. PTPTN ada, JPA
ada, termasuk MARA.
Emak masih seperti
tadi. Bukan sebab
ada masaalah kerja.
Mimi Lin pasti, sebab
emak sudah
di usia senja. Dulu emak
berkerja
sebagai guru. Sekarang
sudah bersara. Masaalah
keewangan, jauh sekali.
Pencen yang diterima
hanya diusik sedikit
saja.
Begitulah setiap
bulan. Mimi Lin yang
tanggung semua. Banyak
manalah sangat yang
diperlukan orang-orang tua. Ada
duit saku dari anak-anak yang
duduk berasingan menyua.
Bukan semua, tapi
yang dapat pun tidak
diguna.
“Kenapa mak?..” Mimi
Lin bertanya.
“HAaaiii.....” emak mengeluh
saja.
“Mak sakitke?...”
Mimi Lin bertanya lagi.
Emak
menggelengkan kepala.
“Mak ada masaalahke?..” Mimi Lin tak puas
hati.
Emak merenung jauh
ke hadapan sambil mengangguk
perlahan.
“Cakaplah mak, mungkin
anak-anak boleh bantu...”
“HAaaaiiii...mak
tak pasti siapa yang
boleh bantu dalam
hal ini...” emak mengeluh.
Terangkat kening Mimi Lin.
‘Bunyi macam masaalah
besar....emak,emak..macam
fikir masaalah negara
pulak..’ hati Mimi Lin
berbicara.
“Masaalah kaum nenek
kamulah..haaaiii...” Jawapan emak disudahi
dengan keluhan lagi.
Jika dikumpulkan semua
keluhan emak beberapa
hari ini, tentu
sudah berkati-kati.
“Dulu nenek kamu datang
ke sini naik tongkang.......” Emak
mula bercerita. Mimi Lin
sudah faham. Ini
bukan kali kedua
atau ketiga. Benarlah...ini masaalah
negara. Pada siapa
mereka hendak bertanya?.
‘Aaaaiisshhh...sudah...’ Mimi Lin mengeluh
di dalam hati. Sudah
penat telinganya mendengar cerita
lama berkali-kali. Semenjak kecil , masa nenek
masih hidup lagi.
Emak pula yang menyambungnya
kini.
“Nenek dengan
abangnya berjaya menyelamatkan
diri. Masa tu
berlaku perang saudara
di negara sendiri....” Emak menyambung
cerita.
Jika dihitung
berapa tahun nenek
telah disemadi, dicampur
dengan usia nenek ketika dijemput
Ilahi...sudah hampir seratus
tahun masa berlalu
pergi. Namun cerita
ini tidak pernah
basi. Emak mewajibkan
anak cucu sedar
diri. Emak kata,
seharusnya cerita nenek
ini diwarisi. Elok
juga dijadikan cerita wajib
untuk diturunkan ke
semua generasi.
“ Mak....”
Emak buat tidak
peduli. Cerita disambung
lagi.
“Nenek dan abangnya
terpaksa melangkah mayat- mayat
yang bergelimpangan mati. Adakala
terpijak tangan mayat, adakala
kaki. Sambil menangis
sambil berlari. Dalam
kesedihan terpaksa juga
pergi...tinggalkan emak ayah
yang dibunuh dengan
ngeri. Bukan saja
mereka, ramai lagi.... Yang
hidup, masing-masing bertempiaran dalam
ketakutan ke sana ke mari,
masing-masing hendak menyelamatkan
diri. Siapa tunggu pasti akan mati....”
Bila emak bercerita,
kisah bertambah satu
episode lagi. Masakan
beradap jika dia melangkah
pergi. Mereka adik
beradik sudah dididik
bersopan santun, berbudi
pekerti ...itulah adat bangsa
Melayu yang diterap sejak
hingusan lagi.
“Nenek dua beradik
berjaya naik tongkang,
lega nasib menyebelahi.
Mereka dan empunya
tongkang saling mengenali.
Tekong dan orang tua
mereka pernah berjumpa
beberapa kali. Tekong
sudi menolong
sebab pernah termakan
budi...tambah kesian mendengar
kedua orang tua
mereka sudah tiada
lagi....”
Emak diam seketika.
“Kamu tengok apa
yang berlaku hari ini....Kenapalah kaum nenek tidak
lagi tahu mengenang
budi....haaaiii...”
Emak memikirkan kaum
yang sama dengan
kaum ibunya yang telah pergi.
