Macam nak tersembul bijik mata Yuhanis
melihat apa yang dipeluknya. “THE ROCK !’... Yuhanis segera hendak merentap
tangan, kaki dan semua tubuh badannya dari orang yang di peluknya...tapi
Yuhanis tiba-tiba teringat. Yuhanis kena pura-pura tak sedar....mana boleh nak
tarik serta merta. Tentu ketara sangat ...malu dia nanti.
Perlahan-lahan Yuhanis mengangkat kepalanya
sedikit untuk menjenguk muka Mizan...Good,good...orang tu tengah lena...kena
kalih perlahan-lahan agar Mizan tak terjaga....kalau tak, kemana Yuhanis nak
sorokkan muka.
Sekarang tangan pula. Perlahan-lahan
Yuhanis mengangkat tangannya dari dada sasa Mizan....rasa sayang pula nak
kalih..tapi terpaksa kalau tak nak dicop perempuan gatal. Tangan kembali ke
sisi sendiri dan ..fuuuh..selamat!
Kini giliran kaki pulak. Entah berapa
lamalah kakinya sedap-sedap landing kat situ, fikir Yuhanis. Dah macam selesa
aje..agak-agak, kalau terus dibiarkan
kakinya di situ sambil buat-buat lena, boleh tak?...tapi Yuhanis masih
waras. Buat apelah nak cari penyakit ?
Setelah selamat berada di
kawasannya...Yuhanis menolak selimut yang berpintal di tubuhnya. Perlahan-lahan
Yuhanis turun dari katil. Yuhanis merenung jam di dinding ....dah pukul tiga
setengah pagi...padanlah terjaga..waktu tahajudnya.
Matanya dah pandai, tak payah diajar lagi....dan
‘The Rock’ adalah perantaraan yang Allah hantar kepadanya untuk bangun
tahajjud...mm, jadi bantal peluk.
Apasal terang benderang ni ?...Yuhanis
segera menukar lampu tidur. Satu di tepi katil, satu di tepi bilik mandi.
Yuhanis mengambil tuala lalu terus masuk ke bilik air. Yuhanis tak mandi.
Sejuk. Cukup sekadar membersihkan apa yang patut dan gosok gigi.
Dengan bertuala dan baju saja Yuhanis
keluar menjinjit seluar tidurnya. Yuhanis membentang sejadahnya di tempat biasa..di
hujung kaki katil. Kemudian Yuhanis memakai telekung. Dengan lafaz
‘Bismillahhir Rahmanir Rahiim’ Yuhanis memasang niat......”Sahaja aku sembahyang
sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala...Allahhuakbar.”
Selesai sembahyang tahajjud, Yuhanis beristigfar
dan berselawat tiga kali. Ikut kemampuannya saja...daripada tak buat lansung.
Kemudian Yuhanis berdoa, tak lupa
memanjatkan syukur kerana Allah menggerakkannya bangun dari tidur untuk
bertahajjud. ..juga memberi kesihatan
kepadanya, sakit kepalanya dah hilang.
Yuhanis masih ingat kata-kata Ustazah
Kalsum suatu masa dulu....antara sebab
kita susah hendak bangun tahajjud adalah kerana kita tak berniat lansung
untuk melakukannya sebelum tidur dan
kerana ada membuat dosa....jika tidak,.. akan ada sesuatu yang akan jadi
penyebab, menggerakkan kita bangun.
Lepas tu terpulanglah kepada siapa yang
hendak rebut ganjaran lumayan yang Allah sediakan. Percuma !..Tak payah teka ape-ape, tak payah
susah-susah nak cari jawapan dan tak payah perah otak cari ayat untuk
lengkapkan ape-ape slogan....Cuma sembahyang malam dua rakaat saja.
Kata Ustazah Kalsum lagi, kalaulah kita selalu
ingat betapa besarnya fadilat sembahyang tahajjud itu pasti kita akan rebut
peluang ini....akan terasa rugi jika lepaskan. Tiga hadiah besar dari Allah
yang pasti kita semua perlukan di dalam kehidupan. ....