Kaum yang datang
bertongkang ke bumi ini
bersama ibunya, ramai
sekali. Masing-masing meninggalkan
generasi . Mereka juga
kaumnya...separuh dirinya adalah
sama darah sebangsa kaum ibu
sendiri.
‘Emak rasis ?....Rasiskah jika
mengatakan kebenaran tentang
kaum sendiri?...’ soalan
berlegar di kepala
Mimi Lin.
“Emak
bimbang...generasi kaum nenek
sudah lupa asal
usul mereka...mereka tak
rasai kesusahan akibat
peperangan... sekarang senang-senang buat
kekacauan...”
Emak memerlukan
kawan untuk luahkan
perasaan..
Mimi Lin duduk kembali.
Dia tidak mahu
dikatakan anak yang tak
kenang budi, tak
beradap lagi. Benarlah kata
emak. ... kalau ditegur
kaum nenek sebagai
tak kenang budi, mesti
ada yang sakit
hati. Mungkin saja ada
orang yang akan
berdendam sampai mati.
“Nenek kamu cerita,
tidak terkira banyaknya
tongkang membawa kaumnya
mengharung lautan. Penuh
sesak tongkang
dengan manusia dan
bekalan. Mujurlah tongkang
mereka naiki tidak
tenggelam. Tiada siapa yang
tahu berapa lama
dan jauhnya perjalanan.
Yang penting, mereka
melarikan diri, meninggalkan
negara kerana peperangan....”emak menyambung
cerita.
Di bumi ini semua
kaum hidup aman.
Semua kaum hanya
mendengar kaum-kaum tempat
lain hidup
dalam penderitaan akibat
peperangan. Adakah kaum-kaum
di tanah air ini
teringin merasa hidup
dalam peperangan?...Mimi Lin berjeda
sendirian.
“....Beberapa
bulan sesat barat
barulah jumpa daratan.
Ada tongkang yang
mendarat. Banyak lagi
yang teruskan perjalanan.
Semua dalam tongkang
berserah nasib, ikut
saja tekong yang
membuat keputusan. ..”
“Takdir
Allah..tongkang yang dinaiki
dipukul ribut. Tongkang
terbalik berhampiran daratan
dalam suasana kelam kabut.
Semua turun berebut-rebut. Nenek
cerita semua bertolak-tolak.. orang-orang tua
dan kanak-kanak siapa
pun tak sudi
nak bantu dan tolong
sambut. .....agaknya kaum nenek
tak ramai yang
berhati lembut...Haaaiii....”
“Maak...” Mimi Lin cuba untuk
berkata-kata...namun tak berjaya.
“ Satu tongkang tidak
tahu mereka terdampar
di mana. Namun pertolongan
sampai tak semena-mena. Satu
kaum yang berkulit
sawo matang , tidak
putih melepak seperti
mereka. Semua mangsa
dibantu sekadar apa
yang ada. Sehingga
kini sama-sama menetap
di bumi yang sama....kemudian barulah kaum
nenek tahu, inilah
Tanah Melayu namanya...”
Emak semakin beriya bercerita.
“Nenek dua beradik
merempat di satu desa.
Kaum nenek dilayan
dengan mesra. Orang
Melayu di sini membantu
tanpa dipinta. Kaum
Melayu ini bukan
orang kaya-kaya tapi
sudi berkongsi rezeki
yang ada...”
Mimi Lin teringat
di desa inilah terjalin
kisah cinta.
“Mak...di sinikan nenek
bertemu lelaki Melayu
yang budiman...nenek dari
Negara China, atuk
dari Kuantan...saling jatuh
cinta ..” Mimi Lin pula berkisah
sakan.
Emak mengangguk perlahan.
Mata mak kelihatan
bergenang...itulah takdir tuhan.
Hidup mati, jodoh
pertemuan semuanya Dia yang
menentukan.
“Waktu tu semua
kaum hidup bersama
dalam aman. Kaum
nenek rajin bekerja,
senang cari makan. Orang
tempatan bertolak ansur.
Tiada rasa cemburu
dan tertekan. Bangsa
Melayu yakin, rezeki
masing-masing disediakan Tuhan. Malah
kaum yang datang
diterima sebagai kawan
dan hidup berjiran..Bukan nenek saja
yang dapat teman...ramai
lagi yang berkahwin
dengan orang tempatan...sehingga kini sudah beberapa
keturunan...”
Kini sudah ada generasi ketiga,
keempat dan kelima.
Ada yang berkulit
putih... sawo matang pun
ada. Berkulit teh
susu pun ada
belaka. Mujur tiada
yang berbelang.