Sayyidina ‘Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Pada
yang bersembahyang pada sepertiga malam yang akhir Allah berfirman....
Siapa diantara penghuni bumi
yang ada permintaan, akan Aku beri.
Siapa yang ingin bertaubat,
Aku ampuni.
Siapa yang mempunyai hajad,
akan Aku perkenankan.
Ooh, bestnya... Yuhanis perlu semua itu
untuk kebahagiaan dalam hidupnya....terutama untuk menghadapi ‘The Rock’.
Sebelum menutup doanya seperti biasa Yuhanis berdoa untuk semua kaum keluarga
dan orang-orang yang dikasihinya.
Baru terlena, tidur Mizan terganggu pula.
Kalau dah dipeluk begitu pun tak terjaga..entahlah, boleh dimasukkan dalam
katagori mayat kot....Mizan terpaksa jugaklah berpura-pura tidur sebab malas
nak kecoh-kecoh.
Lagi
pun tentu minah tu akan termalu....Mizan ok je. Rasa nak gelak pun ada dengan
gelagat Yuhanis. Minah tu betul-betul
ingat dia lena macam batu...beriye takut Mizan terjaga.
Dalam
pada nak lena semula, sesekali Mizan
membuka mata... memerhati tingkah laku Yuhanis. Ini kali kedua mereka
sebilik... dan sekatil. Masa kali pertama dulu
Mizan masih ingat... waktu tu dia memang tengah marah. Sakit hati
sangat-sangat sebab terpaksa menikahi Yuhanis...adake lelaki yang suka dipaksa kahwin.
Kali ini tiada pula perasaan marah. Mungkin
sebab Mizan dah boleh terima kenyataan... benda nak jadi, pasti terjadi. Cuma
ada rasa geram ...rasa bengkek kat Yuhanis. Itu pun bukan sebab diri Yuhanis... tapi apa yang minah tu buat padanya.
Mungkin salah Mizan jugak yang mulakan..tapi
janganlah sampai mengganggu hal kerjayanya. Kalau hujung minggu tak apalah
jugak. Macam budak kecik...balas dendam dengan melarikan seluar dalam orang...
Mizan boleh nampak Yuhanis duduk bangun
mengerjakan sembahyang malamnya. Macam-macam bermain di benak Mizan. ...tapi
sekarang bukan masanya untuk check hati sendiri. Baik dia tidur...jika tidak,
mau dia jadi macam ayam sakit besok pagi.
...Tapi Mizan tak dapat lena....nak lena
macam mana....suara bisikkan Yuhanis yang sedang berdoa jelas kedengaran
menyusup ke telinganya.
“Ya Allah, ampunkan dosaku dan suamiku,
dosa semua keluargaku..yang hidup dan yang telak pergi....
Berikanlah kami
tempat sebaik-baiknya di syurga MU kelak. Ya Allah berikanlah kesihatan,
panjang umur, dimurahkan rezeki, ketenangan dan segala yang baik-baik padaku
dan suamiku...juga emak dan ayah...Abang Nizam, Shila dan baby...Yusri, Sara
dan Suri...juga Nek leha...juga untuk mak dan abah, adik Yusri, adik Sarimah
dan Surina...semoga kami dapat bertemu semula di syurga MU kelak..Ya Allah...isk,isk.”...Yuhanis
mula sebak.
“Hani rindu pada mak dan abah..juga adik
Yusri, Sari dan Suri..isk,isk,isk...Ya Allah tolonglah hapuskan kerinduan
ini...berikanlah hidup yang tenteram buat diriku...Amiin, Ya Rabbal
alamin..isk,isk,isk.’
Dada Mizan terasa ketat. Mata Mizan terasa
panas. Bohonglah kalau kata dia tak tersentuh. Mizan rasa keihklasan dalam doa
Yuhanis...tapi buat apalah dia nak emo pulak. Sekarang dah tahu Yuhanis doakan
kebaikkan untuknya...Mizan juga akan lakukan yang sama.
Sekarang Mizan dah lihat, dah tengok dan nampak. Fine...Mizan
akui kebenaran kata-kata emaknya...Yuhanis budak baik. Yuhanis juga gadis
cantik. Cuma Mizan tak mahu jatuh cinta lagi. Mizan kena jaga haatinya. Setakad
terpesona pada kecantikan...itu normal buat lelaki sejati. Untuk Mizan setakad
itu saja. Tak kan ada lebih.
Seketika kedengaran langkah Yuhanis
mendekati katil. Walau pun mata tertutup kemas, Mizan dapat rasakan Yuhanis
berada dekat di sisinya. Kemudian Mizan rasa tubuhnya diselimutkan
perlahan-lahan.
‘Alahai ...ini yang buat dia lemah niii.’
Keluh hati Mizan. Kalau macam ni macam mana nak balas dendam dengan minah ni...lebih-lebih
lagi perasaan marahnya dah mula menurun. Kenapa ? Entah....mungkin sebab..sejuk
hatinya melihat minah tu sembahyang malam...dan sudi mendoakan dia.
Bersama langkah Yuhanis, mata Mizan
menyorot melihat Yuhanis yang sudah membuka telekung mengambil tempatnya di
sebelah sana katil. Kali ini ada sempadan diletakkan di tengah-tengah katil.
Yuhanis telah meletakkan bantal peluk antaranya dan Mizan. Mana datangnya
bantal peluk tu....haa, Mizan dah boleh agak...dari lantai.
“Awak..awak..bangun..dah Subuh...bangun,
sembahyang Subuh.”....
Mizan menggeliat ...dan..ah, liatny nak
bangun. Mata yang masih mamai terus terang melihat Yuhanis yang dah siap
perpakaian dan bertudung.....aaik, bertudung ?...Subuh sepie nak kemana minah
ni...fikir Mizan.
“Awak tak boleh sembahyang ke?”....alahaai,
apa punya soalan daa...
“Saya dah sembahyang awal-awal lagi...”
jawab Yuhanis dengan senyuman kecil...aah, comelnya.
“Tadi saya gerak...nampak macam nak
bangun...bila naik balik, rupanya masih lena...oklah,..saya pergi dulu.”sambung
Yuhanis sebelum melangkah semula ke pintu.
“Awak nak pergi mana pagi-pagi buta ni ?”
tanya Mizan sambil menolak selimut.
“Hi,hi,hi...tak buta dah....Subuh dak nak
balik ada...cepatlah awak...saya nak
pergi beli kuih kat gerai depan tu...lambat-lambat nanti tak ada pulak bengkang
tepung untuk Shila...awak nak ape-apeke...boleh saya belikan.”
“Saya tak kisah...semua saya makan....Cuma,
nanti balik dari kedai...terus naik bilik...saya nak awak...er..er..maksud
saya, saya nak cakap sikit dengan awak...er..pasal kita..er,
mak,ayah..er..nantilah, saya sembahyang dulu.”...Mizan melangkah laju masuk ke
bilik air.
‘Eeeeii, entah ape-apelah mulutnya... asyik
tersasul pagi-pagi ni.”...Mizan memarahi dirinya.
“Haa..Hani, dah panggil Abang Mizan kamu
turun sarapanke ?” tanya Marzuki yang sedang duduk bersarapan di meja dapur.
“Sudah ayah...the..er..A..Abang Mizan kata
kejap lagi dia turunle...Hani dah panggil tadi.”nasib baik Yuhanis cepat
tersedar. .. janganle dia tergagap-gagap nak panggil abang pada Mizan. ..
Tak alah, tak bisa...tak tegal, tak
biasa...tulah sebabnya.
“Mizan tu penat lagi...biarlah dia nak
tidur balik...malam tadi sampai pun dari tempat kerja...seharian tak rehat.”
Kata Mak Azmah yang duduk di sebelah
Marzuki.
Mak
Azmah sedang mencedok bihun goreng ke
dalam pinggan ayah. Air teh pun emak yang tuangkan. Bukan ayah tak ada
tangan...tapi...aah, ikut sajalah contoh bagaimana nak melayan suami. Selama ni
Yuhanis selalu je tengok emak melayan ayah begitu...tapi tak pernah nak ambil
pot.