Mimi Lin merenung warna
lengannya.. teh susu
punya. Alahai,
mana boleh nak
salahkan sesiapa. Warna
kulit buat apa
ditanya...hati yang perlu
diambil kira.
Emak menepuk-nepuk
meja. Ada surat
khabar terbentang rupanya.
Ada berita panas
yang dibaca. Itulah
puncanya emak membuka
cerita.
“Sekarang generasi sudah
bertukar orang. Semua
sudah tidak dikenang.
Rasa terhutang budi
sudah hilang..anak-anak muda
kaum nenek kini
semakin garang..Tiada siapa
yang menghalang. Kaum
nenek hilang
pertimbangan selepas hidup
senang. Kini hendak
berjuang, menuntut kesaksamaan.
Malah lebih teruk
lagi ... hendak ambil
alih pemerintahan....Haaaaaaiiiii...mana kaum
atuk tak berang...”
Keluhan emak semakin
panjang.
Telah dijangka
versi emak lagiii
panjang. Sudah tentu
kurang ajar jika
dihalang. Biarlah emak meluahkan perasaan,
asalkan hatinya tenang.
“....Kaum atuk kini
semakin tak tahan.
Berapa lamalah mereka
sanggup nak telan...mak takut,
sampai waktu kaum
datuk akan tertekan.
Bila tidak tertahan, lambat laun.. mereka
pasti akan bangkit melawan..Pantang anak
Melayu dicabar lawan.....”
Mimi Lin
menungkat dagu. Biarlah
emak habiskan cerita, mencurah
perasaan, dia akan
tunggu. Siapa lagi
yang ada, Mimi
Lin anak bongsu.
“.....Haaaiii...mengapalah
kaum nenek sengaja
cari musuh setelah
kaum datuk terima kaum
yang mendatang sebagai
kawan....Haaaaiii...” emak
tidak habis-habis mengeluh,
menggambarkan hatinya yang
rawan...
Manakan tidak. Kaum
atuk, kaumnya. Kaum
nenek juga kaumnya.
Emak sudah mengeluh
berkali-kali. Mimi Lin turut mengeluh
di dalam hati. Kalau
macam ni, mahu saja
mereka di serambi sampai
pagi.
“.... sekarang
kaum nenek dan
kaum datuk sukar
bersatu...tambahan ada ketua
berkepala batu. Busuk
hati macam hantu.
Pengikut pula sama
saja termasuk kutu-kutu......tak akan
berjaya jika satu
kaum saja berlembut,
akhirnya segala usaha
untuk hidup aman
bersama gagal , tidak disambut....”
Mimi Lin mengangguk.
Bukan dia tak tengok.
Sedih hatinya mengingatkan
kaum nenek kini
ramai yang bongok.
Sedikit saja yang berhati
jujur,
lagi ramai yang bengkok.
“...Orang Melayu kata Malaysia
negaraku. Dulu pun
Malaysia dipanggil Tanah
Melayu. Hendak dikatakan
bohong, sejarah telah
termaktub di dalam buku...
kaum nenek tak setuju...”
Betul kata emak. Bukan Mimi Lin saja
ikut-ikut meniru. Mimi Lin sudah tengok,
sendiri pun tahu. Satu
negara baru selesai
PRU. Mengapalah semua
rakyat tidak mahu
bersatu?... Bukankah semua
rakyat telah hidup
aman damai dahulu?..
Dulu kaum nenek hidup
susah, hidup macam
ulat dalam batu.
Merempat.... namun kaum
atuk sudi membantu. Bantu
dari segi wang
ringgit, kaum datuk tak
mampu...tapi sanggup berkongsi
kampung, pekan dan
negara. Sekarang apa
lagi yang kaum
nenek mahu ?
Kini kaum
yang telah banyak menolong
hendak dijadikan seteru.
Jikalau nenek masih
hidup, pasti nenek akan rasa
tak menentu, terharu,
sebu....mengapalah kaumnya kini
sudah tidak tahu
malu. Apa lagi yang kaum
nenek mahu?...
Sudah lupakah mereka semua
akan asal usul
nenek moyang, juga
sejarah lalu. Kisah
penderitaan kaum melarikan
diri dari negara
asal yang terletak
jauh beribu-ribu batu.
Sudah hilangkah perasaan
sedih dan pilu.....
setelah diberi simpati
dan dibantu..