“Er..Aaabang Mizan sampai pukul berapa
semalam mak...Hani tak sedar lansung....pagi tadi gerak Subuh pun dua
kali...penat sangat kot...tak apelah, mak ngan ayah sarapan dulu...karang Hani
sarapan dengan a..abang Mizan.”
“Hish...dibuatnye tidur balik sampai
tengahari...karang perut masuk
angin...kan susah....”kata Mak Azmah.
“Perut sapa yang masuk angin ni ?...” soal
Mizan yang baru melangkah ke ruang makan.
“Haa Mizan elokle kamu turun... Hani ni,
nak tunggu kamu turun...baru nak sarapan...udahle dua tiga hari tak lalu
makan...nunggu kamu rupenye.” Kata ayah.
“Sayang jugak Hani kat abang ye ?...ok, jom
kita sarapan...abang dah lapar ni.” kata Mizan selamba sambil menarik kerusi
duduk di sebelah Yuhanis.
Berlakun...erk.
Yuhanis hanya mampu mempamerkan senyuman...
takkan nak nangis pulak...tapi..tak tau nak balas macam mana. Cepat-cepat
Yuhanis menuangkan teh ke cawan Mizan. Bihun juga Yuhanis tolong cedokkan.
Makan aje suap sendiri.
Nak berlakun kena real...tapi jangan sampai
terover pulak. Kenapalah ‘The Rock’ tiba-tiba je menjelma...jenuhlah Yuhanis
nak berlagak macam dah biasa. Bertembung muka boleh dikira dengan jari.
Bercakap pun....jadi lebih sikit, sebab peristiwa katil reban. Kalau tak,
jangan harap. Yuhanis tersenyum teringat cerita katil reban.
“Amboi..sarapan sambil
senyum-senyum...tulah ayah dah kata kat emak kamu ni....Hani tak lalu makan
sebab rindukan Mizan..tu yang nak suruh kamu balik saja ....baru nikah
sebulan..kena duduk, jauh-jauh..mana tak rindu...nanti ayah cari orang jaga
Shila.” Kata Marzuki.
Muka Yuhanis jadi merah. Apasalah ayah jadi
romantik pagi-pagi ni...
“Yelah...betul kata abang...Shila pun dah
selamat, hari tu nak tunggu kat hospital yang kena kita...rasanya karang boleh pergi tanya pada Kak Wan yang duduk kat
simpang tu...nanti upahnya kita rundinglah, kira sampai habis pantang.”kata
Azmah.
“Abang balik besok..Hani nak ikut balik ke
?” soal Mizan tiba-tiba. Mata memandang Yuhanis di sebelah.
Berlakon..erk.
Isshy..kenapa tanya macam ni pulak...rungut
hati Yuhanis. Yuhanis jadi serba salah nak jawab...Karang jawab, tak nak balik,
baru semua terangkat punggung. Berapa lama lagilah Yuhanis dapat bertahan
jadi isteri halimunan ?.... Asal jangan
hilang sabar, jadi ‘incredible hulk’ sudah.
“Er..Hani ikut abang saje...kalau abang nak
Hani balik, Hani ikutlah...tapi kesian kat emak.” Jawapan selamat dari Yuhanis.
“Eloklah Hani balik..kesian Mizan tak ada
orang nak jagakan makan minum....sorang-sorang kat rumah tu.” Emak pulak yang
jawab....Yuhanis harap itu bukan kata pemutus.
Yuhanis berharap ‘The Rock’ bersuara,’
tinggal tolong emak.’..macam hari tu ...atau pun
sekurang-kurangnya...’tinggallah sehari dua lagi’....Yuhanis akan melompat
tinggi...tapi orang tu diam aje.
Yuhanis kena balik besok.
“Kenapa awak tak naik pagi tadi...kan dah
pesan.” Tanya Mizan... sebaik Yuhanis masuk kebilik selepas membantu Mak Cik Kiah
di dapur, menyediakan makan tengahari untuk mereka sekeluarga termasuk ibu
dalam pantang.