Kini perangai kaum nenek
sudah berubah. Sifat
tamak, pentingkan diri
dan rakus semakin
menyerlah. Selepas PRU,
parti kaum nenek
kalah...tapi tidak mahu
teima keputusan dan
menyerah. Malah memberontak,
merata mereka menyalak.
Salahkah jika kaum
atuk yang telah
banyak berlembut naik
darah?
“ Berhari-hari
kaum nenek menjerit
terlolong mahu ubah. Mengapa
pula senang-senang hendak ubah.
Ini
adalah kedaulatan Negara
Tanah Melayu, bukannya
sarang lebah. Hati-hatilah ! Kaum atuk
berlembut bukannya
lemah. Jika melampau
sangat, kelak semangat
pahlawan pasti bercambah.
Jangan dah terlewat,
baru hendak mengelabah...” Emak
berceramah.
“Sekian lama diberi
menumpang, sampai jadi
rakyat tempatan, bersama
hidup aman dan senang.
Kaum nenek ingat
mereka saja yang
tahu nak menang.
Jika beginilah caranya,
sampai bila pun
hidup tak akan
tenang...” emak merungut panjang.
Kaum nenek rajin
bekerja. Ramai yang jadi
kaya raya. Kaum
atuk terima seadanya.
Sudah berjaya, hendak
merampas kuasa
pula...Mimi Lin mengiyakan
saja rungutan di hatinya.
“ Mak.. kita tak
upaya nak membantu...sekadar boleh
mengundi, pangkah satu...terpaksa lihat
saja kaum nenek
dan kaum atuk bertelagah
macam seteru. Walhal
orang Melayu sudah
lama membantu, tolak
ansur.. ajak bersatu...Kaum nenek
tak mahu. Mereka
hendak lebih dari
itu...”
Emak merenung Mimi Lin,
terharu. Lega anaknya
faham dan
tahu. Sayaaang...kaum nenek merusuh, tak
puas hati ini
dan itu. Kalau
boleh semua mereka
mahu. Jika seluruh kaum atuk mati
sekali pun, adakah
kaum nenek nak
ambil tahu.
Emak terkenangkan anak
cucu. Seperti kuih
yang mengikut bentuk
acu. Peribadi dua
bangsa bercantum satu.
Bersopan-santun,
bertolak-ansur dari darah
atuk, orang Melayu.
Rajin berusaha, kuat
bekerja dari darah
nenek Cina, bersatu.
Kaum kacukan dua
bangsa diterima sebagai
Melayu. Tiada apa
lagi yang kami
mahu...Cuma berdoa agar
semua kaum hidup
bersatu.
Malang bagi orang
Melayu, ada gunting
dalam lipatan...Ada orang
bertuhankan nafsu, berajakan
syaitan. Semua ini
sudah suratan. Kita berdoa
pada tuhan. Setiap
yang berlaku, ada
yang tersirat di
sebalik kejadian.
Kaum atuk kena
beringat. Kaum nenek
pandai mengambil kesempatan.
Mereka bersekongkol
dengan musuh dalam
lipatan, hatta dengan
syaitan... agar tercapai segala
impian. Kaum nenek
nak jadi menteri
besar dan sultan.
Menjadi Agung juga
adalah impian. Semua
cita-cita diam-diam disimpan. Mereka sabar
menunggu impian menjadi
kenyataan.
Mimi Lin dilanda
bimbang lalu menupang
dagu, termenung.
Mimi Lin
terkenang nenek. Wajah
putih melepak dengan
mata sepet.
Mimi Lin dan
emak berpandangan. Yang
indah-indah kini tinggal kenangan.
JANGANLAH
NEGARAKU TERPERANGKAP KE KANCAH
PEPERANGAN.
SATU TEKAD, SATU
TUJUAN, SATU IMPIAN.
MARILAH KITA SEMUA
KAUM HIDUP DALAM
AMAN.
KEAMANAN,
PERPADUAN DIHARAP JADI
KENYATAAN.
Assalamualaikum pd sume kawan2 yg.sudi membaca curahan hati ini...laa ni.baru dapat tarik nafas lega sbb dah hantar sume karya PTRNSD ke meja P2u.Watammat.Gitulah akhirnya.Utk komen2 dr kawan2 yg bertanya....mungkin karya saya sdg dlm penilaian oleh pihak penerbit p2u. Kalau berjaya dibukukan,Alhamdulillah. Sama2lah kita tunggu.