Hani dan abang dah tukar balik pada awak
dan saya sebaik pintu bilik ditutup.
“Nasib baik, awak reti bahasa...kalau tak
siap kita.” Sambung Mizan lagi.
Kita?....Siapa yang buat hal...undang-undang bagai?....tapi Yuhanis tak nak cari
gaduh...lagi-lagi kat rumah emak ayah...lagi susah nak berlakon karang. Hati
tengan marah, tapi mulut kena senyum. Senangke nak buat?
“Saya naik tadi...tapi.. awak tengah
lena...saya tak mahu le ganggu.”.... Yuhanis bersiap untuk mandi, lagi pun
pakaiannya dah basah semasa mandikan
baby....tak berapa nak pas lagi.
“Lain kali gerak..saya bukannya tidur
mati....saya cuma nak kita pakat..apa nak buat bila depan orang tua kita...apa
yang awak patut panggil saya, begitu juga saya...saya tak nak susahkan hati
emak dengan ayah tu....saya takut awak panggil saya, awak-awak saje depan
mereka, takut awak buat perangai depan mereka..manalah tahu, nak kenakan
saya...nak balas dendam ke..”
“Jadi..lain kali, setiap kali kita berada
di sini...kita buat biasa-biasa macm suami-isteri lain..jadi tak payahlah saya
nak terangkan banyak kali...pandai-pandai berlakon...kalau tak siap
awak...kalau jadi ape-ape pada emak dan ayah, awak akan saya salahkan..faham!”
“Tapi saya peliklah... kenapa awak nak
susah payah jaga anak dan isteri buah hati awak tu...apa yang awak
harapkan...atau awak nak tunggu, dia ajak awak jadi isteri nombor dua,
gitu...mana maruah awak, haa ? Awak tak rasa sakit hatike tengok anak dia
dengan orang lain?...kalau kamu berdua nak kahwin....saya tak akan lepaskan
awak dalam waktu terdekad ni...kena tunggu, tengok macam mana keadaan
mak,ayah....kalau awak tak sabar, nasib awaklah.”
Yuhanis sekadar menelan air liur. Mengangguk
tidak, menggeleng pun tidak. Nak kata apa lagi...orang tu gian nak bercakap
gamaknye...tu yang tak ada ruang Yuhanis nak mencelah. Yuhanis bukannya bodoh. Nak cari gaduh, boleh je...tapi takut berdosa.
Api tak boleh lawan dengan api...emak dah pesan siap-siap...gamaknya emak dah
tahu perangai anak dudanya. Emak dah jangka agaknye...pandai mak. Tu lah...mak
dulu makan garam, awai-awai dah tahu...garam tu masin.
Tambah-tambah bila Yuhanis masih ingat kata ustaz ...penghuni
neraka, ramai orang perempuan...antara sebabnya ialah...perempuan tak pandai
jaga mulut bila bercakap dengan suami..mmm, Yuhanis kena jaga mulut. Bior orang
tu cakap sorang-sorang. Baik Yuhanis tutup mulut je....mudah-mudahan senang
dapat masuk syurga.
Lagi pun ‘The Rock’ dah tak jerit-jerit
lagi. Dia dah cakap baik pun, dah cukup...walaupun kata-katanya menyakitkan
hati, menikam kalbu, menusuk hati bagai dihiris sembilu.
Rupanya senang jadi pelakon. Lakonan
Yuhanis dan Mizan menjadi. Emak dan ayah tak perasan ape-ape....so, kira
berjayale. Seharian Yuhanis jadi isteri mithali melayan makan minum suami.
Mizan menjadi suami yang normal...duduk baca surat khabar setengah hari dan
melawat kampung ganti tok pengulu setengah hari....haak, tak lupa ada waktu
rehat untuk tidur....cukup kerja satu hari.
Yang susahnya bila dah tak payah berlakon
semasa dalam bilik. Kalau boleh Yuhanis nak lena macam semalam...tak payah nak
fikir apa-apa. Yuhanis tak boleh nak bantah bila emak menyuruhnya masuk bilik
awal. Biasalah emak...katanya untuk layan suami. Nak layan apa lagi...tilam
bantal dah siap terhidang....ops, silap....terbentang..tidor je le. Bukannye
susah.
Sembahyang Isyak dah lama berlalu..Mizan
masih tak nampak batang hidung. Mungkin jumpa kawan lama di masjid. Yuhanis lega.
Yuhanis nak mengaji sebaris dua ...kemudian sambung menghafaz. Sekarang sudah
sampai ayat dua puluh sembilan surah Waqiah.
Yuhanis nak hafaz dua ayat lagi. Beberapa
kali Yuhanis membuka tutup Quran
kecilnya. Begitu juga dengan matanya. Menghafaz sambil menutup mata. Bila
tersangkut Yuhanis tengok balik dalam Quran. Sedar-sedar...Yuhanis dah tak
sedar.
“Mak tengok Mizan gelisah semacam
aje....nak naik bilik, pergile. Hani ada kat atas tu...ingatkan tadi mak nak
ambil peluang berbual dengan Mizan
sekejap...ade benda yang mak nak pesan-pesan kamu tu....kalau dah tak
boleh..lain kali pun, tak mengapale.”kata Azmah ketika melihat Mizan tak usik
lansung air kopi yang terhidang. Macam orang nak lekas saje.
“ Mizan dengan Yuhanis kat sana macam
mana?...Yuhanis tak ada bagi masaalah ape-ape kan? Hani tu budak baik, pandai bawa diri...kalau
ada buat perkara yang Mizan tak suka, tegur elok-elok...dia budak dengar kata.”
Marzuki pula bersuara. Marzuki berharap perkahwinan Mizan dan Yuhanis boleh
memberi kebahagian pada kedua-dua mereka. Lebih-lebih lagi Mizan yang telah lama
hidup sendirian.
“Semua ok, ayah...Yuhanis pun tak ada buat
masaalah...semua biasa-biasa...Cuma Mizan sibuk sangat sekarang ni...tak boleh
nak bawa Hani balik selalu.” Mizan menjawab bersahaja. Mizan cuba berlagak
biasa. Mizan tak mahu emak dan ayah menghidu rahsia rumahtangganya.
“Mak ni, bukan nak campur urusan
rumahtangga Mizan...Cuma mak nak kamu berdua cepat-cepat dapat anak...anak tu
pengikat kasih suami isteri.”
‘UHUK !UHUK !UHUK !
Mizan tersedak. Mengapalah emak membuka
topik ini...ketika dia sedang menghirup kopi panas pulak tu.
“Ishk, budak ni...kopi tu kan panas lagi,
pelan-pelanlah minum tu.” Tegur Azmah sambil menghulur sekotak tisu kepada
Mizan.
“Dah budak tu nak naik cepat, awak pulak
nak ajak sembanglah, minum kopi lagilah...mana tak tersedaknye.” Kata Marzuki
pula. Bunyi macam nak membela tapi macam ada maksud tersirat saje.
“Mak nak kata ape sebenarnya ni...cakaplah.
Mizan ok...bukan ada kerja nak buat pun.” Jawab Mizan. Ingin jugak nak tahu.
“Er...mak ni risau le sikit pasai
kamu....bukan si Hani tu.” Azmah membuka bicara.
Sudah!..Mizan sedikit cemas....ini hal
minahtu dengan Nizam ke?..eh, kenapa dia nak cemas pulak?
“Ayahnye le yang cakap...” tetiba Azmah
menarik diri. Ayah sekali !
“Ishk, awak cakap ajele Mah...nak malu
apenye...Mizan tu, kalau ikut umur..dah boleh jadi bapak orang...cakap je, bagi
dia faham.” Kata Marzuki. Mizan bertambah cemas...bukan pasal Nizam dan minah
tu...lagi suspen.
“Er..er..dulu masa...er...aaa.. Mizan
kahwin...mm, dengan budak Suraya tu...berapa lama, ..er...mak rasa dekat lima
tahun adekan...er...kamu tak dapat anak...si Su tu tak mengandung-ngandung....