Satu novel,lagi.. sinepal dan mek siam, masih tersangkut. Hati masih tak puas sbb kerja belum selesai. Harap2 menjadi percubaan kali ini. Baru tahu betapa susahnya nak menyudahkan satu novel. Mula2 tu memang dah tobat tak nak berkarya lagi...tapi semenjak dua menjak ni jenuh pulak menungkat dagu bila menunggu mata yg tak nak lena...boring gak tak buat ape-ape. Nak belek anak..anak-anak pulak dah besar, lainle kalau ade baby baru....hihihi... Dalam kepala pandai2 je mereka-reka plot yg lain. Memadan nama hero dan heroin...gandingan yg baru...mmm macam gaya nak cari susah aje nampaknya.
Kaki tengah lengoh... baru je balik pasar malam..pergi borong ikan yg susah hati tulaah...ikan termenung. Ikan untuk kucing dan tuan kucing sekali. Senang membeli belah di pasar malam sbb semua org kita. Kalau gi market memang sakit hati. Bukan boleh membeli di sebarang gerai...alamat buah hati akan tarik tangan.Boleh membeli di kedai org Islam saja.Tak kira bangsa apa janji membeli belah sesama Islam.Kata suami fardu kifayah utk sume org Islam. Setiap sen yg bertukar tangan akan digunakan utk menjalani kehidupan buat setiap keluarga Islam... insan yg wajib menyembah Allah. Kalau ke poket org lain ...mungkin diguna utk membeli colok....mmm, betul gak...so wajib dengar cakap suami....
Pernah hari tu balik kampung...kg. mana lagi, Kg.Sg. Rokam le...Pergile market Gg.Rapat namanya. Udahle pergi agak lewat...ikan dah tak berapa banyak di gerai org kita yg sememangnye tak berapa banyak di sini..ada dua tiga meja aje org kita. Meja org lain ada banyakle tapi haram suami tak izinkan melangkah ke sana...Tapikan bila direnung2 ade je org kita yg pakai kopiah dan yg pakai tudung sesedap rasa membeli di gerai org lain.Yg tak pakai tudung lagile berlambak2. So, bila ekonomi org lain maju dan mantap..sampai kaya raya mengalahkan kaum seugama...geram jugak. Ate salah sape?
Terpaksale mike membelek ikan yg dah tak berapa banyak itu, di meja org kita yg sememangnye tak berapa banyak itu. Mata ikan pun dah ala-ala org pakai kontek lens warna merah. Bila pegang je ikan nak memilih, ikan-ikan itu pun semua dah macam Pandalela sedang membuat penerjunan ketika pertandingan...kepala ke bawah mengikut tarikan grafiti. Sambil memilih mata merenung meja org lain..kenapa eh,ikan depa banyak dan masih segar2 je?...Konfirasi? Double standart? sabotaj?....adeke? Hahaha, macam org politik je. Dlm hati sendiri tertanya2...entah bila nak ada jawapan.
.
Itu cerita sebelum PRU. Lepas PRU 13, isu ini bangkit. Hati terasa seronok. Bangsaku telah tersedar. ramai yg dah celik mata. Buy from Malay or Muslim first...Tapi agak terlambat, namun selagi masih belum kiamat mungkin bangsaku boleh bangun sama bersaing dalam dunia perniagaan. Semoga ekonomi kita setara dg org lain. Bila direnung-renung kuasa membeli rupenye ade di tangan org Melayu.Maknanya hidup mati setiap perniagaan itu bergantung besar dg org Melayu. So, tunggu ape lagi...jom sama2 kita saling bantu membantu menaikkan nama bangsa seugama.
Cuba fikir..eh, sebenarnye kepala sendiri yg tengah berfikir ni.Ini senario biasa. Ada satu kampung atau kawasan perumahan. Ada satu kedai runcit org kita dan ada satu kedai org bukan kita. Apasal kedai kita pelan kurang barang2 dan pelan malap..tak ade ramai pelanggan. Kedai org lain pula semakin penuh barang dan semakin ramai pelanggan..kedai pun di tambah2 sampai tak cukup tanah. Yg heran tu...kawasan tu tempat org kita. Org lain ade dua tiga kerat. Yg lagi heran tu yg dua tiga kerat tu...setengah kerat pun tak hingin nak pijak kedai kita walau pun sebelah kaki. Tu yg buat kepala berasap, tak habis pikior sampai laaaa niii....
Mmm, susah nak pikior hal negara, maka lap top menjadi peneman mencurah rasa.Aaaa, nak kena berkarya juge nampaknye. Okle nak mula menyambung kisah si nepal dan mek siam jugele...
Subscribe to:
Posts (Atom)