Haaa..Mizan dah dapat....dah faham.
“.....jadi mak ngan ayah kamu ni risaule
kot-kot...er..aaa...Mizan yang ade masaalah ....masaalah..er..masaalah
dalaman....er...
Mizan nak ketawa besar....tapi terpaksa
ditahan.....emak,emak ! ayah pun sama. Macam mana nak cakap ni...Mizan mula
merangka.
“Kalau Mizan ade masaalah..kamu jangan
malu-malu.....dalam hal zuriat ni, jangan ambil mudah...kalau nak ikhtiar, biar
dari sekarang..kalau Mizan malu...nak
cakap berdua dengan ayah..ok jugak....macam mana.”kata Marzuki..mata merenung
Mizan.
“Ala nak malu dengan mak buat ape?...macam
nile...ape kata Mizan pergi buat pemeriksaan kesuburan...dah sebulan lebih
kahwin, tak nampak ape-ape...kalau Mizan betul ade masaalah, boleh cepat-cepat
berubat.” Tambah Azmah. ...mak dah tak malu dah.
“Yang paling menakutkan orang
laki-laki...iale..penyakit..er..mm,,,er,..ma..mati pucuk...ayah takut
kamu..er..mm...” kata-kata Marzuki termati kat situ...tak sampai hati nak
habiskan. Mata tajam memandang Mizan.
“Erm..mmm...mak ayah..Mizan sihat...Mizan
tak ada apa-apa masaalah.” Mizan mencelah cepat-cepat
sebelum ayah membariskan
semua jenis penyakit laki-laki di depan emak.
“Habis tu?” tanya mak, tak sabar.
“Erm...si Suraya yang tak nak anak.” Jawab
Mizan sambil memandang teko kopi di atas meja di ruang tamu mereka.
“Dulu..mak tanya..kamu tak kata ape-ape
pun...melampau betul budak Suraya tu...yang kamu mengikut aje tu ape ke hei
nye....kamu pun tak kisah, gamaknye....hei, entahle bebudak sekarang...dah tua
karang, baru nak beranak kecik....dah beruban, anak baru masuk tadika.” Azmah
meluahkan rasa tak puas hati.
“Bilele mak ngan ayah kamu ni nak merasa
timang cucu....jangan-jangan..sampei masuk kubor, tak merase.” Keluh Azmah.
Azmah mengesat air mata yang tiba-tiba nak
luruh di tubir mata. Bilalah mereka nak merasa bercucu...cucu sendiri.
Mizan tercengang...Mizan tak faham....habis
tu,...baby dalam bilik tu cucu sapa?
Mizan melangkah masuk ke bilik yang masih
terang benderang. Sekali imbas tak nampak pun kelibat si minah tu. Rasa-rasa
macam dah boleh agak dah. ..kalau tak dalam bilik air...mungkin dah jatuh katil
sebelah sana. Lasak betul tidur budak
tu.
Di hujung katil Mizan nampak Yuhanis
tergolek lena, berbungkus telekung. Mizan berdiri di tepi sejadah. Quran sedang
terbuka... mata orang yang membaca saja yang tertutup.
“Hei...awak...Hani...bangun!...Hani!...bangun.
Kenapa tidur kat sini...dah tau nak tidur, naikle katil tu...apalah awak ni.”
Yuhanis tak berkutik...lena soh.
Mizan menenggong pula.Satu jarinya mencuit
kaki Yuhanis.
“Hani !...hei Hani...awak,
bangunle...menyusahkan diri aje...Hani !”
Akhirnya Mizan menggoyangkan bahu Yuhanis.
“Oh...erm..terlena rupanye...erm..ok,ok.”
Kata Yuhanis.
Mizan bangun meninggalkan Yuhanis yang
sedang berusaha untuk bangun. Mizan membuka pakaiannya. Dengan bertuala Mizan
ke bilik air. Sempat matanya mengerling ke arah Yuhanis yang sedang duduk
membuka telekung.
Dengan mata separuh terbuka Yuhanis membuka
telekung. Seketika Yuhanis berteleku diam dengan mata kuyu. Perlahan-lahan
tangan Yuhanis mula melipat telekung...lipat cara orang mengantuk. Setengah
jalan tangan Yuhanis terhenti. Perlahan-lahan kepala Yuhanis menunduk...melihat
hasil kerjanya.
Sekadar melihat tapi dah tak nampak.
Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup sendiri. Seketika Yuhanis
tersengguk-sengguk. Kemudian perlahan-lahan terkulai layu...landing semula di
atas sejadah.
Mizan keluar dari bilik air selepas
membersihkan debu-debu jalanan. Siap gosok gigi sekali. Langkah Mizan terhenti
di tengah bilik.
“HAAIISSHHH minah niii!”
Mizan memakai t-shirt dan seluar Hawai five-O lamanya. Kemudian
menyidai tuala. Lampu bilik ditukar dengan lampu tidur. Mizan melangkah ke sisi
Yuhanis.
“Hei..bangunlah...naik katil tu....tak nak
sudah....jangan harap aku nak tolong!...apa, awak ingat aku nak dukung
!...sorry...tidurle kat situ.”
Mizan meninggalkan Yuhanis lalu melangkah
ke katil. Mizan berbaring sambil menjeling sekilas kea rah Yuhanis yang sedap
tergolek lena.
“Mmmm...lantaklah kau.” Mizan memejamkan
mata.
Seketika mata Mizan mengintai Yuhanis
semula. Mizan menutup matanya kembali. Lepas tu tengok Yuhanis
lagi....lama-lama...
“HAAAiiishhhh budak ni....menyusahkan
oranglah.” Gerutu Mizan.
Mizan bangun meninggalkan katil, lalu
melangkah mendapatkan Yuhanis semula. Seketika Mizan berdiri memandang Yuhanis.
Seketika kemudian Mizan menenggong pula. Mizan merenung Yuhanis yang masih
dengan kain telekung.
Perlahan-lahan Mizan mencampung Yuhanis
lalu dikendong ke katil. Rasa macam nak campak aje kat atas katil...tapi Mizan
tak sampai hati. Anak kucing pun dia tak sanggup buat macam tu, Inilan pula
anak emas mak dan ayahnya.
Perlahan-lahan Mizan melutut satu kaki di
atas katil...kemudian membaringkan Yuhanis di tempatnya sebelah dinding. Rambut
Yuhanis yang tadinya bersanggul, terungkai di atas bantal. Haruman lembut
mencecah di hidung Mizan. Mizan dah mula serasi dengan haruman Yuhanis. Sedap
pulak. Shampo apa minah ni pakai,
Mizan tak tau pula. Kalau dia sibuk nak ambil
tahu, kena tengok kan bilik mandi.
Mizan merenung Yuhanis seketika. Tengok
kain telekung yang terpintal...banyak di bawah dari di atas. Getah kain bukan
kat pinggang tapi kat peha...mungkin terpijak masa Mizan mengangkat Yuhanis
tadi. Perlahan-lahan Mizan menarik kain telekung, lalu disangkut di kepala
katil.
Mizan terdiam seketika melihat Yuhanis
lengkap berpakaian baju kurung. Baju kurung yang besar gedebeh dan seleweh.. saperti yang Mizan
lihat pertama kali semasa Yuhanis merayu Mizan berkahwin dengannya. Mmm, apa
hal pulak budak ni....macam nak menyorokkan tubuhnya dari ...?...siapa
lagi...dialah, Mizan sendiri.
‘Alaaa...semalam semua dah tengok...siap
pegang lagi...nak sorok konon....macamlah dia teringin.’ Gerutu Mizan. Apa?...
minah ni elok tampal aje kat dahinya perkataan....reserve !
Mizan tak tahu kenapa dia tetiba bengang.
Mizan kembali ke tempatnya lalu menghempaskan badannya ke tilam.
Menyusahkan ! Betul-betul menyusahkan!
Minah tu menyusahkan.